Anda di halaman 1dari 60

Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Konsep
Objektif
Proses dan Bentuk
Sinopsis
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara asas Kemahiran Mendengar
dan Bertutur:
konsep
objektif
proses dan bentuk
Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur, Membaca dan
Menulis. Walau bagaimanapun kemahiran mendengar dan bertutur merupakan aspek asas
yang paling penting dalam kemahiran berbahasa. Hal ini demikian kerana murid-murid yang
menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik biasanya berpotensi cenderung
menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan lebih baik. Kemahiran mendengar yang
baik membolehkan seseorang memperoleh dan memproses maklumat dengan tepat. Demikian
juga seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik membolehkan seseorang
menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan berkesan. ni bermakna seseorang pendengar
dan penutur yang baik lebih berpotensi menguasasi kemahiran membaca dan menulis dengan
baik kerana keupayaan mendengar dan bertutur dengan baik akan membantunya dalam proses
membaca dan menulis.
HasiI PembeIajaran
Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:
1. menjelaskan konsep kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur;
2. mengenal pasti tujuan-tujuan pengajaran dan pembelajaran kemahiran
mendengar dan bertutur;
3. menerangkan beberapa kaedah, teknik dan aktiviti untuk kemahiran mendengar dan
kemahiran bertutur;
4. menyatakan beberapa prinsip pemilihan, penghasilan dan penggunaan bahan
yang sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan
kemahiran bertutur; dan
5. mengemukakan bentuk penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan kemahiran
bertutur.

KEMAHIRAN LISAN: KEMAHIRAN BERTUTUR DAN MENDENGAR
Definisi Konsep
Kemahiran lisan secara umum dirujuk kepada keupayaan seseorang atau beberapa orang
bertutur, berkomunikasi / berinteraksi menyampaikan idea, pandangan, mahupun pendapat
dalam percakapan dan perbualan. Dalam apa-apapun keadaan, di mana atau bagaimana
proses ini berlaku, orang yang terlibat akan saling menghantar dan menerima, yakni memberi
gerak balas @ respon tertentu. ni bermakna dalam proses lisan itu, komponan kemahiran
mendengar dan bertutur yang tidak kurang pentingnya. Dalam konteks ini, kemahiran
mendengar ialah proses yang melibatkan aktiviti pemerolehan mesej atau maklumat; manakala
kemahiran bertutur pula melibatkan proses menjana dan menghasilkan
penghasilan maklumat. Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik dan berkesan
sangat penting dalam kehidupan seharian. ni bermakna, seorang pendengar yang baik dapat
memahami dan memperoses maklumat yang didengarinya dalam sesuatu interaksi. Begitu
juga, seorang penutur yang baik dapat menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan
tepat danberkesan dalam interaksi tersebut.
Kemahiran Mendengar dan Bertutur DaIam Sukatan PeIajaran
Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR 1983:3) menegaskan
pengajaran dan pembe lajaran kemahiran lisan bahasa Melayu bertujuan:
a) mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat dalam kehidupan
sehari-hari sama ada di dalam atau di luar rumah;
b) bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai
dalam perbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru,
ibu bapa dan sebagai nya, serta dalam majlis bahas, syarahan dan lain-lain.
Bagi tujuan mencapai objektif yang dinyatakan, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah KBSR 1983:3) turut mencadangkan beberapa cadangan subkemahiran kecil
kemahiran lisan mendengar dan bertutur) yang perlu dikuasai oleh murid, antara lain
menguasai kemahiran:
a) mendengar dan menyebut bunyi. Antara lain, meliputi aspek perlakuan bahasa melibatkan
kemahiran mengenal, membeza dan mengajuk bunyi yang diperdengarkan; mengecam dan
menunjukkan sumber arah datangnya bunyi berkenaan.
b) memberi dan menerima arahan dan permintaan. Perlakuan bahasa, antara lain
mencadangkan kemahiran menyampaikan arahan dan pesanan tertentu secara berurutan
supaya mudah difahami, menghasilkan permintaan yang mudah untuk
diri sendiri dan orang lain;
c) menyampaikan ucapan bertatasusila meliputi kemahiran melafazkan ucapan bertatasusila,
secara beradab dengan menggunakan kata sapaan;
d) bersoal jawab kemahiran membina dan mengemukakan soalan bagi tujuan memperoleh
maklumat tertentu;
e) bercerita kebolehan menyampaikan cerita dengan menggunakan daya kreativiti ayat,
gaya, sama ada menggunakan berbantukan gambar atau tidak;
f) menyampaikan berita dan laporan kebolehan menyampai dan melaporkan sama ada yang
dilihat, didengar atau dialaminya sendiri dengan ringkas dan padat;
g) menyampaikan ucapan dan syarahan kebolehan menyampaikan ucapan dan syarahan
secara bertatasusila dengan penuh yakin menggunakan gaya tersendiri, nada dan intonasi,
dan suara secara berkesan;
h) berlakon dan melafazkan puisi memperlihatkan murid mempersembahkan keupayaan
berlakon, melafazkan dialog dan puisi pantun, syair, sajak mengikut nada, intonasi,
sebutan, rima dan nada yang sesuai) secara lisan sama ada secara hafalan atau bebas
dengan penuh perasaan; dan
i) berbincang dan berbahas menegaskan kebolehan menyampaikan idea dengan
menggunakan kemahiran berbahasa secara tepat dan berkesan, menggunaka nada,
intonasi, sebutan, rima dan nada yang sesuai.

Kemahiran Bertutur
Kemahiran bertutur merupakan proses komunikasi yang amat kompleks. Semasa bertutur,
seseorang itu akan menghasilkan bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosodi
intonasi, tekanan sebutan dan jeda) dan para linguistik bagi bahasa isyarat dan pergerakan
badan). Walau bagaimanapun, selain menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi
bahasa yang bermakna, proses bertutur juga melibatkan proses mental: memahami, menaakul,
memadan, menyesuaikan dan memberi gerak balas tertentu mengikut situasi sesuatu
komunikasi. Penutur yang baik akan mengkoordinasi keupayaan mendengar dan memperoleh
maklumat bagi tujuan menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur
prosidi dan melaksanakan proses mental mendengar dan membaca secara berkesan.





Konsep Pertuturan
a) Pertuturan merupakan gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan. Misalkan
bunyi-bunyi, /b/, /a/, /t/, /u/ digabungkan menghasilkan bunyi [batu];
b) Pertuturan berlaku di peringkat produksi, yakni setelah penutur dapat mendengar dan
memahami dengan baik apa-apa yang didengarinya;
c) ndividu banyak belajar kemahiran bertutur daripada pengalaman kecerdasan otaknya;
d) Aspek fizikal, kesihatan, kecerdasan otak, persekitaran, jantina dan tahap sosioekonomi
boleh mempengaruhi tahap pertuturan kanak-kanak; dan
e) Kemahiran bertutur yang baik boleh dikuasai dengan memberi perhatian kepada aspek
fonologi, struktur, intonasi dan penguasan aspek bunyi yang lain.

Aspek-Aspek Pertuturan
a) Sebutan: Dalam aspek sebutan murid-murid diajar mengenal dan membunyikan setiap
huruf, suku kata, perkataan, frasa kata dan ayat. Dalam hal ini, murid-murid diajar menyebut
dan membunyikan suku kata dan perkataan dengan jelas dan tepat mengikut kaedah bunyi,
sebutan dan maknanya. Aspek ini penting, terutamanya melibatkan perkataan yang
mempunyai ejaan yang sama tetapi kaedah sebutan dan makna yang berlainan seperti
semak, boleh dibunyikan sebagai /semak/ dan/smak/ dan seumpamanya;
b) Tekanan: Tekanan merujuk kepada cara dan bagaimana penutur menyebut dan memberi
tekanan kepada sama ada suku kata, perkataan atau rangkai kata tertentu bagi tujuan
menegaskan sama ada keras atau lembutnya sesuatu pengucapan;
c) Mora panjang-pendek): Mora atau panjang-pendek merupakan kadar dalam bahasa Arab
disebut 'harakat'), tidak begitu membezakan makna dalam bahasa Melayu;
d) Jeda persendian): Unsur ini merujuk kepada aspek persendian memisahkan elemen -
elemen linguistik dalam perkataan, rangkai kata atau ayat. Dalam ayat, jeda digunakan
sebagai hentian sementara yang boleh membezakan makna jika unsur ini digunakan.
Misalnya ungkapan, 'jangan tembak,' jika tidak menggunakan jeda bermaksud larangan
melepaskan tembakkan, sebaliknya jika jeda digunakan, 'jangan/tembak,' bermaksud
menangguhkan seketika dan kemudiannya melepaskan tembakkan!
e) ntonasi: ntonasi merujuk kepada kedaan sama ada dilafazkan secara menurun atau
menaik sesuatu. ntonasi dalam ayat sama ada menaik, menurun atau mendatar berbeza
beza mengikut jenis ayat. Misalnya, ayat tanya biasanya mempunyai intonasi menaik,
manakala ayat penyata mempunyai intonasi menurun di hujung ayat.

f) Nada: Nada merujuk kepada keadaan bunyi sama ada menaik atau menurun ketika sesuatu
perkataan itu disebut. Dalam muzik misalnya terdapat lapan nada: o, Re, Mi, Fa, So, La, Ti
dan o setiap nada mewakili satu suku kata. Pun demikian dalam bahasa Melayu, nada
tidak bersifat fonemik berbanding dengan bahasa Cina, kewujudannya lebih jelas.
g) Tatabahasa: Aspek tatabahasa merujuk kepada aturan, formula, kaedah dan tatacara
menentukan hukum dalam berbahasa meliputi bidang fonologi, sintaksis dan semantik.
Aspek tatabahasa dalam pertuturan kerap kali tidak diberatkan berbanding dalam aktiviti
penulisan. Walau bagaimanapun untuk memperoleh kebiasaan yang baik dan kesan yang
mendalam dalam pengucapan, aspek tatabahasa perlu diguna pakai sebaik-baiknya;
h) Kelancaran: Aspek kelancaran menegaskan perihal dan keupayaan murid bertutur dengan
baik, teratur dan kemas tanpa gangguan/tersekat. ni banyak dipengaruhi dan ditentukan
oleh tahap penguasaan dan kecekapan berbahasa dalam kalangan murid-murid.
i) Kefasihan: Aspek kefasihan menentukan bukan sahaja murid boleh bertutur dengan baik,
lancar dan berkesan, sebaliknya boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan dalam
ayat dengan jelas, betul dan betul;
j) Laras bahasa: Aspek laras bahasa dalam konteks ini menegaskan kemahiran murid - murid
menggunakan bahasa dalam konteks yang situasi, keadaan dan disiplin ilmu berlainan. ni
penting bagi tujuan mempastikan murid-murid boleh berkomunikasi secara berkesan.

Objektif Kemahiran Bertutur
Kemahiran bertutur, antara lain membolehkan seseorang murid:
a) menyebut dengan jelas;
b) menyampai atau melahirkan pendapat peribadi;
c) melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian dengan tepat ;
d) memberi penerangan dan al asan;
e) menunjuk arah;
f) membina soalan untuk mencari maklumat;
g) bertemu ramah;
h) bertukar-tukar pendapat dan maklumat;
i) bertutur secara bertatasusila; dan
j) bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan situasi.



Proses dan Bentukya:
Aktiviti dalam Kemahiran Bertutur:
a) Mengaitkan aksi dengan pertuturan;
b) Menjawab soalan-soalan rakan dan guru;
c) Membina soalan berdasarkan bahan;
d) Memberi arahan kepada rakan;
e) Menerangkan gambar dan bahan grafik;
f) Berbual melalui telefon;
g) Bercerita berdasarkan cerita yang diketahui atau pengalaman sendiri;
h) Membuat laporan lisan berdasarkan tajuk yang telah disediakan dan menjawab soalan yang
diajukan;
i) Permainan komunikatif;
j) Mengadakan perbahasan;
k) Perbincangan forum;
l) Memberi taklimat dan ceramah;
m) Main peranan;
n) Simulasi;
o) Teater bercerita; dan
p) Drama

Kemahiran Mendengar
Mengapa kemahiran mendengar? Mengapa kemahiran mendengar penting? Apa masalahnya,
sekiranya seseorang itu menghadapi masalah pendengaran yang serius? Hakikatnya
kemahiran mendengar merupakan kemahiran utama dan pertama yang perlu dikuasai oleh
kanak-kanak sebelum ia boleh mengujarkan perkataan atau bunyi awal tertentu dalam proses
belajar berkomunikasi atau bercakap. Tentu sekali sebelum kanak kanak ini boleh
berkomunikasi atau bercakap, ia telah terlebih dahulu terdedah kepada berbagai-bagai bunyi
bahasa dan bukan bahasa. Sebenarnya, kanak-kanak sentiasa berkomunikasi dengan alam
sekelilingnya, mengusai bahasa memperoleh, mempelajari, mengajuk dan meniru daripada
apa yang didengar dan dialaminya daripada orang-orang yang berada di sekelilingnya. Mereka
meniru, mengajuk, mencuba dan mengungkapkan perkataan tertentu secara berulang kali
sebelum sesuatu perkataan itu tekal dalam ingatan dan dapat digunakan dalam konteks
maknanya yang sebenar. Justeru, alam persekitaran merupakan model penting pembelajaran
bahasa dalam kalangan kanak-kanak ini. ni bermakna, kanak-kanak yang hidup dalam
kerangka model alam persekitaran yang baik, cenderung untuk menguasai kemahiran
berbahasa: bertutur dan mendengar yang baik mengikut standard tertentu.

Mengapa kemahiran mendengar perIu?
Kemahiran mendengar merupakan kemahiran menerima menaakul dan memproses maklumat
dalam komunikasi secara lisan. Di sekolah, murid-murid perlu mendengar untuk menerima dan
memahami idea yang disampaikan dalam perbualan, perbincangan, dialog, mesyuarat dan
penjelasan dalam proses pengajaran guru. Manakala dalam kehidupan harian pula, aktiviti
mendengar sentiasa wujud dalam interaksi sosial perbualan, perbincangan dan mesyuarat);
untuk mendapat hiburan radio, televisyen, filem), memperoleh maklumat pengajaran guru,
berita di radio dan televisyen) serta pernyataan perasaan dan apresiasi seni drama, lakonan,
dialog dan kesusasteraan).

Proses Mendengar
Umumnya, komunikasi lisan melibatkan dua proses, iaitu penghasilan dan penerimaan mesej.
Proses pertama terlaksana melalui pertuturan sementara proses yang kedua berlaku melalui
pendengaran. Terdapat pernyataan bahawa dalam pengajaran bahasa, aspek pendengaran
amat kurang diberi perhatian oleh guru. Proses mendengar biasanya berlaku secara
berperingkat. Empat peringkat proses mendengar:
a) mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa;
b) memahami bunyi-bunyi bahasa tersebut;
c) menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan; dan
d) bertindak balas terhadap bunyi-bunyi tersebut.
Dalam erti kata lain ketika mendengar, seseorang itu akan membuat tanggapan terhadap
gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengarinya itu. Kemudian pendengar itu akan
menghubungkan bunyi-bunyi bahasa itu dengan makna berasaskan pengetahuan dan
pengalamannya. Proses menanggap bunyi dan mentafsir makna sesuatu sebutan berlaku
secara serentak berdasarkan pengalaman dan pengetahuan pendengar berkenaan. Akhirnya,
bunyi bermakna sebagaimana yang ditanggapi oleh pendengar itu tadi akan digunakan sebagai
asas bagi membuat tindakan, huraian atau menyatakan pengalamannya kepada orang yang
menghasilkan bunyi bahasa tersebut. Penjelasan ini menegaskan bahawa dalam proses
mendengar, seseorang pendengar yang baik menggunakan alat pendengaran dan keupayaan
akalnya secara bijaksana. Justeru, anggapan bahawa mendengar merupakan kemahiran
bahasa yang pasif tidak boleh diterima. ni kerana mendengar merupakan proses yang
kompleks melibatkan proses mendengar, memahami, menghurai dan menilai apa yang
didengarinya itu sebelum sesuatu gerak balas yang sewajarnya dapat dilakukan.

