Anda di halaman 1dari 5

SLIDE 1

Aqidah

Bahasa : Lafaz Aqidah berasal daripada kalimah ( - - )yang bermaksud


ikatan/simpulan atau janji yang kuat. Diumpamakan tali yang ada ikatan atau simpulan
memudahkan tangan berpaut. Menakala bagi haiwan, ia ibarat kandang atau tali yang
mengawal kehidupan haiwan agar hidup dalam keadaan aman. Haiwan yang buas
tidak akan jinak tanpa ikatan dan pasti ia akan membawa masalah kepada hidupan
yang lain. Begitu juga dengan manusia, mereka memerlukan ikatan yang dapat
menjamin keharmonian manusia di duna dan akhirat.
SLIDE 4
Secara ringkas : Orang yang mentauhidkan Allah ialah mereka yang meyakini bahawa Allah
adalah satu-satunya yang mencipta alam dan mempunyai segala sifat-sifat dan nama-nama
yang maha sempurna dan Dia sahaja yang layak disembah. Firman Allah SWT yang
bermaksud:
SLIDE TAUHID RUBUBIYAH
Dia memiliki segala makhluk, menghidup dan mematikan sesuatu, memberi mudharat dan
manfaat kepada sesuatu. Dia berkuasa memberi rezeki, mentadbir sekelian makhluk dan
alam sama ada yang di langit dan di bumi.
Tauhid Rububiyah ini diiktiraf dan diakui oleh semua manusia sama ada seorang Islam atau
seorang kafir, kecuali golongan mulhid (atheis) yang tidak percaya adanya Tuhan. Kerana itu
kalau seeorang itu hanya mengakui dan beriman dengan tauhid rububiyah sahaja tidak
disertakan dengan tauhid yang lain, dia tidak boleh dianggap Islam. Untuk menjadi Islam,
seseorang itu mestilah mengakui juga tauhid uluhiyah dan tauhid asmawa sifat bersama
tauhid rububiyah.
Orang kafir termasuk kafir musyrikin di zaman Rasulullah saw dan sebelumnya seperti Abu
Lahab dan lain-lain pengikut mengaku dengan tauhid ini.

Namun apa yang perlu diperhatikan ialah pengakuan terhadap Rububiyyah Allah sematamata tidaklah dapat menyelamatkan manusia daripada api neraka malahan langsung tidak
dapat menjamin masuknya sesorang itu ke syurga. Sebagai contoh kaum Musyrikin
Makkah, Munafik, orang-orang kristian (nasrani) ataupun yahudi turut mengakui Rububiyyah
Allah. Namun kesemua mereka adalah kafir dan kekal di dalam neraka selamanya.
Malahan golongan kafir yang Rasulullah (saw) perangi, bunuh, rampas harta benda
ghanimah (harta rampasan perang) dan faie (harta yang ditinggalkan oleh musuh dan
didapati dengan tidaknya berlaku pertempuran) ] dan halalkan wanita-wanita (sebagai
tawanan dan hamba) mereka itu juga mengikrarkan Tauhid Al-Rububiyyah dengan mengakui
bahawa Allah lah yang mencipta, memberi rezeki, menghidupkan serta mematikan dan yang
mengurus serta mentadbir seluruh alam ini. Malah mereka juga bertawaf di baitullah dan
memberi sedeqah serta menunaikan nazar.
Dalam perang Badar juga kita menyaksikan bahawa Abu Jahal berdoa kepada Allah agar
memusnahkan tentera Muhammad (saw) dan memberi kemenangan kepada tentera

