Anda di halaman 1dari 37

Persembahan ini disediakan oleh

BOLD (Bureau on Learning Difficulties) berasaskan sumber kursus Ms Pamela Deponio yang ditaja oleh The British Council.
BOLD ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada The British Council, University of Edinburgh dan Ms Deponio.

BOLD adalah projek Majlis Perundingan Pendidikan Pulau Pinang di bawah portfolio Jawatankuasa Pendidikan Negeri Pulau Pinang.

Matlamat Utama

Mengenali disleksia sebagai suatu kesukaran pembelajaran khusus. Memahami bahawa kanak-kanak disleksia mempunyai kekuatan yang boleh membantu mereka mengatasi kesukaran khusus ini.

Apa itu disleksia?


Perkataan Yunani bererti kesukaran terhadap perkataan. Kesukaran pembelajaran yang khusus berbeza daripada kelewatan perkembangan menyeluruh. Susah menguasai kemahiran membaca dan menulis, TETAPI memiliki bakat, kepintaran, atau kecerdasan yang lain. Disebabkan oleh perbezaan cara otak memproses maklumat - terutama sekali berkenaan dengan bunyi, simbol dan makna.

Otak Manusia

Otak terbahagi kepada dua hemisfera:


Sebelah kiri - penggunaan bahasa, pemikiran logik, susunan, struktur. Sebelah kanan - visual, daya kreatif, dan kemahiran seni. Kebanyakan manusia dapat mengembangkan kedua-dua jenis kemahiran tetapi satu bahagian otak akan menjadi dominan.

Golongan disleksik

Golongan disleksik lazimnya cenderung menggunakan otak kanan.


cara berfikir dan belajar mereka berlainan berbakat kreatif atau seni lemah dalam kemahiran bahasa, logik, turutan dan struktur.

Cara golongan disleksia memerhati dan berfikir boleh dianggap satu anugerah bukan satu masalah

Fakta Disleksia
Membawa kesan yang berbeza, pada darjah yang berbeza, kepada individu yang berbeza. 10 -15% mengalami masalah tahap ringan manakala 4% mengalami masalah yang teruk.

Lebih ramai kanak-kanak lelaki, berbanding perempuan, terlibat: lebih kurang dengan nisbah 3:1.

fakta

Melibatkan gabungan beberapa kesukaran yang berhubungkait. Gabungan kesukaran berbeza spt.
kekeliruan bunyi, susah mengingati urutan, lemah kemahiran mengawal otot Lemah daya ingatan dan/atau kemahiran susunan.

Apa nak Kita tidak dapat merawat buat? disleksia - kita tidak boleh

ubah cara otak berfungsi

tetapi kaedah pengajaran yang sesuai boleh membantu Kebanyakan kanak-kanak disleksia boleh belajar membaca dan menulis dengan memuaskan.

pasti Disleksia

Mengenal

Dapat dikenal pasti melalui pelbagai jenis ujian diagnostik piawai. Boleh dikesan melalui pemerhatian yang teliti dan berinteraksi dengan kanak-kanak.

Perhatian!

Ambil

Tidak kelihatan dari sifat fizikal. Satu petunjuk tidak mencukupi. Petunjuk adalah tanda, bukannya bukti. Pastikan kanak-kanak tiada masalah kurang upaya lain.

Gangguan Penglihatan

Gangguan Penglihatan

Gangguan Penglihatan

Petanda
bagi

kemajuan pertuturan yang lambat. susah faham dan/atau ingat arahan.

Prasekolah

kanak-kanak

lemah kemahiran pergerakan kasar, seperti sentiasa melanggar barang sekitar, sukar membaling atau menangkap bola.
lemah kemahiran pergerakan halus, spt. memegang alat tulis atau menggunting.

Petanda
bagi

tiada tangan yang dominan sukar mengesan perkataan berima sukar bertepuk mengikut irama sering lupa perkataan yang telah dipelajari kesukaran proposisi - spt. atas/bawah, dalam/luar, masuk/keluar

Prasekolah

kanak-kanak

Petanda
bagi

berbakat kreatif dan/atau seni cekap dengan mainan binaan fikir mengikut gerak hati melihat penyelesaian masalah dengan pantas sifat ingin tahu yang tinggi, berminat terhadap perkara baru, suka tanya banyak soalan

Prasekolah

kanak-kanak

Petanda
bagi
kanak-kanak

Sekolah Rendah

lemah dalam bacaan/tulisan/ejaan kekeliruan b/d, p/q, m/w, n/u tulisan cermin masalah mengingati perkataan kesukaran memahami konsep masa

Petanda
bagi
kanak-kanak

Sekolah Rendah

sering berangan-angan pengetahuan am yang luas dan baik bertutur dengan baik tidak teratur perbezaan ketara dalam pencapaian

Contoh

tulisan budak disleksia

Contoh

Tulisan Hannah

The sad blue There were crayons, all the colours were used but blue. No-one liked blue. But one girl liked blue. The end. Hannah

Kunci utama

untuk mengesan kanak-kanak disleksia ialah kepincangan!


kefahaman lisan baik tetapi lemah dalam bacaan bertutur dengan fasih, boleh bercerita, tetapi lemah menulis pencapaian yang jauh berbeza dalam mata pelajaran yang berlainan pencapaian tidak menentu, berbeza pada hari atau waktu yang berlainan Nampak cerdik dan berkemampuan seperti murid lain tetapi sentiasa mengalami masalah dalam kerja sekolah

Kanak-kanak disleksia membingungkan. Dia tampak cerdik dan berkemampuan, segar dan berminat, mempunyai kemahiran lisan yang baik tetapi kemahiran membaca dan menulis lemah daripada apa yang dijangkakan, seperti di bawah potensinya. Dia mudah dianggap sebagai tidak menumpukan perhatian, malas atau cuai.
Memahami Disleksia: Institut Disleksia

Panduan untuk Ibubapa

Kesukaran berpakaian sendiri, seperti memakai butang, mengikat tali kasut. Lambat, atau menghadapi kesukaran, dalam kemajuan bertutur dengan jelas atau cenderung kepada salah guna perkataan.

