Anda di halaman 1dari 52

Pertuturan

Apa itu terapi pertuturan?? http://belognurna.blogspot.my/2011/05/terapipertuturan.html

Kamarudin Hj Husin (1987) menyatakan bahawa pertuturan ialah kegiatan


melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat pertuturan(artikulator). Ia
juga merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana bahasa manusia.
Pertuturan juga boleh bermaksud bercakap, hasil daripada percakapan, apa yang
dituturkan, bahasa sesuatu negara atau bangsa ataupun dialek tersendiri sesebuah
wilayah atau tempat.

Dalam kemahiran bertutur, terdapat beberapa konsep pertuturan, antaranya,


pertuturan merupakan gabungan daripada bunyi-bunyi bahaa yang dilafazkan.
Pertuturan juga berlaku setelah penutur dapat mendengar dan memahami dengan
baik apa-apa yang didengarnya. Individu banyak belajar kemahiran bertutur
daripada pengalaman kecerdasan otaknya. aspek fizikal, kesihatan, kecerdasan
otak, persekitaran, jantina dan tahap sosioekonomi boleh mempengaruhi tahap
pertuturan kanak-kanak. kemahiran bertutur yang baik boleh dikuasai dengan
memberi perhatian kepada akpek fonologi, struktur, intonasi dan penguasaan aspek
bunyi yang lain.
Kemahiran bertutur juga menekankan aspek-aspek sebutan, tekanan, mora
(panjang-pendek), jeda (persendian), intonasi, nada, tatabahasa, kelancaran,
kefasihan dan laras bahasa yang sesuai.
kemahiran bertutur juga membolehkan seseorang individu atau murid
menyebut dengan jelas, menyampaikan pendapat peribadi, melaporkan peristiwa,
menunjuk arah, bertemu-ramah, bertukar pendapat dan membina soalan untuk
mencari maklumat.

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KOMUNIKASI


Manusia menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi yang penting di dalam
kehidupan seharian mereka. Ini demikian, kerana bahasa dan pertuturanlah yang

membezakan manusia dengan haiwan. Selain, bahasa mempunyai suatu sistem


yang sistematis, dinamik dan selalu berubah-ubah sesuai dengan perkembangan
zamannya. Halliday, di dalam bukunya bertajuk "Explorations in the Functions of
Language" (1973), yang telah mengemukakan tujuh fungsi bahasa. Antaranya
adalah:
i.

Instrumental

ii. Regulasi
iii. Pemerian
iv. Interaksi
v. Personal
vi. Heuristik
vii. Khayalan

Fungsi instrumental bermaksud manusia menggunakan bahasa bagi melayani


pengelolaan lingkungan yang menyebabkan sesuatu peristiwa berlaku. Fungsi
regulasi adalah fungsi bahasa yang bertindak sebagai pengawas dan
mengendalikan peristiwa-peristiwa yang berlaku. Fungsi ini digunakan untuk
mengendalikan serta mengatur orang lain. Fungsi pemerian pula boleh ditafsirkan
sebagai penggunaan bahasa untuk membuat penyataan-penyataan, menyampaikan
pengetahuan, membuat penjelasan dan membuat laporan tertentu.

Fungsi interaksi merupakan fungsi bahasa yang memainkan peranan bagi


menentukan supaya hubungan antara manusia dapat terus berlangsung ataupun
dipertahankan. Oleh itu, perlu pengetahuan yang luas berkenaan bahasa, loghat,
jargon, slanga, gurauan, cerita rakyat, budaya setempat dan sebagainya. Pokoknya,
kita mesti tahu pelbagai perkara tentang bahasa. Fungsi peribadi pula adalah fungsi
bahasa yang memberi kesempatan kepada manusia bagi menyatakan perasaan,
emosi, peribadi serta reaksinya. Seterusnya, fungsi heuristik melibatkan
penggunaan bahasa bagi memperoleh ilmu pengetahuan. Ini demikian kerana ia
disampaikan di dalam bentuk pertanyaan yang memerlukan jawapan. Fungsi
khayalan juga merupakan fungsi bahasa yang digunakan oleh manusia bagi
mencipta mimpi-mimpi yang mustahil diterima oleh akal. Fungsi ini dibawa melalui
buku-buku dan cerita-cerita dongeng.

Ketujuh-tujuh fungsi di atas sebenarnya bersifat saling lengkap-melengkapi antara


satu sama lain bagi menghasilkan satu bentuk komunikasi yang berkesan di dalam
menyatakan pelbagai topik serta memahamkan pelbagai bangsa di dunia. Bahasa
merupakan alat komunikasi yang paling berkesan di dalam kehidupan manusia; ia
bersifat arbiter, simbolik, sistematik dan manusiawi.

http://bahasamelayudnisenu.blogspot.my/2011/02/bahasa-melayu-sebagai-bahasakomunikasi.html
KEMAHIRAN BERTUTUR
Bertutur merupakan satu cara berkomunikasi yang kompleks dan melibatkan proses
mental yang menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa
yang bermakna. Di samping penghasilan bunyi bahasa, seseorang itu akan
menggunakan unsur-unsur prosodi dan cara paralinguistik semasa bertutur bagi
menguatkan maksud pertuturan. Unsur prosodi ialah intonasi, nada, tekanan,
sebutan dan jeda. Manakala unsur para linguistik ialah bahasa isyarat dan
pergerakan badan. Bertutur ialah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan
daripada alat-alat sebutan atau dikenali juga sebagai artikulator. Bertutur
merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa dan berlaku pada
peringkat produksi. Oleh sebab itu, model-model yang diperdengar haruslah modelmodel yang baik yang membolehkan pelajar-pelajar bertutur secara berkesan.

Beberapa konsep pertuturan


(a) Pertuturan ialah gabungan bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan.
(b) Pertuturan berlaku pada peringkat produksi. Ia berlaku setelah si penutur itu
dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang didengarnya.
(c) Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran, dan jantina boleh mempengaruhi
kemahiran bertutur.
(d) Individu lebih banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada kecerdasan
otaknya.
(e) Pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan memberi tumpuan kepada aspek
fonologi, struktutr, intonasi dan penguasaan sistem bunyi yang lain.
Berdasarkan sukatan pelajaran bahasa Melayu, kemahiran lisan melibatkan
kemahiran yang berkaitan dengan aktiviti yang berikut:
(a) Berkaitan dengan kemahiran mendengar dan menyebut atau mengajuk bunyi
dan suara.
(b) Kemahiran yang berhubung dengan arahan dan permintaan terutama yang

berkaitan dengan diri dan masyarakat setempat.


(c) Pengucapan yang berunsur sosial dan bermoral.
(d) Soal jawab dengan tujuan untuk berinteraksi, sosialisasi dan berkomunikasi.
(e) Bercerita sebagai cara untuk menyampaikan pengalaman dan perasaan
individu.
(f) Berita dan laporan iaitu kemahiran melahirkan semula pengalaman dan
pengamatan secara lisan dalam struktur ayat dan frasa yang baik.
(g) Kemahiran bersyarah dengan menggunakan bahasa, intonasi, gaya di samping
suara yang baik dan jelas maksudnya.
(h) Lakonan dan puisi iaitu kemahiran menyampaikan pendapat dalam gaya yang
menarik dan serentak.
(i) Perbincangan dan perbahasan iaitu kemahiran mengeluarkan pendapat di
samping mempertikaikan pendapat orang lainsecara serentak.

Aspek-aspek penting dalam kemahiran bertutur


(a) Sebutan
(b) Tekanan
(c) Mora (panjang-pendek)
(d) Jeda (persendian)
(e) Intonasi
(f) Nada
(g) Tatabahasa
(h) Kelancaran
(i) Kefasihan
(j) Laras bahasa

Tujuan bertutur
Kemahiran bertutur diajarkan untuk membolehkan murid bertutur dan
mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam
pelbbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu
bapa serta dalam aktiviti perbahasan dan syarahan. Dalam menguasai kemahiran
tersebut, guru haruslah memastikan murid boleh bertutur dalam bahasa Melayu
dengan betul dari segi sebutan, intonasi serta menggunakan perkataan dan ayat
dengan tepat.
Pengajaran dan pembelajaran bertutur haruslah membolehkan murid;
(a) Menyebut dengan jelas.
(b) Menyampaikan atau melahirkan pendapat peribadi.
(c) Menunjukkan arah.

(d) Bertemu ramah.


(e) Memberi penerangan dan memberi alasan.
(f) Membina soalan untuk mencari maklumat.
(g) Bertukar-tukar pendapat dan maklumat.
(h) Melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian dengan tepat.
(i) Bertutur secara bertatasusila.
(j) Bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan
situasi.

Peringkat-peringkat Kemahiran Bertutur


Aktiviti Peringkat Awal
(a) Melafazkan pengucapan bertatasusila.
(b) Mengajuk perkataan dan ayat-ayat yang didengar.
(c) Menyoal untuk mendapatkan maklumat.
(d) Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi.
(e) Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi tertentu.
(f) Bertindak terhadap soalan-soalan mudah.
(g) Memberi arahan.
(h) Membuat ayatr-ayat mengenai diri sendiri, rakan, ibu bapa dan sebagainya.
(i) Membuat ayat-auyat daripada gambar.
Aktiviti Peringkat Pertengahan
(a) Membuat deskripsi tentang objek atau gambar.
(b) Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar bersiri
(c) Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa.
(d) Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu.
(e) Membaca iklan dan peraturan.
(f) Memberi ucapan pendek dan mudah.
(g) Memberi komen secara mudah.
(h) Menyoal dan menjawab soalan-soalan berhubung dengan peribadi seseorang,
masa
bersekolah, persekitaran, di rumah dan sebagainya.
(i) Mengambil bahagian dalam perbualan mudah.
(j) Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah.
Aktiviti Peringkat Maju
(a) Mendeskripsikan sesuatu peristiwa, objek, permainan, proses dan sebagainya.
(b) Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya

(c) Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog.


(d) Bertanya untuk mendapatkan maklumat.
(e) Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan.
(f) Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat.
(g) Memberikan ceramah atau syarahan.
(h) Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar
dan lain-lain.
(i) Mengambil bahagian dalam drama atau lakonan.
(j) Mendeklamasi puisi.
(k) Menyampaikan komen, laporan atau ulasan.
(l) Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya.
http://bahasamelayudnisenu.blogspot.my/2011/10/kemahiran-bertutur.html
Friday, 28 December 2012
Fungsi Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Penghantar di Sekolah dan
Kepentingan Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.
1.Pengenalan
Pada zaman pemerintahan British Bahasa Melayu hanyalah menjadi bahasa
penghantar utama di sekolah-sekolah vernakular Melayu. Sekolah - sekolah
vernakular bangsa lain menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri. Perkara ini
berlaku disebabkan oleh dasar pecah dan perintah penjajah British pada masa itu.
Namun apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pelbagai usaha untuk
memertabatkan bahasa Melayu telah dilakukan oleh pembesar-pembesar Melayu
pada masa itu. 1956 Penyata Razak telah dilaksanakan setelah diluluskan menjadi
Ordinan Pelajaran pada tahun 1957. Bahasa Melayu telah diberi hak keistimewaan
sebagai bahasa penghantar disemua sekolah. Bahasa Melayu telah menjadi alat
perpaduan kebangsaan dan alat komunikasi pelbagai kumpulan etnik,i dialek serta
bahasa. Menurut Penyata Razak (1956 ) juga bertujuan untuk mewujudkan sebuah
rakyat bersatu-padu melalui sistem persekolahan yang menjadikan Bahasa Melayu
sebagai bahasa penghantar yang utama. Pernyataan ini disemak oleh sebuah
jawatankuasa yang diketuai oleh Abdul Rahman Taib, beliau merupakan Menteri
Pelajaran pada masa itu dan jawatankuasa itu telah mengeluarkan Laporan Rahman
Taib ( 1960 ).

2.Fungsi Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Penghantar di Sekolah

Dasar bahasa pendidikan Malaysia iaitu, peranan bahasa Melayu menjadi bahasa
penghantar utama bagi semua system pendidikan formal peringkat sekolah rendah
kebangsaan, menengah, dan pengajian tinggi. Pengiktirafan ini telah

diwartakan dalam akta pendidikan 1961. Selain itu, peranan dan status bahasa
Melayu sebagai bahasa penghantar pendidikan terutamanya diinstitusi-institusi
pendidikan tinggi swasta mengalami perubahan atau penambahbaikan apabila
pihak Parlimen Malaysia meluluskan Akta Pendidikan 1996. Berpaksikan Seksyen 2
dalam Akta 1996, dapat ditafsirkan bahawa bahasa kebangsaan dapat dijadikan
bahasa penghantar di semua institusi pendidikan dalam system pendidikan
kebangsaan. Namun demikian , menurut Seksyen 17 (1) menteri diberi peruntukan
kuasa untuk mengecualikan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa
penghantar disesebuah
institusi pendidikan. Peruntukan tersebut secara jelas memastikan bahawa peranan
dan status bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar telah mengalami perubahan
yang positif dan dinamik.
2.1 Bahasa Melayu Sebagai Alat Perpaduan Rakyat Malaysia
Bahasa Melayu telah menjadi alat penyatuan masyarakat di Malaysia dengan
menggunakan bahasa penghantar utama yang sama. Semua kaum di Malaysia
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama di sekolahsekolah malah institusi-instusi pengajian tinggi juga menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa penghantar utama mereka.pengajian tinggi. Bagi merealisasikan
peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agen perpaduan negara,
Penyata Razak dijadikan sebagai asas Ordinan Pelajaran 1957. Menurut penyata itu,
bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk meningkatkan
persefahaman perpaduan kebangsaan antara penduduk yang berbilang kaum.
Garvin dan Mathiot (1968 ) menyatakan bahawa fungsi simbolik sesuatu bahasa
stendart ialah fungsi penyatuan Bahasa boleh menjadi alat yang mengbhubungkan
semua dialek dengan satu bahasa yang sama. Bahasa penghantar utama yang
sama di sekolah-sekolah juga akan merialisasikan hasrat Negara yang ingin
mewujudkan satu bangsa yang dinamakan bangsa Malaysia. Kesefahaman di dalam
politik dan agama sahaja tidak memadai untuk sesebuah Negara menyatupadukan
rakyatnya. Bahasa adalah alat yang terbaik untuk menyatupadukan rakyat
sesebuah Negara kerana bahasa merupakan alat untuk melahirkan pendapat dan
fikiran. Kerana itulah, bahasa penghantar yang sama di seluruh sekolah di
sesebuah Negara mampu untuk menyatupadukan rakyatnya.
2.2 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu
Bahasa Melayu telah menjadi bahasa ilmiah dan bahasa ilmu sejak zaman
kesultanan Melayu lagi. Bahasa Melayu menjadi bahasa penghantar antara
pedagang-pedagang di Tanah Melayu pada waktu itu. Nilai dan taraf bahasa Melayu
mengalami penurunan di zaman pemerintahan British. Setelah negara Malaysia
mencapai kemerdekaan bahasa Melayu telah diangkat menjadi bahasa Kebangsaan
dan seterusnya sebagai bahasa ilmu yang dituturkan oleh cerdik pandai bemula
dari sekolah kebangsaan, sekolah menengah serta institusi-institusi pengajian

tinggi. Dasar bahasa Kebangsaan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa


