Anda di halaman 1dari 7

DASAR PEMBANGUNAN NEGARA

Dasar-dasar Pembangunan Negara bermatlamat ingin menjadikan Malaysia


sebuah negara makmur dan bersatu-padu berasaskan sistem demokrasi di
dalam suasana pembangunan yang aman dan stabil. Dasar-dasar ini juga
menunjukkan ketrampilan Malaysia sebagai sebuah negara majmuk yang
terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Dalam mencapai matlamat
sebuah negara maju, Malaysia perlu merancang dan melaksanakan dasardasar pembangunan yang sesuai.Ini bagi menjamin potensi pembangunan
yang tingginegara, dan secara langsung menjadi faktor pemangkin kepada
masa depan Negara.
Sesuatu pembangunan memerlukan dasar. Dasar pembangunan merupakan
asas atau tapak, panduan besar, falsafah (yang ada matlamat dihujungnya)
dan

peraturan

mengenai

cara

mencapai

matlamat

dasar

tersebut.

Pembangunan mempunyai pelbagai maksud dan dimensi. Umumnya,


pembangunan adalah merujuk kepada usaha mengubah masyarakat atau
negara daripada keadaan mundur kepada maju. Ia juga meliputi aspek-aspek
kebendaan dan bukan kebendaan, sumber fizikal dan sumber manusia.
Umumnya, pembangunan merupakan kemampuan manusia memenuhi
potensi mereka untuk mempastikan mereka dapat memperolehi keperluankeperluan asas (makanan, pakaian, tempat tinggal), pekerjaan dan
kesamarataan.
TUJUAN DASAR
MEMBANTU NEGARA MENCAPAI
1. Matlamat keselamatan negara.
2. Perpaduan dan kestabilan negara.
3. Kesejahteraan sosial dan ekonomi rakyat dan masyarakat.

ISU ISU YANG MELIBATKAN ASPEK DASAR YANG UTAMA DAN


MEMERLUKAN PENGGUBALAN DASAR YANG KHUSUS.
ISU EKONOMI
Arah dan kadar pertumbuhan ekonomi negara.
Masalah pengeluaran yang menurun dan kekurangan tenaga buruh.
Asas sektor pembuatan/perkilangan yang sempit.(Tertumpu kepada
industri elektronik, tekstil dan beberapa jenis industri gantian import).
Kadar produktiviti yang secara relatifnya masih rendah.
Perbezaan pendapatan dan status sosio-ekonomi rakyat antara kaum,
wilayah dan kawasan bandar dan luar bandar.
ISU POLITIK DAN PENTADBIRAN
Polarisasi kaum.
Penyalahgunaan dasar dan pengedaran dadah antarabangsa.
Keperluan pembentukan budaya kerja dan sikap yang positif untuk
pembangunan.
Masalah kemiskinan mutlak yang berterusan walaupun menurun dari
segi peratusnya.
Saiz sektor awam yang masih besar beban perbelanjaan yang tinggi.
Isu pencemaran alam yang lahir daripada aktiviti pembangunan yang
tidak terkawal.
ISU ANTARABANGSA
Pergeseran politik kuasa-kuasa besar di rantau ini.
Masalah politik di rantau Asia.

Pendatang tanpa izin.


Kecenderungan kuasa besar untuk menguasai dan menentukan arus
politik dan sistem ekonomi antabangsa dan lain-lain.
KEPENTINGAN DASAR PEMBANGUNAN
Malaysia tidak menggunakan kaedah barat dalam usaha menjadi
negara

industri.

Malaysia

mempunyai

perancangan

dan

dasar-dasar

pembangunan yang bersesuaian dengan pengalaman sejarah dan keperluan


rakyatnya. Memandangkan kepentingan dan keperluan pembangunan,
kerajaan telah membentuk dasar-dasar pembangunan yang akan menjadi
asas,

pemandu,

tapak,

dan

peraturan

pembangunan.

