Anda di halaman 1dari 18

CPR

JIKA seseorang yang anda sayang tiba-tiba rebah di hadapan anda kerana serangan jantung, apa yang akan anda lakukan? Menjerit? Tergamam? atau hanya melihat, tanpa berbuat apa-apa. Adakah anda tahu CPR boleh menyelamatkan nyawanya pada waktu kecemasan seperti itu? Anda perlu tahu bahawa pada minit-minit terawal serangan jantung, mangsa masih boleh diselamatkan menerusi CPR. Majoriti kes serangan jantung biasanya berlaku di rumah atau pejabat, ketika mangsa di samping isteri, suami, anak-anak, saudara mara dan rakan sepejabat. Malangnya, kebanyakan orang di sekeliling mereka hanya menjadi pemerhati apabila berlaku kecemasan. Masalah itu berlaku kerana kita tidak tahu melakukan CPR walaupun tahu apa itu CPR. Justeru, tidak hairan jika seseorang tiba-tiba rebah di tengah-tengah orang ramai, dia akan hanya diberi simpati menerusi pandangan mata atau jeritan. Apa itu CPR? CPR atau cardiopulmonary resuscitation adalah gabungan khidmat pertolongan cemas pernafasan dari mulut ke mulut dan tekanan dada. Jika seorang kanak-kanak tidak bernafas atau aliran darahnya tidak cukup, CPR boleh membantu melancarkan perjalanan aliran darah berserta oksigen ke otak. Tanpa oksigen, kerosakan otak kekal atau kematian boleh terjadi dalam masa kurang lapan minit. Tekanan di dada berfungsi menstimulasi pam jantung dan membekalkan aliran darah ke organ penting. CPR juga seakan memberi peluang seseorang pesakit yang diserang sakit jantung untuk hidup sementara menanti rawatan. Cara CPR diberi juga berbeza kepada kanak-kanak, bayi dan orang dewasa. Bagi kanak-kanak, CPR boleh menjadi pertolongan paling bermakna di dalam situasi kemalangan, hampir lemas atau tercekik. Tidak seperti apa yang difikirkan, CPR sebenarnya mudah dipelajari. Malah, kanak-kanak juga boleh mempelajari CPR. CPR yang dilakukan oleh mereka yang tidak berkelayakan boleh mendatangkan bahaya kepada pesakit. Oleh itu

untuk memperoleh kemahiran pertolongan cemas, seseorang itu selalunya berlatih dengan patung terlebih dahulu. Sebagai contoh di Malaysia, Institut Jantung Negara (IJN) menawarkan empat kursus asas CPR, antaranya dikenali sebagai basic life support (sokongan hidup asas) yang meliputi CPR dan pengurusan mangsa yang tercekik sama ada dewasa, kanak-kanak atau bayi. Tiga Bahagian CPR Tiga perkara asas dalam CPR mudah diingati sebagai ABC. A untuk aliran udara (airway), B untuk pernafasan (breathing) dan C untuk aliran darah (circulation). A: Aliran udara mangsa haruslah dibuka untuk membantunya bernafas. Selalunya, aliran udara tersekat apabila mangsa tidak sedar atau mungkin disekat oleh makanan atau objek asing. B: Pertolongan pernafasan bermula apabila mangsa tidak boleh bernafas. Orang yang membuat pertolongan cemas akan bernafas untuk mangsa dengan memasukkan udara ke dalam paru-parunya. Prosedur ini termasuk bernafas ke dalam mulut mangsa pada laluan yang betul dan memeriksa tanda-tanda adakah dia masih hidup. C: Tekanan pada dada kadang-kala membantu aliran darah. Dua pertolongan pernafasan harus diberi sebelum diikuti dengan menekan dada mangsa sebanyak 30 kali. Prosedur ini membabitkan tekanan pada dada bagi membantu aliran darah dan mengekalkan alirannya kepada organ utama. Begitupun, apa yang ditulis di sini adalah teknik asas saja. Untuk lebih mengetahui teknik CPR, anda perlu mendapatkan kursus jangka pendek yang ditawarkan di IJN. Siapa tahu bila masanya anda akan memerlukan CPR.

Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)


Apakah CPR? Ia merupakan teknik menyelamatkan nyawa yang digunakan sewaktu kecemasan apabila mangsa tidak bernafas dan nadi mangsa sudah tidak berdenyut. Ia merupakan kombinasi bantuan pernafasan dan penekanan dada di bahagian luar. Dengan bernafas untuk mangsa dan memastikan darah mangsa masih lagi dibekalkan ke seluruh tubuh, penyelamat boleh mengekalkan mangsa yang terhenti jantungnya untuk terus hidup sehingga bantuan perubatan tiba. Jika CPR tidak dilaksanakan, peluang mangsa untuk terus hidup akan menurun dengan banyaknya selepas 5 minit pertama. Siapakah yang boleh memberikan bantuan CPR? Anda perlu latihan yang formal untuk membolehkan anda memberikan bantuan CPR dengan berkesan. Walau bagaimanapun, jika nyawa mangsa bergantung kepada CPR, dan tiada orang lain yang lebih berkelayakan, anda perlu memberi bantuan tersebut. Mengapa kita perlu tahu mengenai CPR? Menurut Persatuan Palang Merah Amerika (American Red Cross), terdapat lebih kurang 1.5 juta manusia dirawat setiap tahun kerana serangan jantung ataupun jantung terhenti. Kedaan jantung terhenti bukan hanya disebabkan oleh serangan jantung, tetapi oleh kemalangan seperti lemas atau kejutan elektrik. Di Malaysia 30% daripada kematian yang yang disahkan di hospital-hospital kerajaan adalah disebabkan oleh penyakit kardiovaskular. Daripada kematian ini, terdapat juga yang berlaku di luar hospital, biasanya dalam masa dua jam pertama selepas wujudnya gejalagejala sakit jantung. CPR adalah amat penting dan mudah untuk dipelajari. Untuk maklumat lanjut mangenai pembelajaran CPR, hubungi Persatuan St. John Ambulans ataupun Persatuan Bulan Sabit Merah yang berdekatan. Pelajarilah kemahiran yang boleh menyelamatkan nyawa mereka yang anda sayangi. Kaedah:

Tentukan kesedaran mangsa: Goncangkan bahu mangsa perlahan-lahan. Sebutkan dengan kuat ,Adakah anda O.K? Hubungi bantuan (hubungi 999) CPR Peringkat Awal Saluran udara o Baringkan mangsa o Buka saluran udaranya (dongakkan kepala mangsa) o Tolak dagunya ke atas dengan menggunakan satu tangan dan tolak dahi mangsa ke bawah dengan menggunakan tangan yang lagi satu. Pernafasan o Pastikan samaada mangsa masih bernafas atau tidak Lihat pergerakan dada mangsa Dengar bunyi pernafasan Rasa nafas mangsa dengan menggunakan pipi anda

Jika mangsa masih bernafas dan tiada bukti-bukti kecederaan berlaku Letakkan mangsa pada kedudukan pemulihan Letakkan mangsa mengiring. Gunakan tangan dan kaki mangsa untuk menstabilkannya o Jika mangsa tidak bernafas Berikan dua hembusan (1= hingga 2 saat bagi setiap pernafasan) Picit hidung mangsa sehingga tertutup sepenuhnya Lekapkan mulut anda ke mulut mangsa Lakukan resusitasi mulut-ke-mulut Lihat kenaikan dada Biarkan paru-paru mengempis di antara dua hembusan Edaran darah o Tentukan kehadiran nadi Letakkan satu atau dua jari pada halkum(peti suara) mangsa. Gerakkan jari anda ke lekukan di antara halkum dan otot. Rasai nadi untuk 5-10 saat o Jika nadi mangsa masih hadir Lakukan bantuan pernafasan (mulut-ke-mulut) sahaja Berikan lebih kurang 12 pernafasan dalam seminit (satu nafas dalam setiap 5 saat) o Jika nadi mangsa sudah tiada Lakukan pusingan pertama pernafasan dan penekanan dada Dapatkan kedudukan di bahagian ketiga di bawah sternum (tulang dada) Tekan menggunakan kedua-dua belah tangan (lurus dengan mengunci pergerakan siku) dan berat badan ditujukan tegak ke bawah Kira dengan ritma (irama)yang tetap -Satu dan dua dan tiga& Tekan sternum sebanyak 1 = sehingga 2 inci pada kadar 80 hingga 100 tekanan dalam seminit. o

Untuk CPR, setiap 15 tekanan, berikan 2 hembusan (pernafasan bantuan). Lakukan di dalam 4 kitar, kemudian periksa nadi dan pernafasan. Jika tiada nadi, teruskan CPR, bermula dengan tekanan dada. Jika ada nadi tanpa pernafasan , berikan satu pernafasan setiap 5 saat. Garis panduan baru untuk CPR Pakar perubatan percaya bahawa mereka yang melakukan CPR di waktu kecemasan perlu meninggalkan prosedur pengambilan nadi pesakit yang mengalami serangan jantung kerana mereka selalu mendapatkan nadi dengan cara yang salah. Meraka menyarankan supaya tekanan ke dada untuk membersihkan saluran udara mangsa yang tercekik yang tidak sedarkan diri dilakukan. Perubahan-perubahan ini telah dimasukkan di dalam set garis panduan CPR yang baru yang diumumkan oleh Persatuan Jantung Amerika dalam usaha mereka untuk mempercepatkan bantuan kepada mangsa serangan jantung. Sesiapa yang ingin membantu mangsa ini perlu memeriksa tanda-tanda edaran yang lain seperti pernafasan, batuk atau sebarang pergerakan sebelum membuat keputusan untuk melakukan CPR. Untuk merawat pesakit tercekik (dewasa) yang tidak sedarkan diri, penyelamat yang bukan tergolong daripada ahli perubatan profesional boleh memulakan CPR yang standard dengan