Objektif mengajar kemahiran mendengar
Melalui kemahiran mendengar, seseorang itu boleh:
a) memperoleh idea;
b) mencari isi-isi penting;
c) melakukan arahan/ tindak balas;
d) mengenal pasti perkara yang berhubungan dan tidak berhubungan;
e) mengenal pasti isi-isi yang tersirat;
f) mentafsir makna-makna yang te rsirat,
g) mengenal pasti 'mood' penutur, suasana, dan keadaan/ konteks, dan
h) mengesan 'pengaruh' penutur sama ada menggunakan logik atau propaganda, iaitu seperti
memberi yang baik sahaja, menggunakan nama orang-orang terkemuka atau mengulang
sebut apa yang diperkatakan.

Konsep-konsep asas daIam kemahiran Mendengar:
Justeru sebenarnya, kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang paling asas dalam
kemahiran lisan dan ini berlaku pada peringkat penerimaan. Seseorang kanak-kanak @ murid
yang telah menguasai kemahiran mendengar, dia seharusnya dapat mendengar dengan baik
apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain kepadanya dan boleh pula memahami @ maksud;
boleh mentafsir apa sahaja yang didengarnya itu dengan tepat. Sehubungan dengannya, untuk
memungkinkan seseorang murid itu fasih berkomunikasi dalam bahasa yang dipelajarinya,
kemahiran mendengar ini tidak sahaja perlu diajar, bahkan perlu dikuasai sebaik-baiknya di
peringkat awal pengajaran bahasa sebelum kemahiran-kemahiran lain diajar kepada mereka.
Dalam usaha merealisasikan hasrat ini, aspek-aspek pendengaran itu boleh dikonsepsikan
dengan pelbagai cara, antara lain:
a) gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengar, difahami dan diingat;
b) proses yang berlaku dipengaruhi aspek fizikal, psikologi, dan neurologi;
c) berlaku melalui latihan-latihan khas secara berperingkat-peringkat; dan
d) berpusatkan idea utama, hujah, bukti dan estetika.



Apakah bentuk kemahiran mendengar itu?
Dengan itu, kemahiran mendengar boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, antara lain proses
mendengar:
a) secara pasif;
b) secara bertelau-telau;
c) tanpa tindak balas;
d) secara menebuk-nebuk;
e) dengan beremosi;
f) secara berhati-hati dengan pengamatan; dan
g) secara kritikal.

Prinsip penting daIam proses mengajar kemahiran mendengar
a) mendengar merupakan gabungan daripada segala yang pernah dilihat, didengar dan
dingati;
b) proses mendengar berlaku melalui latihan secara khusus yang dilaksanakan secara
berperingkat-peringkat;
c) individu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalamannya berbanding daripada
kecerdasan otaknya;
d) aspek fizikal, psikologi dan neorologi mempengaruhi proses pendengaran seseorang;
e) pendengaran yang cekap menyatukan idea secara logik dan berkesan;
f) mendengar berlaku melalui proses akal bukan perasaan;
g) mendengar untuk mengkritik perlu berasaskan idea utama, hujah dan bukti tertentu;
h) mendengar untuk hiburan memerlukan tindak balas terhadap muzik, aspek kesusasteraan
dan aspek seni serta estatika; dan
i) mendengar untuk apresiasi memerlukan perlakuan bahasa menganalisis secara kritis
terhadap bentuk dan isi.

KesimpuIannya: Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar membolehkan
murid-murid, pertamanya: menguasai kemahiran mendengar dengan teliti terhadap bunyibunyi
bahasa; dan keduanya, memahami mesej yang dibawa oleh bunyi-bunyi bahasa
tersebut, supaya mereka boleh bertindak dengan betul dan tepat, bersesuaian dengan
mesej yang diterima itu.


Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Peringkat Penguasaan
Unsur dan Faktor Keberkesanan
Prinsip Pengajaran
Sinopsis
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara asas Kemahiran Mendengar
dan Bertutur:
Peringkat Penguasaan
Unsur dan Faktor Keberkesanan
Prinsip Pengajaran
Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: mendengar dan bertutur, Membaca dan
Menulis. Telah ditegaskan, antara kemahiran berkenaan, aspek kemahiran lisan perlu diajar
terlebih dahulu. Hal ini demikian kerana murid-murid terlebih dahulu perlu menguasai
kemahiran berbahasa aspek mendengar dan bertutur terlebih dahulu sebelum kemahiran
berbahasa membaca dan menulis. Sebagaimana kebiasaan, seseorang guru perlu menyedari
hakikat mengenai prinsip pengajaran dan keperluan mengajar kemahiran berbahasa:
mendengar dan bertutur perlu diajar secara berperingkat, selain menyedari terdapat unsur-
unsur @ faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah.
HasiI PembeIajaran
1. Menghuraikan tentang kemahiran bahasa; pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran
kemahiran-kemahiran bahasa.
Kerangka Konsep
Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif

Peringkat-Peringkat Penguasaan Kemahiran Lisan - Mendengar dan bertutur
a) Peringkat Penerimaan mendengar dan memaham)
Sebelum murid diberi peluang berlatih bertutur, mereka perlu diberi kefahaman mendengar.
Pada peringkat ini latihan diberi kepada murid-murid, tidak memerlukan mereka bertindak
balas dalam bentuk pertuturan. Bahan-bahan yang diperdengarkan hendaklah
mencerminkan penggunaan bahasa yang baik dan boleh dijadikan model dalam kalangan
murid-murid berkenaan.
b) Penghasilan Semula bertindak balas)
Pada peringkat ini, latihan yang diberi memerlukan murid bertindak balas secara pertuturan.
Semasa bertutur banyak aspek yang terlibat, seperti intonasi frasa dan ayat, aspek sebutan,
kelancaran, kefasihan, tatabahasa, gaya dan isi penyampaian.

Peringkat -Peringkat Kemahiran Bertutur
Untuk mencapai objektif pengajaran bertutur, iaitu bertutur dengan fasih dan dapat
mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai mengikut
situasi perhubungan di sekolah dan dalam kalangan masyarakat. Hal ini menegaskan betapa
perlunya kemahiran bertutur itu perlu dikuasai secara berperingkat-peringkat, yakni peringkat
awalnya melibatkan pertuturan di antara murid dengan murid dalam bilik darjah sehinggalah
murid boleh bertutur dengan ahli masyarakat di luar bilik darjah. Dengan demikian,
pengelompokan pengajaran kemahiran bertutur dapat diklasifikasi mengikut peringkat:
peringkat awal, pertengahan dan maju.
Peringkat awaI
a) Melafazkan pengucapan bert atasusila;
b) Mengajuk perkataan dan ayat yang didengar;
c) Menyoal untuk mendapatkan maklumat;
d) Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi;
e) Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu;
f) Bertindak terhadap soalan-soalan mudah;
g) Memberi arahan;
h) Membuat ayat tentang diri, rakan, ibu dan bapa; dan
i) Membuat ayat-ayat daripada gambar.
Peringkat pertengahan
a) Membuat deskripsi tentang objek atau gambar;
b) Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri;
c) Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa;
d) Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu;
e) Menyoal dan menjawab soalan-soalan misalnya, berhubung dengan peribadi
seseorang, masa bersekolah, persekitaran dan di rumah;
f) Membaca iklan, peraturan-peraturan;
g) Memberi ucapan pendek dan mudah;
h) Mengambil bahagian dalam perbualan mudah;
i) Memberi komen secara mudah; dan
j) Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah.
Peringkat maju
a) Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan, proses dan
sebagainya;
b) Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya;
c) Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog;
d) Bertanya untuk mendapatkan maklumat;
e) Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan;
f) Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat;
g) Memberi ceramah, syarahan yang disediakan);
h) Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar dan lain
lain;
i) Mengambil bahagian dalam drama dan lakonan;
j) Mendeklamsi puisi;
k) Menyampaikan komen, laporan atau ulasan; dan
l) Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya.
Anda telah mengetahui bahawa kemahiran bertutur itu dikuasai secara
berperingkat - peringkat. Huraikan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi
tahap penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan murid-murid.

Unsur-unsur dan faktor keberkesanan pengajaran kemahiran Iisan
Terdapat beberapa faktor yang cukup mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran kemahiran lisan. Antara lain, faktor,
a) Kecerdasan
Hal ini merujuk kepada tahap kecerdasan otak yang menentukan keupayaan berfikir dalam
proses memperoleh, menyampai dan memproses maklumat - aspek penting dalam
pertumbuhan dan perkembangan bahasa;
b) Kesihatan
Hal ini merujuk kepada tahap kesihatan yang cukup menentukan tahap dan keupayaan
berbahasa dalam kalangan murid-murid. Murid yang tidak sihat atau sakit berpanjangan akan
mengalami gangguan dalam proses pemerolehan bahasa, bahkan gagal berfikir dan
berkomunikasi secara berkesan;
c) Fizikal
Hal ini, terutamanya yang berkaitan dengan aspek tubuh badan yang berhubung langsung
dengan proses mendengar seperti telinga dan alat artikulasi:
lidah, gigi, gusi dan seumpamanya akan menjejaskan proses penglahiran buny ibunyi bahasa,
makna dan tahap pemahaman maklumat yang hendak disampaikan. Kanak-kanak yang pekak
atau menghadapi masalah pendengaran, terencat anggota badan dan seumpamanya akan
mengehadkan pergaulan, dan dengan demikian kerap kali menghadapi masalah kosa kata
dalam proses pertuturan;
d) Persekitaran
Hal ini terutamanya yanag melibatkan dalam kalangan ahli keluarga ibu, bapa dan ahli keluarga
keseluruhannya, jiran tetangga, tahap pendidikan, lokasi petempatan sama ada di bandar atau
di luar bandar, tahap dan status sosioekonomi akan mempengaruhi tahap penguasaan bahasa
kanak-kanak. Umumnya, benak fikiran kanak-kanak yang hidup dalam kalangan masyarakat
petani dan nelayan mempunyai kosa kata terhad berbanding dengan kanak-kanak yang hidup
dan membesar dalam kalangan masyarakat di bandar-bandar;
e) Jantina
Faktor yang menentukan tahap pertumbuhan dan perkembangan kanakkanak berbeza-beza.
Kajian menunjukkan kadar pertumbuhan kanak-kanak perempuan jauh lebih cepat berbanding
dengan kadar pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak lelaki. Hal ini demikian kerana
urat saraf pertuturan dalam kalangan kanak-kanak perempuan berkembang jauh lebih cepat
berbanding kanak-kanak lelaki; dan
f) Dwibahasa
Kajian mendapati kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh bertutur jauh lebih baik berbanding
dengan kanak-kanak dwibahasa. ni kerana, dalam proses pertuturan, kanak-kanak dwibahasa
kerap kali mengalami gangguan daripada bahasa ibundanya.

Prinsip pengajaran kemahiran mendengar
a) Kemahiran mendengar perlu diajar bersama-sama kemahiran berbahasa bertutur, membaca
dan menulis;
b) Kemahiran mendengar, seperti kemahiran berbahasa yang lain juga bersifat dinamik dan
aktif. Justeru, aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran
mendengar perlu dirancang berteraskan tugasan yang menjurus kepada sesuatu aktiviti
tertentu;
c) Setiap aktiviti dan kemahiran yang hendak diajar hendaklah dirancang dan disampaikan
dalam bentuk pelbagai. Dengan demikian murid-murid boleh melibatkan diri secara proaktif,
memberi respon yang pelbagai diberi peluang sebaik-baiknya memberi tindak balas
terhadapnya secara maksimum. Dengan demikian murid-murid boleh merperlihatkan tahap
kemahiran berbahasa masing-masing melalui aksi/lakonan dan aktiviti yang berkaitan;
d) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara berperingkat-peringkat,
didahulukan daripada yang konkrit kepada yang abstrak, daripada yang dekat kepada yang
lebih jauh, daripada perkara-perkara yang mudah kepada perkaraperkara yang lebih sukar
dan seumpamanya.
e) Guru tidak perlu terlalu gahirah untuk mengajar kemahiran mendengar sehingga begitu
membebankan atau menyusahkan dirinya semasa melaksanakan proses berkenaan;
f) Motivasi guru sangat penting bagi tujuan mengekalkan minat dan kecenderungan
mendengar dalam kalangan kanak-kanak;
g) Paling penting, kanak-kanak perlu diberi peluang sebanyak mungkin untuk berlatih
kemahiran mendengar sama ada melalui aktiviti yang ditentukan oleh guru atau melalui daya
insiatif murid sendiri.

Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Kaedah
Teknik Pengajaran
Sinopsis
Tajuk ini menghuraikan kaedah dan teknik pengajaran kemahiran lisan: kemahiran mendengar
dan bertutur dalam bilik darjah. Sehubungan dengannya secara umum dihuraikan perkara-
perkara asas mengenai pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif, yakni pendekatan
yang mempunyai hubungan langsung dengan kemahiran mendengar dan bertutur itu sendiri.
Melaluinya dicadang dan dibincangkan beberapa kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai
diaplikasi oleh guru dalam pengajaran pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam
bilik darjah.
HasiI PembeIajaran
Menghuraikan aspek kemahiran bahasa: pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran.
Kerangka Konsep
Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif
Pendekatan, Kaedah, Teknik dan Aktiviti Kemahiran Bertutur
Pemahaman mengenai keperihalan pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti sangat penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Bagi tujuan menentukan kaedah
dan teknik pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah, ada baiknya
dijelaskan terlebih dahulu aspek pendekatan mengajar kemahiran lisan mendengar dan
bertutur) dalam bilik darjah. Demikian juga, perlu ditegaskan bahawa pengajaran kemahiran
lisan kemahiran mendengar dan bertutur), perlu dilakukan serentak, berurutan dan menyaling.
Walau bagaimanapun, guru boleh memberi perhatian mengenai kemahiran yang hendak diajar
dalam bilik darjah merancang dan memilih aktiviti yang sesuai mengenainya. Dengan berbuat
demikian guru boleh menentukan fokus utama pengajarannya sama ada menguasai menguasai
kemahiran mendengar atau bertutur. Paling penting semasa mengajar aktiviti mendengar, guru
sebenarnya juga mengajar kemahiran bertutur. Sehubungan dengannya, tidak terdapat
perbezaan yang jelas antara strategi pengajaran mendengar dan bertutur itu, bahkan aktiviti
yang dilaksanakan itu kerap kali meliputi kedua-dua aspek kemahiran lisan tersebut.

Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bertutur
Modul ini akan hanya membincangkan dua jenis pendekatan sahaja, pendekatan situasi dan
pendekatan komunikatif. ni kerana kedua-dua jenis pendekatan ini amat berkaitan dengan
proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan bertutur dan mendengar) dalam bilik
darjah
a) Pendekatan Situasi
Pendekatan situasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang diperkenalkan oleh
Mackey 1965), antara lain menegaskan bahawa pernyataan lisan itu merangkumi semua unsur
kefahaman mendengar dan penggunaan unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola,
nada dan intonasi tertentu. Pernyataan lisan ini juga meliputi aspek pemilihan kata kata dan
unsur-unsur infleksi yang disusun dengan betul supaya tergambar juga makna makna yang
betul mengenainya. Tegasnya, pendekatan situasi yang berlandaskan teori struktural dan teori
pembelajaran behaviouris yang beranggapan bahawa untuk membolehkan seseorang itu
menguasai kemahiran lisan khasnya bertutur), terlebih dahulu beberapa kemahiran asas yang
lain perlu dikuasai terlebih dahulu. Antara lain, menguasai kemahiran membuat tanggapan,
mengingat, membunyikan perkataan dan juga aspek struktur bahasa berkenaan. Hal ini
demikian kerana melaluinya aspek penggunaan dan penguasaan bahasa secara lisan dapat
diperbaik dari semasa ke semasa. Dengan demikian, pendekatan situasi mestilah berlandaskan
prinsip pengajaran berikut:
a) Guru perlu memberi peneguhan kepada setiap satu gerak balas murid yang betul supaya
gerak balas itu diulangi lagi;
b) Murid mesti dilatih bertutur dengan menggunakan unsur-unsur bahasa yang digunakan oleh
masyarakat;
c) Guru perlu memahami proses yang terlibat dalam pertuturan supaya dia dapat memandu
dan melatih murid-murid menggunakan alat-alat pertuturan mereka serta dapat menyebut
bunyi dan struktur bahasa dengan betul;
d) Pengajaran bertutur perlu dimulakan dari peringkat awal pengajaran bahasa untuk
mendorong minat murid-murid belajar bahasa. Jika pengajaran kemahiran bertutur ini
diajar pada peringkat lanjutan, iaitu setelah murid menguasai bahasa tulisan,keupayaan
murid-murid bertutur dengan menggunakan bahasa yang betul akan terganggu. Hal ini
demikian kerana murid telahpun membentuk kelaziman sebutan bahasa yang salah;
e) Penggunaan pita rakaman dapat membantu guru-guru melatih tubi murid-murid dalam
latihan bertutur;
f) Kelaziman bertutur dalam sesuatu bahasa berbeza. Apabila murid-murid mempelajari
bahasa kedua, guru tidak boleh membiarkan mereka menghasilkan sebutan-sebutan bahasa
sasaran secara automatik. Sebaliknya, guru perlu memandu murid-murid secara sedar
melalui aktiviti latih tubi) menggunakan alat-alat pertuturan mereka bagi menghasilkan
sebutan-sebutan bahasa yang baru mereka pelajari itu;
g) Bagi penutur-penutur bahasa kedua, kelaziman-kelaziman bahasa pertama mereka akan
mengganggu pembentukan kelaziman bahasa yang baru. Oleh itu, guru perlu melatih tubi
murid-murid tersebut supaya dapat menghasilkan sebutan-sebutan yang betul.

