Anda di halaman 1dari 28

Sebutan & Topik 2

Intonasi
Bahasa Kebangsaan A
Objektif Topik
1. Mengenal prinsip sebutan dan intonasi serta
penghasilan bunyi dalam Bahasa Melayu.
2. Menunjukkan kaedah bertutur dalam komunikasi lisan
dengan intonasi yang betul.
Sebutan
● SEBUTAN: Cara melafazkan atau menyebut perkataan, ucapan, lafaz dan
baku sebutan.
● Lafaz yang dimaksudkan adalah lafaz pendengaran yang bergantung pada
bunyi huruf saksi.
● Baku sebutan pula adalah huruf atau perkataan yang telah ditentukan yang
sewajarnya mengikut sebutan standard.
Prinsip Sebutan
dan Intonasi
1. Alat ujaran : alat
yang terlibat dalam
menghasilkan bunyi
bahasa
Prinsip Sebutan
dan Intonasi
2. Alat pernafasan: alat-alat
dari system pernafasan yang
terlibat dengan penghasilan
bunyi bahasa ialah paru-paru,
rongga kerongkong, rongga
tekak, rongga hidung dan
rongga mulut.
Prinsip Sebutan dan Intonasi
3. Organ sebutan: Organ yang terlibat secara langsung dalam proses
pengeluaran bunyi iaitu seperti lidah, bibir, lelangit keras, lelangit lembut dan
pita suara.
 Alat artikulasi ialah alat ujaran yang boleh membuat penyempitan dan
boleh bergerak semasa menghasilkan bunyi bahasa.
Titik artikulasi
Bahasa Baku
● BAHASA BAKU: Bahasa yang bersistem, teratur dan mempunyai sistem
rujukan betul dan salahnya.
● Betul dan salahnya sebutan sesuatu perkataan dapat disemak berdasarkan
ejaan yang digunakan.
● Sebutan yang berdasarkan ejaan itulah yang disebut sebagai sebutan baku.
● Bahasa kebangsaan Malaysia adalah berasaskan bahasa Melayu Johor-Riau.
Prinsip dan Dasar Sebutan Baku
I. Menyeragamkan sebutan dalam bahasa Melayu.
II. Mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam bahasa Melayu yang dapat
digunakan dalam situasi formal.
III. Meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu.
IV.Memantapkan sistem dan struktur dalam bahasa Melayu.
Intonasi
● INTONASI : Turun naik nada suara apabila bertutur.
● Komponen intonasi berperanan dalam tatabhasa Bahasa Melayu untuk
membezakan subjek dan predikat dalam ayat.
● Pola yang membentuk predikat adalah pola frasa nama (FN) + frasa kerja (FK).
Contoh:
➔ Isteri saya pegawai kerajaan.
(FN) (FK)
➔ Doktor Azman sedang merawat pesakit.
(FN) (FK)
Turun Naik Intonasi
1. Nada paling rendah
2. Permulaan ujaran sesuatu ayat
3. Nada tekanan
4. Nada paling tinggi
Penghasilan Bunyi Bahasa Melayu
Konsonan Vokal
bcdfghjk
lmnpqrst ● Konsonan asli:
konsonan sedia ada ●
● 5 huruf vokal
6 bunyi vokal
aeiou
vwxyz
● Konsonan pinjaman
: konsonan asing
Gugusan Konsonan Diftong
kh gh Gabungan dua 2 huruf konsonan
ai
Gabungan 2 bunyi vokal
ng ny yang melambangkan satu bunyi au
yang dilafazkan
sy konsonan pertama dan konsonan berterusan dalam satu oi
kedua akan kehilangan bunyi hembusan nafas
asalnya
Diftong
Bunyi ai