tekanan pada dada berpandukan garis panduan yang baru, dan bukannya mengenakan tekanan pada abdomen ataupun menggunakan jari untuk membersihkan saluran udara. Menggunakan tekanan yang kuat pada abdomen atau lebih dikenali sebagai Heim-Lich Maneuver - akan tetap digunakan untuk mangsa yang masih sedar. Perubahan-perubahan lain berdasarkan garispanduan baru ini termasuklah: Penyelamat yang memberi CPR perlu memberikan 15 tekanan pada dada, berselang-seli dengan 2 bantuan pernafasan. Garis panduan lama mempunyai nisbah pernafasan yang berbeza dan penekanan pada dada berdasarkan pada bilangan pambantu yang ada ketika itu. Pelaksanaan CPR untuk bayi, kaedah 2 ibu jari dengan tangan membulat di kawasan dada adalah lebih berkesan berbanding dengan kaedah lama yang disarankan, iaitu menggunakan dua jari.

Penggunaan dadah penghalang sumbatan yang baru adalah disarankan apabila bantuan perubatan profesional telah tiba, termasuklah saranan mengenai dadah mana yang patut digunakan.

Bantuan Hidup Asas

PANDUAN PENYELAMAT JANTUNG


BUKU PANDUAN RESUSITASI KARDIOPULMONARI DAN PERTOLONGAN CEMAS BAGI MANGSA TERCEKEK

CPR - UNTUK KANAK-KANAK (1 HINGGA 8 TAHUN) standard CPR Anda boleh menjalankan CPR ke atas kanak-kanak kecil sama seperti kepada orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih besar kecuali dalam 4 perkara berikut : 1. Jika penyelamat itu tiada pembantu, berikan CPR selama 1 minit sebelum membuat panggilan sistem rawatan kecemasan. 2. Gunakan pangkal sebelah tapak tangan sahaja untuk memberikan tekanan kepada dada 3. Tekan sternum sedalam 1 hingga 1 1/2 inci

4. Berikan 100 tekanan seminit dan 1 pernafasan bantuan bagi setiap 5 tekanan A. SALURAN PERNAFASAN (AIRWAY)

Penilaian: tentukan mangsa tiada tindak balas. Gerakkan bahunya perlahan-lahan sambil memanggil, "Apa hal ini?" Panggil "tolong" Telentangkan mangsa dengan berhati-hati, ampu kepala dan tengkoknya jika dikhuatiri ada kecederaan. buka saluran pernafasan; guna teknik dongak-kepalaangkat-dagu.

B. PERNAFASAN (BREATHING)

Penilaian: Tentukan mangsa tidak bernafas. Letakkan telinga anda ke atas mulutnya, perhatikan dadanya; lihat dengar dan rasa udara pernafasan sambil memastikan

saluran pernafasan sentiasa terbuka . Jika mangsa tersebut masih bernafas dan tiada tandatanda trauma, baringkan mangsa dalam posisi pemulihan. Jika mangsa tiada bernafas, berikan 2 pernafasan bantuan, gunakan pernafasan bantuan mulut kemulut ( 1 - 1 1/2 saat setiap pernafasan) Perhatikan pergerakkan dada.

C. EDARAN DARAH (CIRCULATION)

Penilaian : Tentukan ketiadaan nadi. Gunakan 2 atau 3 jari untuk merasa nadi karotik sambil mendongakkan kepala dengan tangan sebelah lagi tetap memegang diatas dahi mangsa (untuk mengekalkan saluran pernafasan sentiasa terbuka. Jika tiada rasa nadi, mulakan TEKANAN DADA , letakkan tangan ditempat sama seperti orang dewasa. Tekan sternum lebik kurang 1 - 1 1/2 inci. Gunakan bahagian

pangkal sebelah tapak tangan sahaja. Tekan dada 100 kali seminit dan berikan 1 pernafasan bantuan bagi setiap 5 tekanan. Lakukan 20 kitaran tekanan dan pernafasan bantuan. Minta bantuan sistem rawatan kecemasan dengan membuat panggilan 999 ( Telefon cepat!) Periksa nadi Jika tiada nadi, beri 1 pernafasan bantuan dan teruskan tekanan dada dan pernafasan bantuan Periksa nadi setiap beberapa minit Jika nadi pulih, periksa pernafasan spontan. Jika tiada, berikan 1 pernafasan bantuan bagi setiap 3 saat (20 pernafasan bantuan seminit) dan sentiasa awasi nadi. Jika mangsa bernafas, baringkannya dalam posisi pemulihan dan pastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka dan awasi pernafasan dan nadi.