Dasar-dasar

pembangunan ini tercatat dalam dokumen rasmi kerajaan, khususnya dalam


buku-buku Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negara.
PERKEMBANGAN DASAR-DASAR PEMBANGUNAN NEGARA
Pembangunan peringkat pertama telah tercapai apabila negara
mencapai kemerdekaan-iaitu bebas daripada penjajahan dan telunjuk
penjajah. Pengisiann kemerdekaan adalah dalam bentuk meningkatkan taraf
hidup masyarakat, khususnya masyarakat luar bandar.
Dasar dan perancangan pembangunan yang lebih sistematik ketara
dalam zaman selepas merdeka-iaitu bermula dengan Rancangan Malaya
Pertama (1956-1960) dan Rancangan Malaya Kedua.
Rancangan pembangunan negara dilakukan mengikut tahap-tahap
(tahun) tertentu. Oleh sebab itu, nama rancangan pembangunan ialah
Rancangan Pembangunan Lima Tahun yang lazimnya disebut sebagai
Rancangan Malaysia.
PENEKANAN DASAR-DASAR PEMBANGUNAN
Setiap rancangan pembangunan biasanya menekankan kepada aspek
dan pembangunan-pembangunan tertentu seperti pembangunan pertanian,
ekonomi dan sebagainya.

Setiap rancangan pembangunan mempunyai strategi-strategi tertentu


untuk mencapai matlamat pembangunan. Sebagai contoh, Rancangan
Malaysia

Keenam

mempunyai

strategi-strategi

tertentu

untuk

terus

mengekalkan dan meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi negara.


Dasar pembangunan menjadi lebih ketara, khusunya bermula dari
tempoh Rancangan Malaysia Kedua sehingga Rancangan Malaysia Kelima
(1971-1990)-iaitu dalam tempoh Rangka Rancangan Jangka Panjang 1
(RRJP1) yang meliputi Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan seterusnya dalam
Rancangan Malaysia Keenam sehingga Rancangan Malaysia Ketujuh (19902000)-iaitu dalam tempoh Rangka Rancangan Jangka Panjang 2 (RRJP2)
yang meliputi Dasar Pembangunan Nasional (DPN).
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan dalam tahun 1970 sebagai tindak balas
atau reaksi kepada peristiwa 13 Mei 1969.
Program-program pembangunan sejak merdeka belum dapat mengatasi
perbezaan sosioekonomi antara bumiputera dengan bukan bumiputera, desa
dengan bandar, negeri-negeri pantai barat dengan pantai timur dan negerinegeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. DEB diperkenalkan dan
dilancarkan bagi tempoh 20 tahun (1971-1990).
Dasar Ekonomi Baru adalah tercakup dalam RRJP1 (1970-1990). Matlamat
DEB adalah serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira
kaum dan menyusun semula masyarakat supaya aktiviti ekonomi tidak
dikaitkan dengan mana-mana kaum atau keturunan.
DEB merupaka satu strategi negara dalam menghadapi realiti 'perbezaan
etnik' dalam usaha mewujudkan keseimbangan dalam pelbagai aspek
kehidupan. Ia juga merupakan satu dasar yang mempunyai cabaran,
pengorbanan dan iltizam yang memerlukan satu perubahan sikap atau mental
semua penduduk di negara ini.

Secara keseluruhannya, DEB telah berjaya membawa perubahan dalam


tempoh dua puluh tahun ia dilaksanakan (1971-1990) sepanjang tempoh
RRJP1.
Dasar Pembangunan Nasional
Dasar Ekonomi Baru berakhir pada tahun 1990. Ia digantikan dengan Dasar
Pembangunan Nasional (DPN). DPN dilaksanakan dalam tempoh Rangka
Rancangan Jangka Panjang 2 (RRJP2) (1991-2000). RRJP2 juga merupakan
langkah permulaan bagi Wawasan 2020.
Dalam DPN, tumpuan diberikan kepada straregi membasmi kemiskinan di
kalangan golongan termiskin. Dalam DPN, penglibatan sektor swasta juga
ditingkatkan.
Beberapa

strategi

telah

digalurkan.

