Anda di halaman 1dari 15

Cardio Pulmonary Resusitation (CPR)

Cardio Pulmonary Resusitation (CPR) merupakan kaedah keselamatan yang paling


penting dalam membantu mangsa sama ada orang lain ataupun ahli keluarga kita sendiri.
Bagi mereka yang berpengetahuan dalam ilmu ini wajib disebarkan kepada orang yang
dekat dengan kita. Siapa tahu jika kita sendiri diserang sakit jantung, kepada siapa yang kita
harapkan untuk membantu?. Sedang bantuan dalam perjalanan, nyawa kita bergantung
setiap saat kepada bantuan awal yang diperlukan. Tanpa CPR, kelangsungan hidup itu
hampir tiada. Jangan mengharapkan paramedik atau pihak ambulan, sedang otak kita hanya
mampu bertahan tanpa oksigen selama 4-6 minit sahaja.

Kaedah CPR ini adalah bantuan awal sementara menanti kehadiran pihak yang
berwajib tiba seperti paramedik atau ambulan dan sebagainya. Kaedah ini akan berubah
mengikut keadaan semasa berdasarkan situasi, seperti pada era zaman 90 an, mereka
menggunakan kaedah ABC. Setelah itu, kaedah ini diubah kepada DRABC. Namun bermula
pada tahun 2010 hingga kini, kaedah ini sudah berubah kepada DRCAB.

Apakah yang dimaksudkan dengan DRCAB???...

DRCAB adalah ringkasan daripada maksud:

D Danger iaitu peka tentang bahaya persekitaran. Jauhkan diri sendiri dan mangsa dari
bahaya. Jangan membahayakan diri sendiri dan menjadikan diri anda mangsa seterusnya.


R Respons iaitu periksa maklum balas mangsa dengan menepuk bahu dan panggil
mangsa di telinga, seperti: "Hello! Hello! Are you OK?" dan sebagainya. Kemudian telefon
ambulan atau minta bantuan masyarakat yang ada di sekeliling anda untuk menelefon
ambulan.


C Circulation iaitu periksa keadaan mangsa dan lihat jika ada tanda-tanda bernyawa.
Teruskan CPR sehingga mangsa pulih, bantuan tiba, ada orang yang ingin menggantikan
tempat anda atau anda sendiri sudah keletihan.


A Airways iaitu periksa saluran penafasan mangsa jika ada halangan. Kemudian,
gunakan kaedah 3M (Mendengar, Melihat dan Merasa). Jika mangsa masih tidak sedarkan
diri atau tidak bernafas. Mulakan CPR.

B Breathing iaitu memberikan bantuan panafasan 2 kali daripada mulut ke mulut.
Diiringi tekanan di dada sebanyak 30 kali. Kaedah ini hendaklah diulang sebanyak 5
pusingan.



Fakta: Kebanyakkan mangsa kemalangan meninggal dunia bukanlah disebabkan kelewatan
ambulan tiba di tempat kejadian, TETAPI ianya disebabkan oleh kelewatan mangsa
menerima rawatan bantuan awal kecemasan.


"CPR" dilencongkan ke sini. Untuk kegunaan lain, sila lihat CPR (nyahkekaburan).