Bantuan Hidup Asas

PANDUAN PENYELAMAT JANTUNG


BUKU PANDUAN RESUSITASI KARDIOPULMONARI DAN PERTOLONGAN CEMAS BAGI MANGSA TERCEKEK

CPR UNTUK BAYI (UMUR KURANG DARIPADA 1 TAHUN)


Apabila CPR dilakukan ke atas bayi, perhatian yang lebih diperlukan bagi mengelakkan daripada berlakunya sesuatu yang merbahaya kepada nya. Maka terdapat banyak perbezaan teknik CPR dan rawatan tercekik untuk bayi A. SALURAN PERNAFASAN (AIRWAY)

Penilaian : Tentukan tiada respons dengan menggerakkan bahu perlahan-lahan

Baringkan bayi di atas permukaan yang keras. Ampu kepala dan tengkuknya jika ia perlu dipusingkan Buka saluran pernafasan, gunakan teknik dongak-kepala-angkatdagu(head-tilt-chin-lift). Berhati-hati supaya tidak mendongakkan kepala terlalu jauh ke belakang

B. PERNAFASAN (BREATHING)

Penilaian : Tentukan tiada pernafasan. sambil memastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka, letakkan telinga anda dekat dengan mulut bayi dan perhatikan pergerakkan dada, dengar dan rasa pernafasan bayi pada telinga anda. Jika mangsa tersebut masih bernafas dan tiada terdapat tandatanda trauma, Baringkan mangsa dalam posisi pemulihan. Jika mangsa tiada bernafas, berikan dua pernafasan bantuan perlahan-lahan. Mulut anda menutup mulut dan hidung bayi sekali, sambil memastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka. Perhatikan pergerakkan dada dengan setiap pernafasan. Pernafasan perlu diberi untuk 1 - 1 1/2 saat.

C. EDARAN DARAH (CIRCULATION) Penilaian : tentukan ketiadaan nadi. Rasa nadi brakial di sebelah dalam lengan dengan 2 jari sambil mendongakkan kepala dengan tangan yang satu lagi.

Mulakan tekanan dada. Bayang satu garis yang dibuat antara kedua tetek bayi. Letakkan jari hantu dan jari manis disebelah jari telunjuk. Angkat jari telunjuk Gunakan jari hantu dan jari manis untuk menekan sternum pada tempat tadi. Disebabkan adanya variasi dalam saiz tangan penyelamat dan dada bayi, kaedah di atas hanyalah sebagai panduan. Pastikan jari-jari anda tidak menekan hujung sternun (cuaran xifoid).

Tekan sternum sedalam 1/2 hingga 1 inci, sekurang-kurangnya 100 kali seminit, Sambil memberi satu pernafasan bagi setiap 5 tekanan.

Lakukan 20 kitaran tekanan dan pernafasan bantuan.

Minta bantuan sistem rawatan kecemasan dengan membuat panggilan 999 /991( telefon cepat !) Periksa nadi brakial. Jika tiada nadi, teruskan tekanan dan pernafasan bantuan. periksa nadi setiap beberapa minit Jika nadi pulih, periksa pernafasan spontan. Jika tiada, berikan 1 pernafasan bantuan setiap 3 saat (20 pernafasan bantuan seminit) dan awasi nadi. Jika bernafas, pastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka dan awasi pernafasan dan nadi.

Mengendalikan Kes Keracunan


Rosman Ahmad Pusat Racun Negara Keracunan pada dasarnya harus dianggap sebagai satu kes kecemasan. Tanggapan sedemikian perlu dibuat pada peringkat awal bagi mempastikan kes-kes ini tidak dipandang ringan dan rawatan yang bersesuaian dapat diberikan segera. Ini penting kerana keracunan boleh membawa kecelakaan dan berakhir dengan maut pada mangsanya. Walaupun tanggapan sedemikian dibuat, analisa kes-kes keracunan yang pernah dilaporkan menunjukkan bahawa kebanyakan kes tidak mengakibatkan kematian. Malahan, lebih kurang 3/4 dari kes-kes keracunan didapati tidak membahayakan dengan sedikit sahaja gejala yang ditunjukkan. Dalam hal begini, pesakit tidak harus pula dikenakan tindakan rawatan yang serius sehingga boleh mengakibatkan komplikasi. Bagi mempastikan tindakan yang bertepatan dapat dilakukan terhadap kes keracunan yang dikendalikan, maklumat tentang bahan keracunan amat diperlukan. Tujuannya untuk membolehkan penilaian tentang risiko bahaya dibuat dengan segera. Pengetahuan tentang bahaya sesuatu bahan racun terbabit merupakan aspek yang penting dalam rawatan mana-mana kes keracunan. Pengetahuan dapat mengurangkan tekanan psikologi yang dialami oleh pesakit dan ahli keluarganya dapat menentukan sama ada rawatan tertentu perlu dilakukan atau tidak.

