Anda di halaman 1dari 13

LATIHAN KATA TANYA

KATA TANYA

Pilih jawapan yang paling sesuai .

1. Cuba terangkan kepada saya, ____________ kamu menangis?

A. adakah  C. siapakah

B. mengapakah  D. bagaimanakah

2. Tan, ___________ abang kamu hendak makan nasi goreng ini?

A. apakah   C. adakah

B. manakah  D. siapakah

3. _________yang dibela oleh Pak Ali di dalam kandang itu?

A. Apakah  C. Siapakah

B. Adakah  D. Mengapakah

4. __________yang merasmikan bangunan sekolah itu?

A. Bilakah  C. Bagaimanakah

B. Siapakah  D. Manakah

5. Budak itu menyorokkan buku cerita Ahmad di _________?

A. manakah  C. apa

B. mana  D. siapakah

6. Ayah kamu pergi ke Tawau ____________?

A. berapa  C. bila

B. siapa  D. bilakah
7. Di ________ letaknya pejabat ayah Mei Leng?

A. manakah  C. berapakah

B. mana  D. apa

8. “_________ yang menyebabkan Lim dan Rawi bergaduh? Tan atau Abu ?” Tanya Leman .

A. Apakah  C. Mengapakah

B. Adakah  D. Siapakah

9. “_______ warna kereta abang kamu yang baru itu? ”Tanya Lan kepada Tina .

A. Apakah  C. Mengapakah

B. Adakah  D. Manakah

10. _________ Kadir dikatakan sebagai kaki bangku oleh kawan-kawannya?

A. Siapakah  C. Mengapakah

B. Bagaimanakah  D. Berapakah

11. “Dari ___________ kamu mendengar berita itu, Norhana?

A. siapakah   C. bilakah

B. berapakah  D. manakah

12. Yang berbaju kemeja kuning dan berseluar hitam itu ___________?

A. mana  C. bila

B. kenapa  D. siapa

13. Najihah tergesa-tergesa untuk pulang ke rumahnya__________?

A. kenapa  C. apa

B. siapa  D. bagaimana
14. ___________ nama guru kamu yang tinggal di Sungai Chua, Kajang?

A. Apakah  C. Manakah

B. Siapakah  D. Adakah

15. _________ pertandingan melukis poster sempena hari ulang tahun kemerdekaan akan
diadakan?

A. Bagaimanakah  C. Berapakah

B. Di manakah  D. Mengapakah

16. _________yang sudi menjelaskan kepada saya,bagaimana kejadian itu boleh berlaku ?

A. Siapakah  C. Mengapakah

B. Di manakah  D. Berapakah

17. _________ Rosni digelar sebagai murai oleh kawan-kawannya?

A. Adakah  C. Mengapakah

B. Siapakah  D. Manakah

18. “Mat, kamu akan ke Kuantan__________?” tanya Azrul kepada Mat.

A. apa  C. siapa

B. bila  D. berapa

9. “_________ kamu lulus dalam ujian itu, Hakimi?” tanya ayah.

A. Apakah  C. Mengapakah

B. Berapakah  D. Adakah

20. “________warna motosikal abang kamu yang baru itu?” tanya Fuad.

A. Apakah  C. Adakah

B. Berapakah  D. Bilakah
Kata Tanya
1. Kata Tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu.

2. Ayat untuk menanyakan sesuatu dan diakhiri oleh tanda Tanya (?) dalam tulisan.

3. Contoh kata tanya dan penggunaannya dalam ayat:

a)  Apa                

      - menanyakan benda atau haiwan

      -Contoh:  Apakah pekerjaan ayah awak?

                        Apakah yang ada di dalam kotak itu?

b) Siapa              

      - menanyakan orang atau nama orang

      - Contoh:  Siapakah nama adik kamu?

                         Siapakah yang menelefon Encik Rosli tadi?

c)  Mangapa     

       - menanyakan sebab


       - Contoh:  Mengapakah kamu menangis?

                          Mengapakah Julia tidak keluar makan?

d)  Berapa

        - menanyakah bilangan jumlah atau harga

        - Contoh:  Berapakah harga baju itu?

                           Berapakah jumlah biji ping pong di dalam kotak itu?

e)  Bila                

        - menanyakan masa dan waktu

        - Contoh:  Bilakah kamu akan bertolak ke Melaka?

                           Bilakah dia akan sampai?

f)  Di mana        

       - menanyakan tempat

       - Contoh:  Di manakah letaknya Kedai Runcit Pak Amid?

                          Di manakah kemalangan itu berlaku?


 

g)  Bagaimana  
 
 
          - menanyakan sebab

          - Contoh:  Bagaimanakah keadaan ibu kamu?

