Anda di halaman 1dari 8

Cara-cara Mengatasi Kesesakan Lalu Lintas

Warga kota khususnya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur sering mengeluh
terutamanya ketika waktu pergi dan pulang dari kerja. Masa mereka banyak terbazir begitu sahaja di
atas jalan raya. Hal ini demikian kerana, sebahagian besar warga kota terpaksa menempuh kesesakan
lalu lintas yang menjadi rutin harian mereka. Jika diperhalusi, ada banyak cara untuk mengatasi masalah
yang membelenggu warga kota ini.

Langkah yang paling efektif untuk diaplikasikan ialah menggunakan kenderaan awam untuk
menuju ke satu-satu destinasi. Kenderaan awam seperti Monorel, Komuter dan Transit Aliran Ringan
(LRT) menghubungkan antara satu bandar dengan bandar yang lain. Sistem pengangkutan berkenaan
juga tidak menggunakan jalan raya sebagai laluan. Oleh itu, kita tidak akan terperangkap dalam
kesesakan lalu lintas.

Seterusnya, kita janganlah malu untuk menumpang jiran bersebelahan rumah untuk ke tempat
kerja atau menumpangkan anak ke sekolah. Perkongsian kenderaan seperti ini sedikit sebanyak mampu
mengurangkan jumlah kenderaan di atas jalan raya. Ibarat sambil menyelam minum air, selain masalah
kesesakan lalu lintas yang dapat dikurangkan, semangat kerjasama dan perpaduan juga dapat diserap
dalam kalangan masyarakat.

Di samping itu, sebagai individu yang bertangungjawab kita perlulah patuh akan undang-undang
jalan raya. Umum mengetahui bahawa kemalangan juga boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas yang
teruk. Oleh hal yang demikian, jika kita memandu secara berhati-hati dan mengikut undang-undang
tidak mustahil kemalangan dapat dielakkan. Sikap bertimbang rasa semasa memandu amat dituntut
dalam mengatasi masalah ini.

Cara lain pula ialah pihak kerajaan perlu membina jalan raya bertingkat terutamanya di
kawasan-kawasan yang menghadapi kesesakan lalu lintas yang teruk. Walaupun pembinaan laluan
bertingkat ini menelan kos yang tinggi, namun memberikan seribu satu faedah kepada masyarakat.
Tidaklah masa kita terbuang sia-sia untuk mengharungi jalan raya yang sesak setiap hari kerana masa itu
emas.

Selain itu, pihak berkuasa tempatan juga perlu menyelenggara jalan-jalan raya agar berada di
tahap yang terbaik. Jalan raya yang tidak diselenggara pastinya akan membahayakan pemandu dan
penunggang motosikal yang menggunakan laluan tersebut. Secara tidak langsung, kenderaan terpaksa
dipandu perlahan dan boleh menyebabkan kesesakan terutamanya apabila tiba waktu puncak.

Kesimpulannya, semua pihak perlulah berganding bahu bagai aur dengan tebing bagi mengatasi
masalah kesesakan lalu lintas yang kian meruncing ini. Jika masalah ini dapat diatasi tidak mustahil
negara kita mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain.
Secara tidak langsung, negara Malaysia dapat mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.
MAAF KUPINTA
( Rejab FI )
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum ( KPM )

Sinopsis:

Fauzi seorang anak yang kematian ayah tinggal bersama-sama dengan ibu dan ayah
tirinya. Ayah tirinya sangat menngongkong kehidupannya. Ayah tirinya tidak
membenarkan Fauzi menonton televisyen terutama acara hiburan dan filem-filem.
Ayahnya hanya membenarkan Fauzi menonton televisyen untuk rancangan berita
ataupun hal ehwal semasa. Bapa tirinya juga mengongkong perjalanan hidupnya. Ayah
tirinya juga tidak mengizinkan Fauzi pulang ke rumah terlalu lewat malam dan sering
mengambil tahu dengan siapa Fauzi berkawan.

Satu peristiwa telah menimpa hidup Fauzi. Kepala Fauzi berbenjol kerana terjatuh dan
terhantuk pada tiang. Fauzi lari menaiki basikal ke rumah neneknya. Dia benci dan
marah kepada ayah tirinya. Setelah lama tinggal di rumah neneknya, ayah dan ibunya
berbincang untuk menghantar Fauzi ke asrama. Cikgu Zainuddin, Kaunselor sekolah
telah membantu bagi membolehkan Fauzi tinggal di asrama.

Semasa di asrama Fauzi sering dilawati oleh ibu dan bapa tirinya. Ibunya sering
membawa buah tangan semasa melawat Fauzi. Manakala ayah tirinya memberi wang
saku untuk kegunaan di asrama. Semasa di asrama Fauzi telah sedar daripada
kesilapannya dan berubah sikap. Hal ini demikian kerana dia sentiasa dinasihati oleh
rakan karibnya Syahir dan juga ustaznya.

