Anda di halaman 1dari 7

KOLEJ MATRIKULASI PERLIS

SESI 2023/2024

SEMESTER 1

EKONOMI

AE 015

TUGASAN INDIVIDU: ULASAN ARTIKEL

Anda dikehendaki memilih artikel yang sesuai dan membuat ulasan berdasarkan masalah
ekonomi yang dipelajari dalam bab 1.

NAMA : AMYRAH IRDINA BINTI AZNUR HAFEEZ

NO. MATRIK : MA2314109762

TUTORAN : A5T5

NAMA PENSYARAH : PUAN NORMI BINTI HAMID


PENILAIAN TUGASAN PELAJAR
TUGASAN ULASAN ARTIKEL
PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

NAMA: AMYRAH IRDINA BINTI AZNUR HAFEEZ NO.MATRIK: MA2314109762

TAHAP PENILAIAN
PELAJAR
CLO ATRIBUT SUBATRIBUT SOALAN
PENILAI PENILAI
PERTAMA KEDUA

1.1 Mengingat 2.0

CLO 1 Pengetahuan

1.2
Kefahaman 2.0

Senarai
1.1 4.0
Rujukan

Mencari dan
CLO 3
Mengurus
Pelbagai
Bentuk 1.2 Relevan 4.0
Maklumat

Optimum
1.3 2.0, 3.0
Sumber
1.0, 2.0, 3.0,
1.4 Artikulasi
4.0

1.5 Rujukan 4.0

JUMLAH 15%
1.0 Pendahuluan

 Artikel yang diterbitkan oleh laman web Berita Harian pada 14 April 2020 bertajuk
‘Ketua Isi Rumah Perlu Bijak Rancang Kewangan’ yang ditulis oleh Dr Azwan
Abdullah. Artikel ini membincangkan tentang perkara utama yang perlu dititikberatkan
ketua isi rumah sebelum melaksanakan sesuatu perbelanjaan bagi mengelakkan masalah
kewangan seisi rumah. Ulasan artikel ini berdasarkan masalah ekonomi iaitu kekurangan,
pilihan dan kos lepas.

2.0 Ulasan Artikel

2.1.0 Konsep pertama (kekurangan)


 Merupakan satu konsep yang membandingkan antara sumber ekonomi yang bersifat
terhad dengan kehendak manusia yang tidak terhad. Masalah ini wujud disebabkan
barang-barang dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam ekonomi adalah kurang daripada
yang dikehendaki oleh manusia.

2.1.1 Perkaitan konsep dengan ulasan artikel

 Dr. Azwan, penulis, menekankan bahawa ketua isi rumah seharusnya perlu melaksanakan
perancangan kewangan rapi sebelum melangkah ke pasar raya atau kedai serbaneka
untuk melakukan perbelanjaan. Menurut beliau, teori ekonomi ada menyatakan kehendak
manusia tiada batasnya. Namun kemampuan kewangan manusia terbatas. Oleh itu,
perancangan kewangan isi rumah yang baik perlu selari sumber pendapatan yang ada
agar dapat mengelakkan ekonomi isi rumah defisit atau mengalami ketidakcukupan
kewangan.

2.2.0 Konsep kedua (pilihan)


 Masalah kekurangan menyebabkan unit-unit ekonomi tidak dapat memenuhi semua
kehendak yang wujud dan terpaksa membuat pilihan. Demikian itu, manusia harus
membuat pilihan di antara barang-barang perkhidmatan yang dikehendaki dan membuat
pilihan antara penggunaan masa kini dengan penggunaan pada masa depan.

2.2.1 Perkaitan konsep dengan ulasan artikel


 Dalam artikel menjelaskan bahawa perkara utama yang perlu difahami ketua isi rumah
ialah apa yang perlu dibelanjakan. Ringkasnya, berupaya membezakan antara kehendak
dan keperluan. Penulis telah memberikan gambaran situasi sebagai contoh: Ali
mempunyai kehendak membeli sebuah motosikal baharu, padahal motosikal sedia ada
masih elok untuk digunakan dan tanpa motosikal baharu, dia masih boleh meneruskan
kehidupan seperti biasa. Berdasarkan contoh ini, indakan yang sewajarnya diambil oleh
Ali ialah melepaskan keinginannya untuk membeli motosikal baharu demi mementingkan
keperluan seperti makanan bagi kelangsungan hidup..

