Anda di halaman 1dari 6

KOLEJ MATRIKULASI PERLIS

SESI 2023/2024
SEMESTER 1

EKONOMI
AE 015

TUGASAN INDIVIDU: ULASAN ARTIKEL


Anda dikehendaki memilih artikel yang sesuai dan membuat ulasan
berdasarkan masalah ekonomi yang dipelajari dalam bab 1.

NAMA : SYED AMIRUL MUKMIN BIN SYED HOOD

NO. MATRIK : MA2314137074

TUTORAN : A4T1

NAMA PENSYARAH : MOHAMMAD ASRI BIN HASHIM

PENILAIAN TUGASAN PELAJAR


TUGASAN ULASAN ARTIKEL
PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

NAMA: SYED AMIRUL MUKMIN BIN SYED NO.MATRIK: MA2314137074


HOOD

TAHAP PENILAIAN PELAJAR


CLO ATRIBUT SUBATRIBUT SOALAN
PENILAI PENILAI
PERTAMA KEDUA

Mengingat 2.0
1.1

CLO 1 Pengetahuan

1.2 Kefahaman 2.0

Senarai
1.1 4.0
Rujukan
Mencari dan
CLO 3 Mengurus
Pelbagai 1.2 Relevan 4.0
Bentuk
Maklumat Optimum
1.3 2.0, 3.0
Sumber
1.0, 2.0,
1.4 Artikulasi
3.0, 4.0

1.5 Rujukan 4.0

JUMLAH 15%
1.0 PENDAHULUAN

Tajuk artikel saya ialah “Tingkat penggunaan sistem pintar atasi kekurangan buruh” yang
ditulis oleh Prof Madya Dr Mohd Asyraf Zulkifley yang ditulis pada 30 Januari 2023 pada waktu
12.01 p.m dan diterbitkan di Berita Harian.Ini sangat sesuai dijadikan sebagai contoh untuk
dikaitkan dengan konsep masalah kekurangan,pilihan dan kos lepas.

2.0 ULASAN ARTIKEL

2.1.0 KONSEP PERTAMA

Konsep yang pertama ialah konsep kekurangan di mana konsep ini menerangkan unit ekonomi
mengalami masalah kekurangan faktor-faktor pengeluaran yang terhad dalam memenuhi
kehendak yang tidak terbatas.Pada perspektif saya, kekurangan ialah keinginan manusia yang
jauh melebihi apa yang dapat dihasilkan dalam ekonomi dengan sumber ekonomi yang
terhad.Setiap unit ekonomi iaitu isi rumah, firma dan kerajaan menghadapi masalah kekurangan
masing-masing. Contohnya, seorang petani, oleh sebab tanah yang dimiliki terhad, maka dia
tidak dapat menanam semua tanaman di atas tanah tersebut.

2.1.1 PERKAITAN KONSEP DENGAN ULASAN ARTIKEL

Konsep yang dapat dikaitkan dengan ulasan artikel ini ialah berlaku masalah kekurangan
tenaga buruh di Malaysia untuk pelbagai sektor ekonomi. Secara umumnya, langkah mudah
boleh diambil untuk mengatasi masalah ini dengan segera dengan pengambilan buruh asing.
Namun, kesan buruk daripada pengambilan pekerja asing secara besar-besaran menyebabkan
penduduk tempatan tidak mendapat pekerjaan sekali gus menyebabkan tiada sumber pendapatan
dalam hidup mereka. Hal ini menyebabkan berlakunya masalah pengangguran dalam penduduk
tempatan. Masalah pengangguran ini menyebabkan pendapatan boleh guna individu semakin
berkurang manakala kos sara hidup semakin meningkat. Kuasa beli pengguna semakin
berkurangan seterusnya menyebabkan taraf hidup penduduk tempat merosot.
2.2.0 KONSEP KEDUA

Konsep kedua merupakan konsep pilihan yang perlu dibuat akibat masalah ekonomi yang
wujud kerana kekurangan sumber menyebabkan pilihan perlu dibuat. Masalah pilihan
melibatkan pembuatan keputusan tentang kehendak yang perlu dipenuhi terlebih dahulu dan
melibatkan pengorbanan. Erti kata lain, membuat pilihan berdasarkan keutamaan, objektif atau
matlamat masing-masing.

