Anda di halaman 1dari 6

KESALAHAN DAN PEMBETULAN PENGGUNAAN BAHASA PADA PAPAN

TANDA / IKLAN
1. KesaIahan penuIisan preposisi "di"

Menurut Nik Safiah Karim (2006 : 252), kata sendi nama "di" digunakan khusus di
hadapan kata nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah
daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Contohnya :

"Azhar berdiri di hadapan cermin"
Ayat di atas menunjukkan penulisan preposisi "di" yang betul kerana "di" dieja
terpisah daripada kata nama arah "hadapan". Namun, berdasarkan pengamatan
kami sepanjang perjalanan ke Gurney, terdapat banyak kesalahan penulisan "di"
pada papan tanda dan sebagainya. Lihat gambar di bawah:

kesilapan "di" yang ditulis sebagai "disebelah"



Kesilapan "di" yang ditulis secara rapat "dikalangan".Sepatutnya ditulis sebagai "di
kalangan"

. KesiIapan penuIisan imbuhan "-di"

Menurut Nik Safiah Karim, afiks "-di" merupakan afiks yang berfungsi sebagai
penanda ayat pasif. Afiks ini perlu dieja bercantum dengan kata yang mengikutinya
untuk membentuk ayat pasif. Lihat contoh di bawah:
"buku itu dibaca oleh Ahmad"

Ayat di atas menunjukkan penulisan "di" sebagai afiks yang tepat. Afiks "di" dieja
bercantum dengan kata kerja "baca" untuk membentuk kata kerja pasif "dibaca".
Lihat gambar di bawah:

kesilapan "di" yang ditulis sebagai "di-larang" dan "di-hadapan"

Kesilapan "di" yang ditulis sebagai "di larang"





Mesej sebenar yang dimaksudkan oleh papan tanda ini adalah untuk meminta pemandu
mengurangkan kelajuan kenderaan mereka kerana 200 meter dari situ terdapat sekolah
dan kemungkinan kanak- kanak sekolah melintas jalan. Kalau diperhatikan terdapat dua
kesalahan bahasa pada papan tanda tersebut. Pertama, perkataan "kurangkan harus
diikuti kata nama terbitan "kelajuan bukannya kata sifat "laju. Kesalahan kedua ialah,
kata sendi "di seharusnya diikuti kata "hadapan hadapan bukan "meter. Oleh itu, pada
papan tanda itu harus ditulis KURANGKAN KELAJUAN 200 METER D HADAPAN
KANAK- KANAK MELNTAS JALAN.


#EFLEKSI

Melalui kerja kursus ini, maklumat yang saya peroleh banyak menambahkan
pengetahuan saya dan mencetuskan kesedaran betapa pentingnya kita mencintai bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan kita. Selain itu, saya u lebih berhati-hati dan lebih
peka terhadap ejaan, tatabahasa dan kolokasi penggunaan bahasa. Bahan-bahan yang
dikumpul memberikan kesedaran dalam diri saya bahawa walau apa pun yang kita buat,
kita perlu ingat pada prinsip bahawa 'bahasa jiwa bangsa'.

saya dapat memahami tentang beberapa konsep menyusun kata-kata untuk membentuk
frasa nama dalam ayat. Saya memperoleh pelbagai maklumat tambahan mengenai isu
kesalahan penggunaan bahasa ini. Pola keselarasan bahasa amat penting dikuasai oleh
murid serta bakal guru di sekolah. Analisa dapat di buat setelah menguasai pola tersebut.

Secara tidak langsung ianya dapat mengajar saya dengan lebih mendalam serta
terperinci mengenai penggunaan bahasa yang betul yang perlu dipupuk bukan sahaja
dalam minda murid tetapi juga dalam setiap diri individu. Di samping itu, saya juga dapat
berfikir dengan lebih kreatif dan kritis sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini.
Walaupun hasil tugasan ini mungkin tak seberapa namun ia banyak menyedarkan saya
betapa slogan " Bahasa Jiwa Bangsa




#UJUKAN

Akmajian, Adrian. (1995). Linguistik: Pengantar Bahasa dan Komunikasi.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (Penterjemah: Aishah
Mahdi dan Azizah Hussein).

Arbak Othman. (1983). Permulaan Ilmu Linguistik. Kuala Lumpur: Sarjana
Enterprise.

Bloomfield, L. (1992). Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
(Penterjemah: Alias Mahpol).


Crystal, D. (1992). What is Linguistics. LKondon: Edward Arnold.

Hashim Musa. (1998). Sejarah Sistem Tulisan dalam Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Hashimah Jalaluddin. (1998). sas Fonetik. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Robins, R.H. (1993). Sejarah Ringkas Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. (Penterjemah: Noor Ein Mohd. Noor).

Saussure, F. (1993). Pengantar Linguistik Umum. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. (Penterjemah: Ajib Che Kob).

Anda mungkin juga menyukai