Anda di halaman 1dari 32

BAB 1

ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP


YANG SYUMUL
Kandungan
 Pengertian Islam, Iman dan Ihsan
 Asas-asas Syariat Islam
 Tujuan (Maqasid) Syariat Islam
Islam

 Bahasa: berasal dr kata kerja – salima = suci dari


kecacatan zahir dan batin, damai, selamat, sejahtera,
taat dan menyerah.
 Istilah syarak = mentauhidkan Allah s.w.t, patuh, tunduk
dan jujur hati kepadaNya serta beriman dengan segala
pengajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.
dengan penuh ikhlas tanpa rasa terpaksa dan ragu.
 Pengertian Islam dapat diambil dari hadis Rasulullah s.a.w:
“Kau mengakui tiada Tuhan selain Allah, Muhammad adalah
hambaNya dan pesuruh Allah, mendirikan sembahyang,
mengeluarkan zakat, puasa bulan Ramadhan dan mengerjakan
haji ke Baitullah jika kau berkemampuan”

 Nama Islam adalah nama yang diberi oleh Allah s.w.t:

‫لمام دينا‬
َ ‫اِإ‬ِ ‫ييت لَ ُك ُم‬
ُ ‫علَي ُكم نِع َمتي َو ََر‬ ُ ‫لت لَ ُكم دينَ ُكم َوأَت َم‬
َ ‫مت‬ ُ ‫وم أَك َم‬
َ َ‫الي‬
“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku
telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam
itu menjadi ugama untuk kamu.” (al-Maidah: 3)
 Mereka yang memilih agama selain Islam termasuk orang-orang
yang rugi

‫َرين‬ ِ ‫لمام دينا فَلَن يُقبَ َل ِمنهُ َو ُه َو فِي‬


َ ‫اخآِ ََرِِ ِم َن الِ ِل‬ ِ ‫اِإ‬ َ ‫َو َمن يَبت َ ِغ غ‬
ِ ‫َيَر‬
Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak
akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari
orang-orang yang rugi.(ali-Imran: 85)

 Penghayatan terhadap Islam – melaksanakan rukun-rukunnya.


Iman

 Berasal dr kata kerja – amanna, yukminu = percaya / membenarkan


 Menurut istilah:
 Iman itu diucapkan dengan lidah dan kepercayaan yang benar
dengan hati dan perbuatan dengan anggota – Ali Abi Talib
 Iman kepada Allah itu mengakui dengan lisan dan
membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota –
Aisyah r.a
 Iman ialah pengakuan dengan lidah, membenarkan dengan hati
dan mengamalkannya dengan rukun-rukun – Imam Ghazali
 Orang yang beriman = percaya, mengakui dan beramal.
 Orang yang tidak sempurna iman – fasik, munafik, kafir
Ihsan

 Iaitu tindakan seseorang melakukan sesuatu amalan


atau kebaikan kerana menyedari bahawa Allah
sedang memerhatikan gerak-gerinya dan
mengharapkan balasan baik drpd Allah.
 Hadis Rasullah s.a.w, maksud:
“Ihsan adalah bahawa engkau menyembah Allah
seolah-olah kamu melihatNya, jika kamu tidak dapat
melihatNya, maka sesungguhnya Dia sedang melihat
kamu”
Ihsan

Kepada Allah Kepada makhluk


Ihsan kepada Allah
 Merupakan kemuncak pengabdian
 Melaksanakan rukun-rukun Islam dan segala perintahNya dengan baik
dan teiliti.
 Firman Allah s.w.t:

َ َّ ‫أَلَم يَعلَم ِبأ َ َّن‬


‫َّللا يََرى‬
Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat
(segala amal perbuatannya dan membalasnya)?(al-’Alaq: 14)
 Orang yang berbuat ihsan tiada padanya dukacita dan peroleh pahala.
‫علَي ِهم َوال‬
َ ‫َوف‬ ُ َ ‫ّلِل َو ُه َو ُمح ِل ٌن فَلَهُ أ‬
ٌ ِ ‫جَرهُ ِعن َد ََر ِب ِه َوال‬ ِ َّ ِ ُ‫بَلى َمن أَللَ َم َوج َهه‬
َ َ‫ُهم يَحز‬
‫نون‬
(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang
menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang
ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh
pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari
berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka
pula tidak akan berdukacita.(al-Baqarah: 112)
Ihsan kepada makhluk

 Berbuat baik sesama manusia – ibubapa,


keluarga, jiran, masyarakat, haiwan dan
tumbuh-tumbuhan
(Iman)
Percaya dan yakin dgn
keesaan Allah

Hubungan antara Iman, (Islam)


Islam dan Ihsan Patuh laksanakan
perintah Allah

(Ihsan)
Ikhlas tanpa harap
ganjaran
Asas-asas
Syariat Islam

Aqidah Syariah Akhlak


1) Akidah
 Asal dari perkataan Bahasa Arab `aqada -
ikatan atau sangkutan atau menyimpulkan
sesuatu.
 Istilah : bererti kepercayaan, keyakinan atau
keimanan yang mantap dan tidak mudah
terurai oleh pengaruh mana pun sama ada dari
dalam atau dari luar diri seseorang.
 Dalam Al-Quran - mengakui kewujudan Allah
SWT dan keesaanNya.
Terbahagi kepada tiga bahagian:

a) Tauhid Rububiyyah :
Allah s.w.t satu-satunya Pencipta, Pemelihara, Penguasa, dan Pengatur
alam ini. Firman Allah yang bermaksud :

َّ ‫مَ َوالقَ َم ََر لَيَقولُ َّن‬


ُ‫َّللا‬ َّ ‫ل َِّ ََر ال‬
َ َّ َ َ ‫ت َواأل‬
َ ‫َرض َو‬ َّ ‫لأَلت َ ُهم َمن َِلَقَ ال‬
ِ ‫لم وا‬ َ ‫َولَئِن‬
“Jika engkau bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu :
Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan memudahkan
perjalanan matahari dan bulan? Nescaya mereka menjawab,
Allah”.
(al-Ankabut: 61)
b) Tauhid Uluhiyyah :
Allah sebagai satu-satunya Tuhan untuk diabdikan diri
kepadaNya dengan beribadah, berdoa, tunduk,
merendah diri hanya kepada-Nya dan tidak menerima
hukum agama dan ketetapan dalam perkara ghaib
kecuali dari Allah.

Firman Allah yang bermaksud :

َ َ‫ب الع ل‬
‫مين‬ ِ َّ ِ ‫ي َو َمم تي‬
ِ ‫ّلِل ََر‬ َ ‫لكي َو َمحي‬ َ ‫قُل ِإ َّن‬
ُ ُ‫صماتي َون‬
“Katakanlah: solatku, ibadatku, hidupku dan matiku
adalah hanya untuk Tuhan semesta Alam”
(al-An’am: 162)
c) Tauhid Asma’ wa Sifat
Percaya bahawa Allah memiliki segala nama-
nama yang menggambarkan kesempurnaan
dan ketinggian sifat-sifatNya sepertimana yang
terkandung di dalam Al-Quran dan al-Hadis
serta suci daripada segala sifat-sifat mustahil
bagi diriNya.
2) Syari’ah
Iaitu Segala peraturan atau hukuman yang telah
ditentukan oleh Allah s.w.t melalui Rasulullah s.a.w.

