Anda di halaman 1dari 48

EDUP 3043:

Pengurusan Bilik Darjah Yang


Melibatkan Murid Berkeperluan Khas
PENGENALAN
Perbezaan dalam kalangan murid merupakan sebuah norma dalam
pendidikan kita.
 Namun terdapat murid yang berbeza perkembangan yang akhirnya
menimbulkan beberapa masalah.
 Kanak-kanak ini dikategori sebagai berkeperluan khas
 Perbezaan dalam kalangan murid merupakan sebuah norma dalam
pendidikan kita.
 Sebuah sekolah dan bilik darjah yang berkesan akan beri perhatian
kepada perbezaan individu ini termasuklah kepada mereka yang
berkeperluan khas.
Murid berkeperluan khas
Mengalami masalah tertentu antaranya :
 ketidakupayaan dari segi fizikal
 masalah penglihatan
 pendengaran
 pertuturan
 masalah emosi dan tingkah laku
 masalah pembelajaran
 terencat akal atau pintar cerdas.
 Menurut Individuals With Disabilities Act (IDEA), murid
berkeperluan khas ialah mereka yang mengalami satu atau
beberapa kelompok keadaan yang memerlukan pendidikan
serta pendidikan khas
 Di Malaysia, pendidikan untuk golongan tersebut menjadi
tanggungjawab di bawah kendalian Kementerian Pelajaran
Malaysia dengan usaha sama Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Antara program yang dirancang oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia adalah ;

 Program Pendidikan Khas Bermasalah Penglihatan


 Program Pendidikan Khas Integrasi
 Program Pendidikan Khas Prasekolah
 Program Pendidikan Khas Teknik dan Vokasional
 Program Pendidikan Inklusif
 Pendidikan Inklusif bermaksud kanak-kanak berkeperluan
khas ini akan dimasukkan ke dalam sistem pendidikan
bersama kanak-kanak biasa
 Setiap kanak-kanak harus diberi peluang dan pengalaman
yang sama tanpa mengira tahap masalah yang dihadapinya,
sama ada pada peringkat sederhana, serius, tersembunyi,
atau ketara.
Kategori Kanak-Kanak Berkeperluan Khas
 Masalah Kecacatan Fizakal
 Kecacatan Penglihatan
 Kecacatan Pendengaran
 Kecacatan Pertuturan
 Masalah Pembelajaran
 Disleksia
 Autistik
 Lewat Perkembangan
 Hiperaktif (ADHD, ADD)
 Pintar Cerdas & Berbakat
 Masalah Emosi & Tingkah Laku
1. Masalah Kecacatan Fizikal

 Cerebral Palsy
 Epilepsy (sawan)
 Muscular dystrophy
 Spina bifida
 Terencat akal
Cerebral Palsy

 kecacatan yang libatkan disfungsi otak dan psikomotor.


 disebabkan kecederaan pada otak sebelum atau semasa
kelahiran, beri kesan pada koordinasi badan dan
pergerakan.
 Tidak bersifat progresif.
 boleh berada pada peringkat sederhana (hanya
bermasalah pada pergerakan.)
 Boleh juga jadi serius contohnya kekejangan otot dan
memungkinkan menghadapi masalah bahasa, pertuturan,
penglihatan dan mungkin juga kerencatan akal.
Muscular Dystrophy

 kelemahan dan kemerosotan sel-sel otot.