penghantar utama bagi semua sekolah bermula dari peringkat sekolah rendah
kebangsaan, menengah dan pengajian tinggi telah meningkatkan taraf bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu. Pengiktirafan ini telah diwartakan dalam Akta
Pendidikan 1961.
2.3 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Komunikasi
Bahasa merupakan alat perhubungan bagi manusia menyampaikan perasaan atau
pemikiran dalam bentuk tulisan, lisan atau isyarat. Negara Malaysia yang
mempunyai berbilang bangsa dapat disatukan dengan menggunakan bahasa
komunikasi yang dapat difahami oleh semua masyarakat. Bahasa komunikasi yang
dapat difahami oleh semua masyarakat amat penting bagi mengutarakan sesuatu
idea. Setiap idea perlu disampaikan dalam bentuk yang gramatis serta berkualiti
untuk diterima dan diguna pakai di dalam masyarakat. Jelaslah, bahasa komunikasi
yang satu amat penting dan akan dapat mempertingkatkan hubungan dan
menambah kualiti komunikasi antara satu sama lain.
3. Kepentingan Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan
Dalam mengejar arus globalisasi masa kini, elemen yang membantu kepada agenda
pembinaan negara bangsa ini ialah sistem pendidikan yang menggunakan Bahasa
Malaysia sebagai bahasa penghantarnya ( Abu Hassan Othman, 1997 ). Hasrat
negara untuk membentuk sebuah negara bangsa akan terlaksana dengan
pembinaan sekolah- sekolah yang dapat menyatukan kaum-kaum di Malaysia.
3.1 Kepentingan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Lingua Franca
Bahasa Melayu ialah lingua franca di rantau Melayu dan Indonesia. Dalam kitab
Sejarah Melayu menceritakan para pedagang berusaha untuk mempelajari serta
menguasai bahasa Melayu bagi memudahkan mereka berkomunikasi dengan
pemimpin dan masyarakat di Tanah Melayu untuk berdagang. Melalui penelitian dan
kajian yang terperinci, bahasa Melayu telah diterima sebagai lingua franca atau
bahasa komunikasi utama sejak lima abad yang lalu iaitu zaman kesultanan Melayu
Melaka pada abad ke 15 lagi. Bahasa ini digunakan secara meluas dalam bidang
perdagangan dan hubungan diplomatic. Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin
( 2007 ), Melaka berperanan sebagai pusat pengembangan bahasa, kebudayaan,
dan kesusasteraan. Tiada bahasa lain yang dapat menandingi taraf bahasa Melayu
sebagai bahasa komunikasi yang luas di rantau ini. Pada ketika itu bahasa Melayu
dapat difahami oleh pelbagai kaum termasuk penjajah British, Portugis dan Belanda.
Surat-surat rasmi dan dokumen perjanjian turut menggunakan bahasa Melayu
sebagai dengan menggunakkan tulisan jawi. Dokumen-dokumen berkenaan
undang-undang tubuh negeri-negeri Melayu juga menggunakkan bahasa Melayu
dan ditulis menggunakkan tulisan jawi. perdagangan dan hubungan diplomatic.

3.2 Kepentingan Bahasa Melayu Sebagai Simbol Permuafakatan Antara Etnik


Bahasa Melayu yang telah digunakan sebagai bahasa rasmi dan perbualan harian,
sebagai bahasa komunikasi, dan bahasa persuratan maka telah dipersetujui dan
disepakati oleh peminpin pelbagai kaum di Negara ini agar bahasa Melayu menjadi
bahasa kebangsaan bagi Persekutuan Malaysia yang telah mencapai kemerdekaan
pada tahun 1957. Permuafakatan pelbagai kaum ini dirakam dalam bentuk
dokumen tertinggi dan luhur iaitu Perlembagaan Negara seperti yang termaktub
dalam Perkara 152, para 1 sebagai bahasa bagi Persekutuan Tanah Melayu atau
Malaysia yang merdeka.
3.3 Kepentingan Bahasa Melayu Sebagai Wahana Perpaduan
Menurut Penyata Razak (1957 ), bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai
alat untuk meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan antara
penduduk yang berbilang kaum. Jelaslah bahawa bahasa Melayu telah dijadikan
alat perpaduan yang sangant penting kepada Negara Malaysia yang berbilang
bangsa. Perpaduan antara masyarakat Malaysia adalah sangat penting bagi
merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin menjadikan
system pendidikan Malaysia menyamai taraf pendidikan dunia. Tanpa perpaduan
juga Negara akan kucar- kacir dan paling ditakuti akan memusnahkan sebuah
Negara yang sememangnya aman dan masyhur di seluruh dunia dengan
masyarakatnya yang bersatu walau berlainan bangsa, etnik, dan kepercayaan.
Masyarakat dunia telah mengetahui bahawa Negara Malaysia mempunyai tiga
kaum utama iaitu, Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu merupakan penduduk asal
Malaysia serta menjadi kaum yang terbesar di Malaysia, iaitu melebihi lima puluh
peratus daripada keseluruhan masyarakat di Malaysia. Kerana itulah juga, bahasa
melayu telah dipilih berdasarkan kaum majority penduduk. Negara Malaysia telah
mewajibkan seluruh penduduk Malaysia mengetahui bahasa Melayu dengan
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam konteks hubungan antara
kaum. Garvin dan Mathiot ( 1968 ) menyatakan, bahawa fungsi simbolik sesuatu
bahasa standard ialah fungsi penyatuan. Terbuktilah bahawa bahasa boleh
bertindak sebagai alat yang
menghubungkan penutur - penutur yang menuturkan berbagai bagai dialek
bahasa yang sama, dan dengan sedemikian dapat menyatukan mereka ke dalam
satu masyarakat bahasa. Ini akan dapat merealisasikan hasrat Negara yang mahu
mewujudkan satu bangsa yang dinamakan bangsa Malaysia.
4. Kesimpulan
Kesimpulannya, bahasa Malaysia telah mencapai tahap kegemilangannya sejak
zaman kesultanan Melayu Melaka hingga menjadi lingua franca dan bahasa ilmu
kerana Bbahasa Malaysia mudah untuk dituturkan berbanding dengan bahasa yang
lain di samping ciri-ciri yang keterbukaan yang terdapat dalam bahasa Melayu itu
sendiri. Bahasa Melayu juga sentiasa dapat menerima pengaruh bahasa bahasa

yang lain dan menyebabkan bahasa Melayu dapat berkembang dengan pesat dan
menjadi lingua franca di kepulauan Melayu pada masa itu. Setelah Negara Malaysia
mencapai kemerdekaan bahasa Melayu telah diberi keutamaan untuk menjadi
bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan Negara yang sememangnya telah
menaikkan taraf dan nilai bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama di
sekolah sekolah rendah kebangsaan, sekolah menengah serta institusi institusi
pengajian tinggi di Malaysia. Bahasa Melayu juga telah dijadikan alat perpaduan
yang terpenting di dalam system pendidikan Melayu. Bahasa Melayu juga telah
menjadi bahasa komunikasi utama bagi masyarakat Malaysia seterusnya telah
menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu. Kita sebagai rakyat Malaysia
perlulah berusaha untuk memelihara serta memertabatkan bahasa Melayu
sehingga ke tahap antarabangsa.
http://asnidahhamdan.blogspot.my/2012/12/fungsi-bahasa-melayu-sebagaibahasa.html

Sunday, May 17, 2009

Fungsi-Fungsi Bahasa Melayu


BAHASA MELAYU KOMUNIKASI
Fungsi-Fungsi Bahasa Melayu
Fungsi 1:
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan
Pemilihannya dilihat daripada beberapa faktor:
i. Komposisi penduduk negara:
- kelompok utama: Melayu, Cina dan India
- lain-lain: Arab, Thai, Portugis, suku kaum di Sabah dan Sarawak.
ii. Bahasa:
- Melayu : dialek-dialek Melayu
- Cina : Hokkien, Kanton, Hakka, Tieuchiu, Kangsai, Amoi, Foochow, Mandarin, dll.
- India : Tamil, Telugu, Malayalam, Punjabi, Urdu, Benggali, Sinhali, dll.
- Malaysia Timur: Iban, Kadazan, Bidayuh, Melanau, Bisaya, Murut, Kelabit, Kenyah,
Kayan dan Penan.
iii. Masalah yang timbul:
- Menentukan mana satu bahasa sesuai sebagai bahasa kebangsaan.
- Mesti dapat penuhi hati semua.
- Mesti dihormati dan berperanan penting dalam bidang sosial, ekonomi, politik, dll.
- Keperluan mendesak menjelang kemerdekaan.
iv. Bahasa Inggeris - <>
v. Bahasa itu menjadi identiti negara merdeka.
Bahasa jiwa bangsa tonggak jati diri bangsa.
Menjadi identifikasi kebangsaan.
Adalah wajar bahawa sebagai satu negara membangun kita memerlukan satu bahasa
kepunyaan sendiri. Jika bahasa kebangsaan tidak diadakan, negara kita akan ketiadaan
nyawa.

(Tunku Abdul Rahman alhaj)


Sebagai melambangkan identiti negara dan sebagai lambang penyatuan.
Timbul ekoran desakan semangat kebangsaan.
Sewaktu dijajah British, BI telah digunakan seluas-luasnya dalam pendidikan dan
pentadbiran. Tiada usaha memilih satu bahasa kebangsaan.
Menjelang kemerdekaan, lebih kurang 10% penduduk negara boleh bertutur dalam BI.
Sebagai sebuah negara yang baru merdeka, perlu satu bahasa yang luas digunakan
bagi menjalankan hal ehwal pentadbiran negara.
Dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan sejak merdeka.

Sebagai cara mengatasi perbezaan dari segi bangsa dan kebudayaan.

Termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, perkara 152:

Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan
sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang Parlimen.
Tertakluk kepada beberapa syarat tertentu.

Berfungsi sebagai lambang negara, lambang penyatuan, lambang kebebasan daripada


belenggu penjajahan.
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi
Sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu digunakan dalam situasi-situasi rasmi seperti
urusan pemerintahan dan pentadbiran, dll.
Menurut Perlembagaan Persekutuan, 10 tahun selepas merdeka iaitu pada 1
September 1967, bahasa Melyu dipertimbangkan sebagai bahasa rasmi tunggal.
Bahasa Melayu mula berfungsi sebagai bahasa rasmi mulai tahun 1969.

Sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu digunakan dalam situasi rasmi yang melibatkan
" apa-apa jua maksud kerajaan, sama ada kerajaan Persekutuan atau kerajaan Negeri dan
termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam" (Awang Sariyan 1989: 3).

Pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di Malaysia dilakukan menerusi dua
cara, iaitu makro dan mikro. Pelaksanaan makro- melibatkan penguatkuasaan undang-undang
penggunaan bahasa Melayu standard dalam bidang pentadbiran awam, sistem perundangan
dan kehakiman, sistem pendidikan, dan urusan rasmi pentadbiran negara yang lain. Pada
peringkat ini, bahasa Melayu digunakan dalam semua dokumen kerajaan merangkum nama
jabatan, papan tanda, papan kenyataan dan arahan, iklan jawatan, iklan tender, iklan umum,
borang rasmi, laporan dan penyata tahunan, surat pekeliling, dan warta kerajaan.

Peringkat mikro pula membabitkan pengembangan bahasa Melayu dalam bidang


pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka diberi
tanggungjawab untuk melaksanakan peringkat ini
Usaha-usaha ke arah mempertingkat penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan
dan bahasa rasmi.
i.
Kempen Bahasa Kebangsaan oleh DBP sejak 1960-1967 untuk meningkatkan
penguasaannya di kalangan masyarakat pelbagai kaum.
ii.
Kursus Bahasa Kebangsaan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu di
kalangan kakitangan sektor awam.
Perkembangan Bahasa Melayu di Sabah dan Sarawak
Perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di Sabah dan Sarawak agak lewat
kerana faktor sejarah (bergabung dalam Persekutuan pada 1963).

Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di Sabah pada 16 September 1973 dan di Sarawak
pada Jun 1985.
Perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di Sabah bertambah pesat setelah
tertubuhnya Biro Bahasa Melayu di Jabatan Ketua Menteri pada 1977.
Biro ini bertanggungjawab melaksanakan Dasar Bahasa Kebangsaan, menubuhkan bahagian
peperiksaan, bahagian terjemahan dan bahagian penggunaan.
Di Sarawak, kajian oleh DBP pada 1985 menunjukkan kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi di tempat ke-2 selepas bahasa Inggeris. Peratusan penggunaan sekitar 1030% sahaja.

Perbincangan:
1. Bincangkan penggunaan bahasa Melayu di sektor swasta.
2. Bincangkan sejauh mana premis perniagaan peka kepada penggunaan bahasa
Melayu yang betul dan mematuhi syarat sah pemasangan papan-papan tanda
perniagaan.
3. Bincangkan sebab-sebab mengapa rakyat Malaysia seolah-olah tidak menghormati
bahasa kebangsaan negaranya.
Beri komen anda:
Kita perlu menggunakan bahasa kita sebagaimana keupayaan negara maju yang lain seperti
Jepun, Perancis, Jerman, Korea, dan sebagainya menggunakan bahasa mereka dalam konteks
budaya dan nilai bangsa mereka sendiri bagi memajukan negara. Justeru itu, menjadi
tanggungjawab kita mempertahankan martabat bahasa Melayu, bahasa yang menjadi imej
ketuanan Melayu. Sesungguhnya bahasa kebangsaan kita tanggungjawab kita.
Fungsi 2:
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Sumbangsaran:
Apakah yang dimaksudkan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu?
Yang dimaksudkan dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ialah:
i. Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai alat
menyampaikan ilmu pengetahuan moden Dengan kata lain Bahasa Melayu harus boleh
berfungsi sebagai bahasa akademik yang lengkap dengan laras-laras bahasa untuk
memperkatakan pelbagai hal baharu dalam aneka bidang ilmu moden.

ii. Sebagai bahasa ilmu, Bahasa Melayu harus mempunyai perbendaharaan kata, istilah dan
bahasa yang sesuai untuk mengungkapkan konsep dan pemikiran yang kompleks dan
abstrak. Bahasa Melayu perlu duduk sama rendah dan berdiri sama tianggi dengan
bahasa-bahasa antarabangsa yang lain.
Untuk mencapai taraf sebagai bahasa ilmu, sesuatu bahasa perlu mempunyai 2 ciri
penting:
i.
Keintelektualan bahasa

ii.

Kesempurnaan bahasa
Keintelektualan bahasa:
Berkeupayaan menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan.
Kemuncaknya ialah penggunaan laras saintifik.
Keintelektualan bahasa dicapai melalui perkembangan perbendaharaan kata.
Kesempurnaan bahasa:
Bahasa sempurna adalah bahasa yang ada ciri-ciri kestabilan, kelenturan,
kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan.
Sifat kestabilan bahasa ilmu harus mempunyai peraturan/sistem. Peraturan dan
cara penggunaan aspek kebahasaan ini penting kerana tanpanya, kestabilan
bahasa tidak tercapai.
Sifat kelenturan bahasa harus ada ciri kelenturan (flexible), boleh menyesuaikan
dan disesuaikan dengan alam sekitar dan pembaharuan-pembaharuan yang
berlaku dalam masyarakat bahasa. Untuk menjadi sempurna, bahasa harus
berupaya dan boleh menyesuaikan diri denga perubahan masa dan selera
penutur tanpa mengorbankan sifat-sifat aslinya.
Sifat kepelbagaian bahasa yang sempurna mempunyai pelbagai cara dan gaya
penyampaiannya. Fikiran, perasaan atau pendapat boleh dilahirkan dalam
pelbagai cara demi mendapatkan kesan yang berlainan.
Sifat keberkesanan bahasa itu perlu berupaya memberikan maksud dengan tepat
dan berkesan tanpa menimbulkan kekeliruan.
Ciri keindahan bahasa harus mempunyai kosa kata yang sedap didengar,
bertenaga, menarik dan dapat menyentuh hati pembaca atau pendengar. Ada
pelbagai laras dan gaya bahasa.

Persoalan: Sejauh manakah bahasa Melayu berjaya sebagai bahasa ilmu?


