Anda di halaman 1dari 36

(i) MENJELASKAN KONSEP DAN PRINSIP KEMAHIRAN BAHASA DALAM

BAHASA MELAYU

KONSEP KEMAHIRAN BAHASA

Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur,


Membaca dan Menulis. Walau bagaimanapun kemahiran mendengar dan bertutur
merupakan aspek asas yang paling penting dalam kemahiran berbahasa. Hal ini
demikian kerana murid-murid yang menguasai kemahiran mendengar dan bertutur
dengan baik biasanya berpotensi cenderung menguasai kemahiran membaca dan
menulis dengan lebih baik. Kemahiran mendengar yang baik membolehkan seseorang
memperoleh dan memproses maklumat dengan tepat. Demikian juga seseorang yang
mempunyai kemahiran bertutur yang baik membolehkan seseorang menyampaikan
perasaan dan fikirannya dengan berkesan. Ini bermakna seseorang pendengar dan
penutur yang baik lebih berpotensi menguasasi kemahiran membaca dan menulis
dengan baik kerana keupayaan mendengar dan bertutur dengan baik akan
membantunya dalam proses membaca dan menulis.

Rajah Perilaku - Ucapan Teori Chomsky


(Disesuaikan daripada Pengantar Psikolinguistik Moden, 1987: 51)

1
Kemahiran lisan secara umum dirujuk kepada keupayaan seseorang atau beberapa
orang bertutur, berkomunikasi / berinteraksi menyampaikan idea, pandangan, mahupun
pendapat dalam percakapan dan perbualan. Dalam konteks ini, kemahiran mendengar
ialah proses yang melibatkan aktiviti pemerolehan mesej atau maklumat; manakala
kemahiran bertutur pula melibatkan proses menjana dan menghasilkan penghasilan
maklumat. Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik dan berkesan sangat
penting dalam kehidupan seharian. Ini bermakna, seorang pendengar yang baik dapat
memahami dan memproses maklumat yang didengarinya dalam sesuatu interaksi.
Begitu juga, seorang penutur yang baik dapat menyampaikan perasaan dan
pemikirannya dengan tepat dan berkesan dalam interaksi tersebut.

Kemahiran Mendengar dan Bertutur Dalam Sukatan Pelajaran


Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3)
menegaskan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan bahasa Melayu bertujuan:
(a) mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat dalam
kehidupan sehari-hari sama ada di dalam atau di luar rumah;
(b) bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang
sesuai dalam perbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-
rakan, guru,ibu bapa dan sebagai nya, serta dalam majlis bahas, syarahan dan
lain-lain. Bagi tujuan mencapai objektif yang dinyatakan, Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3) turut mencadangkan beberapa
cadangan subkemahiran kecil kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) yang
perlu dikuasai oleh murid, antara lain menguasai kemahiran:
(a) mendengar dan menyebut bunyi. Antara lain, meliputi aspek perlakuan bahasa
melibatkan kemahiran mengenal, membeza dan mengajuk bunyi yang
diperdengarkan; mengecam dan menunjukkan sumber arah datangnya bunyi
berkenaan.
(b) memberi dan menerima arahan dan permintaan. Perlakuan bahasa, antara lain
mencadangkan kemahiran menyampaikan arahan dan pesanan tertentu secara
berurutan supaya mudah difahami, menghasilkan permintaan yang mudah
untuk diri sendiri dan orang lain;

2
(c) menyampaikan ucapan bertatasusila meliputi kemahiran melafazkan ucapan
bertatasusila, secara beradab dengan menggunakan kata sapaan;
(d) bersoal jawab kemahiran membina dan mengemukakan soalan bagi tujuan
memperoleh maklumat tertentu;
(e) bercerita kebolehan menyampaikan cerita dengan menggunakan daya
kreativiti ayat, gaya, sama ada menggunakan berbantukan gambar atau tidak;
(f) menyampaikan berita dan laporan kebolehan menyampai dan melaporkan
sama ada yang dilihat, didengar atau dialaminya sendiri dengan ringkas dan
padat;
(g) menyampaikan ucapan dan syarahan kebolehan menyampaikan ucapan dan
syarahan secara bertatasusila dengan penuh yakin menggunakan gaya
tersendiri, nada dan intonasi, dan suara secara berkesan;
(h) berlakon dan melafazkan puisi memperlihatkan murid mempersembahkan
keupayaan berlakon, melafazkan dialog dan puisi (pantun, syair, sajak mengikut
nada, intonasi, sebutan, rima dan nada yang sesuai) secara lisan sama ada
secara hafalan atau bebas dengan penuh perasaan; dan
(i) berbincang dan berbahas menegaskan kebolehan menyampaikan idea dengan
menggunakan kemahiran berbahasa secara tepat dan berkesan, menggunakan
nada, intonasi, sebutan, rima dan nada yang sesuai.

KEMAHIRAN BERTUTUR
Kemahiran bertutur merupakan proses komunikasi yang amat kompleks. Semasa
bertutur, seseorang itu akan menghasilkan bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-
unsur prosodi (intonasi, tekanan sebutan dan jeda) dan para linguistik (bagi bahasa
isyarat dan pergerakan badan). Walau bagaimanapun, selain menggerakkan alat
pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna, proses bertutur juga
melibatkan proses mental: memahami, menaakul, memadan, menyesuaikan dan
memberi gerak balas tertentu mengikut situasi sesuatu komunikasi. Penutur yang baik
akan mengkoordinasi keupayaan mendengar dan memperoleh maklumat bagi tujuan
menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosidi dan
melaksanakan proses mental mendengar dan membaca secara berkesan.

3
Konsep Pertuturan
(a) Pertuturan merupakan gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan.
Misalkan bunyi-bunyi, /b/, /a/, /t/, /u/ digabungkan menghasilkan bunyi [batu];
(b) Pertuturan berlaku di peringkat produksi, yakni setelah penutur dapat mendengar
dan memahami dengan baik apa-apa yang didengarinya;
(c) Individu banyak belajar kemahiran bertutur daripada pengalaman kecerdasan
otaknya;
(d) Aspek fizikal, kesihatan, kecerdasan otak, persekitaran, jantina dan tahap
sosioekonomi boleh mempengaruhi tahap pertuturan kanak-kanak; dan
(e) Kemahiran bertutur yang baik boleh dikuasai dengan memberi perhatian kepada
aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasan aspek bunyi yang lain.

Aspek-Aspek Pertuturan
(a) Sebutan
Dalam aspek sebutan murid-murid diajar mengenal dan membunyikan setiap
huruf, suku kata, perkataan, frasa kata dan ayat. Dalam hal ini, murid-murid
diajar menyebut dan membunyikan suku kata dan perkataan dengan jelas dan
tepat mengikut kaedah bunyi, sebutan dan maknanya. Aspek ini penting,
terutamanya melibatkan perkataan yang mempunyai ejaan yang sama tetapi
kaedah sebutan dan makna yang berlainan seperti semak, boleh dibunyikan
sebagai /semak/ dan /smak/ dan seumpamanya;

(b) Tekanan
Tekanan merujuk kepada cara dan bagaimana penutur menyebut dan memberi
tekanan kepada sama ada suku kata, perkataan atau rangkai kata tertentu bagi
tujuan menegaskan sama ada keras atau lembutnya sesuatu pengucapan;

(c) Mora (panjang-pendek)


Mora atau panjang-pendek merupakan kadar (dalam bahasa Arab disebut
harakat), tidak begitu membezakan makna dalam bahasa Melayu;

4
(d) Jeda (persendian)
Unsur ini merujuk kepada aspek persendian memisahkan elemen-elemen
linguistik dalam perkataan, rangkai kata atau ayat. Dalam ayat, jeda digunakan
sebagai hentian sementara yang boleh membezakan makna jika unsur ini
digunakan. Misalnya ungkapan, jangan tembak, jika tidak menggunakan jeda
bermaksud larangan melepaskan tembakkan, sebaliknya jika jeda digunakan,
jangan/tembak, bermaksud menangguhkan seketika dan kemudiannya
melepaskan tembakkan!

