Anda di halaman 1dari 12

KOLEJ MATRIKULASI PERLIS

Ambilan 2021

SEMESTER 1

EKONOMI

AE 015

TUGASAN INDIVIDU

‘ULASAN ARTIKEL’

NAMA : LUQMAN NUR HAQIM B NURULIZAT

NO. MATRIK :MA211411045

TUTORAN :A9T1

NAMA PENSYARAH : ENCIK ASRI BIN HASHIM


PENILAIAN TUGASAN PELAJAR

TUGASAN ULASAN ARTIKEL


PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

NAMA: LUQMAN NUR HAQIM B NO.MATRIK:MA2114111045


NURULIZAT

TAHAP PENILAIAN
PELAJAR
CLO ATRIBUT SUBATRIBUT SOALAN
PENILAI PENILAI
PERTAMA KEDUA

1.1 Mengingat 2.0

CLO 1 Pengetahuan

1.2
Kefahaman 2.0

CLO 3 Mencari dan


Mengurus
Senarai
Pelbagai 1.1 4.0
Rujukan
Bentuk
Maklumat

1.2 Relevan 4.0

Optimum
1.3 2.0, 3.0
Sumber

1.4 Artikulasi 1.0, 2.0, 3.0,


4.0
1.5 Rujukan 4.0

JUMLAH 10%

1.0)Pendahuluan

Saya ingin mengulas artikel yang bertajuk ‘Ekonomi Islam mampu tangani jurang pendapatan
masyarakat’yang diterbitkan oleh pada Julai 18, 2018.Artikel yang diterbitkan oleh Berita Harian ini
merumuskan kesuluruhan tentang sistem ekonomi islam yang mampu menangani jurang pendapatan.z

Manakala,Artikel kedua bertajuk ‘PH perlu ubah sikap kecam kapitalisme’ oleh Faisal Asyraf.Artikel
yang diterbitkan oleh Malaysia Kini pada 28 februari 2019 ini mengulas tentang padangan perdana
Menteri Dr Mahathir Mohamad yang menyeru agar Pakatan Harapan mengubah sikap mengecam
kapitalisme.Katanya,selama ini masih ramai dalam kalangan Pakatan harapan yang bersikap seperti
pembangkang mengecam kapitalisme kerana mengaggap kapitalis menekan pekerja dan rakyat sedangkan
.Keuntungan mereka menyumbangkan cukai kepada negara .

Akhir sekali,Artikel ketiga bertajuk ‘Kumpulan isi rumah B40, M40, T20 terbahagi pada 10 kategori’
yang diterbikan oleh berita harian pada Julai 10, 2020 ini mengulas tentang kategori-kategori golongan isi
rumah berserta jumlah pendapatan yang diterima bagi setiap kategori

2.1.0 ISI RUMAH

Individu/sekumpulan individu yang membuat keputusan kewangan secara Bersama

Isi rumah sebagai pemilik faktor yang menawarkan faktor pengeluaran kepada firma untuk menghasilkan
barang dan perkhidmatan untuk memaksimumkan pendapatan.Isi rumah sebagai pengguna yang
membelanjakan pendapatan yang diperoleh ke atas barang dan perkhidmatan untuk memaksimumkan
kepuasan

2.1.1 perkaitan fakta dengan ulasan artikel

Merujuk daripada petikan ulasan artikel ‘ Bagi kumpulan isi rumah B40, mereka yang berpendapatan
bawah RM2,500 boleh diletakkan dalam kategori B1, RM2,501 hingga RM3,169 dalam B2, RM3,170
hingga RM3,969 pula dalam B3; manakala RM3,970 hingga RM4,849 adalah di bawah B4
kumpulan M40, M1 adalah isi rumah berpendapatan antara RM4,850 hingga RM5,879; M2 untuk
berpendapatan dari RM5,880 hingga RM7,099; M3 untuk RM7,110 hingga RM8,699; dan M4 pula
berpendapatan antara RM8,700 hingga RM10,959.