                             Bagaimanakah caranya membuat kek lapis?

4.  Ayat Tanya tanpa kata Tanya

     a) Latihan sukan petang ini dibatalkan, Man?

     b) Ayah kamu masih di luar Negara?

     C) Hadiah pertama cabutan bertuah itu sebuah computer?

5.  Ayat Tanya dengan kata Tanya

     a)   i.  Bungkusan yang kamu terima itu apa?

           ii.  Apakah bungkusan yang kamu terima itu?

     b)   i.  Yang meminta kamu dating pada hari Sabtu ini siapa?

           ii.  Siapakah yang meminta kamu dating pada hari Sabtu?

     c)   i.   Rita dihantar guru ke klinik mengapa?

           ii.  Mengapakah Rita dihantar guru ke klinik?

6. Jika kata Tanya dikedepankan maka kata tanya itu disertai oleh partikel “-kah”


Kata Ganti Nama Tunjuk
Kata ganti nama tunjuk ialah kata yang digunakan
untuk menunjukkan perkara-perkara atau benda-benda yang dekat
dan jauh.

Kata Ganti Penggunaan Ayat Contoh


Nama
Tunjuk
Digunakan untuk menunjukkan 1. Rumah ini sungguh cantik.
Ini sesuatu yang dekat 2. Pen ini kepunyaan ayah.

Digunakan untuk menunjukkan 1.Bola itu besar.


Itu sesuatu yang jauh 2.Rumah usang itu tidak
berpenghuni.
Digunakan untuk tempat yang 1. Datuk suka bersenam di sini.
Sini dekat dengan orang 2. Setiap hari, saya tunggu ayah
yang bercakap saya di sini.
Digunakan untuk tempat yang 1. Mari kita pergi ke sana.
Sana jauh atau dianggap jauh dengan 2. Mereka telah sampai di sana pada
orang yang bercakap pukul 4 petang.
Digunakan untuk tempat yang 1. Ali duduk di situ pagi tadi.
Situ agak jauh, tetapi tidak 2. Kedai runcit yang ada dekat-
sejauh “sana” dekat situ telah gulung tikar.
KATA SERU
 
1.       Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan
seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih,
takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya.

2.       Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi


pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun.

3.       Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.

4.       Contoh kata seru, penggunaannya, serta ayat contoh adalah


seperti yang berikut;

Kata Seru Penggunaannya Ayat Contoh


aduh untuk 1. Aduh, sakitnya tanganku!
menyatakan
perasaan sakit 2. Aduh, besarnya rumahmu!
dan kagum
aduhai untuk Aduhai, malang sungguh nasibku!
menyatakan
perasaan sedih
ah untuk 1. Ah, saya tetap tidak mengaku
menyatakan tidak bersalah!
setuju atau
menolak sesuatu 2. Ah, alasan itu tidak dapat
kuterima!
amboi/wa untuk 1. Amboi, mahal betul kereta itu!
h menyatakan
perasaan hairan 2. Wah, berani betul budak itu!
atau kagum
cis/cih untuk 1. Cis, berani dia menentangku!
menyatakan
perasaan marah 2. Cih, mereka tidak kenal siapa
dan benci aku !
eh untuk 1. Eh, kamu sudah sampai!
menyatakan
perasaan hairan
atau terkejut 2. Eh, tadi dia ads di sini!
hai untuk menegur 1. Hai, diamlah sikit!
seseorang atau
menarik 2. Hai, sudah lama kits tidak
perhatian bertemu!

Contoh lain kata seru dan ayat;

Kata Seru maksud Contoh ayat


wahai menyatakan Wahai adik ku sayang !
perasaan
sayang atau
merayu
amboi menunjukkan Amboi, tingginya bangunan KLCC ini !
perasaan
kagum
hai   Hai, ke mana kamu menghilang selama
ini !
nah   Nah, terimalah habuanmu !
aduh perasaan Aduh, sakitnya tanganku ini !
sakit
wah perasaan Wan, cantiknya merak ini !
hairan
ceh   Ceh, usah membantah kata-kataku ini !
bedebah marah Bedebah, berani engkau berkata begitu
kepadaku !
cis marah atau Cis, awak rupanya yang menjadi batu
jijik api !
oh terkejut Oh, itu rupanya rumah kamu !
hairan,
gembira atau Oh, Tuhan, ampunilah dosa-dosaku !
mengharap
eh hairan Eh, bila ia terjadi !
syabas gembira, Syabas, awak berjaya juga akhirnya !
puas, memuji
atau ucap
tahniah
alahai menghina Alahai, itu pun awak tak boleh buat !
alamak terkejut Alamak, sudah pukul 8.00 pagi !
ha hairan Ha, budak itu yang menang !
Ya-Allah terkejut Ya-Allah, apa akan berlaku nanti !
Masya- hairan atau Masya-Allah, sanggup dia melakukan
Allah marah perbuatan biadap itu !
KATA NAMA TERBITAN
1.3 KATA NAMA TERBITAN
1. Kata nama terbitan ialah perkataan baru yang terbit apabila sesuatu kata dasar menerima sama ada
imbuhan awalan, akhiran, atau imbuhan ampitan.
2. Kata dasar itu boleh berasal daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata sendi nama, dan kata
hubung.
Contoh : 
Kata nama 

