Anda di halaman 1dari 14

ROSLIZAH HALIM

(731107-01-6256)

Pengenalan Dua Kalimah Syahadah Sebagaimana kita maklum bahawa dua kalimah syahadah merupakan asas yang terpenting tertegaknya Islam bagi diri seorang Islam. Tidak tegak Islam atau tidak terdiri Islam jika tidak sempurna syahadatain. Bahkan tidak ada Islam sebelum adanya dua kalimah syahadah. Dengan lain perkataan dua kalimah syahadah merupakan asas utama bagi rukun yang lain dalam Islam. Andainya seseorang tidak mengiktiraf syahadatain maka tidak dianggap sebagai seorang Islam. Lantaran itu kedudukan dua kalimah syahadah merupakan rukun pertama dalam Islam dan asas dalam segala bahagian Islam keseluruhannya. Dua kalimah syahadah juga melambangkan jiwa Islam yang syumul. Andainya nyawa merupakan nadi kepada badan seluruhnya maka kalimat Lailaillah Muhammadur Rasulullah juga merupakan nyawa bagi setiap aspek dan bahagian daripada Islam. Oleh itu setiap amalan pekerjaan dan ibadah orang Islam yang tidak bersandarkan kepadanya adalah diibaratkan seperti menanam benih yang mati. Begitu juga sebarang amalan-amalan kebajikan orang kafir itu tidak ada harganya di sisi Allah dan dianggap seperti bangkai lantaran tidak ada roh syahadatain. Dari itu kemasukan seseorang ke dalam Agama Islam mesti dimulakan dengan satu pengisytiharan syahadah yang memisahkan dirinya dengan zaman lamanya yang membawa ke alam baru. Pengisytiharan ini membawanya dari bukan Islam kepada Islam dari sistem jahiliah kepada sistem Ilahi. Pengistiharan tersebut dinamakan sebagai syahadah. Pengisytiharan ini dilakukan dengan dorongan kepercayaan dan keyakinan terhadap kepalsuan zaman silamnya serta kebenaran zaman Islam. Pengisytiharan ini mesti disertakan dengan keimanan dan keyakinan. Tanpanya pengisytiharan itu tidak mempunyai kekuatan. KeIslaman mereka laksana padi dihisap susunya oleh kerang-kerang dan di makan isinya oleh unggas-unggas. Sebaliknya sekiranya keimanan dan keyakinan yang tidak diisytiharkan merupakan

keimanan dan keyakinan yang telah dinodai oleh ketakutan dan kelemahan menghadapi kenyataan.
1

ROSLIZAH HALIM

(731107-01-6256)

Seterusnya keimanan dan keyakinan itu mesti disusuli dengan keberanian untuk memperjuangkan jika tidak memperjuangkan pegangan mereka masih boleh dipersoalkan. Oleh itu kelihatan di sini pentingnya syahadah dan tuntutan supaya bersyahadah.

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah Makna Syahadah Syahadah ialah perkataan dalam bahasa Arab yang mengandungi pelbagai makna. Antaranya : Memberi makna ilmu, penerangan, pengkhabaran, kenyataan. Oleh itu orang yang bersyahadah dipanggil saksi atau naik saksi kerana ia boleh mengkhabarkan atau memberitahu apa yang diketahui oleh Nya mengenai sesuatu perkara. Selain itu, syahadah juga memberi makna pengakuan, atau pengiktirafan atau kepercayaan.Jadi seseorang yang bersyahadah/bersaksi memang mempercayai dan berkeyakinan akan kebenaran / benarnya sesuatu yang disaksikan. Tegasnya mesti mempercayai dan

berkeyakinan terhadap kebenaran apa yang disyahadahkan. Jika tidak, bermakna syahadah itu dusta atau palsu. Ini disebabkan ketenangan atau kenyataan yang dibuatnya itu tidak menepati keyakinannya.

