Anda di halaman 1dari 44

ISLAM : CARA HIDUP YANG

SYUMUL

1
Kandungan

 Pengertian Islam, Iman dan Ihsan


 Asas-asas Syariat Islam
 Tujuan (Maqasid) Syariat Islam

2
Islam

• Bahasa: berasal dari kata kerja – salima = suci


dari kecacatan zahir dan batin, damai, selamat,
sejahtera, taat dan menyerah.
• Istilah syarak = mentauhidkan Allah s.w.t, patuh,
tunduk dan jujur hati kepadaNya serta beriman
dengan segala pengajaran yang dibawa oleh
Nabi Muhammad s.a.w. dengan penuh ikhlas
tanpa rasa terpaksa dan ragu.

3
 Pengertian Islam dapat diambil dari hadis
Rasulullah s.a.w:
“Kau mengakui tiada Tuhan selain Allah, Muhammad
adalah hambaNya dan pesuruh Allah, mendirikan
sembahyang, mengeluarkan zakat, puasa bulan
Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah jika kau
berkemampuan”
 Nama Islam adalah nama yang diberi oleh Allah s.w.t:

“…Dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu”
(Surah al-Maidah:3)

4
• Mereka yang memilih agama selain Islam
termasuk orang-orang yang rugi

Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama


Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia
pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.
(Surah Aali ’Imran:85)

• Penghayatan terhadap Islam – melaksanakan


rukun-rukunnya.

5
Definisi Iman

• Berasal dr kata kerja – aamana, yukminu- iimaana =


percaya / membenarkan
• Menurut istilah:
– mengucapkan dengan lidah dan membenarkan dengan
hati dan melaksanakan dengan anggota – (Ali Abi
Talib)
– Iman kepada Allah itu mengakui dengan lisan dan
membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan
anggota – (Aisyah r.a.)
– Iman ialah pengakuan dengan lidah, membenarkan
dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-
rukun – (Imam Al-Ghazali)
• Orang yang beriman = percaya, mengakui dan beramal.
• Orang yang tidak sempurna iman – fasik, munafik, kafir
6
Definisi Ihsan

• Iaitu melakukan sesuatu amalan atau kebaikan


kerana menyedari bahawa Allah Ta’ala sedang
memerhati segala gerak-gerinya dan
mengharapkan balasan baik drpd Allah.
• Hadis Rasullah s.a.w, maksud:
“Ihsan adalah bahawa engkau menyembah Allah
seolah-olah kamu melihatNya, jika kamu tidak
dapat melihatNya, maka sesungguhnya Dia
sedang melihat kamu” (Hadis Jibril)

7
Ihsan

Kepada Allah Kepada makhluk

8
Ihsan kepada Allah
• Merupakan kemuncak pengabdian
• Melaksanakan rukun-rukun Islam dan segala
perintahNya dengan baik dan teliti.
• Firman Allah s.w.t:

Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya


Allah melihat (segala amal perbuatannya dan
membalasnya)?(Surah al-’Alaq; 14)

9
Kepentingan Bersifat Ihsan:
Mendapat pahala dan Tiada kebimbangan dan dukacita

10
Ihsan kepada makhluk

• Berbuat baik sesama manusia – ibubapa, keluarga,


jiran, masyarakat,

11
12
13
(Iman)
Percaya dan yakin dgn
keesaan Allah

Hubungan antara
Iman, Islam dan (Islam)
Ihsan Patuh laksanakan
perintah Allah

(Ihsan)
Ikhlas tanpa harap
ganjaran
14
Asas-asas
Syariat Islam

Aqidah Syariah Akhlak

15
Minggu ke 2:
Islam, Iman dan Ihsan
12/1/2018 (Jumaat)

16
Akidah
Menurut bahasa berasal daripada perkataan
Bahasa Arab `aqada bermaksud ikatan atau
menyimpulkan sesuatu.
Menurut Istilah : bererti kepercayaan,
keyakinan atau keimanan yang mantap dan
tidak mudah terurai oleh pengaruh mana
pun sama ada dari dalam atau dari luar diri
seseorang.
• Contohnya dalam Al-Quran - mengakui
kewujudan Allah S.W.T. dan keesaanNya.
17
Bahagian-Bahagian TAUHID/Akidah

Terbahagi kepada tiga


1. Tauhid Rububiyyah
2. Tauhid Uluhiyyah
3. Tauhid Asma’ Was-Shifat

18
Konsep Tauhid Rububiyyah

Tauhid Rububiyyah bermaksud beri’tiqad


bahawa Allah S.W.T. bersifat Esa,
Pencipta, Pemelihara dan Pemilik
sekalian alam.