Walau bagaimanapun Walkins 1975), berpendapat murid sukar memindahkan pengetahuan
kemahiran bertutur yang dipelajari dalam bilik darjah kepada penggunaan dalam kehidupan
seharian. Hal ini demikian kerana guru biasanya begitu menentukan bahasa yang perlu
dihasilkan oleh murid-murid. Tujuannya, guru ingin membantu murid-murid memilih bahasa
untuk digunakan dalam situasi tertentu. Maka, sebenarnya pembelajaran bahasa perlu
berdasarkan kepada pengalaman yang sedia ada dalam kalangan murid-murid dalam
kehidupan harian mereka. Sekiranya semua hasilan bahasa dikawal oleh faktor luaran,
misalnya oleh guru, maka murid tidak mempunyai pengalaman untuk menguasai kecekapan
bahasa mereka secara bersendirian. ni bermakna murid tidak mampu memindahkan
kemahiran bertutur yang diperoleh melalui situasi pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah
untuk digunakan dalam situasi penggunaan bahasa yang sebenarnya dalam kalangan
masyarakat.

b) Pendekatan Komunikatif
Pendekatan komunikatif cuba mengatasi masalah pengajaran bertutur yang terdapat dalam
pendekatan situasi. Melalui pendekatan ini, penguasaan kemahiran bertutur bukan sahaja
meliputi penguasaan kemahiran kecil untuk menanggap, mengingati, menyebut sistem bunyi
dan struktur dalam sesuatu bahasa, tetapi kemahiran ini juga merangkumi kebolehan untuk
menggunakan unsur-unsur tersebut dengan tepat dan sempurna dalam sesuatu interaksi
bahasa. ni bermakna, pendekatan komunikatif menegaskan bahawa kemahiran bertutur
merangkumi kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang terkandung dalam kemahiran
bertutur tersebut serta kecekapan berkomunikasi dalam sesuatu interaksi atau komunikasi
bahasa. Untuk memastikan kemahiran bertutur itu bukan sahaja meliputi kecekapan bahasa
tetapi juga kecekapan berkomunikasi, pendekatan komunikatif mencadangkan bahawa
pengajaran bertutur mestilah berlandaskan prinsip-prinsip berikut:
a) Kemahiran bertutur melibatkan murid menguasai kecekapan berbahasa dan
menggunakannya dalam konteks penggunaan bahasa yang sebenarnya. Dengan demikian,
kedua-dua kecekapan itu perlu diajarkan dalam pelajaran bertutur;
b) Guru perlu mendorong murid berinteraksi dengan rakan-rakan mereka. Justeru, komunikasi
sebagai objektif kemahiran bertutur perlu menjadi objektif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran guru dalam bilik darjah;
c) Pembelajaran kemahiran bertutur melibatkan proses kognitif. Sehubungan dengannya guru
perlu mendedahkan murid kepada pelbagai situasi formal dan tidak formal dalam pengajaran
dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur.
Dengan demikian, murid dapat menggunakan berbagai-bagai strategi komunikasi yang sesuai
dengan situasi bertutur tersebut. Pendedahan yang begini dapat melatih murid memikir dan
menggunakan berbagai-bagai bentuk bahasa, bentuk paralinguistik dan bukan linguistik bagi
menyampaikan mesej mereka dengan lebih berkesan;
d) Guru perlu membentuk hubungan yang positif antara dan dalam kalangan murid dengan
guru. Dengan ini, terbentuklah persekitaran pembelajaran yang boleh mendorong murid
untuk bertutur dengan lebih selesa, yakin dan berkesan; dan
e) Sesuatu aktiviti bertutur dapat terlaksana dengan lebih berjaya jika murid mempunyai
pengalaman dan pengetahuan tentang perkara yang dibincangkan. Dengan demikian guru
perlu mendedahkan murid kepada pengalaman dan pengetahuan itu melalui alat bantu
mengajar, lawatan, keratan akhbar, bahan bacaan dan bahan rakaman menjadi semakin
perlu.
Pendekatan situasi mengutamakan ketepatan penggunaan unsur-unsur bahasa dalam
pertuturan. Dengan itu, aktiviti bertutur merupakan aktiviti latih tubi supaya murid dapat
menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul. Contohnya, menyebut sesuatu dialog atau
karangan lisan sebagaimana berikut.
Wanita : Pak cik, bil air boleh bayar di kaunter ini ke?
Kakitangan pos : "Pak cik?
Wanita : terdiam)
Kakitangan pos : Cik adik...umur saya ni baru 35 tahun, kenapa panggil pak cik?
Wanita : Maafkan saya. Tetapi bapa saudara saya yang bongsu
baru berumur 30 tahun. Dia pak cik saya.
Kakitangan pos : Lain kali panggil saya abang atau encik. Saya berkahwin pun belum.
Sebenarnya, terdapat persamaan pendekatan situasi dan komunikatif dalam pengajaran
kemahiran bertutur. Kedua-dua pendekatan ini menggambarkan dalam pengajaran kemahiran
bertutur, guru perlu memberi latihan kepada murid-murid menggunakan unsure bunyi bunyi dan
struktur bahasa terlebih dahulu sebelum menyuruh murid melaksanakan sesuatu aktiviti
melibatkan kemahiran bertutur. Tanpa latihan daripada guru, murid-murid tidak akan dapat
menguasai kemahiran bahasa: bertutur dengan menggunakan bahasa yang tepat dan
berkesan.
Kaedah Pengajaran Kemahiran Bertutur
Telah dimaklumkan bahawa kemahiran lisan mendengar dan bertutur) dapat diajar melalui dua
pendekatan, iaitu pendekatan situasi yang mementingkan penyebutan unsur-unsur bunyi
bahasa atau kecekapan bahasa tatabahasa); manakala pendekatan komunikatif
mengutamakan kecekapan komunikatif, iaitu ketepatan penggunaan bahasa mengikut konteks
penggunaannya dalam interaksi pertuturan. Berikut merupakan kaedah pengajaran yang
dicadangkan berdasarkan sama ada pendekatan situasi mahupun pendekatan komunikatif.
Kaedah Terus
Kaedah terus beranggapan bahawa murid-murid dapat mempelajari bahasa dengan cara
mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan kemudian melibatkan diri dalam
perbualan tersebut. Hal ini berlaku sebagaimana kanak-kanak belajar bahasa ibunda mereka,
iaitu dengan cara mendengar, meniru dan mengulangi perlakuan bahasa yang mereka dengari
sehinggalah mereka dapat membentuk satu kelaziman dalam berbahasa. Pengajaran bertutur
melalui kaedah ini memperlihatkan beberapa ciri yang ketara, antara lain:
a) murid digalakkan memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan konteks
penggunaan bahasa tersebut;
b) sekiranya murid gagal juga memahami perkataan dan frasa tersebut, guru akan
menghuraikan makna dengan menggunakan bahasa sasaran, lukisan, lakaran, lakonan,
gerak laku dan lain-lain;
c) aspek tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dan contoh-contoh yang sesuai;
d) murid dilatih membuat kesimpulan terhadap bentuk-bentuk struktur yang dipelajari secara
induktif, dan
e) guru bahasa perlu menggunakan pengetahuan linguistik bagi mengajar sebutan dan intonasi
yang betul. Berdasarkan ciri-ciri di atas itu, langkah-langkah pengajaran guru bolehlah
ditetapkan seperti berikut:
a) Guru akan memperdengarkan kepada murid satu perbualan mudah yang mengandungi
ayat-ayat yang sempurna.
b) Murid dilatih untuk berbual dengan menggunakan dialog perbualan yang diberi.
c) Guru menggunakan teknik latih tubi bagi memastikan murid dapat menguasai sebutan dan
intonasi serta dapat menyerapkan peraturan nahu yang terdapat pada pola-pola ayat dalam
perbulan tersebut.
KeIebihan kaedah terus
murid boleh menguasai kemahiran bertutur dengan baik. Mereka juga terlibat secara aktif
dalam pertuturan. Kaedah ini dianggap berjaya, jika murid dapat mempraktik atau mengguna
kan kemahiran berbahasa yang diajarkan itu di luar bilik darjah.
KeIemahan kaedah terus
terletak pada bahan pengajarannya. Bahan-bahan pengajaran yang digunakan oleh guru dalam
kaedah ini merupakan bahan yang boleh dihafaz ataupun bahan perbualan yang telah
ditetapkan. Bahan-bahan seperti ini mungkin tidak sesuai digunakan dalam situasi perbualan
yang lazim digunakan dalam sesuatu masyarakat.

Kaedah Fonetik atau Kaedah Linguistik
Kaedah fonetik ini serupa dengan kaedah terus kerana mementingkan penggunaan bahasa
dalam konteksnya daripada keperluan menghafaz rumus-rumus bahasa ataupun menghuraikan
ayat-ayat secara pencilan. Sehubungan dengannya, guru terlebih dahulu, perlu memastikan
penggunaan latih tubi unsur-unsur bahasa dalam aktiviti bertutur itu dikuasai sebaik-baiknya
oleh murid sebelum mereka dibenarkan membaca bahan dalam konteks bahasa yang dipelajari
itu. Bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran dipilih dan disusun mengikut prinsip-
prinsip yang terdapat dalam ilmu linguistik. Justeru, ketika memilih perkataan, kaedah ini
mendahulukan perkataan yang hampir-hampir sama bunyi daripada kedua-dua bahasa yang
dibandingkan itu:
.offee - kopi
s.hool - sekolah
radio - radio
-i.y.le - basikal
-is.uit - biskut
Manakala pemilihan ayat-ayat pula dilakukan berdasarkan bentuk yang sama juga.
Subjek Kata kerja Objek
Saya
I
pergi
go
ke sekolah.
to s.hool.
Dia
He
minum
drinks
susu.
milk.
Dengan demikian murid boleh memahami dan bertutur dalam bahasa sasaran dengan
menggunakan sebutan yang baik. Guru bolehlah merancang pengajarannya seperti berikut:
a) Guru menyebut bunyi perkataan-perkataan dalam bahasa sasaran;
b) Murid dilatih tubi menyebut bunyi-bunyi tersebut;
c) Guru memberi contoh-contoh struktur ayat atau unsur-unsur tatabahasa; dan
d) Murid membuat kesimpulan berdasarkan contoh-contoh yang diberi oleh guru.

Kaedah Audio-LinguaI
Kaedah audio-lingual ini menggunakan alat-alat rakaman bagi tujuan memudahkan murid
menjalankan latihan bahasa, khasnya latihan bertutur secara intensif. Kaedah pengajaran
ini berlandaskan prinsip-prinsip berikut:
a) Bahasa adalah alat pertuturan bukan penulisan;
b) Bahasa merupakan satu kebiasaan atau kelaziman;
c) Murid mestilah diajar untuk menggunakan bahasa bukan dajar tentang pengetahuan
bahasa;
d) Bahasa ialah apa yang dituturkan oleh penutur natif; dan
e) Bahasa berbeza anta ra satu sama lain.

Berdasarkan prinsip tersebut, kaedah ini mementingkan aspek pertuturan. Kaedah ini juga
beranggapan bahawa pengajaran kemahiran bertutur merupakan proses untuk membentuk
kelaziman pertuturan murid. Dengan demikian, kaedah ini mengutamakan penggunaan bahasa,
justeru bahan sama ada yang digunakan atau diperdengarkan perlu mengambil contoh bahasa
yang dipertuturkan oleh penutur natif bahasa berkenaan. Pun demikian, unsur-unsur bahasa
asing yang berbeza dengan bahasa natif akan dilatihtubikan secara intensif supaya murid dapat
membiasakan dirinya dengan kemahiran bahasa berkenaan dengan lebih mudah. Di samping
itu, kaedah ini juga membolehkan murid memahami kebudayaan asing melalui amalan bahasa,
iaitu melalui kemahiran bertutur. Untuk memastikan kaedah ini berjaya dilaksanakan, guru
boleh mengatur langkah-langkah pengajarannya seperti berikut:
a) Murid mendengar dialog dalam bahasa asing;
b) Murid meniru dan menghafal dialog tersebut;
c) Setelah menguasai sebutan, murid dilatih tubi untuk berdialog; dan
d) Apabila murid telah dapat menghasilkan struktur ayat, guru memberi rumus-rumus ataupun
peraturan struktur ayat yang dipelajari itu.
Kaedah ini berjaya menghasilkan murid yang mahir dalam kemahiran bertutur. Kaedah ini juga
dianggap sesuai dengan kanak-kanak kerana mereka suka meniru dan menghafaz. Walau
bagaimanapun, murid sukar untuk menggunakan bahasa dalam konteks yang sebenar kerana
situasi penggunaan bahasa tersebut tidak sama dengan dialog-dialog yang dihafaz.