ROSLIZAH HALIM

(731107-01-6256)

Syahdah ( ,)atau ucapan kepercayaan, adalah pernyataan kepercayaan dalam keesaan Tuhan (Allah) dan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasulnya. Mengucap dua kalimah syahadah merupakan salah satu daripada lima Rukun Islam. Apabila dinyatakan dengan kuat secara ikhlas, seseorang itu secara rasmi dianggap mengisytiharkan diri sebagai penganut baru Islam. 1. Teks bahasa Arab: 2. Transliterasi: L ilha illaLlhu Mu'ammadun RasluLlh. Bermaksud :"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh-Nya Biasanya frasa ' ahadu 'an = "Saya bersaksi bahawa" ditambahkan di awal keduadua Syahadah. Ungkapan dua kalimah syahadah, atau mengucap dua kalimah syahadah merupakan dua susunan perkataan yang nilainya di sisi Allah dan orang-orang yang beriman adalah melebihi daripada nilai dunia dan segala isinya. Diriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa Sekiranya hendak ditimbang nilai dua kalimah syahadah dengan segala isi dunia, nescaya timbangan yang membawa dua kalimah itulah yang terlebih berat. Dua kalimah syahadah adalah dua ungkapan yang mesti diucapkan dengan lidah dan diakui dengan hati yang ikhlas oleh setiap orang yang ingin memeluk agama Islam. Yakni, dua kalimah inilah yang menjadi perantara di antara seorang Muslim dan bukan Muslim. Apabila seseorang yang sebelumnya menganut agama lain kemudian ingin memeluk agama Islam, maka dia perlu mengucap dua kalimah syahadah inilah.
3

ROSLIZAH HALIM

(731107-01-6256)

Dua kalimah syahadah adalah rukun yang pertama daripada lima rukun Islam. Maksud rukun itu sendiri ialah; dasar, tiang, asas dan sendi (Kamus Dewan, ed.4, 2007). Jadi lima rukun Islam itu akan membentuk jati diri seseorang muslim (orang yang beragama Islam) itu sendiri, sama ada ia benar-benar Islam atau sebaliknya. Sekiranya pincang salah satu daripada rukun itu, maka Islam seseorang tidaklah seperti sepatutnya. Dua kalimah syahadah ini merupakan rukunnya yang pertama maka ia perlu dihayati sesungguh-sungguhnya oleh setiap orang Islam. Mafhumnya, tidak sahlah penyaksian seseorang yang tidak menuruti kehendak-kehendaki lafaz dua kalimah syahadah ini. Iaitu yang tidak tunduk dan tidak patuh kepada suruhan Allah, atau mana-mana suruhan Allah. Tidak percaya kepada semua yang disampaikan oleh Rasulullah SAW, atau mana-mana di antara sunnah Rasul itu. Seseorang saksi, ia sanggup menyaksikan setiap apa yang disaksikannya atau yang dipercayainya dengan sepenuh-penuh penyaksian. Tidak ragu-ragu lagi.


Daripada Muaz bin Jabal berkata: sabda Rasulullah SAW Barang siapa yang

kalimah akhirnya adalah La Ilaha Illallah nescaya akan masuk syurga. -Riwayat Abu Daud dan dinilai sahih oleh Al-AlbaniUngkapan dua kalimah syahadah ini sepatutnya dihayati oleh umat Islam pada setiap masa dan ketika. Tidak berlalu sesuatu waktu kecuali diperbaharui ingatan dan penghayatan kepada kedua-dua lafaz ini. Seseorang muslim hendaklah senantiasa membasahi bibirnya dengan ucapan dua kalimah syahadah. Lalu hatinya juga akan turut dibasahi dengan nilai iman, taqwa dan rasa penyerahan serta penghambaan kepada Allah dan ketaatan kepada apa-apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Oleh kerana itulah, sepatutnya seseorang Islam itu sentiasa melafazkan dua kalimah syahadah ini pada setiap masa dan ketika. Ia merupakan tuntutan agama yang mana waktu
4

ROSLIZAH HALIM

(731107-01-6256)

masuknya adalah pada setiap masa. Tidak ada waktu khusus seperti solat, puasa, zakat ataupun haji. Ia adalah ibadah sepanjang masa. Dan ia adalah asas yang utama. Sebab itu, orang yang mati dalam keadaan ingat kepada kedua lafaz utama ini akan diterima di sisi Allah. Sabda Rasulullah SAW (hadis sahih) Barangsiapa yang mati dengan mengucapkan dua kalimah syahadah maka ia layak memasuki syurga Allah atau sebagaimana maksud lafaz daripada Rasulullah SAW. Syahadah Kepada Allah SWT.