jalan…..Perjalanan Kata kerja 


bangun…..bangunan Kata adjektif 
bulat....bulatan Kata sendi nama 
untuk…..peruntukan Kata hubung 
serta ….. penyertaan
Peringatan 
1. Semua perkataan yang menerima imbuhan membentuk perkataan baru mestilah kata nama. 
2. Sekiranya kata kerja yang terbentuk, maka perkataan yang baru terbentuk itu bukanlah kata nama
terbitan. 
Contoh : Pasar ….. memasarkan
Contoh :
Kesalahan dari segi Kata 
Ayat yang salah
Kejalanan saya yang menuju ke Johor Bahru mengambil masa selama empat jam.
Ayat yang betul
Perjalanan saya yang menuju ke Johor Bahru mengambil masa selama empat jam 
Keterangan
Kesalahan ini disebabkan penggunaan imbuhan yang salah dan boleh membetuk maksud yang berbeza.

Kesalahan dari segi Frasa


Ayat yang salah
Penyerta pelajar itu telah mendapat penentang daripada pelajar-pelajar lain kerana usianya yang sudah
melebihi had.

Semua pemberita-pemberita sedang membuat laporan tentang kejadian itu.


Ayat yang betul
Peserta pelajar itu telah mendapat tentangan daripada pelajar-pelajar lain kerana usianya yang sudah
melebihi had.

Semua pemberita sedang membuat laporan tentang kejadian itu.

Keterangan

Kesalahan ini disebabkan terdapat dua penggunaan imbuhan yang salah.


Salah dari segi penggunaan hukum jamak.
NAMA : _________________________________________________ WAD: __________

TINGKATAN : __________________________ TARIKH : ________________

Latihan Imbuhan

Bubuh imbuhan yang sesuai pada kata dasar yang diberikan dalam ayat.

1.       _____________  (tulis) yang terkenal itu sepupu saya.

2.       Adik sedang ______________ (tulis) sepucuk surat kepada kawannya di Amerika.

3.       Tolong _____________________ (letak) beg ini di atas meja itu.

4.       Rumah Ali _____________________  (letak) di atas bukit.

5.       Jangan ___________________ (dekat) pemuda itu kerana dia kepala angin.

6.       Anda seharusnya tahu kalau sebuah planet berukuran sangat besar ________________
(dekat) Bumi.

7.       __________________________ (pamer) itu akan diadakan selama sebulan.

8.       Tolong _____________________  (pamer) lukisan itu di ruang tamu.

9.       Ali ______________________ (pamer) hasil kraf tangannya di Pusat Pameran Kuching.

10.   ______________________ (latih) yang diberi oleh Cikgu Ismail sangat merunsingkan.

11.   Budak-budak itu sedang ____________________ (latih) olahraga di Stadium Bukit Jalil.

12.   Untuk mahir bersilat kita perlu _______________ (latih).

13.   Jurulatih itu __________________ (latih) pasukan keranjang sekolah saya.


14.   Abang saya sedang menyiapkan ___________________ (tugas) yang diberikan oleh guru.

15.   Pelajar dialu-alukan berjumpa dengan guru ________________ (tugas) andainya terdapat


sebarang masalah.

16.   Bapa saya menerima ______________  (rawat) di klinik kesihatan.

17.   Doktor itu sedang __________________________ (rawat) ayah saya yang sakit tenat.

18.   Kos ____________________ (rawat) penyakit kanser dianggarkan di antara RM40,000 hingga


RM300,000.

Jawapan : 1. Penulis, 2. Menulis, 3. Letakkan, 4. Terletak, 5. Dekati, 6. Mendekati, 7. Pameran,

8. Pamerkan, 9. Memamerkan, 10. Latihan, 11. Berlatih, 12, berlatih, 13. Melatih, 14. Tugasan,

15. Bertugas, 16. Rawatan, 17. Merawat, 18. rawatan,

Anda mungkin juga menyukai