Anda di halaman 1dari 22

Islamic Theology

DIB 1143
PENGERTIAN ISLAM

• Bahasa
berasal daripada perkataan arab, iaitu salima yang bermaksud selamat dan sentosa
atau kedamaian, ia juga bermaksud menyerah diri, tunduk, patuh dan taat.
• Syara’
1. Patuh dan menyerah diri kepada Allah dengan penuh kesedaran dan kerelaan
tanpa paksaan.
2. Kepatuhan secara ikhtiari kepada Allah yang dilahirkan secara mengikut syariat
Allah
3. Peraturan dan perundangan yang lengkap bagi mengatur kehidupan manusia
dan akhlak Rasulullah menjadi dasar dan ikutan manusia
4. Islam adalah keseluruhan Ad-Din yang dibawa oleh Rasulullah SAW yang
terkandung di dalamnya perkara-perkara berhubung dengan aqidah, hukum-
hakam dan amalan disertai dengan kepatuhan secara zahir dan batin dengan
penuh keikhlasan
‫َو َم ٓا ُأِم ُر ٓو ۟ا ِإاَّل ِلَي ْع ُبُد و۟ا ٱَهَّلل ُم ْخ ِلِص يَن َلُه ٱلِّد يَن ُح َنَفٓاَء َو ُيِقيُمو۟ا ٱلَّص َلٰو َة َو ُيْؤ ُتو۟ا‬
‫ٱلَّز َكٰو َة ۚ َو َٰذ ِلَك ِد يُن ٱْلَقِّي َم ِة‬
“pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya
menyembah Allah kepadaNya, lagi tetap teguh di atas
tauhid, dan supaya mereka mendirikan solat serta
memberikan zakat. Dan yang demikian itulah agama yang
benar”.
Surah AL-Bayyinah Ayat 5

5. Islam merupakan penghayatan yang sebenar bagi


manusia, merupakan cahaya petunjuk dalam kehidupan,
merupakan ubat yang paling mujarab, memperbaiki
masyarakat dan jalan yang sebenar yang tidak mungkin
sesat kepada sesiapa yang melaluinya
‫َو َك َٰذ ِلَك َأْو َح ْي َن ٓا ِإَلْي َك ُروًح ا ِّمْن َأْم ِر َن اۚ َم ا ُك نَت َت ْد ِر ى َم ا ٱْلِك َٰت ُب َو اَل ٱِإْليَٰم ُن‬
‫َو َٰل ِك ن َج َع ْلَٰن ُه ُنوًر ا َّن ْه ِد ى ِبِه ۦ َم ن َّن َش ٓاُء ِم ْن ِع َب اِد َن اۚ َو ِإَّن َك َلَت ْه ِد ٓى ِإَلٰى ِص َٰر ٍط‬
‫ُّم ْس َت ِقيٍم‬
Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Al
Quran) dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah
mengetahui apakah Al Kitab (Al Quran) dan tidak pula
mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al
Quran itu cahaya, yang Kami tunjuki dengan dia siapa yang
kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan
sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada
jalan yang lurus
Surah Asy-Syura Ayat 52
‫ٓاء َو َر ْح َم ٌة ِّلْلُمْؤ ِمِنيَن‬
ٌ ‫ۙ َو ُنَن ِّز ُل ِم َن ٱْلُقْر َء اِن َم ا ُه َو ِش َف‬
“Dan kami turunkan dengan beransur ansur dari al
quran ayat ayat suci yang menjadi penawar dan
rahmat bagi orang orang yang beriman
kepadanya”.
(Surah Al-Isra’:82)
‫َع ْن َأِبي َع ْب ِد الَّر ْح َم ِن َع ْب ِد ِهللا ْب ِن ُع َمَر ْب ِن اْلَخ َّط اِب َر ِض َي ُهللا َع ْن ُهَم ا َقاَل ‪:‬‬
‫َس ِم ْع ُت َر ُسْو َل ِهللا َص َّلى ُهللا َع َلْي ِه َو َس َّلَم َي ُقْو ُل ‪ُ :‬بِنَي ْاِإلْس َالُم َع َلى َخ ْم ٍس ‪:‬‬
‫َش َه اَد ُة َأْن َال ِإَلَه ِإَّال ُهللا َو َأَّن ُم َح َّمدًا َر ُسْو ُل ِهللا َو ِإَقاُم الَّص َالِة َو ِإْي َت اُء الَّز َك اِة‬
‫َو َح ُّج اْلَب ْي ِت َو َص ْو ُم َر َمَض اَن ‪[ .‬رواه الترمذي ومسلم ]‬

