Anda di halaman 1dari 5

Mengucap Dua Kalimah Syahadah: Penjelasan Lengkap

dua kalimah syahadah

DEFINISI KALIMAH SYAHADAH

Syahadah ( ‫ ) َش َه اَد ٌة‬merupakan pecahan dari akar perkataan syahida ( ‫) َش ِه َد‬


– yasyhadu ( ‫ – ) َيْش َه ُد‬syahaadatan ( ‫ ) َش َه اَد ًة‬yang membawa maksud
kesaksian.

Menurut huraian definisi beberapa kamus arab mengatakan syahadah adalah


kesaksian seseorang yang hadir dalam suatu peristiwa dengan memberitahu,
menceritakan atau mengakui apa yang diketahuinya melalui pancainderanya
sama ada melihat, mendengar, merasa atau menyentuh akan suatu perkara.

Kesaksian adalah salah satu aspek penting dalam proses penghakiman ke


atas suatu masalah yang sedang dalam proses perbicaraan. Ia sama penting
dengan kewujudan bahan bukti yang berfungsi menguatkan lagi
penghakiman ke atas perkara tersebut. Dengan adanya dua perkara ini, ia
akan memudahkan hakim untuk memutuskan status tentang suatu masalah
yang diajukan kepadanya.

Di dalam Islam, syahadah merupakan pintu gerbang suci bagi seorang


manusia untuk menjadi pemeluk agama Islam yang setia. Kalimah tersebut
berbunyi:

‫َأ‬ ‫َأ‬
‫ْش َه ُد ْن اَل ِإَلَه ِإاَّل ُهللا‬

Maksudnya: “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan


Allah”

‫َوَأْش َه ُد َأَّن ُمَحَّم ًد ا َرُس ْو ُل ِهللا‬

Maksudnya: “Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah”

KEISTIMEWAAN KALIMAH SYAHADAH

Saidina Umar Al-Khattab R.A. menceritakan bahawa pada suatu hari ketika
mana beliau sedang duduk bersama-sama para sahabat dan baginda Nabi
Muhammad SAW, tiba-tiba muncul seorang lelaki berjalan menuju Rasulullah
SAW. Lelaki tersebut berpakaian putih bersih, berambut hitam menawan dan
tiada sedikit pun tanda orang yang sedang bermusafir oleh kerana tiada
seorang sahabat pun yang mengenalinya.

Kemudian lelaki itu duduk di hadapan Baginda SAW sambil menyandarkan


kedua lututnya kepada kedua lutut baginda dan meletakkan kedua tangannya
di atas kedua peha Rasulullah SAW, lalu ia berkata:

. ‫َيا ُم َح َّمُد َأْخ ِبْر ِني َع ْن اِإْل ْس اَل ِم‬


“Wahai Muhammad, ceritakan kepadaku tentang Islam.”

‫ َوُتِق يَم‬، ‫َفَقاَل َرُس وُل الَّلِه اِإْل ْس اَل ُم َأْن َتْش َهَد َأْن اَل إَلَه إاَّل الَّلُه َوَأَّن ُمَحَّم ًد ا َرُس وُل الَّلِه‬
‫ َوَتُح َّج اْلَبْيَت إْن اْس َتَطْع ت إَلْي ِه َس ِبياًل‬، ‫ َوَتُص وَم َرَم َضاَن‬،‫ َوُتْؤِتَي الَّزَكاَة‬،‫الَّصاَل َة‬

Baginda SAW pun menjawab: “Kamu hendaklah bersaksi bahawa tiada Tuhan
yang disembah melainkan Allah dan Muhammad SAW adalah utusan Allah,
kemudian kamu hendaklah mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di
bulan Ramadhan dan menunaikan haji di Baitullah jika kamu mampu.”

Setelah lelaki itu selesai menanyakan beberapa soalan kepada Baginda SAW
berkaitan Islam, Iman dan Ihsan, baginda bertanya kepada Saidina Umar
R.A.: “Tahukah kamu siapakah lelaki yang bertanya tadi?” Saidina Umar
menjawab bahawa Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Kemudian baginda
mengatakan bahawa lelaki tadi adalah Jibril A.S., dia datang di tengah para
sahabat untuk mengajarkan mereka tentang tiga perkara tersebut.