Kaedah Komunikatif
Pembelajaran menggunakan kaedah komunikatif ini terbentuk berlandaskan teori interaksi.
Prinsip pengajaran menggunakan kaedah ini ialah:
a) Kanak-kanak memperoleh bahasa melalui proses kognitif dan interaksi bahasa. Oleh itu,
pengajaran bahasa mestilah merangkumi pengajaran kecekapan bahasa dan komunikatif.
b) Kanak-kanak menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah mereka dapat
menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang tertentu. Dalam pengajaran
bertutur, murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti bahasa yang bermakna seperti dalam
penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan lain-lain
supaya mereka dapat berlatih menggunakan struktur bahasa yang diajar.
c) Pengajaran bertutur mestilah melalui huraian bahasa dalam teks dan wacana dan bukan
secara ayat pencilan. ni bermakna, untuk berkomunikasi dengan berkesan, ayat-ayat tidak
dihasilkan secara pencilan tetapi dalam suatu wacana.
d) Pengajaran bertutur hendaklah mementingkan pengetahuan tentang bahasa dan
penggunaan unsur bahasa dalam konteksnya. Dengan kata lain, pengajaran kemahiran
bertutur tidak boleh bertumpu kepada aktiviti latih tubi atau latih amal unsur-unsur bahasa
sahaja tetapi juga perlu memasukkan aktiviti-aktiviti penggunaan unsur-unsur bahasa yang
telah dilatih tubi atau dilatih amal tersebut.
e) Murid dibenarkan membuat kesilapan kerana dalam proses pemerolehan bahasa juga
kanak-kanak akan melakukan kesilapan. Mereka melakukannya semasa mereka membuat
percubaan hipotesis terhadap bahasa yang mereka gunakan.
KesimpuIannya
dalam proses pengajaran kemahiran bertutur, kaedah komunikatif ini bertujuan untuk
membolehkan murid menguasai kecekapan bahasa tatabahasa), dan menguasai kecekapan
menggunakan unsur-unsur bahasa yang dipelajari dalam konteks penggunaan yang sebenar
yakni dalam komunikasi bahasa.
Teknik Pengajaran Kemahiran Bertutur
Kaedah pengajaran kemahiran berbahasa memerlukan guru merancang prosedur atau cara
untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran dalam bilik darjah. Apabila seseorang guru
memilih dan menentukan langkah-langkah pengajaran, cara penyampaian isi kandungan
pelajaran dan bahan bantu mengajar yang sesuai, bermakna guru tersebut sedang memilih dan
menentukan teknik pengajaran yang paling sesuai. Meskipun setiap pendekatan dan kaedah
mempunyai teknik pengajaran yang tertentu, seseorang guru boleh menggabungkan beberapa
teknik pengajaran sesuai sebagai strategi pengajaran kemahiran bahasa yang dipercayainya
paling berkesan. Sebenarnya, terdapat banyak teknik pengajaran kemahiran bertutur yang
boleh digunakan oleh guru untuk mengajar murid bertutur dengan fasih, lancar dan tepat.
Antara lain ialah teknik:
a) Latih tubi; b) Bercerita;
c) Bersoal jawab; d) Perbualan / dialog/ wawancara
e) Perbincangan; f) Berbahas/ debat
g) Main peranan dan simulasi; h) Sumbang saran
i) Drama atau lakonan; j) Melapor berita
k) Permainan bahasa; l) Pengajaran puisi
m) Penyelesaian masalah; n) Tunjuk cara
Berdasarkan senarai teknik pengajaran kemahiran bertutur di atas, dengan mengemukakan
contoh-contoh yang sesuai buat rujukan mengenai konsep, cara pengendalian, kelebihan dan
kelemahan bagi setiap teknik tersebut. Buatlah catatan nota dan peta minda yang
sesuai bagi setiap teknik berkenaan.
Aktiviti Pengajaran Kemahiran Bertutur
Teknik pengajaran boleh dipraktikkan dalam bilik darjah melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran.
Sebagaimana teknik, terdapat jpelbagai aktiviti yang boleh dijalankan semasa prose mengajar
kemahiran bertutur dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, modul ini hanya membincangkan
beberapa contoh aktiviti yang sering digunakan oleh guru di dalam bilik darjah.
Latih Tubi Sebutan
Latih tubi sebutan dijalankan untuk melatih murid menguasai bunyi-bunyi bahasa, sebutan dan
pola ayat berdasarkan bahagian-bahagian dialog yang akan ditiru dan dihafaz oleh murid. Latih
tubi penyebutan bunyi ini juga meliputi latih tubi menyebut bunyi fonem dalam perkataan yang
mungkin menimbulkan masalah sebutan, dan pasangan minimal yang boleh menghasilkan
makna yang berbeza. Latih tubi pemintal lidah bertujuan untuk melatih murid-murid menyebut
sesuatu bunyi itu dengan betul dan tepat. Biasanya latih tubi jenis ini mengandungi bunyi-bunyi
yang menjadi masalah kepada murid. Misalnya, kelemahan menyeb ut fonem /p/
- Pandang pandan tepi pagar depan padang.
- Cuba pandang lopak-lopak air tepi jalan dengan pantas.
Bola.
Ali menendang bola.
Ali menendang bola di padang.
daki - Iaki tari - Iari malu - balu
Murid-murid, ikut
cikgu sebut.
Bola. Ali menendang
bola. Ali ..

Nyanyian
Seni kata lagu digunakan sebagai bahan untuk ditiru dan dihafaz oleh murid-murid. Aktiviti
nyanyian dapat membantu murid menguasai kemahiran bertutur kerana menyanyi memerlukan
penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut rentak dan nada yang tertentu.
Selamat datang.
Sila masuk ke dalam.
Mari kita duduk.
Apa khabar sekarang.
Sudilah minum.
Janganlah segan-segan.
Minum air kopi.
Makan kuih di pinggan.
Latihan Pandang dan Sebut
Gambar-gambar boleh digunakan sebagai bahan rangsangan untuk menghasilkan pertuturan.
Latihan pandang dan sebut merupakan latih tubi bertutur dengan menggunakan gambar-
gambar yang dimasukkan dalam teks latihan. Di samping itu, kad imbasan bergambar, carta
bergambar, bahagian filem dan slaid sering juga digunakan.
i. Pak Abu seorang petani.
ii. Dia bekerja di sawah.
iii. Dia menggunakan kerbau untuk membajak tanah.

kemahiran lisan: mendengar dan bertutur bahasa Melayu dalam kalangan murid murid Tahun 4.
Karangan Lisan
Karangan ini disampaikan dalam bentuk lisan, dihasilkan oleh murid-murid berdasarkan
bahan yang diberi oleh guru. Bahan tersebut menjadi bahan rangsangan kepada murid
untuk bersoal jawab, membuat latihan lisan bagi tujuan memperoleh bahan untuk menulis
karangan bebas.
Latihan bersoal jawab merupakan latihan lisan sama ada berdasarkan petikan yang dibaca
ataupun senarai gambar yang disediakan. Dalam latihan ini, murid-murid dikehendaki
menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru secara lisan. Dalam latihan penghasilan
pula, murid-murid diberi petikan untuk dikaji. Kemudian, muridmurid dikehendaki menghasilkan
petikan itu semula dengan menggunakan perkataan mereka sendiri. Dalam hal ini aspek
kemahiran lisan: mendengar dan bertutur jauh lebih penting daripada menghasilkan karangan
bertulis.
Memproses MakIumat
Aktiviti ini dilakukan dalam kumpulan berempat atau berlima. Umumnya, murid-murid
mempunyai jurang maklumat. Dalam hal ini komunikasi wujud kerana timbul keperluan untuk
berbincang dan menilai fakta-fakta yang diberi dalam kumpulan bagi tujuan menyelesaikan
sesuatu tugasan/masalah yang berkaitan.
Contoh:
nteraksi Sosial
Aktiviti ini berfokus kepada penggunaan bahasa yang sesuai dalam konteks sosial/situasi
tertentu, dilaksanakan dalam bilik darjah berbentuk perbualan, perbincangan, simulasi dan
lakonan. Sebaik-baiknya, aktiviti ini disusun dari peringkat mudah kepada peringkat yang lebih
mencabar.
Contoh: Lakonan Terkawal
Murid A : Pada suatu petang, anda tiba di sebuah hotel. Anda berjumpa penyambut tetamu
hotel itu dan tanyakan sama ada, ada bilik kosong atau tidak. Tanyakan harga bilik itu. Beritahu
berapa malam anda akan bermalam di situ. Tanyakan di mana anda boleh meletakkan kereta
anda.
Murid B : Anda adalah penyambut tetamu sebuah hotel yang terkenal dengan pekerjanya yang
peramah. Hotel mempunyai dua bilik kosong, satu bilik Senarai barang yang diberi oleh guru.
Khemah
Lampu picit
Makanan kering
Makanan basah
Alat memasak
Pakaian
Baldi
Alat menjahit
Pisau
Kapak
Bantal
Selimut
Air
Susu tin
Cangkul
Surat khabar
Radio
Mancis api
Murid diminta berimaginasi bahawa mereka akan pergi berkhemah di bukit selama tiga hari.
Tiap-tiap seorang hanya boleh membawa barangan seberat tidak melebihi 20 kilogram.
Kumpulan mesti mengambil keputusan apa yang paling perlu mereka bawa dari senarai yang
diberi oleh guru. Mereka juga dikehendaki memberi alasan mengapa mereka membuat
keputusan begitu.

untuk seorang dan sebuah lagi untuk dua orang. Harga bilik untuk seorang ialah RM 10.00 dan
RM 15.00 untuk bilik dua orang untuk satu malam. Di belakang hotel ada tempat letak kereta.
Hotel anda juga menyediakan sarapan pagi bagi pelanggannya. Kamaruddin Hussin : 2001)
Teliti gambar di bawah, kemudian jawab soalan berikut:
a) Perihalkan situasi yang anda lihat dalam gambar tersebut;
b) Jelaskan mengapa fenomena ini boleh berlaku
c) Buat dialog yang sesuai bagi tujuan memperbaik dialog yang terdapat dalam gambar ini.
Rumusan
Perhubungan antara pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa, khasnya kemahiran bertutur adalah sangat rapat. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bertutur, unsur-unsur ini bukanlah bersendirian atau terpisah sifatnya malahan ia
kelihatan berinteraksi, selaras dan menyaling. Oleh itu, perancangan yang baik dan lengkap
untuk menggunakan unsur-unsur ini akan menghasilkan satu pengajaran yang bermutu serta
pembelajaran yang berkesan.

Tajuk 4
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Penyediaan Rancangan Pengajaran Aktiviti Mendengar dan Bertutur
Objektif, Langkah-langkah Sebelum, Semasa dan Selepas Aktiviti
Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
Sinopsis
Rancangan Pengajaran sama ada mingguan dan harian mengandungi set pengetahuan
lengkap yang menghuraikan rancangan aktiviti pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur
dalam bilik darjah. Antara lain Rancangan Pengajaran Mingguan/Harian guru sedikit banyak
mengandungi keterangan mengenai objektif, langkah pengajaran sebelum, semasa dan
selepas pelaksanaan sesuatu aktiviti. Dalam hal ini terutamanya yang berkaitan dengan
pembinaan dan penggunaan bahan bantu pengajar, prinsip-prinsip asas mengenainya perlu
dipatuhi supaya tahap keberkesanaan pengajaran guru dapat dipertahankan.
HasiI PembeIajaran
1. Menentukan objektif dan aktiviti: sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran
kemahiran mendengar dan bertutur; dan
2. Menyatakan beberapa prinsip pemilihan, pengasilan dan penggunaan bahan bantu
mengajar yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar
dan bertutur;
Penyediaan Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur:
Komponan Persediaan Mengajar
Persediaan Penyampaian Penutup
Maklumat Am Set nduksi Kesimpulan
Pengetahuan Sedia Ada Perkembangan Penilaian
Objektif Pengajaran
i. Kemahiran Peneguhan Tugasan si Pelajaran
ii. Kemahiran menerangkan lustrasi Ulasan Kendiri
iii. Kemahiran Menggunakan Papan Tulis
iv. Kemahiran Variasi Rangsangan
v. Kemahiran Menyoal
MenuIis Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur
Menyediakan Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur penting,
sebagaimana pentingnya guru menyediakan rancangan mengajar kemahiran berbahasa yang
lain. Cuma, berbanding dengan kemahiran membaca dan menulis, kemahiran mendengar dan
bertutur merupakan asas kepada penguasaan kemahiran berbahasa yang berikutnya. Justeru,
dalam usaha merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan
bertutur, guru perlu lebih berhati-hati memilih dan menyediakan aktiviti pengajaran yang lebih
sesuai, tepat dan berkesan. Maknanya, guru perlu menentukan matlamat / objektif
pengajarannya secara tepat meliputi aspek pengetahuan menyenaraikan, menyatakan,
menghuraikan, mengenali) kemahiran intelek menjelaskan, menggunakan dan
menyelesaikan), psikomotor menyampaikan dan melaksanakan) dan afektif memilih).
Pengajaran dan PembeIajaran Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur
Perancangan aktiviti lisan melibatkan tiga peringkat berikut:
a) Peringkat persediaan sebelum melaksanakan proses P & P)
Pada peringkat ini, guru sekurang-kurangnya perlu melakukan tiga perkara asas,
iaitu:
i) guru menerangkan tugasan atau dengan memberi contoh-contoh yang sesuai membuat
tunjuk cara mengenai apa yang akan dilakukan oleh murid dalam proses pengajarannya
nanti;
ii) guru menyedia dan mengedarkan bahan-bahan kad kiu, kad imbasan, bahan stensilan,
gambar, alat tulis dan seumpamanya) yang akan digunakan dalam proses P & P;
ii) guru perlu memastikan semua alat dan bahan yang disediakan itu berada dalam keadaan
baik, mencukupi, boleh digunakan dan murid tahu menggunakannya, semasa mereka
membuat atau melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan.
b) Peringkat pelaksanaan aktiviti semasa melaksanakan proses P & P)
Terdapat sekurang-kurangnya dua perkara penting, iaitu
i) murid-murid melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan;
ii) guru menyelia dan memberi bimbingan secara kelas, kumpulan atau berpasangan, bahkan
secara individu sekiranya perlu.
c) Peringkat susulan dan penilaian
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peringkat membuat tindakan susulan dan
penilaian dianggap paling penting kerana pada peringkat ini guru boleh menentukan sama ada,
i) objektif pengajarannya tercapai atau tidak,
ii) murid-murid boleh atau tidak melaksanakan tugasan yang diberikan dalam tempoh masa
yang ditetapkan,
iii) apakah kekuatan @ kekurangan yang terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran
berkenaan,
iv) berdasarkan maklum balas yang diperolehnya dalam perkara i iii), guru boleh membuat
Penambahbaikan mengenainya. Paling penting sebagai tindakan susulan, guru boleh
meminta murid melaksanakan tindakan susulan sama ada aktiviti pemulihan untuk murid-
murid yang lemah) dan aktiviti pengajayaan untuk murid-murid yang berpotensi
cemerlang).
Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran dan PembeIajaran
a) Bahan yang sesuai
Prinsip pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan: mendengar dan
bertutur sebenarnya berkaitan dengan kriteria pemilihan bahan berkenaan hendaklah sesuai
dengan objektif dan matlamat pengajaran bahasa Melayu secara khusus kemahiran lisan),
pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran; keadaan dan keselamatan murid-murid, suasana
dan kecenderungan pembelajaran murid:
Kesesuaian dengan perkara Penjelasan
Objektif dan matlamat pengajaran
a) Guru boleh memilih bahan yang sesuai dan dapat membantunya mencapai objektif dan
matlamat pengajaran;
b) Selaras dan menepati hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia , Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Kerajaan Malaysia;
c) Sesuai dengan kebudayaan, adat resam, kepercayaan dan amalan dalam kalangan
masyarakat tempatan. Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran
a) Bahan yang dipilih hendaklah jelas dan pemilihannya ditentu lebih terdahulu.
Keadaan pelajar
a) Pemilihan bahan perlu sesuai dengan keadaan murid-murid yang belajar bahasa Melayu;
b) Mengambil kira latar belakang pendidikan, status sosioekonomi dan tahap pencapaian
pelajar; Suasa pembelajaran a) Bahan yang sesuai dengan suasana pembelajaran akan
meninggalkan kesan yang baik kepada muridmurid;
b) Elemen penting dalam suasana pembelajaran ialah murid-murid, guru, isi pelajaran dan
bahan;
c) kesesuaian bahan yang dipilih merupakan motivasi tinggi, mendorong, menggerak,
merangsang, mengarah dan menentukan reaksi murid-murid Terhadapnya Minat pelajar a)
Bahan pengajaran yang dipilih mesti sesuai, selari dan dengan minat dan kecenderungan
murid-murid belajar.
Selain menimbang aspek kesesuaiannya, seseorang guru juga perlu memberi perhatian
kepada perkara-perkara berikut:
b) Bahan yang dipilih mesti men.a-ar. Tiga perkara penting dalam proses pengajaran, iaitu
aspek rangsangan, pemikiran dan tingkah laku. Dalam hal ini, aspek rangsangan akan
menggerakkan akal pemikiran), kemudiannya mempengaruh tindakan tingkah laku)
seseorang. Sehubungan dengannya, bahan yang pilih dalam proses P & P perlu memiliki ciri-
ciri tersendiri yang boleh mencabar minda dan mendorong minat murid-murid untuk belajar.
Antara lain, mematuhi prinsip-prinsip berikut:
i) bahan konkrit kepada bahan abstrak,
ii) bahan mudah kepada yangkompleks,
iii) bahan yang mempunyai fakta terasing kepada bahan yang mengandungi fakta bersepadu,
iv) bahan yang khusus kepada bahan yang umum,
v) bahan umum kepada bahan teori,
vi) bahan masa kini kepada bahan masa akan datang, dan
vii) bahan yang bersifat duniawi kepada bahan yang bersifat ukhrawi!
c) Bahan yang menepati o-jektif pengajaran. Hal ini penting kerana yang hendak diajar itu
ialah subjek yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Sehubungan dengannya, bahan yang
dipilih itu mestilah mempunyai potensi untuk memperkukuh kemahiran berbahasa. Selain itu,
bahan P & P yang dipilih itu semestinya juga mengandungi maklumat fakta) tertentu. Antara
lain, perkara yang boleh diberi perhatian, ialah
i) pertautan bahan itu dengan isi kandungan, tahap pencapaian, kebolehan, minat,
latar belakang, pengalaman murid-murid,
ii) urutan susunan bahan perlu teratur mempunyai hubungan, kandungan bab kepada bab
yang lain,
iii) mengandungi maklumat @ fakta penting dan kemas kini - semasa,
iv) kosa kata yang sesuai mengikut tahap/umur murid,
v) bahan berbentuk buku perlu dirujuk kepada kementerian dan agensi kerajaan, dan
vi) bahan bahan berkenaan perlu mengandungi soalan latihan dan ulangkaji.
d) Bahan yang menarik minat murid-murid. Hal ini demikian kerana reka letak, saiz, ilustrasi
dan grafik, kualiti kulit dan cara buku itu dijilid; bahan bantu mengajar berkenaan mengandungi
arahan yang jelas;
e) Bahan yang jimat dan murah perkara penting perlu diberi pertimbangan kerana kewajaran
kosnya munasabah);
f) Bahan yang praktikal dari segi boleh guna, ekonomik digunakan secara berulang kali,
bahkan boleh dimanfaat juga dalam P & P mata pelajaran lainnya;
g) Bahan yang -ersifat luwes - bahan yang boleh ubah cenderung untuk diguna pakai dalam
kalangan dan di antara mata pelajaran, kelas dan antara sekolah dan wilayah. Sebenarnya,
proses pemilihan bahan untuk kemahiran bertutur dan kemahiran mendengar adalah sama
sahaja. Perbincangan mengenai jenis bahan bantu mengajar untuk kemahiran bertutur itu
dinyatakan sebagaimana berikut:
Aktiviti latih tubi untuk pertuturan
Aktiviti latih tubi bertujuan membolehkan murid-murid bertutur dengan baik menggunakan
alatan seperti pita rakaman, gambar-gambar bersiri, carta, kad-kad imbasan tanpa gambar
dan bergambar, filem dan slaid.