Panduan untuk Ibubapa

Tidak cekap atau kekok dalam gerak-geri seperti melompat, meloncat, menangkap dan menendang bola Boleh mengguna dua tangan atau lambat menentukan mana satu tangan yang lebih cekap

Panduan untuk Ibubapa

Terdapat ahli keluarga yang menghadapi kesukaran yang serupa. Enggan ke sekolah terutama bermula dengan cergas tetapi lamakelamaan semakin ketinggalan atau hilang minat. Masalah emosi dan kelakuan menjadi pendiam atau suka menyendiri, degil, agresif dan memberontak.

Implikasi Disleksia Kanakkanak


terhadap

Menyedari ada sesuatu yang tidak kena tetapi tidak dapat memahaminya. Cuba menyembunyikan kesukarannya. Menggunakan strategi seperti menyalin kerja kanak-kanak lain untuk menyembunyikan masalahnya. Mengelak daripada membuat kerja sekolah.

Perasaan Kanakkanak Disleksia

Otak saya macam ada terlalu banyak perkataan berpusingpusing di dalamnya. Setiap kali saya menulis, saya sendiri tak dapat baca apa yang ditulis kerana begitu banyak kesilapan. Saya selalu cuba menulis dan mengeja apa yang saya fikirkan. Tetapi saya tidak dapat pindakan fikiran saya daripada otak kepada tangan. Saya perlu fikir begitu lama susunan huruf sehingga saya lupa apa yang saya sedang cuba menulis itu.

Bagaimana membantu?

Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kanak-kanak itu. Mengenal pasti bakat, kebolehan atau kemahiran khusus yang dimiliki. Mengenal pasti pola kesilapan atau masalah spesifik dalam bacaan, tulisan atau cara membuat jawapan matematik. Mengenal pasti sama ada terdapat sebab-sebab yang menjejaskan kemajuan - spt. masalah emosi di rumah? Cuba berbagai cara untuk menarik minat dan meningkatkan motivasi. Memahami gaya pembelajaran kanak-kanak berkenaan.

Pendekatan Pengajaran

Guna pelbagai deria


sebut, dengar, lihat, rasa, sentuh, spt. menulis atas pasir, membina bentuk huruf.

Kerap mengulang
melalui cara yang berbeza-beza untuk mengukuhkan fahaman dan ingatan.

Pendekatan Pengajaran

Memupuk sifat automatik


Kemahiran asas, spt. mengenal huruf dan perkataan secara automatik sebelum daya fikiran boleh digunakan untuk memahami ayat

Bersifat struktur dan turutan


Bertindak dari unit kecil dalam turutan jelas, usahakan perkembangan melalui langkah kecil dan berperingkat

Pendekatan Pengajaran

Kumulatif
Kaitkan maklumat baru dengan apa yang telah dipelajari, gunakan contoh berbeza-beza untuk pengukuhan dan pembinaan yakin diri

Gunakan strategi ingatan/hafalan


spt. peta minda, lukisan, carta

Dekati melalui kekuatan mereka. kanak- Ingatkan ciri-ciri otak kanan Kecerdasan visual, kanak
kepekaan warna, bentuk/pola-pola. Kreatif, berbakat seni atau muzik. Daya imaginasi kuat. Fikiran spontan, intuitif, holistik.

Izinkan

kanak-kanak membentang kerjanya melalui cara yang sesuai dengan bakat/keupayaannya


jaringan gambarajah carta aliran pita rakaman (lisan) menaip ganti menulis

Ingatlah! Kanak-kanak disleksik


mudah letih kurangkan beban kerja. sukar mengingat arahan panjang. jangan berikan arahan yang banyak secara serentak. berikan arahan yang jelas. gunakan kod warna untuk membantu ingatan.

Ingatlah!

Tidak teratur - susunkan struktur dan rutin. Mungkin tidak upaya menyalin dari papan tulis sediakan salinan nota atau nomborkan setiap baris ayat. Izinkan penggunaan alat pengira apabila perlu.

Ingatlah!

Mungkin tidak berupaya menulis karangan dengan ejaan betul izinkan mereka menulis dahulu, betulkan ejaan kemudian. Mungkin sukar mengukur masa sediakan jam. Mungkin sukar menentukan arah tidak dapat pastikan mana kiri/kanan.

RUMUSAN

Pengesanan dan intervensi awal sungguh penting Fahaman, galakan dan sokongan dari ibubapa dan guru-guru amat perlu Kaedah mengajar pelbagai deria dan pelbagai kecerdasan memang berkesan Tindakan tidak diambil kanakkanak yang berpotensi akan menghadapi masalah sosial

Anda mungkin juga menyukai