(e) Intonasi
Intonasi merujuk kepada kedaan sama ada dilafazkan secara menurun atau
menaik sesuatu. Intonasi dalam ayat sama ada menaik, menurun atau mendatar
berbeza-beza mengikut jenis ayat. Misalnya, ayat tanya biasanya mempunyai
intonasi menaik, manakala ayat penyata mempunyai intonasi menurun di hujung
ayat.

(f) Nada
Nada merujuk kepada keadaan bunyi sama ada menaik atau menurun ketika
sesuatu perkataan itu disebut. Dalam muzik misalnya terdapat lapan nada: Do,
Re,Mi, Fa, So, La, Ti dan Do setiap nada mewakili satu suku kata. Pun
demikian dalam bahasa Melayu, nada tidak bersifat fonemik berbanding dengan
bahasa Cina, kewujudannya lebih jelas.

(g) Tatabahasa
Aspek tatabahasa merujuk kepada aturan, formula, kaedah dan tatacara
menentukan hukum dalam berbahasa meliputi bidang fonologi, sintaksis dan
semantik. Aspek tatabahasa dalam pertuturan kerap kali tidak diberatkan
berbanding dalam aktiviti penulisan. Walau bagaimanapun untuk memperoleh
kebiasaan yang baik dan kesan yang mendalam dalam pengucapan, aspek
tatabahasa perlu diguna pakai sebaik-baiknya;

(h) Kelancaran
5
Aspek kelancaran menegaskan perihal dan keupayaan murid bertutur dengan
baik, teratur dan kemas tanpa gangguan/tersekat. Ini banyak dipengaruhi dan
ditentukan oleh tahap penguasaan dan kecekapan berbahasa dalam kalangan
murid-murid.

(i) Kefasihan
Aspek kefasihan menentukan bukan sahaja murid boleh bertutur dengan baik
lancar dan berkesan, sebaliknya boleh membunyikan kata atau menyebut
perkataan dalam ayat dengan jelas, betul dan betul;

(j) Laras bahasa


Aspek laras bahasa dalam konteks ini menegaskan kemahiran murid-murid
menggunakan bahasa dalam konteks yang situasi, keadaan dan disiplin ilmu
berlainan. Ini penting bagi tujuan mempastikan murid-murid boleh berkomunikasi
secara berkesan.

Objektif Kemahiran Bertutur


Kemahiran bertutur, antara lain membolehkan seseorang murid:
(a) menyebut dengan jelas;
(b) menyampai atau melahirkan pendapat peribadi;
(c) melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian dengan tepat ;
(d) memberi penerangan dan al asan;
(e) menunjuk arah;
(f) membina soalan untuk mencari maklumat;
(g) bertemu ramah;
(h) bertukar-tukar pendapat dan maklumat;
(i) bertutur secara bertatasusila; dan
(j) bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan
situasi.

KEMAHIRAN MENDENGAR

6
Kemahiran mendengar merupakan kemahiran utama dan pertama yang perlu dikuasai
oleh kanak-kanak sebelum ia boleh mengujarkan perkataan atau bunyi awal tertentu
dalam proses belajar berkomunikasi atau bercakap. Sebelum kanak-kanak ini boleh
berkomunikasi atau bercakap, ia telah terlebih dahulu terdedah kepada berbagai-bagai
bunyi bahasa dan bukan bahasa. Sebenarnya, kanak-kanak sentiasa berkomunikasi
dengan alam sekelilingnya, mengusai bahasa memperoleh, mempelajari, mengajuk
dan meniru daripada apa yang didengar dan dialaminya daripada orang-orang yang
berada di sekelilingnya. Mereka meniru, mengajuk, mencuba dan mengungkapkan
perkataan tertentu secara berulang kali sebelum sesuatu perkataan itu tekal dalam
ingatan dan dapat digunakan dalam konteks maknanya yang sebenar. Justeru, alam
persekitaran merupakan model penting pembelajaran bahasa dalam kalangan kanak-
kanak ini. Ini bermakna, kanak-kanak yang hidup dalam kerangka model alam
persekitaran yang baik, cenderung untuk menguasai kemahiran berbahasa: bertutur
dan mendengar yang baik mengikut standard tertentu.

Mengapa kemahiran mendengar perlu?


Kemahiran mendengar merupakan kemahiran menerima menaakul dan memproses
maklumat dalam komunikasi secara lisan. Di sekolah, murid-murid perlu mendengar
untuk menerima dan memahami idea yang disampaikan dalam perbualan,
perbincangan, dialog, mesyuarat dan penjelasan dalam proses pengajaran guru.
Manakala dalam kehidupan harian pula, aktiviti mendengar sentiasa wujud dalam
interaksi sosial (perbualan, perbincangan dan mesyuarat); untuk mendapat hiburan
(radio, televisyen, filem), memperoleh maklumat (pengajaran guru, berita di radio dan
televisyen) serta pernyataan perasaan dan apresiasi seni (drama, lakonan, dialog dan
kesusasteraan).

Proses Mendengar
Umumnya, komunikasi lisan melibatkan dua proses, iaitu penghasilan dan penerimaan
mesej. Proses pertama terlaksana melalui pertuturan sementara proses yang kedua
berlaku melalui pendengaran. Terdapat pernyataan bahawa dalam pengajaran bahasa,

7
aspek pendengaran amat kurang diberi perhatian oleh guru. Proses mendengar
biasanya berlaku secara berperingkat. Empat peringkat proses mendengar:
(a) mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa;
(b) memahami bunyi-bunyi bahasa tersebut;
(c) menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan; dan
(d) bertindak balas terhadap bunyi-bunyi tersebut.

Objektif mengajar kemahiran mendengar


Melalui kemahiran mendengar, seseorang itu boleh:
(a) memperoleh idea;
(b) mencari isi-isi penting;
(c) melakukan arahan/ tindak balas;
(d) mengenal pasti perkara yang berhubungan dan tidak berhubungan;
(e) mengenal pasti isi-isi yang tersirat;
(f) mentafsir makna-makna yang te rsirat,
(g) mengenal pasti mood penutur, suasana, dan keadaan/ konteks, dan
(h) mengesan pengaruh penutur sama ada menggunakan logik atau propaganda,
iaitu seperti memberi yang baik sahaja, menggunakan nama orang-orang
terkemuka atau mengulang sebut apa yang diperkatakan.