Aktiviti peniruan dan hafazan
Bahan-bahan untuk aktiviti peniruan dan hafazan ini selalunya disediakan oleh guru dan
disesuaikan dengan kebolehan dan kematangan murid. Contohnya adalah seperti dialog,
seni kata lagu, dan petikan karangan.

Aktiviti kemahiran komunikatif
Alat yang berkesan untuk aktiviti komunikatif ialah pita rakaman video kerana melalui pita
rakaman ini murid dapat mendengar contohcontoh sebutan, nada, intonasi dan gaya
pengucapan penutur dalam satu interaksi bahasa. Selain itu, murid dapat melihat cara
penggunaan unsur-unsur bukan linguistik seperti gerak tangan, kepala, mimik muka dan
lain-lain yang dapat menyampai kan sesuatu maksud. Misalnya:
a) Guru menayangkan cerita Peristiwa di Se-uah Pasar Raya tanpa suara kepada kelas;
b) Murid secara individu meramal dan mencatat kata bual watak tersebut;
c) Murid berbincang dalam kumpulan kecil tentang kata bual yang diramalkan, dan
menghasilkan sebuah dialog daripada kata bual yang telah dipersetujui bersama;
d) Dialog dibentangkan kepada kelas dalam bentuk lakonan;
e) Guru menayangkan semula cerita tadi dengan bersuara supaya murid boleh
membandingkan dialog ciptaan mereka daripada dialog rakaman; dan
f) Setiap murid dikehendaki menyambung cerita tadi dalam bentuk penulisan. Aktiviti lawatan
boleh memberi pengalaman bermakna kepada murid-murid. Aktiviti lawatan boleh
membantu mereka menjalankan aktiviti komunikasi seperti perbincangan. Antara lain, aktiviti
lawatan boleh dilakukan seperti melawat tempat-tempat bersejarah, kawasan kawasan
perindustrian, kawasan melombong dan tempat-tempat peranginan. Di samping itu, alat
bantu mengajar dalam bentuk pandangan seperti gambar, rajah, peta, jadual, iklan boleh
juga membantu murid dalam aktiviti prakomunikatif dan komunikatif.

Aktiviti pengumuman lisan
Pengumuman lisan boleh dipetik daripada pengumuman yang dibuat di lapangan terbang, di
stesen keretapi, dan dalam upacara-upacara tertentu. Bahan pengajaran yang digunakan
dalam aktiviti latihan kemahiran bertutur mestilah terdiri daripada bahanbahan yang authentic
ataupun bahan-bahan yang diambil daripada sumber asal. Contohnya, laporan cuaca, berita
pengumuman, wawancara, forum, bacaan sajak, syair dan lain-lain yang diambil daripada
siaran radio atau televisyen. Penggunaan pelbagai bahan daripada sumber asal dalam
pengajaran bertutur ini penting kerana bahan tersebut mengandungi ciri-ciri utama dalam
bahasa pertuturan yang perlu dicontohi oleh murid-murid.
Anda telah mengetahui beberapa alat yang digunakan untuk menjalankan beberapa aktiviti
bertutur. Sekarang mari kita lihat bagaimana beberapa alat bantu mengajar digunakan untuk
menjalankan aktiviti-aktiviti bertutur.
Boneka
a) Murid membaca dan memahami dialog Tutu dan Titi.
Perhatian kepada semua penumpang Malaysian Airlines dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu,
Sabah. Pesawat akan berlepas pada pukul 3.00 petang. Semua penumpang diminta masuk
melalui pintu B3.
b) Kelas dibahagi kepada dua kumpulan, satu kumpulan membaca dialog Tutu, dan satu
kumpulan lagi membaca dialog Titi sambil guru memainkan boneka.
c) Murid membaca sekali lagi secara kumpulan dan murid lain memainkan boneka.
d) Dua orang murid diminta membaca dialog Tutu dan Titi dan dua orang lagi
memainkan boneka. Aktiviti ini dibuat bergilir-gilir dengan murid lain.
e) Dua orang murid diminta melafazkan dialog sambil memainkan boneka.
f) Guru dan murid bersoal jawab tentang pengajaran yang terdapat daripada cerita tadi.

Bahan Kartun
a) Murid meneliti gambar kartun bersiri Dua Ekor Kambing tanpa dialog.
b) Murid bercerita tentang gambar bersiri dengan mengguna kan bahasa yang sesuai.
c) Guru dan murid berbincang tentang simpulan bahasa yang digunakan dalam cerita
dan dari segi ketepatan maknanya.
d) Murid menulis cerita Dua Ekor Kambing dalam bentuk karangan.
Video dan Bahan Sastera
a) Murid menonton rakaman drama.
b) Murid dibahagikan kepada kumpulan.
c) Setiap kumpulan diberi dua tugas iaitu memberi pendapat sama ada bersetuju atau
tidak dengan tindakan yang diambil oleh watak Hang Tuah, Hang Jebat dan Sultan
Melaka dalam cerita Hang Jebat.
d) Kemudian kumpulan diminta memainkan peranan watak yang berkenaan dengan
membuat tindakan sendiri.

Gambar Foto (potret)
Kesimpulannya
Penggunaan alat bantu mengajar yang dinyatakan sebenarnya boleh diubah suai mengikut
keadaan dan keperluan peringkat pembelajaran murid. Apa yang penting ialah bagaimana
murid dilibatkan secara aktif dalam aktiviti yang dilaksnakan itu menggunakan bahasa dengan
berkesan dan berkeyakinan untuk bertutur, memberikan pendapat secara kreatif dan kritis.
Sesungguhnya, keberkesanan alat bantu mengajar bergantung kepada sejauh manakah deria
seseorang itu dilibatkan. Dengan demikian, pendekatan yang melibatkan pelbagai deria melalui
pelbagai bahan, media atau alat bantu mengajar itu adalah perlu untuk menghasilkan
pembelajaran yang lebih berkesan dan bermakna.
Anda telah membaca beberapa jenis teknik, aktiviti dan alat bantu mengajar kemahiran bertutur.
Sekarang sila hasilkan tiga rancangan pengajaran harian yang menggunakan teknik, aktiviti dan
alat bantu mengajar yang sesuai untuk mencapai kemahiran bertutur yang terkandung dalam
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu.
a) Murid diminta menerangkan keadaan emosi seorang kanak-kanak yang terdapat dalam foto
yang diperlihatkan iaitu sama ada sedih, gembira, takut, marah dan sebagainya.
b) Murid kemudian meramalkan peristiwa yang mencetuskan perasaan demikian.
c) Murid diminta menyenaraikan beberapa perkara yang menarik tentang pemuda itu
d) Murid membuat karangan pendek tentang kanak-kanak tersebut.

Tajuk 5
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Prinsip dan Prosedur Pembinaan nstrumen Penilaian Kemahiran
Mendengar dan Bertutur.
Sinopsis
Penilaian merupakan aspek penting dalam pengajaran bahasa. Pun demikian dalam
pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur, aspek penilaian terutamanya perihal
menentukan instrumen penilaian yang sesuai sebagai mengukur prestasi kemahiran
mendengar dan bertutur dalam kalangan murid-murid bukan sesuatu yang mudah. Justeru,
modul ini mencadangkan beberapa prinsip dan prosedur memilih, menentu dan
menggunapakai instrumen tretentu sebagai alat mengukur kemahiran mendengar dan
bertutur salam kalangan murid.
Hasil Pembelajaran
1. Menyatakan beberapa prinsip pemilihan, penghasilan dan penggunaan bahan yang
sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan
bertutur; dan
2. Mengemukakan bentuk penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur.
PengenaIan
Kemahiran lisan: mendengar dan bertutur melibatkan kemahiran memperoleh, membuat
taakulan, memproses dan kemudian menyampaikan maklumat: bertutur dengan menggunakan
kaedah sebutan intonasi) yang tepat, betul dan berkesan. Selain itu, kemahiran mendengar
dan bertutur juga bermakna keupayaan seseorang menyebut frasa dan ayat-ayat yang
dibentuknya dengan menggunakan intonasi yang betul dan membuat hentian mengikut unit-unit
makna yang sesuai. Nada, kenyaringan dan kelantangan suara mesti dikawal dan dihasilkan
bersesuaian dengan situasi dan konteks pertuturan. Aspek kepantasan bertutur dengan gerak
anggota seperti mimik muka, gerak mata, tangan dan sebagainya banyak membantu seseorang
murid menyatakan perasaan, idea dan pandangan seseorang mengenai sesuatu. Semua ini
akan menghidupkan lagi suasana pertuturan yang baik kerana ini dapat menentukan makna
sesuatu ujaran yang diucapkan. Seseorang yang dianggap petah berkata-kata, ialah seseorang
yang menguasai perbendaharaan kata, memilih dan boleh menggunakannya bertepatan
dengan konteks untuk menyampaikan maklumat itu dengan jelas dan tepat. Dengan itu, dia
mampu membentuk frasa dan ayat-ayat yang betul, iaitu tepat dari segi makna dan struktur. Dia
juga pandai menggunakan sesuatu perkataaan itu dengan berbagai cara dan makna yang
berbeza-beza berdasarkan bentuk binaannya yang berbeza pula. Satu lagi aspek yang penting
dalam pertuturan, ialah aspek ketatasusilaan berbahasa yang perlu diguna mengikut situasi
yang sesuai. Contohnya, bahasa Melayu mempunyai ujaran hormat untuk mempersilakan
tetamu masuk ke rumah, mempersilakan makan, meminta pertolongan dan berbagai-bagai lagi.
Demikian juga, bahasa Melayu mempunyai sistem panggilan dan sapaan yang khusus untuk
merujuk seseorang yang menjadi lawan kita bertutur. Kata sapaan itu hendaklah digunakan
dengan betul dalam suatu interaksi yang kita hadapi. Tegasnya, pengguna bahasa Melayu
perlulah menggunakan bahasa itu dengan betul, iaitu tepat dari segi tatabahasa dan juga
kesesuaian penggunaannya dengan konteks-konteks tertentu. Sehubungan dengannya,
penilaian dan pengujian terhadap kemahiran bertutur haruslah mempertimbangkan semua
aspek bahasa dan tahu berbahasa ini.

Bahagian-bahagian PeniIaian Bertutur
Penilaian bertutur terbahagi kepada dua:
Pertama: penilaian kemahiran menye-ut
Penilaian kemahiran menyebut lazimnya dijalankan dalam kalangan murid-murid pada
peringkat awal pembelajaran, khususnya kepada murid yang belum boleh bertutur dalam
bahasa yang mereka pelajari. Misalnya, dalam kalangan murid-murid bukan Melayu, mereka
masih memperlihatkan pengaruh bahasa ibunda yang kuat sehingga menyebabkan bahasa
Melayu yang mereka gunakan itu mengalami gangguan. Walau bagaimanapun murid Melayu
juga mengalami gangguan daripada dialek daerah. Selain itu, penilaian sebutan ini perlu juga
dilakukan dalam kalangan murid yang sukar membunyikan sesuatu lambang atau huruf atau
bunyi daripada bunyi-bunyi pinjaman seperti
kh, gh, sy, z, v, s dan f.
Penilaian dan pengujian kemahiran menyebut merangkumi penyebutan fonem, suku kata, frasa
dan ayat-ayat. ni secara langsung melibatkan pula unsur-unsur tekanan, hentian dan intonasi.

PeniIaian kemahiran bertutur
Kemahiran bertutur merujuk kepada kemahiran berkomunikasi secara lisan dengan
menggunakan bahasa, iaitu untuk melahirkan perasaan, pendapat, kehendak dan sebagainya.
Kemahiran ini memerlukan seseorang itu berfikir dan menghasilkan ayat-ayat secara spontan
dan bertepatan dengan maksud yang hendak disampaikan. Baiklah. Dapatkah anda
merumuskan aspek apakah yang akan dinilai dalam kemahiran bertutur ini? Mari kita rumuskan
semula. Penilaian lisan memfokus kepada sebutan dan pertuturan. Pertamanya, untuk
melayakkan seseorang itu diterima sebagai penutur yang fasih dan berkesan, ia perlulah dapat
menyebut bunyi bahasa dengan betul mengikut nada dan intonasi yang sesuai dengan konteks
pertuturannya, kemudian, diadun pula dengan ciri paralinguistik dan ketatasusilaan bahasa
yang santun. Keduanya, seseorang itu tidak mungkin petah berbahasa sekiranya dia tidak
mempunyai kosa kata yang cukup. Dengan itu, dia juga memerlukan penguasaan
perbendaharaan kata yang luas. Bersama ketepatan tatabahasa barulah seseorang itu dapat
melahirkan perasaan dan pendapat secara spontan dan tepat dengan maksud yang hendak
disampaikan.

Teknik menguji kemahiran bertutur
Bertutur dengan gerak baIas terhad
Bertutur mengikut arahan
Mengikut teknik ini, guru memberikan arahan tertentu supaya murid memberi gerak balas
secara terhad terhadap arahan tersebut. Misalnya,
TEKNIK
MENGUJI
KEMAHIRAN
MENYEBUT
Mengajuk atau meniru sebutan yang diperdengarkan.
Murid mendengar sebutan perkataan, frasa atau ayat yang diperdengarkan oleh guru sama ada
daripada pita rakaman atau disebut sendiri, mengikut gaya sebutan yang betul mengikut
konteks dan situasi. Ayat-ayat itu boleh dipetik daripada bahan bercetak seperti cerita.

Menyebut perkataan
pasangan minimaI
Murid menyebut pasangan perkataan yang sukar disebut dan dideikriminasikan bunyinya. Guru
memaparkan perkataan dan menyuruh murid menyebutnya. Kemudian guru memaparkan
perkataan lain yang hampir sama bunyi dan menyuruh murid menyebut. Kemudian guru
merumuskan perbezaan bunyi kedua perkataan tersebut.
Membaca kuat.
Ujian membaca kuat boleh digunakan untukmurid yang telah tahu membaca. Dengan membaca
kuat, murid dinilai dari segi kelancarannya membaca dengan nada, intonasi dan gaya mengikut
wacana dan konteks ayat-ayat dalam petikan yang dibaca itu.
Pemarkatan.
Untuk memudahkan pemark atan ditentukan bahawa hanya satu atau dua perkara sahaja yang
dinilai misalnya intonasi ayat dan penyebutan dua atau tiga fonem yang menjadi masalah.

uru : Beritahu rakan kamu -ahawa saya akan datang ke rumahnya esok.
Murid : Ali, .ikgu akan ke rumah kamu esok.
Ujaran-ujaran -ertatasusila -oleh juga dinilai -erdasarkan teknik ini.
uru : Kamu telah tersesat jalan dan telah -ertemu dengan seorang tua yang
tidak kamu kenali. Tuturkan -agaimanakah kamu harus meminta
-antuan daripada orang tua itu. Kamu hendaklah menggunakan kata
sapaan dan kata-kata hormat yang sesuai untuk -erkomunikasi dengan
orang tua itu.
Bertutur berdasarkan gambar
Di sini, gambar, peta, objek atau apa sahaja bentuk pi.torial diagram perlu digunakan dan
beberapa soalan dikemukakan oleh guru. Murid perlu memberi gerak balas kepada soalan itu.
Guru boleh mengemukakan beberapa soalan mudah berdasarkan gambara di atas.
Misalnya:
(a) Siapa yang dapat kamu lihat dalam gam-ar ini?
(-) Apa yang sedang mere ka lakukan?
(.) Pada pendapat kamu apakah yang sedang dilakukan oleh orang yang -ertutur itu?
(soalan ini le-ih tinggi arasnya untuk menggalakkan murid -erfikir dengan le-ih
kritis).