2.2.1 PERKAITAN KONSEP DENGAN ARTIKEL

Perkaitan konsep yang dapat dikaitkan dengan ulasan artikel ini ialah apabila pihak kerajaan
mengalami masalah kekurangan buruh dalam sektor ekonomi seperti perladangan, pembuatan,
perkilangan dan pembinaan. Oleh itu, kerajaan boleh membuat pilihan diantara pengambilan
buruh ataupun penggunaan teknologi kepintaran buatan atau lebih dikenali sebagai “Artificial
Intelegence (AI)”. Jika teknologi pintar ini semakin banyak diguna pakai syarikat tempatan,
permintaan terhadap pakar tempatan juga meningkat. Ini akan menyebabkan daya saing antara
negara turut meningkat.

2.3.0 KONSEP KETIGA

Konsep ketiga ini merupakan konsep kos lepas yang perlu diambil oleh unit-unit ekonomi
supaya objektif dapat dicapai secara cekap dan maksimum iaitu dengan cara melepaskan pilihan
kedua terbaik. Setiap pilihan yang dibuat oleh unit ekonomi akan menyebabkan pilihan lain
terpaksa dilepaskan. Contohnya, individu terpaksa memilih ayam daripada ikan kerana harganya
lebih murah dan terpaksa melepaskan pilihan kedua terbaik iaitu ikan.
2.3.1 PERKAITAN KONSEP DENGAN ARTIKEL

Perkaitan konsep dengan ulasan artikel ini ialah pihak kerajaan membuat pilihan penggunaan
teknologi kerana ia dapat menggalakkan rakyat tempatan untuk menceburi bidang sering
dipelopori tenaga buruh asing. Teknologi juga dapat memudahkan setiap proses dalam
pengeluaran. Contohnya, dalam bidang perladangan penggunaan jentera pintar dapat
memudahkan usaha pengumpulan hasil perladangan. Selain itu, Penggunaan teknologi pintar
bukan sahaja dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh asing, tetapi turut
merancakkan perkembangan revolusi industri negara.

3.0 RUMUSAN

Rumusan yang dapat dibuat ialah pihak kerajaan perlu mempelbagai kaedah pengeluaran untuk
menghasilkan barang dan perkhidmatan agar teknologi dapat digunakan dengan sebaik mungkin.
Pengembangan teknologi yang lebih maju mampu membantu pembangunan ekonomi negara
supaya dapat memaksimumkan kebajikan dan keperluan penduduk tempatan negara. Konsep ini
juga dapat menstabilkan ekonomi negara apabila setiap penduduk mempunyai pendapatan yang
mencukupi untuk menyara kehidupan mereka. Hal ini dapat meningkatkan taraf hidup dan
kemajuan ekonomi penduduk.
4.0 RUJUKAN

i)BH Online (30 Januari 2023) - “Tingkat penggunaan sistem pintar atasi kekurangan buruh”

https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2023/01/1057698/tingkat-penggunaan-sistem-
pintar-atasi-kekurangan-buruh

ii)Buku Ekonomi Tingkatan 4 Bab 1.1 konsep kekurangan, pilihan dan kos lepas
https://anyflip.com/yunm/ieuq

iii) Slideshare Bab 1- pengenalan mikroekonomi

https://www.slideshare.net/charan93/bab-1-pengenalanmikroekonomi

iv)Word press- Masalah kekurangan,pilihan dan kos lepas

https://hqs2004.wordpress.com/masalah-kekurangan-pilihan-dan-kos-lepas/

v)Cikgu Farha – Pengenalan Ekonomi

https://cikgufarha.com/pengenalan-kepada-ekonomi/

Anda mungkin juga menyukai