Anda di halaman 1dari 17

Zaimi Bin Abdul Rani

MMSW (UKM), Dip. Psi. (Kaunseling)


(UKM)
B. Social Sc. (Social Work)(Hons.)
(USM)
DPA. (UITM)
Aplikasi
Teori
Dalam
Penyediaan
Laporan
Sosial
Pesalah
Muda
JABATAN KEBAJIKAN
MASYARAKAT
Definisi Teori


Teori dijelaskan sebagai huraian
fakta-fakta saintifik dan penerangan
fenomena fenomena dalam
masyarakat yang telah dibuktikan dan
diterima pakai.


Teori dalam praktis kerja sosial
meliputi pemahaman teori-teori dan
penggunaan teori tersebut sebagai
asas menentukan situasi dan
menentukan tindakan intervensi (
model intervensi)

KEPERLUAN TEORI DALAM PRAKTIS
KERJA SOSIAL

Bagi memberi kerangka dan menentukan
:

mengenalpasti faktor dan kesan sesuatu tingkahlaku

memahami kenapa kejadian memberi kesan terhadap
sesuatu tingkahlaku

menentukan bentuk intervensi terhadap faktor-faktor
yang mempengaruhi kejadian sesuatu tingkahlaku

5 Perkara Utama Dalam Memahami Tingkahlaku
Manusia

1. Aspek Biologi dan Fizikal ( sistem tubuh
badan manusia, keserasian, genetik dan
tabiat manusia )

2. Aspek Psikologi ( proses Kognitif, membuat
keputusan dan intelektual)

3. Aspek Emosi ( Perasaan dan kesedaran diri)

4. Aspek tingkahlaku ( gerak tingkahlaku dan
kelakuan)

5. Aspek Persekitaran ( pengaruh individu,
kelompok dan komuniti)

TEORI STRUKTUR-FUNGSIONAL
Pendekatan Teori Struktur-Fungsional berlandaskan 2 andaian
utama :

1. Masyarakat dibentuk oleh sub-struktur yang saling
bergantung antara satu sama lain dalam menjalankan
fungsi-fungsinya. Sesuatu fungsi tidak boleh berjalan
dengan lancar sekiranya substruktur tidak menjalankan
fungsinya dengan baik.

2. Sesuatu sub-struktur menjalankan sesuatu fungsi untuk
menjamin kelancaran sub-struktur yang lain. Walaupun
sesuatu sub-struktur itu tidak berfungsi dengan baik, ia
tidak boleh dihapuskan begitu sahaja kerana kehadirannya
diperlukan untuk menjamin kelancaran sub-struktur yang
lain.

Teori Struktur Fungsional juga menerangkan tentang 3 bentuk
struktur iaitu berfungsi , disfungsi( fungsi negatif) dan
tidak berfungsi.

Sebahagian daripada pendekatan yang digunakan
dalam Teori Struktur-Fungsional adalah untuk
mengekalkan dan meneruskan struktur yang ada dalam
masyarakat.

Model keseimbangan sosial ini ada persamaan dengan
tubuh badan manusia. Tubuh badan sihat bukan saja
sihat kesihatan fizikal tetapi juga sihat emosi, mental,
rohani dan hubungan sesama manusia.

Pendekatan model keseimbangan sosial akan
membentuk mekanisme penyesuaian kendiri.
TEORI KONFLIK

Definisi Konflik




Konflik adalah pertentangan secara langsung dan sedar di antara individu
atau kumpulan untuk mencapai suatu matlamat. Konflik dianggap sebagai
perkara normal yang tidak dapat dielakkan.

Menurut Thomas Hobbes, konflik adalah perkara normal yang tidak dapat
dielakkan. Manusia sentiasa berperang di antara satu dengan lain. Ini
diperkuatkan dengan pengertian Charles Darwin mengenai Struggle of
existence.

Menurut Coser (seorang penyelidik), konflik tidak semestinya
memecahbelahkan sistem tetapi ia mempunyai fungsi-fungsi yang
tertentu. Konflik dapat menyesuaikan semula norma-norma dan hubungan
kekuasaan dalam kelompok tertentu mengikut keperluan individu dalam
kelompok.

Masalah sosial yang meletus dalam
masyarakat dilihat sebagai berpunca
daripada konflik dua golongan yang
bersaing untuk merebut sumber-sumber
yang terhad

Pengasingan merupakan satu keadaan
apabila manusia merasa terpisah malahan
hubungan mereka terputus daripada
masyarakat dan kebudayaannya

Kelas bawahan yang terasing daripada
masyarakat tidak berjaya untuk bersaing
bagi mendapatkan sumber-sumber yang
terhad dan hasilnya lahirlah beberapa
masalah sosial seperti kemiskinan,
penyakit, mengabaikan kanak-kanak dan
kenakalan.

