Anda di halaman 1dari 15

BAB 4 – PENYATA KEWANGAN PERNIAGAAN

DEFINISI PENYATA KEWANGAN: Satu bentuk laporan yang menunjukkan


kedudukan kewangan ssebuah perniagaan bagui sesuati tempoh. Laporan kewangan ini
mengandungi maklumat keuntungan/kerugian perniagaan @ kedudukan nilai aset,
liabiliti dan ekuiti sesebuah perniagaan.

A. PENYATA PENDAPATAN : Penyata pendapatan terdiri daripada akaun perdagangan


(ada julan bersih dan kos jualan) dan akaun untung rugi (ada hasil dan belanja).

B. KUNCI KIRA2 : Penyata kedudukan kewangan menunjukkan harta dan hutang


perniagaan. Ada butiran ASET (Aset Semasa dan Aset Bukan Semasa), LIABILITI (Liabiliti
Semasa dan Liabiliti Bukan Semasa) dan EKUITI PEMILIK

C. PENYATA ALIRAN TUNAI : Menunjukkan -


 punca perolehan dan penggunaan dana/tunai bagi suatu tempoh tertentu.
 Ia melaporkan kegiatan aliran tunai perniagaan khususnya kegiatan operasi, pelaburan
dan kewangan.
 Menunjukkan keupayaan perniagaan untuk menjelaskan liabiliti semasa seperti
bayaran kepada pembekal dan gaji pekerja

1. BUTIRAN DALAM PENYATA PENDAPATAN


BIL. BUTIRAN HURAIAN
1 JUALAN BERSIH  Jumlah jualan ditolak dengan pulangan jualan
 Jualan Bersih = Jualan – Pulangan Jualan
2 KOS JUALAN  Kos dan belanja untuk membeli barang niaga
 Cth : inventori, belian, pulangan belian dan
angkutan masuk
3 BELIAN BERSIH  Jumlah perbezaan antara jumlah belian dengan
pulangan belian
 Belian Bersih = Belian – Pulangan Belian
4 KOS BELIAN  Jumlah kos barang dibeli setelah ditolak
dengan pulangan belian dan ditambahkan
dengan belanja atas belian iaitu angkutan
masuk, upah atas belian, insurans atas belian
dan duti import
 Kos Belian = Belian – Pulangan Belian +
Belanja Atas Belian
5 BELANJA  Kos yang dibayar dalam perniagaan
 Cth : bayaran insurans, gaji, sewa bangunan
6 UNTUNG KASAR  Jumlah untung yang diperoleh selepas
mengambil kira belanja dan hasil yang
berkaitan dengan aktiviti utama perniagaan
 Untung kasar = Jualan bersih – Kos Jualan
7 UNTUNG BERSIH  Jumlah pendapatan (hasil) melebihi jumlah

1
perbelanjaan (kos) dalam sesuatu tempoh
perakaunan
 Untung Bersih = Untung Kasar + Hasil -
Belanja

2. BUTIRAN DALAM PENYATA KUNCI KIRA-KIRA


BIL BUTIRAN HURAIAN
1 ASET BUKAN SEMASA  Aset perniagaan yang mempunyai tempoh
hayat penggunaan melebihi setahun dan tahap
kecairan rendah
 Cth : Kenderaan, mesin dan kelengkapan
pejabat
2 ASET SEMASA  Aset perniagaan yang bersifat tidak tahan lama
dan mempunyai tempoh penggunaan kurang
dari setahun dan tahap kecairan yang tinggi
 Cth : Inventori, tunai di tangan, deposit
semasa dan akaun belum terima
3 EKUITI PEMILIK  Modal yang dilaburkan untuk memulakan
perniagaan
 Cth : Modal Awal
4 LIABILITI BUKAN  Hutang perniagaan jangka panjang yang
SEMASA memerlukan tempoh melebihi satu tahun
kewangan untuk menjelaskannya
 Cth : Pinjaman bank, gadai janji dan
pinjaman kerajaan
5 LIABILITI SEMASA  Hutang perniagaan jangka pendek
 Cth : Akaun Belum Bayar dan overdraf
Bank
6 AMBILAN  Pemilik mengambil aset perniagaan (barang @
tunai) untuk kegunaan peribadi
 Cth : Ambilan brang, aset @ tunai

