Anda di halaman 1dari 2

Nama: Kelvin A/L Steven

PSV 1024: TUTORIAL 6


Tarikh : 07 OGOS 2019

Soalan:
Bagaimanakah alat dan bahan serta teknik catan dipengaruhi oleh perkembangan
aliran dalam seni catan.

Aliran Renaissance melibatkan tema keagamaan terdapat dalam kitab Kristian dan
mitologi serta sejarah. Aliran ini menumpukan figura. Aliran ini memiliki perspektif
yang linear, ruang dan anatomi. Aliran ini terdapat beberapa teknik seperti
chiaroscuro, teknik sfumato, teknik cangiantee dan sebagainya. Biasanya warna
yang diaplikasikan dalam aliran ini adalah putih, merah, hijau, emas dan kuning.
Aliran ini juga menggabungkan pelbagai warna kontra.
Aliran Romantisme pula merujuk kepada gerakan seni, intelektual dan sastera yang
berasal dari negara Eropah. Biasanya aliran ini menggunakan dinamik dan
pergerakan. Landskap, keagamaan, keindahan alam merupakan tema-tema bagi
karya aliran Romantisme. Aliran Romantisme berkait rapat dengan emosi.
Aliran Baroque pula berkait dengan tema penglibatan emosi langsung dan
berkomunikasi agama. Aliran ini mempunyai unsur kontra, pergerakan dan unsur
keagamaan. Penumpuan dalam karya ini adalah komposisi, warna dan cahaya.
Biasanya teknik yang digunakan dalam aliran ini adalah teknik Chiaroscuro yang
menghasilkan suasana yang dramatik.
Aliran impresionisme menggunakan warna dengan tidak bercampur dengan warna
hitam dan putih. Karya bagi aliran ini tidak jelas dan kabur. Aliran ini juga
menitikberatkan kadar kecahayaan dan kesan objek yang dilihat melalui pandangan
mata.
Aliran Post-Impresionisme biasanya menggunakan warna terang dan earna yang
tidak semulajadi. Objek berbentuk 3D dilukis menjadi banyak bidang, aliran
menggunakan penggunaan lapisan warna cat yang tebal. Penggunaan titik
digunakan dalan catan aliran ini.
Dalam aliran seni-pop art, pengkarya selalunya menggunakan warna yang terang.
Tema, tujuan, imej dan teknik bersifat popular. Kebanyakan karya dalam aliran
berdasarkan konsep budaya kota dan berhubung kait dengan zaman teknologi.
Aliran kubisme pula merujuk kepada prinsip dasar yang umum pada yang
menggambarkan bentuk objek geometri iaitu dengan cara memotong,
penyederhanaan, transperensi dan sebagainya. Aliran ini juga mengutamakan kesan
warna yang bertenaga.
Aliran surealisme memberi penekanan kepada ekspresi luar biasa iaitu ekspresi
bawah sedar minda pelukis. Biasanya, warna-warna gelap akan diaplikasikan untuk
menimbulkan kesan misteri. Aliran ini menggunakan teknik akademik yang rasional
untuk mewujudkan ilusi yang absurd dan imej yang ganjil.

Anda mungkin juga menyukai