Anda di halaman 1dari 21

Pengenalan

NCD adalah singkatan kepada Non- Communicable Disease atau diterjemahkan ke


dalam bahasa, bermaksud penyakit tidak berjangkit. Penyakit tidak berjangkit ini adalah
penyakit yang tidak menyebabkan jangkitan kepada orang lain atau kata lain penyakit ini
tidak akan menjangkiti orang lain. Contohnya, obesiti, diabetes, darah tinggi, sakit jantung,
kanser dan lain lain lagi. Permasalahan Penyakit Tidak Berjangkit ini mengancam kita dan
dunia pada hari ini adalah amat serius dan membimbangkan. Hal yang demikian, ini kerana
kebanyakkan dari kita lebih bimbang penyakit penyakit yang berjangkit seperti AIDS,
demam denggi, selsema burung dan lain lain sedangkan penyakit NCD menyumbang
utamanya kematian di negara kita.

Di Malaysia, penyakit tidak berjangkit merupakan antara 10 penyebab utama yang


menyumbangkan kepada beban penyakit negara. Laporan KKM juga menunjukkan
peningkatan tren penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, hipertensi dan penyakit
kardiovaskular .

Kebanyakan penyakit tidak berjangkit mempunyai faktor risiko yang sama seperti
peningkatan darah tinggi, peningkatan paras gula darah, kegemukan, paras lemak darah
yang tinggi, tabiat merokok, pemakanan yang tidak sihat dan cara hidup yang tidak aktif.
Peningkatan faktor risiko ini boleh menyumbang ke arah peningkatan penyakit tidak
berjangkit.

Penyebab penyakit NCD ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor risiko gaya hidup
iaitu pemakanan tidak sihat, merokok, tidak aktif secara fizikal dan stres yang di manifestasi
melalui faktor risiko biologi seperti lebih berat badan dan obesiti, hipertensi, pre Diabetes
dan paras lemak darah yang tinggi. Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan cara
hidup tidak cergas dan tidak aktif telah menyumbang kepada 1.9 juta kematian di dunia
setiap tahun dan didapati sebanyak 60% penduduk dunia tidak aktif secara fizikal.

Di Malaysia, kajian faktor risiko NCD menganggarkan terdapat kira-kira 11.6 juta orang
dewasa mempunyai sekurang-kurang satu faktor risiko penyakit yang boleh diubah yang
antaranya adalah diet tidak sihat (kadar prevalen 72.8%), tidak aktif secara fizikal (kadar
prevalen 60.1%), merokok (kadar prevalen 25.5%), obsiti (kadar prevalen 16.3%), hipertensi
(kadar

prevalen

25.7%),

gula

darah

abnormal

(kadar

prevalen

11.0%)

dan

hiperkolesterolemia (kadar prevalen 53.5%). Kajian Adequacy audit ke atas pengurusan


Diabetes dan Hipertensi di fasilti kesihatan pada tahun 2005 pula menunjukkan kualiti
rawatan masih tidak memuaskan contohnya peratus pesakit diabetes terkawal hanya 10%
dan peratus pesakit hipertensi terkawal hanya 28% sahaja.

Bagi memastikan masalah serius berkaitan penyakit tidak berjangkit ini dapat ditangani
dengan berkesan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengujudkan satu cawangan khas
- Bahagian Pencegahan dan Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) dan satu Unit
Pencegahan dan Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) yang serupa diujudkan di
Jabatan Kesihatan Negeri. Fungsi utama bahagian dan unit ini ialah bagi merangka polisi,
strategi polisi, strategi serta memantau pelaksanaan program-program pencegahan dan
kawalan penyakit tidak berjangkit dapat diuruskan secara optima di setiap peringkat.

Oleh itu, adalah diharapkan agar implementasi Perkhidmatan Intervensi Faktor Risiko
NCD dapat mengekang dan mengurangkan prevalen faktor risiko NCD dan seterusnya
dapat menurunkan beban penyakit NCD.

PENYAKIT
Obesiti

PUNCA
Genetik
Kegemukan boleh

SIMPTOM
Mempunyai
berat badan

diturunkan dari

sekurang-

generasi

45 kilogram

kepada generasi

melebihi

berikutnya di

berat badan

dalam sesebuah

normal dan individu yang

obesiti

iaitu hipotalumus.
Pola makanan
Orang yang gemuk
cenderung makan
apabila ia merasa

waktu malam
Kurang bersukan.
Pengaruh

emosional.
Faktor

bersenam.
Menjalani
pemeriksaan
kesihataan

atau 35
Letih lesu
bermaya
Perubahan
pada nada
dan kotak

bukan makan pada

dan kurang

ingin makan,
ketika ia lapar.
Makan pada

sukan atau

melebihi 40

bahagian otak

perbezaan individu yang

sepatutnya
Indeks Jisim

yang seimbang
Melakukan aktiviti

Badan (BMI)

salah satu
Rajah 2.1 menunjukkan

kurangnya

sebelumnya

keluarga.
Kerosakkan pada

CARA MENGATASI
Makan makanan

suara
Hormon
wanita
menjadi

rendah.
Kerap
kencing dan
pembuangan

persekitaran

najis tidak

lancar.
Bau badan

yang kuat
Masalah
gatal gatal
kulit.