3. BUTIRAN DALAM PENYATA ALIRAN TUNAI


BIL. BUTIRAN HURAIAN
1 BAKI B/B  Jumlah tunai @ simpanan yang dimiliki oleh
sesebuah perniagaan dalam bank @ di tangan
pada permulaan @ awal tempoh tertentu
 Cth : Modal permulaan dan terbitan
saham
2 PENERIMAAN  Jumlah pendapatan dan sumber wang yang
diterima dalam sesuatu bulan
 Cth : Jualan tunai, pinjaman dan
penerimaan daripada penghutang
3 PEMBAYARAN  Jumlah perbelanjaan dan sumber wang yang
digunakan @ dibayar dalam sesuatu bulan
tertentu
 Cth: Kos Jualan, gaji, faedah dan sewa
4 LEBIHAN/  Lebihan berlaku apabila jumlah penerimaan

2
(KURANGAN) melebihi jumlah pembayaran
 Kurangan berlaku apabila jumlah pembayaran
melebihi jumlah penerimaan
5 BAKI H/B  Jumlah keseluruhan tunai di tangan dan di
bank pada akhir tempoh tertentu
 Cth : Baki h/b = (Baki b/b + jumlah
penerimaan) – Jumlah Pembayaran

D. KOS2 PENGELUARAN
KOS TETAP KOS BERUBAH
 Kos yg tidak berubah mengikut  Kos yang berubah mengikut tingkat
perubahan tingkat pengeluaran pengeluaran
 Jumlah kos tetap adalah sentiasa  Cth: kos bahan mentah. Kos buruh
sama wp pengeluaran bertambah @ langsung seperti upah, duti atas
berkurangan bahan mentah
 Cth : sewa, insurans dan bayaran
balik pinjaman

E. TITIK PULANG MODAL (TPM)


DEFINISI TPM : Satu kaedah @ teknik yang digunakan untuk merancang dan
mengetahui hasil yang diperolehi bersamaan dengan jumlah kos yang ditanggung.

TPM unit = Kos Tetap


Harga – Kos berubah seunit

CONTOH SOALAN TPM


Syarikat Zakaria ingin mengeluarkan 12 000 unit barang Y pada bulan April 2018.
Harga jualan seunit yang dirancang ialah RM60. Anggaran kos bagi pengeluaran tersebut
adalah seperti yang berikut :
Gaji pekerja RM 45 000
Kadar Bayaran RM 5 000
Kos tetap lain RM 2 500
Kos berubah RM 480 000

Anda dikehendaki untuk menghitung:


a) Kos tetap. [2
markah]
b) Kos berubah seunit. [2
markah]
c) Titik pulang modal (unit). [2
markah]
d) Titik pulang modal (hasil). [2
markah]
e) Keuntungan atau kerugian yang diperoleh pada bulan April 2018. [2
markah]

JAWAPAN
a) Kos tetap

3
Gaji pekerja + Kadar Bayaran + Kos tetap lain
= RM45 000 +RM5 000 + RM2 500 (1m)
= RM52 500 (1m)

b) Kos berubah seunit


Kos berubah / Unit pengeluaran
= RM480 000 / 12 000 (1m)
= RM40 (1m)
c) TPM (unit)
Kos Tetap
Harga Jualan seunit – Kos berubah seunit
= RM 52 500
RM60 – RM40 (1m)
= 2 625 unit (1m)

d) TPM (hasil)
TPM unit X Harga jualan
= 2 625 X RM60 (1m)
= RM157 500 (1m)

e) Untung / Rugi
(Hasil Jualan) – (Kos tetap + Kos Berubah)
= (12 000 X RM60) – (RM52 500 + RM480 000) (1m)@
= RM720 000 – RM532 500 (1m)
= RM187 500 (UNTUNG) (1m)

