Anda di halaman 1dari 3

Sejak situasi Pandemik melanda Negara kita, Angka rakyat Malaysia yang cuba bunuh diri

meningkat secara mendadak. Persatuan Psikiatri Malaysia mendedahkan 90 peratus daripada


kes cubaan bunuh diri yang dirujuk kepada pakar di semua hospital dalam negara,
membabitkan belia.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Mobiliti Kebangsaan melaporkan Sebanyak 11
peratus rakyat di negara ini berdepan masalah psikiatri dengan 20 peratus remaja ada masalah
gangguan psikologi dan berisiko mengalami masalah mental. Kajian itu juga menyatakan
mendapati tingkah laku bunuh diri dalam kalangan remaja berusia 13 hingga 17 tahun
menunjukkan peningkatan trend bagi prevalent idea bunuh diri sebanyak 10 peratus.

Kemurungan Punca Kes Bunuh Diri Meningkat Di Malaysia

Kemurungan ini bukan perkara biasa, masyarakat perlu ada kesedaran tentang bahaya
penyakit ini. Masyarakat sekurang-kurangnya perlu diberi pendidikan awal agar mereka tahu
bagaimana untuk membantu golongan terbabit.

Ada yang mengklasifikasikan kemurungan sebagai isu mental (Gila) tetapi Bukan semua isu
mental sama dengan istilah gila. Masyarakat perlu faham asas gejala mental. Masalah
kebimbangan melampau (anxiety), kemurungan (depression) dan ketegangan jiwa (stress)
bukan istilah gila. Kajian Kesihatan Mental Kebangsaan 2017 sebelum ini membuktikan
sekurang-kurangnya satu daripada 10 anak muda atau 10 peratus daripada 5.5 juta belia di
negara ini pernah terfikir untuk membunuh diri. Kajian sama turut menunjukkan satu
daripada lima anak muda mengalami kemurungan, manakala satu daripada 10 remaja
berhadapan masalah tekanan perasaan.

Statistik berkenaan membuktikan isu kesihatan mental di Malaysia, khususnya dalam


kalangan anak muda amat serius dan perlu ditangani secara berkesan oleh semua pihak.
Namun, isu kesihatan mental kurang mendapat perhatian di negara ini kerana ia menjadi
taboo dalam kalangan masyarakat menyebabkan mereka yang berhadapan masalah mental
tidak mendapat rawatan. Begitu juga dengan rakyat Malaysia yang sihat. Kurangnya
pendedahan tentang depresi itu menjadi punca rakan remaja perempuan tersebut
menyokongnya membunuh diri.

Isu depresi ini bukanlah isu yang berlegar di Malaysia sahaja. Di peringkat global, kesannya
lebih parah. Di India pada April lalu, sekurang-kurangnya 20 remaja membunuh diri hanya
disebabkan mereka gagal dalam peperiksaan zoologi.

Khaleej Times melaporkan, episod bunuh diri itu berlaku selepas lembaga peperiksaan
mengumumkan keputusan ujian yang memperlihatkan hampir satu juta pelajar gagal.
Bagi mengelakkan pertambahan jumlah bunuh diri dalam kalangan pelajar, pihak berwajib
India mengumumkan keputusan peperiksaan itu berlaku kesilapan! Jelas kenyataan pihak
berkuasa India membuktikan depresi golongan remaja tidak boleh dipandang enteng.

Penaung Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Tan Sri Lee Lam Thye tahun lalu menegaskan,
depresi atau kemurungan bakal menjadi penyakit kesihatan mental utama dialami rakyat
Malaysia menjelang 2020 susulan semakin ramai orang dijangka mengalami peningkatan
stres akibat tekanan kerja dan keluarga.

Jelasnya, beberapa langkah yang boleh dipraktiskan untuk mencegah depresi dan kecelaruan
adalah dengan bersenam secara konsisten, tidur sekurang-kurangnya lapan jam sehari dan
elakkan platform media sosial seperti WhatsApp sekurang-kurangnya 45 minit sebelum
masuk tidur.

Bagi Jabatan Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya pula, depresi dan kecelaruan boleh
dirawat jika dikesan awal. Begitu dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly
Ahmad di mana beliau mengingatkan bahawa jangan memandang serong terhadap isu
kesihatan mental.

Natijahnya, semua pihak perlu menyedari depresi boleh diubati lebih awal jika kita tahu
gejalanya.

Cadangan

“Saya berharap kerajaan dapat menambah jumlah pakar psikiatrik dan pakar kaunseling di
hospital kerajaan.
“Mungkin kerajaan juga boleh memperkenalkan insurans untuk melindungi golongan ini
kerana ia dapat meringankan kos perubatan mereka," 

Selaku rakyat Malaysia yang bertanggungjawab marilah kita menjadi seorang pendengar dan
jangan sesekali mengetepikan mereka.

Anda mungkin juga menyukai