Anda di halaman 1dari 1

Salam sejahtera buat pembaca yang dihormati sekalian.

Sebagai kesinambungan daripada topik sebelumnya iaitu kegemukan dan risiko penyakit yang bakal dihadapi oleh mereka yang berbadan gempal
,artikel kali ini akan memberikan fokus kepada salah satu penyakit yang sering dikaitkan dengan obesiti iaitu diabetes.
Apakah obesiti ?
Sepertimana yang telah saya ulas sebelum ini, obesiti merujuk kepada keadaan di mana seseorang memiliki berat badan yang berlebihan akibat
kandungan lemak yang tinggi. Untuk mengetahui sama ada seseorang tergolong dalam kategori obesiti atau tidak, ia boleh diukur melalui Indeks
Jisim badan (Body Mass Index, BMI)
Umumnya, terdapat perbezaan antara lelaki dan wanita dalam mengklasifikasikan obesiti. Kebiasaannya, lelaki dianggap obes sekiranya berat
badan >25%, manakala bagi wanita bila lebihan lemak badan adalah sebanyak 35%.
Kadar berat badan berlebihan (overweight) dan obesiti di Malaysia adalah tinggi iaitu 44.5%. Ini adalah berdasarkan kepada hasil daripada
kajian terbaru Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional ( National Health Morbidity Survey 2011; NHMS) 2011 oleh
Kementerian Kesihatan. Dalam satu kajian lain menunjukkan bahawa kadar obesiti adalah tinggi di kalangan kaum Melayu dan India berbanding
kaum Cina. Ini mungkin dipengaruhi oleh faktor pemakanan atau gaya hidup.
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada pertambahan berat badan atau obesiti seperti berikut :
a)

Pemakanan Makan secara berlebihan terutamanya makanan yang mengandungi kalori (tenaga) tinggi, minum minuman bergas,

b)
Cara hidup Kurang melakukan senaman atau aktiviti fizikal disebabkan kesibukan bekerja, kurang tidur atau tidur berlebihan, aktiviti
harian dan sebagainya.
c) Masalah genetik dan faktor keturunan
Apakah Diabetes?
Diabetes atau kencing manis ialah sejenis penyakit yang menyebabkan gangguan terhadap fungsi insulin pada si penderita. Insulin adalah hormon
yang diproduksi oleh tubuh yang mempunyai fungsi untuk memasukkan gula dari dalam darah ke dalam sel-sel tubuh untuk digunakan sebagai
sumber energi.
Apabila insulin tersebut tidak berfungsi dengan baik, maka gula tidak dapat masuk ke dalam sel dan gagal beredar dengan baik di dalam darah.
Kegagalan insulin untuk berfungsi dengan baik dapat diketahui melalui simptom peningkatan kadar gula dalam darah.
Simptom-simptom diabetes boleh dikenalpasti sebagaimana berikut :

Kerap membuang air kencing

Sentiasa berasa dahaga

Selera makan meningkat

Letih

Hilang berat badan secara mendadak

Jangkitan kulit yang kerap, misalnya jangkitan kulat pada kawasan kemaluan

Luka yang lambat sembuh

Kadang-kadang penglihatan menjadi kabur


Diabetes telah menjadi satu wabak penyakit yang menimbulkan kebimbangan di seluruh dunia sehingga mendorong Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) dan Persekutuan Diabetes Antarabangsa (IDF) mengisytiharkan 14 November sebagai Hari Diabetes Sedunia. Di Malaysia,
dianggarkan terdapat 4.2 juta atau satu daripada lima orang dewasa di negara ini adalah penghidap diabetes, sebagaimana hasil yang dibentangkan
oleh Kementerian Kesihatan melalui Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional ( National Health Morbidity Survey 2011;
NHMS) pada 2011.
Kaitan obesiti dan diabetes
Individu yang mengalami obesiti berisiko tinggi mengidap diabetes. Ini dibuktikan dalam satu kajian bahawa 90% daripada penderita diabetes
adalah terdiri daripada mereka yang obesiti. Diabetes dikatakan berkadar langsung dengan kenaikan berat badan seseorang. Ini adalah berdasarkan
kajian terkini yang melaporkan bahawa individu obes yang memiliki BMI melebihi 35 mempunyai risiko 80 kali ganda menghidapi Diabetes
Mellitus Tahap II, berbanding individu yang memiliki BMI normal (18-23 kg/m2).
Situasi ini berlaku disebabkan kewujudan lemak tambahan dalam badan yang menjejaskan kepekaan terhadap insulin dan menghalang gula
daripada masuk ke dalam darah sebagaimana dibincangkan di atas. Implikasinya, ia menyebabkan paras gula tinggi di dalam darah (hiperglisemia)
dan bertumpu pada pembuluh darah. Ia akhirnya mencetuskan diabetes dan turut merosakkan saluran darah serta membawa kerosakan kepada
banyak organ dalaman badan yang lain.
Komplikasi diabetes yang berpunca daripada obesiti ini sewajarnya dicegah dan dirawat sedari awal lagi melalui pelbagai cara. Antaranya adaalah
dengan cara menurunkan berat badan , menitikberatkan amalan pemakanan yang sihat, dan melakukan aktiviti fizikal. Tidak dinafikan, bukan
sesuatu yang mudah untuk mengurangkan berat badan dan mengawal diabetes.

Anda mungkin juga menyukai