CPR dilakukan pada patung ujian.
Resusitasi kardiopulmonari (Bahasa Inggeris: Cardiopulmonary resuscitation CPR) adalah
prosedur kecemasan yang dilakukan dalam usaha bagi mengekalkan secara manual fungsi
otak sehingga langkah selanjutnya dapat dilakukan bagi mengembalikan aliran darah dan
pernafasan secara spontan pada seseorang yang jantung berhenti berdengup. Ini ditunjukkan
pada seseorang yang tidak bertindak balas dengan berhenti bernafas atau pernafasan tidak
normal, sebagai contoh pernafasan sengsara. Ia boleh dilakukan di dalam atau di luar hospital.
CPR membabitkan menekan dada pada sekurang-kurangnya sedalam 5 cm dan pada kadar
sekurang-kurangnya 100 kali setiap minit sebagai usaha menghasilkan peredaran buatan
dengan mengepam darah melalui jantung secara insani. Tambahan lagi, penyelamat boleh
membekalkan pernafasan dengan samaada menghembus ke dalam mulut mangsa atau
menggunakan peranti yang menolak udara ke dalam paru-paru mangsa. Proses menberikan
pengudaraan luaran dikenali sebagai pernafasan buatan. Cadangan semasa menekankan
pemampatan dada berkualiti tinggi melebihi bantuan pernafasan; kaedah CPR dipermudahkan
membabitkan pemampatan dada hanya digalakkan bagi penyelamat tidak terlatih.
CPR sahaja tidak mungkin menghidupkan semula jantung, kerana tujuan utamanya adalah
memulihkan separa aliran darah beroksigen ke dalam otak dan jantung. CPR boleh
menangguhkan kematian tisu serta melanjutkan jendela peluang yang singkat untuk
menjayakan resusitasi tanpa kerosakan otak yang berkekalan. Pemberian renjatan elektrik
kepada jantung (defibrilasi) biasanya diperlukan untuk memulihkan nadi jantung yang berdaya
hidup. Defibrilasi berkesan untuk ritma-ritma jantung tertentu sahaja, iaitu fibrilasi
ventrikel atau takikardia ventrikel tanpa nadi, bukan asistol atau aktiviti elektrik tanpa nadi.
Bagaimanapun, CPR boleh mencetuskan ritma yang boleh direnjat. CPR biasanya diteruskan
sehingga pesakitnya pulih peredaran spontannya (ROSC) atau disahkan mati.
Isi kandungan
[sorokkan]
1 Indikasi
2 Kaedah
o 2.1 Piawaian
o 2.2 Mampatan sahaja
3 Keberkesanan
4 Rujukan
Indikasi[sunting | sunting sumber]
CPR diindikasi untuk sesiapa yang tidak responsif, dan tidak bernafas atau sekadar tercungap-
cungap kerana besar kemungkinan bahawa pesakit itu mengalami hentian jantung.
[1]:S643
Jika
pesakit itu masih bernadi tetapi tidak bernafas, pernafasan bantuan lebih sesuai.
Bagaimanapun, ramai orang sukar mengesan nadi, maka mereka terpaksa menggunakan
CPR.
[2]

Kaedah[sunting | sunting sumber]


Latihan CPR: CPR sedang diberikan sementara penyelamat kedua bersiap sedia untuk defibrilasi.
Pada tahun 2010, Persatuan Jantung Amerika dan Jawatankuasa Resusitasi Berperhubungan
Antarabangsa mengemaskini panduan CPR-nya
[1]:S640[3]
untuk menekankan kepentingan CPR
bermutu tinggi (kadar dan kedalaman mencukupi tanpa pengalihan udara
berlebihan)
[1]:S640
Urutan intervensi diubah untuk semua golongan umur kecuali bayi baru lahir,
dari "salur udara, nafas, mampatan dada" ke "mampatan dada, salur udara, nafas".
[1]:S642
Yang
dikecualikan dari syor ini adalah bagi sesiapa yang dipercayai mengalami hentian nafas (lemas,
dsb.).
[1]:S642