Syahadah ini bermaksud mentauhidkan Allah dengan tauhid Rububiyyah, tauhid Uluhiyyah, tauhid al Asma, as Sifah wa al Af`al serta tidak menghadapkan sembahan kepada sesuatu yang lain selain dari Allah SWT. Di dalam kalimah La Ilaha Illallah terdapat dua perkara rukun iaitu nafi (penafian) dan ithbat (penegasan ). Nafi dapat diperhatikan pada kalimah ( La Ilaha ) yang bererti menolak sebarang bentuk pengabdian selain daripada Allah. Penegasannya dapat diperhatikan pada kalimah (Illallah ) yang bererti menegaskan tentang hakikat ketuhanan Tuhan yang maha Esa lagi tunggal ( Allah ).

Syahadah Kepada Rasul SAW.

Syahadah ini bermaksud ikrar dan tasdiq dengan segala syariat yang dibawa oleh Nabi atau Rasulullah SAW dan segala pemberitahuan mengenai perkara ghaib semuanya datang dari Allah serta menerima semua akhlak dan sifat kerasulan seperti siddiq, amanah, tabligh dan fatanah.

Syahadah ini merupakan teras Islam yang kedua. Syahadah ini menuntut manusia mengetahui, membenar dan meyakini bahawa Nabi Muhammad SAW adalah Rasulullah serta membuktikannya dengan perkataan dan perbuatan secara sekaligus.
5

ROSLIZAH HALIM

(731107-01-6256)

Pembuktian dengan perkataan ialah melafazkan kalimah syahadah itu dengan lidah. Manakala pembuktian dengan perbuatan ialah menegakkan tingkah laku dan seluruh tindak tanduk yang bersesuaian dengan ajaran Nabi Muhammad SAW serta menurut jejak langkah baginda.

Tugas Rasulullah SAW adalah untuk memberitahu kepada manusia bahawa Allah SWT adalah penciptanya yang layak disembah dan Dialah yang meletakkan manusia ke jalan yang lurus. Dengan keyakinan ini barulah manusia dapat sampai ke jalan kebahagiaan dan kesempurnaan sebenar.

Manusia sendiri tidak dapat mengetahui perkara-perkara ghaib mengenai Pencipta dan Sirat al-Mustaqim dengan menggunakan kudrat dan akalnya yang lemah dan terhad. Manusia sering kali melakukan kesilapan. Oleh itu pengutusan para rasul menunjukkan kebijaksanaanNya dan merupakan rahmat yang paling besar untuk umat manusia.

Sebagai kesimpulannya, adalah tidak sepatutnya manusia mengingkari rasul Allah . Firman Allah SWT : Maksudnya : Dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang sewajarnya ketika mana mereka berkata : Allah tidak menurunkan sesuatu pun untuk manusia. ( al-Anam : 91) Kepentingan Sunnah Nabi Muhammad SAW di dalam menzahirkan Itiqad tauhid kepada Allah swt Lafaz dua kalimah syahadah ini bukan hanya untuk diucapkan oleh mereka yang baru nak masuk Islam sahaja. Mereka yang dah lama Islam itu tidak perlu mengucapkannya pula. Sebaliknya sebagai umat Islam, kita perlu sentiasa mengucap dua kalimah syahadah dengan niat memperbaharui nilai iman dan Islam (penyerahan diri kita kepada Allah dengan mengikuti segala syariat-syariatnya yang dibawa oleh Rasulullah SAW).
6

ROSLIZAH HALIM

(731107-01-6256)