Penyakit Obesiti

Obesiti atau kata lain kegemukan merupakan pengumpulan lemak yang berlebihan di
dalam badan seseorang. Penyakit obesiti menjadi suatu masalah yang besar pada rakyat
zaman sekarang. Oleh hal ini kerana, penyakit obesiti boleh menggangu dan mencederakan
organ organ badan seperti jantung dan seterusnya menyebabkan masalah kesihatan yang
serius. Seseorang yang obesiti juga akan dihadkan kegiatan fizikal dan sosialnya dari
berinteraksi dengan orang ramai, ini kerana individu tersebut malu untuk berhadapan
dengan orang ramai kerana keadaan saiz badannya. Selain itu, penghidap obesiti berisiko
untuk mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi, diabetes, strok, serangan
jantung, Arthritis iaitu sakit sendi dan Vena Varikos, urat berpintal. Lebih buruk lagi, jangka
hayat bagi orang obesiti adalah pendek.

Seseorang yang obesiti mempunyai berat badan sekurang kurangnya dua kali lebih
berat berbanding ukuran ideal (lihat lampiran A). Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau
35 (lihat lampiran B). Kebiasaannya, individu ini gagal untuk mengekalkan berat badan yang
sihat dalam jangka masa panjang walaupun, telah mengikuti diet yang disarankan oleh
pakar pakar pemakanan. Manusia dilahirkan dengan saiz, berat badan dan ketinggian
yang berbeza. Oleh itu, berat badan yang sepatutnya adalah kategori sederhana, iaitu tidak
gemuk dan tidak pula kurus.

Antara punca punca atau faktor seseorang itu menghidap penyakit obesiti adalah
faktor genetik. Kita sering lihat dan bertemu dengan ibu bapa yang gemuk begitu juga
dengan anak anaknya. Hal ini kerana, kegemukkan boleh diwarisi atau diturunkan dari
generasi sebelumnya ke generasi seterusnya. Kemungkinan ketika ibu yang obesiti sedang
hamil, unsur sel lemak yang berjumlah besar dan melebihi ukuran normal, secara automatik
akan diturunkan kepada bayi sewaktu dalam kandungan. Maka, tidak hairanlah jika kita lihat
anak anak mempunyai saiz badan yang besar sama dengan ibu bapanya.

Punca yang seterusnya, kerosakan pada salah satu bahagian otak bagi seseorang
yang obesiti adalah besar. Sistem pengawal yang mengawal makanan yang mengatur
perilaku makan terletak pada suatu bahagian otak yang disebut hipotalamus, sebuah
kumpulan inti sel dalam otak yang berhubungan dengan bahagian-bahagian lain daripada
4

otak dan kelenjar di bawah otak. Hipotalamus mengandungi lebih banyak pembuluh darah
dari bahagian lain di dalam otak, sehingga lebih mudah dipengaruhi oleh unsur kimia
daripada darah. Dua bahagian hipotalamus yang mempengaruhi penyerapan makanan,
iaitu hipotalamus lateral (HL) yang menggerakkan nafsu makan (pusat makan),
hipotalamus ventromedial (HVM) yang bertugas mengekang nafsu makan (pusat kenyang).
Daripada hasil kajian, didapati bahawa apabila hipotalamus ventromedial rosak atau
hancur, maka individu menolak untuk makan atau minum, dan akan mati kecuali apabila
dipaksa diberi makan dan minum (diberi infus). Sedangkan bila kerosakan terjadi pada
bahagian hipotalamus ventromedial, maka seseorang akan menjadi gelojoh dan
kegemukan.

Pola makanan yang tidak stabil juga merupakan punca utama obesiti. Orang yang
gemuk cenderung makan apabila ia merasa ingin makan, bukan makan pada ketika ia lapar.
Oleh hal yang demikian, inilah yang menyebabkan mereka sukar untuk keluar daripada
perangkap kegemukan jika individu terbabit tidak memiliki kawalan diri dan motivasi yang
kuat untuk mengurangkan berat badan. Selain itu, individu yang jarang-jarang bersukan
ataupun tidak pernah langsung melakukan senaman ringan, kalori mereka tidak akan
terbakar, maka secara tidak langsung ia akan mempengaruhi sistem metabolisme kita.
Kebiasaannya, orang yang duduk bekerja di pejabat akan mengalami penurunan
metabolisme tubuhnya. Ini adalah kerana mereka kurang bergerak dari satu tempat ke
tempat yang lain. Kekurangan aktiviti gerak ini akan menyebabkan suatu siklus yang hebat,
penyakit obesiti ini membuatkan aktiviti sukan menjadi sangat sukar dan kurang dapat
dinikmati.