Membaca Kuat
a) Aspek yang diuji - sebutan, pertuturan dan intonasi.
b) Bahan - sederhana panjang, sesuai dengan umur murid dan tahap penguasaan bahasa.
Masa yang sesuai untuk membaca ialah 2-3 minit.
KeIebihan: Guru mudah membuat perbandingan kerana gerak balas murid tetap dan
terkawal. Banyak subkemahiran bertutur yang dapat dinilai seperti kecekapan menyebut bunyi,
kecekapan memberhentikan pembacaan mengikut unit makna dan nahu, dan kecekapan
mengucapkan ayat dengan nada, intonasi, dan tekanan yang betul.
KeIemahan: Tidak menunjukkan ciri-ciri komunikasi yang sebenar mengikut konteks kerana
murid hanya membaca bahan. Oleh itu, aspek-aspek kecekapan memilih struktur kata hormat,
spaan membina ayat secara natural dan spontan tidak dapat dinilai.
Bertutur Secara Berpandu
Bertutur secara berpandu memberi peluang yang lebih bebas kepada murid bertutur dengan
menggunakan kemahiran yang mereka telah kuasai. Pertuturan mereka tidaklah terikat kepada
perbendaharaan kata dan bentuk-bentuk ayat soalan guru sebaliknya mereka berpeluang
memilih perkataan dan membina ayat-ayat mereka sendiri. Walau bagaimanpun, batasan masih
ada, iaitu fokus pertuturan mereka itu tertakluk kepada sesuatu yang telah ditetapkan oleh guru.
Antara teknik-teknik yang tergolong dalam penilaian jenis ini ialah:
Menceritakan semuIa sesuatu cerita atau petikan yang diberikan oIeh guru.
a) Guru memberi murid petikan cerita pendek;
b) Murid membaca senyap;
c) Guru membaca kuat petikan;
d) Murid menceritakan semula petikan yang dibaca oleh guru;
e) Aspek yang diuji ialah kemahiran mendengar dan memaham jika petikan dibaca oleh
guru). Kemahiran membaca dan memaham jika petikan dibaca oleh murid). Kecekapan
menggunakan kata, frasa dan ayat dengan gaya bercerita yang betul.
Membuat penjeIasan atau pemerian mengenai sesuatu perkara:
Main peranan
Teknik ini juga digunakan untuk menguji kemahiran bertutur. Guru perlu memikirkan situasi
tertentu yang membolehkan murid memainkan peranan tertentu. Guru perlu menerangkannya
dengan jelas sebelum mengarahkan murid melakonkan apa yang dikehendakinya. Penilaian ini
boleh dijalankan secara individu ataupun secara berpasangan. Misalnya:
Pilih dua orang murid, masing-masing diarahkan untuk memainkan peranan, murid A se-agai
inspektor polis dan murid B se-agai seorang awam yang hendak mem-uat aduan tentang suatu
kes ragut yang -aru sahaja disaksikannya, tidak jauh dari -alai polis itu. Minta kedua-dua murid
melakonkan peranan masing-masing se.aara spontan.
Teknik ini dapat menilai kecekapan murid memilih bentuk bahasa yang sesuai dengan
situasi dan dengan penutur tertentu, di samping dapat menilai berbagai-bagai subkemahiran
bertutur sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini.
Temu buaI dan Temu duga
Teknik temuduga atau temubual dalam menilai kemahiran bertutur dengan cara memberi
peluang yang lebih bebas kepada murid untuk bertutur dengan menggunakan kecekapan
berbahasa mereka sendiri. Teknik ini mewujudkan situasi komunikasi yang sebenar dalam
kalangan penemuramah dengan penemuduga, sama ada antara guru dengan murid atau murid
dengan murid. Dengan demikian, guru boleh menilai kebolehan sebenar murid-murid
menggunakan bahasa secara lisan dalam konteks sebenar.
Murid diminta mengingat atau mengimaginasikan sesuatu dan menjelaskan sesuatu
mengenainya. Misalnya: percutian semasa cuti sekolah. Teknik ini dapat menilai kecekapan
bertutur secara spontan, tanpa bimbingan guru

Pemarkatan Ujian Bertutur
Terdapat dua bentuk pemarkatan yang boleh diterapkan untuk menguji kemahiran berturur, iaitu
pemarkatan secara objektif dan pemarkatan secara holistik.
Pemarkatan Se.ara O-jektif
Pemarkatan secara objektif sesuai digunakan untuk murid-murid peringkat rendah yang
belum mempunyai asas penguasaan lisan yang kukuh dan belum boleh bertutur dengan lancar.
Soalan yang dikemukakan pula berbentuk item yang memerlukan murid member gerak balas
langsung dan bertutur dengan menggunakan ayat-ayat yang pendek berdasarkan gambar;
menjawab soalan-soalan pendek yang mudah, ataupun menyebut ayat-ayat yang ditunjukkan
kepada mereka dengan sebutan dan intonasi yang betul. Untuk menentukan markat yang
sesuai, senarai semak mestilah disediakan dan guru menandakan pada ruang-ruang yang
disediakan markat murid bagi setiap gerak balas yang mereka berikan.
Bahagian A
Baca ayat-ayat di bawah ini denganintonasi yang betul
i. Kami -ertiga saha-at -aik -erlainan sekolah
ii. Tolong am-ilkan ayah surat kha-ar itu.
iii. engan siapa adik -ermain -ola tadi
iv. Wah, -esarnya rumah awak!
Bahagian B
Jawab soalan ini dengan menggunakan ayat yang lengkap.
i. Apakah .ita-.ita kamu?
ii. Mengapakah kamu memilih itu se-agai .ita-.ita kamu?
iii. Bagaimana kamu -erusaha untuk men.apai .ita-.ita kamu itu?
Bahagian C
Teliti gambar berikut dan jawab soalan-soalan yang disediakan.
Soalan:
i. Apakah yang dilakukan oleh orang-orang itu?
ii. Apakah alat-alat yang digunakan oleh mereka?
iii. Bagaimanakah cara mereka melakukannya?
PeniIaian kemahiran Iisan, antara lain boleh dilaksanakan melalui tugasan berikut:
a) memadankan memadankan objek dengan tulisan; gambar dengan tempatnya dan
memadankan harga dengan objeknya; memadankan pasangan, aspek yang berlawanan, sama
dan sebagainya.
b) megelompok misalnya haiwan mengikut jenis dan jantinanya; buah-buahan, tempat
kediaman, kumpulan etnik dan sebagainya.
c) menyusun dan melengkapkan menyusun maklumat mengikut saiz, warna, umur,
kepentingan dan seumpamanya; menyusun perkataan menjadi ayat, peristiwa, isi karangan dll.
d) menyelesaikan masalah menerangkan cara untuk sampai ke destinasi tertentu dengan
selamat;
e) berinteraksi melalui telefon, lakonan, dialog, forum dll
f) simulasi main peranan dalam lakonan, forum dll
g) projek perbincangan mengenai prestasi, prosedur, bahan projek: kos, pelaporan dll.
Senarai Semak untuk Pemarkatan.
Nama Murid: .....................................................................................................
Markat Bahagian No: Gambar
Nombor SoaIan
2
1
0
1
2
3
4
A
5
1
2
3
4
5
J =
J =
50
ilai Markat cadangan)
2 Bagi jawapan yang tepat, betul sebutan, intonasi, pemilihan perkataan dan tatabahasa.
1 Jawapan betul tetapi terdapat kesalahan yang kecil dari segi sebutan, intonasi atau
tatabahasa.
0 Jawapan salah, sebutan, intonasi, pemilihan perkataan dan tatabahasa juga menunjukkan
kesalahan yang ketara. Untuk mengubah markat kepada peratus, darabkan markat setiap
bahagian dengan 2. Misalnya, jika pencapaian murid ialah 6, 7 dan 20, darabkan semuanya
dengan 2; menjadi 12, 14 dan 40. Jumlah markatnya = 66.
Pemarkatan Secara HoIistik
Pemarkatan bagi ujian lisan juga boleh dilakukan secara holistik atau keseluruhan, iaitu
kebolehan bertutur yang diperlihatkan oleh murid itu diberikan markat secara keseluruhan,
bukan secara perincian sebagaimana yang dicontohkan sebelum ini. Di sini, penguasaan
kemahiran pertuturan itu dibahagikan kepada beberapa pecahan dan markat diperuntukkan
bagi setiap pecahan itu. Semasa murid bertutur atau menjawab soalan-soalan yang
dikemukakan, guru mendengar dengan teliti dan memberi markat secara keseluruhan. Bagi
tujuan pemarkatan secara keseluruhan ini, kemahiran bertutur boleh dibahagikan kepada lima
komponen yang besar, iaitu:
i. se-utan
ii. kefahaman
iii. ketata-ahasan
iv. keluasan per-endaha raan kata, dan
v. kelan.aran pertuturan.
Setiap komponen ini haruslah diberikan peruntukan markat yang sama berat dan perlu
ditakrifkan dengan jelas supaya dapat dijadikan panduan oleh guru.
Rumusan
Topik ini membicarakan tentang konsep kemahiran lisan mendengar dan bertutur),
penghasilan bahan, dan penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur dalam pengajaran
bahasa Melayu. Kemahiran bertutur merupakan kemahiran yang penting, awal diajar dan perlu
dikuasai oleh murid, maka guru mesti memainkan peranan penting untuk memastikan kejayaan
murid-muridnya. Guru mesti faham, sedar dan pandai menggunakan pendekatan, kaedah dan
teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan berlandaskan prinsip-prinsip tertentu.
Untuk mengesan kejayaan pengajaran dan pembelajaran itu, guru harus pula menguji
kecekapan murid dengan menggunakan pelbagai teknik dan cara memberi markah. Diharap
modul ini dapat memberi kefahaman kepada anda untuk membimbing murid anda menguasai
kemahiran lisan dengan baik dan berkesan.
a) Huraikan taktir lima komponan kemahiran bertutur yang dapat dinilai dengan menggunakan
pemarkatan secara holistik.
b) Anda telah mengetahui bentuk pemarkatan secara objektif dan holistik. Pada pendapat
anda, kaedah pemarkatan yang bagaimanakah lebih bersan untuk menguji kemahiran
berbahasa Melayu?

Tajuk 6
Kemahiran Membaca
MatIamat dan Jenis Bacaan
Peringkat Pengajaran Bacaan
Teknik Bacaan - ntensif, Ekstensif, Skimming dan
Scanning
Sinopsis
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang kemahiran membaca. Tajuk ini akan
menjelaskan matlamat dan jenis bacaan, peringkat bacaan dan teknik bacaan. Empat teknik
bacaan yang akan dimuatkan ialah teknik bacaan intensif, ekstensif, skimming dan
s.anning.
Kemahiran membaca dan memahami adalah kemahiran yang saling melengkapi. Walau
bagaimanapun, kemahiran membaca mesti diajar mengikut peringkat-peringkatnya supaya
penguasaannya memperlihatkan satu perkembangan yang meningkat. Semuanya harus
bermula daripada yang mudah kepada yang sukar. Akhirnya murid-murid dapat menguasai
kemahiran membaca senyap dan memahami apa yang dibaca. Dalam konteks ini bahan
bacaan perlu dipelbagaikan dan diajar dengan menggunakan strategi, kaedah, pendekatan
dan teknik yang sesuai dan berkesan.
HasiI PembeIajaran
1.1 Menjelaskan kemahiran membaca; matlamat, jenis bacaan dan peringkat
pengajaran bacaan
1.2 Menghuraikan teknik bacaan.
Kerangka konsep
Fikirkan:
Apakah matlamat guru melaksanakan pengajaran kemahiran membaca di sekolah rendah?
Arahan:
Sila baca dan fahami tentang matlamat pengajaran kemahiran membaca di sekolah.
Setelah anda memahami matlamat pengajaran kemahiran membaca, sila fahami jenis
bacaan yang boleh anda aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Sila berbincang dengan rakan anda sekiranya anda masih kurang faham tentang teori
ini.
MatIamat
Kemahiran membaca dan memahami diajarkan kepada murid-murid supaya mereka dapat
bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan. Daripada
kemahiran ini, mereka dapat memperluas ilmu dan pengetahuan yang terakam dalam bahan
bertulis.
Matlamat dan Jenis Bacaan:
Mekanis
Mentalis
ntensif
Ekstensif
Peringkat Pengajaran Bacaan:
Kesediaan membaca
Prabacaan
Mekanis
Bacaan dan
Kefahaman
Teknik bacaan:
ntensif
Ekstensif
Skimming
S.anning Pengajaran Kemahiran Membaca
BAHASA MELAYU
Memahami Matlamat dan Jenis Bacaan serta Peringkat pengajaran Bacaan dan Aplikasi Teknik
Bacaan ntensif, Ekstensif, Skimming dan S.anning
Jenis Bacaan
Bacaan mekanis
Bacaan mekanis adalah bacaan bersuara dengan sebutan yang jelas dan tepat mengikut
sistem bunyi bahasa Melayu. Bacaan kuat ini mementingkan sebutan huruf dan bunyi
dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul . Bahan bacaan
yang digunakan ialah bahan yang mudah difahami dan tidak membebankan fikiran.
Bacaan MentaIis
Bacaan mentalis dikenali juga sebagai bacaan akliah. Bacaan ini dilaksanakan dalam hati
tanpa suara setelah pelajar menguasai bacaan bersuara. Tujuan bacaan mentalis adalah
untuk memahami maklumat / idea atau buah fikiran.
Bacaan Intensif
Bacaan intensif adalah bacaan secara mendalam. Bacaan ini dilaksanakan dengan tujuan
untuk memperkembang kebolehan meneliti, memahami dan mentafsirkan perkara yang
dibaca. Bacaan ini memfokuskan kepada ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan
penggunaan bahasa dalam konteks dan situasi yang berlainan. Konsep bacaan intensif
adalah untuk memperkembang pembelajaran bahasa murid; memberi penjelasan tentang
struktur yang sukar dan memperkembang perbendaharaan kata; mengkaji ciri-ciri
tatabahasa; memperkembang usaha mengawal bahasa lisan dan pertuturan serta
kepentingan gerak laju dan kelainan latihan.
Anda perlu tahu matlamat anda mengajar kemahiran membaca kepada pelajar-pelajar ! Kini,
fahami pula jenis-jenis bacaan.
Bacaan Ekstensif
Bacaan ekstensif adalah bacaan meluas yang dilaksanakan di luar bilik darjah. Bacaan ini
menitikberatkan pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran pemahaman dan
meningkatkan kepantasan membaca. Melalui pembacaan ekstensif akan membolehkan
pelajar mencari isi-isi penting. Konsep bacaan ekstensif ialah kegiatan membaca dilakukan
di luar kelas; bahan bacaan perlu sesuai dengan murid; bahan yang berbeza dan murid
mendapat kepuasan, keseronokan dan terhibur.
Anda sekarang telahpun memahami jenis-jenis bacaan, lakukan rujukan untuk
mengetahui bagaimana jenis bacaan ini dapat diaplikasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran.
PERINGKAT PENGAJARAN BACAAN
Peringkat Kesediaan Membaca
Menurut Juriah Long et.al 1994), kesediaan membaca ialah satu peringkat perkembangan
sama ada faktor-faktor alam sekitar ataupun faktor tersedia yang menyediakan seseorang
kanak-kanak itu untuk membaca. Peringkat ini dikatakan sebagai satu peringkat yang
menyediakan kanak-kanak dengan bacaan awal atau bacaan asas. Konsep kesediaan
membaca bukan sahaja meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum bacaan, tetapi
juga merangkumi setiap kemahiran sebelum kemahiran membaca secara khusus dan
berterusan.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca seseorang kanak-kanak ialah
keadaan fizikal, pengalaman dan persekitaran, emosi dan motivasi serta kecerdasan dan
perkembangan kognitif. Dari segi fizikal, kemampuan kanak-kanak dilihat dari sudut
keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang diajarkan, keupayaan
matanya mengecam bentuk, dan keupayaan pendengarannya mengecam bunyi-bunyi. Dari
segi emosi, kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi minatnya terhadap bahan-bahan
bacaan dan minatnya untuk mendengar bacaan terutamanya bahan cerita. Dari segi mental
pula, kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi keupayaannya mengingat apa yang telah
diberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telah diketahuinya.
Kesimpulannya, untuk membolehkan kanak-kanak menguasai peringkat kesediaan
membaca ini, anda sebagai guru hendaklah membimbing kanak-kanak menguasai pelbagai
kemahiran lain yang akan membantu mereka mencapai kemahiran membaca dengan lebih
mudah.