Fungsi 3:
Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan
Kebanyakan negara di dunia memiliki lebih daripada satu bahasa. Contohnya:
China bahasa Cina, Mongolia dan Manchuria.
Britain bahasa Inggeris, Scottish, Welsh dan Irish.
Amerika berpuluh-puluh bahasa pendatang Eropah.
Indonesia 300 bahasa serumpun.
Malaysia pelbagai bahasa mengikut bangsa dan suku kaum.
Perlu satu bahasa sebagai bahasa pengantar antara kaum, untuk menyatupadukan
semua bangsa.

Bahasa Melayu menepati ciri dan syarat sebagai bahasa perpaduan.

Perbincangan:
Cuba jelaskan apakah ciri-ciri / syarat-syarat yang perlu bagi membolehkan sesuatu
bahasa itu layak digunakan sebagai bahasa perpaduan?
Fungsi 4:
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
Usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah bagi melahirkan bangsa
Malaysia yang intelek tidak akan berjaya selagi rakyat itu sendiri tidak dapat menguasai bahasa
Melayu dengan baik.
Justeru, usaha digembleng bagi menggantikan pengantar bahasa Inggeris. Peristiwa 13
Mei 1969 telah menyegerakan proses penukaran dilaksanakan.
Tahap-tahap pelaksanaan:
1957 BM sebagai mata pelajaran wajib di semua peringkat sekolah rendah dan menengah
kerajaan.
1965 Kumpulan kecil pertama aliran Melayu memasuki UM.
1968 Kumpulan pertama aliran Melayu tamat pengajian di UM.
Sekolah menengah Melayu dimulakan di Sabah.
1970 Semua m/pelajaran darjah satu diajar dalam bahasa Melayu (kecuali BI dan bahasa
ibunda).
1973 Semua mata pelajaran aliran sastera bagi tingkatan satu di sekolah menengah Inggeris
diajar dalam bahasa Melayu.
1975 Kelas peralihan Inggeris dihapuskan.
Semua sekolah rendah Inggeris ditukar menjadi sekolah rendah kebangsaan.
1976 Semua mata pelajaran aliran sastera di tingkatan IV diajar dalam bahasa Melayu.
1979 Bermula aliran sastera di tingkatan VI dalam bahasa Melayu.
1980 Menjadi bahasa pengantar di SMK mulai tingkatan 1 5.
Tahun pertama jurusan sastera di universiti diajar dalam bahasa Melayu.
1983 Tahun pertama pengajian di universiti bagi semua kursus diajar dalam bahasa Melayu
sahaja.
Fungsi 5:
Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi
Bahasa adalah alat perhubungan terpenting.
Melaluinya kita dapat menyatakan sesuatu atau memahami orang lain.
Komunikasi boleh berlaku sama ada secara lisan, bacaan atau tulisan namun hubungan
secara lisan lebih meluas dan berkesan.
Malaysia, penduduknya terdiri daripada berbilang bangsa, budaya dan agama.
Sungguhpun menggunakan bahasa yang berbeza, namun penggunaan bahasa Melayu
sebagai bahasa perhubungan utama telah dapat mengatasi masalah komunikasi.

Persoalan / sumbangsaran:
Kenapa mutakhir ini ramai rakyat negara ini mula enggan menggunakan bahasa Melayu
ketika berkomunikasi?
http://aliassidek.blogspot.my/2009/05/fungsi-fungsi-bahasa-melayu.html
FONETIK & FONOLOGI BAHASA MELAYU

Soalan : Bincangkan perkara berikut dengan jelas dan sertakan contohcontoh yang sesuai.
a) Fonetik dan fonologi bahasa Melayu
b) Bunyi vokal dan konsonan bahasa Melayu
c) Sistem ejaan Rumi bahasa Melayu.
1.0. PENGENALAN.
Ilmu linguistik ialah ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik. Iaitu ilmu
yang mengkaji dan menganalisis satu-satu bahasa tertentu secara empirikal dan
objektif iaitu mengkaji bahasa itu seperti yang benar-benar wujud tanpa
dipengaruhi oleh agak-agakan,ramalan,sentimen atau falsafah. Fonetik dan
fonologi bahasa Melayu diberada di bawah cabang dan bidang Linguistik Deskriptif.
Linguistik Deskriptif menghuraikan bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dituturkan
dan bagaimana sistem bahasa itu digunakan dalam bidang
fonologi,morfologi,sintaksis dan segala aspek yang terdapat dalam bahasa Melayu.
Ia hanya membuat huraian tentang satu-satu bahasa itu dan tidak membuta
perbandingan dengan bahasa-bahasa lain atau mengkaji daripada sudut sejarah
bahasa itu. Misalnya Linguistik Deskriptif akan menghuraikan bunyi-bunyi vokal,
konsonan, diftong,sistem sukukata,perkataan,frasa dan ayat bahasa Melayu, tetapi
tidak membuat perbandingan antara sistem ini dengan sistem bahasa Inggeris,
bahasa Perancis,bahasa Jepun dan bahasa Cina.
2.0. FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
2.1. DEFINISI
Bidang fonetik dan fonologi telah mengalami perkembangan yang amat
panjang sebagai bidang khusus kajian bunyi bahasa umat manusia. Perkembangan

kajian bidang ini dilahirkan sejajar dengan perkembangan displin-displin lain dalam
linguistik. Oleh itu terdapat beberapa definisi mengenai fonetik dan fonologi yang
diberikan oleh tokoh-tokoh bahasa. Di bawah ini dinyatakan beberapa definisi atau
pengertian serta pendapat tentang fonetik.
(i) Kamus Linguistik ( Harimurti Kridalaksana,1948:51) memberikan definisi
fonetik sebagai Ilmu yang menyelidiki penghasilan,penyampaian dan penerimaan
bunyi bahasa.
(ii) Abdullah Hassan (1993:40) memberikan definisi fonetik sebagai Fonetik
mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan,pendengaran atau sifatnya...Fonetik
amnya ialah pengkajian terhadap unsur-unsur dalam bentuk bunyi.
(iii) Abdul Hamid Mahmood (2007:16) merumuskan bahawa Fonetik mengkaji
bunyi-bunyi bahasa yang dituturkan oleh manusia, iaitu mengkaji bunyi-bunyi
bahasa dari segi cara pengeluarannya,daerah pengeluarannya dan alat-alat
pengucapan yang terlibat dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.
(iv) The Penguin Dictionary (2004:1046) menjelaskan fonetik sebagai The
study and classification of speech sounds.
Bunyi-bunyi bahasa yang mempunyai sistem atau peraturan pula dikaji dalam
bidang fonologi. Berikut ialah pandangan tentang definisi atau pengertian tentang
fonologi.
(i) F.Parker (1974: 112) memberikan pengertian fonologi sebagai ....suatu bidang
yang mengkaji sesuatu bahasa,iaitu rumus-rumus yang menentukan sebutan.
(ii) Kamus Linguistik ( Harimurti Kridalaksana, 1984:61)memberikan definisi
fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa
mengikut fungsinya.
(iii) Abdullah Hassan dalam bukunya ,Linguistik Am Untuk Guru Bahasa
Malaysia(1993:40) menyatakan bahawa Fonologi mengkaji bunyi-bunyi yang
berfungsi dalam sesuatu bahasa itu.
(iv) Abdul Hamid Mahmood dalam bukunya, Linguistik Fonetik Dan Fonologi
Bahasa Melayu(2007:17) menyimpulkan fonologi sebagai Kajian terhadap fungsifungsi bunyi bahasa[1].
Kesimpulannya, berdasarkan pendapat- pendapat yang diberikan ini telah
menjelaskan tentang maksud yang sama dalam menerangkan definisi fonetik iaitu
kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa. Manakala fonologi pula mengkaji keadaan dan
organisasi ucapan iaitu rentetan bunyi yang berupa unit-unit yang dapat dipecahpecahkan, hubungan antara unit-unit itu, fungsi pembentukannya dan kejadiannya
yang membentuk pola dan hirarki. Unit-unit asas yang dimaksudkan di sini adalah
fonem-fonem iaitu unit-unit terkecil yang distingtif yang ikatan ucapannya dapat

dipenggal-penggal. Kajian mengenai fonem-fonem ini pula umumnya diistilah


sebagai fonemik.
Umumnya ilmu fonetik ini dibahagikan kepada:
(i) Fonetik artikulasi
(ii) Fonetik akustik
(iii) Fonetik auditori.
2.2. FONETIK AKUSTIK
Fonetik akustik merujuk kepada kajian transmisi signal bunyi dari penutur
kepada pendengar semasa komunikasi berlangsung. Signal bunyi yang dipindahkan
ini pula terkandung di dalamnya antara lain parameter-parameter seperti frekuensi
fundamental(Fo), intensiti dan durasi.Parameter-parameter ini,iaitu frekuensi
fundamental(Fo) yang diukur dalam unit Hertz(Hz),intentsiti dalam unit desibel(dB)
dan durasi dalam unit saat(s) mendukung fungsi makna-makna yang tertentu. Dari
sudut pendengar,ketiga-tiga parameter ini dipersepsikan sebagai kelangsingan
bunyi,kelantangan suara dan kepanjangan.
Kesemua yang terlafaz ini selari dengan objektif komunikasi dan dapat
dikatakan sering kali semua ini terancang dalam minda si penutur. Keselarian ini
berlangsung kerana ketiga-tiga parameter yang digunakan mendukung maknamakna yang tertentu. Norma-norma maknanya ditentukan oleh masyarakat penutur
sesuatu bahasa. Sebagai contoh bunyi em dalam bahasa Melayu boleh
menggantikan ya dalam ayat berikut :
Awak yang makan roti itu? atau
Awak yang pergi ke sana? dan sebagainya. Sebaliknya jika lafaz bunyi em yang
diberikan kepanjangan lafaz yang tertentu seperti :
emmmmm.........
Maka jawapan ya kepada soalan-soalan di atas kini tidak lagi berlaku.
Jawapan em tidak lagi dianggap bermakna emosi yang neutral . Hanya si pendengar
dan si penutur yang hadir dalam konteks tersebut dapat memahami peristiwa
bahasa yang sedang berlaku itu. Dia sebenarnya memahami ketentuan-ketentuan
makna yang tidak pernah tertulis dalam mana-mana buku tentang fungsi-fungsi
setiap ketinggian,kekuatan dan kepanjangan lafaz bunyi.Pengkaji-pengkaji dalam
bidang ini menggunakan bacaan parameter ini bagi mendapatkan pola-pola
tertentu dalam mendeskripsikan pemindahan signal yang berlaku itu. Grafik signal
adalah seperti di bawah.

Signal akustik ini dinamakan sebagai osilogram yang kandungannya terdiri


daripada fitur-fitur prosodi seperti kelansingan,kelantangan dan kepanjangan.
Signalakustik ini boleh dianalisis dengan menggunakan program Praat bagi
mendapatkan bacaan parameter Fo. Selain itu, melalui program ini juga dapat
diperlihatkan bentuk spektrogram dan formannya.
2.3. FONETIK ARTIKULASI
Fonetik artikulasi merujuk kepada kajian yang mendeskripsikan cara-cara
sesuatu bunyi dilafazkan. Ia melibatkan daerah dan organ artikulasi yang berfungsi
melafazkan bunyi-bunyi dalam bahasa. Daerah artikulasi ialah bahagian saluran
udara yang tidak bergerak tetapi disentuh oleh organ artikulasi sewaktu berlakunya
sesuatu lafaz. Manakala organ artikulasi pula ialah organ ujaran dalam saluran
suara yang terlibat dalam pengeluaran bunyi bahasa. Organ artikulasi terbahagi
kepada artikulator aktif dan artikulator pasif. Organ artikulator aktif ialah seperti
lidah,bibir, lelangit lembut dan gigi bawah. Manakala artikulator pasif ialah organ
dalam saluran suara yang tidak bergerak seperti gigi atas dan lelangit keras.
Kajian ini melibatkan prosedur bunyi tuturan oleh organ vokal manusia,iaitu
cara penutur menghasilkan bunyi dengan menggunakan organ tuturan bagi
menghasilkan bunyi yang digunakan dalam tuturan dan cara bunyi tersebut
diklasifikasikan dan dideskripsikan. Bunyi-bunyi dalam bahasa mempunyai daerah
dan organ artikulasi masing-masing. Semuanya berbeza dan setiap satu
menghasilkan perbezaan bunyi-bunyi yang diucapkan. Organ artikulasi ialah organ
yang digunakan untuk menghasilkan bunyi manakala daerah artikulasi ialah
kawasan yang menghasilkan sesuatu bunyi. Perbezaan daerah dan organ dalam
proses menghasilkan bunyi-bunyi bahasa inilah yang menimbulkan penamaan binyibunyi seperti letupan bibir bersuara atau tak bersuara,sengauan bibir, geseran

lelangit keras bersuara atau tak bersuara, geseran gusi dan sebagainya. Secara
terperinci, kita dapat melihat grafik saluran vokal seperti berikut :

Bibir atas

1
1

Tengah lidah

Bibir bawah

1
2

Belakang lidah

Gigi atas

1
3

Akar lidah

Gigi bawah

1
4

Epiglotis

Gusi

1
5

Pita suara

Lelangit keras

1
6

Rongga tekak

Lelangit lembut

1
7

Rongga Hidung

Anak tekak

1
8

Rongga mulut

Hujung lidah

1
9

Rahang

1
0

Hadapan lidah

2
0

Tenggorok

2.4. FONETIK AUDITORI

Fonetik auditori pula ialah kajian sebutan bunyi yang didengar dan
berkaitan dengan soalan bagaimana bunyi diterima dan dikenali sebagai tuturan
bunyi yang beebeza. Proses yang yang terlibat dinamakan sebagai mendekod,yang
melibatkan pendengar. Penutur menukarkan maklumat yang hendak disampaikan
dalam bbentuk kod-kod yang tertentu seperti bunyi,kata dan ayat manakala
pendengar pula mentafsirkan maklumat ini dalam otak bagi menjadikannya sebagai
sesuatu yang bermakna dalam komunikasi yang berlangsung. Kajian ini berkaitan
dengan kerangka psikologi, iaitu kajian persepsi respons kepada bunyi tuturan
seperti yang diklasifikasikan oleh pendengar.
Persepsi pendengar kepada ujaran yang terlafaz melibatkan unsur
kelangsingan, kelantangan dan kepanjangan yang secara sendirinya mempunyai
makna emosi tertentu. Dan makna emosi itu dapat dikatakan sebagai suatu kod
yang ditentukan oleh anggota masyarakat penutur sesuatu bahasa. Lazimnya
dalam mendapatkan rujukan makna emosi ini,keabsahannya perlu dilakukan
dengan menggunakan kaedah soal selidik yang dinamakan ujian persepsi. Soal
selidik ini perlu dilakukan ke atas penutur bahasa yang data bunyinya sedang
dianalisis bagi menjamin ketepatan dapatan ujian tersebut[2].
2.5. MATLAMAT ILMU FONETIK DAN FONOLOGI
Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk
menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan,
seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam
tentangnya. Dengan mempunyai ilmu berkaitan bidang ini , ia membantu
pembakuan bahasa Melayu. Ini kerana bahasa baku berfungsi untuk menyatukan
semua dialek dan variasi yang lain dan seterusnya menyatukan semua daerah dan
kawasan yang lain.Bahasa Melayu baku ini merupakan bahasa Melayu yang sudah
mempunyai sistem yang mantap dari segi sebutan,ejaan dan tatabahasa. Bahasa
Melayu baku kini digunakan sebagai bahasa kebangsaan,bahasa rasmi, bahasa
pentadbiran dan bahasa pengantar pendidikan.
Bahasa Melayu baku yang berkait rapat dengan aspek sebutan merupakan
satu bahasa yang dapat menarik perhatian pelajar. Pelajar akan mudah teransang
pancaindera mereka dengan sebutan yang terang. Penyebutan bahasa Melayu baku
yang sempurna lagi mantap akan dapat memancarkan kesempurnaan dan
memancarkan kejituan dalam aspek tertentu.
Sebutan baku dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di
sekolah sangat releven kerana bahasa Melayu baku telah mencapai tahap
pembinaan dan pengayaan kosa kata dan struktur tatabahasa. Bahasa Melayu baku
telah berupaya untuk menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan
berkesan. Bahasa Melayu baku berupaya untuk menjadi pemangkin pengaliran ilmu
di antara guru dan pelajar pelajar.