Teori Konflik Marx sebenarnya menjelaskan tentang
kelas sosial dalam masyarakat dan sejarah semua
masyarakat yang wujud setakat ini ialah sejarah
pergelutan kelas

Kesimpulannya, teori konflik dengan penekanannya
kepada faktor ekonomi dan pengagihan kuasa dapat
memberi fikiran alternatif kepada pekerja sosial yang
selalunya cenderung untuk menerima sahaja keadaan
masyarakat seadanya

Pekerja sosial dapat menggunakan teori konflik untuk
mengenali masyarakat secara lebih dekat lagi dan
setelah itu merancang dan melaksanakan intervensi
mereka untuk mengatasi masalah-masalah sosial.

TEORI PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL MANUSIA
- Erik Erikson

Tahap-Tahap Psikososial Manusia :

Tahap 1 : Mempercayai (trust) vs. Tidak
Mempercayai (mistrust)
-Lahir sehingga 1 tahun

Tahap 2 : Berdikari (autonomi) vs. Malu /
Keraguan (shame and doubt)
-18 bulan sehingga 3 1/2 tahun.

Tahap 3 : Inisiatif (initiative) vs. Rasa
Bersalah (guilt)
-3 1/2 tahun sehingga 6 tahun.

Tahap 4 : Ketekunan (Industry) vs.
Kerendahan Diri (inferiority)
- 6 tahun sehingga 12 tahun.

Tahap 5 : Identiti (identity) vs. Kebingungan
Peranan (role confusion)
-12 tahun sehingga 18 tahun.

Tahap 6 : Kemesraan (intimacy) vs.
Pemencilan (Isolation).
-Awal 20 an sehinga lewat 20 an.

Tahap 7 : Penghasilan (Generativity) vs.
Penghentian (stagnation).
-Lewat 20 an sehingga 50 tahun.

Tahap 8 : Integriti (integrity) vs. Putus
Harap (despair).
-50 tahun ke atas


Teori Perkembangan Psikososial telah memberi ukuran dalam
menentukan identiti perkembangan dan hubungan dengan
psikologi. Ini dapat membantu pekerja sosial melihat hubungan
perkembangan dari kanak-kanak sehingga akhir hayat
TEORI PEMUSATAN TUGAS (TEORI UNTUK INTERVENSI)

Pengenalan

Berasaskan dari Teori Fungsional
yang menegaskan sesuatu
matlamat (goal) atau
penyelesaian sesuatu masalah
boleh dicapai melalui tugas yang
berfokus, teratur dan tepat.

Tujuan Teori pemusatan tugas menekankan bahawa
penyelesaian masalah boleh dicapai melalui
objektif / tindakan / tugas-tugas yang boleh
ditentukan oleh klien sendiri dengan bimbingan
pekerja sosial.

Tahap-tahap dalam Teori
Pemusatan Tugas:

Spesifikasi permasalahan.
Perancangan tugas
(task planning).

Implementasi tugas (task
implementation)

Menilai halangan dan kegagalan.

Penilaian pencapaian dan
penamatan
TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL

Mengikut Bandura - tingkahlaku
manusia terhasil dari pembelajaran
sosial.

Kebanyakan tingkahlaku yang
dipelajari timbul apabila adanya
interaksi saling bergantung (reciprocal
interaction) di antara kognitif,
tingkahlaku dan persekitaran.

Manusia juga mempelajari sesuatu
tingkahlaku khususnya dari
pengalaman bersosialisasi,
pemerhatian, penjelasan/penerangan
dan penerimaan maklumbalas sosial
Menurut Bandura - tingkahlaku manusia
dipengaruhi oleh tiga sumber yang saling
bergantungan. Sumber-sumber ini adalah:

i. Penentu kejadian

ii. Penentu sebab-akibat

iii. Penentu kognitif


Fahaman Behaviorisme
mengandaikan :
Tingkah laku manusia dipelajari melalui
proses hubungan manusia.

Pada asasnya manusia akan cenderung ke
arah sesuatu yang membawa kepada
keseronokan.

Tingkah laku manusia pada asasnya
ditentukan oleh persekitaran


Kesimpulan

Fokus kepada paradigma:
penentu kejadian + tingkahlaku + sebab/akibat =
dapat membantu pekerja sosial memahami dengan
jelas sebab perubahan tingkahlaku yang ada pada
diri seseorang klien.

Sekian, terima
kasih

Anda mungkin juga menyukai