F. PIHAK YANG BERKEPENTINGAN KEPADA PENYATA KEWANGAN


SESEBUAH PERNIAGAAN
PIHAK BERKEPENTINGAN KEGUNAAN
1. PEMEGANG SAHAM/PEMILIK  Boleh mengetahui kedudukan
kewangan dan menentukan hala tuju
perniagaan
2. PELABUR  Dapat meyakinkan pelabur untuk
melabur dalam perniagaan
3. PIHAK PENGURUSAN  Menilai prestasi perniagaan
 Membuat pertimbangan untuk
pemberian ganjaran seperti bonus
dan dividen
4. PEMBIAYA/INSTITUSI  Mengetahui kemampuan perniagaan
KEWANGAN membayar hutang
5. PEMBEKAL/VENDOR  Menilai keupayaan dan kecekapan
pengurusan hutang sebelum
memberi kemudahan kredit

G. MENGANALISIS KEPENTINGAN PENYATA KEWANGAN TERHADAP


OPERASI KEWANGAN SESEBUAH PERNIAGAAN
 Analisis dibuat terhadap penyata pendapatan dapat membantu usahawan mengukur
prestasi perniagaan dan meningkatkan jumlah keuntungan

4
 Analisis bagi kunci kira-kira membantu usahawan mengetahui kedudukan aset dan
liabiliti serta membuat penilaian untuk perancangan masa hadapan
 Analisis terhadap TPM sebagai salah satu cara untuk membuat analisis terhadap
operasi perniagaan

H. MENTAFSIR PENYATA KEWANGAN MENGGUNAKAN NISBAH ASAS


A. ANALISIS NISBAH UNTUNG Mengukur kadar untung @ pulangan yang
diperloh perniagaan
(I) PERATUSAN MARGIN UNTUNG  Mengukur keuntungan setiap ringgit
KASAR jualan bersih
 Semakin tinggi margin, semakin baik
kedudukan syarikat
Formula : Untung kasar X 100%
Jualan Bersih
(II) PERATUSAN MARGIN UNTUNG  Mengukur keuntungan setiap ringgit
BERSIH jualan bersih
 Semakin tinggi margin, semakin
cekap pengurusan operasi
Formula : Untung Bersih X 100%
Jualan Bersih
(III) PERATUSAN UNTUNG TOKOKAN  Keberkesanan perniagaan mengawal
harga jualan dan kos untuk
memaksimumkan keuntungan
 Jika peratusan lebih tinggi, maka
harga jualan yang dikenakan adalah
lebih baik dari syarikat lain
Formula : Untung Kasar X 100%
Kos Jualan
(IV) PERATUSAN PULANGAN ATAS  Mengukur pulangan atas setiap
MODAL ringgit modal yang dilabur
 Nilai peratusan yang tinggi
menunjukkan pelaburan yang baik
Formula : Untung Bersih X 100%
Modal Awal
B. ANALISIS NISBAH KECAIRAN  Keupayaan aset dengan mudah
dalam bentuk tunai tanpa
menjejaskan nilai aset.
 Ia menunjukkan keupayaan syarikat
untuk menukarkan ke dalam bentuk
tunai untuk tempoh yang singkat.
 Kecairan yang tinggi menunjukkan
kemampuan perniagaan
mendapatkan tunai untuk membayar
hutang dalam tempoh yang singkat
(I) NISBAH SEMASA  Mengukur kemampuan syarikat
untuk membayar pinjaman jangka

5
pendek dengan menggunakan aset
semasa
Formula : Aset Semasa
Liabiliti Semasa
C. ANALISIS NISBAH KECEKAPAN  Menentukan kecekapan pihak
pengurusan mengendalikan stok
untuk menjana keuntungan
(I) PUSING GANTI STOK  Menggambarkan kekerapan
pusingan stok dalam setahun
 Mengukur keupayaan firma menjual
barangan dalam tempoh tertentu
 Lagi tinggi kadarnya, maka lebih
cekap pengurusan stok
Formula : Kos Jualan Barangan
Stok Purata
(II) PUSING GANTI ASET  Kecekapan perniagaan dalam
menggunakan aset untuk menjana
jualan.
 Nisbah yang lebih tinggi adalah baik
kerana kecekapan pengurusan aset
Formula : Jualan Bersih
Jumlah Aset