Rumusan : Pada pendapat saya , artikel ini amat berkait rapat dengan beberapa sub topik di dalam bab 1
berkaitan dengan pengenalan ekonomi .Berdasarkan ulasan artikel, B40 ,M40 adalah contoh kepada
kumpulan isi rumah kerana merupakan sekumpulan individu yang membuat kepuusan ekonomi secara
Bersama .Isi rumah juga sebagai pengguna yang memebelanjakan pendapatan yang diperoleh ke atas
barang dan perkhidmatan untuk memaksimumkan kepuasan .Hal ini dapat dikaitkan dengan artikel di atas
di mana untuk memaksimumkan kepuasan mereka perlu membelanjakan sebilangan pendapatan mereka
kearah barang-barang keperluan asas seperti rumah,pakaian,tempat tinggal dan makanan.Makanan
sebagai contoh adalah satu perkara yang dititikberatkan oleh manusia dan mendapat tempat di hati
mereka.Jenama makanan yang dibeli juga bergantung kepada kemampuan pembeli berdasarkan prinsip
corak agihan pendapatan wang sekiranya mereka mampu mereka boleh membeli beras cap Basmathi
yang diimport.Sekiranya kurang berkemampuan mereka boleh membeli beras yang mendapat subsidi
daripada kerajaan.Contohnya Di bawah Program subsidi untuk rakyat yang dikendalikan oleh Unit
Penyelarasan Pelaksanaan (UPP) Jabatan Perdana Menteri.Datuk seri Noh Omar merangkap sebagai
Menteri Pertanian dan Asas Tani menyatakan senarai nama golongan miskin khususnya B40 yang layak
mendapat subsidi pembelian beras.Kementeriannya juga telah memperuntukkan kira-kira RM50 juta
untuk memberi subsidi kepada golongan ini

2.2.0 Sistem ekonomi kapitalis

Sistem ekonomi pasaran bebas atau kapitalis merupakan sistem ekonomi yang menekankan peranan
individu dan pihak swasta dalam menyelesaikan masalah asas ekonomi.Pihak kerajaan tidak campur
tangan dalam sistem ekonomi ini

Pemillikan sumber ekonomi,sumber ekonomi iaitu buruh,tanah,modal,usahawan bebas dimiliki dan


digunakan oleh individu dan pihak swasta bagi mengeluarkan barang dan perkhidmatan .Semakin banyak
pemilikan sumber ekonomi ,semakin banyak keluaran yang dapat dihasilkan oleh individu dan pihak
swasta dan semakin tinggi pendapatan mereka

2.2.1 perkaitan fakta dengan ulasan artikel


Mahathir berkata, pemimpin PH tidak boleh lagi mengecam kapitalisme yang memberi kekayaan kepada
negara."Mereka melabur dengan modal mereka, mendirikan perusahaan, beri pekerjaan dan mereka juga
membayar cukai."Tanpa cukai, kerajaan tak ada cukup wang untuk tadbir negara atau negeri,Malah,
Mahathir.Dalam ucapannya berkata rata-rata belum dapat menjalin hubungan baik dengan pengusaha dan
peniaga"Kalau mereka tak berjaya mengumpul keuntungan, kerajaan juga tak dapat kutip cukai daripada
mereka. Sebab itu kita perlu berusaha menjayakan mereka supaya mereka dapat keuntungan.

Rumusan : Berdasarkan teori ekonomi dalam sistem ekonomi kapitalis segala keputusan dibuat melalui
mekanisme harga tanpa campur tangan kerajaan .misalnya pihak swasta berkuasa dan bebas
menggunakan cara sendiri untuk berniaga dan ini menyebabkan banyak cukai dapat dikutip hasil dari
keuntungan firma.Maka dengan ini saya menyokong kata-kata Dr Mahathir Mohammad iaitu
mewujudkan keadaan dimana kerajaan dan pihak swasta berganding bahu untuk memajukan ekonomi
negara .Sistem ekomomi kapitalis dapat menjana keuntungan yang lumayan jika dilaksanakan dengan
baik kerana melibatkan usahawan-usahawan dan peniaga yang amat kreatif dalam melakukan inovasi
dan berani menanggung risiko untuk mendapatkan keuntungan yang sangat tinggi .Sistem ekonomi
kapitalis yang dikenali sebagai laissez-fairre memberi kebebasan kepada setiap individu untuk
menggunakan kemahiran dan pengetahuan untuk melakukan pekerjaan yang sesuai dengan keinginan
seseorang individu.Berdasarkan teori ekonomi,semua keputusan ekonomi diselesaikan oleh pihak swasta
melalui interaksi permintaan dan penawaran mekanisme harga di pasaran .Antara keputusan yang
penting dibuat termasuklah jenis barang yang hendak dikeluarkan,kaedah pengeluaran paling cekap dan
menjimatkan kos serta corak agihan barang mengikut pendapatan pemilik faktor

