Anda di halaman 1dari 96

RUKUN ISLAM: 1. Mengucap Dua Kalimah Syahadah 2. Solat Lima Waktu 3. Berpuasa di Bulan Ramadhan 4. Menunaikan Zakat 5.

Haji di Baitullah

RUKUN ISLAM
HAFIZAH BINTI YAHYA NUR ZHAFIRAH BINTI WAHAB ANIS AMIRAH BINTI FAUZI
NUR

ISLAM maknanya menyerah diri, tunduk, patuh yakin sepenuhnya segala syariat ALLAH SWT yang telah diwahyukan melalui Rasulullah saw.

Ketaatan pula meliputi segala aspek akidah, akhlak dan syariat.


Agama Islam adalah agama wahyu yang menjadi pelengkap kepada agama sebelumnya.Hanya islam sahaja agama yang diterima oleh ALLAH SWT.

Surah Al Imran:19 ALLAH SWT berfirman..

Maksudnya: Sesungguhnya agama yang diredhai disisi ALLAH SWT hanyalah Islam.

~KEISTIMEWAAN ISLAM~
Memperbaiki kepercayaan &memperkuatkan keyakinan@akidah kpd zat Allah Yang Maha Esa Menghapuskan kepercayaan kpd yg lain selain Allah SWT Mengatur cara beribadat kpd Allah
Mengatur cara-cara perhubungan dgn manusia Mengatur hukum2 /jenayah @ yg berhubung dgn kebendaan yg sesuai dgn manusia Mengatur hukum keadilan kekeluargaan&keturunan Mempertinggikn akhlak manusia

: : (( : )).

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn alKhatthab ) beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: lslam itu terbina atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.

1. MENGUCAP 2 KALIMAH SYAHADAH


Kalimah syahadah ialah ungkapan yang menjelaskan kebenaran keEsa-an Allah sebagai tuhan, dan Nabi Muhammad adalah sebagai Rasul Allah (pesuruh Allah). Lafaz yang ditafsirkan didalam bahasa melayunya berbunyi; "Aku bersaksi tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah, Dan Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah **Ayat inilah ungkapan yang disebut oleh oleh orang Islam
dan juga pemeluk yang baru. Walaubagaimanapun keutamaan sebutan ayat ini adalah dalam bahasa Al-Quran (Arab).

Lafaz syahadah itu maksudnya juga ialah ( ( (pengetahuan), )(( pemberitahuan), (perkhabaran) dan (penjelasan). Oleh kerana itu disebut al-shahid (orang yang bersaksi) itu sebagai shahid (saksi) kerana dia telah mengkhabarkan maklumat yang diketahuinya. Penjelasan dan perkhabaran itu boleh disampaikan melalui ucapan atau perbuatan. Antara bentuk syahadah dengan bentuk ialah sebagaimana yang dinyatakn oleh firman Allah:
Terjemahan: tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedangkan mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mreka sendiri. (Surah alTaubah 9:17)

Ini merupakan syahadah daripada diri mereka sendiri melalui perbuatan yang dilakukannya. Sekiranya dia bersaksi dengan sesuatu yang tidak diyakininya, maka syahadah tersebut adalah dusta, kerana pemberitahuanya itu tidak menepati keyakinan pegangannya

. Firman Allah swt :

Terjemahan: Apabila orang-orang munafiq datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul Allah. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau adalah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.

SYARAT SAH DUA KALIMAH SYAHADAH

Bagi seseorang yang belum Islam mengucapkannya beserta kepercayaan di dalam hati, maka terpelihara diri, harta dan nyawa seperti orang Islam. Syarat bagi sahnya syahadah adalah: Tertib lafaz syahadah seperti yang dinyatakan. Melafazkan kedua-dua kalimah syahadah dengan berturut-turut (tanpa diselangi perbuatan lain) Mamahami makna kedua-duanya mengikut bahasa yang difahami. Mentaati perintah Allah dengan cara diamalkan Nabi Muhammad saw. Menggunakan perkataan "asyhadu" ()pada keduanya. Tidak syak atau ragu-ragu akan kedua-duanya. MenunaikanHak Syahadah'

Setelah seseorang mengucapkan syahadah maka wajib baginya menunaikan Hak Kalimah Syahadah. Hak kalimah adalah amar maaruf nahi munkar iaitu untuk disampaikan kepada mereka yang belum mengucapkan kalimah(orang belum Islam) dengan mengajak mereka mengucapkan kalimah syahadah iaitu Tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad(SAW) itu pesuruh Allah dan sesama orang Islam dingatkan tentang maksud Kalimah dan diajak taat segala perintah Allah bermula dengan Dakwah dan Solat. Rukun Pertama Islam yang diamalkan oleh Nabi Muhammad(saw) dan para sahabat di Mekah sebelum datang perintah atau Rukun Islam kedua iaitu Solat.