Konsep-konsep asas dalam kemahiran Mendengar:


Kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang paling asas dalam kemahiran lisan.
Ini berlaku pada peringkat penerimaan. Seseorang kanak-kanak atau murid yang telah
menguasai kemahiran mendengar, dia seharusnya dapat mendengar dengan baik apa
sahaja yang dituturkan oleh orang lain kepadanya dan boleh pula memahami maksud
dan boleh mentafsir apa sahaja yang didengarnya itu dengan tepat. Aspek-aspek
pendengaran itu boleh dikonsepsikan dengan pelbagai cara, antara lain:
(a) gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengar, difahami dan diingat;
(b) proses yang berlaku dipengaruhi aspek fizikal, psikologi, dan neurologi;
(c) berlaku melalui latihan-latihan khas secara berperingkat-peringkat; dan

8
(d) berpusatkan idea utama, hujah, bukti dan estetika.

Bentuk Kemahiran Mendengar


Dengan itu, kemahiran mendengar boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, antara lain
proses mendengar:
(a) secara pasif;
(b) secara bertelau-telau;
(c) tanpa tindak balas;
(d) secara menebuk-nebuk;
(e) dengan beremosi;
(f) secara berhati-hati dengan pengamatan; dan
(g) secara kritikal.

Prinsip penting dalam proses mengajar kemahiran mendengar


(a) mendengar merupakan gabungan daripada segala yang pernah dilihat, didengar
dan diingati;
(b) proses mendengar berlaku melalui latihan secara khusus yang dilaksanakan secara
berperingkat-peringkat;
(c) individu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalamannya berbanding
daripada kecerdasan otaknya;
(d) aspek fizikal, psikologi dan neorologi mempengaruhi proses pendengaran
seseorang;
(e) pendengaran yang cekap menyatukan idea secara logik dan berkesan;
(f) mendengar berlaku melalui proses akal bukan perasaan;
(g) mendengar untuk mengkritik perlu berasaskan idea utama, hujah dan bukti tertentu;
(h) mendengar untuk hiburan memerlukan tindak balas terhadap muzik, aspek
kesusasteraan dan aspek seni serta estatika; dan
(i) mendengar untuk apresiasi memerlukan perlakuan bahasa menganalisis secara
kritis terhadap bentuk dan isi.

KEMAHIRAN MEMBACA

9
Kemahiran membaca dan memahami adalah kemahiran yang saling melengkapi. Walau
bagaimanapun, kemahiran membaca mesti diajar mengikut peringkat peringkatnya
supaya penguasaannya memperlihatkan satu perkembangan yang meningkat.
Semuanya harus bermula daripada yang mudah kepada yang sukar. Akhirnya murid-
murid dapat menguasai kemahiran membaca senyap dan memahami apa yang dibaca.
Dalam konteks ini bahan bacaan perlu dipelbagaikan dan diajar dengan menggunakan
strategi, kaedah, pendekatan dan teknik yang sesuai dan berkesan.

Jenis Bacaan
Bacaan mekanis
Bacaan mekanis adalah bacaan bersuara dengan sebutan yang jelas dan tepat
mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Bacaan kuat ini mementingkan sebutan huruf
dan bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul .
Bahan bacaan yang digunakan ialah bahan yang mudah difahami dan tidak
membebankan fikiran.

Bacaan Mentalis
Bacaan mentalis dikenali juga sebagai bacaan akliah. Bacaan ini dilaksanakan dalam
hati tanpa suara setelah pelajar menguasai bacaan bersuara. Tujuan bacaan mentalis
adalah untuk memahami maklumat / idea atau buah fikiran.

Bacaan Intensif
Bacaan intensif adalah bacaan secara mendalam. Bacaan ini dilaksanakan dengan
tujuan untuk memperkembang kebolehan meneliti, memahami dan mentafsirkan
perkara yang dibaca. Bacaan ini memfokuskan kepada ciri-ciri tatabahasa, meneliti
pembentukan dan penggunaan bahasa dalam konteks dan situasi yang berlainan.
Konsep bacaan intensif adalah untuk memperkembang pembelajaran bahasa murid;
memberi penjelasan tentang struktur yang sukar dan memperkembang

10
perbendaharaan kata; mengkaji ciri-ciri tatabahasa; memperkembang usaha mengawal
bahasa lisan dan pertuturan serta kepentingan gerak laju dan kelainan latihan.

Bacaan Ekstensif
Bacaan ekstensif adalah bacaan meluas yang dilaksanakan di luar bilik darjah. Bacaan
ini menitikberatkan pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran pemahaman dan
meningkatkan kepantasan membaca. Melalui pembacaan ekstensif akan membolehkan
pelajar mencari isi-isi penting. Konsep bacaan ekstensif ialah kegiatan membaca
dilakukan di luar kelas; bahan bacaan perlu sesuai dengan murid; bahan yang berbeza
dan murid mendapat kepuasan, keseronokan dan terhibur.

PERINGKAT PENGAJARAN BACAAN


Peringkat Kesediaan Membaca
Menurut Juriah Long et.al (1994), kesediaan membaca ialah satu peringkat
perkembangan sama ada faktor-faktor alam sekitar ataupun faktor tersedia yang
menyediakan seseorang kanak-kanak itu untuk membaca. Peringkat ini dikatakan
sebagai satu peringkat yang menyediakan kanak-kanak dengan bacaan awal atau
bacaan asas. Konsep kesediaan membaca bukan sahaja meliputi pengajaran
kemahiran-kemahiran sebelum bacaan, tetapi juga merangkumi setiap kemahiran
sebelum kemahiran membaca secara khusus dan berterusan.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca seseorang kanak-kanak ialah


keadaan fizikal, pengalaman dan persekitaran, emosi dan motivasi serta kecerdasan
dan perkembangan kognitif. Dari segi fizikal, kemampuan kanak-kanak dilihat dari sudut
keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang diajarkan, keupayaan
matanya mengecam bentuk, dan keupayaan pendengarannya mengecam bunyi-bunyi.
Dari segi emosi, kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi minatnya terhadap bahan-
bahan bacaan dan minatnya untuk mendengar bacaan terutamanya bahan cerita. Dari
segi mental pula, kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi keupayaannya mengingat
apa yang telah diberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telah
diketahuinya. Kesimpulannya, untuk membolehkan kanak-kanak menguasai peringkat
11
kesediaan membaca ini, anda sebagai guru hendaklah membimbing kanak-kanak
menguasai pelbagai kemahiran lain yang akan membantu mereka mencapai kemahiran
membaca dengan lebih mudah.

Prabacaan
Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca. Peringkat prabacaan meliputi
kemahiran pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan penglihatan, aktiviti
koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan, dan latihan bahasa
pertuturan. Peringkat bacaan pula meliputi kemahiran mengenal abjad hingga
membaca ayat. Pada tahap ini, murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh
mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran .
Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut, aktiviti prabacaan boleh dilakukan
dengan menggunakan permainan huruf, suku kata dan perkataan untuk mengukuhkan
lagi kemahiran tersebut.

Bacaan Mekanis
Pada tahap ini murid sudah boleh menyebut huruf, suku kata, perkataan, frasa dan
ayat-ayatmudah. Mereka juga boleh membatangkan perkataan yang mengandungi
suku kata terbuka dan tertutup yang bermula dengan konsonan. Kaedah-kaedah
membaca yang sistematik yang boleh digunakan ialah pandang dan sebut, kaedah
terus, bunyi kata dan abjad atau mengeja.