2.3.0 Sistem ekonomi islam

Sistem ekonomi islam merupakan sistem ekonomi yang berpandukan al quran dan al sunnah.Sistem
ekonomi islam meletakkan aspek moral di tempat yang tertinggi.Sistem ini memberi perhatian pada
keadilan dan tanggungjawab Bersama selaras dengan konsep kasih saying dan persaudaraan sesame
manusia.

“Pakar ekonomi mengakui bahawa jurang pendapatan merupakan satu lumrah dalam sistem pasaran
bebas. Pandangan ini selari dengan Al-Quran (43: 32) bahawa agihan rezeki pada kadar yang berbeza-
beza supaya berlaku proses agihan. Keperluan dan kelebihan sesama manusia dapat dipenuhi melalui
jalan perniagaan, pemberian, pewarisan dan sebagainya. Jika semua orang kaya atau semua orang miskin,
aktiviti ekonomi tidak akan berfungsi.”

sistem ekonomi Islam dimana menekankan batas batas yang telah digariskan melalui hukum halal dan
haram serta nilai nilai islam. Antara objektif ekonomi Islam yang utama ialah mendapatkan keredhaan
Allah. Tidak dinafikan, manusia dicipta untuk sentiasa mencari redha Allah tidak kira dimana kita berada.
Kita dicipta untuk beribadah kepada Allah dengan pelbagai cara termasuklah menceburkan diri dalam
kegiatan ekonomi berdasarkan syariat Islam. Objektif ekonomi tidak terhad kepada mendapatkan
kesejahteraan di dunia malah juga mendapat keseimbangan antara dunia dan akhirat

Daripada petikan diatas, objektif yang berkait rapat adalah prinsip keadilan dimana ia amat ditekankan
dalam Islam. Prinsip keadilan yang dimaksudkan merujuk kepada perletakkan sesuatu kena pada
tempatnya atau memberikan sesuatu kepada yang berhak menerimanya. Contohnya, adil di dalam
pembahagian harta dan sumber alam bagi membolehkan hasil keluaran, pemperolehan dan penggunaan
harta serta kekayaan dapat diseimbangkan dengan kehendak setiap unit ekonomi dalam masyarakat
mengikut nilai-nilai Islam yang sesuai seperti dharuriyat dan hajiyat. Akibatnya, pertumbuhan ekonomi
akan dapat ditingkatkan selain daripada penggunaan sumber sumber efisien.

Di samping itu, objektif yang seterusnya adalah kecekapan. Di sinilah terletaknya peranan manusia islam
sebagai wakil Allah S.W.T di dunia. Sebagai khalifah Allah, manusia bertanggungjawab untuk menjadi
seorang pemegang amanah terhadap sumber ekonomi dengan mengatur dan mengurus sumber sumber
alam secara cekap, adil dan tidak membazir. Allah S.W.T berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 195,
yang bermaksud,

“Dan belanjakan (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu
sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil), dan baikilah
(dengan sebaik-baiknya segala usaha dan perbuatan kamu), kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang
berusaha memperbaiki amalannya.”

Manusia digalakkan untuk mengeluarkan barang yang dapat memenuhi keperluan hidup dan tuntutan
agama agar dapat meningkatkan pembangunan dan kemakmuran ekonomi secara aktif. Malah, islam
memberikan tempat yang istimewa kepada mereka yang terlibat di dalam kegiatan perniagaan dan
perdagangan sehingga di dalam sebuah hadis pernah disebutkan bahawa 9/10 rezeki datangnya dari
kegiatan perniagaan.