Dari sini kita dapat lihat bagaimana keistimewaan syahadah itu sendiri
sehingga Malaikat Jibril A.S. sendiri yang datang kepada Nabi Muhammad
SAW di tengah para sahabat dan mengajarkannya.

Dan kelima-lima perkara yang diajarkan itu tadi merupakan rukun islam.

TANGGUNGJAWAB

Di sebalik kalimah syahadah yang terdiri daripada dua lafaz pengakuan yang
selalu diucapkan oleh lisan manusia, ia mengandungi makna yang besar
ketika proses penyebutan lafaz tersebut. Dua perkataan tersebut merupakan
JANJI dan SUMPAH SETIA yang hanya dilakukan bagi orang yang betul-betul
mengetahui dan yakin dengan apa yang ia lafazkan.

Dapat diibaratkan seperti seorang perajurit tentera yang melafazkan sumpah


taat setianya kepada sesebuah angkatan tentera. Lafaz yang diambil oleh
komandan dan panglima dari perajurit tersebut menandakan bahawa perajurit
itu telah mengetahui, memahami dan bersedia melakukan apa sahaja arahan
daripada komandan. Sehingga mereka bersedia mengorbankan harta, jiwa,
tenaga, masa atau apa sahaja yang dimilikinya untuk memenuhi panggilan
komandan.

Begitulah juga dengan kalimah syahadah, ia bukanlah sekadar kata-kata biasa


seperti yang terdapat di dalam perbualan kita sehari-hari. Dengan lafaz ini, ia
menjadi syarat awal penerimaan setiap perbuatan yang dilakukan manusia
dan diredhai oleh Allah SWT. Dengan melafazkannya, ia bermaksud
seseorang itu telah mengetahui, meyakini dan bersedia menerima amanah
serta mengorbankan apa sahaja yang dimilikinya demi menegakkan syariat
Islam.
Manusia akan mengetahui destinasi akhir mereka setelah melalui perjalanan
yang panjang di atas dunia yang fana’ sama ada syurga ataupun sebaliknya.
Seperti hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan di dalam Sunan At-
Tirmidzi yang berbunyi:

‫ َس ِم ْع ُت َرُس وَل الَّلِه َصَّلى الَّلُه َع َلْي ِه َوَس َّلَم‬:‫ َأَّنُه َق ال‬،‫ – َع ْن ُع َباَد َة ْبِن الَّصاِمِت‬2638
»‫ َح َّرَم الَّلُه َع َلْي ِه الَّن اَر‬، ‫ «َمْن َش ِه َد َأْن اَل ِإَلَه ِإاَّل الَّلُه َوَأَّن ُمَحَّم ًد ا َرُس وُل الَّلِه‬: ‫َيُق وُل‬

Maksudnya: Dari Ubadah bin Shomit R.A. berkata: “Aku mendengar


Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang bersaksi bahawa tiada Tuhan
selain Allah dan Nabi Muhammad SAW utusan Allah, maka Allah
mengharamkan ke atasnya api neraka.” (HR. Tirmidzi)

Berdasarkan riwayat di atas, jelas menyatakan bahawa salah satu kelebihan


bagi orang yang melafazkan kalimah syahadah ialah Allah SWT memberikan
pelepasan ke atas mereka daripada jilatan api neraka dari satu sisi. Dari sisi
yang lain, mereka mesti berjuang melakukan amal perbuatan dengan
mematuhi syariat agar memperoleh redha Ilahi.

Ini bermakna seseorang yang mengucapkan kalimah syahadah perlu sentiasa


bersedia berjuang memahami setiap inci di muka bumi ini adalah di bawah
pengawasan Allah SWT, sentiasa berusaha menegakkan kalimah Allah,
memahamkan umat manusia bahawa setiap aspek perbuatan manusia itu
tertakluk kepada syariat yang dibawa oleh Baginda SAW berdasarkan wahyu
daripada Allah Azza Wajalla.