Bacaan dan Kefahaman


Kefahaman merupakan pelengkap kepada keperluan bacaan. Tanpa kefahaman
terhadap apa yang dibaca perlakuan bacaan itu tidak bermakna. Pada tahap bacaan
dan kefahaman ini murid sepatutnya mempunyai keupayaan untuk mengumpul
maklumat dan makna daripada apa yang dibaca dan mentafsir dan menilai sesuatu
dengan sepenuhnya tentang apa yang dibaca.

12
Bacaan Intensif
Bacaan intensif ialah kegiatan membaca yang menuntut ketelitian dan dilakukan secara
saksama. Ia melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu bahan bacaan.
Dua perkara yang dilibatkan dengan bacaan intensif ini adalah membaca telaah isi dan
membaca telaah bahasa. Dalam membaca telaah isi, membaca teliti, membaca
pemahaman, membaca kritis dan membaca idea sangat dititikberatkan. Sementara
membaca telaah bahasa, aspek-aspek yang berkaitan dengan bahasa, ditegaskan.
Bacaan intensif adalah bertujuan memperkembang kebolehan dalam meneliti,
memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Ia juga memberi
penekanan kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan
perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berbeza.
Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh
daripada guru-guru.

Bacaan Ekstensif
Bacaan ekstensif merupakan kegiatan membaca secara meluas. Objeknya meliputi
sebanyak mungkin teks dalam jangka waktu yang singkat. Bacaan ekstensif bertujuan
memahami isi-isi penting dengan cepat dan menganjurkan aktiviti membaca yang
berkesan. Bacaan ekstensif melibatkan tiga perkara berikut iaitu membaca tinjauan,
membaca sekilas dan membaca dangkal. Membaca tinjauan ialah meneliti indek, daftar
kata, judul, bab, rangka kasar dan kandungan. Membaca sekilas pula melibatkan
pergerakan mata yang cepat untuk melihat , memerhati bahan-bahan bertulis bagi
mencari isi dan mendapat maklumat serta penerangan. Terdapat tiga tujuan membaca
sekilas:
(a) Untuk memperoleh suatu kesan umum daripada sesuatu isi bacaan
(b) Untuk mendapatkan hal-hal tertentu daripada sesuatu bacaan
(c) Untuk mendapat bahan-bahan bacaan daripada perpustakaan
Membaca dangkal pula adalah untuk mendapatkan pemahaman yang dangkal yang
bersifat luaran/ tidak mendalam daripada sesuatu bahan bacaan. Ia tidak memerlukan
pemikiran yang mendalam

13
Skimming
Skimming merupakan kaedah membaca cepat dengan cara mengutip maklumat secara
sepintas lalu bagi mendapatkan idea penting. Ianya penting kepada pembaca yang
hendak membaca banyak bahan dalam jangka masa yang singkat dan hanya
memerlukan maklumat penting sahaja. Pembaca melihat sepintas lalu terhadap
sesuatu perenggan untuk mendapatkan idea utama.

Scanning
Scanning adalah kemahiran atau keupayaan untuk mendapatkan maklumat secara
cepat dan untuk mencari jawapan kepada sesuatu soalan atau maklumat secara
khusus. Tujuan scanning untuk menentukan sejauh mana kecekapan kita mencari
sesuatu maklumat tertentu (bukan menghabiskan bacaan dengan cepat). Kecekapan
scanning bergantung kepada penumpuan mental.
KEMAHIRAN MENULIS
Selain berkomunikasi secara lisan atau pun melalui bacaan, manusia juga
berkomunikasi melalui tulisan. Malah bahasa tulisan adalah satu bentuk komunikasi
yang paling tinggi dan kompleks. Menulis adalah satu kemahiran dan juga sebagai
saluran untuk seseorang melahirkan perasaan dan idea. Kemahiran
menulis menggabungkan aspek-aspek visual, motor, dan keupayaan
membentuk konsep-konsep. Menurut Hughes, Mercer, Lenz, dan Hoffman, (1991).
tulisan juga adalah s a l u r a n u t a m a b a g i m u r i d - m u r i d u n t u k m e n u n j u k k a n
p e n g e t a h u a n d a n m e r e k a dalam mata pelajaran akademik yang lebih tinggi.
Sebelum seseorang dapat menggunakan tulisan sebagai media untuk berkomunikasi,
ia perlu menguasai kemahiran menulis secara mekanis dahulu, dan
s e l e p a s i t u barulah ia dapat menulis untuk tujuan berkomunikasi dengan orang lain.
Seseorang individu menulis untuk menyatakan idea dan perasaannya atau apa sahaja
yang ingin disampaikannya supaya dapat dibaca dan difahami oleh orang lain.

14
Don Bryne (1979) menyatakan bahawa simbol grafik semasa menulis ialah
penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang
bunyi yang kita buat semasa kita bercakap.
Hal ini meliputi beberapa aspek, iaitu;
(a) menggunakan pelbagai jenis ayat
(b) mencatat dan menyusun maklumat
(c) menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif
(d) membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton dan dibaca.
Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan
ayat, dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan
dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui.
Penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang
gramatis, tanda
baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas.
Menulis melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul, menyusun dan
mengolah idea sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana
yang lengkap.
Murid-murid juga perlu menguasai struktur
karangan seperti tahu menulis panduan,
pemerengganan dan menulis kesimpulan.

Matlamat Kemahiran Menulis


Supaya sesuatu idea, maklumat, pendapat dan ilmu pengetahuan dapat
disampaikan dengan tepat, jelas dan berkesan.
Meluaskan pengetahuan, pengalaman dan perhubungan.
Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan.

Tujuan Menulis
Tujuan mengarang bagi peringkat sekolah rendah secara amnya adalah untuk
melahirkan murid-murid yang dapat mengolah idea atau pendapat berdasarkan
situasi atau tajuk tentang sesuatu ke dalam sesuatu bentuk karangan tertentu.

15
Melatih murid-murid melahirkan idea.
Melatih murid menghujah dan mengembangkan idea
Melatih murid-murid mengembangkan karangan
dalam bentuk pemerengganan yang betul
Melatih murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul
berdasarkan jenis karangan tertentu.
Melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul
Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar sehari-
hari
Menyiapkan murid menghadapi peperiksaan.
Menyuburkan minat
Meluaskan kosa kata
Memberikan kepuasan jiwa.
Peringkat Kemahiran Menulis
(a) Peringkat Pramenulis
(b) Peringkat Mekanis
(c) Peringkat Pelahiran

(a) Peringkat Pramenulis


Murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf
dengan kemas dan betul.
Latihan otot tangan dan jari serta kordinasi tangan dan mata diberikan kepada
murid.
Berikut ialah contoh aktiviti pramenulis:
Menulis dari kiri ke kanan
Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan.
Latihan membentuk bulatan di udara, di atas meja, pasir, lantai tanpa
menggunakan alat tulis.
Menyambung titik
Latihan membentuk corak campuran bulatan dan garisan lurus yang dilakukan
secara bebas.
16
Latihan membentuk garisan lurus
Latihan melukis gambar yang mengandungi garis
lurus dan bulat.
Membuat pelbagai jenis garisan atau bentuk
Melukis gambar

(b) Peringkat Mekanis


Selepas murid-murid melalui peringkat pramenulis, mereka akan melangkah ke
peringkat mekanis.
Pada peringkat ini, murid diajar menguasai kemahiran membentuk huruf besar
dan kecil dalam abjad. Seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf, suku
kata, perkataan dan ayat.
Untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran ini, anda boleh
menjalankan aktiviti-aktiviti yang berikut:
Latihan menulis bentuk-bentuk yang mirip kepada huruf mengikut teknik menulis.
Latihan menulis huruf berdasarkan gambar-gambar yang mirip kepada bentuk-
bentuk huruf tertentu.
Latihan menekap huruf mengikut acuan huruf yang diperbuat daripada kad yang
berlubang.
Latihan menekap huruf atau perkataan yang ditulis dalam bentuk garis putus-
putus.
Latihan menulis huruf dalam suku kata.
Latihan melengkapkan huruf pada perkataan bergambar.
Latihan menamakan gambar-gambar.
Latihan menyalin frasa atau ayat.
Latihan menyalin ayat daripada buku

(b) Peringkat Pelahiran (Mengarang)


Pada peringkat ini murid-murid sudah menguasai pelbagai kemahiran seperti
kemahiran mendengar, bertutur membaca dan mengeja.
Mereka sudah boleh menulis pelbagai jenis karangan.