Seterusnya, kesejahteraan dan kebajikan merupakan objektif yang dituntut dalam ekonomi Islam meliputi
semua dimensi iaitu aspek akhlak, kerohanian dan kebendaan. Penerapan ekonomi halal melalui mata
kasar yang dilihat hanya sekadar penjenamaan bagi tujuan pemasaran mempunyai sisi lebih baik iaitu
(halalan thoiyyiba) yang sebenar dengan semangat mencari keberkatan dalam aktiviti ekonomi.
Keberkatan wujud apabila peniaga industri faham akan konsep halal seterusnya merealisasikan
dalam produk dan perkhidmatan mereka. Dengan cara ini, perniagaan bukan mencari keuntungan semata-
mata sehingga menghalalkan penipuan dan menyalahgunakan kehalalannya. Secara tidak langsung, dapat
memupuk nilai akhlak yang baik dalam diri dengan mementingkan kebajikan selain daripada kebendaan.

2.3.1 Perkaitan fakta dengan ulasan artikel

IPOH: Jurang perbezaan pendapatan dalam kalangan masyarakat mampu ditangani menerusi sistem
ekonomi Islam, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan
Islam (INCEIF) Prof Datuk Dr Mohd Azmi Omar.Sebagai contoh katanya, kad skor Pengantaraan
Berasaskan Nilai (VBI) yang akan dilancarkan Bank Negara Malaysia pada Oktober ini merupakan salah
satu cara bagi menyelesaikan jurang tersebut.Kad skor VBI itu adalah bertujuan untuk menilai
perkembangan sejauh mana institusi perbankan Islam melaksanakan inisiatif VBI dalam perniagaannya
berasaskan tiga teras utama iaitu sosial, kewangan dan persekitaran.

Rumusan: Kesimpulannya, sistem ekonomi Islam yang diamalkan di Malaysia dilihat masih di dalam
skop yang kecil dan tidak meluas. Masih banyak industri perbankan menggunakan sistem konvensional
dengan matlamat keuntungan dan faedah yang dapat dinikmati ke atas pengguna. Keadaan ini memberi
gambaran jelas bahawa ekonomi Islam menekankan pertimbangan nilai dalam pemilihan matlamat,
berbeza dengan sistem konvensional yang diberi sepenuhnya kebebasan untuk bertindak tanpa bimbingan
wahyu mahupun nilai - nilai agama di dalam mencari sesuatu yang terbaik bagi memenuhi matlamat
mereka yang bersifat material semata-mata. Perbincangan di atas telah memperlihatkan bagaimana Islam
memberikan perhatiannya terhadap persoalan-persoalan yang berkaitan dengan kegiatan ekonomi.
Bersesuaian dengan sifat Islam sebagai agama yang menyeluruh lagi sempurna,

3.0 Kesimpulan

Berdasarkan ulasan artikel di atas,saya dapat membuat keputusan bahawa tugasan ini telah
membantu saya untuk mendalami berkaitan dengan topik iaitu pengenalan ekonomi .Saya dapat
mengaitkan ulasan artikel dengan isi-isi penting yang ada dalam bab tersebut Antaranya,Unit ekonomi
seperti isi rumah.Selain itu,saya dapat mengaitkan tentang subtopik sistem ekonomi seperti sistem
ekonomi kapitalis,sistem ekonomi islam.

4.0 Senarai Rujukan

Buku

Sabariah Ali (2021)’ Ace STPM MIKROEKONOMI SEMESTER 1’,PENERBIT EHSAN

Yeom Hook Kong (2021)’TEKS & RUJUKAN LENGKAP MATRIKULASI EKONOMI 1


(AE015)’,NUSAMAS

Muhamad Amran Khan(1994),’An introduction to islamic economics’,Percetakan Zafar Sdn Bhd

Ibn Khaldun (n.d.), Muqaddimah, Beirut, Dar al-Fikr.

Nash’at, Muhammad Ali (1944), al-Fikr al-Iqtisadi fi Muqaddimat Ibn Khaldun (Economic Thought in
the Prolegomena of Ibn Khaldun), Cairo, Dar al-Kutub al-Misriyyah.

ABDEL HALEEM, M. A. (2010). The Qur'an: English translation and parallel Arabic text.’ Oxford,
Oxford University Press.