SETIAP INSAN YANG LAHIR, UNTUK KEPADA ISLAM KAFFAH/KESELURUHAN, WAJIB BERSYAHADAH TIDAK KIRA DIA LAHIR DALAM KELUARGA YANG MEMANG BAPANYA DAN IBUNYA ISLAM ATAU BUKAN ISLAM. UNTUK DIRINYA SENDIRI DAN APABILA IA MENERIMA JANJI IA PULA MENJADI SAKSI PADA YANG LAIN.
a. AL-BAQARAH:208 "Wahai orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata". b. AL-MARYAM:87 "Mereka tidak berhak mendapat syafaat, kecuali orang orang yang telah mengadakan perjanjian disisi Tuhan". c. AL-BAQARAH:132 "Dan Ibrahim mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Yaakub,"wahai anak-anakku! sesungguhnya Allah telah memilih agama ini untukmu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Muslim". d. AL-BAQARAH:254 "Wahai orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jualbeli padanya, tidak ada teman, serta tidak ada pertolongan syafaat. Dan orang kafir, mereka itulah orang yang zalim".(lihat pada surah Maryam:87 diatas(b)

e. AL-FATH:10 "Bahawasanya orang orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setis kepada Allah.Tangan Allah diatas tangan mereka,maka barangsiapa yang melanggar janjinya itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa yang menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar". f. AL-MAIDAH:11 "Adapun orang orang yang kafir dan mendustakan ayat ayat kami,mereka itulah penghuni neraka".

MEREKA YANG TELAH MENUNAIKAN SYARIAT INI(BAI'ATH), MAKA TERLAKSANALAH IA SEBAGAI ISLAM KESELURUHAN,DAN LAKUKANLAH RUKUN RUKUN YANG LAINNYA SEPERTIMANA YANG TELAH DIPERINTAHKAN SEBAGAI ISLAM, DAN JADILAH PEMELUK AGAMA ISLAM KESELURUHAN/KAFFAH. JANGANLAH MENGATAKAN SYARIAT(BAI'ATH)INI HANYA DILAKUKAN OLEH ORANG ORANG DAHULU SAHAJA, ITU SUDAH MENDUSTAKAN AYAT2 ALLAH YANG DIATAS DAN LAIN LAIN LAGI

BENDERA
Beberapa bendera kebangsaan mempamerkan Syahadah: Bendera Arab Saudi, di satu latar hijau. Somaliland, sebuah negara yang tidak diktiraf oleh dunia. Afghanistan, dari 1990 hinggalah kini berlatarkan merah.

2. SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM


Dengan sembahyang, kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah kepadaNya. Mulai dari lidah membaca, tangan bergerak, mata, telinga, dan fikiran terpusat dengan mengikut susunan rukun sembahyang yang diajarkan oleh Nabi Muhamad s. a. w.

Lima waktu solat tersebut adalah solat Zhuhur, Asar, Maghrib, Isya dan Subuh.

Inilah solat lima waktu yang wajib dilakukan oleh seorang muslim. Mari kita lihat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata:
Solat lima waktu diwajibkan pada Nabi s.a.w pada malam Isra Miraj sebanyak 50 waktu, kemudian berkurang sampai menjadi 5 waktu kemudian beliau diseru, Wahai Muhammad sesungguhnya perkataan-Ku tidak akan berubah dan pahala 5 waktu ini sama dengan pahala 50 waktu bagimu. (Muttafaqun alaihi)

Allah subhanahu wa taala juga berfirman,

Dirikanlah solat dari sesudah matahari


tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat subuh. Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan (oleh malaikat). (QS. Al Isra: 78)

SYARAT SAH SOLAT

Suci dan bersih badannya dari hadas besar dan kecil Ertinya seseorang itu telahpun berwuduk dan mandi hadas. Sabda Rasulullah s.a.w.

"Allah tidak menerima solat seseorang dari kamu, apabila dia berhadas sehingga dia berwuduk" (H.R. Bukhari,Muslim).

Suci dan bersih pakaian serta tempat solat dari najis Orang yang mendirikan solat wajib suci pakaian dan tempat solatnya dari najis, kecuali najis yang dimaafkan seperti darah yang sedikit, kotoran yang melekat pada kaki dan sebagainya. Dalam kaedah feqah disebutkan bahawa "kesukaran itu dapat menarik keringanan", oleh itu najis yang dimaafkan itu tidak membatalkan solat. Menutup aurat Adapun menutup aurat bagi wanita ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua tapak tangan. Manakala aurat lelaki ialah diantara pusat hingga lutut. Batas ini paling penting dan wajib ditutup dalam solat. Firman Allah s.w.t.

"Wahai manusia, pakailah perhiasan mu ketika hendak solat di masjid" (Al-A'raf:31).

Menghadap Kiblat Ketika mendirikan solat, kita diwajibkan menghadap kiblat iaitu Kaabah berdasarkan firman Allah s.w.t.

"Maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (Kaabah)" (Al-Baqarah:144).

Yakin bahawa waktu solat telah masuk Dengan yakin telah masuk waktu solat fardu yang hendak dilaksanakan.

