Anda di halaman 1dari 25

BAHASA KANAK-KANAK AUTISME

KUMPULAN 3
SYUHAILA BINTI IBRAHIM SAMSIAH BINTI ASRI SUHANA BINTI SAMSURY

AUTISM

CIRI-CIRI KANAK-KANAK AUTISME


Kanak-kanak autisme mempunyai berbagaibagai masalah yang menjadikan mereka individu yang unik. Jamila K.A.Mohamed

(2005) dalam bukunya ,Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa telah menggabungkan kesemua ciri kanak-kanak autisme kepada enam bidang.

CIRI-CIRI KANAK-KANAK AUTISME


KOMUNIKASI Perkembangan bahasa lambat ataupun tiada langsung; Kelihatan seperti bermasalah pendengaran dan tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh orang lain; Jarang menggunakan bahasa; Sukar diajak bercakap; Kadang-kala dapat menuturkan sesuatu tetapi buat seketika sahaja;

CIRI-CIRI KANAK-KANAK AUTISME


KOMUNIKASI Perkataan atau jawapan yang dituturkan tidak sesuai dengan pertanyaan;

Mengeluarkan bahasa yang tidak difahami; Meniru perbualan ataupun nyanyian tanpa mengerti maksudnya; dan Suka menarik tangan orang lain bila meminta sesuatu.

CIRI-CIRI KANAK-KANAK AUTISME


INTERAKSI SOSIAL Interaksi sosial kanak-kanak autisme dapat digolongkan sebagai sangat sukar dan ekstrem:
Suka bersendirian; Tiada kontak mata dan sentiasa mengelak daripada memandang orang lain; Tidak gemar bermain dengan rakan dan sering menolak ajakan rakan; Suka menjauhkan diri dan duduk di suatu sudut

CIRI-CIRI KANAK-KANAK AUTISME


GANGGUAN DERIA Di antara ciri gangguan deria kanak-kanak autisme adalah; Sensitif pada sentuhan; Tidak suka dipegang ataupun dipeluk; Sensitif dengan bunyi yang kuat dan menutup telinga; Suka mencium dan menjilat mainan atau benda lain; Kurang sensitif pada rasa sakit ataupun takut

CIRI-CIRI KANAK-KANAK AUTISME


POLA BERMAIN Pola bermain kanak-kanak autisme ditunjukkan seperti berikut: Tidak suka bermain seperti rakan-rakan sebayanya; Tidak suka bermain dengan rakan sebayanya

CIRI-CIRI KANAK-KANAK AUTISME


TINGKAH LAKU Sama ada hiperaktif ataupun hipoaktif; Melakukan perbuatan ataupun gerakan yang sama dan berulang-ulang seperti - bergoyang-goyang, mengepak-ngepak tangan dan menepuk-nepuk tangan, -berputar-putar, medekatkan mata ke televisyen, berlari atau berjalan mundar-mandir; Tidak suka pada perubahan (daripada apa yang sedang dilakukannya); Dapat duduk dengan lama tanpa berbuat apa.

CIRI-CIRI KANAK-KANAK AUTISME


EMOSI Emosi kanak-kanak autisme sangat sukar diramal dan berubah-ubah. Sering marah, ketawa, dan menangis tanpa sebab; Mengamuk tanpa terkawal jika tidak dituruti kemahuannya ataupun dilarang daripada melakukan sesuatu yang diingininya; Merosakkan apa saja yang ada di sekitarnya jika emosinya terganggu;

CIRI-CIRI KANAK-KANAK AUTISME


EMOSI Emosi kanak-kanak autisme sangat sukar diramal dan berubah-ubah. Menyerang sesiapa sahaja berhampirannya jika emosinya terganggu; Ada kalanya mencederakan diri sendiri; dan tiada rasa simpati dan tidak memahami perasaan orang lain.

MASALAH BAHASA KANAK-KANAK AUTISME


PERKEMBANGAN BAHASA Bahasa individu autistik adalah terhad dan tidak fleksibel. Bagi yang boleh bertutur mereka banyak bergantung kepada ingatan secara hafalan daripada menggunakan peraturan asas bahasa secara kreatif. Tajuk perbualan adalah terhad disamping bermasalah dalam bahasa badan (gesture) yang bersesuaian. Masalah bahasa kanak-kanak autistik dapat dibahagikan seperti berikut. Bahasa individu autistik adalah terhad dan tidak fleksibel. Bagi yang boleh bertutur mereka banyak bergantung kepada ingatan secara hafalan daripada menggunakan peraturan asas bahasa secara kreatif. Tajuk perbualan adalah terhad disamping bermasalah dalam bahasa badan (gesture) yang bersesuaian.

MASALAH BAHASA KANAK-KANAK AUTISME


NONSEGMENTAL PHONOLOGY Kanak-kanak autistik lemah dalam menghasilkan pertuturan yang nonsegmental atau dikenali juga sebagai prosodi. Kelainan prosodi yang ditunjukkan adalah seperti berikut: (i) Irama yang stereotaip atau berlagu-lagu dengan bunyi yang dipanjangkan secara berlebihan. (ii) Pengeluaran bunyi vokal yang berubah-ubah turun naiknya dan tidak seperti biasa. (iii) Pertuturan yang monotonus dengan nada suara yang terhad. (iv) Tidak menunjukkan perbezaan dalam intonasi dalam percakapan.