Laman web

Faisal Asyraf , (2019) .’ PH perlu ubah sikap kecam kapitalisme ‘,Malaysia kini

https://www.malaysiakini.com/news/466062

Bernama (2018).’Sistem ekonomi islam mampu tangani jurang pendapatan negara’,Malaysia Kini

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2018/07/450827/ekonomi-islam-mampu-tangani-jurang-
pendapatan-masyarakat

Bernama(2020),’ Kumpulan isi rumah B40, M40, T20 terbahagi pada 10 kategori’,Berita Harian
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/709371/kumpulan-isi-rumah-b40-m40-t20-
terbahagi-pada-10-kategori

PH perlu ubah sikap kecam kapitalisme, kata Dr M

Faisal Asyraf

Diterbitkan 28 Feb 2019, 8:19 pm Sembilan bulan selepas mengambil alih Putrajaya, masih
ramai dalam kalangan Pakatan Harapan (PH) masih bersikap seperti pembangkang termasuklah
mengecam kapitalisme, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad."Sifat-sifat yang ada pada
pembangkang dalam kerajaan masih lagi diteruskan."Bersikap seperti sosialis dan menganggap
peniaga sebagai kapitalis yang perlu ditentang. Kerana katanya kapitalis menekan pekerja dan
rakyat," katanya pada sesi pemukiman dengan kerajaan negeri Johor di Putrajaya hari ini.Tanpa
menyebutkan nama tertentu, Mahathir berkata, pemimpin PH tidak boleh lagi mengecam
kapitalisme yang memberi kekayaan kepada negara."Mereka melabur dengan modal mereka,
mendirikan perusahaan, beri pekerjaan dan mereka juga membayar cukai."Tanpa cukai, kerajaan
tak ada cukup wang untuk tadbir negara atau negeri," kata Mahathir.Dalam ucapannya, Mahathir
berkata, rata-rata belum dapat menjalin hubungan baik dengan pengusaha dan peniaga."Mindset
(mentaliti) kita mestilah anggap pengusaha dan peniaga sebagai rakan kita. Dan kita tolong
mereka sehingga mereka berjaya.

"Kalau mereka tak berjaya mengumpul keuntungan, kerajaan juga tak dapat kutip cukai daripada
mereka. Sebab itu kita perlu berusaha menjayakan mereka supaya mereka dapat
keuntungan."Kerajaan negeri juga dapat bermanfaat dari pelbagai jenis cukai,"
tambahnya.Pengerusi PH itu juga menegaskan bahawa, sekarang bukan masa untuk
membangkang.Sebaliknya, kata Mahathir, pemimpin PH ketika ini perlu berusaha keras,
membuat keputusan dan melaksanakannya.

Kumpulan isi rumah B40, M40, T20 terbahagi pada 10 kategori

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin. NSTP/MALAI ROSMAH
TUAH.
PUTRAJAYA: Kumpulan isi rumah B40, M40 dan T20 boleh diperincikan kepada 10 kategori
berdasarkan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019.Ketua Perangkawan
Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata B40 boleh diperincikan kepada B1, B2, B3 dan B4;
M40 kepada M1, M2, M3 dan M4 manakala T20 kepada T1 dan T2."Bagi kumpulan isi rumah
B40, mereka yang berpendapatan bawah RM2,500 boleh diletakkan dalam kategori B1,
RM2,501 hingga RM3,169 dalam B2, RM3,170 hingga RM3,969 pula dalam B3; manakala
RM3,970 hingga RM4,849 adalah di bawah B4,"katanya.Menurutnya bagi kumpulan M40, M1
adalah isi rumah berpendapatan antara RM4,850 hingga RM5,879; M2 untuk berpendapatan dari
RM5,880 hingga RM7,099; M3 untuk RM7,110 hingga RM8,699; dan M4 pula berpendapatan
antara RM8,700 hingga RM10,9'Isi rumah B40, M50 hadapi kekangan untuk berbelanja'M40,
T20 berdepan kos tinggi di bandarKerajaan digesa semak mekanisme agihan bantuan