Musyrikin Makkah (Rujuk Sirah Nabawiyah oleh Ibnu Hisyam atau mana-mana Sirah
Nabawiyah yang lain). Pada ketika itu Abu Jahal begitu bersungguh-sungguh menyangka
bahawa dia berperang pada pihak yang benar. Jadi Abu Jahal juga percaya bahawa yang
memberi manfaat (kejayaan) dan mudharat (kekalahan) ialah Allah tetapi, bukankah Abu
Jahal ditempatkan di neraka.
Oleh itu adakah kita telah menjadi Muslim yang cukup sempurna hanya dengan
mengatakan bahawa Allah yang telah menjadikan diriku, menjadikan matahari, bulan dan
bintang. Sudah tentu tidak. Ini kerana seseorang itu belum benar Islamnya walaupun ia
mengucapkan dua kalimah syahadat, solat, zakat, haji dan puasa sekiranya dia baru
beriman dengan Rububiyyah ALLAH dan tidak mengikutinya dengan Tauhid Uluhiyyah.
Seseorang itu hanya benar islamnya hanyalah selepas ia mengakui dan mengikrarkan
Uluhiyyah Allah. Dan untuk inilah Rasulullah memerangi orang-orang kafir iaitu sehingga
mereka mengakui Uluhiyyah Allah.

SLIDE TAUHID ULUHIYAH


Dia sahaja yang berhak disembah, dikasihi dan ditaati, kepada-Nya tempat bertawakkal,
tempat berserah, tempat menaruh harapan, permohonan dan doa. Allah SWT sahaja yang
mempunyai kekuasaan dan pemerintahan.

Apabila seseorang beriman dengan tauhid uluhiyah, maka secara automatik dia beriman
denga tauhid rububiyah dan tauhid asma wa sifat. Ini kerana tauhid uluhiyah mengandungi
di bawahnya tauhid-tauhid lain dan tidak sebaliknya. Sebab itu seseorang yang hanya
beriman dengan tauhid rububiyah sahaja tidak semestinya dia beriman dengan tauhid
uluhiyah. Ada dari mereka (orang kafir) yang beriman dengan tauhid rububiyah; mereka
menyembah dan memuja patung-patung, berhala-berhala, bulan, bintang dan
seumpamanya tetapi mereka tidak mentaati Allah SWT.
Dalam memahami, mengimani dan menzahirkan tauhid Uluhiyah dalam kehidupan seorang
Muslim, adalah sangat penting bagi seorang Muslim memahami maksud Ilah. Dari sudut
bahasa, Ilah diterjemahkan kepada Tuhan. Walaubagaimanapun, perlu difahami Ilah dalam
pengertiannya yang sebenar bukan semata-mata bermaksud Tuhan sebagaimana yang
difahami oleh penganut agama dan kepercayaan lain.

KONSEP SYAHADAH
Syahadah bererti pengetahuan, penerangan, perkhabaran, dan pernyataan. Sebab itu
seseorang yang bersyahadah dipanggil bersaksi, kerana dia mengkhabarkan atau
memberitahu apa yang diitiqadkan olehnya. Kalimah syahadah mengandungi Iqrar(
), Itiraf )), Itiqad ( ): iaitu pengakuan, pengitirafan, dan kepercayaan.
Pembahagian kalimah syahadah (Nafi dan Isbat):

kalimah ) ) beerti tiada Tuhan merupakan pengakuan keimanan beserta


penafian behawa tiada sesuatu yag layak disembah kecuali Allah
kalimah
( ( beerti melainkan Allah mengandungi penegasan dan
pengecualian atau ithbat dengan menolak Tuhan selain Allah dan menegaskan
keEsaan Allah.