Keracunan yang membabitkan kanak-kanak pada keseluruhannya didapati tidak membahayakan. Bahan-bahan yang terbabit terdiri daripada bahan-bahan rumah yang didapati tidak toksik. Kes keracunan yang dilaporkan di negara ini yang membabitkan minyak angin yang mengandungi silisilat dan racun makhluk perosak seperti paraquat dianggap berbahaya. Keracunan yang membabitkan golongan tua biasanya dialami serius dan pesakit akan mengalami komplikasi serta maut. Dalam kebanyakan kes, ia disebabkan oleh ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat pesakit yang mereka alami seperti ubat penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. Keracunan berlaku apabila dos ubat-ubatan diambil secara berlebihan. Dalam kebanyakan kes pengenalpastian bahan sebenar yang terbabit dalam keracunan adalah rumit dan mengambil masa yang lama. Pengesahan hanya dapat dilakukan di hospital ataupun setelah pesakit mati. Keadaan ini berlaku kerana kebanyakan bahan yang dijual termasuk ubatubatan tidak mencatatkan kandungannya. Selain itu, sesetengah pesakit seperti penagih dadah akan cuba merahsiakan maklumat bahan yang diambil, supaya penglibatannya tidak diketahui umum, walaupun ini akan meletakkan dirinya dalam keadaan bahaya. Rawatan yang diperlukan pada ketika itu hanyalah bercorak mengawal gejala sahaja. Justeru itu, langkah awal tertumpu kepada pengenalpastian dan penilaian risiko. Ini mungkin dapat dilakukan dengan mudah jika kejadian berlaku di depan kita. Maklumat tentang bahaya sesuatu bahan racun dapat diperolehi daripada Pusat Racun Negara. GEJALA KERACUNAN AKUT Gejala yang diperhatikan dalam keracunan biasanya tidak khusus. Beberapa sistem organ manusia mungkin terjejas pada satu masa bergantung pada jenis bahan yang terbabit. Jadual 1 dan 3 menunjukkan jenis-jenis gejala yang sering dialami semasa keracunan mengikut jenis-jenis bahan yang terbabit. Keadaan yang boleh mengancam nyawa pesakit seperti keruntuhan aliran darah serta penjejasan fungsi jantung dan pernafasan harus diawasi dengan teliti. Maut biasanya disebabkan oleh saluran darah yang tersekat, penekanan fungsi pernafasan atau apabila pesakit tersedak dengan bahan makanan/racun yang memasuki ke dalam paru-paru. Komplikasi pernafasan merupakan punca utama kematian akibat daripada keracunan. Jika disebutkan ini berlaku, keracunan harus disyaki terutama apabila pesakit adalah seorang yang tidak siuman. Pesakit diketahui mengalami tekanan yang berat, pesakit koma, atau pesakit muda yang mengalami degupan jantung tidak menentu tanpa diketahui punca sebenar. Kanak-kanak yang mempunyai tahap asid yang tinggi dalam darahnya juga disyaki mengalami keracunan jika punca lain tidak dapat disahkan.

A B C D E F G H I J K L M N

Rasa loya Muntah-muntah Rasa pedih/panas seperti terbakar di bahagian mulut,perut Melepuh di bahagian bibir Sakit kepala Pening, bingung, meracau Pergerakan terhoyong-hayang, tiada koordinasi Sawan Koma atau pengsan Tidak berbafas, atau pernafasan yang perlahan Sukar bernafas Bernafas dalam-dalam dan pantas Nadi tidak menentu dan perlahan Nadi pantas

O P Q R S T

Pupil mata mengembang Pupil mata mengecil Warna kebiruan di bahagian mulut Kulit merah padam Demam Kejutan

Jadual 1: Gejala Keracunan Akut yang sering diperhatikan PENDEKATAN RAWATAN Apabila berhadapan dengan kejadian keracunan, pendekatan yang boleh diambil termasuklah memberikan bantuan sokongan untuk menstabilkan keadaan pesakit. Kemudian mengeluarkan racun daripada perut dan usus atau bahagian lain seperti kulit dan mata. Memberi penawar jika ada, menyingkirkan bahan beracun yang telah diserap daripada tubuh pesakit serta rawatan sokongan dan pemerhatian. Dalam kebanyakan kes, langkah untuk menstabilkan pesakit dan bantuan sokongan merupakan pendekatan awal mesti dilakukan. (Rujuk Jadual 2). Ini termasuklah mempastikan sistem jantung dan pernafasan berfungsi dengan baik. Aliran udara dan peredaran darah mesti dipastikan berjalan dengan baik. Tindakan segera perlu dilakukan dalam menangani sesuatu kes keracunan bergantung pada jenis pendedahan. Pada amnya, beberapa langkah boleh diambil untuk merawat pesakit.