BAB 5 : PERSEDIAAN MENJADI USAHAWAN

A. CIRI2 KEPERIBADIAN USAHAWAN


1. Berani Mengambil Risiko
2. Kreatif dan Inovatif
3. Tabah
4. Yakin Diri dan Optimistik
5. Berinisiatif dan Bertanggungjawab
6. Komitmen yang Tinggi
7. Pandai Mengambil Peluang
8. Berfikiran Positif Untuk Berjaya
9. Kebolehan Menentukan Visi dan Misi
10. Berani Untuk Gagal
11. Semangat Sepasukan
12. Berdikari
13. Fleksibel

B. KEKUATAN DIRI USAHAWAN

6
FOKUS
KEMAHIRAN TENAGA
PEMBANGUNAN
KARAKTER DIRI DAN
TUMPUAN

PERHUBUNGAN
KEKUATAN BAIK DENGAN
PASANGAN

MENYELESAIKAN KEUPAYAAN
MASALAH KECIL MEMBINA
TERLEBIH DAHULU
JENAMA

C. KELEBIHAN MENJADI USAHAWAN


DIRI KELUARGA MASYARAKAT NEGARA
 Membentu  Mempunyai  Memenuhi  Memperkenalka
k diri kelebihan yg keperluan n produk
sentiasa dapat dan tempatan ke
berfikiran diwarisi dari kehendak luar negara
positif, satu generasi masyarakat  Wujud
berdisiplin ke generasi  Memberikan kerjasama
 Wujud  Memupuk pelbagai serantau
sikap minat produk dan  Wujud
berdikari keusahawana perkhidmata pengaliran
 Sumber n dalam n masuk modal
pendapatan keluarga  Membuka asing
diri dan peluang
keluarga pekerjaan

D. FAKTOR2 PENYUMBANG UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN


I. MODAL
 Satu permulaan bagi perniagaan.
 Cth : wang tunai, alatan @ stok

II. KEMAHIRAN
 Usahawan perlu ada pengetahuan dan kemahiran tertentu
 Cth : kemahiran pengurusan kewangan, pemasaran produk dan teknologi maklumat

III. LOKASI YANG SESUAI


 Perancangan lokasi penting untuk menentukan kos yang akan dikeluarkan dan
menentuukan lokasi itu berpotensi untuk meraih keuntungan
 Ciri-ciri Lokasi yang baik
i) Tempat yang mempunyai tumpuan ramai
ii) Berhampiran dengan pelanggan dan pembekal
iii) Terdapat kemudahan infrastruktur
iv) Mudah dikunjungi

7
IV. STOK
 Barang yang disimpan untuk dijual.
 Stok yang mencukupi akan membantu kelancaran sesebuah perniagaan
STOK BERGERAK PANTAS STOK BERGERAK PERLAHAN
 Stok yang dapat dijual dengan  Mengambil masa yang lama
cepat untuk dijual
 Berisiko rendah kerana  Berisiko tinggi kerana stok
kepantasan jualan dapat mudah rosak @ ketinggalan
mengelakkan masalah stok luput, zaman jika dibiarkan terlalu
busuk @ rosak lama
 Cth : barang makanan @ barang  Cth : perabot dan kereta mewah
keperluan harian
V. LATIHAN
 Melalui kursus dan latihan, usahawan dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari
 Latihan penting kepada usahawan untuk membuat perancangan jangka panjang untuk
mengembangkan perniagaan sedia ada dan menerapkan etika perniagaan yang positif

VI. PEMASARAN
 Strategi @ proses yang berkesan menyalurkan barang dan perkhidmatan daripada
pengeluar kepada pengguna.
 Tujuan pemasaran :
i. meningkatkan jualan produk dan memperolehi keuntungan yang
tinggi
ii. melakukan penjenamaan semula
memastikan produk yang dihasilkan sampai kepada pengguna
 Dua faktor penting dalam strategi perniagaan :
i. SASARAN PASARAN
Usahawan mengetahui tentang ciri-ciri dan kehendak kumpulan
pengguna tertentu untuk memasarkan barang @ perkhidmatan dengan
lebih berkesan.
ii. CAMPURAN PEMASARAN
PRODUK TEMPAT
 Barang @ perkhidmatan yang  Strategi tempat dan saluran agihan
ditawarkan kepada pengguna untuk menyalurkan produk @
perkhidmatan kepada pengguna
HARGA PROMOSI
 Penetapan harga perlu mengambil  Komunikasi yang digunakan untuk
kira semua kos yang terlibat dan memberitahu dan memujuk
berpatutan pengguna membeli produk @
perkhidmatan
 Kaedah Promosi : Pengiklanan,
Jualan langsung, Promosi jualan dan
publisiti