Syahadatain merupakan pintu masuk kepada Islam dan asas terpenting tertegakya Islam.
Islam tidak tertegak jika tidak dilaksanakan rukunnya yang 5 dan segala rukun itu tertegak
jika tidak sempurna Syahadatain bahkan tidak ada Islam sebelum Syahadatain.
Syahadatain adalah jiwa bagi Islam seumpama nyawa sebagai nadi kepada badan. Setiap
anggota badan manusia tidak berperanan sebagai manusia hidup tanpa nyawa. Begitulah
Syahadatain yang meruapakan nyawa bagi setiap bahagian Islam. Amalan atau ibadat
orang Islam yang tidak kerana-Nya ibarat menanam benih yang mati. Olehitu, amalan
kebajikan orang kafir tiada harga di sisi Allah kerana ia dianggap bangkai. Orang Islam
amalannya solah kerana kebajikannya banyak, sekiranya tiada roh Syahadatain adalah tidak
diterima oleh Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW kepada Muaz bin Jabal ketika diutus ke Yaman:
Sesungguhnya engkau akan didatangi dari kalangan Ahli Kitab, maka ajaklah mereka
kepada pengakuan bahawa, Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan aku Rasulullah. Kalau
mereka patuh, beritahu mereka bahawa Allah mewajibkan kepada mereka lima solat pada
setiap hari dan malam. Kalau mereka patuh, beritahu mereka bahawa Allah mewajibkan
zakat harta yang diambil daripada orang-orang yang kaya dan dikembalikan kepada orangorang yang berhajat. Maka kalau mereka patuh, jauhilah daripada menceroboh harta benda
mereka dan takutlah kamu akan doa orang yang terkena zalim. Sesungguhnya tiada hijab
antaranya dengan Allah SWT.

Mengucap Syahadatain merupakan syarat dilakukan hukum dunia berhubung dengan


seseorang Muslim seperti perkahwinan, berimamkan solat, disembahyangkan bila mati dan
juga ditanam di perkuburan Islam selama seseorang itu tidak melakukan perkara-perkara
yang membatalkan iman.
Seseorang yang melafazkan Syahadatain kerana uzur seperti bisu, atau mati setelah
beriman tetapi tidak sempat mengucapkan syahadatain, maka dia adalah tetap mukmin.
Sebaliknya bagi orang yang mampu dan mempunyai masa mengucapkannya tetapi enggan
dan keenggannya itu kerana engkar, maka dia adalah kafir. Soal hatinya bukan urusan kita,
kalau hatinya membenarkan Islam dan segala hukumnya, maka mengikut Qaul Rajeh, dia
beriman di sisi Allah tetapi tidak boleh dilakukan mu'amalah ke atasnya sebagai Muslim
kerana tidak diketahui imannya. Sesungguhnya disebut di atas ialah kepada orang-orang
yang mahu menganut Islam. Orang yang dilahirkan Islam, ia dianggap Muslim selagimana
tidakmelakukan perkara-perkara yang membatalkan iman.

TUNTUTAN SYAHADAH
Apabila seseorang insan telah mengucapkan Syahadatain, maka tertanggunglah ke atasnya
beberapa tanggungjawab sebagai membuktikan ikrar penyaksiannya terhadap ketuhanan
Allah dan kerasulan Muhammad SAW. Ia juga bermaksud seseorang itu telah
mengisytiharkan kesediaannya untuk tunduk kepada tuntutan-tuntutan kesaksian yang
diberikannya. Ketika itulah seseorang itu baru dikatakan benar dalam kesaksiannya.
Golongan ini merupakan orang-orang yang mukmin. Mereka adalah orang-orang yang
beriman kepada Allah dan tunduk serta patuh kepada tuntutan-tuntutan Allah samaada
tuntutan di dalam hubungan dengan Allah atau yang berkaitan dengan dirinya yang mesti
dilaksanakan di bawah telunjuk dan naungan ajaran Allah. Firman Allah SWT :
Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang
percaya kepada Allah dan RasulNYA, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak raguragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah ;
mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). (Surah al-Hujurat : Ayat 15)

i.