Antaranya

ialah

mengemaskan

perlaksanaan dan pendekatan program membasmi kemiskinan. Tumpuan


khas diberikan kepada keluarga termiskin menerusi Program Pembasmian
Rakyat Termiskin (PPRT). Tumpuan juga diberikan kepada mengurangkan
masalah kemiskinan relatif.
Daripada segi menyusun semula masyarakat pula, DPN mempunyai strategi
pengagihan melalui pertumbuhan.
DASAR-DASAR KHUSUS PEMBANGUNAN
Dasar Perindustrian Negara
Dasar Perindustrian Negara mempunyai matlamat untuk mempergiatkan lagi
proses industrialisasi negara agar sektor pembuatan menjadi punca utama
pertumbuhan ekonomi negara.
Untuk mencapai matlamat ini, Kajian Dasar Perindustrian Malaysia (KDPM)
dan Pelan Induk Perindustrian (PIP) diadakan yang bertujuan untuk
menyemak dan mengubah suai dasar-dasar perindustrian negara yang sedia
ada dan mengkaji semula galakan-galakan pelaburan dan dasar-dasar
peningkatan eksport.

Dasar Pertanian Negara


Dasar Pertanian Negara (DPN) digubal berdasarkan rasional bahawa
sumbangan sektor pertanian kepada ekonomi negara semakin menurun.
Berbanding

dengan

sektor

perindustrian

dan

perkhidmatan,

kadar

sumbangan sektor pertanian dalam pembangunan adalah rendah.


DPN digubal bagi menggariskan matlamat dan strategi pembangunan sektor
pertanian ssehingga tahun 2000. Antara objektif DPN ialah memaksimumkan
pendapatan

sektor

pertanian;

memaksimumkan

pendapatan

pengusaha/pekebun kecil melalui peningkatan daya pengeluaran supaya


kadar kemiskinan dapat dikurangkan dan kualiti hidup keluarga diperbaiki,
memaju

dan

meningkatkan

hasil

dan

mutu

komoditi-komoditi

yang

mempunyai potensi besar untuk eksport atau bahan gantian import.


Dasar Penswastaan
Konsep penswastaan bermaksud pemindahan kepentingan atau pelaburan
kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta. Penswastaan diharap akan
dapat

meningkatkan

prestasi

ekonomi

dan

perkhidmatan

sesebuah

perusahaan supaya kadar pertumbuhan ekonomi negara dapat sama-sama


dipertingkatkan.
Hala Cara Baru dalam Pembangunan Kampung dan Luar Bandar
Semenjak tahun-tahun 1950-an, pembangunan luar bandar telah menjadi
tunjang dasar-dasar kerajaan. Satu dasar baru yang diberi nama Halacara
Baru Dalam Pembangunan Kampung dan Luar Bandar dikemukakan untuk
menegaskan komitmen berterusan kerajaan untuk mengurangkan dan
seterusnya menghapuskan kemunduran desa.
Beberapa strategi dicadangkan seperti pengelompokan kampung-kampung,
penyatuan tanah dan pengurusan aktiviti pertanian secara komersial, dan
pembangunan industri kampung.

Dasar Pensyarikatan Malaysia


Dasar pensyarikatan Malaysia adalah berlandaskan kepada kesedaran
bahawa kedua-dua sektor awam dan swasta harus memupuk kerjasama erat
dan saling tolong-menolong supaya melaluinya dapat diwujudkan satu
suasana yang lebih sempurna. Tujuan utama Dasar Pensyarikatan Malaysia
ialah untuk mengurangkan persaingan dan pertentangan antara pihak awam
dan swasta. Ia juga bertujuan untuk menghapuskan sifat 'permusuhan' antara
kedua-dua

sektor

dengan

menggalakkan

perkongsian

maklumat.

KESIMPULAN
Pembangunan negara bertujuan untuk mencapai kesejahteraan rakyat
supaya semua rakyat tanpa mengira kaum dapat menikmati kehidupan yang
sempurna. Dengan demikian, dasar-dasar pembangunan dibentuk untuk
mewujudkan

satu

masyarakat

yang

bersatu

padu.

Usaha-usaha

pembangunan ekonomi adalah bertujuan untuk mengurangkan lagi jurang


perbezaan antara kaum, wilayah dan negeri agar integrasi nasional dapat
dicapai.

Anda mungkin juga menyukai