Terbahagi kepada :
a) Ibadah
Bermaksud taat, tunduk, patuh dan
merendah diri kepada Allah.
Firman Allah yang bermaksud :

ۖ ‫غوت‬
َ ‫َّللا َواجتَنِبُوا الط‬ ‫َولَقَد بَعَثن في ُك ِل أ ُ َّم ٍة ََر ا‬
ََّ ‫لوال أ َ ِن اعبُدُوا‬

“Kepada tiap umat Kami utuskan seorang rasul dengan


perintah: beribadahlah kepada-Ku dan tinggalkan taghut”
(an-Nahl: 36)
b) Muamalat

Kira bicara yang merangkumi tukar-menukar antara barang atau


suatu yang memberi manfaat dengan cara yang ditentukan seperti
jual-beli, sewa-menyewa, upah-mengupah, pinjam-meminjam,
urusan bercucuk tanam, berkongsi dan sebagainya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

‫الَرب‬ َّ ‫َوأ َ َح َّل‬


ِ ‫َّللاُ البَي َع َو َح ََّر َم‬
“Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba”(al-
Baqarah: 275)
c) Munakahat
Suatu peraturan atau hukum yang berkaitan dengan hal ehwal
perkahwinan dan kekeluargaan.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

‫ع ۖ فَإِن ِِفتُم أَال تَع ِدلوا‬ َ ُ ‫النل ِء َمثنى َوث‬


َ ‫ماث َو َُرب‬ ِ ‫ب لَ ُكم ِم َن‬
َ ‫فَ ن ِكحوا م ط‬
ِ َ‫ف‬
‫واح َدًِا‬
“Maka bolehlah kamu menikahi perempuan yang kamu pandang baik
untuk kamu, dua atau tiga atau empat, jika kiranya kamu takut tidak
dapat berlaku adil di antara mereka itu, hendaklah kamu kahwini
seorang sahaja” (an-Nisa: 3)
D) Jinayat

Setiap perbuatan atau tindakan yang ditegah oleh syarak,


sama ada mengenai harta atau jiwa atau tubuh badan atau
meninggalkan sesuatu yang disuruh oleh syarak seperti
meninggalkan kewajipan sembahyang.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

ُ‫َّللا‬ َ ‫طعوا أَي ِديَ ُهم َجزا اء ِبم َك‬


ِ َّ ‫لب نَك اال ِم َن‬
َّ ‫َّللا ۗ َو‬ َ ‫َوالل َِر ُق َوالل َِرقَةُ فَ ق‬
ٌ ‫ع‬
‫زيز َحكي ٌم‬ َ
“Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan maka
(hukumannya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan
dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai)
suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah maha
Kuasa, lagi maha Bijaksana”
(al-Maidah: 38)
3. Akhlak

Imam al-Ghazali : akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dan sebati
dalam jiwa seseorang hingga menghasilkan segala perbuatan
dengan mudah (spontan) tanpa perlu pertimbangan fikiran.
Sekiranya akhlak itu baik menurut pertimbangan al-Quran dan al-
Sunnah, maka baiklah. Sekiranya buruk mengikut al-Quran dan al-
Sunnah, maka buruklah.
Skop akhlak :

a) Hubungan manusia dengan Allah.


Akhlak terpuji yang menghubungkan manusia dengan Allah
adalah seperti bertaqwa, ikhlas, sabar dll

b) Hubungan manusia sesama manusia.


Akhlak terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat seperti
bertimbangrasa, berlaku adil, bantu-membantu jujur, amanah
dan sebagainya.

c) Hubungan Manusia dengan Makhluk/Alam.


Hubungan manusia dengan makhluk dan alam umumnya
(haiwan dan tumbuhan seperti tidak melakukan pencemaran,
kerosakan atau kezaliman, bertimbangrasa dan penyayang,
memelihara haiwan atau tumbuh-tumbuhan daripada kepupusan,
dsb
Memelihara agama

(Tujuan Syariah)
Maqasid Syariah Memelihara nyawa
/ tubuh Badan

Memelihara akal

Memelihara
kehormatan
Memelihara harta /
pemilikan
• Syari`at didatangkan oleh Allah bertujuan untuk menjamin
kemaslahatan atau kebaikan kepada manusia dan
menghindarkan kemudharatan.
• Antara tujuannya adalah :