Sediakan latihan yang dapat mengukuhkan kemahiran peringkat
kesediaan dalam kalangan murid-murid yang anda ajar.
Prabacaan
Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca. Peringkat prabacaan meliputi
kemahiran pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan penglihatan, aktiviti
koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan, dan latihan bahasa pertuturan.
Peringkat bacaan pula meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat. Pada
tahap ini, murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka
mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran .
Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut, aktiviti prabacaan boleh dilakukan dengan
menggunakan permainan huruf, suku kata dan perkataan untuk mengukuhkan lagi
kemahiran tersebut.
Bacaan Mekanis
Pada tahap ini murid sudah boleh menyebut huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayatayat
mudah. Mereka juga boleh membatangkan perkataan yang mengandungi suku kata
terbuka dan tertutup yang bermula dengan konsonan. Kaedah-kaedah membaca yang
sistematik yang boleh digunakan ialah pandang dan sebut, kaedah terus, bunyi kata dan
abjad atau mengeja.
Bacaan dan Kefahaman
Kefahaman merupakan pelengkap kepada keperluan bacaan. Tanpa kefahaman terhadap
apa yang dibaca perlakuan bacaan itu tidak bermakna. Pada tahap bacaan dan kefahaman
ini murid sepatutnya mempunyai keupayaan untuk mengumpul maklumat dan makna
daripada apa yang dibaca dan mentafsir dan menilai sesuatu dengan sepenuhnya tentang
apa yang dibaca.
Anda telah pun mempelajari peringkat-peringkat pengajaran bacaan. Cuba laksanakan
peringkar-peringkat tersebut secara kontekstual mengikut tahap kesesuaian pelajar anda.
Teknik Bacaan
Bacaan Intensif
Membaca intensif ialah kegiatan membaca yang menuntut ketelitian dan dilakukan secara
saksama. a melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu bahan bacaan.
Biasanya ia dilakukan berdasarkan petikan yang pendek-pendek untuk mengkaji pola-pola
kalimat, latihan kosa kata, diskusi umum dan sebagainya. Teks bacaan yang benar-benar
sesuai sahaja yang digunakan, iaitu bacaan yang dipilih secara berhati-hati dengan
mengambil kira bentuk dan isinya. Dua perkara yang dilibatkan dengan bacaan intensif ini
adalah membaca telaah isi dan membaca telaah bahasa. Dalam membaca telaah isi,
membaca teliti, membaca pemahaman, membaca kritis dan membaca idea sangat
dititikberatkan. Sementara membaca telaah bahasa, aspek-aspek yang berkaitan dengan
bahasa, ditegaskan.
Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembang kebolehan
dalam meneliti, memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. a juga
memberi penekanan kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan
penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang
berlainan. Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan
penuh daripada guru-guru.
Banyak bahan yang perlu kita baca !
Kita boleh gunakan pelbagai teknik yang telah diajar oleh guru
kita. Teknik bacaan ini akan meningkatkan pemahaman kita.

Konsep-konsep bacaan intensif
a) Kegiatan membaca yang dikaitkan dengan usaha melanjutkan lagi perkembangan
pembelajaran bahasa pelajar bawah pimpinan guru;
b) Asas kepada pengajar memberi penjelasan atau keterangan tentang struktur yang
sukar dan memperkembang perbendaharaan kata;
c) Berkaitan dengan aktiviti mengkaji ciri-ciri tatabahasa, iaitu susunan kata dalam ayat
dan pengertian menurut kamus yang ditemui oleh pelajar dalam bacaannya;
d) Memperkembangi usaha mengawal penggunaan bahasa dalam pertuturan dan
tulisan; dan
e) Gerak laju dan kelainan latihan adalah dianggap penting.
Tujuan
a) Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik, betul dari segi sebutan,
intonasi, lancar dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik;
b) Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan dengan
mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus;
c) Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya;
d) Menilai atau mengulas isi yang diperoleh daripada bahan-bahan yang dibaca;
e) Mengesan, memahami dan menikmati unsur-unsur estetik dalam bahasa;
f) Mengenal pasti laras-laras bahasa yang pelbagai; dan
g) Membuat rumusan atau kesimpulan daripada bahan bacaan.
Bacaan Ekstensif
Membaca ekstensif ialah kegiatan membaca secara luas. Objeknya meliputi sebanyak
mungkin teks dalam jangka waktu yang singkat. Tujuannya adalah untuk memahami isi-isi
penting dengan cepat dan menganjurkan aktiviti membaca yang berkesan. Membaca
ekstensif biasanya melibatkan perkara-perkara berikut:
a) membaca tinjauan
b) membaca sekilas
c) membaca dangkal

Membaca tinjauan dilakukan sebelum memulakan sesuatu bacaan. Pembaca akan meneliti
apa yang akan dibaca terlebih dahulu dengan cara memeriksa, meneliti indeks, daftar kata
yang terdapat dalam buku, atau melihat judul, bab, rangka kasar, kandungan dan
sebagainya. Latar belakang pengetahuan seseorang akan menentukan tepat atau tidaknya,
cepat atau lambatnya tinjauan dapat dilakukan.
Membaca sekilas adalah sejenis kegiatan membaca yang melibatkan pergerakan mata yang
cepat untuk melihat, memerhati bahan-bahan bertulis bagi mencari dan mendapatkan
maklumat dan penerangan. Ada tiga tujuan utama dalam membaca kilas. Pertama, untuk
memperoleh suatu kesan umum daripada sesuatu isi bacaan. Kedua, untuk mendapat halhal
tertentu daripada sesuatu bacaan. Ketiga, untuk mendapat bahan-bahan bacaan
daripada perpustakaan.
Membaca dangkal adalah untuk mendapat pemahaman yang dangkal yang bersifat luaran
atau tidak mendalam daripada sesuatu bahan yang dibaca. Membaca begini tidak
memerlukan pemikiran yang mendalam seperti keadaan membaca karya-karya ilmiah.
Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti membaca yang
dilakukan di luar kelas. Bacaan bentuk ini menekankan aspek pengukuhan asas bacaan,
menambah kemahiran memahami, dan menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan
membaca, membina dan mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting.
Melalui bacaan ini, pelajar-pelajar akan mendapat kepuasan dan keseronokan di samping
berpeluang menimba ilmu pengetahuan.
KONSEP BACAAN EKSTENSIF
a) Dilakukan di luar kelas secara sendiri tanpa bimbingan guru;
b) Pelajar membaca tanpa menghadapi kesukaran dan seronok;
c) Bahan bacaan adalah luas dari segi perbendaharaan kata, sesuai dengan minat, umur,
jantina, pengalaman, sikap dan cita-cita pelajar; dan
d) Bahan-bahan yang berbeza.
Tujuan
Bacaan ekstensif membolehkan pelajar-pelajar:
a) Membaca dengan cara tersendiri tanpa bimbingan secara langsung daripada orang lain;
b) Membaca dengan fasih dalam bahasa yang dipelajari;
c) Mendapat pengetahuan sambil berhibur;
d) Memperkaya bahasa - perbendaharaan kata, ungkapan, struktur ayat dan sebagainya;
e) Memberi peluang murid-murid terutama yang cerdas untuk meluaskan bacaan dan
membina daya kreatif;
f) Menambah minat membaca;
g) Membina daya berfikir dan membentuk sikap yang baik;
h) Mempertingkat mutu dan kepantasan membaca;
i) Memperluas dan mempertingkat tahap penguasaan bahasa;
j) Membentuk tabiat gemar membaca, membuat rujukan dan menggunakan
perpustakaan;
k) Mendedahkan murid kepada pelbagai laras bahasa;
SKIMMING
Skimming adalah satu kaedah membaca cepat dengan cara mengutip maklumat secara
sepintas lalu bagi mendapatkan idea penting. Strategi skimming ini penting kepada
pembaca yang hendak membaca banyak bahan dalam jangka masa yang singkat dan
hanya memerlukan maklumat penting sahaja. Skimming merupakan proses melihat sepintas
lalu atas sesuatu perenggan untuk mendapatkan idea utama.
Prosedur Skimming
Langkah-langkah skimming:
a) Mulakan dengan menyelidiki secara keseluruhan tentang petikan. Carilah maklumat
tentang pengarang, tajuk dan maksud keseluruhan tajuk;
b) Tentukan sumber pilihan supaya anda bersedia dengan sesuatu jenis penulisan
seperti hujah, teknikal dan sebagainya;
c) Bacalah perenggan pertama, walaupun tidak penting tetapi perenggan ini menjadi
asas untuk 'skim';
d) Semasa membaca perenggan pertama, cuba cakupkan isu utama dan konteks
petikan tersebut. 'Konteks' ini bermakna bukan sahaja idea dan perkataan tetapi latar
kepada petikan tersebut, seperti bila dan mengapa teks itu ditulis; apakah sikap
pengarang dan perkara-perkara yang boleh membantu anda untuk memahami tajuk
secara umum dan signifikannya;
61
e) Baca ayat pertama dan ayat akhir bagi setiap perenggan anda akan dapati idea
yang penting dan fakta; dan
f) Baca perenggan akhir dn teliti di sini biasanya terdapat unsur-unsur penyimpulan
dan rumusan.
Perkara penting ialah memahami perhubungan antara idea yang dikemukakan dan selepas
itu cuba mengecam maklumat sokongan. Kecepatan membuat skiming ini, berbeza-beza
antara seorang dengan seorang yang lain.
SCANNING
S.anning adalah kemahiran atau keupayaan untuk mendapatkan maklumat secara cepat
dan untuk mencari jawapan kepada sesuatu soalan atau maklumat secara khusus. Tujuan
s.anning untuk menentukan sejauh mana kecekapan kita mencari sesuatu maklumat
tertentu bukan menghabiskan bacaan dengan cepat). Kecekapan s.anning bergantung
kepada penumpu an mental.
Prosedur
Langkah-Iangkah untuk scanning:
a) Perkara paling penting ialah menentukan maklumat 'apa' yang hendak dicari.
b) Perhatikan sepintas lalu ke atas bahan dan tumpukan perhatian kepada maklumat
yang di cari tanpa mempedulikan perkataan atau angka yang lain.
c) Untuk mempercepatkan proses s.anning, gunakan jari anda dan gerakkan secara
cepat ke atas barisan perkataan ketika membaca.
d) Anda boleh gunakan panduan-panduan yang ada seperti tajuk kecil, perkataan yang
dihitamkan atau 'italic' yang mudah dilihat.
e) Jika anda s.an daripada bahan seperti surat khabar, fokus perhatian anda di tengahtengah
kolum dan gerakkan mata anda terus ke bawah.
Syabas! Anda telah pun mahir dengan teknik membaca yang terdapat dalam
modul ini. Terdapat banyak lagi teknik bacaan yang boleh anda pelajari. Sila
lakukan bacaan ekstensif untuk mengatahui dan mempelajari teknik-teknik
bacaan lain dan aplikasikan dalam pembacaan anda untuk meningkatkan
kemahiran membaca anda.

Tajuk 7
PENDEKATAN DAN KAEDAH PENGAJARAN BACAAN
Pendekatan Binaan, Cerakinan, Komunikatif dan PengaIaman
Bahasa
Kaedah Pandang Sebut
Kaedah Abjad
Kaedah Fonik
Sinopsis
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang pendekatan dan kaedah pengajaran
bacaan.Tajuk ini akan menjelaskan pendekatan binaan, cerakinan, komunikatif dan
pengalaman bahasa. Tiga kaedah bacaan yang akan dimuatkan ialah kaedah pandang
sebut, kaedah abjad dan kaedah fonik
Kemahiran membaca dan memahami adalah kemahiran yang saling melengkapi. Walau
bagaimanapun, untuk mencapai kemahiran tersebut pengajaran bacaan perlu diajar
menggunakan pendekatan dan kaedah tertentu yang dapat memberi kesan dalam
pembacaan. Kemahiran membaca mesti diajar mengikut peringkat-peringkatnya supaya
penguasaannya memperlihatkan satu perkembangan yang meningkat. Dalam konteks ini
bahan bacaan perlu dipelbagaikan dan diajar dengan menggunakan strategi, kaedah,
pendekatan dan teknik yang sesuai dan berkesan bagi mencapai hasil pembelajaran
kemahiran membaca
HasiI PembeIajaran
1.1 Menghuraikan kemahiran bahasa; pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran
kemahiran-kemahiran bahasa