Bagi T20, isi rumah yang berpendapatan antara RM10,961 hingga RM15,039 adalah dalam
kategori T1; manakala T2 dengan isi rumah berpendapatan RM15,040 dan ke atas."Perincian
pengkelasan ini akan membolehkan perancangan, pemantauan dan program yang lebih bersasar
dapat dilaksanakan bagi merapatkan jurang pendapatan antara isi rumah," katanya semasa
membentangkan Laporan Penemuan dan Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019, di
sini hari ini.Mohd Uzir berkata, Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019
menunjukkan kumpulan B40 pada tahun 2019 merangkumi kira-kira 2.91 juta isi rumah, M40
membabitkan 2.91 juta isi rumah dan kira-kira 1.46 juta isi rumah berada dalam kumpulan
T20.Survei yang dijalankan Jabatan Perangkaan melalui kaedah temu ramah secara bersemuka
dalam tempoh 12 bulan bermula Januari 2019 itu melibatkan 7.3 juta isi rumah warganegara
Malaysia.

– BERNAMA

Ekonomi Islam mampu tangani jurang pendapatan masyarakat

Julai 18, 2018 @ 5:19pm

PRESIDEN dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam
(INCEIF) Prof Datuk Dr Mohd Azmi Omar berucap pada Persidangan Dunia Pemikiran dan
Tamadun Islam Kali ke-5 (WCIT) 2018, di Ipoh, hari ini. - Foto ihsan Facebook World
Conference On Islamic Thought and CivilizationPRESIDEN dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat
Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) Prof Datuk Dr Mohd Azmi Omar berucap
pada Persidangan Dunia Pemikiran dan Tamadun Islam Kali ke-5 (WCIT) 2018, di Ipoh, hari ini.
- Foto ihsan Facebook World Conference On Islamic Thought and CivilizationIPOH: Jurang
perbezaan pendapatan dalam kalangan masyarakat mampu ditangani menerusi sistem ekonomi
Islam, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan
Islam (INCEIF) Prof Datuk Dr Mohd Azmi Omar.Sebagai contoh katanya, kad skor
Pengantaraan Berasaskan Nilai (VBI) yang akan dilancarkan Bank Negara Malaysia pada
Oktober ini merupakan salah satu cara bagi menyelesaikan jurang tersebut.Kad skor VBI itu
adalah bertujuan untuk menilai perkembangan sejauh mana institusi perbankan Islam
melaksanakan inisiatif VBI dalam perniagaannya berasaskan tiga teras utama iaitu sosial,
kewangan dan persekitaran.Mohd Azmi berkata, sistem VBI merupakan sebuah asas etika dan
kewangan yang bertanggungjawab kepada manusia, persekitaran dan keuntungan, yang bukan
berasaskan kepada keuntungan sahaja "Sebagai contoh dalam konteks perbankan, INCEIF, Bank
Dunia dengan beberapa bank lagi dalam Malaysia dan luar negara kita bangunkan carta prinsip
VBI dengan intermediasi berasaskan kepada nilai."Nilai yang dimaksudkan ialah sesuatu yang
akan memberi kebaikan kepada masyarakat, kepada persekitaran dan juga kebaikan kepada
bank," katanya kepada pemberita selepas sesi pembentangan bertajuk 'Economy Matters' pada
Persidangan Dunia Pemikiran dan Tamadun Islam Kali ke-5 (WCIT) 2018, di sini, hari
ini.Beliau berkata, selain memberikan manfaat kepada masyarakat, sistem ekonomi Islam juga
dapat mengelakkan sebarang kemudaratan kepada individu, jenayah manusia dan alam
sekitar."Setakat ini di Malaysia telah mengguna pakai 30 peratus melalui sistem perbankan Islam
dan bertambah dari tahun ke tahun namun di negara lain masih kecil. Contohnya di Indonesia
hanya lima peratus sahaja," katanya.WCIT 2018 yang bertemakan 'Menjamin Masa Depan'
dianjurkan oleh Universiti Sultan Azlan Shah.Persidangan yang berlangsung selama tiga hari itu
dan berakhir hari ini bertujuan menyediakan interaksi ahli akademik dalam persekitaran yang
dinamik bagi mencari penyelesaian kepada permasalahan semasa yang dihadapi dunia Islam. -
BERNAMA

Anda mungkin juga menyukai