Pada hari terakhir persekolahan sebelum cuti hujung tahun, Fauzi tidak sabar untuk
pulang ke kampung menemui keluarganya. Selepas makan malam di kampung, Fauzi
mengambil kesempatan memohon kemaafan daripada ayah tirinya atas segala
kesalahan dan salah faham terhadap ayah tirinya. Ibunya berasa bangga dengan
perubahan sikap Fauzi. Fauzi mula menolong ayah tirinya di sawah dan di laut. Dia juga
turut menunjuk ajar adiknya dalan pelajaran.

Tema:
Menghargai pengorbanan orang lain demi kecemerlangan masa depan. Fauzi akhirnya
menghargai apa yang dibuat oleh ayah tirinya untuk kejayaannya walaupun pada
mulanya dia memberontak.

Persoalan:

1. Persoalan persahabatan: Contohnya, Syahir dan Fauzi amat akrab


bersahabat ketika di Asrama A. Mereka sering pulang ke kampung bersama-
sama.

2. Persoalan kasih sayang ayah tiri terhadap anak: Contohnya, Ayah tiri
Fauzi amat menyayangi Fauzi dan sanggup melawat Fauzi di asrama. Dia juga
bersikap tegas dalam mendidik Fauzi.

3. Persoalan ketegasan semasa mendidik: Contohnya, Ayah tiri Fauzi


melarang Fauzi menonton cerita-cerita yang tidak berfaedah. Dia juga melarang
Fauzi keluar malam dan mengambil tahu dengan siapa anaknya berkawan.

Plot:

Permulaan

Pengarang memulakan cerita di sebuah asrama dengan watak utamanya Fauzi tidak
sabar untuk pulang ke kampung menemui adik-adik, ibu dan bapa tirinya. Fauzi tidak
dapat melelapkan matanya kerana ingin mengisi cuti sekolah dengan rancangan yang
telah diaturnya. Syahir kawan Fauzi menegur Fauzi kerana masih belum tidur walaupun
hari telah lewat malam. Rakan-rakannya di Asrama A telah berdengkor. Dia teringat
punca dia tinggal di asrama sekolah. Bukan kerana pencapaiannya dan kemiskinannya
tetapi ada sebab lain mengapa dia tinggal di asrama.

Perkembangan

Fauzi teringat punca mengapa dia tinggal di Asrama A. Dia terdengar ayah tirinya
berbual dengan ibunya untuk menghantarnya ke asrama. Ayah tirinya amat tegas
dalam mendidik Fauzi. Fauzi tidak dibenarkan balik lewat malam dan juga tidak
dibenarkan menonton rancangan yang tidak berfaedah. Saban hari ayah tirinya akan
bertanya kerja rumah yang diberikan oleh guru kepada Fauzi sebaik sahaja pulang dari
sawah. Suatu ketika Fauzi terjatuh dan kepalanya benjol menyebabkan dia lari ke
rumah neneknya yang berada empat kilometer dari rumahnya. Ibunya juga menegur
bapa tirinya kerana kasar dalam mendidik Fauzi.

Klimaks

Selepas makan malam, Fauzi memohon maaf daripada ayah tirinya akan sikapnya
selama ini. Fauzi sedar akan tujuan ayah tirinya bersikap tegas kepadanya selama ini.
Ayah tirinya cuba menyelamatkan Fauzi daripada terlanggar tiang dan kepalanya
terhantuk menyebabkan kepalanya benjol. Malam itu Fauzi gembira kerana hajatnya
untuk meluahkan perasaannya kepada keluarganya tercapai.

Peleraian

Fauzi memenuhi cuti sekolahnya dengan membantu keluarganya di sawah. Dia juga
akan turun ke laut mengikut ayah tirinya. Di samping itu, Fauzi menolong adik-adiknya
dalam pelajaran. Kini Fauzi mempunyai semangat untuk memajukan keluarganya.

Teknik Penceritaan

1. Monolog dalaman: Contohnya, "Benar kata-kata Syahir itu?" Fauzi


berkata-kata sendirian.
2. Dialog: Contoh, "Emak kamu tahukah kamu di sini?" Nenek Sapiah
melepaskan keluhan kesal.
3. Imbas kembali: Contohnya, Di asrama Fauzi terkenangkan kehidupannya
di kampung.
4. Imbas muka: Contohnya, Fauzi membayangkan perkara yang akan
dilakukannya apabila pulang bercuti.
5. Pemerian: Contohnya, Cahaya bulan tertumpah ke permukaan sawah.
Daun padi kelihatan terliuk-liuk dibelai mesra oleh angin malam. Indah sungguh
pemandangan malam itu.