2.3.0 Konsep ketiga (kos lepas)


 Penyelesaian masalah pilihan melibatkan kos lepas. Kos lepas ialah pilihan kedua terbaik
yang terpaksa dilepaskan kerana membuat pilihan ke atas atau mengeluarkan sesuatu
barang atau perkhidmatan yang pertama terbaik.

2.3.1 Perkaitan konsep dengan ulasan artikel

 Dalam gambaran contoh yang diberikan oleh penulis, Ali telah membuat pilihan pertama
dengan mengekalkan motosikalnya yang sedia ada kerana masih elok untuk digunakan.
Ini kerana tanpa membeli motosikal baharu, kewangannya stabil dan dia masih boleh
meneruskan kehidupan seperti biasa. Oleh itu, pilihan kedua terbaik, iaitu kos lepas ialah
motosikal baharu.
3.0 Rumusan

Rumusan keseluruhan di 2.0 ialah ketua rumah perlu bijak merancang perbelanjaan seiisi
rumah dengan berhemah dan sistematik agar tidak berlaku sebarang masalah kewangan. Dalam
hal ini, perancangan kewangan isi rumah perlu diurus lebih beobjektif dengan memahami apa
yang perlu dibelanjakan dengan membezakan antara kehendak dan keperluan. Sebagai contoh,
antara membeli sebuah motosikal baharu dan keperluan makanan yang mencukupi, makanan
sewajarnya dijadikan sebagai kepentingan utama agar dapat menyara seisi keluarga serta
meneruskan kehidupan seperti biasa.

Selain itu, amalan perbelanjaan baik harus dilaksanakan bagi menjamin sumber kewangan
yang dibelanjakan tidak membazir begitu sahaja. Ini kerana perbelanjaan yang melebihi sumber
kemampuan pendapatan menyebabkan ekonomi isi rumah mengalamai kekangan kewangan.
Misalnya, apabila negara kita dilanda wabak COVID-19, gelagat pembelian dan perbelanjaan
isi rumah tidak berlangsung seperti biasa. Pembelian panik telah tecetus dalam kalangan rakyat
akibat kurangnya perancangan kewangan berobjektif dalam transaksi pembelian. Situasi ini
boleh mengakibatkan keadaan harga barangan dalam pasaran sukar diramal oleh pengguna.

Berikut merupakan langkah yang dicadangkan oleh Dr. Azwan bagi memastikan pembelian
dilaksanakan secara sistematik. Yang pertama, menentukan matlamat pembelian dan
perbelanjaan. Kedua, menyenaraikan barangan dan keperluan yang ingin dibeli. Ketiga,
menyediakan bajet kewangan ke atas semua barang yang disenaraikan untuk dibeli. Keempat,
membuat saringan barangan disenaraikan dengan meneliti kemampuan dan kecukupan sumber
kewangan yang ada. Yang kelima, semasa pembelian isi rumah perlu patuh dengan senarai
barangan yang dibuat serta tegas dengan peruntukan kewangan ditetapkan. Akhir sekali, selepas
semua perbelanjaan dirancang telah direalisasikan, kaedah jejak perbelanjaan perlu dilakukan
bagi menilai semua keberkesanan perbelanjaan dibuat.
Konklusinya, amalan perancangan kewangan yang sistematik dalam isi rumah mampu
menstabilkan ekonomi keluarga dan secara tidak langsung, boleh mengekalkan keharmonian
dalam pasaran.

4.0 Senarai Rujukan

 Dr. Azwan (2020). Ketua Isi Rumah Perlu Bijak Rancang Kewangan
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/04/676793/ketua-isi-rumah-perlu-
bijak-rancang-kewangan
 Unit Ekonomi (n.d.). Bab 1 Pengenalan Mikroekonomi
https://drive.google.com/file/d/1H6hgqOG2iPPBwE6ltJq_UjcwPumzZhQe/view
 Sir Fadli (2020). Bab 1: Pengenalan Ekonomi
https://mysirfadli.blogspot.com/p/bab-1.html
 Nabilah Huda (2020). Perbelanjaan Isi Rumah Turun 55 Peratus Sejak PKP - Kajian
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/perbelanjaan-isi-rumah-turun-55-peratus-
sejak-pkp-kajian-237308
 Chuah (2013). Format APA: Panduan Asas dan Mudah
https://www.slideshare.net/keemanxp/apa-style-panduan-asas

Anda mungkin juga menyukai