Anda di halaman 1dari 2

Kemahiran Bertutur: Aspek-aspek Pertuturan

Aspek-Aspek Pertuturan
(a) Sebutan: Dalam aspek sebutan murid-murid diajar mengenal dan
membunyikan setiap huruf, suku kata, perkataan, frasa kata dan ayat. Dalam hal
ini, murid-murid diajar menyebut dan membunyikan suku kata dan perkataan
dengan jelas dan tepat mengikut kaedah bunyi, sebutan dan maknanya. Aspek
ini penting, terutamanya melibatkan perkataan yang mempunyai ejaan yang
sama tetapi kaedah sebutan dan makna yang berlainan seperti semak, boleh
dibunyikan sebagai /semak/ dan /smak/ dan seumpamanya;
(b) Tekanan: Tekanan merujuk kepada cara dan bagaimana penutur menyebut
dan memberi tekanan kepada sama ada suku kata, perkataan atau rangkai kata
tertentu bagi tujuan menegaskan sama ada keras atau lembutnya sesuatu
pengucapan;
(c) Mora (panjang-pendek): Mora atau panjang-pendek merupakan kadar
(dalam bahasa Arab disebut harakat), tidak begitu membezakan makna dalam
bahasa Melayu;
(d) Jeda (persendian): Unsur ini merujuk kepada aspek persendian
memisahkan elemen-elemen linguistik dalam perkataan, rangkai kata atau ayat.
Dalam ayat, jeda digunakan sebagai hentian sementara yang boleh
membezakan makna jika unsur ini digunakan. Misalnya ungkapan, jangan
tembak, jika tidak menggunakan jeda bermaksud larangan melepaskan
tembakkan, sebaliknya jika jeda digunakan, jangan/tembak, bermaksud
menangguhkan seketika dan kemudiannya melepaskan tembakkan!
(e) Intonasi: Intonasi merujuk kepada kedaan sama ada dilafazkan secara
menurun atau menaik sesuatu. Intonasi dalam ayat sama ada menaik, menurun
atau mendatar berbeza-beza mengikut jenis ayat. Misalnya, ayat tanya biasanya
mempunyai intonasi menaik, manakala ayat penyata mempunyai intonasi
menurun di hujung ayat.
(f) Nada: Nada merujuk kepada keadaan bunyi sama ada menaik atau menurun
ketika sesuatu perkataan itu disebut. Dalam muzik misalnya terdapat lapan nada:
Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti dan Do setiap nada mewakili satu suku kata. Pun
demikian dalam bahasa Melayu, nada tidak bersifat fonemik berbanding dengan
bahasa Cina, kewujudannya lebih jelas.

(g) Tatabahasa: Aspek tatabahasa merujuk kepada aturan, formula, kaedah dan
tatacara menentukan hukum dalam berbahasa meliputi bidang fonologi,
sintaksis dan semantik. Aspek tatabahasa dalam pertuturan kerap kali tidak
diberatkan berbanding dalam aktiviti penulisan. Walau bagaimanapun untuk
memperoleh kebiasaan yang baik dan kesan yang mendalam dalam
pengucapan, aspek tatabahasa perlu diguna pakai sebaik-baiknya;
(h) Kelancaran: Aspek kelancaran menegaskan perihal dan keupayaan murid
bertutur dengan baik, teratur dan kemas tanpa gangguan/tersekat. Ini banyak
dipengaruhi dan ditentukan oleh tahap penguasaan dan kecekapan berbahasa
dalam kalangan murid-murid.
(i) Kefasihan: Aspek kefasihan menentukan bukan sahaja murid boleh bertutur
dengan baik, lancar dan berkesan, sebaliknya boleh membunyikan kata atau
menyebut perkataan dalam ayat dengan jelas, betul dan betul;
(j) Laras bahasa: Aspek laras bahasa dalam konteks ini menegaskan kemahiran
murid-murid menggunakan bahasa dalam konteks yang situasi, keadaan dan
disiplin ilmu berlainan. Ini penting bagi tujuan mempastikan murid-murid boleh
berkomunikasi secara berkesan.

B. ASPEK PERTUTURAN
Sebutan adalah membunyikan huruf-huruf , perkataan, atau ayat dengan tepat dan
jelas. Kanak-kanak perlu dilatih menyebut dengan betul supaya tidak menimbulkan
kekeliruan keoada orang yang mendengar pertuturannya. Pertuturan yang tidak jelas
menyebabkan mesej yang hendak disampaikan tidak dapat difahami.
Intonasi adalah keadaana bunyi yang menaik atau menurun ketika sesuatu ayat
dilafazkan. Dalam bahasa Melayu, intonasi juga penting kerana ia boleh membawa
makna yang berbeza bagi sesuatu ayat sekiranya disebut dengan intonasi yang
tertentu.
Kelancaran bermakna kanak-kanak dapat bertutur tanpa tersekat-sekat, kemas, dan
teratur. Individu yang mengalami masalah gagap akan menghadapi masalah
kelancaran bertutur yang serius.
Kefasihan pula bererti kanak-kanak boleh bercakap bukan sahaja lancar tetapi jelas
dan tepat sebutannya tanpa ada unsur-unsur dialek atau telor bahasa asing.

Anda mungkin juga menyukai