Dalam bidang pendidikan pula, ilmu fonetik dan fonologi ini dapat
membantu guru-guru untuk membetulkan sebutan bunyi sesuatu bahasa
terutamanya melatih murid yang gagap semasa bertutur. Terapi pertuturan
merupakan salah satu aktivti yang membantu murid untuk mempunyai masalah
dengan alat artikulasi mereka seperti gagap, sengau, sumbing dan sebagainya.
Terdapat beberapa kepentingan terapi pertuturan ini, antaranya ialah, pertama
melatih murid menguasai kemahiran tertentu. Sebagai contoh, jika terapi
pertuturan dijalankan, kita dapat membantu murid menguasai kemahiran bertutur
khususnya. Murid akan dapat bertutur dengan lebih baik dari semasa ke semasa
jika terapi ini terus dijalankan.Ia membantu murid menghasilkan bunyi bahasa. Hal
ini bermaksud, terapi pertuturan ini dapat membantu murid mengeluarkan bunyibunyi bahasa yang lebih bermakna. Kebanyakkan murid yang mengalami masalah
pertuturan akan mengeluarkan bunyi yang kurang difahami oleh orang lain.
Dengan pelaksanaan terapi pertuturan, murid dapat menghasilkan bunyi bahasa
yang lebih bermakna[3].

[1] Abdul Hamid Mahmood(2007). Linguistik Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu.
Aslita Sdn.Bhd.hlm 14-16.
[2] Indrawati Zahid dan Mardion Shah Omar(2006). Fonetik dan Fonologi.PTS
Profesional. hlm 5-11.
[3] http://terapikhas.blogspot.com/2012/04/terapi-pertuturang-54.html
http://cikgeebm.blogspot.my/2013/02/fonetik-fonologi-bahasa-melayu.html

kesantunan
KESANTUNAN BAHASA
ASAS PEMBENTUKAN ADAB BANGSA
Awang Sariyan, Ph.D
Ketua Pengarah
Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia
[Kertas kerja untuk Ceramah Bahasa bersempena dengan Bulan Bahasa
Kebangsaan Singapura 2012, anjuran Kelab Masyarakat Fuchun, dengan kerjasama
Majlis Bahasa Melayu Singapura, pada 14 Julai 2012]

BAHAGIAN I
I. Maksud Kesantunan Bahasa
Kata santun diberi makna dalam Kamus Dewan sebagai halus (budi bahasa atau
budi pekerti), beradab, sopan. Oleh itu, kata kesantunan berkaitan dengan sifat
kehalusan budi bahasa atau budi pekerti dan kesopanan.
Kesantunan bahasa, secara umum, merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik,
sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan
kepada pihak yang menjadi teman bicaranya. Kesantunan bahasa menjadi salah
satu ciri penting bangsa yang bertamadun.
Bahasa Melayu sebagai bahasa yang telah wujud sejak sekurang-kurangnya dua
alaf atau dua ribu tahun lalu telah mempunyai tradisi perbahasaan yang halus dan
memancarkan adab bangsa Melayu. Asasnya menjadi lebih teguh dan jelas apabila
agama Islam disebarkan di Kepuluan Melayu dan menjadi mercu tanda kebangkitan
tamadun baharu yang bersendikan tauhid dan syariat sempurna Din al-Islam.
Akhlak Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Sayidatina Aisyah r.a sebagai akhlak
al-Quran menjadi asas akhlak dan kesantunan umat Melayu Islam, termasuk dalam
aspek kesantunan bahasa.
Dalam zaman Kesultanan Melayu di pelbagai kawasan di alam Melayu, muncul
pusat-pusat tamadun Melayu yang menghasilkan beberapa banyak ulama, pemikir
dan pujangga dan karya-karya dalam pelbagai bentuk (prosa dan puisi) dan bidang
(akidah, fekah, tasawuf, ketatanegaraan, historiografi, undang-undang, dokumen
diplomatik dan susastera). Di dalamnya terpancar kesantunan atau adab bangsa
yang disampaikan melalui bahasa Melayu yang santun. Gurindam 12 karya Raja Ali
Haji yang penuh dengan panduan dan nasihat, umpamnya, cukup jelas
memancarkan kesantunan bahasa dan sekali gus adab bangsa.
Apabila kemudian bahasa Melayu menjadi bahasa negara (sebagai bahasa
kebangsaan Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam dan Singapura) dan menjadi
bahasa bahasa rasmi (Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam dan salah satu
bahasa rasmi Singapura), maka keperluan untuk memberikan perhatian kepada
kesantunan bahasa Melayu menjadi lebih penting kerana kedudukan dan
peranannya sebagai salah satu teras jati diri dan citra negara. Tradisi yang mantap
dalam pengungkapan dan penggunaan bahasa yang santun sejak sekian lama itu
perlu dipertahankan dan ditingkatkan, lebih-lebih lagi dalam zaman globalisasi yang
menuntut kewaspadaan yang lebih dalam rangka melestarikan sifat dan ciri
kebangsaan kita, di sisi memanfaatkan unsur-unsur positif tamadun lain.
Dalam usaha kerajaan membentuk warganegara yang berjati diri, memelihara adab

dan kesopanan serta bertamadun tinggi, kesantunan bahasa sewajarnya menjadi


amalan seluruh warganegara, daripada kalangan pemimpin hingga rakyat biasa.
Dengan demikian, rakyat dan negara bukan sahaja maju dalam pembangunan
ekonomi, sains dan teknologi, tetapi akan dihormati sebagai bangsa yang
mempunyai maruah dan keperibadian yang tinggi.
Di Malaysia, Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni yang dilancarkan oleh
kerajaan pada awal tahun 2005 merupakan usaha yang penting untuk memupuk
kesedaran dan penghayatan seluruh warganegara terhadap pentingnya budi
bahasa dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, bahkan dalam hubungan
manusia sejagat. Kesantunan bahasa merupakan salah satu aspek penting kempen
budi bahasa dan nilai-nilai murni itu. Lama sebelum itu, iaitu pada tahun 1987,
secara rasmi Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah memasukkan nilai-nilai murni
sebagai salah satu teras dasar dan sistem pendidikan, khususnya melalui program
penyerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan, iaitu Nilai-nilai Murni Merentas
Kurikulum.
II. Peraturan Bahasa sebagai Asas Kesantunan Bahasa
Kesantunan bahasa diukur dengan berdasarkan kepatuhan pengguna bahasa
kepada peraturan yang terdapat dalam bahasa sesuatu masyarakat. Daripada satu
sisi, kepatuhan kepada sistem bahasa merujuk kepada sistem bahasa yang terdapat
dalam bahasa masyarakatnya sendiri. Daripada sisi yang lain, kepatuhan kepada
peraturan atau sistem bahasa berkaitan juga dengan kepatuhan kepada sistem
bahasa lain apabila kita berhubung dengan menggunakan bahasa asing tersebut,
terutama kepada anggota masyarkat bahasa itu.
Oleh itu, di samping menegaskan peraturan atau sistem bahasa kepada pelajar
penutur jati bahasa yang kita ajarkan, amat penting dititikberatkan peraturan atau
sistem bahasa kita kepada pelajar asing yang mungkin tidak memahami latar
budaya bahasa kita atau disebabkan kelainan sisi-sisi tertentu yang terdapat dalam
budaya mereka berbanding dengan budaya kita.
Sebahagian peraturan bahasa bersifat sejagat, seperti penggunaan panggilan
hormat, kata sapaan kekeluargaan dan ungkapan bertatasusila. Ada sebahagiannya
pula yang bersifat khusus bagi sesuatu masyarakat atau bangsa, seperti bentukbentuk panggilan hormat menurut sistem susun lapis masyarakat, protokol dalam
pentadbiran atau adat istiadat dan sistem kekeluargaan dalam masyarakat
berkenaan. Misalnya, walaupun bangsa Melayu dan bangsa Inggeris sama-sama
mempunyai sistem protokol pentadbiran dan adat istiadat masing-masing, bentuk
khusus kata panggilan hormatnya tidaklah sama disebabkan kelainan latar
belakang kebudayaan.
Asmah Haji Omar dalam bukunya Setia dan Santun Bahasa (2002), merumuskan

bahawa ada tiga jenis peraturan penggunaan bahasa, iaitu:


1. peraturan linguistik,
2. peraturan sosiolinguistik, dan
3. peraturan pragmatik.
Kepatuhan kepada ketiga-tiga peraturan itu secara bersepadu menjadi asas
kesantunan bahasa. Dengan perkataan lain, orang yang santun bahasanya ialah
orang yang sedapat mungkin berbahasa dengan menitikberatkan ketiga-tiga
peraturan bahasa itu.
Peraturan Linguistik
Peraturan lingusitik berkaitan dengan peraturan penggunaan bahasa yang
menitikberatkan ketepatan bentuk dan binaan bahasa. Aspek utama yang mewakili
bentuk dan binaan sesuatu bahasa ialah sebutan, intonasi, ejaan, kosa kata dan
tatabahasa. Kepatuhan kepada peraturan linguistik lebih ketara dan ditekankan
dalam penggunaan bahasa yang berkaitan dengan urusan dan majlis rasmi,
berbanding dengan urusan tidak rasmi.
Sekurang-kurangnya ada dua faktor mengapa peraturan linguistik perlu diberi
perhatian dalam urusan dan majlis rasmi. Yang pertama ialah untuk menjaga
kesempurnaan perjalanan urusan atau majlis yang bergantung pada kejelasan
mesej yang disampaikan. Yang kedua ialah untuk memastikan bahawa semua yang
hadir atau terlibat dengan urusan atau majlis rasmi itu dapat saling memahami
pada tahap yang sebaik-baiknya dan tidak mengalami jurang komunikasi
disebabkan kelainan dialek atau ragam bahasa yang digunakan oleh sesuatu pihak.
Dalam urusan dan majlis yang tidak rasmi, lazimnya anggota kelompok terdiri
daripada individu-individu yang akrab dan telah saling kenal. Dalam konteks
sedemikian, keperluan kepada peraturan linguistik yang formal agak minimum.
Misalnya komunikasi boleh berlangsung dalam dialek yang sama-sama difahami
atau dalam ragam bahasa basahan yang tidak begitu tertakluk kepada peraturan
bahasa yang formal, seperti banyaknya ayat penggalan (ayat yang tidak lengkap
subjek dan predikatnya) atau kata-kata yang tidak lengkap imbuhannya atau kata
yang lain sama sekali daripada kata dalam penggunaan yang rasmi (antara contoh
yang paling ketara termasuklah penggunaan kata dekat bagi kepada dan di).
Peraturan Sosiolinguistik
Peraturan bahasa yang kedua, iaitu peraturan sosiolinguistik pula berkaitan dengan
penggunaan bahasa yang menitikberatkan hubungan sosial antara pembicara
dengan pendengar (dalam konteks komunikasi lisan) dan antara penulis dengan
pembaca (dalam konteks komunikasi tulisan). Contohnya ialah penggunaan kata

sapaan yang betul, sama ada kata ganti diri mahupun kata panggilan hormat, yang
ditentukan menurut sistem dalam masyarakat.
Secara lebih luas, penggunaan bahasa perlu disesuaikan dengan konteks dalam
masyarakat, baik disebabkan oleh faktor hubungan antara pembicara dengar
khalayak, faktor suasana (misalnya antara rasmi dengan tidak rasmi), faktor bidang
yang tertentu mahupun faktor media (lisan atau tulisan).
Dalam pelaksanaannya, kedua-dua suasana berbahasa, iaitu rasmi dan tidak rasmi
memerlukan kepatuhan kepada peraturan sosiolinguistik. Sebagai contoh, dalam
urusan dan majlis rasmi di Malaysia, perlu dipatuhi penggunaan kata sapaan rasmi
yang betul. Penggunaan gelar (seperti Tun, Tan Sri, Dato, Dato Seridan yang lain),
panggilan hormat (seperti Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat, Yang Amat
Berbahagia, Yang Berbahagia, Yang Berhormat, Yang Berhormat Mulia dan
sebagainya) serta kata ganti nama diri (seperti tuan danpuan) amat penting diberi
perhatian sebagai salah satu adab atau unsur kesantunan bahasa.
Dalam suasana tidak rasmi, masih diperlukan penggunaan gelar dan kata ganti
nama diri yang menepati kedudukan seseorang dan juga hubungannya dengan
orang yang berbicara. Sebagai contoh, orang yang bergelar tetap perlu disapa
dengan gelar yang dimilikinya. Menjadi tanggungjawab pembicara menyapanya
dengan gelar itu walaupun ia mungkin tidak mengharapkannya.
Demikian juga, kata sapaan yang mewakili sistem kekeluargaan perlu digunakan
dengan betul sebagai tanda hormat. Seorang anak saudara yang seusia atau lebih
tua daripada ayah saudara atau ibu saudaranya tetap perlu menyapa ayah saudara
atau ibu saudaranya itu dengan panggilan pak cik atau mak cik atau dengan
panggilan lain yang setara dengannya, misalnya pak ngah, pak su, mak andakdan
sebagainya.
Sikap tidak peka atau kurang peka akan hal itu menyebabkan wujud kecenderungan
sesetengah orang memanggil semua orang yang agak berumur dengan
panggilan pak cik atau mak cik, hatta kepada profesor atau pensyarahnya,
atau abang kepada semua pelanggan lelaki yang berurus niaga dengannya. Gadis
pula sering menjadi mangsa dengan panggilan kak long walaupun ia mungkin
bukan semestinya anak sulung. Dalam hal ini, perlu dibedakan panggilan yang
berasaskan kekerabatan dan kemesraan daripada panggilan yang berasaskan
hubungan neutral dan rasmi.
Peraturan Pragmatik
Yang ketiga, iaitu peraturan pragmatik menekankan penggunaan bahasa yang perlu
disesuaikan dengan tujuan komunikasi. Peraturan ini berkaitan dengan penggunaan
bahasa yang sopan dan berkesan. Maka itu, dalam perundingan, jual beli, ceramah,

pengajaran, dialog dan sebagainya diperlukan penguasaan peraturan pragmatik


supaya tujuan atau hajat kita tercapai dan pada waktu yang sama kesopanan
bahasa terpelihara dan kita tidak menyakiti perasaan orang lain. Dalam bidang
ilmiah, ilmu yang berkaitan dengan peraturan pragmatik disebut retorik.
Antara yang dipentingkan termasuklah pemilihan kata, ungkapan dan wacana yang
sesuai dengan tujuan pembicara, latar belakang khalayak, bidang dan suasana.
Dalam wacana, misalnya, dapat dipilih wacana jenis penceritaan, pemaparan,
penghujahan dan pembujukan.
Tujuan dapat dikaitkan dengan bentuk wacana, iaitu sama ada wacana informatif,
wacana khas (seperti majlis perasmian, majlis perpisahan dan yang lain) atau
hiburan. Latar belakang khalayak berkaitan dengan ciri-ciri demografi seperti
bangsa atau etnik, agama, budaya, usia, jantina, pendidikan dan kedudukan
sosioekonomi. Bidang pula berkaitan dengan kekhususan topik yang dibicarakan,
seperti bidang ilmiah, bidang industri, bidang pemasaran dan yang lain. Suasana
berkaitan dengan pelbagai keadaan seperti tempat berlangsungnya komunikasi,
tempoh atau jangka masa, kemudahan yang ada dan kesediaan khalayak.
III. Kesantunan Bahasa daripada Sudut Agama
Bahasa, menurut huraian ulama Islam dan juga ahli bahasa aliran mentalisme,
berkaitan rapat dengan akal. Manusia disebut haiwan natiq atau rational
animaldisebabkan adanya dua unsur itu, iaitu akal dan bahasa pada dirinya.
Sifat natiq dan rasional dikaitkan dengan ciri manusia sebagai haiwan yang berakal
dan berbahasa. Kedua-dua sifat itu menjadikan manusia makhluk yang paling
istimewa dan sempurna kejadiannya di dunia ini (al-Alaq: 4). Sebagai makhluk yang
istimewa dan mulia, manusia wajib menjaga kemuliaan akhlak dan salah satu tanda
kemuliaan akhlak manusia ialah kesantunan bahasanya.
Bahasa merupakan wahana atau saluran akal sebagai alat berfikir dalam bentuk
dua fungsi. Pertama, bahasa menjadi wahana atau saluran akal melahirkan idea,
fikiran dan bahkan perasaan seseorang sehingga dapat disampaikan kepada pihak
lain. Kedua, bahasa menjadi wahana yang menerima dan menafsirkan idea, fikiran
atau perasaan daripada pihak lain sehingga penerima idea, fikiran atau perasaan itu
faham dan mungkin perlu memberikan gerak balas atau respons.
Peranan bahasa sebagai penzahir dan penerima mesej itulah yang memungkinkan
manusia dapat berkomunikasi untuk mewujudkan kesalingfahaman, persefahaman,
perpaduan dan kerjasama ke arah kebaikan. Dengan berlangsungnya semua
keadaan itu, manusia dapat membentuk cara hidup yang dikenal sebagai
kebudayaan dan pada tingkat yang tinggi disebut tamadun atau peradaban.