 bersifat progresif. Murid akan menjadi semakin
lemah dan akhirnya mungkin akan lumpuh.
 Perlu diberi masa rehat disebabkan keadaannya
yang mudah letih dan lemah.
 Guru juga perlu sedia untuk bantu jika murid mula
kehilangan fungsi psikomotor tertentu.
 Lengkapkan diri dengan pengetahuan penggunaan
kerusi roda, alat pendakap, serta ubat-ubatan.
Spina Bifida

 ketidakupayaan disebabkan kecacatan pada


tulang belakang.
 Kecacatan ini disebabkan perkembangan fetal
yang tidak normal.
 Ada tiga kategori; spina bifida occulta,
meningocele, dan myelomeningocele (paling
serius; boleh lumpuh)
Epilepsy (Sawan)

 melibatkan serangan (seizure) atau pergerakan badan yang


tersentak-sentak dan luar kawalan.
 disebabkan aktiviti neurokimia yang tidak normal.
 pada peringkat yang serius, serangan boleh berlaku
sehingga beberapa minit, mengganggu pernafasan,
melibatkan serangan pada sebahagian besar otak, hilang
kawalan usus besar dan pundi kencing.
 pada tahap yang rendah pula, hanya melibatkan
sebahagian kecil otak, mungkin sukar dikesan, tetapi murid
akan hilang fokus dan tidak memberikan respons kepada
guru. Akhirnya mengganggu interaksi.
Pengurusan Bilik Darjah melibatkan masalah sawan:

 Guru harus tenang dan meyakinkan murid tentang keadaan rakan mereka
(murid yang sawan tersebut).
 Sekiranya sawan pada tahap rendah, guru perlu kerap menyoal dan
mengulang agar murid tersebut boleh ikut perkembangan bilik darjah.
 Ketika serangan, murid tersebut perlu diletakkan di atas lantai dengan kepala
disendengkan ke tepi. Kain/selimut boleh diletakkan bawah kepala murid
 Alih semua objek bagi mengelakkan kecederaan.
 Jangan cuba halang pergerakan murid, tapi cuba untuk longgarkan tali
pinggang, necktie, butang baju untuk mudahkan pernafasan. Jika masih tidak
pulih untuk beberapa ketika, dapatkan bantuan perubatan.
Terencat Akal
 
 KLASIFIKASI TERENCAT AKAL
 Dulu guna skala Intelligent Quotient (IQ) utk tentukan tahap ringan,
sederhana, dan teruk.
 Kini dikategorikan ikut jumlah sokongan yang diperlukan.
 American Association of Mental Deficiency (AAMD) merujuk terencat
akal sebagai batasan dalam fungsi intelek dan kemahiran-kemahiran
penyesuaian seperti komunikasi, penjagaan diri, kehidupan harian,
sosial, kesihatan dan keselamatan, akademik, riadah, dan kerja.
(Eggen & Kauchak, 2004)
CIRI-CIRI KANAK TERENCAT AKAL
 Kadar pembelajaran yang rendah berbanding rakan lain.
 Kemajuan dalam akademik agak terhad. Mungkin tidak dapat
teruskan ke peringkat yang lebih tinggi.
 Sukar faham idea abstrak. Sentiasa perlukan ‘something simple and
concrete’.
 Sukar buat generalisasi.
 Kemahiran berbahasa yang rendah berbanding kawan lain.
 Kelemahan dalam pemindahan pelajaran (sukar aplikasikan).
 Masalah ingatan lemah/singkat.
 tunjuk tingkah laku yang kurang matang.
PENGURUSAN BILIK DARJAH MELIBATKAN
KANAK-KANAK TERENCAT AKAL

 Kadar pembelajaran yang rendah berbanding rakan lain. So, berikan


lebih masa, buka ruang dan peluang yang lebih.
 Sukar faham idea abstrak. Sentiasa perlukan something simple and
concrete. Sukar buat generalisasi. Kemahiran berbahasa yang rendah
berbanding kawan lain. Jadi, arahan perlulah ringkas tapi jelas, dan
perlu dalam urutan kronologikal. Perlu juga guna pendekatan bawa
objek/model instead of just belajar perkataan dan gambar sahaja.
 Kelemahan dalam pemindahan pelajaran (sukar aplikasikan). Masalah
ingatan lemah/singkat. Jadi, kemahiran baharu perlu sentiasa diulang
dan dipraktikkan. Kemahiran itu juga perlu dipecahkan kepada
bahagian-bahagian kecil.
 SEDIAKAN RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU (RPI)
2.Masalah Penglihatan