01 Buatkan mangsa keracunan muntah melainkan jika beliau dalam keadaan tidak sedar diri atau mengalami sawan 02 Dapatkan nasihat doktor jika hendak membuatkan mangsa keracunan muntah 03 Berikan campuran arang teraktif dengan sedikit air 04 Berikan air dan susu pada ketika ini juga 05 Jiruskan air ke bahagian mata atau kulit jka terkena racun 06 Gunakan julap 07 Berikan campuran satu sudu teh natrium bikarbonat dalam 1/2 gelas air 08 Rawat kejutan 09 Terapkan dengan air sejuk 10 Pernafasan bantuan diberikan jika perlu Jadual 2: Langkah rawatan awal bila berlaku keracunan RACUN YANG DIHIDU Mangsa keracunan akibat terhidu gas atau asap mempunyai tanda amaran seperti pening kepala, sakit kepala dan rasa lemah badan. Bergantung kepada jenis racun yang dihidu, mangsa boleh mengalami batuk, sesak nafas ataupun maut. Mangsa ini perlu dibawa keluar ke kawasan lapang dengan segera. Pintu dan tingkap harus dibuka dengan luas. Namun begitu, sebelum memasuki ke tempat yang mungkin dipenuhi asap atau gas, pastikan ia selamat. Ini memerlukan maklumat tentang gas yang terbabit. Selain nama gas yang tercatat pada tong gas, bau dan warna gas tersebut mungkin dapat membantu dalam mengenalpasti dan menilai risiko pendedahan. Mangsa keracunan gas hendaklah dipindahkan ke tempat yang berudara bersih/segar. Bagi pesakit yang sedar, kepala dan dada mereka perlulah diangkatkan sedikit untuk memudahkan pernafasan. Jika mangsa tidak dapat bernafas dengan baik, pakaian yang ketat hendaklah

dilonggarkan dan pernafasan bantuan diberikan sebelum mendapatkan bantuan lanjut. Mangsa keracunan gas hendaklah diuruskan dengan hati-hati supaya badannya tidak bergoncang. RACUN YANG TERKENA PADA KULIT Dalam keadaan di mana mangsa terkena racun pada bahagian kulit, tindakan segera perlu dilakukan untuk menanggalkan pakaian yang tercemar dan membasuh kulit dengan air sebanyak mungkin selama sekurang-kurangnya 10 minit. Kemudian, bahagian yang terkena racun perlu dicuci dengan sabun (jika kulit tidak melecur) dan dijirus dengan air sebelum mendapatkan rawatan lanjut di hospital. RACUN YANG TERKENA PADA MATA Mata yang terkena bahan racun hendaklah dicuci dengan menuangkan air suam dari bekas (gelas) pada jarak 2 hingga 3 inci dari mata. Langkah ini hendaklah diulangi sekurang-kurangnya 15 minit. Pesakit hendaklah disuruh mengelipkan-ngelipkan mata seberapa banyak kali yang boleh. Semasa matanya dibasahi dengan air, jangan pula dipaksa pesakit membuka kelopak mata. Selepas keadaan ini selesai, pesakit hendaklah dibawa ke hospital dengan segera untuk mendapatkan penilaian dan rawatan seterusnya. RACUN YANG DITELAN Jika bahan tersebut terdiri daripada kumpulan ubat-ubatan, elakkan memberi apa-apa melalui mulut, sehingga nasihat keracunan tersebut diperolehi terlebih dahulu. Jika bahan tersebut bahan kimia yang digunakan di rumah, berikan segera minuman susu atau air kecuali pesakit tidak sedarkan diri, tidak berupaya menelan atau mengalami sawan. Kemudian dapatkan bantuan nasihat dengan menelefon Pusat Racun Negara atau lain-lain para profesional perubatan dan farmasi bagi menentukan tindakan lanjut yang perlu diambil.