17
Anda boleh memulakan pengajaran menulis pada peringkat ini dengan jenis-
jenis penulisan terkawal, berpandu, separa terkawal,dan separa berpandu.
Kemudian mereka boleh didedahkan dengan penulisan bebas dan kreatif.
Pada peringkat ini, murid-murid dapat melahirkan idea dan pendapat tentang
pengetahuan serta pengalaman yang telah dilalui.
Dalam masa yang sama mereka akan menggunakan kemahiran tatabahasa dan
ejaan yang telah mereka kuasai.
Mereka juga akan merancang penulisan mereka dengan menggunakan bentuk-
bentuk grafik yang sudah dipelajari.

(ii) Menghuraikan kaedah, teknik dan aktiviti serta bahan bant mengajar yang
akan digunakan untuk mengajarkan kemahiran lisan; dan

KAEDAH

Kaedah adalah cara yang digunakan dalam sesuatu proses pengajaran. Kaedah
merujuk kepada cara mengajar yang disusun dan dilaksanakan untuk mengajar sesuatu
kemahiran bahasa kepada pelajar di dalam bilik darjah. Kaedah yang digunakan adalah
untuk menyokong pendekatan pengajaran yang dipilih oleh guru (Abd. Aziz Abd.Talib,
2000). Terdapat berbagai-bagai kaedah pengajaran bahasa yang dapat diaplikasikan
untuk pengajaran lisan. Antara kaedah yang sesuai digunakan dalam mengajar bahasa
adalah seperti:

a. Kaedah Terus,
b. Kaedah semulajadi.

c. Kaedah Oral-Aural

d. Kaedah Linguistik

e. .Kaedah askar/ tentera

f. Kaedah Ajuk Hafaz

18
A. Kaedah Terus :

i. Menurut Salleh Mohd Akib (1975), kaedah terus ini ialah kaedah

pengajaran secara perbualan untuk memperkenalkan bahasa kedua

kepada kanak- kanak.

Ii .menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), kaedah ini mengutamakan prinsip

mengajar berdasarkan psikologi kanak-kanak.

Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat perkara asas iaitu:

1. Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau

ayat dengan fikiran atau sebaliknya.

2. Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman sedia

ada.

3. Timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan

yang telah dirancangkan.

4. Mengutamakan bahasa lisan, tidak mempelajari undang-undang

tentang bahasa yang hendak dipelajari, mengutamakan sebutan yang

betul, ulangan dan pengukuhan harus dibanyakkan, dan mempelajari

sesuatu yang mudah sebelum sesuatu yang kompleks.

B. Kaedah Semulajadi :

hampir sama dengan kaedah Terus. Pengajaran dimulakan dengan

soalan-soalan yang berhubung dengan objek dan gambar. Perkataan-

perkataan yang baru diterangkan dengan menggunakan perkataan-

perkataan yang telah diketahui oleh murid. Terjemahan tidak langsung

19
digunakan.

C. Kaedah Oral-Aural :

1. kaedah mendengar dan kemudiannya bertutur.

2. menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan.

3. Latih tubi dan dialog dijalankan dalam cara yang realistik memberi

perhatian kepada intonasi yang betul.

D. Kaedah Linguistik :

1. Kaedah ini membolehkan kanak-kanak menggunakan bahasa yang

telah diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari segi bunyi.

2. Memulakan aktiviti dengan latihan pendengaran kemudian diikuti oleh

aktiviti menyebut. Pengajaran tatabahasa dilakukan mengikut

pendekatan Induktif (Kamarudin Hj. Husin,1988).

3. Pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam

bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.

TEKNIK

Teknik adalah cara yang lebih khusus yang digunakan untuk mengajar (atau menguji)
sesuatu kemahiran atau aspek bahasa. Teknik dicipta untuk membantu guru
menjayakan,sesuatu kaedah pengajaran. ( Abd. Aziz Abd. Talib, 2000). Antara teknik
pengajaran lisan adalah bercerita, berlakon, berbincang, sumbang saran, tunjuk cara,
main peranan, soal jawab, dan sebagainya. Teknik pengajaran ini dilaksanakan melalui
aktiviti aktiviti yang bersesuaian dengan teknik yang dipilih.

Dalam konteks pengajaran dan pempelajaran dalam kelas, , kaedah, dan teknik ini
dilaksakanakan secara kuliah, kelas, kumpulan, atau secara individu mengikut
20
kesesuaian.Semasa menyampaikan pengajaran lisan di dalam kelas, guru harus bijak
memilih teknik pengajaran lisan yang hendak digunakan dalam pengajaran tersebut.
Teknik pengajaran lisan yang dipilih haruslah menepati objektif pengajaran dan juga
bersesuaian dengan umur, minat, dan kebolehan murid. Objektif teknik pengajaran lisan
adalah untuk membolehkan murid-murid memperoleh kemahiran lisan dengan mudah
dan berkesan. Teknik pengajaran lisan bukan sahaja dijalankan dalam melalui aktiviti
murid sahaja tetapi boleh dijalankan juga dengan menggunakan bahan bantu mengajar
seperti televisyen, radio, tayangan video , dan sebagainya.

Antara teknik pengajaran lisan tersebut adalah bercerita, berbual, menyanyi, berlakon,
main.peranan,boneka,sumbangsaran,dan.,perbincangan.