Piawaian[sunting | sunting sumber]
Nisbah mampatan-pengalihan udara sejagat 30:2 disyorkan untuk dewasa, dan juga kanak-
kanak dan bayi jika hanya seorang penyelamat hadir.
[4]:8
Jika sekurang-kurangnya dua orang
penyelamat hadir, nisbah 15:2 lebih sesuai untuk kanak-kanak dan bayu.
[4]:8
Bagi bayi baru
lahir, kadar 3:1 disyorkan melainkan punca kardium dikenal pasti, yang mana nisbah 15:2
adalah munasabah.
[1]:S647
Jika salur udara lanjutan seperti tiub endotrakea atau sungkup salur
udara larinks berada di tempatnya, pembebasan nafas sepatutnya berlaku tanpa henti-henti
dalam mampatan pada kadar 8-10 seminit.
[5]
Urutan intervensi yang disyorkan ialah "mampatan
dada, salur udara, nafas" untuk kebanyakan situasi
[1]:S642
, dengan kadar mampatan sekurang-
kurangnya 100 seminit untuk semua golongan.
[4]:8
Kedalaman mampatan yang disyorkan untuk
dewasa dan kanak-kanak adalah sekirar 5 cm (2 inci), bagi bayi pula adalah 4 cm
(1.5 inci).
[4]:8
As of 2010 the Resuscitation Council (UK) still recommends ABC for
children.
[6]
Disebabkan sukarnya menentukan kehadiran atau ketiadaan nadi, pemeriksaan nadi
tidak perlu dilakukan penyelamat yang tidak mahir, dan tidak patut dilakukan selama lebih 10
saat oleh pihak penjaga kesihatan.
[4]:8
Untuk dewasa, penyelamat harus menggunakan kedua-
dua tangan untuk mampatan dada; untuk kanak-kanak, sebelah tangan sahaja yang patut
digunakan; untuk bayi pula, dua batang jari (jari telunjuk dan jari tengah).
[7]

Mampatan sahaja[sunting | sunting sumber]
CPR mampatan sahaja (resusitasi kardioserebral atau menggunakan "tangan sahaja") ialah
teknik yang melibatkan mampatan dada tanpa pernafasan bantuan. .
[1]:S643
Ia dicadangkan
sebagai kaedah pilihan bagi penyelamat tidak terlatih dan yang tidak mahir kerana ia lebih
mudah dilakukan dan arahan lebih mudah diberikan melalui telefon.
[1]:S643[4]:8[8]
Bagi orang
dewasa dengan hentian jantung di luar hospital, CPR mampatan sahaja oleh orang awam
mencatat kadar kejayaan yang lebih tinggi berbanding CPR asas.
[8]
Pengecualian adalah bagi
kes lemas, pengambilan dadah berlebihan, dan hentian jantung pada kanak-kanak. Kanak-
kanak yang menerima CPR mampatan sahaja mendapat hasil yang sama dengan yang tidak
menerima CPR.
[1]:S646
Kaedah mengenakan pemampatan dada tetap sama, begitu juga dengan
kadarnya (sekurang-kurangnya 100 kali seminit). Diharapkan bahawa penggunaan CPR
mampatan sahaja akan meningkatkan peluang orang keramaian melakukan CPR.
[9]
As per
the American Heart Association, the beat of the Bee Gees' song Stayin' Alive provides an ideal
amount of beats-per-minute to use for hands-only CPR.
[10]
Bagi mereka yang mengalami
masalah bukan hentian jantung dan yang usianya belum mencecah 20 tahun, CPR piawai lebih
berkesan berbanding CPR mampatan sahaja.
[11][12]

DEFINISI PERTOLONGAN CEMAS

~Rawatan pertama diberi kepada pesakit/mangsa kemalangan.

~Usaha rawatan pertama dalam keadaan kecemasan sebelum ketibaan ambulans / pesakit
mendapat rawatan dari doktor.

~Matlamat utama:
>untuk menyelamat nyawa
>mengelakkan kecederaan dari bertambah buruk
>mengurangkan kesakitan.
>sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh doktor

SISTEM PERNAFASAN

~Semasa kita bernafas, kita menyedut & menghembuskan udara

~Udara yang disedut dibawa ke paru-paru dan meresap oksigen ke dalam darah

~Udara yang disedut hanya ada 21% oksigen, selebihnya komposisi gas nitrogen

~Badan kita memerlukan 5% oksigen untuk melakukan proses respirasi

BILANGAN PERNAFASAN SESEORANG

~Dewasa = 15-20 kali seminit

~Kanak-kanak = 22-25 kali seminit
6 - 10 tahun

~Bayi = 35-40 kali seminit

BILANGAN NADI SESEORANG

~Dewasa = 70-80 kali seminit

~Kanak-kanak = 90-100 kali seminit
6 - 10 tahun

~Bayi = 100-140 kali seminit

SISTEM PEREDARAN DARAH

Berfungsi menyalurkan dan mengagihkan bahan makanan dan oksigen ke segenap sel-sel di
dalam badan dan membawa bahan buangan keluar