Apabila Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa Pada akhir zaman, manusia berpagi-pagi dengan Islam kemudian berpetangpetang dalam keadaan kafir. Ataupun mereka berpetang-petang dalam keadaan Islam kemudian berpagi-pagi dengan kekufuran. Maksudnya kadang-kadang manusia muslim itu terdedah dengan kekufuran pada setiap masa. Walaupun zahirnya mereka tidak menyembah selain Allah seperti berhala dan sebagainya, tetapi mereka mungkin mengambil sesuatu ajaran selain syariat Allah sebagai amalan itupun sudah cukup untuk menjadikan berpaling daripada Islam. Sekurang-kurangnya pun mereka melakukan perbuatan syirik (menyekutukan Allah) yang tersembunyi di dalam hati. Seperti merasai kesempurnaan diri, takabur (besar diri), ujub (bangga diri) dan lain-lain sifat hati yang mazmumah maka itu telah menjadikannya melalukan perbuatan yang menyekutukan Allah kerana meletakkan diri mereka pada tempat Allah yang maha sempurna, berkuasa, perkasa dan seumpamanya itu. Apabila perkara ini telah dilakukan, maka mereka perlu segera kembali kepada Allah dengan mengucap dua kalimah syahadah semula. Mereka perlu kembali beriman dan berpegang teguh dengan ajaran Allah bahkan memperjuangkannya. Semuanya itu perlu dimulai dengan penyerahan diri melalui ungkapan dua kalimah syahadah itulah. Kerana segala amalan umat manusia tidak ada nilai di sisi Allah melainkan mereka terlebih dahulu menyatakan iman dan penyerahan diri kepadaNya. Sepatutnya apabila bangun sahaja dari tidur, kita mengucap dua kalimah syahadah. Memulakan ibadah seperti solat, puasa dan sebagainya itu dengan ucapan dua kalimah syahadah. Memulakan kerja mencari rezeki dengan kalimah dua syahadah. Apabila pulang dari kerja kita mengucap dua kalimah syahadah, takut-takut semasa kerja tadi kita melakukan atau memperkatakan sesuatu mengeluarkan kita daripada landasan patuh kepada Islam yang membatalkan iman. Sebagaimana Rasulullah Saw memberi wasiat kepada kita
7

ROSLIZAH HALIM

(731107-01-6256)

.
-Riwayat MuslimMakna hadith ini kepada kita umpama Rasulullah Saw berpesan bahawa : Mengakulah Allah sebagai Tuhan, berubudiyyahlah kepadanya kemudian istiqomalah kamu menjadi hambaNya.Iaitu bukan sekejap ubudiyyah, sekejap tidak.Dalam sesetengah perkara kita ubudiyyah, setengah yang lain tidak pulak.


(Mereka itu ialah): Orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas- batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian). (Surah Taubah, Ayat 112)

Pembahagian Syahadah 1. Syahadah Tauhid Iaitu penyaksian bahasa Allah sahaja Tuhan yang sebenarnya berhak disembah, tiada Tuhan melainkan Allah. 2. Syahadah Risalah Iaitu penyaksian bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah yang terakhir.

ROSLIZAH HALIM

(731107-01-6256)

Syahadah Tauhid itu mengandungi dua bahagian iaitu Tauhid Rububiyah dan TauhidUluhiyah. Tauhid Rububiyah ialah menyaksikan atau mengiktirafkan bahawa Allah sahajalah Tuhan yang Maha Pencipta, Pemilik yang Mutlak, Pemeliharaan, Penguasa dan Penentu terhadap seluruh makhluknya. Tauhid Ciptaan. Sebab itu Tauhid Rububiyah dapat diertikan dengan

Maksudnya Allahlah pencipta yang menghidupkan dan mematikan, yang semua makhluk. Ditangannyalah terletak

melaksanakan perintah dan hukum kepada

pemerintahan dan Dialah yang berkuasa atau sesuatu. Allah mengurus dan mentadbirkan alam buana menurut kehendaknya. Dialah yang mengatur segala maslahat untuk kebaikan

makhluknya. Dialah yang berkuasa memberi manfaat dan mendatangkan mudharat. Seterusnya berkuasa penuh untuk menghidupkan atau mematikan. Manakala Tauhid Uluhiyah ialah menyaksikan atau mengiktikadkan bahawa Allah sahaja Tuhan yang berhak disembah, mengabdikan atau memperhambakan diri kepadanya semata-mata. Tegasnya bahawa hanya kepada Tuhan yang satu itulah kita menyembah, memuja, meminta tolong, beribadat dan berzikir. Hanya Tuhan yang satu itulah yang kita sanjung, kita puji dan Tuhan yang satu itulah kita meminta kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat nanti. Jadi kita tidak boleh bermohon, meminta kepada selain daripada Allah seperti kubur, berhala, syaitan seterusnya kepada manusia, ulamak tertentu, wali-wali, malaikat dan sebagainya. Hubungan antara syahadah Rububiyah dengan syahadah Uluhiyah sangatlah rapat dan tidak boleh dipisahkan. Syahadah Ruhubiyah menjadikan kita percaya wujudnya Allah sebagai

Tuhan yang maha Esa. Pencipta, Pemilihara, Pengawasan dan Penentu. Pengakuan syahadah ini mestilah melahirkan kesan yang sentiasa ada hubungannya dan kaitannya dengan Allah iaitu dengan cara beribadat, menghambakan dan mengabdikan diri kepada Allah semata-mata.