1.Teknik bercerita

Teknik bercerita sangat digemari oleh kanak-kanak dan memainkan peranan yang
penting dalam pengajaran lisan. Dalam pengajaran bahasa secara umumnya, teknik
bercerita bermaksud guru menyampaikan pengajarannya melalui aktiviti bercerita, iaitu
guru akan bercerita kepada murid-muridnya dan seterusnya disusuli dengan aktiviti-
aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti soal jawab, murid menceritakan semula
cerita tersebut dan sebagainya. Dalam konteks pengajaran lisan, teknik bercerita lebih
tertumpu kepada murid itu sendiri, iaitu mereka akan bercerita secara lisan sama ada
tentang pengalaman, harapan, tentang sesuatu cerita yang didengar atau dibaca,dan
sebagainya.Semasa murid bercerita, guru hendaklah memberi perhatian tentang
sebutan, bahasa, gaya pertuturan, dan kelancaran.

ii. Teknik perbualan

Aktiviti perbualan kebiasaannya dilakukan berdasarkan sesuatu tajuk. Teknik perbualan


bertujuan melatih murid berkomunikasi secara sosial seperti berbual melalui telefon.
Perbualan hendaklah berkisar tentang perkara yang berlaku dalam kehidupan mereka
setiap hari. Murid-murid boleh diminta bercakap tentang ibu atau bapa, kawan, hobi,
permainan, dan sebagainya. Perbualan boleh berlangsung antara guru dengan murid

21
atau sesama murid. Tajuk yang guru tetapkan hendaklah sesuai dengan pengalaman
murid supaya mereka dapat berbual tentang tajuk itu.

iii. Teknik menyanyi

Sifat semula jadi kanak-kanak sangat suka mendengar nyanyian dan juga menyanyi.
Bagi kanak-kanak, menyanyi dianggap sebagai satu bentuk aktiviti yang merehatkan
dan menyeronokkan. Guru menggunakan teknik menyanyi ini untuk menarik minat
murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas. Guru perlulah bijak memilih
lagu yang hendak dinyanyikan oleh murid-murid iaitu lagu yang betul tatabahasa, dan
perbendaharaan katanya. Selain itu guru boleh memilih rentak lagu yang diminati oleh
murid-murid dan mencipta lirik baru dengan memasukkan perkataan-perkataan yang
perlu murid kuasai sebutannya.

iv. Teknik lakonan


Teknik lakonan amat baik untuk mengajar dan melatih bahasa lisan kanak-kanak.
Melalui lakonan kanak-kanak dilatih melakonkan watak-wataktertentu dengan
menggunakan skrip pendek dan ringkas. Teknik ini dapatmelatih sebutan, intonasi, dan
kelancaran pertuturan kanak-kanak di samping melatih meng- gunakan pelbagai jenis
ayat seperti ayat penyata,ayat tanya, ayat seruan, dan ayat perintah.

v. Teknik boneka
Teknik Boneka dikenali juga sebagai teknik patung atau puppet. Teknik ini adalah
antara teknik yang sangat digemari oleh kanak-kanak kerana pergerakan boneka dan
dialog dalam lakonan boneka ini sangat menarik dan menghiburkan Guru boleh
menyediakan berbagai-bagai jenis boneka seperti boneka kayu, boneka sarung tangan,
boneka tali, boneka piring dan sebagainya. Namun, boneka yang dibuat oleh murid
sendiri adalah lebih bermakna kepada mereka. Bagi mencapai objektif pengajaran
lisan, guru hendaklah memberi peluang muridnya bercakap atau berlakon dengan
menggunakan boneka sesama mereka.

v. Teknik main peranan

22
Dalam teknik main peranan, murid melakonkan watak yang dipilih berdasarkan cerita
atau situasi yang ditetapkan. Murid perlu faham akan peranan watak itu dan
menghayatinya lalu melakonkan aksi dan percakapan watak itu. Contoh situasi yang
diberi boleh seperti berikut:

Seorang murid telah terjumpa syiling dua puluh sen.


Dia pergi berjumpa gurunya dan menyerahkan syiling
itu kepada gurunya sambil memberitahu di mana dia
menjumpai syiling itu. Guru memuji sikapnya yang
amanah itu.

vii. Teknik berbincang


Dalam pengajaran bahasa, teknik berbincang sering digunakan untuk mendapatkan isi
dan menyusun isi tersebut bagi sesebuah karangan. Guru boleh menjalankan teknik
perbincangan ini melalui dua cara, iaitu:

(1) perbincangan berlaku antara guru dengan murid-murid,

(2) perbincangan berlaku antara murid dengan murid sama ada secara kelas atau

dalam kumpulan kecil.

Semasa perbincangan, isi-isi penting dicatat di papan tulis dan kemudian disusun
berdasarkan kehendak tajuk perbincangan. Bagi mengajar kemahiran lisan, guru
menggalakkan murid bercakap untuk memberi pendapat dengan ayat dan tatabahasa
yang betul.

viii. Teknik perbahasan


Teknik ini sering digunakan oleh guru bahasa untuk melatih murid-murid kemahiran
bertutur khusus di hadapan penonton yang ramai. Melalui teknik ini murid diminta
berbahas tentang satu tajuk atau isu yang diberi. Teknik ini amat berkesan untuk
membentuk keyakinan diri yang tinggi di kalangan murid.

23
AKTIVITI

Aktiviti bermaksud gerakerja atau tindakan. Di bawah konteks pendidikan, ia melibatkan


segala gerakerja yang dijalankan oleh guru dan murid untuk mencapai objektif
pelajaran. Dengan perkataan lain, aktiviti mengandungi segala tindakan dalam
pengajaran dan pembelajaran.

Aktiviti merupakan suatu pendekatan utama dalam pendidikan. Menurut J.Dewey


(1910), pelajaran harus berasaskan kepada aktiviti murid.Melalui aktiviti murid, intelek,
rohani, social dan jasmani mereka dapat dikembangkan secara menyeluruh dan
seimbang. Murid-murid akan belajar dengan lebih berkesan melalui cara praktik.
Mereka akan merasa seronok dan gembira dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan
oleh mereka. Di bawah pendekatan aktiviti ini, guru banyak melibatkan kerja
membimbing murid menjalankan aktiviti pembelajaran.

Terdapat tiga peringkat perancangan aktiviti lisan

a. Peringkat persediaan
b. Peringkat perlaksanaan aktiviti

c. Peringkat susulan dan penilaian.

A. Peringkat Persediaan.

Tiga perkara yang boleh dilakukan oleh guru ialah:

1. Guru menerangkan tugas yang akan dilakukan oleh murid atau membuat tunjuk
cara serta member contoh.
2. Guru mengedarkan bahan yang diperlukan untuk membuat aktiviti.contoh: kad kiu,
bahan stensilan, dan peralatan lain yang diperlukan.

3. Guru memastikan semua alat dan bahan mencukupi dan murid memahami
tugasan.

B. Peringkat Perlaksanaan Aktiviti.


24
Dua perkara yang berlaku semasa perlaksanaan aktiviti iaitu:

1. Murid menjalankan tugasan seperti yang diarahkan.


2. Guru menyelia dan membimbing kelas, kumpulan atau pasangan yang mengambil
bahagian

C. Peringkat Susulan dan Penilaian.

Aktiviti susulan dan penilaian perlu dilakukan oleh guru untuk mendapatkan maklum
balas bagi aktiviti yang telah dilaksanakan oleh murid. Bukan dalam bentuk penilaian
formal tetapi lebih merupakan penilaian berterusan.Contoh aktiviti susulan dan
penilaian seperti mengadakan perbincangan , kemudian guru member maklum balas
tentang prestasi dan pencapaian murid. Sebagai pengukuhan digalakkan member kerja
rumah yang berkaitan dengan aktiviti susulan.

Beberapa aktiviti yang boleh digunakan dalam kemahiran lisan ialah :

1. Aktiviti berbual.

Guru menyediakan beberapa tajuk yang sesuai dengan tahap kebolehan berbahasa

serta persekitaran murid. Boleh melaksanakan aktiviti secara berdua atau

kumpulan.