8
VII. BANTUAN PROFESIONAL
 Sokongan berbentuk kewangan dan bukan kewangan oleh agensi kerajaan dan badan
berkanun kepada usahawan
i. Bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman modal dan subsidi. Cth : MOSTI,
MARA, BSN
ii. Bantuan khidmat nasihat dan rundingan untuk melengkapkan diri dengan
kemahiran usahawan. Cth : UDA, UUM

E. KELEBIHAN BERNIAGA SEBAGAI SATU PELUANG KERJAYA


1. MATLAMAT PERIBADI
 Mencari rezeki bagi menyara kehidupan diri dan keluarga
 Membentuk peribadi yang positif seperti yakin diri, tabah dan optimistik
 Kejayaan perniagaan boleh mendatangkan kepuasan kepada usahawan kerana
berkorban masa, tenaga dan wang kepada perniagaan itu

2. OBJEKTIF PERNIAGAAN
 Menyediakan peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang
 Kadar pengangguran dapat dikurangkan
 Memenuhi keperluan dan lkehendak masyarakat dengan menawarkan barang dan
perkhidmatan
 Membangunkan ekonomi negara

3. KEBERUNTUNGAN PERNIAGAAN
 Mendapat sumber manusia yang yang mempunyai kepakaran dan berpengalaman
 Meluaskan pasaran
 Penggunaan peralatan dan teknologi terkini
 Melaksanakan tanggungjawab sosial
 Memantapkan imej perniagaan

BAB 6 PERSEDIAAN MEMULAKAN PERNIAGAAN

A. AKTA BERKAITAN SESEBUAH ENTITI PERNIAGAAN


AKTA PENDAFTARAN AKTA PERKONGSIAN AKTA SYARIKAT 2016
PERNIAGAAN 1956 LIABILITI TERHAD
2012
 Perniagaan yang  PLT ialah perniagaan  Dua jenis syarikat
dijalankan bertujuan alternatif yang yang berhad menurut syer
untuk mendapatkan menggabungkan ciri2 yang boleh
keuntungan perlu sebuah syarikat dan ditubuhkan di bawah
didaftarkan dengan perkongsian akta ini ialah
SSM dan tertakluk di konvensional. Syarikat
bawah akta ini. Persendirian dan

9
 Cth : Perniagaan Syarikat Awam
Milikan Tunggal dan
Perniagaan
Perkongsian

B. PROSEDUR PENDAFTARAN SESEBUAH ENTITI PERNIAGAAN


1. PROSEDUR PENDAFTARAN PERNIAGAAN MILIKAN TUNGGAL DAN
PERKONGSIAN

3. Menghantar
borang
1. Mendapat 2. Mengiri tersebut
kelulusan nama Borang bersama2
perniagaan Pendaftaran dokumen
yang akan Perniagaan sokongan
digunakan (Borang A) beserta fi
pendaftaran ke
SSM

2. PROSEDUR PEMERBADANAN SYARIKAT PERSENDIRIAN

3. Notis
2. Permohonan
Pemerbadanan
pemerbadanan 4. Perlantikan
Syarikat akan
syarikat setiausaha syarikat
dikeluarkan oleh
menggunakan hendaklah
1. Permohonan SSM apabila
Borang dilakukan dalam
carian nama dokumen yang
Pendaftaran tempoh 30 hari
syarikat diserahkan
Sesebuah Syarikat selepas
sempurna dan
(Seksyen 14) di pemerbadanan
mematuhi
bawah Akta sesebuah syarikat
prosedur yang
Syarikat 2016
ditetapkan

3. PROSEDUR PEMERBADANAN SYARIKAT AWAM

10
3. Notis
2. Permohonan
Pemerbadanan
pemerbadanan
Syarikat akan
syarikat
dikeluarkan oleh
menggunakan
1. Permohonan SSM apabila
Borang Pendaftaran
carian nama syarikat dokumen yang
Sesebuah Syarikat
diserahkan
(Seksyen 14) di
sempurna dan
bawah Akta Syarikat
mematuhi prosedur
2016
yang ditetapkan