19
Tauhid Rububiyyah

20
21
22
Konsep Tauhid Uluhiyyah
Allah sebagai satu-satunya Tuhan untuk
diabdikan diri kepadaNya dengan
beribadah, berdoa, tunduk, merendah diri
hanya kepada-Nya dan tidak menerima
hukum agama dan ketetapan dalam
perkara ghaib kecuali dari Allah.

23
24
25
Konsep Tauhid Asma’ Wa Shifat
Percaya bahawa Allah memiliki segala
nama yang menggambarkan
kesempurnaan dan ketinggian sifat-
sifatNya sepertimana yang terkandung di
dalam Al-Quran dan al-Hadis serta suci
daripada segala sifat-sifat lelurangan
yang mustahil bagiNya.

26
27
SYARI’AH

28
Definisi
Syari’ah ialah segala peraturan
atau hukuman yang telah
ditentukan oleh Allah Ta’ala
melalui Rasulullah s.a.w.
Syari’ah terbahagi kepada dua:
1. Ibadah 2. Mu’amalat

29
Bermaksud taat, tunduk, patuh dan merendah diri kepada Allah.
Firman Allah yang bermaksud :

“Kepada tiap umat Kami utuskan seorang rasul dengan perintah:


beribadahlah kepada-Ku dan tinggalkan taghut” an-Nahl: 36)
3. Muamalat

Kira bicara yang merangkumi tukar-menukar antara barang


atau suatu yang memberi manfaat dengan cara yang ditentukan
seperti jual-beli, sewa-menyewa, upah-mengupah, pinjam-meminjam,
urusan bercucuk tanam, berkongsi dan sebagainya.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

“Allah telah menghalalkan jual beli


dan mengharamkan riba (al-Baqarah: 275)

30
c) Munakahat

Suatu peraturan atau hukum yang


berkaitan dengan hal ehwal perkahwinan
dan kekeluargaan.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :


“Maka bolehlah kamu menikahi
perempuan yang kamu pandang
baik untuk kamu, dua atau tiga atau
empat, jika kiranya kamu takut tidak
dapat berlaku adil di antara mereka
itu, hendaklah kamu kahwini
seorang sahaja”
(an-Nisa: 3)

31
d) Jinayat
Setiap perbuatan atau tindakan yang ditegah
oleh syarak, sama ada mengenai harta atau
jiwa atau tubuh badan atau meninggalkan
sesuatu yang disuruh oleh syarak seperti
meninggalkan kewajipan sembahyang.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

“Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan maka


(hukumannya) potonglah tangan mereka sebagai satu
balasan dengan sebab apa yang mereka telah
usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah
dari Allah. Dan (ingatlah) Allah maha Kuasa, lagi
maha Bijaksana”
(al-Maidah: 38)
32
3. Akhlak
Imam al-Ghazali : akhlak ialah suatu sifat yang
tertanam dan sebati dalam jiwa seseorang
hingga menghasilkan segala perbuatan dengan
mudah (spontan) tanpa perlu pertimbangan
fikiran. Sekiranya akhlak itu baik menurut
pertimbangan al-Quran dan al-Sunnah, maka
baiklah. Sekiranya buruk mengikut al-Quran
dan al-Sunnah, maka buruklah.

33
Skop akhlak :

a) Hubungan manusia dengan Allah.


Akhlak terpuji yang menghubungkan manusia dengan
Allah adalah seperti bertaqwa, ikhlas, sabar dll

b) Hubungan manusia sesama manusia.


Akhlak terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat
seperti bertimbangrasa, berlaku adil, bantu-membantu
jujur, amanah dan sebagainya.

c) Hubungan Manusia dengan Makhluk/Alam.