2. Aktiviti bercerita.

Guru memberikan garis panduan bagi memudahkan murid bercerita. Misalnya

Tema dan masa yang diperuntukkan.Guru juga boleh menyediakan tempat yang

Sesuai supaya aktiviti menjadi menarik dan menggalakkan murid bercerita

3. Aktiviti berlakon.

Guru perlu menggalakkan murid mengambil bahagian.Boleh dijalankan di dalam


25
Atau diluar kelas.

4. Aktiviti berpuisi .

Dijalankan secara individu atau kumpulan. Puisi disediakan oleh guru dan murid

Diminta membacanya.Aktiviti akan menjadi lebih menarik jika tajuk puisi dimaklum

Kan lebih awal kepada murid.

5. Aktiviti bercakap berdasarkan gambar.

Dijalankan mengikut pretasi murid.Berbagai gambar yang menarik boleh disediakan

oleh guru. untuk menarik minat murid bercerita atau menerangkan perkara yang

terdapat dalam gambar. Boleh menggunakan gambar tunggal atau gambar bersiri.

6. Aktiviti melaporkan berita.

Murid diminta melaporkan sesuatu berita tentang sesuatu perkara atau peristiwa

yang pernah mereka baca, lihat, alami, dan dengar daripada orang lain.

7. Aktiviti berbahas atau bersyarah.

Tajuk disediakan oleh guru. Syarahan dijalankan secara individu sementara

perbahasan secara kumpulan. Syarat syarahan dan perbahasan di terangkan

kepada murid.

8. Aktiviti menyanyi.

Guru boleh menyanyikan lagu kanak-kanak yang mengandungi perkataan yang

mudah untuk disebut dan difahami oleh murid. Aktiviti ini boleh meningkatkan
26
kebolehan murid dalam sebutan dan intonasi.

9. Aktiviti Perbincangan.

Boleh diadakan secara kelas atau kumpulan. Dimulakan dengan membincangkan

sesuatu tajuk . Hasil perbincangan akan dibentangkan oleh ketua kumpulan kepada

kelas untuk disoal jawab.

BAHAN BANTU MENGAJAR

Pemilihan alat atau bahan berdasarkan kriteria berikut:

a. Bahan sedia ada.


b. Kesesuaian dengan objektif pengajaran.

c. Keberkesananya.

Alat atau bahan bantu mengajar boleh dibahagikan kepada tujuh kategori iaitu:

1.Guru, murid dan bilik darjah.

Gerak laku guru dan murid boleh dimaanfatkan untuk membantu proses pengajaran
dan pembelajaran misalnya:

a. Guru menaik dan menurunkan tangan atau menggerakkan kepala bagi


menunjukkan perbezaan intonasi dalam pertuturan.
b. Guru menunjukkan cara-cara membunyikan sesuatu sebutan.

c. Guru menggunakan papan tulis untuk mencatatkan perkataan atau frasa yang
perlu digunakan oleh murid apabila bertutur.

2 .Objek sebenar.

Objek yang biasa digunakan sehari-hari boleh dijadikan alat dan bahan pengajaran

27
yang berkesan, untuk membolehkan murid :

a. Mengaitkan konsep dengan bunyi cthnya :bunyi pelbagai kenderaan, mergastua

dan air dengan menggunakan alat audio seperti radio dan pita rakaman.

b. Mengaitkan situasi dengan pertuturan sebenar yang sedang berlaku. Cthnya:

Pertuturan sekumpulan manusia di stesen bas berbeza dengan pertuturan di

pasar. Contoh ini boleh ditunjukkan atau didengar melalui alat audio dan visual

sepert i televisyen , video, filem dan transperansi.

3. Gambar

Digalakkan menggunakan fail untuk menyimpan gambar. Sama ada gambar

murid bercerita berlakon, berpuisi, berdialog. Gambar yang digunakan hendaklah

sesuai dari segi saiz, terang dan jelas.

4. Grafik.

Pelbagai grafik boleh digunakan seperti :

a. Carta

Carta pai, carta palang, carta lingkaran,dan carta organisasi.

B. Jadual bermaklumat.

Jadual waktu, jadual perjalanan dan jadual tugas.

C. Pelan dan peta yang menunjukkan arah atau kedudukan sesuatu tempat.

5. Kad.
28
Kad digunakan sebagai bahan rangsangan.

a. Kad perkataan untuk memperkenalkan perkataan perkataan baru dan

penting bagi digunakan dalam pertuturan.Penggunaan kad sebagai alat dan

bahan akan lebih kemas jika guru menggunakannya diatas papan flannel dan

carta poket

b. Kad arahan atau kad peranan.- mengandungi arahan tentang peranan yang

harus dimainkan oleh murid dalam situasi tertentu semasa berlakon atau
main peranan.

6. Bahan nyanyian, puisi dan permainan.

Bahan ini dapat mewujudkan suasana gembira dalam kalangan murid.

Penggunaanya harus diawasi supaya objektif pengajaran dan pembelajaran tidak

diabaikan. Permainan bahasa yang dirancang secara teliti akan dapat

menggunakan kemahiran bertutur dalam keadaan bersahaja. Permainan bahasa

dapat menambah kepelbagaian situasi pembelajaran, memberi motivasi dan

peluang kepada murid mempelajari bahasa

7. Alat dan bahan yang dibeli.

Terdiri daripada perkakasan dan perisian . Alat dan bahan ini agak mahal dan

penggunaanya bergantung pada kemudahan fizikal sekolah.

a. Makmal bahasa untuk melatih murid dari segi sebutan, intonasi dan

29
perbualan.

b. Filem, rancangan TV dan plastic lutsinar/ transperansi.

c. Komputer.

(iii) menghasilkan satu rancangan pengajaran harian Bahasa Melayu yang lengkap untuk
mencapai kemahiran lisan seperti yang terkandung dalam Huraian Sukatan
Pelajaran.

Rancangan Pengajaran Harian

Tarikh : 28 Mac 2011

Masa : 11.15 pagi 12.15 pagi ( 60 minit )

Kelas : 3 Gemilang

Bilangan murid : 30 orang

Umur Murid : 9 tahun

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Tema : Kemahiran Hidup

Tajuk : Bumi Hijau

Hasil Pembelajaran :

i. Fokus Utama : 4.3 Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan

Pemerhatian, pengalaman dan maklumat yang disampaikan

oleh pihak lain.

Aras 1 :

ii . Memerihalkan sesuatu perkara berdasarkan pemerhatian.

ii. Fokus Sampingan : 9.3 Menyusun maklumat secara kohensi daripada nota atau

catatan hasil daripada bahan yang didengar atau dibaca.

30
Aras 1 :

i. Menyusun maklumat mengikut urutan.

5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan

intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara


yang dibaca.

Aras 2 :

i. Membaca lancar teks bahan sastera dengan sebutan


, intonasi dan gaya penyampaian yang betul.

Objektif Pelajaran : Pada akhir pelajaran murid dapat :

1. Menerangkan 3 aktiviti Perlaksanaan kempen Bumi Hijau


berdasarkan teks secara lisan.
2. Membaca lancar teks Perlaksanaan Kempen Bumi Hijau dengan
sebutan dan intonasi yang betul.
3. Menulis urutan Matlamat Perlaksanaan Kempen Bumi Hijau
dengan betul berdasarkan teks.

Sistem Bahasa :
i. Tatabahasa : Morfologi perkataan
Sintaksis Ayat tunggal dan ayat majmuk.
ii. Sebutan dan intonasi : Ayat penyata.
iii. Kosa Kata : Konsep, komponen, laman dapur, herba, dituai.