Peranan bahasa dalam pembentukan kebudayaan dan tamadun manusia dapat


diringkaskan seperti yang berikut:
1. Bahasa menjadi alat pemerolehan dan pengembangan ilmu - Dalam Surah alBaqarah, ayat 31, dijelaskan bagaimana Allah mengajar Adam tentang nama
sekalian ciptaan dan kejadian di alam, iaitu sebagai bukti bahawa pemerolehan dan
pengembangan ilmu memerlukan bahasa sebagai alatnya.
2. Bahasa menjadi alat pendidikan dan pemasyarakatan (sosialisasi) Pembentukan
sahsiah yang bermula dengan institusi keluarga, rakan sebaya, institusi pendidikan
formal (seperti sekolah), media massa dan masyarakat berlangsung dengan
menggunakan bahasa sebagai alat penyaluran sistem kepercayaan, sistem nilai,
adat dan kebudayaan keseluruhannya.
3. Bahasa menjadi tali pengikat persefahaman dan perpaduan Baik dalam
kalangan sesama bangsa, kaum atau suku mahupun dalam kalangan antara
bangsa, kaum dan suku yang berlainan, bahasa menjadi alat yang membentuk
persefahaman dan perpaduan manusia (al-Hujurat: 13).
Oleh sebab demikian besarnya peranan bahasa dalam pembentukan kebudayaan
dan tamadun manusia, maka kesantunan bahasa menjadi perkara yang amat
penting difahami dan diamalkan oleh setiap anggota masyarakat.
Prinsip utama agama Islam dalam kaitannya dengan kesantunan bahasa
berhubungan secara langsung dengan dua peranan utama manusia di muka bumi,
iaitu:
1. Menyerukan kebaikan (amar ma`ruf)
2. Mencegah kemungkaran (nahi mungkar)
Dalam melaksanakan kedua-dua peranan itu, kesantunan bahasa diperlukan agar
mesej (ajaran, nasihat, teguran dan sebagainya) yang disampaikan dapat diterima
dengan baik dan meninggalkan kesan yang diharapkan serta tidak menyebabkan
kemarahan, kebencian atau permusuhan. Antara asas prinsip itu ialah ayat alQuran yang berbunyi Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya dengan katakata yang lemah lembut, semoga ia beringat. (Taha: 44) dan Allah tidak suka akan
perkataan-perkataan jahat yang keluar daripada mulut seseorang. (al-Nisa: 148).
Dalam konteks yang lebih rinci, agama Islam menekankan kesantunan bahasa
dalam hubungan antara kita dengan ibu bapa, jiran tetangga dan manusia
keseluruhannya tanpa mengira usia dan taraf sosial. Penekanan ini berkaitan
dengan keperluan manusia memelihara hubungan sesama manusia (hablum
minannnas) di samping hubungannya dengan Tuhan (hablum minallah). Orang yang
baik ialah orang yang bukan sahaja menjaga hubungannya dengan Tuhan bahkan

menjaga hubungannya dengan sesama manusia. Dalam konteks inilah kesantunan


bahasa amat penting diberi perhatian dalam kehidupan bermasyarakat.

IV. Kesantunan Bahasa sebagai Warisan Kebudayaan Bangsa


Kesantunan bahasa dalam masyarakat Melayu, iaitu masyarakat yang menjadi teras
penghuni di Kepulauan Melayu sejak dua alaf lalu, merupakan salah satu warisan
yang penting dalam pembentukan keperibadian bangsa hingga kini. Di Malaysia,
Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang dirumuskan pada tahun 1971 meletakkan
kebudayaan asal rantau ini, iaitu kebudayaan Melayu sebagai asas yang pertama.
Salah satu aspek kebudayaan Melayu yang menjadi asas kebudayaan kebangsaan
negara ini ialah kesantunan bahasa yang menggambarkan kehalusan budi,
pemikiran, falsafah, sistem nilai, sistem masyarakat dan seluruh aspek kebudayaan
itu sendiri.
Sekian banyak unsur yang menggambarkan wujudnya kesantunan bahasa
dirakamkan dalam pelbagai karya persuratan (seperti hikayat, syair, pantun,
gurindam dan seloka) dan tradisi lisan (seperti pelipur lara, wayang kulit dan
menora). Salah satu bentuk bahasa yang banyak mengungkapkan kesantunan
bahasa ialah peribahasa, sama ada dalam bentuk yang dikenal sebagai simpulan
bahasa, bidalan, perumpamaan, pepatah, perbilangan mahupun kata hikmat.
Kewujudan ribuan karya dalam pelbagai bidang (agama, ketatenegaraan, undangundang, pensejarahan, seni sastera, warkah, perjanjian dan sebagainya) sejak
ratusan tahun dalam persuratan Melayu menjadi bukti wujudnya kesantunan
bahasa sejak lama dahulu. Jika dinilai dengan berasaskan tiga jenis peraturan
bahasa yang telah disebut dalam bahagian Peraturan Bahasa sebagai Asas
Kesantunan Bahasa, semua karya itu disusun dalam bahasa yang berperaturan,
baik daripada sudut peraturan lingusitik, peraturan sosiolinguistik mahupun
peraturan pragmatiknya.
Demikian juga, telah wujud adat istiadat dan pelbagai bentuk majlis dan upacara
dalam kehidupan masyarakat Melayu sejak zaman-berzaman sebagaimana yang
digambarkan dalam karya-karya persuratan seperti dalam Sejarah Melayu. Pelbagai
adat istiadat, majlis dan upacara itu telah berlangsung dengan berasaskan tatacara
dan peraturan tertentu, termasuk tatacara dan peraturan yang berkaitan dengan
kesantunan bahasa. Huraian dan dialog yang terdapat dalam pelbagai karya
persuratan Melayu lama itu dengan jelas menggambarkan penggunaan bahasa
yang santun dan beradab.
Sebahagian bentuk kesantunan bahasa itu kita warisi hingga kini dan masih
digunakan sebagai sebahagian unsur tatacara dalam majlis, upacara dan urusan.

Antara unsur kesantunan bahasa yang kita warisi termasuklah penggunaan kata
ganti nama diri, gelar, panggilan hormat dan bentuk bahasa yang rasmi dalam
pentadbiran, undang-undang, pendidikan dan majlis serta upacara rasmi. Perkara
ini saya huraikan dalam Bab 4 buku Santun Berbahasa (2007).
Gambaran tentang pentingnya kesantunan bahasa dalam kehidupan
bermasyarakat, seperti yang telah disebut sebelum ini, terdapat pada peribahasa
yang diungkapkan sejak zaman-berzaman. Antara peribahasa yang menekankan
pentingnya setiap orang menjaga kesantunan bahasa ketika berkomunikasi
termasuklah:
1. Bahasa jiwa bangsa.
2. Bahasa menunjukkan bangsa.
3. Bahasa tidak dijual beli (atau bahasa tidak berjual beli).
4. Berbunyi bahasa diketahuilah bangsa.
5. Kerana pulut santan binasa; kerana mulut badan binasa.
6. Bercakap siang pandang-pandang; bercakap malam dengar-dengar.
7. Terlajak perahu dapat ditarik; terlajak kata buruk padahnya.
8. Kerbau dipegang pada talinya; manusia dipegang pada janjinya.
9. Kata dikota
10. Orang berbudi kita berbahasa; orang memberi kita merasa.
Dalam bentuk pantun pula, diungkapkan pentingnya kesantunan bahasa seperti
pada contoh yang berikut:
1.Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.
2. Baik-baik api diberi,
Kalau padam tidak berjelak;
Jaga-jaga memelihara diri,
Lazimkan budi bahasa yang baik.
3. Anak Cina menimbang madat,
Dari Makasar langsung ke Deli;
Hidup di dunia biar beradat,
Bahasa tidak berjual beli.
4. Pohon pandan pohon berduri,
Dipandang amat sedap;
Hidup di dunia bahasa dan budi,
Serta juga tertib beradab.

5. Saya tidak menanam nanas,


Tanam kepaya di dalam padi;
Saya tidak memandang emas,
Budi bahasa yang saya cari.
6. Perigi dikatakan telaga,
Tempat budak menumpang mandi;
Emas merah ada berharga,
Budi bahasa bernilai abadi.
7.Makan sirih berpinang tidak,
Pinang ada dari Melaka;
Makan sirih mengenyang tidak,
Sebab budi dengan bahasa.
8.Pucuk pauh sedang terjela,
Penjolok bunga gelundi;
Agar jauh silang sengketa,
Perhalus bahasa dan budi.
9. Yang kurik kundi,
Yang merah saga;
Yang canti budi,
Yang indah bahasa.
10. Dari Silaing ke Sijudah,
Japa melilit Tanjung Jati,
Buah jerami bergantungan;
Baju digunting kalau tak sudah,
Kata termulai kalau tak jadi,
Seksalah alam menanggungkan.
[BERSAMBUNG]
~Kembara Bahasa~
Hotel Washington, Tokyo
9 Julai 2012http://kembarabahasa.blogspot.my/2012/07/kesantunan-bahasa-asaspembentukan-adab.html
KESANTUNAN BERBAHASA
Kesantunan budaya Melayu dalam sistem panggilan

Menurut Kamus Dewan (1984) hal. 1126 sistem, bermaksud kaedah atau cara untuk
melakukan / menyebut sesuatu, manakala penggilan hal. 901 bermaksud menyuruh
datang dengan menyebut nama. Kesimpulannya sistem panggilan bermaksud cara
atau kaedah untuk memanggil seseorang untuk datang atau bertegur.
Takrifan Kesantunan
Berbicara tentang santun dalam berbahasa, rasanya amatlah wajar untuk kita
selusuri takrifan kesantunan itu sedalam-dalamnya. Menurut Kamus Dewan (1984),
hal. 1115 santun bermaksud halus budi bahasa atau budi pekerti, beradab atau
sopan. Awang Sariyan(2007) memberi definisi kesantunan sebagai penggunaan
bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan
penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara. Menurut Asmah Haji Omar
(2000), kesantunan mengikut perspektif Melayu ialah penggunaan bahasa seharihari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada
pendengar.
Santun dalam berbahasa bukan sahaja mendapat perhatian para pakar bahasa
tempatan malah turut dikaji oleh para pengkaji bahasa dari barat. Leech (1983),
menginterpretasikan kesantunan sebagai perlakuan yang dapat mengurangkan
pergeseran dalam sesuatu interaksi. Fishman J. Ferguson dan Das Gupta (1968),
pula menyatakan kesantunan itu berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh
penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni
tanpa menimbulkan sebarang konflik.
Grice telah mendefinisikan kesantunan merujuk kepada komunikasi secara santun
dan hendaklah memperlihatkan prinsip kerjasama dan prinsip kesantunan Beliau
telah membahagikan kesantunan kepada empat maksim iaitu:
i. maksim kuantiti
ii. maksim kualiti
iii. maksim pertalian (hubungan)
iv. maksim cara
Maksim kuantiti merujuk kepada apabila seseorang bercakap atau berkomunikasi
haruslah didukung dengan fakta atau data yang lengkap agar terhindar daripada
yang tidak benar atau lemah sebaliknya hendaklah membuat pernyataan yang
betul dan tepat agar maklumat yang diberikan itu diterima pendengar dengan hati
terbuka. Jika pendengar berminat untuk mendapatkan maklumat
tambahan hendaklah disampaikan melalui pernyatan yang lebih kuat atau hujahhujah yang kukuh. Selain itu penutur hendaklah diminta memberikan penjelasan
akan sesuatu yang diperkatakan agar pendengar dapat menerima dengan hati
terbuka tetapi jika tidak dapat memberikan sesuatu penjelasan atau memberikan
sebahagian sahaja alasan akan dianggap biadap dan melanggar prinsip kesantunan.

Maksim kualiti pula bermaksud penutur tidak membicarakan hal yang benar
sebaliknya mengatakan hal yang palsu atau tidak mempunyai bukti yang cukup
kuat. Dalam konteks ini penutur akan memendamkan maklumat oleh sebab tidak
ada pengetahuan yang cukup bagi meyakinkan pendengar.
Maksim pertalian pula bermaksud ketika berkomunikasi haruslah releven atau
berkaitan dengan apa yang diucapkan. Penutur hendaklah bercakap dengan yang
releven dan tidak menyimpang dengan tajuk yang diberikan. Penutur tidak oleh
membuat sebarang andaian yang mengelirukan pendengar agar mematuhi prinsip
kerjasama dan semasa memberikan maklumat ketika berkomunikasi hendaklah
beradab dan tidak mengikut perasaan.
Maksim cara pula merujuk kepada cara seseorang itu berkomunikasi. Jika
penyampaiannya menyingung perasan orang lain,dengan menggunakan bahasa
kasar maka tujuan berkomunikasi secara santun tidak tercapai. Oleh itu ketika
berkomunikasi hendaklah menggunakan pilihan kata, ungkapan santun
yang menandakan bahawa keperibadian orang itu memang baik. Begitu juga jika
seseorang itu berpura-pura bersantun di hadapan khalayak sedangkan dia tidak
ikhlas maka daia telah melanggar prinsip kesantunan.
Asmah Hj. Omar (2000), pula menyatakan kesantunan ialah kaedah atau strategi
yang digunakan oleh penutur untuk mencapai tujuan tertentu. Strategi ini dikaitkan
dengan kesantunan dan perlu dikuti dengan tingkah laku dan tutur kata yang
santun. Strategi kesantunan melibatkan beberapa faktur seperti kesedaran akan
peranan masing-nasing, k tentang perbezaan taraf sosial, kuasa dan keperluan
mengawal perbincangan berdasarkan tajuk atau air muka yang meliputi maruah
dan martabat.
Asmah Hj. Omar (2000), telah membahagikan kesantunan kepada dua jenis iaitu
i. kesantunan asas dan
ii. kesantunan berkala.
Kesantunan asas ialah kesantunan sedia ada yang merupakan pedoman bagi
masyarakat berhubung antara satu sama lain. Dengan cara menunjukkan adanya
sikap berbaik-baik antara satu sama lain yang menghendaki ahli masyarakat
bersopan santun antara satu sama lain. Ini kerana dalam mana-mana masyarakat
yang bertamadun ada kesopanan asas yang dikaitkan dengan didikan sejak awal
lagi seperti yang terdapat dalam ajaran Islam atau agama-agama lain.
Kesantunan berkendala pula merujuk kepada kesantunan yang menggambarkan
ucapan yang dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain.
Antara kendala tersebut ialah taraf dan peranan orang yang bercakap, di mana dan
dalam keadaan yang bagaimana, apa yang dipercakapkan, mengapa percakapan itu
berlaku dan cara percakapan disampaikan .