1. Memelihara kesucian dan kepercayaan beragama

Islam datang untuk membebaskan manusia daripada


khurafat, tahyul, kemunafikan dan kesyirikan kepada
keimanan dan tauhid.
Firman Allah s.w.t :
‫ص َم ُد َولَم يَ ُكن لَهُ ُكفُ اوا أَ َح ٌد‬ َّ ‫َّللاُ أ َ َح ٌد‬
َّ ‫َّللاُ ال‬ َّ ‫قُل ُه َو‬
“Katakanlah wahai Muhammad, Allah itu Satu. Allah tempat tumpuan.
Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tidak ada sesuatu pun
yang menyamai denganNya”
(al-Ikhlas: 1-3)

• Allah juga mensyariatkan dakwah dan jihad untuk


memelihara kesucian akidah. Firman Allah :

‫ع ِن ال ُمن َك َِر‬ َ ‫عَروف َوتَن َه‬


َ ‫ون‬ ِ ِ ُ ‫َيَر أ ُ َّم ٍة أ‬
َ ‫َِر َجت ِللن َِ تَأ ُم‬
‫َرون بِ ل َم‬ َ ِ ‫نتُم‬
ِ َّ ‫نون ِب‬
‫ّلِل‬ َ ‫ؤم‬ ِ ُ ‫َوت‬
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kamu
menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar
dan kamu beriman kepada Allah.(al-‘Imran: 110)
2. Menjamin keselamatan nyawa dan anggota
tubuh badan manusia

Setiap individu wajib menjaga keselamatan diri sendiri dan


dilarang mengancam keselamatan orang lain. Firman Allah :

َ ‫َرض فَ َكأَنَّم قَتَ َل الن‬


‫َ َجميعا‬ ِ َ ‫َفَ أَو فَل ٍد فِي األ‬
ٍ ‫َيَر ن‬ ‫أَنَّهُ َمن قَت َ َل نَف ا‬
ِ ‫ل بِغ‬
“Dan sesiapa yang memelihara kehidupan seseorang manusia,
maka seolah-olah dia telah memelihara manusia semuanya…”
(al-Maidah: 32)

ًِ ً‫حق‬
َ ‫ل‬ َّ ‫فَ الَّتي َح ََّر َم‬
‫َّللاُ ِإال ِب‬ َ َّ‫َوال تَقتُلُوا الن‬
“Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan oleh
Allah melainkan dengan hak…”(al-An’am: 151)
3. Menjamin kemurnian fikiran dan kewarasan akal

• Anugerah akal dan kekuatan berfikir melayakkan manusia


memegang status khalifah di bumi.
• Untuk menjaganya, Islam menggalakkan manusia menuntut
dan menguasai ilmu serta mengharamkan sebarang bentuk
perlakuan yang boleh menjejaskan fungsi akal seperti minum
arak atau sesuatu yang memabukkan. Firman Allah swt :

ٌ ‫ب َواألَزال ُم َِر‬
‫جَ ِمن‬ ُ ‫َمَر َوال َمي ِل َُر َواأل َنص‬ َ َّ‫ي أَيُّ َه ال‬
ُ ِ‫ذين آ َمنوا ِإنَّ َم ال‬
َ ‫َّيط ِن فَ جتَنِبوهُ لَعَلَّ ُكم تُف ِل‬
‫حون‬ َّ ‫ع َم ِل ال‬َ
“Wahai orang2 yang beriman, sesungguh- nya arak, berjudi,
menyembah berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji
daripada perbuatan syaitan, maka jauhilah perbuatan2 itu
mudah2an kamu peroleh kemenangan” (al-Maidah: 90)
4. Menjamin kehormatan dan maruah diri
• Kemuliaan dan keperibadian seseorang berkait rapat dengan
kehormatan dan maruah diri. Seluruh perintah Allah (solat, puasa,
zakat dan haji) serta larangan-Nya (zina, pendedahan aurat dan
pergaulan bebas) bertujuan untuk membentuk ketinggian dan
kemuliaan akhlak serta menghindarkan manusia daripada
terjerumus ke lembah kehinaan. Firman Allah:

َ ‫َّةا َول َء‬


‫لبي اما‬ َ ‫الزن ۖ ِإنَّهُ ك َن ف ِح‬ َ َ ‫َوال ت‬
ِ ‫قَربُوا‬
“Dan janganlah kamu mendekati perbuatan zina,
sesungguhnya ia adalah perbuatan keji dan jalan yang salah”

(al-Isra’: 32)
Menjatuhkan maruah orang lain dgn mencemuh, mengaib dan memanggil
dengan gelaran yang tidak baik juga dilarang. Firman Allah :

‫على أَن يَكونوا ِ ا‬


‫َيَرا ِمن ُهم َوال‬ َ ‫وم‬ َ َّ‫ي أَيُّ َه ال‬
ٍ َ‫ذين آ َمنوا ال يَلََِر قَو ٌم ِمن ق‬
‫ل ُكم َوال تَن بَزوا‬َ ُ‫َيَرا ِمن ُه َّن ۖ َوال ت َ ِلمزوا أَنف‬
‫على أَن يَ ُك َّن ِ ا‬
َ ٍ‫ِنل ٌء ِمن ِنل ء‬
َ ‫لوق بَع َد اِإيم ِن ۚ َو َمن لَم يَتُب فَأُولئِ َك ُه ُم الظ ِل‬
‫مون‬ ُ ُ‫ئَ ِاالل ُم الف‬ ِ ‫ِب ألَلق‬
َ ‫ب ۖ ِب‬

“Wahai orang2 yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki)
mencemuh dan merendah2-kan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang
dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari
kaum perempuan mencemuh dan merendah2kan puak perempuan yang lain,
(kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan
janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan
janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan
gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang
melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik
(kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak
bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang
zalim.…….”(al-Hujurat: 11)
5. Menjamin usaha pemilikan dan penguasaan harta

• Harta penting dalam kehidupan manusia. Syariah Islam telah


menggariskan peraturan, hukum dan undang2 berkaitan dengannya.
Antaranya:

a) Kepentingan mencari kekayaan daripada nikmat dan anugerah


Allah.

َ‫ب ال ُمف ِلدين‬


ُّ ‫َّللاَ ال يُ ِح‬ ِ َ ‫بغ الفَل َد ِفي األ‬
َّ ‫َرض ۖ ِإ َّن‬ َ َ‫َّللاُ ِإل‬
ِ َ‫يك ۖ َوال ت‬ َ ‫ال ُّدني ۖ َوأَح ِلن َكم أَح‬
َّ َ‫لن‬
"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan
Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan
janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan
bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-
hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu
(dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan
janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi;
sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat
kerosakan ". (al-Qasas: 77)
b) Diusaha melalui cara dan pendekatan yang diharuskan seperti jual
beli dan lain-lain.

‫الَرب‬ َّ ‫َوأ َ َح َّل‬


ِ ‫َّللاُ البَي َع َو َح ََّر َم‬
“..Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba..”
(al-Baqarah: 275)

c) Dibelanja ke jalan yang diredhai Allah serta banyakkan sedekah dan


berzakat.

‫ب‬ َ َّ ‫َّللا َوال تُلقوا بِأَيدي ُكم ِإلَى التَّهلُ َك ِة ۛ َوأَح ِلنوا ۛ ِإ َّن‬
ُّ ‫َّللا يُ ِح‬ َ ‫َوأَن ِفقوا في‬
ِ َّ ‫لبي ِل‬
‫نين‬
َ ‫ال ُمح ِل‬
“Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan)
ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu
ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah
(dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana
sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha
memperbaiki amalannya” (al-Baqarah: 195)

Anda mungkin juga menyukai