Ubat-ubatan Antidepresi(imipramine,triptylines) Ubat sakit sendi seperti aspirin atau minyak gosok panas yang mengandungi salisilat metil Ubat selsema(antihistamina) Ubat tidur/sawan yang mengandungi barbiturat Ubat sakit jantung yang mengandungi digoksin Zat besi Narkotik seperti morfin dan kodein dalam ubat batuk Ubat penenang Tumbuh-tumbuhan Cendawan Kecubong Bahan-bahan yang disimpan di rumah Bahan asid/alkali seperti pencuci longkang, pengkakis Peluntur-natrium hipoklorit B

Gejala Keracunan HIMNOT BLS FGORS JI ABMS BT IJP GJIH

Rawatan Awal 1,3,10

1,3,9 1,3,10 1,3 11,7,1,6 10 1,3,6 1,3,6 1,9 4,5,2 4,2

ORSNFH CDT BC

Asid borik Kamfor Disinfektan-fenol Minyak tanah Cecair pemetik api Ubat gegat Pengilap perabot Pelarut-penipis cat Turpentin Penyembur-freon Alkohol-metil, alkohol gosok Alkohol-minuman arak, minyak wangi Racun Makhluk Perosak Racun serangga Hidrokarbon: klordane, lindane Fosfat: diazinon, parathion Fluorid-racun semut, lipas dan tikus Arsenik-racun tikus, herbisid Striknin-racun tikus Karbon tetraklorid Gas Karbon monoksid Sianid-fumigant

ABR ABFHT CDFIT ABK ABK AB BK BK CDKGH T EAI CHI BEFHKMT BCGMQ BCJMH ABET HI BJT EFIR EBKNHI

1 1,10 1,3,6 2,3,6 2,3,6 1,3,6 2,3,6 2,3,6 2,3,6 10,2 1,7,10 1,10 3,6,8 1,3,8,1,0 1,3,8 1,6 10 1,3,8 10 10

Jadual 3:Senarai bahan-bahan berserta dengan gejala keracunan akut dan langkah rawatan awal PENGKELASAN JENIS PENDEDAHAN DAN IMPLIKASI RAWATAN Individu yang terdedah kepada bahan racun boleh dikategorikan kepada 3 jenis. Kategori pertama membabitkan pendedahan sebenar tetapi tidak memerlukan apa-apa rawatan tertentu. Ini dapat disahkan jika maklumat tentang bahan yang terbabit adalah dalam kumpulan bahan yang tidak toksik. Pesakit juga akan diletakkan dalam kategori ini jika bahan yang terbabit adalah toksik tetapi diambil pada amaun yang sedikit. Pendedahan sedemikian biasanya tidak menghasilkan apa-apa kemudaratan dan pesakit tidak menunjukkan sebarang gejala keracunan. Namun begitu, adalah baik sekiranya pesakit mendapat pengesahan doktor di hospital atau melaporkannya ke Pusat Racun Negara. Kategori kedua membabitkan pendedahan yang dirasakan boleh dirawat di rumah. Sekiranya terdapat individu yang faham dan boleh mengikuti arahan doktor. Kes-kes keracunan yang diletakkan di bawah kategori ini dianggap minor dan tidak menggugat nyawa. Bagi membolehkan pesakit diletakkan dalam kategori ini, jenis bahan, jumlahnya serta gejala yang dialami perlu diketahui. Sekiranya bahan racun ditelan, ia mungkin dapat dikelarkan dengan cara membuatkan pesakit muntah. Di negara maju seperti Amerika Syarikat, pendedahan ini digunakan secara meluas dan ini dianggap sebagai satu cara pengendalian rawatan keracunan yang menjimatkan. Di Malaysia, cara ini tidak dinasihatkan memandangkan kaedah pemuntahan yang selamat mungkin masih belum dapat dilakukan di rumah.

Kategori ketiga pula membabitkan pendedahan memerlukan rujukan dari hospital untuk membolehkan pemeriksaan doktor dilakukan. Kes-kes yang diletakkan dalam kategori ini termasuklah kes keracunan yang disengajakan, apabila gejala serius diramalkan berlaku, dan apabila bahan racun yang diambil dianggap amat toksik. Dalam kes keracunan yang disengajakan, pesakit masih perlu dibawa ke hospital walaupun ia membabitkan bahan yang kurang toksik. Ia diperlukan bagi mempastikan kesungguhan pesakit untuk membunuh diri supaya rawatan bersifat psikoterapi dan kaunseling dapat diberikan.

PERTOLONGAN CEMAS / BANTU MULA


Definisi: Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa atau keturunan sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital. Prinsip-prinsip pertolongan cemas:

1. 2. 3. 4.

Menyelamatakan nyawa Mengurangkan kesakitan Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital

Peraturan Am Pertolongan cemas:

1. Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu. 2. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya pernafasan pesakit 3. 4.
itu Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya sahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.

Tindakan serta merta pertolongan cemas:

1. 2. 3. 4.

Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik. Memberikan rawatan renjatan dengan segera. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna .

Arahan am untuk memberi rawatan bantu mula: Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga dll.

Bertindak berdasar DRABC [Danger Response Airways Breathing Circulation] iaitu:

5. Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya [D] 6. Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya
jika mangsa sedar. [R]

7. Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika ada keluarkan dan 8. 9.
letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa [A] Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air Resuscitation [B] Pastikan nadi mangsa berfungsi - semak di nadi karotid atau di leher [C], jika tidak lakukan CPR [Cardio Pulmponary Resuscitation].