Pengabdian itu sebagai hasil atau buah syahadah Rububiyah, mempercayai wujudnya Tuhan yang Maha Esa. Tauhid Rububiyah tidak bernilai apa-apa kalau tidak disertai dengan Tauhid Uluhiyah. Pengakuan bahawa alam ini diciptakan seluruhnya oleh satu Tuhan tidak mempunyai nilai apabila tidak diiringi dengan ibadah serta ketaatan terhadap Tuhan yang satu kerana

ROSLIZAH HALIM

(731107-01-6256)

kesanggupan kita mentauhidkan Allah Taala dari segi Rububiyah mestilah dengan segala pengertiannya yang bersedia mengabdikan diri kepadanya. Oleh itu nyatalah bahawa Tauhid Rububiyah dipunyai oleh semua manusia sama ada yang mukmin atau yang kafir bahkan dipunyai oleh binatang-binatang yang tidak berakal, alam benda atau alam batu, gunung-ganang, tumbuh-tumbuhan yang segala macam jenis cakerawala di dunia dan di alam akhirat. Sedangkan Tauhid Uluhiyah dipunyai hanya oleh beberapa orang manusia iaitu orang-orang yang beriman kepadanya. Di samping mereka mengaku adanya Tuhan yang menciptakan segala yang ada, mereka juga menundukkan kepadanya menyembah kepada Allah, beribadat

menyembah Allah, berzikir membesarkan Allah, memuji Allah dan mensucikan Allah dan menjalankan perintah Allah dengan perantaraan Nabi dan Kitab-kitab Suci dan dengan perantaraan agamanya serta agama Islam. Kepentingan Sunnah Nabi Muhammad SAW di dalam menzahirkan Itiqad tauhid kepada Allah swt Lafaz dua kalimah syahadah ini bukan hanya untuk diucapkan oleh mereka yang baru nak masuk Islam sahaja. Mereka yang dah lama Islam itu tidak perlu mengucapkannya pula. Sebaliknya sebagai umat Islam, kita perlu sentiasa mengucap dua kalimah syahadah dengan niat memperbaharui nilai iman dan Islam (penyerahan diri kita kepada Allah dengan mengikuti segala syariat-syariatnya yang dibawa oleh Rasulullah SAW). Apabila Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa Pada akhir zaman, manusia berpagi-pagi dengan Islam kemudian berpetangpetang dalam keadaan kafir. Ataupun mereka berpetang-petang dalam keadaan Islam kemudian berpagi-pagi dengan kekufuran. Maksudnya kadang-kadang manusia muslim itu terdedah dengan kekufuran pada setiap masa. Walaupun zahirnya mereka tidak menyembah selain Allah seperti berhala dan sebagainya,

10

ROSLIZAH HALIM

(731107-01-6256)

tetapi mereka mungkin mengambil sesuatu ajaran selain syariat Allah sebagai amalan itupun sudah cukup untuk menjadikan berpaling daripada Islam. Apabila perkara ini telah dilakukan, maka mereka perlu segera kembali kepada Allah dengan mengucap dua kalimah syahadah semula. Mereka perlu kembali beriman dan berpegang teguh dengan ajaran Allah bahkan memperjuangkannya. Semuanya itu perlu dimulai dengan penyerahan diri melalui ungkapan dua kalimah syahadah itulah. Kerana segala amalan umat manusia tidak ada nilai di sisi Allah melainkan mereka terlebih dahulu menyatakan iman dan penyerahan diri kepadaNya. Sepatutnya apabila bangun sahaja dari tidur, kita mengucap dua kalimah syahadah. Memulakan ibadah seperti solat, puasa dan sebagainya itu dengan ucapan dua kalimah syahadah. Memulakan kerja mencari rezeki dengan kalimah dua syahadah. Apabila pulang dari kerja kita mengucap dua kalimah syahadah, takut-takut semasa kerja tadi kita melakukan atau memperkatakan sesuatu mengeluarkan kita daripada landasan patuh kepada Islam yang membatalkan iman. Sebagaimana Rasulullah Saw memberi wasiat kepada kita

.
-Riwayat MuslimMakna hadith ini kepada kita umpama Rasulullah Saw berpesan bahawa : Mengakulah Allah sebagai Tuhan, berubudiyyahlah kepadanya kemudian istiqomalah kamu menjadi hambaNya.Iaitu bukan sekejap ubudiyyah, sekejap tidak.Dalam sesetengah perkara kita ubudiyyah, setengah yang lain tidak pulak.