Pengurusan Bilik Darjah melibatkan masalah penglihatan

 Susunan bilik darjah perlu konsisten dan tidak


berubah.
 Perabot/alatan tidak menghalang laluan atau
diletakkan di tempat yang sesuai.
 Murid dibekalkan dengan bahan bacaan yang ada
kualiti cetakan yang baik (large print/braille)
 Tempat duduk murid hampir dengan papan putih/LCD
 Galakkan murid guna komputer/pita rakaman
3.Masalah Pendengaran

 Ada 2; Separa pekak, dan pekak


 separa pekak boleh berkomunikasi macam biasa dengan bantuan
alat/lihat gerak bibir.
 pekak didefinisikan sebagai kerosakan pendengaran yang menghalang
seseorang daripada memproses maklumat linguistik walaupun dengan
bantuan alat pendengaran.
Ciri-ciri tersebut:

 menghadapkan sebelah telinga ke arah


pengucap.
 kegagalan mengikuti arahan.
 kerap kali minta mengulang percakapan.
 tidak memahami atau kerap timbul salah faham
jika tidak melihat wajah pengucap.
 kelihatan keliru dan kerap mengalihkan perhatian.
 Pertuturan tidak lancar, ada masalah bahasa.
Pengurusan bilik darjah melibatkan murid masalah
pendengaran:
 Tempatkan mereka di hadapan.
 memandang murid ketika beri arahan atau mengajar.
 maklumat pengajaran disokong dengan visual.
 maklumat penting/kata kunci ditulis di papan putih.
 Latih ‘lip reading/sign language’
 galakkan ‘buddy system’ supaya rakan dapat
membantu
 penggunaan teknologi dalam p&p
 Galakkan perkembangan sosial berlaku dalam kelas.
4.MASALAH PEMBELAJARAN
 Antara masalah yang dihadapi ialah; membaca, menulis, mengira,
dan berkomunikasi.
 Membaca: baca "b" sebagai "d", masalah sebut huruf atau bunyikan
huruf
 Menulis: sukar jelaskan idea melalui penulisan, tidak dapat menulis
apa yang disebut/dibaca
 Mengira: keliru dengan simbol matematik
 Komunikasi: respons yang lambat, sering guna bahasa mudah
 Kesemua masalah di atas adalah bukan disebabkan oleh kerencatan
akal tetapi berkaitan dengan masalah neurologi yang berkaitan
dengan resepsi maklumat, memproses, menganalisa, mahupun
menyimpan maklumat.
Disleksia

 Ialah masalah membaca


 suatu keadaan yang menghalang seseorang
memproses perkataan/imej yg dilihat dan
menghantarnya ke otak.
 tidak berkaitan dengan masalah penglihatan atau
masalah kecerdasan.
 contoh; lihat perkataan "ibu" tapi sebut "ubi"
 boleh diatasi dengan kaedah mengajar yang betul
Diskalkulia

 kesukaran melaksanakan matematik.


 Sering silap dalam mengira.
 respons dalam menjawab juga sangat lambat.
Disgrafia

 terdiri daripada dua masalah; kesukaran


menulis secara fizikal, dan tugasan kognitif
seperti merakam teks
 melibatkan kesukaran seperti tulisan yang
lemah, masalah ejaan, tatabahasa.
Pengurusan bilik darjah yang
melibatkan masalah
pembelajaran:

  
 ajar murid cara belajar dan memproses maklumat.
 beri maklum balas secara kerap.
 libatkan mereka secara aktif dalam pembelajaran
 sediakan bimbingan personal (eye to eye/1 to 1)
KONSEP

 Jabatan Pendidikan United State (1993) = Indvidu yang


dapat menunjukkan potensi pada tahap yang tinggi
berbanding rakan sebaya yang lain.
 Davis & Rimm = Gemar bekerja, tekun dalam menghadapi
tugasan yg mencabar, dan sering bosan dengan kerja rutin
CARA MENGENALPASTI
 Sampel hasil tugasan
 Pandangan daripada guru dan pakar
 Prestasi akademik