Dalam badan seseorang dewasa terdapat sekitar 4-6 liter darah

Setiap 7kg berat badan mengandungi 0.5 liter darah

FUNGSI DARAH

~Membawa oksigen dan bahan makanan ke tisu

~Membawa bahan buangan ke organ pembuangan

~Melawan penyakit

~Membawa enzim dan hormon ke organ sasaran

~Mengawal suhu badan

~Menghentikan pendarahan

RESUSITASI KARDIOPULIMONARI (CPR)

Adalah bantuan kecemasan yang diberikan kepada mangsa kecederaan yang tidak
mempunyai denyutan nadi dan tidak bernafas

Merupakan kombinasi teknik pernafasan bantuan mulut ke mulut dan juga tekanan dada

Berperanan untuk membantu jantung mengepam udara yang dihembus ke seluruh anggota
badan

Dua sebab utama CPR dilakukan

*terhenti pernafasan

*tiada nadi

PEMERIKSAAN A.B.C

Terdapat 3 prinsip asas yang perlu dilakukan iaitu ABC sebelum melakukan CPR

A Airway (saluran pernafasan)
B Breathing (pernafasan)
C Circulation (peredaran darah)

A - AIRWAY (SALURAN PERNAFASAN)

~Ini merupakan tindakan pertama yang perlu dilakukan dalam proses CPR.

~Tujuan ia dilakukan adalah untuk memastikan saluran udara untuk pernafasan adalah
terbuka.

~Anda boleh membuka saluran udara ini dengan mendongakkan kepala mangsa ke belakang
dan angkat dagu mangsa.

~Kedudukan ini akan mengangkat lidah mangsa dari arah belakang tekak supaya ia tidak
menghalang laluan udara.

~Anda juga perlu membuat pemeriksaan visual kedalam mulut mangsa dan gunakan jari anda
untuk membuang sebarang bahan asing dari mulut.

~Contohnya gigi palsu yang pecah.

B - BREATHING (PERNAFASAN)

~Selepas saluran pernafasan dibuka, tindakan seterusnya yang perlu anda lakukan adalah
memeriksa pernafasan mangsa.

~Dekatkan telinga anda disisi mulut dan hidung mangsa dengan keadaan muka menghadap ke
dada mangsa.

~Keadaan tesebut membolehkan anda mendengar bunyi nafas, merasa hembusan nafas dan
mata anda memandang tepat kearah dada untuk melihat pergerakan turun-naik dada.

~(Kaedah 3M=Mendengar, Merasa, Melihat).

~Jika tiada nafas anda perlu memberikan pernafasan bantuan.

~Contohnya mulut ke mulut.

C - CIRCULATION (PEREDARAN DARAH)

~Langkah ke tiga adalah untuk mengekalkan peredaran darah.

~Langkah ini perlu dilakukan sekiranya jantung mangsa telah terhenti ataupun nadi mangsa

telah tidak berdenyut.

~Sekiranya mangsa mempunyai denyutan nadi anda hanya perlu meneruskan langkah kedua

iaitu bantuan pernafasan sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri.

~Langkah ketiga ini dilakukan dengan memberi tekanan atau mampatan di dada mangsa.

~Semasa tekanan dilakukan tangan anda hendaklah sentiasa lurus.

~Gunakan berat badan anda untuk melakukan tekanan.

~Pastikan kedudukan tekanan di tulang dada (sternum) dan sekitar dua jari dari atas hulu hati

(cuaran xiphoid).

KAEDAH PEMULIHAN PERNAFASAN MULUT KE MULUT

~Siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan badan. Dapatkan
bantuan.

~Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang.

~Buangkan sebarang benda asing dari mulut.

~Bukakan saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa.

~Tutup lubang hidung mangsa menggunakan ibu jari dan jari telunjuk anda.

~Tentukan mulutnya terbuka.

~Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga anda melihat dada
mangsa bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran udara semasa hembusan dilakukan.