Di mana pula merujuk kepada latar perbincangan yang diadakan. Perbezaannya


dapat dlihat melalui penggunaan bahasa dan suasana. Mengapa pula merujuk
kepada tujuan sesuatu pertuturan itu disampaikan, sama ada setakat memberi
maklumat, ulasan atau menggerakkkan tindakan manakala bagaimana pula
merujuk kepada cara atau saluran perbincangan yang diadakan seperti bersemuka,
melalui telefon, kaca televisyen atau sebagainya.
Bagi Asmah Hj. Omar (2000), kesantunan bukan strategi semata-mata sebaliknya
kesantunan merupakan ciri budaya yang menghendaki ahli masyarakatnya
bersopan santun dan menghormati antara satu sama lain. Pembinaan tingkah laku
yang santun dalam kalangan orang Melayu adalah menerusi proses didikan yang
panjang dan berterusan. Ini menjadi ciri budaya orang Melayu. Oleh hal yang yang
demikian Islam adalah tunjang pembinaan budaya orang Melayu.
Berdasarkan takrifan-takrifan tersebut dapatlah dibuat kesimpulan santun
berbahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan bahasa yang digunakan oleh
seseorang ketika berkomunikasi. Bahasa yang digunakan mestilah digunakan penuh
dengan adab, tertib dan bertatasusila supaya wujud suasana komunikasi yang
harmoni tanpa sebarang pergeseran atau konflik.
Kesimpulannya berdasarkan perbincangan di atas kesantunan dalam pangilan
berbahasa mementingkan budaya dan masyarakat akan menunjukkan strategi
kesantunan sesebuah masyarakat dengan jelas yang berkaitan dengan strategi
budaya dan nilai masing-masing. Pemahaman dalam strategi kesantunan dalam
kalangan masyarakat yang berbeza akan mendorong dan mengharmonikan
masyarakat sejagat yang bertanggung jawab.
Fungsi budaya kesantunan dalam sistem panggilan orang Melayu
Konsep kesantunan berbahasa bagi orang Melayu tidak dapat dipisahkan dengan
nilai-nilai Islam kerana ajaran Islam telah menjadi suatu cara hidup yang
merangkumi semua tatacara dalam kehidupan orang Melayu termasuklah
berbahasa. Nilai-nilai Islam menjadi pengukur dan penentu terhadap kesantunan
orang Melayu. Jelasnya, konsep kesantunan orang Melayu ialah perlakuan
berbahasa dan bukan berbahasa yang dilakukan atas keikhlasan kerana Allah Taala.
Jadi, konsep kesantunan orang Melayu melibatkan hubungan tiga penjuru iaitu
melibatkan penjagaan hubungan antara manusia dengan Tuhan (hablun minallah)
serta memberatkan hubungan antara manusia (penutur) dengan manusia (hablun
min al-nas) iaitu pendengar.
Kesantunan berbahasa telah berdarah daging dan menjadi lambang jati diri
bangsa Melayu sejak zaman berzaman. Pendek kata, orang Melayu sudah sekian
lama disinonimkan dengan kesantunan dalam berbahasa dan perlakuan. Jadi demi
kelangsungan jati diri bangsa Melayu yang unggul dan gemilang, semestinya setiap
lapisan masyarakat terus menyemarakkan penggunaan bahasa yang santun dalam
kehidupan seharian. Seperti yang kita semua maklum, nilai murni dalam budi

bahasa memberikan kekuatan sosial dan moral serta membentuk budaya tinggi
sesebuah masyarakat. Bangsa yang maju mengamalkan bahasa budaya tinggi yang
dituturkan dengan cara yang halus, menarik, berkesan, bersopan santun,
mempunyai nilai estetik, intelektual dan nilai budaya yang mencerminkan tamadun
dan kesusilaan bangsa yang berperibadi tinggi.
Dalam konteks sistem panggilan dalam keluarga masyarakat Melayu, aspek
kesantunan merupakan antara perkara yang mesti ada kerana masyarakat Melayu
terkenal dengan budi bahasa yang sopan dan lemah lembut. Segala nasihat,
teguran atau larangan sering kali tidak dilakukan secara langsung. Sebaliknya
bahasa berlapik digunakan agar orang yang menjadi sasaran tidak tersinggung dan
diaibkan di hadapan khalayak. Dalam pantun juga, unsur nasihat dan teguran telah
diwujudkan, seperti pantun berikut:
Sebab pulut santan binasa,
Sebab mulut badan binasa.
Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga,
Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.
Kalong Bunga Buku 1.
Sebenarnya, semua orang sedar dan tahu tentang peri pentingnya berbahasa
dengan santun terutamanya dalam negara bermasyarakat majmuk seperti Malaysia
ini, namun akhir-akhir ini faktor globalisasi yang melanda telah mengubah nilai dan
pandangan hidup sehingga amalan berbudi bahasa ini semakin terhakis dalam
masyarakat. Kita tidak boleh membenarkan bangsa kita hilang kesopanannya,
termasuk dalam penggunaan bahasa. Setiap lapisan masyarakat perlu memastikan
aspek penting dalam ketamadunan bangsa dan hubungan sesama manusia tidak
terhakis semata-mata kerana kita mahu dilihat moden,maju dan canggih.
Jadi, amatlah wajar seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa menguasai
segala santun dan peraturan dalam bahasa Melayu seperti gelaran kekeluargaan,
gelaran pergaulan, kata-kata alu-aluan, dan kata silaan supaya budaya beradab
dalam masyarakat dapat dikekalkan.Budi bahasa dan ketatasusilaan semasa
kita berwacana atau berbahasa akan menjadi titik penentu lambang dan dan citra
diri serta sahsiah kita yang sebenarnya. Oleh itu, kepentingan kesantunan dan
ketatasusilaan semasa berkomunikasi bukanlah sesuatu yang harus dipandang
remeh. Amalan dan penerapan budi bahasa sama ada dalam komunikasi, ucapan,
pertuturan atau panggilan atau dalam perlakuan dan pergaulan dapat dipraktikkan
dalam beberapa institusi, antaranya:
Antara ibu bapa dan anak-anak

Pada asasnya, ibu bapa atau keluarga merupakan orang pertama yang perlu
menerapkan nilai berbudi bahasa sama ada secara formal atau tidak formal kepada
anak-anak. Ibu bapa wajar mendidik, membimbing dan menegur anak-anak supaya
bertutur dengan baik, betul, bersopan, terpuji dan saling menghormati. Hal ini
demikian kerana, telah terbukti anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga yang
mengutamakan kesantunan dalam berbahasa biasanya akan menjadi individu yang
bersopan serta berbudi bahasa. Begitulah peri pentingnya gelanggang yang kecil di
rumah dalam membentuk keperibadian yang unggul.
Bagi memupuk rasa hormat menghormati kepada ibu bapa, kata panggilan mak,
mama, ayah, dan abah digunakan. Namun begitu sejak akhir-akhir ini kata
panggilan ummi, dan abi telah diambil dari bahasa Arab dan panggilan
mummy dan daddy pula diambil daripada bahasa Inggeris dan kata panggilan
tersebut telah diasimilasikan ke dalam masyarakat Melayu. Begitu juga rasa hormat
kepada datuk atau nenek kata panggilan atuk. nenek, tok ayah, dan tok
wan digunakan. Tutur kata anak-anak kepada ibu bapa hendaklah sopan, lembut
dan penuh hormat dalam apa jua keadaan. Anak-anak tidak boleh sekali-kali beraku
atau berengkau dengan ibu bapa atau memanggil dengan nama mereka.
Tanggungjawab memastikan anak-anak menggunakan bahasa yang santun terpikul
di atas bahu ibu bapa kerana ibu bapa merupakan orang yang paling rapat dengan
anak-anak. Pemupukan, penghayatan dan penggunaan bahasa yang sopan dalam
masyarakat hendaklah sentiasa ditekankan kerana amalan ini menggambarkan
budaya Melayu yang tinggi.
Antara adik beradik
Hubungan adik beradik disusun oleh urutan kelahiran iaitu dari anak yang sulung
kepada yang tengah dan yang bongsu. Yang muda mesti menghormati yang tua,
adik mesti menghormati kakak dan abang dengan memanggil secara baik seperti
yang biasa dalam masyarakat. Contoh gelaran seperti abang long, kak long,
abang ngah, kak ngah, abang cik , kak cik dan adik untuk orang yang
lebih muda.Setiap pertuturan, pergaulan dan kelakuan antara adik beradik perlulah
sopan dan saling menghormati. Selain itu, apabila berinteraksi dengan orang yang
lebih tua mestilah menggunakan nada suara yang lembut dan kelakuan yang sopan.
Tidak digalakkan orang yang lebih muda berjenaka sesuka hati, memerli atau
menyampuk percakapan orang tua walau dalam keadaan biasa. Namun begitu,
masyarakat yang lebih muda tetap diberi peluang untuk memberi pandangan atau
meluahkan perasaan tetapi tetap dalam keadaan sopan dan berhemah.
Bagi negeri Perak khususnya yang tinggal di tebing sungai Perak sistem panggilan
dalam keluarga agak berlainan. Nama penggilan untuk anak bergantung kepada
urutan kelahiran atau umur seperti berikut :

Nombor
Anak

Lelaki

Perempuan

Kulop

Long

Lop

Kak Yong

Sulong (long)
Yong
Yop
2

Ngah

Ngah

Alang

Alang, Yang

Panjang

Anjang

Anjang

Pandak

Andak

Uda

Uda

Puteh

Puteh

Teh

Uteh

Teh
8

Akhir

Itam

Itam

Busu

Chu

Chu

Busu

Penggunaan kata ganti nama diri dan kata panggilan yang sesuai menyerlahkan lagi
penutur dan pendengar di samping menimbulkan rasa hormat antara penutur
dengan pendengar, tanpa mengira usia dan taraf sosial mereka. Penggunaan kata
ganti nama diri dan panggilan yang sesuai seperti tuk, pak cik, mak cik
encik dan puan menyerlahkan unsur budaya yang diterapkan dalam kalangan
masyarakat Melayu. Begitu juga dengan penggunaan kata ganti nama panggilan
dalam keluarga seperti saya, kamu, dia menunjukkan situasi umur dan taraf
sosial dalam kalangan penuturnya, manakala kau dan aku menunjukkan situasi
yang tidak formal, bentuk keakraban dan taraf penuturnya.
Selain kata panggilan , penggunaan bahasa halus juga boleh diaplikasikan dalam
kehidupan seharian. Penggunaan bahasa halus yang beradat, bertatasusila dan
berbudaya tinggi dapat menyerlahkan darjah kesopanan dan keperihatinan

masyarakat dalam mempamerkan akhlak yang tinggi. Penggunan bahasa halus


turut didedahkan melalui penggunaan bahasa kiasan dan peribahasa untuk
membolehkan seseorang menyatakan sesuatu secara halus dan secara tidak
langsung. Sehubungan dengan hal itu, mustahak bagi kita untuk memahami bentuk
santun dalam masyarakat Malaysia agar dapat berkomunikasi dan berinteraksi
dengan menggunakan bahasa yang tepat dan lembut. Kata sapaan panggilan
dalam keluarga seperti hoi, kata makian seperti lahabau amat tidak digalakkan.
Penggunaan Kata Ganti Nama
Kesantunan berbahasa dalam sistem panggilan dalam keluarga masyarakat Melayu
boleh dimanipulasikan melalui beberapa bentuk dan penggunaan bahasa.
Penggunaan kata ganti nama merupakan salah satu aspek penting dalam
kesantunan berbahasa bahasa Melayu. Kata ganti nama merupakan antara bentuk
bahasa yang digunakan oleh seseorang untuk memanggil orang yang mendengar
atau diajak bercakap. Menurut Teo Kok Seong, masyarakat Melayu menganggap
kata ganti nama aku, awak, kamu dan engkau sebagai bentuk kasar jika
digunakan dalam percakapan atau interaksi dengan pihak yang lebih tua, berstatus
dan berkuasa oleh pihak yang bercakap yang lebih muda, kurang berstatus dan
kurang berkuasa. Walau bagaimanapun kempat-empat kata ganti nama berkenaan
boleh digunakan secara sopan semasa bercakap atau berinteraksi, antaranyaahli
keluarga mereka yang sudahpun akrab, atau situasi umur mereka setara.
Perlakuan Bahasa Bukan Verbal
Dalam interaksi keluarga dalam masyarakat Melayu, interaksi tidak selalu
bergantung kepada pemilihan perkataan dan struktur ayat. Penekanan utama
dalam konteks kesantunan berbahasa, dalam penggunaan bahasa yang sesuai
dalam bahasa Melayu ialah cara perkataan atau frasa diucapkan dan sering kali
disertai oleh gerak badan yang melibatkan air muka, isyarat tangan serta gaya dan
kedudukan badan pihak yang bercakap. Anak-anak Melayu sentiasa diajar
menggunakan tangan kanan untuk memegang makanan dan apabila memberi dan
menerima sesuatu. Penggunaan tangan kiri hendaklah dielakkan. Memberi dan
menerima sesuatu daripada seseorang dengan menggunakan tangan kiri ialah
perbuatan yang tidak sopan dan tidak selari dengan ajaran Islam.
Jika seseorang itu terpaksa menuding kepada sesuatu semasa bercakap atau
berinteraksi terutamanya dengan pihak yang lebih tua atau yang dihormati dengan
tujuan untuk menunjukkan seseorang atau arah, jari telunjuk tidak boleh digunakan.
Lebih sopan jika ibu jari kanan digunakan. Dalam masyaakat Melayu, menuding
dengan jari telunjuk dalam situasi tertentu boleh dianggap sebagai perbuatan
meninggikan diri, yakni dalam pengertian mengarah atau memerintah pihak yang
mendengar. Aapabila seseorang itu harus lalu di hadapan pihak yang lebih tua,
yang lebih tinggi tarafnya atau pihak yang lebih dihormati seseorang itu hendaklah
meminta izin terlebih dahulu dengan melafazkan ungkapan minta lalu atau

tumpang lalu. Ucapan meminta izin ini boleh digantikan dengan perlakuan bukan
verbal, antaranya menundukkan kepala dan membongkokkan badan sedikit ketika
lalu sambil meluruskan tangan kanan ke bawah. Perbuatan ini dianggap sopan
dalam masyarakat Melayu.
Kesimpulan.
Kita semua berupaya untuk mempertingkat budi pekerti diri dalam keluarga
bermula dengan kata panggilan dalam keluarga yang bermula dengan suara hati
dan pertuturan. Allah s.w.t. dalam surah an-Nisa (ayat 148) berfirman, yang
bermaksud Allah tidak suka akan perkataan-perkataan jahat yang keluar dari
mulut seseorang melainkan perkataan (pengalaman) yang keluar dari mulut orang
yang dizalimi. ( yang menyebut keburukan yang dilakukan ke atasnya dalam
pengaduannya dan Allah maha mendengar lagi maha mengetahui Rasulullah s.a.w.
bersabda, maksudnya sesungguhnya Allah menyukai sikap berlemah lembut
dalam semua perkara. Begitu dengan ajaran agama-agama lain yang turut
menekankan kepentingan amalan berbudi bahasa dalam kehidupan seharian.
Penggunaan aspek kesantunan ketika berkomunikasi akan memberikan beberapa
implikasi. Antaranya menyerlahkan budaya kehidupan masyarakat Malaysia yang
kayadengan adab sopan serta halus. Selain itu melambangkan ketingian budi
pekerti dan dipandang mulia dalam pergaulan hidup manusia. Bagi masyarakat
Melayu bahasa menunjukkan bangsa dan bahasa itu tidak boleh dijual beli.
Selain itu penggunaan bahasa santun dalam panggilan dalam keluarga bertujuan
untuk menunjukkan rasa hormat dan santun serta mengekakkan sebarang
perlakuan yang boleh dianggap kasar.
Sebagai kesimpulannya dengan mengamalkan kesantunan berbahasa ketika
berkomunikasi, kita akan digolongkan sebagai ahli masyarakat yang peramah,
bertimbang rasa, berfikiran positif, mengamalkan sikap toleransi, bersopan santun,
jujur dengan tetamu, bermoral dan baik hati. Ini secara tidak langsung kita akan
mengekalkan peribadi yang mulia sekaligus menonjolkan peribadi bangsa yang
lemah lembut dan tinggi peradaban. Penggunaan bahasa Melayu yang santun
dikaitkan dengan tanggapan dan konsep reti bahasa. Kata pepatah Melayu, ``Yang
tua dihormati, yang muda disayangi
RUJUKAN
Asmah Hj. Omar.(2000). Wacana perbincangan, perbahasan dan perundingan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Sarian.(2007). Bahasa sebagai jati diri bangsa: Isu, cabaran
dankeupayaan pelastarian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Fishman. J. Ferguson & Das Gupta.(Ed. 1968). Language problem of
developing nations. New York : John Wiley.