C. PERBEZAAN ANTARA ENTITI PERNIAGAAN


PERKARA PERNIAGAAN SYARIKAT PLT
Akta yang Akta Pendaftaran Akta Syarikat 2016 Akta Perkongsian
mengawal selia Perniagaan 1956 Liabiliti Terhad
2012
Sumbangan modal Sumbangan pemilik Sumbangan saham Sumbangan
@ pekongsi pekongsi
Pemilik perniagaan Pemilik perniagaan Pemegang saham Pekongsi yang
@ rakan kongsi membuat
sumbangan modal
Liabiliti peribadi Liabiliti Tidak terhad Liabiliti terhad Liabiliti terhad
Bilangan pemilik @ Pemilikan tunggal : Syarikat 2 – tiada had
pemegang saham seorang Persendirian : 2 – 50 maksimum
orang
Perkongsian : 2 – 20
orang Syarikat Awam : 2 –
tiada had maksimum
Tanggungjawab Pemilik perniagaan Lembaga Pengarah Pekongsi
pengurusan @ rakan kongsi
perniagaan

D. TANGGUNGJAWAB YANG PERLU DIPATUHI OLEH USAHAWAN SETELAH


MENDAFTARKAN PERNIAGAAN
 Mempamerkan sijil perakuan pendaftaran dan lesen perniagaan di tempat yang boleh
dilihat dengan jelas
 Mempamerkan papan tanda perniagaan mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh
pihak berkuasa tempatan
 Nama dan nombor pendaftaran perniagaan tertera pada dokumen rasmi perniagaan
seperti resit, invois dan nota serahan
 Memperbaharui sijil peakuan pendaftran bila2 masa sebelum tempoh 30 hari selepas
pemerbadanan sesebuah syarikat
 Mendaftarkan perubahan maklumat dalam masa 30 hari dari tarikh perubahan (jika
terdapat perubahan)

11
 Menamatkan pendaftaran perniagaan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penamatan
perniagaan

E. DOKUMEN PERNIAGAAN YANG PERLU DISIMPAN

2. REKOD JUALAN - Bil tunai,


1. REKOD TRANSAKSI BANK -
resit, invois dan slip daftar
Penyata bank
tunai

4. REKOD KOS OPERASI (KOS


3. REKOD PEMBELIAN - Bil
SELAIN KOS PEMBELIAN) - bil
tunai, resit, invois, dan slip
pengangkutan, bil mengepos,
daftar tunai
bil insurans, gaji dan utiliti

5. REKOD AMBILAN DAN


MODAL - Memo

F. JENIS2 DOKUMEN PERNIAGAAN


1. INVOIS  Dihantar oleh penjual kepada pembeliapabila
penjual membenarkan pembelimembeli
barang niaga atau aset secarakredit.
 Maklumat yang ada; nama dan alamatpembeli dan
penjual, tarikh urus niaga,nombor invois,
kuantiti dan harga, jumlahbelian, syarat
serahan dan bayaran dan K.& K. di K.
 Disediakan dalam tiga salinan. Salinan
asaldihantar kepada pembeli dan
salinanpendua disimpan oleh penjual
2. NOTA KREDIT  Dihantar oleh penjual kepada pembeliuntuk
memberitahu pembeli bahawahutangnya akan
dikurangkan (akaundikreditkan)dihantar
disebabkan oleh;
1.terdapat pulangan barang yang rosak,salah
jenama atau tidak berkualiti.
2.bayaran yang dikenakan terlebihdaripada
harga sepatutnya.
3. terdapat pulangan bekas kosong yangtelah
dikenakan bayaran dalam invois.
4. jumlah hutang terlebih kerana

12
salahpengiraan.
5. pembeli diberi elaun atau komisen.