Bagi mengatasi masalah penyakit obesiti ini, individu tersebut mahupun orang ramai
perlulah makan makanan yang seimbang. Kita haruslah mengambil kira keperluan
karbohidrat, lemak dan zat-zat pemakanan yang sesuai dengan peringkat umur. Oleh yang
demikian, kita haruslah menjadikan piramid makanan sebagai panduan dalam pemilihan
menu atau jenis makanan agar hidup lebih sihat. Selain itu, kita juga mestilah makan
mengikut waktu secara teratur terutamanya tiga waktu makan yang utama iaitu sarapan
pagi, makan tengah hari dan makan malam. Tambahan pula, Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) turut menguar-uarkan slogan makan secara sihat, sihat sepanjang hayat
bagi memastikan rakyat mengamalkan pemakanan yang sihat. Hal ini kerana, kita bukan
sahaja sihat malah kehidupan lebih bahagia dan terjamin tanpa penyakit berbahaya
sekiranya kita bijak dalam memilih makanan yang sihat dan seimbang setiap hari.
5

Langkah yang seterusnya adalah dengan melakukan senaman secara teratur. Kita
perlulah mendisiplinkan diri dan melakukan senaman sekurang-kurangnya selama dua
puluh minit dalam tiga kali seminggu. Aktiviti senaman ini haruslah dijadikan rutin dalam
kehidupan kita. Kita tidak seharusnya menjadikan kesibukan bekerja sebagai alasan untuk
tidak bersenam. Tambahan pula, kini banyak alatan senaman yang mampu dimiliki dan
dapat digunakan di rumah. Dengan itu, kita tetap berpeluang untuk bersenam dan kekal
hidup sihat. Jadi, jelaslah bahawa melalui senaman yang teratur akan dapat membantu kita
mengekalkan

berat

badan

yang

sihat

sekali

gus

mencegah

daripada

masalah

kegemukan,malahan kita seperti menyelam sambil minum air kerana dengan bersenam
bukan sahaja badan kita sihat tetapi otak juga lebih cerdas.

Seseorang itu juga harus menjalani pemeriksaan doktor yang kerap. Pemeriksaan
doktor setahun sekali memang digalakkan tetapi pemeriksaan ini boleh ditingkatkan jika
seseorang itu mempunyai sejarah keluarga yang berisiko tinggi. Tindakan ini menyebabkan
sesuatu penyakit dapat dikesan lebih awal dan menerima rawatan yang sewajarnya.
Malahan, kecepatan mengesan penyakit akan dapat menghalang seseorang itu menderita
dengan

lebih

teruk.

Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tindakan yang sepatutnya


dilakukan oleh semua orang. Penjagaan kesihatan zaman ini juga dianggap menelan
belanja yang banyak kerana kesihatan telah dijadikan sebagai satu kegiatan ekonomi.
Seseorang itu perlulah bijak dalam menangani isu ini supaya tidak tertipu kerana tidak ada
harta yang mampu membeli kesihatan yang baik. Harta yang penting dalam diri manusia
ialah kesihatannya bukannya wang ringgit kerana kita boleh hidup tanpa wang tetapi tanpa
kesihatan, nyawa kita akan melayang.

PENYAKIT

PUNCA

Diabetes

Gambar rajah 1.2 penyakit


diabetes menyerang di kaki dan

besar dan teruk.

Paras gula

berlebihan.
Individu yang

tinggi
Dahaga

yang sihat.
Amalkan

menghidapi obesiti

berlebihan

pemakanan

berisiko tinggi

dan kerap

yang seimbang

menghidap diabetes
Corak pemakanan

kencing

dan sihat serta


Mengikut

tinggi gula, mudah

tiba tiba
Sentiasa rasa

lapar
Luka lambat

sembuh
Keletihan dan

cepat marah
Terdedah

menghidap penyakit
diabetes.
Kurang bersenam.
Individu yang kurang
bersenam akan
memudahkan

penambahan berat

kepada

badan dan semakin

jangkitan

besar risiko mendapat

kulat
Penglihatan

kabur
Sensasi pada

diabetes
Keturunan.
Jika ibu bapa ataupun
datuk dan nenek

tangan dan

menghidap penyakit,

kaki.
Kulit

kemungkinan anda

menghidap diabetes
Umur dan jantina.
Diabetes lebih banyak

malam
Hilang berat
badan secara

dan minuman yang

CARA MENGATASI

Berat badan

tidak terkawal.
Mengambil makanan

menyerebak sehingga menjadi

SIMPTOM

merengsa

Pemakanan

keperluan

umur.
Tidur dan rehat
secukupnya.
Bersenam.
Bersenam tiga
kali seminggu
dalam masa 20

minit.
Penjagaan
kesihatan.
Kerap
melakukan
pemeriksaan

doktor.
Supplement
Ambil
supplement
sebagai
makanan
tambahan.

dihadapi oleh lelaki


berbanding
perempuan, umur
juga selalunya
dipertengahan usia.

Penyakit Diabetes
7

Diabetes berasal dari bahasa Latin. Diabetes atau nama penuhnya diabetes
mellitus lebih dikenali dengan penyakit kencing manis di kalangan masyarakat negara kita.
Diabetes adalah suatu penyakit yang tidak boleh disembuh tetapi boleh dirawat ataupun
dikawal dari terus merebak. Diabetes mellitus ataupun kencing manis boleh terjadi kepada
sesiapa sahaja.

Risiko mendapat diabetes adalah tinggi dalam kalangan orang yang gemuk ataupun
lebih dikenali obesiti. Jika mempunyai berat badan yang berlebihan dan sukar untuk
mengawalnya, ia mudah untuk diserang oleh diabetes. Pengambilan makanan yang tidak
seimbang, iaitu mengambil makanan yang berlemak, bergula dan mengandungi karbohidrat
yang berlebihan, berbanding mengambil makanan yang berserat seperti sayur sayuran
dan buah buahan, akan mengakibatkan paras gula meningkat secara mendadak dalam
darah dan glukosa gagal diproses oleh pankreas. Pengguna kini gemar memakan makanan
yang berlemak seperti, burger, majerin, keju dan lain lain lagi. Kekurangan zat makanan di
peringkat awal umur dan kelahiran tidak cukup berat juga menyebabkan terjadinya penyakit
ini.