Kamus Dewan Edisi Baharu. (1984). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Leech, Geoffrey, N (1983). Principles of pragmatics. London : Longman.
Samuel P.Huntington, 1997, The Clash of Civilizations and The Remaking of
WorldOrder, London: Simon & Schuster.
Teo Kok Seong.(2003) . Kesantunan berbahasa kes bahasa Melayu. Dewan
Bahasa Mac hal. 14-23. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zaaba. (1964). Kalong bunga buku 1. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
http://azhar-pejuang.blogspot.my/2012/01/kesantunan-berbahasa.html

Konsep Kesantunan
-Santun
-Menurut Kamus Dewan (1984), hal. 1115 santun bermaksud halus budi bahasa
atau budi pekerti, beradab atau sopan
-Berbahasa dengan santun ialah menggunakan bahasa secara:
i. halus,
ii. nilai rasa yang baik,
iii.penuh kesopanan,
iv.berusaha menghindari konflik antara penutur dengan pendengar dalam proses
berkomunikasi.
Kesantunan
Menurut Kamus Dewan (1984): perihal (sifat dsb) santun, kesopanan, kehalusan
(budi bahasa atau budi pekerti)
-Awang Sariyan (2007) memberi definisi kesantunan sebagai penggunaan bahasa
yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan
penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara.
-Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama
oleh sesuatu masyarakat tertentu sehingga menjadi prasyarat dalam
bermasyarakat
-Kesantunan dapat dilihat dari pelbagai segi dalam pergaulan sehari-hari:
i. kesantunan memperlihatkan sikap yang mengandung nilai sopan santun atau
etiket dalam pergaulan sehari-hari.
-Orang yang santun tergambar nilai sopan santun atau nilai etiket pada dirinya
ii. kesantunan sangat kontekstual - berlaku dalam masyarakat, tempat, atau situasi
tertentu, tetapi belum tentu berlaku dalam masyarakat, situasi dan tempat lain
-Misalnya, penggunaan kata-kata yang agak kasar boleh berlaku dalam pergaulan
rakan-rakan karib, tetapi tidak sopan jika digunakan terhadap rakan yang baru
dikenali
-Penggunaan kata ganti 'aku' dalam perbualan dengan ibu bapa biasa digunakan

dalam masyarakat Cina, tetapi tidak sopan dalam bagi masyarakat Melayu
iii. kesantunan selalu berlaku dalam hubungan dua pihak seperti antara anak dan
orang tua, antara orang yang masih muda dan orang yang lebih tua, antara tuan
rumah dan tamu, antara lelaki dan wanita, antara murid dan guru, dan sebagainya.
-Misalnya, seorang anak sentiasa akan menghormati dan berbahasa santun dengan
ibu bapa
-Namun mungkin tidak berlaku jika anak ini berkomunikasi dengan rakan-rakan
sebaya, ada ketikanya komunikasi dalam bentuk bahasa kasar
iv. kesantunan tercermin dalam aspek kehidupan seperti:
a) cara berpakaian (berbusana),
b) cara bekerja
c) cara bertutur
d) cara makan
e) cara belajar
f) cara berpolitik dan lain-lain
Takrifan Kesantunan Oleh Tokoh-Tokoh Dunia
I. Menurut Asmah Haji Omar (2000):
a) kesantunan mengikut perspektif Melayu ialah penggunaan bahasa sehari-hari
yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada
pendengar.
-Kesantunan masyarakat Melayu berdasarkan agama Islam dan adat Melayu
-Orang Melayu sangat mementingkan kesantunan dalam hubungan masyarakat
-Bahasa halus dan tersirat selalu digunakan supaya tidak mengecil hati orang lain.
b) Asmah Hj. Omar (2000), pula menyatakan kesantunan ialah kaedah atau strategi
yang digunakan oleh penutur untuk mencapai tujuan tertentu.
-Strategi ini dikaitkan dengan kesantunan dan perlu dikuti dengan tingkah laku dan
tutur kata yang santun.
-Strategi kesantunan melibatkan beberapa faktor seperti kesedaran akan peranan
masing-nasing, pengetahuan tentang perbezaan taraf sosial, kuasa dan keperluan
mengawal perbincangan berdasarkan tajuk atau air muka yang menggambarkan
maruah dan martabat.
c) Asmah Hj. Omar (2000), telah membahagikan kesantunan kepada dua jenis iaitu
i. kesantunan asas
ii. kesantunan berkala.
i. Kesantunan asas ialah kesantunan sedia ada yang merupakan pedoman bagi
masyarakat berhubung antara satu sama lain.
-Dengan cara menunjukkan adanya sikap berbaik-baik antara satu sama lain yang
menghendaki ahli masyarakat bersopan santun antara satu sama lain.
- Ini kerana dalam mana-mana masyarakat yang bertamadun ada kesopanan asas
yang dikaitkan dengan didikan sejak awal lagi seperti yang terdapat dalam ajaran
Islam atau agama-agama lain.

ii. Kesantunan berkala pula merujuk kepada kesantunan yang menggambarkan


ucapan yang dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain
keadaan, situasi dan tempat tertentu
-Antaranya ialah taraf dan peranan orang yang bercakap, di mana dan dalam
keadaan yang bagaimana, apa yang dipercakapkan, mengapa percakapan itu
berlaku dan cara percakapan disampaikan.
-Misalnya rakyat biasa dengan raja, rakyat dengan pemimpin, anak murid dengan
guru dll
-Komunikasi tersebut mempunyai adab, peraturan dan etika tertentu
II. Leech (1983), menginterpretasikan kesantunan sebagai perlakuan yang dapat
mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.
-bahasa mesti halus
-beradab sopan
-perlakuan lemah-lembut
-berbudi pekerti
III. J. Ferguson dan Das Gupta (1968), pula menyatakan kesantunan itu berlaku
apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha
mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik.
-Wujud persetujuan bersama dalam masyarakat
-Mewujudkan etika dan peraturan bermasyarakat
- Biasanya mengamalkan budaya yang sama
-Ingin melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman
IV. Kesantunan dari sudut Islam menurut ajaran yang disampaikan oleh Nabi
Muhammad SAW melalui hadis-hadis:a) Barang siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir maka hendaklah berkata
baik atau lebih baik diam.
b) Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari
Kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan sombong dalam berbicara.
c) Bukanlah seseorang itu mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata
keji.
d) Tanda-tanda munafik itu ada 3 perkara, jika ia berbicara ia berdusta, jika ia
berjanji ia mengingkarinya dan jika diberi amanah ia khianat.
e) Janganlah kalian saling dengki-mendengki, dan janganlah kalian saling
membenci, dan janganlah kalian saling berkata-kata keji antara satu dengan yang
lain, dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara.
f) "Sebaik-baik manusia di antara kamu ialah orang yang akhlaknya baik".
V. Menurut Hamka:
a) Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu
seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
b) Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang

keras.
c) Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di
dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya.
VI. Menurut Aristotle
a) Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal
keturunannya.
b) Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.
VII. Menurut Khalifah Abdul Malik Marwan, semulia-mulia manusia ialah orang yang
mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan
orang lain ketika berdaya membalas, dan bersikap adil ketika kuat.
http://gsb1062prashashalini.blogspot.my/2013/07/kuliah-3-konsep-kesantunansantun_26.html
Wednesday, June 6, 2007
Kesantunan berbahasa
Apakah erti kesantunan?
Kesantunan, dalam konteks yang lebih luas, tidak merujuk kepada kesantunan
berbahasa semata-mata tetapi juga merujuk kepada aspek nonverval seperti
tingkah laku, mimik muka,dan nada suara. Dalam hal ini, Lakoff (1975)
mendefinisikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran
dalam sesuatu interaksi. Fraser dan Nolan (1981) pula menyatakan bahawa
kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan
pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam komunikasi. Selain
itu, kesantunan dianggap sebagai usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka
(TAM) dalam perbualan terhadap pendengar (Brown dan Levinson, 1987).
Dalam konteks kesantunan berbahasa pula, Asmah Hj. Omar (2000) mengaitkannya
dengan penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran,
kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar. Keadaan yang
demikian akan menimbulkan suasana hubungan yang harmoni antara penutur dan
pendengar.
Dalam masyarakat Melayu, kesantunan bukan sahaja merujuk kepada latar sosio
budaya msayarakatnya yang berpegang pada adapt resam, malah diperkukuh oleh
pegangan Islam yang dianuti. Hal ini tergambar dalam perbilangan adat yang
berbunyi:
Adat bersendikan hukum, hukum bersendikan kitab Allah.
Jadi, konsep kesantunan tidak lengkap jika perbincangannya terbatas kepada aspek

berbahasa dan perlakuan semata-mata, jika tidak dikaitkan dengan konsep


keihklasan. Seseorang itu boleh menuturkan kata-kata yang indah atau
menunjukkan tingkah laku yang sopan dalam sesuatu situasi, tetapi perlakuan
tersebut belum pasti menggambarkan keihklasannya. Manusia boleh bertopeng
dengan pelbagai wajah untuk mencapai hasratnya, sedangkan hakikatnya tiada
sesiapa yang tahu.
Nilai dan Kesantunan dalam Masyarakat Melayu
Nilai merujuk kepada sesuatu yang kompleks tetapi berpola dan berprinsip yang
memberikan arahan dan menjadi petunjuk kepada perlakuan dan pemiikiran
manusia dalam mengatasi masalah (Kluckhon dan Strodtbeck (1961). Nilai menjadi
ukuran dan pegangan tentang baik buruk atau cantik hodoh sesuatu perlakuan
berasaskan kelaziman atau kebiasaan dalam sesuatu masyarakat (Wan Abdul Kadir,
2000). Misalnya, kita berasa janggal apabila mendengar suami isteri
mengungkapkan kata panggilan aku dan kamu dalam perbualan mereka.
Perlakuan yang demikian dianggap tidak santun.
Jadi, nilai dan kesantunan mempunyai pertalian yang sangat erat. Seseorang itu
dianggap tidak sopan dan tidak mengamalkan nilai yang baik apabila bercakap
menggunakan bahasa yang kasar atau tidak tahu meletakkan dirinya dalam
sesuatu majlis. Ketidaksopanan dan kerendahan nilai perlakuan dapat digambarkan
dalam ungkapan berikut:
Ketika orang diam
Aku bersorak
Ketika orang duduk aku berdiri
Ketika orang memberi
Aku meminta
Ketika orang bekerja
Aku terlena
Ketika orang dipuncak
Aku masih merangkak.
Selain itu, nilai berbahasa juga dititkberatkan oleh orang Melayu. Maka wujudlah
bentuk bahasa yang dikelaskan sebagai bahasa halus, bahasa kesat, bahasa kasar,
bahasa biadab dan seumpamanya. Oleh itu, seseorang itu perlu memahami dengan
siapa ia berkata, sebab ia berkata, dan dalam situasi apa dia berkata. Sesunguhnya,
orang yang santun ialah orang yang tahu meletakkan dirinya dalam keadaan
tertentu.
4 Kesantunan Bahasa dalam Pengajaran dan Pembelajaran Komsas
Insan yang seimbang daripada segi intelek, emosi, rohani dan jasmani seperti yang

dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dipercayai akan dapat


dilahirkan melalui pendidikan bahasa dan kesusasteraan. Menyedari hakikiat ini,
maka Kementerian Pelajaran Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia pada
waktu itu) mewajibkan semua pelajar sekolah menengah mempelajari
kesusasteraan yang diserapkan melalui mata pelajaran Bahasa Melayu dengan
nama Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu (Komsas). Pembelajaran Komsas
bermula pada tahun 2000 untuk pelajar tingkatan 1 dan 4, manakala pada tahun
2001 semua pelajar sekolah menengah daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5
diajarkan Komsas.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2002), menyatakan objektifnya dengan jelas. Antara objektifnya adalah
untuk melahirkan pelajar yang dapat:
melibatkan diri dalam interaksi sosial melaui perbualan, perbincangan, dan
penulisan untuk menjalin serta mengeratkan hubungan, dan berurus untuk
mendapatkan barangan dan perkhidmatan;
menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, dan
perasaan cinta akan negara.
Keupayaan pelajar berinteraksi dengan baik sama ada secara lisan atau bertulis
memperlihatkan aspek kesantunan berbahasa mereka. Pelajar harus faham dan
sedar akan kedudukan diri mereka apabila berkomunikasi dengan pihak lain. Mereka
juga perlu sedar akan tujuan, masa, tempat, dan dengan siapa mereka
berkomunikasi. Hal ini akan terjelma melalui aktiviti-aktiviti kebahasaan seperti
yang digariskan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah.
Sebagai contoh, beberapa kemahiran berbahasa dalam Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu Tingkatan Satu menyarankan aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada
kesantunan berbahasa. Antaranya termasuklah:
1.1 Aras 1 (i) : Berbual dengan keluarga menggunakan sebutan, intonasi, kata dan
ungkapan yang sesuai dan mengemukakan idea yang relevan dengan topik.
1.1 Aras 1(ii): Memperkenalkan diri kepada seseorang dan memperkenalkan
seseorang kepada ahli yang lain dengan mesra dan santun.
1.1 Aras 1(iii): Memahami dan menentukan gelaran atau panggilan yang sesuai bagi
seseorang.
Untuk merealisasikan pencapaian objektif ini, pemilihan bahan pengajaran adalah
penting. Guru harus bijak memanipulasikan bahan pengajaran yang ada, khususnya
teks Komsas. Dalam teks Komsas banyak terdapat unsur nilai dan kesantunan
berbahasa. Jadi pengajaran dan pembelajaran Komsas harus bersepadu dengan
pengajaran kemahiran bahasa yang lain seperti mendengar dan bertutur,
memabaca dan memahami, dan menulis.