(nota: sekiranya sesudah tamat solat, lalu disedari perkara yang tersebut di atas terjadi - misalnya didapati ada najis di sejadah - maka perlulah diulangi solat itu kerana ia tidak menepati syarat sah solat)

PERKARA-PERKARA MEMBATALKAN SOLAT


Keluar/kedatangan hadas besar atau kecil. 2. Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit yang memberi faham, atau ketawa. 3. Makan/minum dengan sengaja membatalkan solat. 4. Melakukan pergerakan di luar rukun solat tiga kali berturutturut(mutawaliyat). 5. Berniat keluar dari solat (mufaraqah). 6. Terkena najis yang tidak dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat solat. 7. Beralih arah dari kiblat dengan sengaja (berpaling dada). 8. Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja tetapi tidak segera ditutup. 9. Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain. 10. Meninggalkan rukun solat. 11. Murtad
1.

Qalbi

Rukun Solat
Qauli Fili

Rukun solat ada 13 perkara iaitu:


Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li] Niat.[Qalbi] Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). [Qauli] Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli] Rukuk dengan tama'ninah (tama'ninah: tenang dan tertib, tidak terburu-buru,berhenti sebentar).[Fi'li] Iktidal dengan tama'ninah. [Fi'li] Sujud dua kali, dengan tama'ninah. [Fi'li] Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. [Fi'li] Tasyahhud Akhir dengan membaca bacaan Tasyahhud. [Qauli] Duduk dalam Tasyahhud akhir. [Fi'li] Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli] Mengucapkan salam yang pertama. [Qauli] Tertib [Qalbi]

Pada mazhab Maliki dan Hanafi, baca fatihah rukun bagi solat perseorangan sahaja. Tidak rukun bila solat berjemaah, bila imam baca makmum dengar sahaja berdasarkan Al-Quran; "Dan apabila AlQuran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulatbulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat." (AlA'raaf/7:204)

PERKARA-PERKARA SUNAT
Sunat Haiah )( Sunat Abadh)(

Membaca tahiyat awal. Selawat kepada nabi dalam tahiyat awal Duduk tahiyat awal Doa qunut waktu subuh dan pada Solat Sunat Witir. Selawat di dalam qunut Berdiri semasa qunut Membaca selawat ke atas keluarga Nabi pada Tahiyat akhir.

PERKARA-PERKARA MAKRUH SEMASA SOLAT


Berpaling ke kiri atau ke kanan (kecuali ketika Salam). Memandang ke atas (mendongak). Berdiri menggunakan sebelah kaki sahaja. Berludah ke hadapan atau ke belah kanan. Berlebih-lebihan membongkok dan menundukkan kepala ketika rukuk. Bercekak pinggang. Menyinsingkan kain atau baju. Bersembahyang ketika hadir makanan (makanan dihidangkan). Bersembahyang ketika berasa hendak qadha' hajat (membuang

PERSEDIAAN SEBELUM SOLAT

~Berpakaian sopan dan menutup aurat. ~Berwuduk. ~Duduk di atas tapak solat yang bersih(seperti diatas tikar sejadah)sambil berzikir, bertahmid, bertakbir, berselawat dan memuji Allah.(sekiranya ada waktu yang terluang). ~Berdiri(bagi mereka yang mampu)dan membaca niat waktu solat. ~Iqamat dan membaca ayat Kursi(2:255), Surah AlIkhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-Nas (bagi menghalangi syaitan dan jin dari mengganggu solat). ~Mengangkat takbiratul ihram dan memulakan solat.

PERKARA-PERKARA DIBUAT SELEPAS SOLAT


Selepas memberi salam,digalakkan untuk duduk berzikir, bertahmid, bertakbir, berselawat dan memuji Allah.(sekiranya ada waktu yang terluang). Membaca Al-Quran. Berdoa kepada Allah dengan sebaik mungkin serta mengharapkan keampunan dan rahmat dariNya.

3. BERPUASA PADA BULAN RAMADHAN


iaitu, dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan keinginan kita kepada Allah. Dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhi segala laranganNya, secara tidak langsung akn melahirkan rasa keinsafan di dalam keperibadian kita serta meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s. w. t.

Berpuasa selama satu bulan penuh pada bulan Ramadhan dengan menahan makan, minum dan berhubungan suami isteri serta pembatal lain dari mulai terbit fajar sampai tenggelamnya matahari. Allah subhanahu wa taala berfirman,

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.. (QS. Al Baqarah: 183

Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah, Barang siapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kerana beriman dengan kewajipannya dan mengharap pahala dari Allah maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. (Muttafaqun Alaihi)

Dalam hadis lain, Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda,

Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu yang disebut dengan pintu Ar Rayyan. Hanya orang-orang yang sering berpuasa yang akan memasuki pintu tersebut. Mereka dipanggil, Mana orang-orang yang berpuasa? kemudian mereka masuk ke dalamnya dan orang-orang selain mereka tidak bisa masuk. Jika mereka sudah masuk, maka tertutup pintu tersebut dan tidak ada lagi yang masuk selain mereka. (Muttafaqun alaihi)

WAKTU BERNIAT

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada manamana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

PUASA WAJIB
Puasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Syariat puasa Ramadhan difardhukan kepada umat Muhammad s.a.w. pada tahun ke-2 Hijrah. Makanya, wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam. Puasa Kifarah. Puasa qadha Puasa Nazar.