Teknik-Teknik RAWATAN Pertolongan Cemas


Luka/Pendarahan 1. Tekan kawasan yang berdarah dengan kain yang bersih sehingga pendarahan berhenti [darah membeku] 2. Jika darah masih mengalir balut kawasan yang berdarah atau tambahkan tekanan ke atas kawasan yang luka 3. Pastikan kawasan yang cedera berada dalam keadaan yang lebih tinggi dari jantung dan otak. Praktikkan teknik RICE. 4. Tenangkan mangsa. 5. Hantar mangsa dengan segera ke hospital. Keracunan Tanda-tanda:

10. maklumat dari mangsa 11. mangsa sakit dengan tiba-tiba 12. kesan terbakar di sekeliling mulut atau bibir 13. anak mata menguncup ke saiz mata jarum peniti.

Rawatan: 1. Larutkan racun dengan memberi segelas air atau susu jika mangsa sedar dan tiada tanda-tanda sawan. JANGAN beri minuman jika mangsa muntah. 2. Simpan bekas racun bagi tujuan analisis. 3. Segera hubungi hospital 4. Jangan cuba meneutralkan racun tersebut dengan cuka atau air limau Terkejut Tanda-tanda:

14. badan berpeluh 15. pucat 16. rasa nak pengsan 17. resah 18. nafas kerap tapi tipis 19. kadar nadi bertambah tapi lemah

Rawatan 20. Baringkan mangsa 21. Lembabkan bibir mangsa dengan air jika ia dahaga 22. Jika tidak sedar, baringkan dalam posisi 'recovery' 23. Jika sedar, baringkan secara terlentang dengan muka dipusing ke tepi dan kaki ditinggikan 24. Selimutkan jika suhu badan menurun 25. Segera hantar ke hospital

Terbakar Klasifikasi terbakar 1. First Degree - dipermukaan kulit sahaja a. Kemerah-merahan atau hilang warna b. bengkak sedikit dan rasa sakit c. cepat sembuh 2. Second Degree - melibatkan hujung-hujung saraf a. merah b. ada tanda-tanda gelembung [blisters] c. bengkak yang nyata [beberapa hari] d. kulit basah akibat lelehan plasma yang keluar dari lapisan kulit yang rosak. 3. Third Degree a. kerosakan tisu lebih dalam b. kemusnahan pada lapisan kulit luar c. tisu-tisu dalam dapat dilihat. Important!!!! Orang dewasa yang 15% permukaan badan dan kanak-kanak 10% permukaan badan terbakar perlu dimasukkan ke hospital Rawatan

26. Sejukkan dengan serta merta dengan air sejuk 27. tutup bahagian yang terbakar dengan air bersih 28. baringkan mangsa 29. jangan gerakkan bahagian yang terbakar 30. beri minuman sedikit bagi mangsa yang sedar 31. hantar segera ke hospital

Melecur Rawatan 32. sejukkan dengan air sejuk 33. jika baju tidak melekat pada kulit dan masih lembab, tanggalkan pakaian 34. rawat seperti mangsa terbakar

Kejutan Elektrik 35. putuskan hubungan elektrik 36. periksa pernafasan, beri pemulihan pernafasan [EAR] jika pernafasan mangsa terhenti 37. rawat bagi terbakar jika ada

Terseliuh [dislocation] Kecederaan di bahagian sendi akibat daya dari luar yang kuat menyebabkan ligamen tertarik atau koyak. Kawasan kecederaan biasa di pergelangan tangan atau kaki serta lutut. Rawatan: RICE 38. Rehatkan kawasan yang cedera [Rest] 39. Letakkan ais yang telah dibungkus didalam kain ke tempat cedera [Ice] 40. Balut tempat yang cedera [Compression] 41. Tinggikan tempat cedera dari paras jantung [Elevation] 42. Hantar ke hospital Ketegangan Otot

Kecederaan apada otot akibat terregang berlebihan, akibat terlebih guna atau mengangkat benda yang berat. Tanda dan alamat - sakit yang tajam di tempat cedera dan diikuti dengan bengkak. Rawatan: RICE Terkehel Kecederaan di sendi yang melibatkan tulang terkeluar dari kedudukan asalnya. Biasanya di bahu, siku, jari dan rahang. Terkehel mungkin diikuti dengan patah tulang. Tanda-tanda: Sakit tidak boleh menggerakkan bahagian yang cedera, cacat bentuk anggota tersebut. Rawatan: 1. Berikan rawatan renjatan. 2. Jangan sekali-kali cuba memasukkan sendi yang terkeluar itu ke tempat asal. 3. Jangan lakukan banyak pergerakan. 4. Balut dengan padding atau anduh di tempat yang cedera. 5. Hantar segera ke hospital.
[

Anda mungkin juga menyukai