hairan ramai

sungai sampai
ai
damai haiwan

serai lambai
Diftong
Bunyi au

aura silau

surau hijau
au
pulau kalau

pisau atau
Diftong
Bunyi oi

amboi senoi

kaloi tampoi
oi
sekoi dodoi

sepoi
Pembelit Lidah 1

Kakakku kata kuku kaki


kiriku kaku;
Kukikis-kikis kuku kaki
kiriku
Pembelit Lidah 2

Babu bebal bubuh


bubur bibir Baba
Pembelit Lidah 3

Ular lari lurus,


Lalu Laila lalu lalang,
Laila lari lihat ular lari,
Lalu Laila lari lalu lorong lama
Pembelit Lidah 4
Sebuah lukisan seorang pelukis
yang melukis seorang pelukis
yang sedang melukis lukisan
tentang pelukis yang melukis
lukisan pelukis yang sedang
melukis pelukis
Fungsi Intonasi dalam Bahasa Melayu
Fungsi Penerangan
Fungsi Untuk menyatakan pelbagai makna sikap seperti kegembiraan, kebosanan, kemarahan,
emosional kekejutan, keakraban, kekecualian, ketakutan dan ratusan sikap yang lain
Fungsi Untuk menandakan kontras dari segi tatabahasa terhadap sesuatu ujaran, sama ada sesebuah
gramatis klausa atau ayat itu berupa pertanyaan atau pernyataan, positif atau negatif dan seumpamanya
Fungsi Untuk memberikan sesuatu yang baru berbanding dengan yang telah dimaklumi dalam makna
struktur sesebuah ujaran iaitu dengan menekankan kata yang membawa makna tersebut.
informasi
Fungsi Untuk membentuk nada dan gaya suara yang turun naik bagi wacana yang lebih luas seperti
tekstual pembacaan teks berita yang membezakan satu berita dengan berita yang lain.
Fungsi Untuk membantu menggubah bahasa menjadi unit unit ujaran yang mudah dilihat dan diingat,
psikologi seperti belajar urutan nombor yang panjang atau ungkapan dalam ucapan.
Fungsi Untuk menandai identiti seseorang iaitu membantu mengenali seseorang sama ada tergolong
‘indexical’ dalam kumpulan sosial atau pekerjaan yang berbeza seperti khatib, penjual ubat atau sarjan
tentera.
Struktur Ayat

Ayat ialah satu susunan


perkataan yang terdiri Subjek ialah perkara yang Predikat ialah cerita
daripada subjek dan diceritakan. berkenaan perkara subjek.
predikat.

Jenis Ayat Subjek Predikat Contoh Ayat Lengkap


Ayat Penyata Kamal seorang guru Kamal seorang guru.
Ayat Tanya Kamal seorang guru Kamal seorang guru?
Ayat Perintah Cikgu Kamal tolong saya Cikgu Kamal, tolong saya!
Ayat Songsang Encik Kamal seorang guru Guru itu ialah Encik Kamal
Ayat Pasif Cikgu Kamal kelas ini diajar oleh kelas ini diajar oleh Cikgu Kamal
Ayat Penyata

● Penyataan: perbuatan menyatakan atau melahirkan perkataan.

● Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu

penyataan
Contoh:
1. Rumah itu rumah papan
2. Konstabel polis itu meronda
3. Ikan haruan memakan anaknya
4. Kakak sedang menyiram bunga
Ayat Tanya

● Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara

tempat benda manusia binatang dan sebagainya.

 Ayat tanya dengan kata tanya

 Ayat tanya tanpa kata tanya


Ayat Tanya

Kategori Ayat Menggunakan Kata Diakhiri dengan: Contoh:


Tanya seperti:
Ayat Tanya Apa, siapa, berapa, Kata tanya di akhir Siapakah nama
Dengan Kata bila, mana, bagaimana, dengan partikel kah. bapa awak?
Tanya. kenapa dan mengapa.
Ayat Tanya Ayat ini tidak Ada tanda tanya Nama bapa kamu
Tanpa Kata menggunakan kata pada akhir ayat itu Ali?
Tanya tanya. Bentuknya serupa
dengan ayat penyata.
Ayat Perintah
● Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk memberikan perintah suruhan

ajakan menyatakan keinginan harapan atau larangan untuk melakukan


sesuatu.
Contoh:
1. Tolong isi borang makluman ini.
2. Sila masuk ke dalam.
3. Jemputlah makan!
4. Jangan bising!
5. Harap tuan-tuan tunggu sebentar.
Ayat Songsang
1. Ayat songsang berlaku apabila berlaku pendepanan predikat.

2. Ayat tunggal boleh juga wujud dalam susunan songsang melalui proses pendepanan atau
penjudulan.

3. Dalam susunan songsang , kenyataan predikat akan dipindahkan ke hadapan subjek ayat.

4. Unsur yang dipindahkan ke hadapan itu mesti diberi penegasan iaitu melalui proses
pendepanan predikat

Contoh:
• Subjek + Predikat = Kakak telah menyapu sampah di luar rumah.
• Predikat + Subjek = Sampah yang ada di luar rumah telah di sapu oleh kakak.
Ayat Pasif
AYAT PASIF DIRI
AYAT PASIF DIRI KEDUA AYAT PASIF DIRI KETIGA
PERTAMA
dengan kata ganti nama dengan kata ganti nama
dengan kata ganti nama
kedua iaitu: anda, awak, ketiga iaitu: diri, mereka,
pertama iaitu: Aku,
engkau, kamu, kaitan dan nya, beliau, Ali dan
saya,beta, hamba, patik,
sebagainya. sebagainya.
daku,kami dan beta.

Contoh:
1. Ayat pasif diri pertama : Jam ini saya beli
2. Ayat pasif diri kedua : Jam itu awak beli
3. Ayat pasif diri ketiga : Jam itu telah dibeli oleh Ravi.

Anda mungkin juga menyukai