Selain itu, punca seseorang itu mendapat diabetes adalah kerana penghidap itu
kurang bersenam ataupun mengabaikan aktiviti bersenam. Zaman yang serba moden ini,
kita tahu ramai yang sibuk dengan urusan pekerjaan sehingga tidak mempunyai masa untuk
menjaga kesihatan. Apabila mereka merasakan diri mereka terlalu sibuk maka, mereka
malas untuk bersenam dan menganggap ia tidak penting berbanding mengejar kehidupan
yang mewah. Keadaan ini menyebabkan tenaga dalam badan tidak terbakar dan
menyebabkan kadar glukosa meningkat dalam darah, akhirnya menyebabkan terjadinya
penyakit diabetes.

Keturunan juga boleh menjadi punca seseorang itu menghidap diabetes. Jika ibu
bapa anda menghidap penyakit ini, anda haruslah lebih menjaga kesihatan anda supaya
mudah dijangkiti penyakit ini. Seterusnya, lelaki mudah menghidap diabetes berbanding
wanita. Hal ini demikian kerana, wanita lebih cekap menjaga kesihatan berbanding lelaki.

Umur juga mempengaruhi iaitu pertengahan usia. Bukti menunjukkan,terjadinya lebih 90%
maut sebelum usia 60 tahun.
Tanda-tanda awal penyakit ini yang berlaku kepada penghidap adalah penghidap
kerap kencing daripada biasa, penghidap sentiasa dahaga dan lapar, luka yang lambat
sembuh dan juga kerap mengalami jangkitan dan kegatalan di bahagian kemaluan. Selain
itu, seseorang yang cepat letih atau penat mungkin menghidap penyakit ini. Penyakit seperti
hiperglisemia iaitu sejenis penyakit yang terjadi apabila paras glukos dalam darah
seseorang lebih tinggi daripada paras biasa atau lebih rendah daripada paras biasa berlaku
kepada penghidap diabetes. Penyakit diabetes mengalami masalah pengeluaran insulin
yang tidak mencukupi dari pankreas bagi membantu glukos dalam darah memasuki sel-sel
badan yang kemudiannya ditukar menjadi tenaga. Akibatnya glukosa terkumpul di dalam
darah menyebabkan peningkatan paras glukos di dalam darah. sel-sel badan pesakit
kencing manis tidak mendapat tenaga secukupnya daripada glukos darah.

Langkah yang ideal bagi mengawal penyakit diabetes adalah dengan mengawal
pemakanan. Penghidap diabetes perlu makan makanan seimbang yang terdiri daripada
karbohidrat, protein, vitamin, dan lemak. Penghidap diabetes hendaklah mengurangkan
makanan yang berlemak dan makanan bergoreng. Makanan yang direbus lebih
menyihatkan. Penghidap wajar mematuhi jadual pemakanan agar berat badan dapat
dikawal pada paras yang dinasihatkan. Penghidap diabetes juga perlu mengelakkan
mengambil makanan selepas makan atau di antara jadual makan yang ditetapkan.

Selain itu, penghidap diabetes juga perlu tidur dan berehat dengan secukupnya. Hal
ini adalah untuk menjaga kesihatan kita dari terus mengeluarkan tenaga. Penghidap jjuga
wajar dan perlu melakukan senaman atau aktiviti fizikal. Senaman penting bagi
meningkatkan taraf kesihatan kerana senaman membantu mengurangkan paras glukosa
dalam darah, meningkatkan peredaran darah, mengawal berat badan, menguatkan jantung,
mengatasi tekanan perasaan. Senaman yang berkesan adalah senaman yang dilakukan
selama 20 hingga 30 minit setiap kali, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Amalan
senaman ini sepatutnya berterusan hingga akhir hayat.

Seterusnya, rawatan kesihatan kesihatan juga penting dalam pengamalan gaya


hidup sihat terutama kepada penghidap diabetes. Rawatan kesihatan perlu dilakukan secara
berkala iaitu tiga kali sebulan. Hal ini bertujuan untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa
9

sihat. Perkara ini tidak seharusnya dipandang rendah. Baik yang muda mahupun tua perlu
bersama sama menjaga kesihatan. Bagi penghidap diabetes, mereka perlu mengambil
suntikan insulin bagi merawat penyakit diabetes itu dari terus merebak.

Kesimpulannya, jika paras glukosa tidak dikawal dengan baik maka, akan
mengakibatkan penyakit diabetes itu menjadi lebih serius sehingga boleh membawa maut.
Bak kata pepatah mencegah lebih baik dari mengubati. Oleh hal yang demikian, marilah kita
bersama sama mencegah dari dijangkiti penyakit diabetes.