‫َو َم ن َيْبَتِغ َغ ْيَر ٱِإْل ْس َٰل ِم ِد يًنا َفَلن ُيْقَبَل ِم ْنُه َو ُهَو ِفى ٱْل َء اِخ َرِة ِم َن ٱْلَٰخ ِس ِريَن‬
‫‪Surah Ali Imran Ayat 85‬‬
PENGERTIAN IMAN

Bahasa
Diambil daripada kata kerja 'Āamana’ ‫ ءامن‬yang
bermaksud "percaya" atau ‘Yukminu’ ‫ يوءمن‬yang bererti
"percaya" atau "membenarkan".

Syara’
Membenarkan dengan hati dan berikrar
dengan lisan serta beramal dengan ajaran
yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW
⚫ Imam Abu Hanifah : “Menyatakan dengan
lidah, membenarkan dengan akal dan
mengetahui dengan hati”.

⚫ Imam Ghazali : “Membenarkan dalam hati,


berikrar dengan lidah dan melakukan dengan
anggota badan”.
IMAN YANG HAKIKI MERANGKUMI :

• Aqidah atau pegangan yang nyata yang


tidak dicampuri oleh keraguan.
• Mestilah beramal dan melaksanakan perintah Allah
SWT, kerana melaksanakan perintah Allah itu
adalah faedah iman dan kebenaran dalam beriman.
‫إَّن ا ٱْلُم ْؤ ِم ُنوَن ٱَّلِذ يَن َء ا ُنو۟ا ٱِهَّلل َو َر ُسوِلِهۦ ُثَّم َلْم َيْر َتاُبو۟ا‬
‫َم ِب‬ ‫َم‬
Surah Al-Hujurat Ayat 15

• Iman dan amal merupakan 2 perkara yang beriringan dan tidak boleh berpisah
walaupun berbeza dari segi maksud kerana amal itu adalah hasil daripada iman
dan iman pula tidak sempurna tanpa amal
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka
yang apabila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka dan
apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah
iman mereka (karenanya) dan kepada Rabbnyalah mereka
bertawakkal, (QS. 8:2) (yaitu) orang-orang yang mendirikan solat
dan yang menafkahkan sebahagian dari rezaki yang Kami berikan
kepada mereka. (QS. 8:3) Itulah orang-orang yang beriman
dengan sebenar-benarnya. Mereka akan memperoleh beberapa
derajat ketinggian di sisi Rabbnya dan ampunan serta rezeki
(nikmat) yang mulia. (QS. 8:4)” (al-Anfaal: 2-4)
‫ِإَّن ٱَّلِذ يَن َء اَم ُنو۟ا َو َع ِم ُلو۟ا ٱلَّٰص ِلَٰح ِت‬
Surah Al-Kahfi Ayat 107

Iman itu tempatnya adalah di hati


IMAN MENURUT HADIS

Maksudnya:
”Berkata ia (Jibril) “Beritahu kepadaku tentang iman.” Nabi
SAW menerangkan: “(Iman ialah) kamu beriman kepada Allah
SWT, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya
dan hari akhirat, serta kamu beriman kepada takdir (yang
ditentukan oleh Allah SWT) baik dan buruknya.” (Setelah
mendengar penerangan itu) beliau berkata: “Benarlah kata-
kata tuan.”
(Riwayat Muslim)
IMAN BERTAMBAH DAN BERKURANG

⚫ Firman Allah SWT:

‫ِإَّنَم ا ٱْلُم ْؤ ِم ُنوَن ٱَّلِذ يَن ِإَذ ا ُذ ِكَر ٱُهَّلل َوِج َلْت ُقُلوُبُهْم َو ِإَذ ا ُتِلَيْت َع َلْيِهْم َء اَٰي ُت ۥُه‬
‫َز اَد ْتُهْم ِإيَٰم ًنا‬
“Sesungguhnya orang orang beriman itu (yang
sempurna imannya)ialah mereka yang apabila
disebut nama Allah (dan sifat sifatnya)gementarlah
hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka
ayat ayatnya, menjadikan mereka bertambah iman,
Surah Al-Anfal Ayat 2
Keadaan Iman

a. Nabi dan Rasul


Iman bertambah dan tidak berkurang

b. Manusia dan Jin


Iman bertambah dan berkurang

c. Para Malaikat
Iman tidak bertambah dan tidak berkurang
CARA UNTUK MENAMBAH KEIMANAN