PUASA SUNAT

Puasa enam hari pada bulan Syawal Puasa pada Hari Arafah pada 9 Zulhijjah, namun menurut Ahli Sunah Waljamaah (Sunni), berpuasa pada 9 Zulhijjah adalah haram bagi orang yang menunaikan ibadah Haji. Berpuasa pada 9 Zulhijjah juga adalah dilarang dalam Mazhab Syiah. Puasa pada Hari Asyura pada 10 Muharam Puasa pada Hari Isnin dan Khamis Puasa pada 13, 14, 15 haribulan pada setiap bulan Islam Hijrah. Pada tarikh-tarikh tersebut bulan akan berada dalam keadaan amat jelas kelihatan serta purnama penuh.

PUASA HARAM

Puasa pada Hari Syak pada hari 30 Syaaban Puasa pada Hari Raya Aidil Fitri pada 1 Syawal Puasa pada Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah Puasa pada Hari Tashriq pada 11, 12, 13 Zulhijjah Puasa perempuan haid & Nifas Puasa pada Hari Arafah yakni pada 9 Zulhijjah, larangan berpuasa menurut Mazhab Syiah, tetapi berpuasa pada hari tersebut adalah sunat bagi Muslim yang mengikuti Mazhab Ahli Sunah Waljamaah, namun menurut pandangan Ahli Sunah Waljamaah juga, haram berpuasa pada hari tersebut bagi orang yang menunaikan Haji di Arafah. Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa Puasa untuk orang lain dan yang ghaib serta tidak diniatkan kepada Allah SWT

RUKUN PUASA

Berniat pada malam harinya

Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa dari tebit fajar hingga terbenam matahari

SUNAT PUASA

Makan sahur serta melambat kannya

Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis atau air

Menjamu orangorang berbuka puasa

Memperb anyakkan ibadah dan berbuat kebaikan.

PERKARA MEMBATALKAN PUASA

Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun,seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi. Muntah dengan sengaja Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja Keluar darah haid atau nifas Gila (hilang akal) Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari. Merokok disiang hari.(Termasuk menghisap ganja atau dadah) Murtad (keluar dari Islam) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya.Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara kedalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga(dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).

MEREKA YANG DIIZINKAN BERBUKA


Terdapat kelonggaran (harus) kepada golongan yang berikut untuk berbuka: Orang yang sakit . Orang yang berkerja buruh. Orang yang dalam musafir (perjalanan). Orang tua yang sudah lemah. Orang yang hamil dan ibu yang menyusukan anak.

DOA BUKA PUASA


Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan.

TINGKATAN PUASA
Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam bukunya Ihya al-'Ulumuddin telah membahagikan puasa itu kepada 3 tingkatan:

Puasanya orang awam (shaum al-'umum): menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum. Puasanya orang khusus (shaum al-khusus): turut berpuasa dari panca indera dan seluruh badan dari segala bentuk dosa. Puasanya orang istimewa, super khusus (shaum alkhawasi al-khawas): turut berpuasa 'hati nurani', iaitu tidak memikirkan sangat soal keduniaan

Pembahagian di atas memberikan umat Islam ruang untuk berfikir dan menelaah tingkat manakah mereka berada.

KERUGIAN MENINGGALKAN PUASA RAMADHAN


Pahala puasa Ramadhan amat besar. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja, bukan saja telah melakukan satu dosa besar, bahkan dia mengalami satu kerugian yang amat besar, satu hari puasa yang ditinggalkan tersebut tidak boleh ditebus dengan apa jua cara, tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidupnya. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wasallam: Maksudnya: Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup. (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasai, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

4. MENGELUARKAN ZAKAT iaitu,


dengan zakat, kita mengabdikan diri kepada Tuhan dengan menyerahkan sebahagian harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya mengikut agama. Bagi golongan yang sudah mampu menyara diri diwajibkan membayar Zakat. Ada 2 jenis zakat iaitu : 1.zakat Fitrah 2. zakat Harta, Perniagaan dan beberapa lagi.

Zakat ialah lebihan harta yang ada pada setiap individu yang terlibat. Zakat ini mesti dibayar kerana ia akan digunakan untuk kerja kebajikan seperti memberi bantuan kepada fakir miskin dan golongan yang memerlukan.

Allah subhanahu wa taala berfirman,

Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya


menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat. dan yang demikian itulah agama yang lurus. (QS. Al Bayyinah: 5)

Allah subhanahu wa taala juga berfirman ketika mengancam orang-orang yang tidak mahu membayar zakatnya,

Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil


dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari kurnia-Nya menyangka, bahwa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah-lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS. Ali Imran: 180)

Rasulullah shalallahu alaihi wa sallam bersabda dalam sebuah hadis dari Abu Hurairoh dari Nabi shalallahu alaihi wa sallam beliau bersabda,: Barang siapa yang diberikan harta oleh Allah namun dia tidak menunaikan zakatnya pada hari kiamat dia akan menghadapi ular jantan yang botak kepalanya karena banyak bisanya dan memiliki dua taring yang akan mengalunginya pada hari kiamat. Kemudian ular tersebut menggigit dua mulutnya dan berkata, aku adalah harta simpananmu, aku adalah hartamu.