10

PENYAKIT
Darah Tinggi

PUNCA
Penyempitan arteri

Isi padu darah


yang

lebih

normal
Denyutan

SIMPTOM
Darah yang pekat
dan gelap.

dari

kepekatan darah
meningkat dan

jantung

kuat

sel darah merah

dari

berat badan
Bersenam
Kurangkan
pengambilan

menyebabkan sel-

yang pantas atau


lebih

CARA MENGATASI
Kurangkan

garam
Jangan

merokok
Amalkan diet
Membuat

melekat bersama

sepatutnya.
Cara hidup tidak

dan lekit yang

aktif
Umur melebihi 35

menghalang

pemeriksaan

pengaliran darah

dengan doktor.

tahun
Merokok
Kegemukan
Paras
kolesterol

tinggi
Sejarah keluarga
Pengambilan
alkohol

dan menjadi gelap

yang lancar
Kerap rasa letih
dan mengantuk.
Darah yang
tmenjadi pekat dan
mengalir dengan

yang

berlebihan
Pengambilan

perlahan tidak

garam yang tinggi

oksigen dan

boleh mengangkut
nutrien ke seluruh
badan dengan

efektif
Lemah tenaga
batin atau mati

pucuk.
Kerap sakit
kepala atau

migrain
Penglihatan
menjadi semakin
kabur

11

Penyakit Darah Tinggi

Darah tinggi atau Hipertensi merujuk kepada tahap tekanan darah yang meningkat
lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik. Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan
terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung.
Tekanan Darah Tinggi sudah menjadi satu masalah kesihatan berleluasa yang sedang
mengancam ramai orang. Hampir setiap orang mempunyai sekurang-kurangnya seorang
ahli keluarga, saudara atau kawan rapat yang telah menghidap masalah tekanan darah
tinggi.

Pesakit yang mempunyai sekurang kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang
melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.
Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut
keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa
semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan
darah anda yang sebenar. Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti
berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri
akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan
tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik.
Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan
dalam keadaan duduk atau baring.

Punca tekanan darah tinggi adalah disebabkan daripada arteri atau saluran darah yang
semakin mengeras akibat daripada pembentukan plak-plak kolesterol di dalam dinding
saluran darah. Untuk proses pembentukan plak kolesterol berlaku. Pembentukan plak-plak
tersebut adalah berpunca daripada proses pengoksidaan kolesterol yang meresap masuk
ke dalam dinding saluran darah.

Penyebab lain tekanan darah tinggi adalah penyempitan arteri, isi padu darah yang
lebih dari normal, atau denyutan jantung yang pantas atau lebih kuat dari sepatutnya.
Sebarang keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan tekanan terhadap dinding arteri.
Tekanan darah tinggi mungkin juga disebabkan oleh masalah-masalah perubatan lain.
Selain itu, cara kehidupan seseorang itu mempengaruhi kesihatannya juga. Jika
12

mengamalkan pemakanan yang tidak sihat dan tidak seimbang seperti melebihkan
kandungan garam dan kolestrol yang tinggi dalam makanan akan menyebabkan seseorang
itu berisiko untuk mendapat darah tinggi. Bagi individu yang tidak sayang akan kesihatannya
seperti merokok dan pengambilan alkohol merupakan penyebab penyakit darah tinggi.

Selain itu, kemungkinan penghidap menghidap penyakit darah tinggi disebabkan faktor
keturunan iaitu sejarah keluarga. Kebiasaan sering kita dengar, seseorang yang memiliki ibu
bapa atau ahli keluarga yang memiliki tekanan darah tinggi, maka kemungkinan ia akan
berisiko untuk mendapat penyakit darah tinggi. Statistik juga menunjukkan bahawa masalah
ktekanan darah tinggi lebih tinggi pada kembar seiras berbanding sebaliknya. Hal ini kerana,
sebuah penelitian menunjukan gen yang diturunkan menyumbang masalah tekanan darah
tinggi.

Faktor usia juga tidak boleh dielakkan. Penelitian menunjukkan semakin usia
seseorang itu bertambah, tekanan darah pun akan meningkat. Faktor ini sama dengan
faktor kurang bersenam. Kurangnya bersenam dan bergerak akan menyebabkan tekanan
darah dalam tubuh meningkat. Bersenam atau melakukan aktiviti fizikal mampu menurunkan
tekanan darah tinggi tetapi tidak digalakkan melakukan aktiviti yang berat. Bak kata pepatah
ukur badan di badan sendiri, ini bermaksud melakukan aktiviti mengikut kemampuan diri.

Terdapat beberapa langkah untuk mengatasi penyakit tekanan darah tinggi. Antaranya,
mengamalkan gaya hidup sihat iaitu ketahui keperluan kalori seharian anda. Ini boleh
mengawal jumlah makanan, secara tidak langsung dapat mengurangkan berat badan.
Makan 5 7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil. Melebihkan makan makanan
yang berserat atau dalam bahasa Inggeris fiber seperti, sayur sayuran yang segar, grains
dan nasi perang. Kebiasaannya, masalah kolestrol tinggi turut serta dalam masalah tekanan
darah tinggi. Oleh itu, kita seharusnya mengawal tahap kolestrol dan elakkan makan
makanan yang berkolestrol tinggi seperti makanan laut, organ organ seperti paru paru,
hati dan kurangkan makan makanan yang berlemak haiwan.