• Kepercayaan yang kukuh dengan jalan


mengingati Allah SWT berpandukan ilmu
pengetahuan.
• Melaksanakan amalan hati dengan jalan
mengingati Allah SWT.
• Sentiasa berzikir, berkata benar, berdoa kepada Allah
SWT, amar ma‟ruf nahi mungkar, mempelajari ilmu dan
mengajarkannya.
• Beramalan dengan anggota seperti mendirikan rukun-
rukun Islam.
PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN
IMAN

• Mengingkari sifat rububiyyah atau mencelanya


• Mengingkari atau mencela Asma’ Allah dan sifat-
sifatNya
• Mengingkari atau mencela sifat Uluhiyyah
• Mengingkari atau mencela Rasulullah SAW dan
kerasulannya
PENGERTIAN IHSAN

• Kebaikan atau perbuatan yang baik, hasil gabungan akal, hati, perbuatan dan
percakapan
• Ihsan menurut hadis:
Berkatalah dia (Jibril) “Beritahu kepadaku tentang ihsan.” (Nabi
Muhammad SAW) menerangkan: “(Ihsan ialah) kamu mengerjakan
ibadah kepada Allah SWT seolah-olah kamu melihat-Nya, sekiranya
kamu tidak dapat melihat-Nya (memang kamu tidak dapat melihat-Nya)
sesungguhnya Dia (Allah SWT) melihat kamu ...” (Riwayat Muslim)
PEMBAHAGIAN IHSAN

•Allah
•Melaksanakan ibadah dengan sebaik mungkin kerana menyedari bahawa Allah
sentiasa memerhatikannya sama ada di tempat terbuka atau tersembunyi
•Makhluk
•Berbuat baik sesama manusia
•Berbuat baik kepada haiwan
•Berbuat Baik kepada tumbuhan
• Ihsan dalam Ibadat adalah antara martabat yang paling mulia dan tertinggi. Oleh itu, ibadat perlu dibina atas dua
dasar ini:
1. Cinta kepada Allah s.w.t. iaitu merasa tawaduk dan tunduk di hadapan Allah s.w.t. agar timbul perasan meminta dan
mengharap hanya kepada Allah s.w.t. sahaja
2. Takwa, takut dan merasa kerdil apabila berhadapan dengan kebesaran dan kasih sayang Allah s.w.t.

• Ibadat seperti ini menyebabkan seseorang merasa lebih bertanggungjawab terhadap ibadatnya, dan akan
melaksanakannya dengan penuh ikhlas. Keikhlasan menjadi asas penting dalam menentukan kesempurnaan amalan
dan ibadat seseorang.
• Uniknya ihsan dalam Islam ialah manfaat ihsan itu akan kembali kepada tuannya. Ini dapat dilihat dalam

‫ِإ ْن َأ ْح َسْنُتْم َأ ْح َسْنُتْم ِلَأ ْنُفِسُكْمۖ ِإَو ْن َأ َس ْأ ُتْم َفَلَها‬


firman Allah s.w.t:

ۚ
Jika kamu berbuat kebaikan (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan
ialah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan maka (kesan yang
buruk) berbalik kepada diri kamu juga (Surah Al-Isra’ :7)
• Pendek kata, ihsan sangat penting untuk kesedaran dalaman kerana kebaikan
yang dilakukan itu disebabkan Allah s.w.t. suka kebaikan, bukan untuk tujuan
menunjuk-menunjuk kepada orang lain.
• Ihsan mampu menjana keperibadian yang mulia dalam setiap diri muslim jika
dilaksanakan dengan penuh kejujuran iaitu kesedaran bahawa “Allah Maha Melihat”
CIRI-CIRI KELEBIHAN IHSAN

⚫ Mentaati perintah dan larangan Allah S.W.T. dengan ikhlas

⚫ Sentiasa amanah, jujur dan menepati janji.

⚫ Berasa nikmat dan seronok dengan ibadah

⚫ Mewujudkan keharmonian masyarakat.

⚫ Mendapat ganjaran pahala daripada Allah S.W.T.

Anda mungkin juga menyukai