RUKUN Iman

Iman bermaksud tasdiq di dalam hati, iqrar dengan lisan dan perbuatan dengan seluruh
anggota badan. Sesungguhnya iman itu bukanlah semata-mata pernyataan seseorang
dengan hanya sahaja bahawa dia seseorang yang beriman (mukmin). Ini adalah kerana
orang-orang munafiq mengatakan bahawa mereka beriman, sedang hati mereka tidak
beriman. Firman Allah SWT:
Dan di antara manusia ada yang mengatakan: Kami beriman kepada Allah dan hari
kemudian, padahal mereka itu sesungguhnya tidak beriman. Mereka hanya menipu Allah
dan orang-orang yang beriman, padahal mereka itu menipu diri sendiri, padahal mereka
tidak sedar. (Al-Baqarah: 8-9)
Di samping pengetahuan, pengertian dan kepercayaan yang kuat, perlu juga ianya sejajar
dengan ketundukan hati, kepatuhan kemahuan dan kerelaan menjalankan perintah dan
putusan dengan kejujuran hati. Firman Allah:
Maka demi Tuhanmu, mereka tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim
terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati
mereka sesuatu yang keberatan terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka
menerima dengan sepenuhnya. (An-Nisaa : 65)
Rasulullah menghuraikan dasar-dasar atau rukun-rukun Iman dalam hadith yang masyhur
apabila Jibril bertanya Baginda tentang pengertian Iman dan Baginda (SAW) bersabda:
Yang dikatakan itu ialah dengan engkau beriman kepada Allah SWT, malaikatmalaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari kiamat dan engkau beriman
bahawa qadar baik dan jahat adalah daripada Allah SWT.
Secara umumnya, unsur-unsur dalam pembentukan Aqidah dapat disimpulkan melalui rukun
Iman: beriman kepada Allah, malaikat, rasul, kitab, Hari Qiamat, qadha & qadar.

Beriman kepada Allah diasaskan kepada tiga perkara; tauhid Rububiyah, tauhid Uluhiyah,
tauhid Asma wa ssifat. Tauhid Rububiyah ialah beriman kepada Allah sahaja yang menjadi
dan menciptakan semua makhluk. Allah sahaja yang menghidup dan mematikan dan
bersifat dengan sifat ketuhanan yang layak bagi Allah. Tauhid Uluhiyah ialah beriman
bahawa Allah sahaja yang layak disembah dan dipuja dengan sebenarnya dan menafikan
penyembahan selain Allah. Tauhid asma wa sifat ialah beriman bahawa Allah mempunyai 99
nama yang baik dan bersifat dengan sifat-sifat yang sempurna.
Beriman kepada Malaikat ialah beriman dengan penuh keyakinan tentang adanya makhluk
yang bernama malaikat yang dijadikan daripada nur. Tidak diketahui bilangannya kecuali
Allah dan yang wajib diketahui hanya sepuluh.
Beriman kepada Rasul ialah beriman dengan sekelian Rasul sebagai utusan Allah untuk
mengajar umat manusia akan hukum-hukum-Nya. Bilangan mereka banyak dan yang wajib
diketahui hanya 25.
Beriman kepada Kitab ialah beriman bahawa Allah telah menurunkan sebanyak 104 buah
kitab-kitab kepada Rasul-rasul-Nya. Diantaranya ialah : at-Taurat kepada Nabi Musa a.s, azZabur kepada Nabi Daud a.s, al-Injil kepada Nabi Isa a.s dan Al-Quran kepada Nabi
Muhammad saw. Al-Quran telah menasakhkan(mansuh) semua kitab-kitab yang terdahulu.
Beriman kepada Hari Qiamat ialah beriman bahawa selepas hidup di dunia ini terdapat
pula hidup yang lain di mana Allah akan menghidupkan semula semua manusia untuk
dihisab dan menerima balasan.
Beriman kepada Qadha & Qadar ialah beriman bahawa segala sesuatu yang berlaku di
alam ini adalah dilakukan oleh Allah dan dengan qadha dan qadar-Nya. Manusia hanya
bertanggungjawab mengenai kerja, usaha dan ikhtiar sahaja.

Anda mungkin juga menyukai