Dalam pemakanan, kita seharusnya mengurangkan pengambilan garam kepada


kurang 2.3 gram sehari. Garam umpama pasir yang serap air dan meningkatkan tekanan
darah. Bagaimana untuk mengurangkan pengambilan garam adalah dengan mengurangkan
13

kicap, telur masin, ikan masin, dan jangan menambahkan garam pada makanan yang sudah
dihidang. Hal ini kerana, satu sudu kecil yang kita masukkan dalam makanan mengandungi
2.3 gram.

Selain itu, jangan merokok. Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah
sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan
darah pun lebih tinggi sepanjang masa. Seterusnya, kurangkan stres kerja, duit, kesesakan
jalan dan macam-macam lagi tingkatkan tekanan darah buat sementara waktu. Kalau anda
mempunyai kronik stres, sudah tentu ia memudaratkan kesihatan anda dan boleh akibat
serangan jantung, strok dan macam-macam lagi. Seimbangkan kehidupan anda dan cuba
elak dari stres yang berpanjangan.

Secara konklusinya, penyakit tekanan darah tinggi ini tidak boleh kita pandang enteng.
Jika seseorang itu penghidap penyakit darah tinggi perlulah kerap kali membawa penghidap
tersebut berjumpa dengan doktor. Melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap
untuk memantau kesihatan anda. Walaupun, anda tidak menghidap tekanan darah tinggi
perlulah berjumpa dengan doktor sekurang kurangnya setahun sekali. Hal ini adalah untuk
langkah langkah pencegahan.

14

PENYAKIT

PUNCA

Pneumonia

Kegagalan buah

pinggang.
Kerosakkan hati

berpanjangan.
Kahak berwarna
coklat atau

yang kronik.
Pemberian cecair
atau darah yang

berkarat.

banyak dan terlalu

Kadangkala

cepat secara

penghidap

introvena.
Penyakit tiroid

alami batuk

yang terlalu aktif.


Penyakit jantung

koronari.
Penyakit injap
jantung mitral yang

Rajah 1.2 menunjukkan

perbandingan alveoli bagi


orang yang sihat dengan

penghidap paru paru berair

sempit.
Penyakit injap
aorta yang bocor.
Masalah jantung

Batuk

CARA MENGATASI

pemeriksaan
sinar-x dada,
ujian darah dan

berwarna

berdarah.
Selsema
Demam panas

iaitu 39 celcius
Sakit dada.
Sukar bernafas
Berair mata.
Deringan di
telinga.

Melakukan

pemeriksaan
tuberkulosis
untuk mengetahui
jumlah sel darah,
fungsi buah
pinggang dan hati
serta ujian kahak
bagi mengenal

pasti kuman.
Mendapatkan
suntikan vaksin
influenza dan
pneumokokal.
Vaksin influenza

berlubang yang

bertujuan untuk

berpanjangan.
Penyakit radang

mencegah

dinding jantung

SIMPTOM

(kardiomyopati).
Kekurangan darah
merah yang teruk.

pneumonia yang
disebabkan
influenza,
manakala vaksin
pneumokokal
Adalah untuk
memberi
perlindungan
daripada jangkitan
bakteria
streptococcus
pneumoniae.

Penyakit Pnuemonia

15

Penyakit Pnuemonia dikenali dalam bahasa melayu ialah penyakit paru paru
berair. Paru paru berair ini merujuk kepada semua jenis keadaan di mana air atau bendalir
berkumpul dalam paru paru. Jenis bendalir tersebut adalah berdasarkan punca penyakit
paru paru berair. Jika alveoli di paru paru dipenuhi dengan darah ia dikenali sebagai
Hemothorax manakala, alveoli yang dipenuhi dengan nanah dikenali sebagai Pyothorax.
Darah mengalir ke paru-paru dari jantung kanan untuk mengambil oksigen dan
mengembalikan karbon dioksida sebelum kembali ke jantung kiri dan seterusnya ke tisu
badan. Bila darah yang mengalir ke paru-paru berlebihan dan tekanan darah dalam saluran
darah yang mengalir keluar dari paru-paru ke jantung kiri meningkat, darah akan bertakung
dalam paru-paru. Apabila ia berlaku, kita akan lemas dengan darah kita sendiri.

Tanda tanda paru berair bergantung kepada kadar takungan dan jumlah darah
yang bertakung. Bila ia berlaku dalam masa yang singkat, pesakit akan sesak nafas yang
ketara, batuk teruk dan nafas berbunyi seperti mereka yang diserang lelah. Kahak yang
keluar pula mungkin berdarah. Bibir pula akan kebiruan, selain jari jemari yang berpeluh
teruk. Pesakit juga sukar untuk baring.

Tetapi, jika takungan berlaku dalam jangka waktu yang panjang, pesakit mudah
sesak nafas semasa berjalan, naik tangga atau mendaki bukit malah bersenam ringan. Bila
isi padu darah yang bertakung meningkat, pesakit mengadu tidak boleh baring mendatar,
memerlukan lebih daripada satu bantal untuk kepala dan sering terbangun pada waktu
malam kerana tersedak dan terbatuk-batuk. Selain itu, boleh juga berlaku bengkak atau
sembab kaki, takungan air dalam perut (ascitis) dan bengkak hati.