MASALAH UTAMA
 Masalah penyesuaian
 Masalah kurang sabar
 Masalah sukar bekerjasama
CARA MEMBANTU

 Program ekspres
 Beri peluang murid belajar ikut kadar kendirinya.
 Pisahkan murid daripada rakan sekelas
 Beri peluang murid bekerjasama dengan murid yang lebih tua

 Program Pengayaan
 Aktiviti yang dapat beri kefahaman yang lebih terjadap sesuatu
topik
 Melibatkan pembelajaran kendiri
 Aktiviti yg bersifat penyiasatan. Cth: projek, temuduga tulis
laporan.
.HIPERAKTIF (ADHD)
KONSEP
 Mohd Faldz Hj Ibrahim (2007) perilaku ini ditandai dengan
sikap tidak mahu diam, tidak dapat memberi tumpuan dan
bertindak mengikut kehendak hatinya ataupun impulsif. 
 Hiperaktif merupakan suatu pola perilaku seseorang yang
tidak pernah berdiam diri, sukar untuk dikendalikan, tidak
memberi perhatian dan bertindak mengikut kehendak dirinya
sendiri yang disebut sebagai ADHD (Attention Deficit
Hyperactive Disorders).
KATEGORI
 KESUKARAN MENGEKALKAN PERHATIAN
 Mudah mengalihkan perhatian 
 Kesukaran memberi tumpuan terhadap sesuatu perkara 
 Cepat berasa bosan terhadap sesuatu aktiviti 
 Menghadapi masalah memproses maklumat 
 Kesukaran mengikut arahan 
 Sering lupa, kelihatan lembap, pemalu dan sentiasa berkhayal
 HIPERAKTIF
 Sering meninggalkan tempat duduk 
 Menunjukkan sikap resah 
 Bergerak di sekitar kelas apabila murid-murid lain sedang siapkan tugasan 
 Bergerak, menyentuh dan bermain dengan segala bahan yang kelihatan di bilik darjah 
 Tidak boleh duduk diam 
 Bercakap terlalu banyak
 IMPULSIF
 Sikap tidak sabar 
 Menyampuk semasa orang lain sedang berbual 
 Memberi komen yang tidak sesuai 
 Bertindak tanpa memikirkan kesannya
JENIS-JENIS ADHD

 TIDAK DAPAT BERI PERHATIAN


 Tidak menimbulkan masalah dan bersifat pendiam

 HIPERAKTIF DAN IMPULSIF


 Menunjukkan ciri-ciri hiperaktif dan impulsif tetapi kurang ciri-ciri tidak
memberikan perhatian
 KOMBINASI/ GABUNGAN ADHD
 Melibatkan ketiga-tiga ADHD iaitu masalah memberi perhatian, hiperaktif
dan impulsif
PENGURUSAN BILIK DARJAH MELIBATKAN ADHD

 Memberikan pertimbangan khas semasa memilih tempat


duduk 
 Memastikan murid ini jelas akan peraturan dalam bilik
darjah 
 Mewujudkan rutin dalam bilik darjah 
 Memberikan murid ini arahan, tugasan atau masalah yang
ringkas dan memberitahu kanak-kanak ini akibat sekiranya
tugasan tersebut dilengkapkan 
 Memberi peluang kepada anak murid untuk terlibat dalam
aktiviti bilik darjah
LEWAT PERKEMBANGAN
KONSEP
 Kanak-kanak perkembangan lewat merupakan kanak-kanak yang
dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai
mengalami masalah. Sebagai contohnya masalah proses
pembelajaran, rendah daya pengubahsuaian tingkah laku, kurang
berkesan dalam menjalani kehidupan secara berdikari, dan kurang
menjalankan kewajipan sosial sesuai dengan peringkat umur
mereka. 

 umur kronologi mereka tidak sama dengan umur mental mereka.