Kemudian Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam membaca ayat:


Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan

harta yang Allah berikan kepada mereka dari karunia-Nya menyangka, bahwa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah-lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS. Ali Imran: 180)

SYARAT WAJIB ZAKAT


Mana-mana individu yang ingin membayar zakat harus di ambil kira syarat wajib zakat. Ia perlu difahami dan dipenuhi sebelum membuat sebarang taksiran. Syaratsyarat tersebut adalah:

Islam Merdeka Sempurna milik Harta usaha yang baik sebagai sumber zakat Cukup nisab (jumlah perolehan untuk berzakat genap atau melepasi nilai minimum) Cukup haul (genap setahun Hijriah atau tahun Masihi) Niat untuk berniaga (zakat perniagaan sahaja)

Pengertian Islam: Zakat hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja. Pengertian merdeka: Seseorang yang ingin membayar zakat itu ialah bukan tergolong dalam kalangan hamba abdi bermaksud mereka yang benar-benar bebas dari era penjajahan secara terang dan jelas, dimana wilayahnya tidak berada dalam kancah penindasan dan peperangan akibat penjajahan. Maka golongan ini diwajibkan membayar zakat. Sempurna milik: Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.

Harta usaha yang baik sebagai sumber zakat: Para Fuqaha merangkumi semua pendapatan dan penggajian sebagai Mal Mustafad iaitu perolehan baru yang termasuk dalam taksiran sumber harta yang dikenakan zakat. Cukup nisab: Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas atau 196 gram perak. Cukup haul: Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Dalam zakat pendapatan, jangkamasa setahun merupakan jangkamasa mempersatukan hasilhasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatan. Niat untuk berniaga: Khusus buat para peniaga yang telah memperoleh pulangan dan pendapatan hasil perniagaan dan menepati semua syarat wajib diatas wajib membayar Zakat perniagaan.

JENIS ZAKAT
Zakat Fitrah: Pembayaran zakat fitrah dibayar pada bulan Ramadhan sahaja mulai 1 Ramadhan hingga 1 Syawal sebelum solat sunat Aidilfitri.

Zakat Harta: Manakala zakat harta boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta. Ia bermaksud segala harta benda kita, 2.5% dari harta kita itu adalah bukan hak kita tetapi hak golongan 8 asnaf yang layak menerima zakat daripada kita. Di Indonesia, zakat harta dikenali sebagai zakat maal.

Zakat harta wajib dikeluarkan kerana ia adalah satu jalan jihad kepada Allah dan Islam. Dari surah At-Taubah, ayat ke-88, (9:88):

(Mereka tetap tinggal) tetapi Rasulullah dan orang-orang yang beriman bersamanya, berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kebaikan dan mereka itulah juga yang berjaya.

Manakala dari surah An-Nisaa', ayat ke-95, (4:95):

Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur)

ZAKAT HARTA DI MALAYSIA


Berikut adalah jenis zakat yang ada di Malaysia: Zakat pendapatan Zakat wang simpanan Zakat KWSP Zakat saham / pelaburan Zakat emas dan perak Zakat perniagaan Zakat binatang ternakan Zakat hasil pertanian Zakat hasil laut Zakat rikaz dan ma'din

Rikaz bermaksud harta yang ditemui, ini merupakan sesuatu harta yang tidak dinampak, disorok, ditanam, disimpan dan dipendam oleh seseorang insan sebelumnya. Harta yang dinyatakan tidak nampak seperti ditanam didalam tanah, gua atau sesuatu perbuatan yang menyembunyikan. Harta ini termasuk emas, perak, tembaga dan pundipundi bernilai. Ma'din merupakan harta hasil bumi yang bernilai seperti emas dan perak. Hasil bumi ini boleh dinyatakan seperti petroleum, batu permata, dan lain-lain jenis yang berhubungan dengan bumi dan nilainya amat berharga seperti emas dan perak.

GOLONGAN LAYAK MENERIMA ZAKAT


Zakat ini mesti dibayar kerana ia akan digunakan untuk kerja kebajikan seperti memberi bantuan kepada 8 golongan asnaf yang berhak untuk menerima wang zakat. 8 golongan adalah:

Fakir - Orang yang tidak berharta serta tidak mempunyai pekerjaan sama sekali, atau orang yang mempunyai harta dan pekerjaan tetapi tidak dapat menampung keperluan hariannya. Contoh, keperluannya sehari ialah RM 10.00 tetapi dia hanya ada RM 2.00 sahaja. Miskin - Orang yang mempunyai harta tetapi tidak mencukupi keperluan hariannya. Contoh, keperluan hariannya RM 10.00, tetapi dia hanya ada RM 7.00

Muallaf - Saudara baru memeluk Islam Riqab - Hamba yang menebus dirinya secara ansuran. Al-Gharimin - Orang yang menanggung hutang dan tidak mampu untuk menyelesaikanya Fisabilillah - Orang yang berjuang di jalan Allah. Ibnus sabil - Musafir yang terputus bekalannya semasa di perantauan

Selain dari golongan 8 asnaf ini, mereka TIDAK LAYAK untuk menerima wang zakat.