SYARAT PENERIMAAN KALIMAH SYAHADAH

Untuk menjadikan usaha kita memahami dan melaksanakan syahadah tidak


sia-sia, ada beberapa perkara yang perlu dipastikan wujud di dalam diri kita
bagi melayakkan kesaksian, janji dan sumpah setia kita sebagai hamba-Nya
diterima oleh-Nya.

1. Ilmu

Ketika kita mengucapkan dua kalimah syahadah, kita mesti memiliki ilmu
pengetahuan tentangnya. Dengan melafazkan kalimah tersebut, wajib bagi
kita memahami maksudnya dan bersedia menerima kesan serta akibatnya.
Orang yang jahil (tidak mengetahui) tentang kalimah itu tidak mungkin dapat
mengamalkannya.

Oleh kerana itu, kita wajib mempelajari makna Laa Ilaaha Illa Allah seperti
perintah di dalam Surah Muhammad ayat 19:

Maksudnya: “Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu


(wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak
disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap
yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman – lelaki
dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri
kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat).” (Muhammad:19)

2. Keyakinan

Apabila lisan melafazkan kalimah syahadah, hati kita mestilah yakin dengan
ucapan tersebut sebagai sesuatu yang kita Imani dengan sepenuh hati tanpa
keraguan. Dengan keyakinan, ia akan membawa kita kepada sikap istiqamah
dan memenuhi semua tuntutan-tuntutannya.

Sebaliknya, jika tidak yakin atau meragui dengannya, maka sifat kemunafikan
akan mula muncul di dalam diri kita secara perlahan-lahan.

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman


hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian
mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang
dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-
orang yang benar (pengakuan imannya).” (Al-Hujurat: 15)

3. Pelaksanaan

Pelaksanaan tuntutan kalimah syahadah hanya dapat dilaksanakan di dalam


perbuatan bagi orang yang memahami maknanya. Setiap muslim yang
melafazkan syahadah sepatutnya sentiasa bersedia melaksanakan ajaran
Islam sepenuhnya. Dialah yang akan bertindak sebagai penentu agar hukum
dan undang-undang Allah SWT dilaksanakan di dalam diri, keluarga atau
masyarakat.

Maksudnya: “Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan


segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang
beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan
kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata,
kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”. (At-
Taubah: 105)

PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH

Seperti mana sebuah perjanjian, ia akan terbatal jika sesebuah pihak


melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Begitu juga dengan janji dan
sumpah setia syahadah ini, ia bukanlah syariat Islam yang boleh ditebang
pilih untuk dilaksanakan sesuka hati mengikut kepentingan diri, tetapi ia
mempunyai garis panduan untuk memastikan pemeluknya tetap berada di
atas jalan kebenaran.
Tidak menyekutukan Allah
Terdapat beberapa perkara yang perlu dijaga sebagai seorang yang melafaz
janji dan sumpah setia syahadah, antaranya ialah tidak menyekutukan
(mensyirikkan) Allah sama ada di dalam aspek zat, sifat, perbuatan apalagi
ibadah.

Menyekutukan Allah secara zat adalah meyakini bahawa sifat-sifat makhluk


sama dengan sifat-sifat Allah SWT. Keyakinan ini diyakini dan dianuti serta
menjadi pegangan kumpulan mujassimah.

Menyekutukan-Nya secara perbuatan pula adalah meyakini bahawa makhluk


yang mengatur alam semesta dan rezeki yang diperoleh oleh manusia.
Adapun syirik ibadah adalah menyembah selain Allah SWT,
mengagungkannya serta mencintainya sama seperti mengagungkan Allah
SWT.

Syirik

Syirik dalam apa jua bentuk sekalipun telah dan akan ditolak selamanya oleh
ajaran Islam agar kebersihan hati penganutnya dapat dijaga daripada
terpesong mengikuti ajaran-ajaran yang aneh tersebut.

Rujukan:

Almaany
Hadis Arba’in An-Nawawi Kedua – Dakwah dan Tarbiah
Sunan At-Tirmidzi
Sahih Ibnu Hibban

Anda mungkin juga menyukai