Contohnya, kanak-kanak yang berumur 12 tahun mungkin
mempunyai IQ seperti kanak-kanak yang berumur 6 tahun. Walau
bagaimanapun, tahap mental kanak-kanak ini adalah berbeza antara
satu sama lain
CIRI-CIRI
* Ketidakupayaan menggerakkan motor halus dengan baik 
* Imbangan badan yang kurang 
* Lemah menguasai bahasa 
* Masalah interaksi sosial

INTERVENSI
 Penggunaan teknologi 
 Perubatan 
 Fizikal terapi 
 Makanan seimbang 
 Perkhidmatan psikologi
Autistik

KONSEP
 autistik merupakan gangguan perkembangan yang
mempengaruhi beberapa aspek bagaimana anak melihat
dunia dan bagaimana belajar melalui pengalamannya. Anak-
anak dengan gangguan autistik biasanya kurang dapat
merasakan kontak sosial. Mereka cenderung menyendiri dan
menghindari kontak dengan orang. Orang dianggap sebagai
objek (benda) bukan sebagai subjek yang dapat berinteraksi
dan berkomunikasi.
CIRI-CIRI KANAK-KANAK
AUTISTIK

 Mengasingkan diri 
 Enggan bercakap 
 Kemahiran sosial dan komunikasi yang lemah 
 Cenderung melakukan pergerakan badan yang berulang 
 Suka benda yang bergerak 
 Tidak suka perubahan dalam rutin
PENGURUSAN BILIK DARJAH
MELIBATKAN AUTISTIK

 Guru perlu menyediakan murid-murid lain untuk menerima


kehadiran murid autistik 
 Guru perlu menyediakan diri 
 Guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang
berstruktur 
 Persekitaran tempat mesti selamat 
 Menggunakan strategi pengurusan tingkah laku 
 Menyediakan kaedah pengajaran kumpulan kecil @
pengajaran individu bagi kanak-kanak 
 Mendapat bantuan dan nasihat pakar
MASALAH TINGKAH LAKU DAN
EMOSI

KONSEP
 Mohd Nazar (1990) Dalam konteks pendidikan, tingkah laku
bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar
yang boleh menjejaskan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran terutama dalam bilik darjah
CIRI-CIRI

 Estim kendiri yang rendah 


 Hubungan interpersonal yang lemah 
 Masalah sosial negatif 
 Pencapaian akademik yang tidak menggalakkan/lemah 
 Masalah kerisauan
KATEGORI
QUAY & WERRY (1986)

MASALAH KELAKUAN
 SIKAP MENGINGKARI 
 TIDAK SOPAN 
 DESTRUKTIF 
 DISRUPTIF 
 MENGALIHKAN PERHATIAN 
 CEMBURU
KERISAUAN-PENARIKAN DIRI
 KERISAUAN 
 MENARIK DIRI 
 ESTIM DIRI YG RENDAH
KURANG MATANG
 TIDAK RAMAI RAKAN
MASALAH SOSIAL AGRESIF
 PUNCA DR KELUARGA: KASAR DAN AGRESIF 
 SERING BERGADUH 
 MENCURI 
 MEROSAKKAN HARTA BENDA
KESAN/AKIBAT

 Menjejaskan keupayaan interpersonal. 

 menjejaskan keupayaan belajar 

 Sentiasa kelihatan tidak bahagia dan murung 

 Menganggu perkembangan murid atau kehidupan sekitarnya


CARA MENGURUSKAN

 Beri hukuman yang setimpal


 Beri peneguhan positif
 Maklumkan kepada murid tentang peraturan kelas dan ia
perlu sesuai dengan umur murid
 Ajar teknik pengurusan diri
 Beri peluang kepada murid untuk membaiki kesilapan
mereka
 Guru berkerjasama dgn ibubapa dan kaunselor

Anda mungkin juga menyukai