PENDEKATAN PENGAJARAN BACAAN
Pendekatan Binaan
Pendekatan binaan juga dikenali dengan pendekatan sintesis. Mengikut pendekatan ini
pengajaran bacaan dimulakan dengan memperkenalkan unsur-unsur yang terkecil terlebih
dahulu, kemudian diikuti dengan unsur-unsur yang lebih besar. Unsur-unsur yang kecil akan
membentuk unsur yang lebih besar. Dalam pengajaran kemahiran membaca, murid-murid
diperkenalkan dengan huruf-huruf terlebih dahulu. Huruf-huruf digabungkan menjadi suku
kata, dan suku kata digabungkan menjadi perkataan. Kemudian perkataan akan membentuk
ayat. Pendekatan ini menghasilkan kaedah abjad.
Pendekatan Cerakinan
Pendekatan cerakinan analisis) adalah pendekatan pengajaran yang mendahulukan unsur
yang besar, kemudian unsur-unsur itu dicerakinkan kepada unsur-unsur yang kecil yang
membentuk struktur yang besar itu. Pengajaran kemahiran membaca mengikut Pendekatan
Pengajaran Kemahiran Bahasa :
Binaan
Cerakinan
Komunikatif
Pengalaman bahasa
Kaedah Bacaan
Pandang Sebut
Abjad
Fonik
Pengajaran Kemahiran BAHASA MELAYU:
Pendekatan dan Kaedah Bacaan Asas
Aplikasi Pendekatan Kemahiran Membaca Binaan,
Cerakinan, Komunikatif dan Pengalaman Bahasa.
Kaedah Bacaan Asas iaitu Pandang Sebut, Abjad dan Fonik
pendekatan ini dimulakan dengan cerita atau ayat. Kemudian ayat itu dicerakinkan kepada
perkataan, dan daripada perkataan dicerakinkan kepada suku kata dan seterusnya kepada
huruf. Dengan ini murid-murid dapat mengaitkan huruf-huruf yang tiada makna abstrak)
dengan cerita / ayat yang bermakna. Jadi, murid-murid mempelajari sesuatu yang bermakna
dan menarik
Pendekatan Komunikatif
Pendekatan komunikasi menekankan penggunaan bahasa dalam komunikasi. Yang
dipentingkan dalam pembelajaran bahasa ialah tujuan dan bagaimana bahasa digunakan
dalam situasi dan konteks tertentu. Untuk melaksanakan komunikasi dalam kemahiran
membaca, guru harus merancang pembelajaran yang boleh mewujudkan situasi di mana
pelajar boleh berkomunikasi dengan cekap dan tidak hanya tertumpu kepada penguasaan
struktur bahasa sahaja. Pelajar perlu berinteraksi dalam bentuk kerja kumpulan atau secara
berpasangan, dalam melakukan pelbagai aktiviti bagi mewujudkan hubungan interpersonal
yang positif. Antara aktiviti bacaan menggunakan pendekatan komunikatif ialah bercerita, teater
pembaca, laporan/ulasan buku dan .horal speaking.
Prinsip pendekatan komunikatif:
a) murid mengetahui tujuan aktiviti yang dilakukannya;
b) pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana;
c) pengajaran bahasa mengikuti proses komunikasi sebenar;
d) mempelbagaikan aktiviti komunikasi.
Pendekatan PengaIaman Bahasa (LEA)
Pendekatan pengalaman bahasa memberi penekanan kepada pengalaman atau pengetahuan
sedia ada murid-murid dalam membaca. Murid-murid akan mudah memahami mesej yang cuba
disampaikan oleh penulis dalam tulisannya sekiranya murid-murid mempunyai pengalaman
membaca bahan yang menggunakan laras yang sama serta mereka mempunyai pengetahuan
mengenai bidang yang dibincangkan. Dalam sesuatu proses membaca, terdapat tiga peringkat
pemahaman, iaitu lateral, interpretasi & inferens, dan penilaian makna. Bagi setiap peringkat,
murid-murid perlu mempunyai pengalaman atau pengetahuan sedia ada untuk memudahkan
mereka menguasai peringkat-peringkat tersebut. Sebagai contoh, pada peringkat lateral, murid
perlu mempunyai pengetahuan sedia ada mengenai ilmu kebahasaan istilah, tatabahasa,
ragam, laras bahasa, keindahan bahasa dan sebagainya) untuk mengecam tulisan yang
dibacanya. Pengalaman mereka membaca pelbagai bahan yang mempunyai pelbagai laras,
susuk ayat dan sebagainya akan memudahkan mereka mengenali tulisan tersebut. Pada
peringkat interpretasi & inferens, pengetahuan atau pengalaman murid-murid sangat diperlukan
untuk mentafsir makna mesej) yang ingin disampaikan oleh penulis. Murid-murid mudah
mentafsir makna sekiranya bahan yang dibaca berkaitan dengan suatu bidang yang
diketahuinya. Sebagai contoh, jika murid-murid mempunyai pengalaman atau pengetahuan
tentang pelancongan akan memudahkan mereka memahami teks yang membincangkan soal
pelancongan. Kesimpulannya, pendekatan ini memanfaatkan pengalaman murid dalam
pembelajaran kemahiran bacaan. Seseorang guru perlu mengambil tindakan berikut;
a) Beri sebanyak mungkin pengalaman kepada murid-murid untuk membantu mereka
memahami bahan yang dibaca. Pengalaman boleh terdiri daripada pengalaman sendiri atau
pengalaman orang lain;
b) Bahan bacaan yang dipilih oleh guru untuk dibaca oleh murid-murid perlu sesuai dengan
pengetahuan sedia ada mereka;
c) Sediakan bahan-bahan sokongan lain seperti gambar, grafik, bahan maujud dan sebagainya
untuk membantu murid-murid menguasai konsep;
d) Perbincangan mengenai bidang yang terdapat dalam teks bacaan perlu dijalankan sebelum
aktiviti membaca; dan
e) Guru perlu mempelbagaikan bentuk / laras bahan bacaan dalam pengajaran pembelajaran
membaca.
Apakah kaedah pengajaran membaca yang pernah anda gunakan dalam pengajaran
pembelajaran membaca? Mungkin ada pernah mencuba pelbagai kaedah. Mari kita belajar
kaedah-kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran bacaan. Pelbagai kaedah telah
diperkenal oleh pakar-pakar dalam bidang pengajaran kemahiran membaca. Setiap kaedah
mempunyai kekuatan dan kekurangan tertentu. Antara kaedah pengajaran membaca ialah:
Kaedah Pandang Sebut
Kaedah ini dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan dengan
memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Kaedah ini dinamakan juga
kaedah pandang dan sebut kerana aktiviti utamanya ialah memandang dan menyebut. Menurut
Juriah Long et.al. 1994) perkataan diperkenal kepada murid-murid dengan menggunakan kad-
kad perkataan. Semasa kad diimbaskan, murid-murid menyebut perkataan-perkataan itu
beberapa kali. Perkara yang dipandang ialah gambar objek yang terdapat pada bahan bantu
belajar, dan yang disebut ialah perkataan pada bahan yang ditunjukkan. Pengajaran bacaan
tidaklah dimulakan dengan mengenal dan menghafal huruf atau abjad satu persatu tetapi
murid-murid terus diperkenal kepada seluruh perkataan yang disertai gambar. Mengikut kaedah
ini, pada permulaannya murid-murid cuba mengenali lambang abjad) secara keseluruhan, iaitu
lambang-lambang yang membentuk sesuatu perkataan. Untuk boleh membaca suatu ayat yang
pendek, mereka perlu mengenali banyaklambang.
Menggunakan bahan bantu belajar
KAEDAH PANDANG SEBUT
Menyebut Perkataan Mencerakinkan
perkataan dan kata
Membina dan membaca ayat
Membaca ayat latihan

Kaedah Abjad
Kaedah abjad ialah kaedah yang berfokus pada penghafalan abjad, pembentukan suku kata
dan aktiviti mengeja. Usaha menghafal abjad dan membentuk suku kata itu bertujuan untuk
membolehkan murid mengeja perkataan, maka kaedah ini dinamakan juga kaedah
mengeja. Dalam kaedah ini, nama-nama huruf perlu dikenal pasti dahulu melalui latihan
menyebut dan menghafal dari huruf 'a' hingga 'z' mengikut susunan. Seterusnya diikuti
dengan mengeja suku kata dan perkataan, huruf-huruf yang terkandung dalam suku kata
dan perkataan Juriah Long et.al, 1994). Menurut Abdul Aziz Abdul Talib 2000), biasanya,
huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan. Manakala menurut
Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam 1985) pula, kedua-dua bentuk huruf kecil dan huruf
besar didedahkan serentak.
Setelah murid menghafal semua nama huruf, pengajaran difokuskan pula pada nama dan
bunyi huruf vokal a, e, i, o, dan u dengan nama semua huruf yang terdapat dalam sistem
ejaan semasa. Mereka perlu menghafal nama semua huruf yang diperkenalkan itu. Setelah
murid menghafal nama semua huruf dan mengenal huruf vokal serta bunyinya, pelajaran
diteruskan dengan pembentukan suku kata secara berturutan Daripada suku kata itu
dibentuk perkataan. Latih tubi mengeja perkataan diadakan. Lazimnya pengejaan dilakukan
dengan menyebut nama huruf pada sesuatu suku kata diikuti dengan penyebutan suku kata itu.
Menggunakan bahan bantu belajar
KAEDAH ABJAD
Menyebut nama huruf abjad a z; huruf besar dan kecil
Menyebut suku kata V dan KV
Mengeja suku kata, perkataan dan frasa
Membaca ayat latihan

Kaedah Fonik
Kaedah fonik ialah kaedah yang menekankan penguasaan murid terhadap hubungan antara
huruf dengan bunyinya. Kaedah fonik hanya mensyaratkan murid mengingat bentuk huruf dan
bunyinya tanpa mengingat nama huruf. Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan huruf
vokal kepada murid, diikuti dengan pengenalan huruf konsonan, pembentukan suku kata, dan
pembentukan perkataan yang bermakna dalam satu atau dua pelajaran sahaja. Murid akan
dapat membaca beberapa perkataan dengan cepat serta faham apa-apa yang dibaca.Setiap
kaedah bacaan terdapat kelebihan dan kekurangannya. Anda perlu cuba mengaplikasikan
pelbagai kaedah mengikut kesesuaian murid anda . Selamat mencuba dan berjaya!
Menggunakan bahan bantu belajar
KAEDAH FONETK
Latihan
Membunyikan huruf dan asosiasi dengan Membatang suku kata dan perkataan
Membaca frasa dan ayat

Tajuk 8
TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA
a) Survey, Question, Read, Review, ReciteSQ3R); Read, Review,Recite 3R);
Know,What,Learn,How,KWLH); dan lainlain
b) Teknik Bercerita
c) Teater Pembaca
Sinopsis
Tajuk ini akan menjelaskan teknik pengajaran kemahiran membaca. Teknik yang akan
dijelaskan ialah teknik SQ3R, KWLH, RADAR, tatacerita dan teater pembaca. Teknik yang
mantap amat penting dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kemahiran
membaca bahasa Melayu. Teknik yang dipilih perlu sesuai dengan kebolehan murid, justeru
dapat meningkatkan minat murid terhadap pelajaran. Keberkesanan pengajaran bergantung
kepada pengolahan teknik yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berinteraksi
serta berfikir kritis dan kreatif.
HasiI PembeIajaran
1.1 Menghuraikan tentang kemahiran bahasa: teknik pengajaran kemahiran-kemahiran
bahasa.
Survey, Question, Read, Review, Recite (SQ3R)
1. SQ3R
SQ3R ialah teknik membaca kritis yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian
maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tuga san yang perlu
diselesaikan.
SQ3R adalah singkatan bagi;
S survey) - Tinjau
Q question) - Soal/tanya
R read) - Baca
R re.ite) - mbas kembali atau nyatakan secara lisan
R review) - Baca semula
Survey tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa
yang terkandung dalam bahan yang dibaca. ni dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-
tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan
perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks. Di sini juga pelajar sebenarnya
menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan s.anning.
TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA
a) Survey, Question, Read, Review, ReciteSQ3R); Read, Review,Recite 3R);
b) Know,What,Learn,How,
c) KWLH); dan lain-lain
a) Lingkaran Soalan,
b) Tatacerita
(c) Bimbingan Menjangka,
Teater Pembaca
Bimbingan Menjangka,
Teater Pembaca
Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca BAHASA MELAYU
Aplikasi Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca SQ3R,
KWLH , Lingkaran Soalan,Tatacerita , Bimbingan Menjangka dan Teater Pembaca "uestion
soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri soalan
mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan
tugasannya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang
ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan menjadi garis panduan semasa membaca kelak.
Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut. Read baca) ialah
peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba
mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraikannya sebelum ini.
Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan,
berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan.
Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya.
Re.ite imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga. Setelah selesai membaca, pelajar cuba
mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh.
Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya. Pelajar juga boleh
cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada nota
atau bahan yang telah dibaca.
Review baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca bahagian-bahagian
buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan yang
dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertingga.
KnowIedge, What, Learn, How (KWLH)
KWLH adalah singkatan bagi yang berikut:
K know) - Apa yang telah diketahui sebelum membaca)
W want) - Apa yang hendak diketahui sebelum membaca)
L learned) - Apa yang telah diketahui selepas membaca)
H how) - Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan - yang berkaitan
untuk membaca seterusnya)
Melalui Teknik membaca kritis, pembaca disarankan mengingat dahulu apa yang telah
diketahui, membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui, melakukan pembacaan
bahan yang telah dipilih), mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru
dilakukan dan menentukan apa lagi yang perlu diperoleh sekiranya perlu membuat pembacaan
seterusnya). Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan sedia
ada dengan apa yang dibaca, menentukan apa yang telah diperoleh dari pembacaannya, dan
menentukan apa lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan.
Dalam konteks pengajaran, pelajar dibiasakan menggunakan boring menggunakan teknik
KWLH.
Read, AnaIogize, Discuss, AppIy, Review/Researsh (RADAR)
RADAR adalah singkatan bagi yang berikut:
R Read) - Membaca
A Analogize) - Menganalogi
DDiscuss) - Berbincang
A Apply) - Mengaplikasi
RReview/Research) - Menyemak/ Menyelidik
Teknik Radar direka oleh Martin pada tahun 1983. Teknik ini membolehkan pelajar
menghubungkaitkan apa yang diketahui dengan perkara yang baru. Lima langkah RADAR
ialah:
R Pelajar dikehendaki membaca petikan serta mendapatkan maklumat yang
dikehendaki. Pelajar juga boleh mendapat maklumat daripada teks yang diberi
serta membandingkan dengan ma klumat lain.
A Pelajar menerangkan bagaimana konsep , barang, idea, tempat berhubungkait dan
mempunyai persamaan.
D Pelajar menyenaraikan persamaan yang terdapat pada barang, idea atau tempat.
Guru membantu pelajar membuat perbandingan serta menentukan persamaan
yang penting tentang konsep, barang, idea atau tempat.
A Bincang secara mendalam tentang dua perkara yang dibandingkan.
R Membuat penyelidikan lanjutan tentang apa yang dibincangkan atau merumus
semula apa yang telah dibincangkan.
RADAR berfungsi untuk mengesan pengetahuan baru dan mengaitkannya dengan
pengetahuan yang telah diketahui. Melalui kaedah ini pelajar berpeluang untuk
membandingkan konsep yang akan dipelajari dengan pengalaman atau pengetahuan sedia
ada pada diri mereka sendiri.
Teater Pembaca
Teknik yang melibatkan sekumpulan pelajar menghayati dan membaca skrip cerita dengan
menggunakan sebutan, nada dan intonasi yang betul bagi menggambarkan sesuatu cerita
yang dipersembahkan. Namun seorang pelajar akan membaca cerita dengan lancar dan
nada serta intonasi yang betul. Juga melakukan gerak aksi yang sesuai dengan isi atau
suasana cerita. Penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka paling
diutamakan bagi membantu pelajar-penonton memahami dan menghayati cerita tersebut.
Langkah peIaksanaan
a) Memilih cerita yang sesuai dengan kebolehan;
b) Plot diperbanyakkan untuk dibahagi kepada pelakon-pelakon;
c) Pelakon memahami watak supaya dapat membaca dan beraksi mengikut dialog;
d) Pembaca dapat membaca dengan baik, nada dan intonasi yang sesuai;
e) Pelakon berbincang untuk mencari penyelarasan semasa persembahan;
f) Guru membimbing pelakon menjayakan lakonan;
g) Pelakon melakonkan watak mengikut skrip yang dibaca; dan
h) Pelajar-pelajar lain diberi tugas tertentu.
TEKNIK BERCERIT A
Teknik bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina
kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan
perhatian pelajar. Melalui teknik bercerita latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan
kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Selain itu, penguasaan kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis dalam kalangan pelajar dapat ditingkatkan.
Perkara yang perlu diberi perhatian dalam melaksanakan teknik bercerita ialah:
a) Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,
kemuncak dan kesudahan cerita;
b) Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan
mata. Suara memainkan peranan yang penting dan harus dikawal supaya jangan
mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan;
Tatacara dalam melaksanakan teknik bercerita ialah:
a) Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid;
b) Sesuaikan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan;
c) Kaji cerita tersebut dan masukkan aspek-aspek bahasa;
d) Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting;
e) Lakukan latihan;
f) BBM seperti gambar dan objek sebenar boleh digunakan untuk menguatkan
penceritaan; dan
g) Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan
bahasa yang henda k disampaikan.
Terdapat beberapa teknik lain dalam meningkatkan kemahiran membaca,
cuba layari internet untuk mengetahui teknik-teknik bacaan tersebut.
.
.
Rujukan Asas
Abd. Aziz Abd. Talib 2000), Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik. Kuala
Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Rujukan Tambahan
Bachman Lyle F. 1990). Fundamental .onsideration in language testing. Oxford: Oxford
University Press.
Brown James Dean, Hudson Thom. 2002 ). Criterion-referen.e language testing. Cambridge:
Cambridge University Press.
Kiely, Richard 2005). Program evaluation in language edu.ation. Basingstoke: Palgrave
Macmillan.
Lynch, Brian K. 2003). Language assessment and programme evaluation. Edinburg: Edinburgh
University Press.
McGrath, an. 2002). Materials evaluation and design language tea.hing. Edinburg: Edinburgh
University Press.

PANEL PENULIS DAN PEMURNIAN MODUL
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN RENDAH)
NAMA KELAYAKAN
CK NORLZA BNT YUSOF
Penolong Pengarah
Unit Kurikulum
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
KeIuIusan:
jazah Sarjana Muda Pendidikan Seni dengan kepujian)
Pengalaman: Guru Bahasa Melayu 14 Tahun)

Dr. SMAL BN ABD. RAHMAN
nstitut Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Tuanku Bainun
14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang
iar_mail@yahoo.com.my)
KeIuIusan:
Ph.D Kesusasteraan Melayu, UPS)
M.Ed Pengajian Kurikulum, USM)
Cert.Ed Pengajian Melayu, MPSP)
Pengalaman: Guru Bahasa Melayu 20 Tahun)

PUAN NORLZA BNT ABU BAKAR
nstitut Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Perempuan Melayu
Jalan Maktab 75990 Durian Daun Melaka.
norliza_ab@yahoo.com)
Kelulusan:
M.Ed Pendidkan Pengajaran Bahasa Melayu, UKM) Bac. Pend. Pengajian Bahasa MeIayu
sbg Bahasa Pertama)
PengaIaman: Guru Bahasa MeIayu (27 tahun)

Anda mungkin juga menyukai