Anda di halaman 1dari 16

KEMAHIRAN

BERTUTUR
• Bertutur merupakan satu cara berkomunikasi yang kompleks dan
melibatkan proses mental yang menggerakkan alat pertuturan untuk
mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna.
• seseorang itu akan menggunakan unsur-unsur prosodi dan cara
paralinguistik semasa bertutur bagi menguatkan maksud pertuturan.
• Unsur prosodi ialah intonasi, nada, tekanan, sebutan dan jeda.
Manakala unsur para linguistik ialah bahasa isyarat dan pergerakan
badan.
• Bertutur ialah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan
daripada alat-alat sebutan atau dikenali juga sebagai artikulator.
• Bertutur merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana
berbahasa dan berlaku pada peringkat produksi
Beberapa Konsep Pertuturan
(a) Pertuturan ialah gabungan bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan.
(b) keupayaan manusia mengujarkan kata-kata
(c) melibatkan individu berkata-kata atau bercakapuntuk tujuan berinteraksi
(d) Pertuturan berlaku pada peringkat produksi. Ia berlaku setelah si penutur itu
dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang didengarnya.
(e) Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran, dan jantina boleh mempengaruhi
kemahiran bertutur.
(f) Individu lebih banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada kecerdasan
otaknya.
(g) Pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan memberi tumpuan kepada aspek
fonologi, struktutr, intonasi dan penguasaan sistem bunyi yang lain.
(h) penutur menzahirkan pendapat dan perasaan melalui bunyi bahasa yang
bermakna
Aspek-aspek Pertuturan
Aspek-aspek penting dalam kemahiran
bertutur
(a) Sebutan
(b) Tekanan
(c) Mora (panjang-pendek)
(d) Jeda (persendian)
(e) Intonasi
(f) Nada
(g) Tatabahasa
(h) Kelancaran
(i) Kefasihan
(j) Laras bahasa
Tujuan bertutur

Kemahiran bertutur diajarkan untuk membolehkan murid bertutur dan


mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai
dalam pelbbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan
rakan-rakan, guru, ibu bapa serta dalam aktiviti perbahasan dan
syarahan.
Dalam menguasai kemahiran tersebut, guru haruslah memastikan
murid boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan betul dari segi
sebutan, intonasi serta menggunakan perkataan dan ayat dengan
tepat.
Pengajaran dan pembelajaran bertutur
haruslah membolehkan murid;
(a) Menyebut dengan jelas.
(b) Menyampaikan atau melahirkan pendapat peribadi.
(c) Menunjukkan arah.
(d) Bertemu ramah.
(e) Memberi penerangan dan memberi alasan.
(f) Membina soalan untuk mencari maklumat.
(g) Bertukar-tukar pendapat dan maklumat.
(h) Melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian dengan tepat.
(i) Bertutur secara bertatasusila.
(j) Bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan situasi.

Peringkat-peringkat Kemahiran Bertutur
Aktiviti Peringkat Awal
(a) Melafazkan pengucapan bertatasusila.
(b) Mengajuk perkataan dan ayat-ayat yang didengar.
(c) Menyoal untuk mendapatkan maklumat.
(d) Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi.
(e) Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi tertentu.
(f) Bertindak terhadap soalan-soalan mudah.
(g) Memberi arahan.
(h) Membuat ayatr-ayat mengenai diri sendiri, rakan, ibu bapa dan
sebagainya.
(i) Membuat ayat-auyat daripada gambar.
Aktiviti Peringkat Pertengahan

(a) Membuat deskripsi tentang objek atau gambar.


(b) Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar bersiri
(c) Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa.
(d) Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu.
(e) Membaca iklan dan peraturan.
(f) Memberi ucapan pendek dan mudah.
(g) Memberi komen secara mudah.
(h) Menyoal dan menjawab soalan-soalan berhubung dengan peribadi
seseorang, masa
bersekolah, persekitaran, di rumah dan sebagainya.
(i) Mengambil bahagian dalam perbualan mudah.
(j) Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah.
Aktiviti Peringkat Maju
(a) Mendeskripsikan sesuatu peristiwa, objek, permainan, proses dan sebagainya.
(b) Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya
(c) Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog.
(d) Bertanya untuk mendapatkan maklumat.
(e) Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan.
(f) Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat.
(g) Memberikan ceramah atau syarahan.
(h) Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar dan lain-lain.
(i) Mengambil bahagian dalam drama atau lakonan.
(j) Mendeklamasi puisi.
(k) Menyampaikan komen, laporan atau ulasan.
(l) Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya.
Aktiviti Yang Melibatkan Kemahiran
Bertutur   
Kesimpulannya, kemahiran bertutur sangat penting
dalam kehidupan dan perlu kita kuasai kerana
kemahiran bertutur merupakan aspek kemahiran lisan
yang paling asas.
Penguasaan kemahiran bertutur yang baik mampu
memberikan pendapat dengan jelas dan lancar. 
Guru perlulah memainkan peranan dalam melatih
pelajar supaya mereka dapat menguasai kemahiran ini.

Anda mungkin juga menyukai