HIKMAT ZAKAT

Mengurangkan jurang antara mereka yang berada dengan mereka yang miskin. Membantu mereka yang berjuang dan berdakwah dalam meninggikan kalimah Allah SWT. Membersihkan dan mengikis akhlak yang buruk Alat pembersih harta dan penjagaan dari ketamakan orang jahat. Ungkapan rasa syukur atas nikmat yang Allah SWT berikan Untuk pengembangan upaya umat Memberi kekuatan moral kepada orang yang baru masuk Islam Menambah pendapatan negara untuk projek-projek yang berguna bagi ummat.

5. MENGERJAKAN HAJI DI BAITULLAH


Rukun Islam yang kelima yaitu menunaikan haji ke Baitullah jika mampu sekali seumur hidup. Allah subhanahu wa taala berfirman, Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. (QS. Ali Imran: 97)

Dalam hadis lain yang diriwayatkan dari Abu Hurairah beliau berkata bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam pernah berkhutbah: Wahai manusia, Allah telah mewajibkan pada kalian ibadah haji, maka berhajilah. Kemudian ada seorang laki-laki yang berkata, Apakah pada setiap tahun wahai Rasulullah? kemudian beliau terdiam sampai-sampai lakilaki itu bertanya sebanyak tiga kali.

Kemudian beliau bersabda, Seandainya aku katakan Iya, niscaya akan wajib bagi

kalian padahal kalian tidak mampu. Biarkan apa yang aku tinggalkan kerana sesungguhnya sebab kebinasaan orang setelah kalian adalah banyak bertanya dan menyelisihi nabinya. Jika aku perintahkan satu hal maka lakukan semampu kalian dan jika aku melarang sesuatu maka jauhilah. (HR. Muslim).

Haji juga adalah ibadat yang dituntut bagi golongan yang mampu. Haji ialah ibadah yang paling tinggi melalui ujiannya di Tanah suci Mekah Al-Mukarramah.
Haji hanya boleh dibuat di Mekah dan Madinah sahaja. Jemaah haji hanya pergi dengan memakai pakaian khas yang berwarna putih. Kesabaran sangat diperlukan untuk mencapai status Haji Mabrur ataupun haji yang diterima Allah s.w.t.

Apakah yang dimaksud dengan mampu pada pelaksanaan ibadah haji?


(Syaikh Abdul Azhim bin Badawi menjelaskan bahwa kemampuan dalam melaksanakan ibadah haji terkait dengan 3 hal yaitu: 1. KESIHATAN berdasarkan hadis dari ibnu Abbas bahawa ada seorang wanita dari Jatsam yang mengadu pada Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, Wahai Rasulullah sesungguhnya ayahku terkena kewajiban haji ketika umurnya sudah tua dan ia tidak mampu menaiki tunggangannya, apakah aku boleh berhaji untuknya? Rasul shallallahu alaihi wa sallam bersabda, Berhajilah untuknya. (Muttafaqun alaihi)

2. Memiliki Bekal Untuk Perjalanan Haji Pulangpergi dan memiliki bekal untuk kebutuhan orangorang yang wajib dia beri nafkah. Hal ini berdasarkan sabda Nabi shallallahu alaihi wa sallam, Cukuplah seorang disebut sebagai pendosa jika dia menyianyiakan orang yang wajib dia nafkahi. (HR. Abu Daud) 3. Aman dari gangguan dalam perjalanan. Kerana menunaikan haji dalam keadaan tidak aman adalah bahaya dan bahaya merupakan salah satu penghalang yang disyariatkan.

PENGERTIAN HAJI DAN UMRAH DARI SEGI SYARAK

Haji pada syarak ialah mengunjungi Baitullah AlHaram dalam bulan-bulan haji kerana mengerjakan tawaf, sai'e dan wukuf di Arafah dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya. Umrah pada syarak ialah menziarahi Baitullah Al-Haram kerana mengerjakan tawaf, sai'e dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.

SYARAT-SYARAT HAJI MENGIKUT MAZHAB SYAFIE


A.

B.
C. D. E.

F. G. H. I.

Islam: Orang kafir tidak wajib mengerjakan Haji malah tidak sah ibadat Haji yang mereka kerjakan. Merdeka: Hamba tidak wajib mengerjakan Haji. Mukallaf. Berkemampuan dengan syarat: Berkuasa membayar segala perbelanjaan bagi mengerjakan ibadat Haji sehingga selesai dan kembali ke tanah air. Ada kenderaan pergi dan balik. Disyaratkan mempunyai bekalan yang cukup untuk saraan nafkah orang yang di bawah tanggungannya. Tidak mengalami kesulitan teruk semasa berada di dalam kenderaan. Aman perjalanan.