Pengisian Kurikulum ;

i. Ilmu : Kajian Tempatan, ICT, Pendidikan Moral.


ii. Nilai : Berkerjasama, keberanian.
iii. Kem. Bernilai Tambah :
Kem. Berfikir : Menghubungkaitkan, mengimbas kembali,
menganalisis,meringkaskan.
Kecerdasan Pelbagai: Verbal linguistic, Intrapersonal.

Bahan Bantu Mengajar : Komputer riba, teks Perlaksanaan Kempen Bumi Hijau, borang

markah

Pengetahuan Sedia Ada : Murid mengetahui faedah mengenai tumbuh- tumbuhan.

31
Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran Catatan

Set Induksi Pengesanan maklumat 1. Guru menayangkan power point KB:


( 5 minit) yang ditayangkan. tentang tumbuhan hijau / sayuran. Menghubungk
11.15 11.20 Power point aitkan.
tentang 2. Guru bertanya dan bersoaljawab
tumbuhan hijau. mengenai tayangan tersebut. BCB:
Tayangan Mendengar
berlatarbelakan 3. Murid diminta menceritakan aktif.
gkan lagu pengalaman sedia ada mereka
Peliharalah tentang tumbuhan hijau. BBB:
alam sekitar. Power point
4. Guru mengaitkan aktiviti set
induksi dengan tajuk pelajaran Ilmu:
yang hendak diajar. Kajian
Tempatan

Langkah 1 Teks mengenai aktiviti 4. Guru mengedarkan teks aktiviti KB :


( 20 minit ) Perlaksanaan Kempen Perlaksanaan Kempen Bumi Mengimbas
11.20 11.40 Bumi Hijau. Hijau. Guru meminta murid kembali.
( Lampiran A ) meneliti teks tersebut.
Nilai :
1. Tanaman 5. Dalam kumpulan berlima, murid Kesyukuran.
2. Ternakan berbincang tentang apa yang Berkerjasama
3. Akuakultur. mereka fahami mengenai .
Perlaksanaan Kempen Bumi
Hijau berdasarkan teks. .Murid BBB:
mencatat hasil perbincangan Teks kempen
mereka .
bumi Hijau
6. Guru meminta wakil setiap
Ilmu:
kumpulan menyatakan apa Kajian
dapatan hasil perbincangan yang
telah dibuat. Tempatan

7. Murid dapat menerangkan 3 KP :


aktiviti Perlaksanaan Kempen Verbal
Bumi Hijau berdasarkan teks linguistik
secara lisan.

Langkah 2 Petikan . 1. Guru memberikan petikan kepada BBB :


( 15 minit) ( Lampiran B ) setiap murid. Murid diminta Petikan
11.40 11.55 membaca secara mentalis atau
bacaan senyap. BCB:
32
membaca
2. Guru meminta murid berbincang secara
dalam kumpulan mengenai gaya luncuran,
pembacaan berita. Murid perbincangan.
mencatat gaya bacaan dan
KP:
Borang markah. intonasi seorang pemberita. Intrapersonal.
KB:
3. Wakil daripada setiap kumpulan Menganalisis
diminta untuk membacakan
Sistem
petikan dihadapan kelas. Murid
lain diminta mencatat skor bahasa:
pemarkahan bacaan dengan Ayat tunggal.
gaya seorang pembaca berita.
Nilai:
4. Guru memperbetulkan gaya Kerjasama.
bacaan berita bagi murid Keberanian.
memahami dengan lebih jelas lagi
dan mengumumkan skor markah
bagi kumpulan yang mendapat
markah tertinggi.

Langkah 3 Teks: 1. Guru mengedarkan kepada murid Sistem


( 15 minit ) Konsep perlaksanaan teks kempen Bumi Hijau tentang bahasa:
11.55 12.10 Kempen Bumi Hijau. konsep perlaksanaan kempen Ayat majmuk.
(Lampiran A) tersebut.
Nilai:
Kosa kata: 2. Guru meminta murid Berkerjasama
1. Konsep menggariskan isi penting tentang
2. Komponen matlamat perlaksanaan kempen BBB:
3. Laman dapur bumi hijau. Murid juga diminta Teks konsep
4. Herba untuk mencari makna kata dan Perlaksanaan
5. Dituai berbincang dalam kumpulan kempen bumi
mengenai pembinaan ayat
majmuk berdasarkan perkataan hijau.
yang diberi.
BCB :
3. Murid dapat membina 3 ayat Berbincang.
majmuk tentang konsep
perlaksanaan kempen bumi hijau
berdasarkan faedahnya kepada
pengguna.

Penutup Rumusan isi pelajaran 1. murid dibimbing merumuskan BBB:


( 5 minit ) kognitif dan sosial. kemahiran yang dipelajari pada Komputer
12.10 12.15 hari ini melalui penyoalan semula riba.
secara lisan. LCD

2. Guru memberi kata-kata nasihat


supaya murid sentiasa mencintai
33
dan menjaga alam sekitar dan
mengamalkan kempen bumi hijau.

3. Guru meminta murid menyanyikan


lagu Peliharalah Alam Sekitar
dengan iringan muzik.

4. Guru mengucapkan syabas


kepada murid kerana telah
berjaya mengikuti pelajaran pada
hari ini .

REFLEKSI KENDIRI

34
Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana telah selesai melaksanakan tugasan yang
dipertanggungjawabkan oleh pensyarah En. Zainal Ariff. Saya dan rakan kumpulan
telah berbincang tentang tajuk tugasan dan membahagikan tugasan mencari dan
mengumpul maklumat berkaitan tajuk. Bahan-bahan diperolehi melalui buku-buku
rujukan yang didapati dari perpustakaan dan juga rakan-rakan sekolah. Selain dari itu
saya telah mendapatkan bahan melalui internet. Setelah bahan-bahan dikumpul, saya
membuat analisa dan menaip tugasan tersebut. Bahan-bahan ini banyak membantu
saya memahami tugasan dan tajuk yang diberikan. Melalui tajuk ini saya memahami
berkaitan Kemahiran Bahasa.
Kemahiran bahasa merangkumi kemahiran lisan , kemahiran membaca dan
kemahiran menulis. kemahiran mendengar dan bertutur merupakan aspek asas yang
paling penting dalam kemahiran berbahasa. Hal ini demikian kerana murid-murid yang
menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik biasanya berpotensi
cenderung menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan lebih baik. Kemahiran
mendengar yang baik membolehkan seseorang memperoleh dan memproses
maklumat dengan tepat. Demikian juga seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur
yang baik membolehkan seseorang menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan
berkesan. Ini bermakna seseorang pendengar dan penutur yang baik lebih berpotensi
menguasasi kemahiran membaca dan menulis dengan baik kerana keupayaan
mendengar dan bertutur dengan baik akan membantunya dalam proses membaca dan
menulis. oleh yang demikian murid dapat menulis karangan dengan baik. Guru yang
Berjaya, merupakan seorang guru yang dapat menyampaikan ilmu dengan baik dan
boleh dikuasai oleh murid.
Sekali lagi diucapkan jutaan terima kasih kepada En Zainal Ariff kerana, dengan
tunjuk ajar dan ilmu yang dicurahkan saya dapat memahami dan meningkatkan ilmu
pengetahuan saya berkaitan tajuk yang diberi.

35
36

Anda mungkin juga menyukai