Watak dan Perwatakan:

Fauzi
tinggal di Asrama A
mempunyai seorang ibu dan seorang ayah tiri
mempunyai seorang sahabat yang bernama Syahir
ayahnya meninggal dunia akibat penyakit barah
mempunyai seorang nenek bernama Sapiah
memendam rasa tidak puas hati terhadap ayah tirinya
pelajar yang aktif dalam kegiatan sukan
pintar dalam pelajaran
terharu apabila bersalaman dengan ayah tirinya semasa di asrama

Ayah Tiri

ayah tiri Fauzi dan sangat menyayanginya


memberi wang saku kepada Fauzi ketika melawat Fauzi di asrama
baik kepada anak tirinya
tegas dalam mendidik anak
sering memberikan wang saku kepada Fauzi

Ibu

suka mengawal pergerakan anaknya


kadang-kadang tidak bersetuju cara ayah tiri mendidik Fauzi
selalu membawa buah tangan seperti kuih semasa melawat Fauzi di asrama.

Latar:

Masa

1. Waktu malam. Contohnya, ketika di Asrama A Fauzi dan Syahir berbual


sebelum tidur.
2. Waktu pagi. Contohnya, Fauzi bangun dan bersiap-siap untuk balik ke
kampung.
3. Cuti sekolah akhir tahun. Contohnya, Fauzi pulang ke kampung untuk
menghabiskan cuti.
4. Lima minggu. Contohnya, jarak masa Fauzi bercuti akhir tahun.
Tempat

1. Rumah. Contohnya, Fauzi menonton televisyen.


2. Asrama A. Contohnya, Fauzi tinggal di Asrama A.
3. Rumah Nenek Sapiah. Contohnya, Fauzi lari ke rumah neneknya ketika
menghadapi masalah dengan keluarganya.
4. Stesen bas. Contohnya, Fauzi dan Syahir menunggu bas untuk pulang ke
kampung.
5. Sekolah. Contohnya, Ayah tiri dan ibunya datang ke asrama untuk
melawat Fauzi.

Masyarakat

1. Masyarakat pelajar. Contohnya Fauzi dan Syahir merupakan pelajar


sebuah sekolah menengah dan tinggal di Asrama A.
2. Masyarakat petani. Contohnya, Ayah tiri Fauzi merupakan seorang petani
yang mengerjakan sawah.
3. Masyarakat pendidik. Contohnya, Cikgu Zainuddin merupakan seorang
guru kaunseling yang menguruskan kemasukan Fauzi ke asrama.
4. Masyarakat yang bersifat prihatin. Contohnya, Ayah tiri Fauzi sangat
prihatin terhadap pelajaran Fauzi dan selalu bertanya dengan siapa dia
berkawan.
5. Masyarakat yang mementingkan pelajaran. Contohnya, Ayah tiri Fauzi
selalu bertanya tentang kerja sekolah yang diberikan oleh guru kepada Fauzi.

Gaya Bahasa

1. Kata ganda. Contohnya, berbalam-balam. buku-buku, kegiatan-kegiatan,


kawan-kawan, kerja-kerja.
2. Sinkope. Contohnya, Ayahku tidak seperti ayahmu.
3. Hiperbola. Contohnya, Daun padi kelihatan terliuk-liuk dibelai mesra oleh
angin malam.
4. Peribahasa. Contohnya, Buah tangan.

Nilai

Nilai berdikari. Contohnya, Fauzi berdikari sendirian ketika tinggal di asrama A.


Nilai kerajinan. Contohnya, Ayah tiri Fauzi rajin ke sawah dan ke laut untuk
mencari rezeki untuk keluarganya. Ayahnya juga rajin melawat Fauzi di asrama.
Nilai kasih sayang. Contohnya, Ayah tirinya sangat sayang kepada Fauzi dan
sanggup menghulurkan wang saku setiap kali melawat Fauzi.
Nilai kesyukuran. Contohnya, Fauzi bersyukur kerana dia sedar daripada
kesilapannya yang bersikap buruk sangka terhadap ayah tirinya.
Nilai hormat-menghormati. Contohnya, Fauzi sangat menghormati ayah tirinya.

Pengajaran

Kita hendaklah taat kepada kedua-dua orang tua kita. Contohnya, Fauzi taat
kepada ayah tirinya walaupun ayah tirinya bersikap tegas terhadapnya.
Kita perlu berbincang dalam membuat satu keputusan penting. Contohnya, Ayah
tiri dan ibu Fauzi telah berbincang sebelum menghantar Fauzi ke asrama.
Kita hendaklah mengasihi ibu dan ayah kita. Contohnya Fauzi sangat
menyayangi ibu dan ayahnya.
Kita hendaklah menolong orang ketika berada dalam kesusahan. Contohnya,
Cikgu Zainuddin menolong Fauzi untuk mendapat tempat tinggal di asrama.
Kita hendaklah meminta maaf apabila elakukan kesalahan. Contohnya, Fauzi
memohon maaf daripada ayah tirinya atas kesalahannya.

Anda mungkin juga menyukai