MASALAH BAHASA KANAK-KANAK AUTISME


BAHASA IDIOSINKRATIK Kanak-kanak autistik dikatakan mempunyai bahasa mereka yang tersendiri, iaitu perkataan dan frasa yang dikeluarkan adalah unik. Semua bentuk bahasa yang dikeluarkan menunjukkan proses semantik yang ganjil dan kekurangan dalam kefahaman. Mereka berkecenderungan mengingati perkataan-perkataan yang mereka belajar pertama kalinya, tetapi gagal membuat generalisasi untuk menggunakan perkataan tersebut dalam situasi yang baru.

MASALAH BAHASA KANAK-KANAK AUTISME


MASALAH KATA GANTI NAMA Penggunaan kata ganti nama dalam pertuturan kanak-kanak autisme kerap menimbulkan kekeliruan terutamanya yang melibatkan rujukan jantina seperti he atau she. Kata ganti nama kedua you digunakan untuk dirinya dan I untuk orang lain. Keadaan ini berlaku kerana kanak-kanak autisme sukar memahami dan menggunakan perkataan yang berubah maknanya mengikut konteks.

MASALAH BAHASA KANAK-KANAK AUTISME

EKOLALIA Ekolalia bermaksud kanak-kanak autisme mengulangulang apa yang dicakapkan tanpa niat untuk berkomunikasi dan berlaku secara automatik. Secara kasar kita dapat membezakan jenis ekolalia seperti berikut: Ekolalia serta merta (immediate ecolalia) iaitu pengulangan yang tepat dan serta merta apabila perkataan disebut. Ekolalia lewat (delayed ecolalia) diucapkan agak lewat atau agak lama selepas perkataan disebut. Ekolalia ringan (mitigated} pengulangan segera tetapi terdapat perubahan apa yang dipertuturkan.

RAWATAN Beberapa orang yang pakar dalam bidang inidiperlukan untuk : i. Membaiki kemahiran sosialii. Menggalakkan lebih ramai masyarakat mengenalpasti kelakuan merekaiii. Menambah baikkan komunikasi verbal dan nonverbaliv. Membantu keluarga mengendalikan masalah inidengan jayanya.

RAWATAN Tiada ubat yang dapat menyembuhkan autismtetapi ada beberapa jenis ubat yang dapatmengawal gejala-gejala yang timbuldisebabkan autism seperti: Kelakuan ganas Hiperaktif Kebimbangan yang mungkin timbul

STRATEGI/ TEKNIK INTERVENSI YANG SPESIFIK


Intervensi awal dalam kalangan kanak-kanak autisitk dalam kajian telah dimulakan melalui intervensi yang dilaksanakan di pusat latihan

dan terapi yang dibekalkan oleh pakar dari bidangtertentu. Terapi pertuturan merupakan intervensi yang paling ditekankan oleh ibu bapa yang mempunyai anak-anak autistik.

STRATEGI/ TEKNIK INTERVENSI YANG SPESIFIK


Di samping itu, komunikasi augmentatif juga ditekankan jika dibandingkan dengan intervensi lain dalam kajian ini. Ini adalah

kerana salah satu ciri utama kanak-kanak autistik ialah mengalami kelambatan perkembangan kemahiran bahasa dan pertuturan (Charlop & Haymes 1994).

KOMUNIKASI AUGMENTATIF
Komunikasi augmentatif merujuk kepada

pelbagai pendekatan komunikasi yang boleh digunakan untuk membantu individu yang mempunyai limitasi dalam kebolehan berkomunikasi secara semulajadi (Franklin dan Beukelman 1991).

KOMUNIKASI AUGMENTATIF
Kajian Okolo et al. (1993) mendapati komunikasi augmentatif dan alternatif boleh didapati dalam pilihan berteknologi rendah,

seperti buku bergambar sehingga kepada sistem berkomputer. Pengajaran berbantu komputer boleh meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan pencapaian akademik murid.

KOMUNIKASI AUGMENTATIF
Menggabungjalin komunikasi pertuturan serta bukan pertuturan ke dalam sistem komunikasi augmentatif dan alternatif lebih

berkesan jika dimulakan seawal usia kanakkanak.

KOMUNIKASI AUGMENTATIF
Alat komunikasi augmentatif dan alternatif berteknologi rendah meliputi gambar, foto, garisan, gestur, bahasa isyarat, bahasa

tulisan, Pictures Exchange Communication System dan alat bersuara mudah (Kaiser dan Grim 2006). Guru juga boleh menggunakan bahasa simbolik ketika mengajar bahasa, seperti membuat buku bergambar yang dapat membantu murid menjalani tugas seharian (Browder et al. 2006)

Anda mungkin juga menyukai