11

ROSLIZAH HALIM

(731107-01-6256)

(Mereka itu ialah): Orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas- batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian). (Surah Taubah, Ayat 112)
Pengajaran dua kalimah syahadah:

1. Semua umat Islam sangat maklum kedududukan Dua Kalimah Syahadah. Sebagai rukun Islam pertama dalam senarai rukun-rukun Islam yang lima memberi isyarat betapa tinggi nilai Dua Kalimah Syahadah dalam Islam. Seseorang belum dianggap muslim / muslimat jika enggan mengucapkannya.

2. Syahadah pertama : ( : ) Aku bersaksi tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, disebut sebagai Syahadah Tauhid ; dan Syahadah kedua : ( ( : Aku bersaksi sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh Allah, disebut sebagai Syahadah Risalah. Jika seseorang hanya mengucap Syahadah Pertama, tetapi enggan mengucap Syahadah Kedua, maka dia belum layak dikatakan muslim atau muslimat. Sebab Ahli Kitab, sama ada Yahudi atau Nasrani juga percaya bahawa Allah tuhan mereka, tetapi mereka tetap kafir kerana enggan mengakui kerasulan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul yang terakhir.

3. ( : )Aku berikrar atau aku berjanji ; Di antara janji kita anak cucu Adam kepada Allah ialah tidak akan mematuhi syaitan sebab dia adalah musuh kita yang nyata. Malahan sejak alam roh lagi setiap insan telah berikrar bahawa Allah adalah Tuhan mereka.

12

ROSLIZAH HALIM

(731107-01-6256)

4. (

: )Aku beritiqad atau aku berkeyakinan ; Perkataan Itiqad sama dengan

perkataan aqidah iaitu simpulan yang kukuh dan kuat. Jika simpulan tali tidak mudah dibuka atau dilerai, maka demikianlah jika sesuatu itu sudah menjadi Itiqad atau aqidah seseorang maka ia tidak mudah goyang.

5. ( : )Aku menyatakan dalam bentuk sikap. Setelah membuat pengakuan, janji, yakin, mengetahui siapa Allah dan Rasul-Nya lalu diikuti pula dengan tingkah laku dan perlakuan seharian yang menunjukkan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Suruhansuruhan-Nya akan dilaksanakan dan larangan-larangan-Nya pula akan dihindari.

13

ROSLIZAH HALIM

(731107-01-6256)

Penutup. Kesimpulannya yang dapat saya peroleh daripada tugasan ini saya dapat memahami pengertian syahadah dan kepentingannya kepada manusia. Saya juga dapat menghayati isi kandungan syahadah dan pembahagiannya. Saya dapat membezakan di antara tauhid Rububiyah dengan Tauhid Uluhiyah serta hubungan antara kedua-duanya. Selain itu, saya dapat memahami makna syahadah Rasul dan menghayati apa yang terkandung di dalamnya. Saya juga berharap saya boleh melaksanakan dan menghayati tuntutan dan hak-hak syahadah dengan ikhlas dan jujur serta dapat menjaga keimanan supaya terhindar dari perkara yang merosakkan aqidah. Semoga saya dapat mempertingkatkan kefahaman dan amalan kita yang berkaitan dengan dua kalimah syahadah ini sama ada secara langsung (lafaznya) atau tidak langsung (pengajarannya yang berbentuk penyerahan diri sepenuhnya kepada ajaran agama Allah). Lazimilah ucapan dua kalimah syahadah ini pada setiap masa dan ketika walau di manapun kita berada selagi hayat dikandung badan. Semoga kembalinya kita kepada Allah nanti adalah dalam keadaan menyerah diri kepadaNya secara keseluruhan dan sempurna. Diharapkan agar kertas kerja ini dapat memberi manfaat kepada semua.

3042 patah perkataan

14

Anda mungkin juga menyukai