Manakala bagi perempuan pula ditambah: Terdapat kawan perempuan berserta wanita Islam yang boleh dipercayai.

RUKUN HAJI

Ihram, berniat bulat mengerjakan ibadah haji. Ibadah ini dimulai sesampai miqat (batas-batas yang telah ditetapkan). Wukuf di Arafah, ialah berhenti di padang Arafah sejak tergelincirnya matahari tanggal 9 Zulhijah sampai terbit fajar tanggal 10 Dzulhijah. Tawaf Ifadhah, ialah mengelilingi ka'bah sebanyak 7 kali, syaratnya : Suci, menutup aurat, Ka'bah berada disebelah kiri orang yang mengelilingi, memulai tawaf dari arah Hajar Aswat. Sa'i, ialah lari-lari kecil atau jalan cepat antara bukit Shafa dan Marwah. Mencukur/menggunting rambut. Sedikitnya memotong tiga helai rambut.

DAM HAJI
Pengertian dam dari segi bahasa ialah darah. Ia merupakan ibadah gantian yang berbentuk binatang ternakan yang disembelih atau digantikan dengan makanan atau puasa. Sebab-sebab diwajibkan dam:

Melanggar pantang larang dalam Ihram Meninggalkan perkara-perkara yang wajib dalam ibadat haji atau umrah Mengerjakan Haji Tamattu' atau Haji Qiran, menurut syarat-syaratnya Berlaku Ihsar bagi orang yang berniat ihram Melanggar Nazar semasa mengerjakan haji Luput Wuquf di Arafah Meninggalkan Tawaf Wada'

Dam yang dikenakan ialah menyembelih binatang ternakan seperti seekor kibasy, kambing atau satu pertujuh daripada lembu, unta atau kerbau. Jika tidak berkuasa, dikehendaki berpuasa selama 3 hari pada bulan haji & 7 hari apabila ia balik ke tempatnya.

Islam diumpamakan sebagai sebuah binaan yang tertegak megah dengan lima batang tiang. Tanpa lima perkara ini lslam seseorang akan goyah dan runtuh. lni membayangkan betapa rukun-rukun ini mestilah ditegakkan oleh setiap muslim dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab. Menegakkan rukun lslam bermakna kesempurnaan, keteguhan, keutuhan dan keelokan binaan lslam sebaliknya kecuaian bererti keruntuhan, kehancuran dan kemusnahan lslam.

KESIMPULAN

PENGERTIAN SYAHADAH
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu adalah Rasulullah. Dinamakan dua kalimah syahadah kerana mengandungi dua bahagian syahadah. Syahadah pertama ialah, La ilaha illallah yang bererti tiada Tuhan melainkan Allah. Syahadah kedua pula ialah, Muhammad dan Rasulullah yang bererti Nabi Muhammad itu adalah Rasulullah. Disebut juga Kalimah Tauhid.

Syahadah berasal dari perkataan Arab iaitu kehadiran, penyaksian, pengetahuan, penerangan, perkhabaran, pernyataan dan pegangan. Kesimpulannya, syahadah bererti satu ikrar, berasaskan kepada apa yang diketahui, dalam bentuk lisan dan perbuatan. Sekiranya pengakuan lidahnya bertentangan dengan apa yang diakui oleh hati, maka pengakuan tersebut dinamakan pengakuan dusta.

ISTILAH

Syahadah ialah lafaz yang khusus diucapkan untuk mengkhabarkan keyakinan seseorang terhadap kewujudan dan keesaan Allah S.W.T. Perkara ini juga mengenai kebenaran Nabi Muhammad S.A.W. serta segala yang disampaikan olehnya.

Nabi Muhammad s.a.w menerangkan: - Islam itu ialah mengucap dua kalimah syahadah,mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di Bulan Ramadhan dan mengerjakan haji jika berkemampuan. - Islam terdiri daripada 3 asas yang terpenting: 1. Syahadat bahawa tiada Tuhan melainkan Allah s.w.t 2. Syahadat bahawa Nabi Muhammad s.a.w itu pesuruh Allah

KONSEP SYAHADAH

Terbahagi kepada 2 bahagian iaitu: 1. Laillahailah -tiada Tuhan yang wajib disembah melainkan Allah. 2. Muhammad dan Rasulullah iaitu Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Kedua-dua bahagian syahadah ini wajib disebut dan diikrar secara serentak. Setiap individu muslim di wajibkan mengetahui dan memahami konsep syahadah dan makna yang terkandung di dalamnya. Mengucapkan dua kalimah syahadah adalah salah satu syarat terlaksananya hukum dan tanggungjawab terhadap seseorang muslim.

Sekiranya individu itu tidak dapat berikrar dengan lidah akibat keuzuran seperti bisu, maka perakuan di hati sudah di terima dan di kira sebagai muslim. Adapun individu yang mempunyai kemampuan seperti bertutur dan mempunyai masa untuk berikrar 2 kalimah syahadah tetapi enggan mengucapkanya maka individu tersebut dikira kafir.

