Anda di halaman 1dari 22

KULIAH 11: TEORI DAN MODEL

PERTOLONGAN

PARAMJIT SINGH JAMIR SINGH

PROGRAM KERJA SOSIAL


PUSAT PENGAJIAN SAINS KEMASYARAKATAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SEMESTER I, SIDANG AKADEMIK 2021 / 2022


MAKSUD TEORI

 Teori dibangunkan melalui satu proses yang sistematik untuk


menjawab sesuatu soalan.

 Contoh: Apakah betul ibu bapa yang kaki pukul akan


melahirkan anak-anak yang juga kaki pukul?

 Hipotesis: Ibu bapa yang memukul mempunyai peluang yang


tinggi untuk melahirkan anak-anak yang juga kaki pukul.
Sambungan..

 Soalan: Betulkah pengetahuan tentang HIV/AIDS boleh


mengurangkan rasa takut pekerja sosial terhadap klien
mereka yang positif HIV?

 Hipotesis: Pekerja sosial yang mempunyai pengetahuan


tantang HIV/AIDS tidak akan takut untuk bekerja dengan
mereka yang mempunyai HIV/AIDS.
Sambungan…

 Teori merupakan pedoman atau peraturan hidup bagi


membolehkan manusia menjalani kefungsian sosial mereka.

Contoh:
 Bagaimana untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan
orang lain?
 Bagaimana mendidik anak dengan cara yang betul?
 Bagaimana untuk membantu mereka yang mengidap
kanser?
Sambungan..

 Pembentukan teori dibuat menerusi pemerhatian. Ia boleh


bertukar menjadi abstrak dan ia perlu dikaji secara sainstifik
untuk menolak atau menerima pemerhatian yang abstrak itu.

 Abstrak merupakan sesuatu yang masih kurang jelas atau


masih lagi kabur.
Sambungan..

 Contoh: Wanita merupakan kaum yang lemah.

 Kesemua pengetahuan terbentuk dari konteks sosial, budaya


dan sejarah. Teori jugalah terbentuk dari kesemua konteks ini.

 Hal ini meyebabkan ada teori yang bias terhadap gender,


kelas, budaya dan sebagainya.

 Teori boleh menjadi masalah kepada manusia apabila


diaplikasikan secara universal.
IDEOLOGI, TEORI YANG SAINTIFIK DAN PRAKTIS
KERJA SOSIAL

 Semua profesion termasuk bidang kerja sosial mempunyai


teori saintifik yang tersendiri tentang kelakuan manusia,
penyebabnya, cara mencegah dan pengenalpastian
intervensi yang sesuai.
 Teori juga digunakan untuk membuat analisis, penilaian
dasar-dasar sosial, praktis kerja sosial, dan meningkatkan
penyelidikan selanjutnya.
Sambungan..

 Setiap masyarakat mempunyai ideologinya tersendiri dan di


sini lah pengaruh bagaimana kerja-kerja menolong itu
terbentuk.

 Teori pula boleh berubah dan dikaji semula untuk ditentukan


kesahihannya.
TEORI SISTEM

 Membantu pekerja sosial melihat klien secara holistik dan


mengambil kira tentang persekitaran sosialnya.
 Mambantu pekerja sosial memahami interaksi yang ada di
antara individu, kumpulan, organisasi, komuniti, sistem-sistem
lain dan persekitaran sosial klien.
 Menolong pekerja sosial memahami kelakuan manusia.
 Membantu pekerja sosial membuat penilaian ke atas semua
pihak.
 Teori sistem diperkenalkan oleh biologis yang bernama
Ludwig Von Bertalanffy dari Kanada pada awal 1920an.
 Bertalanffy melihat bagaimana badan manusia berfungsi.
Bagi membolehkan manusia itu berfungsi, semua sistem yang
ada dalam tubuh manusia harus bertindak balas dan saling
bantu membantu.
TEORI KONFLIK

 Membantu pekerja sosial memahami konflik dan


ketidakseimbangan antara individu, idea, kumpulan, kelas
komuniti dan struktur sosial. Memahami kuasa yang ada
dalam sesebuah struktur sosial.
TEORI PEMERKASAAN

 Memberi fokus kepada kumpulan yang tertekan. Fokus


meningkatkan perkembangan manusia dan memerdekakan
diri mereka dan juga meningkatkan keadilan sosial. Kuasa
datang dari klien sendiri.
TEORI PSIKOANALITIK

 Berkaitan dengan pembentukan personaliti manusia. Ia


memberi penekanan kepada pembentukan individu dari
kanak-kanak.
TEORI PSIKOSOSIAL

 Membantu pekerja sosial memahami setiap tahap


perkembangan individu. Fokus untuk membantu individu,
kumpulan dan komuniti meningkatkan kefungsian sosial
mereka.
MODEL-MODEL PERTOLONGAN

 Evil Model
(Pendekatan “Hantu” atau ‘Syaitan)

Intervensi diberikan kepada klien yang telah dirasuk oleh


sejenis mahkluk dan memerlukan bantuan daripada seorang
pengamal perubatan Islam/dukun/bomoh.
Sambungan..

 Illness Model
(Pendekatan penyakit)

Klien memerlukan pertolongan perubatan. Intervensi


pertolongan dilakukan oleh doktor, pekerja sosial, ahli
psikologi dan psikiatri.
Sambungan..

 Problem Solving Model


(Pendekatan penyelesaian masalah)

Klien mempunyai masalah dan memerlukan pertolongan untuk


menangani masalahnya. Ia memerlukan bantuan profesional.
Intervensi pertolongan dilakukan oleh pekerja sosial, psikologi
dan psikiatri.
Sambungan..

 Crisis Model
(Pendekatan Krisis)

Klien mempunyai krisis dan memerlukan bantuan untuk


menguruskan krisisnya. Intervensi pertolongan dilakukan oleh
pekerja sosial, psikiatri dan psikologi.
Sambungan..

 Growth Model
(Pendekatan Pembangunan)

Klien mempunyai keupayaan untuk membangunkan dirinya ke


tahap maksima. Intervensi pertolongan dilakukan oleh pekerja
sosial, psikologi dan psikiatri.
Sambungan..

 Social Issues Model


(Pendekatan Isu-Isu Sosial)

Klien merupakan mangsa kepada ketidakadilan. Intervensi


pertolongan dilakukan oleh pekerja sosial.
Sambungan..

 Devian Model
(Pendekatan Penyelewengan)

Klien mempunyai masalah kelakuan yang perlu diperbetulkan.


Intervensi pertolongan dikendalikan oleh pengamal undang-
undang, pekerja sosial dan psikiatri.
Sambungan…

 Self-help Model
(Pendekatan Sokong Bantu)

Klien mempunyai masalah kerana pengaruh-pengaruh luaran


dan ianya memberi implikasi ke atas kehidupannya.
Intervensi pertolongan dilakukan oleh klien sendiri.
Sekian

Anda mungkin juga menyukai