Hubungan manusia dengan makhluk dan alam
umumnya (haiwan dan tumbuhan seperti tidak
melakukan pencemaran, kerosakan atau kezaliman,
bertimbangrasa dan penyayang, memelihara haiwan
atau tumbuh-tumbuhan daripada kepupusan, dsb
34
MAQASID ASY-SYARI`AH
(TUJUAN-TUJUAN SYARI`AT)

35
• Syari`at didatangkan oleh Allah bertujuan
untuk menjamin kemaslahatan atau
kebaikan kepada manusia dan
menghindarkan kemudharatan.
• Antara tujuannya adalah :
1. Memelihara kesucian dan
kepercayaan beragama

Islam datang untuk membebaskan


manusia daripada khurafat, tahyul,
kemunafikan dan kesyirikan kepada
keimanan dan tauhid.
36
Firman Allah s.w.t :
“Katakanlah wahai Muhammad, Allah itu Satu.
Allah tempat tumpuan. Dia tidak beranak dan
tidak diperanakkan dan tidak ada sesuatu pun
yang menyamai denganNya”
(al-Ikhlas: 1-3)
• Allah juga mensyariatkan dakwah dan jihad
untuk memelihara kesucian akidah. Firman
Allah :
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan
untuk manusia, kamu menyuruh kepada yang
makruf dan mencegah daripada yang mungkar
dan kamu beriman kepada Allah..”
(al-‘Imran: 110)
37
2. Menjamin keselamatan nyawa dan anggota
tubuh badan manusia

Setiap individu wajib menjaga keselamatan


diri sendiri dan dilarang mengancam
keselamatan orang lain. Firman Allah :

“Dan sesiapa yang memelihara kehidupan


seseorang manusia, maka seolah-olah dia telah
memelihara manusia semuanya…”
(al-Maidah: 32)
“Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang
diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak…”
(al-An’am: 151)
38
3. Menjamin kemurnian fikiran dan
kewarasan akal

• Anugerah akal dan kekuatan berfikir


melayakkan manusia memegang status
khalifah di bumi.
• Untuk menjaganya, Islam menggalakkan
manusia menuntut dan menguasai ilmu
serta mengharamkan sebarang bentuk
perlakuan yang boleh menjejaskan fungsi
akal seperti minum arak atau sesuatu yang
memabukkan. Firman Allah swt :

39
“Wahai orang2 yang beriman, sesungguh-
nya arak, berjudi, menyembah berhala
dan bertenung nasib adalah perbuatan
keji daripada perbuatan syaitan, maka
jauhilah perbuatan2 itu mudah2an kamu
peroleh kemenangan”
(al-Maidah: 90)

40
4. Menjamin kehormatan dan maruah diri
• Kemuliaan dan keperibadian seseorang
berkait rapat dengan kehormatan dan maruah
diri. Seluruh perintah Allah (solat, puasa, zakat
dan haji) serta larangan-Nya (zina,
pendedahan aurat dan pergaulan bebas)
bertujuan untuk membentuk ketinggian dan
kemuliaan akhlak serta menghindarkan
manusia daripada terjerumus ke lembah
kehinaan. Firman Allah:
“Dan janganlah kamu mendekati perbuatan zina,
sesungguhnya ia adalah perbuatan keji dan jalan
yang salah”
41
(al-Isra’: 32)
Menjatuhkan maruah orang lain dgn mencemuh,
mengaib dan memanggil dengan gelaran yang
tidak baik juga dilarang. Firman Allah :
“Wahai orang2 yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari
kaum lelaki) mencemuh dan merendah2-kan puak lelaki
yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih
baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak
dari kaum perempuan mencemuh dan merendah2kan puak
perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang
dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah
setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang
lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara
satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk…….”
(Surah al-Hujurat: 11)

42
5. Menjamin usaha pemilikan dan
penguasaan harta
• Harta penting dalam kehidupan manusia.
Syariah Islam telah menggariskan
peraturan, hukum dan undang2 berkaitan
dengannya. Antaranya:

a) Kepentingan mencari kekayaan daripada


nikmat dan anugerah Allah.
“Dan carilah dengan apa yang dikurniakan oleh
Allah kepada engkau untuk kebahagiaan Hari
Akhirat dan janganlah engkau lupa akan
bahagianmu di dunia…”(Surah al-Qasas: 77)
43
b) Diusaha melalui cara dan pendekatan yang
diharuskan seperti jual beli dan lain-lain.
“..Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan
mengharamkan riba..” (Surah al-Baqarah: 275)
c) Dibelanja ke jalan yang diredhai Allah serta
banyakkan sedekah dan berzakat.

“Hendaklah kamu membelanjakan harta


kamu pada jalan Allah dan janganlah kamu
mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan..”
(Surah al-Baqarah: 195)

44

Anda mungkin juga menyukai