Selain dari batuk, pesakit juga mengalami beberapa simptom lain iaitu, selsema,
demam dan kesejukkan. Pesakit kemungkinan juga akan menghidap sakit kepala. Jika
demam sampai 102 darjah, pesakit dinasihatkan segera berjumpa dengan doktor dan
menerima rawatan. Seterusnya, tanda biasa kepada pesakit yang menghidap penyakit paru
paru berair ini adalah mata berair. Individu yang biasanya mempunyai paksaan yang kuat
untuk lap mata mereka, mengakibatkan mata berwarna merah, bengkak.

16

Terdapat beberapa cara untuk mengatasi penyakit paru paru berair ini dari terus
menjadi lebih teruk. Antaranya, pesakit perlu melakukan beberapa ujian iaitu pemeriksaan
sinar-x dada, ujian darah dan membuat pemeriksaan tuberkulosis (tibi). Oleh hal yang
demikian ini adalah untuk mengetahui jumlah sel darah, fungsi buah pinggang dan hati
dapat berfungsi dengan baik atau tidak. Ujian ujian ini juga, doktor boleh menentukan jenis
antibiotik yang boleh diberi kepada pesakit, ini kerana jenis antibiotik bergantung kepada
kuman yang menyebabkan paru paru berair. Jenis jenis antibiotik yang diberi ialah
penisilin, macrolides dan fluroquinolones. Antibiotik ini boleh diberi dengan suntikan ataupun
pil. Antara yang layak menerima antibiotic ini ialah pesakit berumur lebih dari 50 tahun atau
kanak kanak. Pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti penyakit sakit jantung
kongestif.

Seterusnya, pesakit boleh mendapatkan perlindungan daripada vaksin iaitu vaksin


influenza dan vaksin pneumokokal. Vaksin influenza diberi setiap tahun adalah untuk
mencegah paru paru berair yang disebabkan influenza. Vaksin ini diberi kepada pesakit
berumur lebih 65 tahun malah, diberi juga kepada warga emas yang menetap di rumah
orang tua. Seterusnya, pesakit yang menghidap penyakit kronik termasuk sekatan
pulmonari kronik dan juga pesakit jantung, terutama yang mengalami kegagalan jantung
kongestif. Manakala, suntikan pneumokokal memberi perlindungan daripada jangkitan
bakteria streptococcus pneumoniae. Bagi kebanyakan orang, vaksin ini hanya perlu diambil
sekali seumur.

Kesimpulannya, Pneumonia adalah jangkitan serius dan perlu diberi perhatian


segera. Kadar kematian akibat pneumonia di negara kita tinggi iaitu kira-kira 30% yang
membabitkan semua peringkat umur. Justeru, apabila anda demam panas dan batuk teruk
yang tidak berkurang selepas tiga atau empat hari mengambil ubat, segera jalani
pemeriksaan lanjut, terutama bagi pesakit tua dan kanak-kanak. Perkara paling penting
ialah mematuhi jadual pengambilan antibiotik yang mesti dihabiskan semuanya. Walaupun
pneumonia boleh dicegah dan dirawat, ia jangkitan serius yang boleh membawa maut.

17

PENYAKIT

PUNCA
Alahan pada

Asthma

objek di udara,
seperti debunga,
mold iaitu sejenis
parasite, lipas,

SIMPTOM
Sesak nafas
Nafas

berbunyi.
Batuk yang

berterusan.
Bibir

hama dan habuk

kebiruan

habuk.
Jangkitan

disebabkan

pernafasan

seperti selsema.
Pencemaran

CARA MENGATASI
Menjaga cara
pemakanan yang

seimbang.
Bawa ubat anda ke
mana-mana anda
pergi terutama

penyedut/inhaler.
Ambil ubat

kekurang

sebelum anda

oksigen.
Sakit dada.
Sukar

jangka akan ke

bernafas.

mungkin akan

tempat yang

Rajah 1.3 menunjukkan

udara seperti

perbandingan antara tuib

asap rokok,

menimbulkan

brochul yang normal dengan

kenderaan,

tuib brochul

pembinaan

serangan asma
Ambil ubat yang

dicadangkan

rumah.
Cuaca sejuk
yang melampau
Ubat ubatan
Alahan kepada

berhenti hingga

makanan seperti

doktor dan jangan


dinasihat oleh

kekacang dan

menghisap rokok

makanan laut.
Alahan kepada

atau berada
berdekatan orang

bau bauan

yang menghisap

seperti minyak
wangi yang

doktor
Elakkan

terlalu kuat.
Alahan kepada
bulu haiwan
peliharaan

rokok.
Senaman baik
untuk kesihatan
(ketika anda tidak
mendapat
serangan asma)
tetapi dapatkan
nasihat doktor
terlebih dahulu.

18

Penyakit Asma

Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi iaitu satu sistem
pertahanan badan yang terdiri dari dua bahagian iaitu primer dan sekunder. Sistem
Pertahanan Badan Primer adalah kulit, mukosa dan silia. Manakala, sekunder adalah
melalui fagositosis. Penyakit Asma menyebabkan kesukaran untuk bernafas. Hal ini adalah
kerana, ketika pesakit diserang asma, keradangan pada selaput dinding laluan udara
menyebabkan bronkiol di dalam paru paru sempit. Apabila ini terjadi, paru paru akan
berkurangan udara. Akhirnya, pesakit akan sesak nafas, pengsan dan lebih teruk membawa
maut.