3. NOTA DEBIT  Dihantar oleh penjual kepada pembeliapabila


bayaran yang dikenakan dalaminvois
terkurang.
 Akaun pembeli akan didebitkan
untukmenambahkan harga pada invois
(hutangbertambah).Digunakan apabila;
1.Ada ketinggalan catatan dalam invois(kos
angkutan)
2.Bayaran yang dikenakan terkurang
3.Faedah dikenakan ke atas bayaranlewat oleh
pembeli
4.Jumlah hutang terkurang (kesilapanpengiraan)
5.Bayaran tambahan (pertukaranbarang)
4. RESIT  Dikeluarkan oleh penjual apabila
menerimabayaran daripada pembeli.
 Bukti penerimaan dan pembayaran yangtelah
dibuat.
5. CEK  Cek digunakan untuk membuatpembayaran.
 Keratan cek digunakan sebagai rujukan
dansumber rekod.
6. BAUCAR PEMBAYARAN  Dokumen dalaman yang disediakan
olehpeniaga untuk merekodkan segala
jenispembayaran.
 Bukti pembayran telah dibuat
7. BIL TUNAI / SLIP DAFTAR  Dikeluarkan oleh penjual kepada
TUNAI pembelibagi pembayaran untuk belian
barang niagadengan wang tunai atau cek.
 Bukti bagi aset yang dibeli secara tunai
atauperkhidmatan yang dibuat secara tunai.

8. MEMO  Digunakan untuk merekod pengeluaran


barang niaga atau wang untuk kegunaan
peribadi atau kegunaan perniagaan atau
memasukkan modal tambahan
dalamperniagaan.

BAB 7 : MERANCANG PENGENDALIAN PERNIAGAAN


DEFINISI : Rancangan Perniagaan ialah dokumen bertulis yang menerangkan
maklumat perniagaan secara terperinci

A. KEPENTINGAN MENYEDIAKAN RANCANGAN PERNIAGAAN


 Memberi peluang kepada usahawan menilai projek yang dirancang dengan teliti
 Merancang keperluan sumber perniagaan
 Menjangka risiko dan masalah yang timbul semasa melaksanakan projek perniagaan
13
 Memberi gambaran sama ada proejk yang dirancang berdaya maju atau tidak
 Meyakinkan pihak pelabur 2 bank

B. FORMAT RANCANGAN PERNIAGAAN

1. RINGKASAN EKSEKUTIF - Maklumat pemilik,


Modal permulaan, Nama perniagaan, Alamat
perniagaan, Bentuk perniagaan, Kegiatan utama
produk @ perkhidmatan dan nombor
pendaftaran

2.PENGENALAN - Tujuan Rancangan Perniagaan

3. LATAR BELAKANG PERNIAGAAN - Nama


perniagaan, Alamat, Nombor Telefon dan faksimili,
Bentuk perniagaan, Kegiatan utama perniagaan,
tarikh mula perniagaan, tarikh pendaftaran
perniagaan, nombor pendaftran, modal permulaan,
sumber pembiayaan, nama bank dan nombor akaun
bank

4. LATAR BELAKANG PEMILIK @ RAKAN KONGSI -


Nama penuh, Nombor KP, Tarikh lahir, umur, alamat
tetap. status perkahwinan, pengalaman, kemahiran,
kelulusan akademik dan nombor telefon

5. KEDUDUKAN TAPAK PROJEK - Lokasi perniagaan,


peta

14
6. OBJEKTIF PERNIAGAAN -
Sasaran Jualan, Sasaran
Untung, Sasaran Pelanggan

7. RANCANGAN PENTADBIRAN -
Carta Organisasi, Jadual spesifikasi
tugas, kadual imbuhan @ gaji serta
insentif dan senarai keperluan
pejabat

8. RANCANGAN OPERASI -Carta Alir


Proses,Keperluan Bahan Mentah,
Senarai Mesin dan peralatan, Susun
Atur Ruang Operasi, Perbelanjaan
operasi perniagaan dan pembahagian
tugas

9. RANCANGAN PEMASARAN -
Maklumat pesaing, Campuran
pemasaran, SWOT, Potensi untuk
meluaskan perniagaan, syer pasaran

10. RANCANGAN KEWANGAN -


Penyata Aliran Tunai, Penyata
Pendapatan dan Kunci Kira-kira

11. PENUTUP -
Rumusan dan
cadangan
terhadap
perniagaan yang
ingin dijalankan

12. LAMPIRAN -
Dokumen
sokongan, gambar
produk, sijil
perakuan
pendaftaran
perniagaan, lesen
perniagaan, kad
perniagaan dan
gambar kedai

15

Anda mungkin juga menyukai