Sebagai contoh, marilah kita sama-sama meneliti petikan yang berikut ini:
Belajarlah nak bersungguh-sungguh. Kita tidak ada harta. Pelajaranlah harta
buatmu, nak. Begitu kata-kata ibunya membujuk dia ke sekolah.
Kau dah pulang Ramli? Bukalah kasut itu. Letakkan baik-baik di tempat letak kasut.
Eh, masih bersih kasut kau tu! Anak yang baik macam tulah, kata ibunya di muka
pintu.
Ramli melihat susuk tubuh ibunya penuh penderitaan, akan tetapi wajahnya amat
manis, dengan senyuman terukir di bibirnya. Betapa ibunya berusaha benar
menyembunyikan penderitaan itu disebalik senyumannya. Dia tahu bahawa ibunya
bertanggugjawab terhadap dirinya dan adik-adiknya juga.
Dia meletakkan kasutnya dengan baik di atas tempat letak kasut yang diperbuat
daripada tong. Tempat itu dibuat oleh ibunya sendiri. Kasut adik-adik dan ibunya
teratur rapi. Ternyata ibunya amat mementingkan kebersihan dan kesempurnaan.
Emak! Esok Hari Guru di sekolah Ramli. Ramli ingin hadiahkan sesuatu kepada
Cikgu Fatimah. Dia baik kat Ramli.
Ibunya mengangguk-angguk. Akan tetapi tergambar kemuraman di wajahnya. Nasi
yang disuapnya dikunyah perlahan-lahan. Dia tahu ibunya sedang memikirkan
harapannya itu.
Dia menoleh ke arah adik-adiknya yang sedang makan dengan penuh selera. Rizal,
adiknya yang tengah, berulang-ulang kali mengangkat pinggan nasinya untuk
melihat kiranya ada nasi yang bertaburan di atas lantai.
Rizal nak nasi lagi? tanya Ramli.
Tak nak, bang. Ijai dah kenyang, jawab adiknya membahasakan Ijai sebagai nama
timang-timangan.
(Dipetik dan disesuaikan daripada Sehijau Warna Daun, hlm 52-54)

Berdasarkan petikan di atas, kita dapat meneliti kesantunan dalam dua bentuk
perlakuan, iaitu perlakuan bahasa dan bukan perlakuan bahasa.
(a) Perlakuan bahasa
(i) Memberikan kata nasihat dalam bentuk pujukan
Belajarlah nak bersungguh-sungguh. Kita tidak ada harta. Pelajaranlah harta
buatmu, nak.
(ii) Kata-kata pujian
Eh, masih bersih kasut kau tu! Anak yang baik macam tulah,
(iii) Kata panggilan yang sesuai
Rizal nak nasi lagi? tanya Ramli.
Tak nak, bang. Ijai dah kenyang, jawab adiknya membahasakan Ijai sebagai nama
timang-timangan.
(b) Bukan perlakuan bahasa

(i) Empati
Ramli melihat susuk tubuh ibunya penuh penderitaan.
(ii) Air muka/ raut wajah
wajahnya amat manis, dengan senyuman terukir di bibirnya. Betapa ibunya
berusaha benar menyembunyikan penderitaan itu di sebalik senyumannya.
(iii) Menujukkan sikap bertanggungjawab
Rizal, adiknya yang tengah, berulang-ulang kali mengangkat pinggan nasinya untuk
melihat kiranya ada nasi yang bertaburan di atas lantai.

Berdasarkan contoh petikan di atas, guru wajar memberikan penekanan kepada


aspek kesantunan dengan menonjolkan aspek-aspek kesantunan yang terdapat
dalam petikan. Hal ini perlu diterapkan secara menarik dan berkesan, dan bukan
dipaksakan. Untuk mencapai matlamat ini, guru perlu mempelbagaikan kaedah
dan teknik pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar belajar kesantunan bukan
dengan kata-kata, tetapi dengan rasa.
Penutup
Kesantunan perlu dipupuk dan disemaikan terhadap pelajar dari semasa ke semasa.
Prosesnya sangat panjang dan tidak ada jalankan pintas. Oleh itu, sebagai guru,
kita perlu memperkukuh iltizam setiap masa untuk memantapkan pengajaran dan
pembelajaran kita secara menarik, berkesan dan bermakna. Sebagai renungan,
telitilah kalimat ini:
Santunkah kita
Apabila berbicara mendabik dada
Apabila bercakap bohong belaka
Apabila diberi secebis kuasa tersalah guna
Apabila mengajar kepalang ajar
Apabila berjanji dimungkiri
Ada akal tidak berfikir
Ada Ilmu tanpa amal
Santunkah kita
Kita mencintai yang dicipta melupai Pencipta
Kita mencintai kehidupan melupai kematian
Kita mencintai kekayaan melupai perhitungan.
Harus diingat bahawa kesantunan merangkumi dua bentuk hubungan, iaitu
hubungan yang baik antara manusia dengan manusia dan hubungan yang baik

antara manusia dengan Pencipta. Keupayaan kita memelihara hubungan yang baik
antara manusia dengan manusia semata-mata tidak bermakna kita telah
mengamalkan kesantunan jika tidak disertai oleh amalan hubungan yang baik
antara kita dengan Pencipta.
http://addin-mariberbahasa.blogspot.my/2007/06/kesantunan-berbahasa.html

KESANTUNAN BERBAHASAa)Definisi
Menurut Amat Juhari Moain (1992), kesantunan berbahasa adalah kesopanan danke
halusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui
lisanatau tulisan. Bahasa yang digunakan penuh dengan adab tertib, sopan santun
danmengandungi nilai-nilai hormat yang tinggi. Pada umumnya, bahasa yang
sopanmempunyai kosa kata yang halus untuk menyampaikan sesuatu mesej atau
perasaan,seperti ibarat kata bijak pandai:
Yang Kurik itu kendi, yang merah itu sagaYang baik itu budi, yang indah itu
bahasa
i.Kata Sapaan/Panggilan
Sebagaimana terlihat dalam situasi di atas, jelaslah bahawa kesantunan
berbahasaatau penggunaan bahasa yang bersantun banyak bergantung pada pemil
ihan katasapaan/panggilan yang tepat. Semasa seseorangindividu
berkomunikasi denganseseorang individu yang lain, pemilihan kata yang digunakan
ditentukan oleh beberapafaktor seperti hubungan peribadi antara dia dengan orang
yang dilawan bercakap, usiadan juga status.
Bentuk Kata Sapaan/Panggilan/Rujukan1) Sapaan Ganti Nama Diri (GND):

KESANTUNAN BERBAHASAa)Definisi
Menurut Amat Juhari Moain (1992), kesantunan berbahasa adalah kesopanan danke
halusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui
lisanatau tulisan. Bahasa yang digunakan penuh dengan adab tertib, sopan santun
danmengandungi nilai-nilai hormat yang tinggi. Pada umumnya, bahasa yang
sopanmempunyai kosa kata yang halus untuk menyampaikan sesuatu mesej atau
perasaan,seperti ibarat kata bijak pandai:Yang Kurik itu kendi, yang merah itu
sagaYang baik itu budi, yang indah itu bahasa
i.Kata Sapaan/Panggilan
Sebagaimana terlihat dalam situasi di atas, jelaslah bahawa kesantunan
berbahasaatau penggunaan bahasa yang bersantun banyak bergantung pada pemil

ihan katasapaan/panggilan yang tepat. Semasa seseorangindividu


berkomunikasi denganseseorang individu yang lain, pemilihan kata yang digunakan
ditentukan oleh beberapafaktor seperti hubungan peribadi antara dia dengan orang
yang dilawan bercakap, usiadan juga status.
Bentuk Kata Sapaan/Panggilan/Rujukan1) Sapaan Ganti Nama Diri (GND):
Ganti nama diri ialah perkataan yang digunakan untuk merujuk kepada diri
seseorang.Dalam bahasa Melayu, ganti nama diri dibahagikan kepada tiga,
iaitu ganti nama diripertama, ganti nama diri kedua dan ganti nama diri ketiga.
Kata Ganti Nama DiriBahasa SantunBahasa Kasar
PertamaKeduaKetigasaya, kamianda, awakia, beliau, merekaAkuEngkau (kamu)
Terdapat dua jenis bentuk kata ganti nama diri dalam bahasa Melayu, iaitu yangdigu
nakan oleh kerabat Diraja (bahasa istana/bahasa diraja), dan kata ganti nama diri
rakyat biasa atau orang kebanyakan. Dalam keluarga, sama ada keluarga
Dirajamahupun keluarga orang kebanyakan, kata ganti nama diri selalunya
melibatkan katasapaan. Sapaan dalam keluarga begitu rencam, lazimnya
sapaan dibuat mengikutkedudukan seseorang dalam
keluarga. Bagi keluarga orang kebanyakan, sapaanberbeza bentuk sapaan berbeza
mengikut negeri atau kawasan. Berikut adalah contohumum ganti nama diri Diraja
dan orang kebanyakan.
GND DirajaGND orang kebanyakan
betapatiktuankubagindaayahandabondahambapak cikmak cikangahpak longkak
longbusupak uda
2) Kata Sapaan Kehormat

rakyat biasa atau orang kebanyakan. Dalam keluarga, sama ada keluarga
Dirajamahupun keluarga orang kebanyakan, kata ganti nama diri selalunya
melibatkan katasapaan. Sapaan dalam keluarga begitu rencam, lazimnya
sapaan dibuat mengikutkedudukan seseorang dalam
keluarga. Bagi keluarga orang kebanyakan, sapaanberbeza bentuk sapaan berbeza
mengikut negeri atau kawasan. Berikut adalah contohumum ganti nama diri Diraja
dan orang kebanyakan.
GND DirajaGND orang kebanyakan
betapatiktuankubagindaayahandabondahambapak cikmak cikangahpak longkak
longbusupak uda

2) Kata Sapaan Kehormatii). Gelaran


a). Gelaran Keturunan:
Raja
: Tengku, tunku, engku, tuanku, raja
Bangsawan
: Megat, Syed, Wan, Nik, Abang, Dayang
b). Gelaran Kurniaan:

i). Panggilan berprotokol


Yang Amat Bahagia (Y.A. Bhg.)Yang Amat Berhormat (Y.A.B)Yang Bahagia (Y.
Bhg.)Yang Berhormat (Y.B)Yang Mulia (Y.M)Yang Teramat Mulia (Y.T.M)Yang Amat Arif
(Y.A.A)Yang Arif (Y.A)Tuan SyedTuan Guru
http://blogcikgumazlan.blogspot.my/2012/05/10-lakuan-bahasa.html

Lakuan bahasa : ketika berkomunikasi, setiap pertuturan mempunyai makna


yang tersirat [ pernyataan, amaran, perintah, menanya soalan, membuat janji,
ugutan ]
Lakuan bahasa
10/ Lakuan Bahasa

ungkapan linguistik

wujud dalam perbualan atau wacana

tindakan yang wujud secara langsung ketika seseorang berkomunikasi

LOKUSI - lakuan pengucapan. bentuk nyata yang dituturkan

ILOKUSI - lakuan niat pengucapan. apa yang dilakukan oleh penutur dengan
melafazkannya

PERLOKUSI - lakuan tindakbalas pengucapan. reaksi pendengar apabila telah


mendengar sesuatu ujaran.

jenis
o

lakuan bahasa tidak langsung - mempunyai kesantunan.


menggambarkan perbuatan yang dilakukan oleh seseorang penutur.

implikatur - makna tersembunyi dalam ujaran

implikatur konvensional

implikatur konversasional

bahasa sindiran - perkataan yang ditujukan untuk menyatakan sesuatu


maksud kepada seseorang tetapi tidak disebutkan secara tepat. Menyindir

bahasa tersirat - bahasa yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu


maksud tetapi tidak disampaikan secara terus.

Definisi Pragmatik
Levinson (1983) memberikan beberapa definisi pragmatik, antara lain:
(1) Pragmatik adalah kajian mengenai hubungan antara bahasa dan konteks yang
mendasari penjelasan pengertian bahasa. Di sini pengertian/pemahaman bahasa
menunjuk kepada fakta bahwa untuk mengerti suatu ungkapan/ujaran bahasa diperlukan
juga pengetahuan di luar makna kata dan hubungan tata bahasanya, yaitu hubungannya
dengan konteks pemakaiannya.
(2) Pragmatik adalah kajian tentang kemampuan pemakai bahasa untuk mengaitkan
kalimat-kalimat dengan konteks-konteks yang sesuai bagi kalimat-kalimat tersebut.
Definisi ini cocok dengan pandangan linguistik dan sosiolinguistik.

Pragmatik
Pragmatik ialah cabang ilmu linguistik yang mengkaji hal-hal yang merangkumi
struktur bahasa sebagai alat perhubungan sama ada antara penutur dan pendengar
atau penulis dan pembaca. Di samping itu, sebagai pengacuan simbol-simbol
bahasa pada hal-hal ekstralingual.
Menurut Hashim Musa dan Ong Chin Guan (1998: 81) pragmatik ialah teori yang
berkait dengan interpretasi ujaran. Tegasnya, hal ini bermakna pragmatik
dimanfaatkan untuk menginterpretasi ujaran yang kabur atau taksa, ujaran yang
mengalami pengguguran kata kerja atau kata adjektif atau kata yang elipsis dan
sebagainya.
Walau bagaimanapun, Kamus Linguistik (1997: 192) memerikan perihal pragmatik
dalam dua perspektif. Yang pertama, pragmatik yang ditinjau dalam semiotik ialah
pengkajian tentang bagaimana tanda dan lambang digunakan oleh manusia untuk
berhubung dalam bahasa tertentu.
Manakala yang kedua adalah dalam linguistik moden, iaitu pragmatik ialah
pengkajian bahasa dari sudut pandangan pengguna, terutama pemilihan yang

dibuat, kekangan yang dihadapi ketika menggunakan bahasa dalam interaksi sosial,
dan kesan penggunaan bahasa terhadap peserta lain dalam lakuan
komunikasi.Menurut George Yule (1997: 3) pragmatik ialah kajian makna, yang
melibatkan
penyampai dan penerima yang terdiri daripada pengucap dan pendengar atau
penulis dan pembaca. Tegasnya, pengucap atau penulis berperanan menyampaikan
maklumat sama ada memberitakan, menyatakan, memaklumkan, memberitahu,
menjelaskan, mengarahkan, memerintah, menyuruh, mengkehendaki, menanyakan,
menyeru, mengulas, mengkritik, menyimpul atau mengingatkan sesuatu kepada
pendengar. Manakala, pendengar atau pembaca ialah individu yang
bertanggungjawab membuat interpretasi bunyi atau tafsiran sebutan, atau
perkataan, frasa, klausa, ayat atau wacana atau membuat analisis maklumat
berasaskan sesuatu perkara atau data yang didengarnya daripada orang lain yang
mengujarkannya atau yang menuturkannya secara langsung (lisan) atau secara
tidak langsung (rakaman) atau membuat tafsiran bagi bahan atau data yang
dibacanya. Hal ini bermakna skop yang menyentuh bidang pengkajian pragmatik
ialah bidang kajian yang berhubungan dengan sesuatu yang dimaksudkan oleh
penyampai. http://pmipgm.blogspot.my/2011/07/semantik-dan-pragmatik.html

http://pmipgm.blogspot.my/2011/07/semantik-dan-pragmatik.html
SLAID 1
PENGENALAN

Bahasa merupakan alat penting dalam


perlakuan
sosial
untuk
menyampaikan
kehendak, meminta sesuatu, atau hanya
sekadar bertegur sapa dalam kalangan
anggota masyarakat
Penggunaan bahasa yang baik dan
bersopan santun dalam berkomunikasi secara
tidak
langsung
dapat
mengukuhkan

perpaduan rakyat di sesebuah negara


khususnya Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai etnik.
Dalam konteks sistem pendidikan di
Malaysia, bahasa Melayu telah diberi mandat
sebagai bahasa pengantar utama di peringkat
sekolah rendah, menengah dan pengajian
tinggi.
Pengiktirafan
ini
telah
diwartakan dalam Akta Pendidikan 1961.
Statusnya mengalami perubahan dan
penambahbaikan apabila pihak Parlimen
Malaysia meluluskan Akta Pendidikan 1996
iaitu penggunaannya di perkembangkan lagi
di peringkat universiti swasta (Seksyen 17 (1)
memberi
peruntukan
kuasa
untuk
mengecualikan penggunaan bahasa Melayu
sebagai bahasa penghantar disesebuah
institusi pendidikan)

Anda mungkin juga menyukai