~Angkat mulut dan biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil masa selama sekitar 2
saat untuk melihat sebarang reaksi.

~Tarik nafas kembali dan ulangi langkah 1 hingga 8. buatlah hembusan pada kadar 10 kali
seminit.

~Catatan:

-Gunakan kaedah mulut ke hidung sekiranya mulut pesakit tersumbat dan tidak boleh
dibersihkan segera. Pastikan bibir mangsa dipicit rapi agar udara yang ditiup melalui hidung
tidak keluar melalui mulut mangsa.

-Gunakan kaedah mulut ke mulut dan hidung sekiranya mangsa adalah bayi atau kanak-kanak
yang kecil. Tiup dengan lembut dan perlahan agar tidak mencederakan paru-paru mangsa.

-Pastikan dada bergerak naik semasa hembusan. Sekiranya dada tidak naik ini menunjukkan
bahawa salur udara mungkin terhalang oleh muntah, darah, atau sebagainya. Anda mungkin
perlu memberi rawatan mangsa yang tercekik

RAWATAN MANGSA TERCEKIK TIDAK SEDAR DIRI

Mangsa tercekik biasanya akan memegang lehernya.

Periksa sama ada mangsa boleh bernafas atau tidak. Lakukan pemeriksaan ABC.

Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang.

Buang sebarang benda asing dari mulut.

Buka saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa.

Tutup lubang hidung mangsa menggaunakan ibu jari dan jari telunjuk anda.

Tentukan mulutnya terbuka.

Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga anda melihat dada
mangsa bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran udara semasa hembusan dilakukan.

Angkat mulut dan biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil masa selama sekitar 2
saat untuk melihat sebarang reaksi.

Jika tiada reaksi, anda hendaklah berlutut dan membongkok di peha mangsa. Letakkan
pangkal tapak tangan di tengah-tengah abdomen mangsa iaitu antara pusat dan penghujung
hulu hati.

Tekan abdomen denga tepat dan cepat ke dalam dan ke atas abdomen menuju ke hulu hati
sebanyak lima kali.

Segera ulangi langkah 4 hingga 11 sekiranya mangsa masih belum bernafas atau masih
tercekik.

Jika mangsa mula bernafas secara normal, letakkannya dalam kedudukan pemulihan.

Periksa pernafasan dan kadar denyutan nadi setiap 10 minit.


PERTOLONGAN CEMAS
Definisi:

Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa atau
keturunan sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital.

Prinsip-prinsip pertolongan cemas:
Menyelamatakan nyawa
Mengurangkan kesakitan
Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk
Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital
Peraturan Am Pertolongan cemas:
Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.
Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya pernafasan pesakit itu
Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya
sahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula memerhatikan
pergerakan pernafasan mangsa.
Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.
Tindakan serta merta pertolongan cemas:
Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.
Memberikan rawatan renjatan dengan segera.
Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.
Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna .
Arahan am untuk memberi rawatan bantu mula: Bertindak dengan cepat dan tenang.
Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk membuat panggilan ke polis, ambulans,
keluarga dll. Bertindak berdasar DRABC [Danger Response Airways Breathing Circulation]
iaitu:
Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya [D]
Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika
mangsa sedar. [R]
Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika ada keluarkan dan
letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa [A]
Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air Resuscitation [B]
Pastikan nadi mangsa berfungsi - semak di nadi karotid atau di leher [C], jika tidak lakukan
CPR [Cardio Pulmponary Resuscitation].