Tanda-tanda awal penyakit asma adalah perubahan yang berlaku sebelum atau pada
awal-awal serangan asma. Tanda-tanda ini boleh bermula sebelum tanda-tanda asma yang
biasanya terjadi dan ianya adalah tanda-tanda awal bahawa asma anda akan menjadi lebih
teruk. Secara umum, tanda-tanda ini belum mencukupi untuk menghentikan anda daripada
melakukan aktiviti harian anda. Tetapi dengan mengenal pasti tanda-tanda ini, anda boleh
menghentikan serangan asthma atau menghalang seseorang yang menghidapinya daripada
menjadi lebih teruk.

Punca utama pesakit diserang asma adalah alahan dari objek di udara, seperti
debunga, mold iaitu sejenis parasite, lipas, hama dan habuk habuk. Pencemaran udara
seperti asap kenderaan juga penyebab utama seseorang itu menghidap asma. Hal ini
berlaku kerana jerebu menyebabkan badan menjadi lemah dan imunisasi semakin rendah.
Oleh itu bilangan golongan tua dan kanak-kanak yang jatuh sakit berkaitan dengan sistem
pernafasan telah meningkat mendadak akibat jerebu dan terpaksa menerima rawatan di
hospital atau di klinik.

Senaman yang bertenaga seperti berlumba lari, bola sepak dan seumpama dengannya
merupakan pencetus penyakit asma sehingga membuatkan seseorang itu termengah
mengah. Selain itu, udara sejuk dari kawasan pergunungan dan pendingin udara juga
merupakan perangsang pada sesetengah pesakit. Asma boleh dihidapi oleh semua
peringkat umur namun ia sering bermula semasa zaman kanak-kanak. Anggarkan 4.5
19

peratus daripada golongan dewasa adalah penghidap asma manakala kanak-kanak adalah
golongan dominan pesakit ini iaitu sebanyak 7.1 peratus di Malaysia.

Cara untuk mengatasi penyakit asma ini, terdapat banyak ubat untuk mengubati asma
dan kebanyakkanya adalah secara sedutan. Ubat sedutan adalah cara yang sangat
berkesan kerana ubat yang diberi secara sedutan hanya memerlukan dos yang sangat
rendah dan ia akan masuk terus ke dalam saluran udara dan bertindak dengan cepat tanpa
memberikan kesan sampingan sistemik. Ubat rawatan asma boleh dibahagikan kepada dua
kumpulan iaitu ubat sedutan penahan (reliever) dan ubat sedutan pencegah (preventor).

Ubat penahan biasanya mengandungi ubat yang bertindak bagi mengembangkan


saluran udara ketika pesakit mengalami serangan akut manakala ubat untuk mencegah
(preventor) mengandungi dos steroid yang agak rendah dan berfungsi sebagai anti-inflamasi
bagi mencegah serangan akut asma. Kandungan steroid yang rendah dalam sedutan ini
tidak akan memberi kesan sampingan yang teruk kepada pesakit sekiranya digunakan
mengikut arahan doktor berbanding ubat steroid yang diambil secara oral.

Banyak kajian telah membuktikan bahawa ubat steroid boleh mengurangkan serangan
akut dan juga kematian akibat asma. Ramai orang yang takut menggunakan steroid
disebabkan oleh kesan sampingannya tetapi anggapan ini adalah kurang tepat kerana
hanya dos yang rendah terdapat di dalam ubat sedutan. Apabila pesakit tidak menggunakan
ubat sedutan steroid seperti yang diarahkan, ini akan mengakibatkan kurangnya kawalan
terhadap penyakit asma. Ini berbeza dengan ubat menahan (reliever). Jika pesakit kerap
menggunakan ubat menahan (reliever), terdapat banyak kesan sampingan dan asma juga
tidak dapat dikawal dengan baik. Kajian membuktikan lebih banyak kematian dikesan di
kalangan pesakit sekiranya ubat penahan (reliever) digunakan lebih banyak dari ubat
pencegah

(preventor).

Jika seseorang pesakit asma mengalami serangan asma lebih dari dua kali
seminggu, pesakit perlu menggunakan kedua-dua jenis ubat sedutan tersebut. Yang penting
adalah penggunaan ubat sedutan pencegah (preventor) setiap hari, walaupun jika tiada
tanda-tanda serangan asma dan kekerapan pengambilan ubat mungkin perlu ditingkatkan
bergantung kepada kawalan asma pesakit. Kemajuan sains dan teknologi terkini juga telah
20

membawa kepada kombinasi ubat penahan (reliever) dan pencegah (preventor) dalam satu
alat sedutan. Di samping itu, terdapat beberapa jenis ubat sedutan dan ubatan biji baru yang
sangat berkesan untuk mengawal serangan asma. Selain itu, cara pemberian sedutan
(inhaler device) juga telah dipelbagaikan bagi memudahkan pesakit dari setiap peringkat
umur menggunakannya.

Secara konklusinya, serangan Asma ini perlulah dititk beratkan. Jika seseorang itu
diserang Asma perlulah segera merawatnya dan jika masih berterusan perlulah membawa
pesakit berjumpa dengan doktor untuk rawatan yang lebih lanjut.

21

Anda mungkin juga menyukai