Teknik-Teknik RAWATAN Pertolongan Cemas
Luka/Pendarahan 1. Tekan kawasan yang berdarah dengan kain yang bersih sehingga
pendarahan berhenti [darah membeku] 2. Jika darah masih mengalir balut kawasan yang
berdarah atau tambahkan tekanan ke atas kawasan yang luka 3. Pastikan kawasan yang
cedera berada dalam keadaan yang lebih tinggi dari jantung dan otak. Praktikkan teknik RICE.
4. Tenangkan mangsa. 5. Hantar mangsa dengan segera ke hospital. Keracunan Tanda-
tanda:
maklumat dari mangsa
mangsa sakit dengan tiba-tiba
kesan terbakar di sekeliling mulut atau bibir
anak mata menguncup ke saiz mata jarum peniti.
Rawatan: 1. Larutkan racun dengan memberi segelas air atau susu jika mangsa sedar dan
tiada tanda-tanda sawan. JANGAN beri minuman jika mangsa muntah. 2. Simpan bekas
racun bagi tujuan analisis. 3. Segera hubungi hospital 4. Jangan cuba meneutralkan racun
tersebut dengan cuka atau air limau Terkejut Tanda-tanda:
badan berpeluh
pucat
rasa nak pengsan
resah
nafas kerap tapi tipis
kadar nadi bertambah tapi lemah
Rawatan
Baringkan mangsa
Lembabkan bibir mangsa dengan air jika ia dahaga
Jika tidak sedar, baringkan dalam posisi 'recovery'
Jika sedar, baringkan secara terlentang dengan muka dipusing ke tepi dan kaki ditinggikan
Selimutkan jika suhu badan menurun
Segera hantar ke hospital
Terbakar Klasifikasi terbakar 1. First Degree - dipermukaan kulit sahaja a. Kemerah-
merahan atau hilang warna b. bengkak sedikit dan rasa sakit c. cepat sembuh 2.
Second Degree - melibatkan hujung-hujung saraf a. merah b. ada tanda-tanda
gelembung [blisters] c. bengkak yang nyata [beberapa hari] d. kulit basah akibat
lelehan plasma yang keluar dari lapisan kulit yang rosak. 3. Third Degree a. kerosakan
tisu lebih dalam b. kemusnahan pada lapisan kulit luar c. tisu-tisu dalam dapat dilihat.
Important!!!! Orang dewasa yang 15% permukaan badan dan kanak-kanak 10% permukaan
badan terbakar perlu dimasukkan ke hospital
Rawatan
Sejukkan dengan serta merta dengan air sejuk
tutup bahagian yang terbakar dengan air bersih
baringkan mangsa
jangan gerakkan bahagian yang terbakar
beri minuman sedikit bagi mangsa yang sedar
hantar segera ke hospital
Melecur Rawatan
sejukkan dengan air sejuk
jika baju tidak melekat pada kulit dan masih lembab, tanggalkan pakaian
rawat seperti mangsa terbakar
Kejutan Elektrik
putuskan hubungan elektrik
periksa pernafasan, beri pemulihan pernafasan [EAR] jika pernafasan mangsa terhenti
rawat bagi terbakar jika ada
Terseliuh [dislocation] Kecederaan di bahagian sendi akibat daya dari luar yang kuat
menyebabkan ligamen tertarik atau koyak. Kawasan kecederaan biasa di pergelangan tangan
atau kaki serta lutut. Rawatan: RICE
Rehatkan kawasan yang cedera [Rest]
Letakkan ais yang telah dibungkus didalam kain ke tempat cedera [Ice]
Balut tempat yang cedera [Compression]
Tinggikan tempat cedera dari paras jantung [Elevation]
Hantar ke hospital
Ketegangan Otot Kecederaan apada otot akibat terregang berlebihan, akibat terlebih guna atau
mengangkat benda yang berat. Tanda dan alamat - sakit yang tajam di tempat cedera dan
diikuti dengan bengkak. Rawatan: RICE Terkehel Kecederaan di sendi yang melibatkan tulang
terkeluar dari kedudukan asalnya. Biasanya di bahu, siku, jari dan rahang. Terkehel mungkin
diikuti dengan patah tulang. Tanda-tanda: Sakit tidak boleh menggerakkan bahagian yang
cedera, cacat bentuk anggota tersebut. Rawatan: 1. Berikan rawatan renjatan. 2. Jangan
sekali-kali cuba memasukkan sendi yang terkeluar itu ke tempat asal. 3. Jangan lakukan
banyak pergerakan. 4. Balut dengan padding atau anduh di tempat yang cedera. 5. Hantar
segera ke hospital.

Anda mungkin juga menyukai