TUNTUTAN SYAHADAH

Para ulama telah membahagikan tuntutan syahadah kepada dua: 1. Tauhid Rububiyyah - Iaitu mempercayai Allah sebagai Rab, pencipta alam, pengurus sesuatu, yang mendidik dan mengasuh orang lain dan yang menjaga permasalahan insan. Dialah pencipta yang menghidup dan mematikan sesuatu makhluknya.

2. Tauhid Uluhiyyah - Iaitu seseorang muslim mentauhidkan Allah dari segi peribadatan atau sembahan. Beriman kepada Uluhiyyah Allah bererti beriktikad bahawa hanya Allah sahaja yang berhak disembah, dicintai, dipatuhi dan dijadikan tumpuan untuk meminta pertolongan daripadaNya.

TUNTUTAN SYAHADAH TANPA ADA KERAGUAN


Iaitu mengetahui, membesarkan serta meyakini bahawa Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah. Menjadikan Rasulullah S.A.W. sebagai Qudwah Hasanah (teladan terbaik) dalam aspek kehidupan manusia. Mengakui dan menyakini bahawa Rasulullah S.A.W. adalah nabi terakhir. Allah S.W.T telah menutup atau menyempurnakan risalah rasulrasul dengan risalah Islam yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W.

SYARAT SYAHADAH
Syarat syahadah adalah sesuatu yang dilakukan tanpa kewujudanya maka perkara yang disyaratkan itu tidak sempurna. Jadi jika seseorang mengucapkan dua kalimat syahadah tanpa memenuhi syaratsyaratnya, maka boleh dikatakan syahadahnya itu tidak sah. Antara syarat-syaratnya ialah :

Pengetahuan Seseorang yang bersyahadah harus memiliki ilmu pengetahuan tentang syahadah yang dilafazkan olehnya. Dia wajib memahami isi dari dua kalimat yang telah dinyatakan itu serta bersedia menerima akibat daripada ucapannya. Keyakinan Seseorang yang bersyahadah mesti mengetahui dengan sempurna makna dari syahadah itu tanpa sedikit pun keraguan terhadap makna tersebut.

Keikhlasan Ikhlas bererti bersih hati dari segala sesuatu yang bertentangan dengan makna syahadah. Ucapan syahadat yang bercampur dengan riya atau kecenderungan tertentu tidak akan diterima oleh Allah SWT.

Kejujuran Kejujuran adalah kesesuaian antara ucapan dan perbuatan. Pernyataan syahadah harus dinyatakan dengan lisan, diyakini di dalam hati dan dilaksanakan dengan amal perbuatan.

Kecintaan Kecintaan bererti mencintai Allah dan Rasul serta orang-orang yang beriman. Cinta juga harus disertai dengan amarah iaitu kemarahan terhadap segala sesuatu yang bertentangan dengan syahadah, atau dengan kata lain, semua ilmu dan amal yang menyalahi sunnah Rasulullah SAW.

Penerimaan Penerimaan bererti penerimaan hati terhadap segala sesuatu yang datang dari Allah dan Rasul. Dalam hal ini, kita harus melahirkan rasa ketaatan dan pengabdian kepada Allah SWT dengan meyakini bahawa tidak ada yang dapat menunjukan dan menyelamatkan seseorang kecuali ajaran yang datang dari syariat Islam. Ertinya, bagi seorang muslim tidak ada pilihan lain untuk dijadikan panduan kecuali berpegang kepada Al Qur'an dan Sunnah Rasul.

Ketundukan Ketundukan iaitu tunduk dan menyerahkan diri kepada Allah dan Rasul SAW secara lahiriyah. Ertinya, seorang muslim yang bersyahadah harus mengamalkan semua perintahNya dan meninggalkan semua laranganNya. Perbezaan antara penerimaan dengan ketundukan iaitu penerimaan dilakukan dengan hati, sedangkan ketundukan dilakukan dengan fizikal.Oleh itu, setiap muslim yang bersyahadah perlulah sentiasa siap sedia untuk melaksanakan ajaran Islam di dalam kehidupannya.

IMPLIKASI DUA KALIMAH SYAHADAH

Mendirikan solat lima waktu. Solat adalah syarat tertegaknya keislaman seseorang. Ia adalah rukun islam yang kedua hasil daripada kewujudan rukun yang pertama iaitu syahadah yang membawa pertalian antara lafaz dan amalan. Antara fungsi-fungsi solat adalah: 1. Menghidupkan akidah kerana kekuatan akidah atau iman adalah di dalam hati. 2. Menyucikan manusia daripada segala maksiat. 3.Simbol kepada ubudiyyah.

Menunaikan zakat yang di fardhukan - Sabda Nabi SAW Zakat adalah bukti penyerahan (Riwayat Ahmad bin Hanbal) - Individu yang yakin dengan syahadahnya dapat merasakan bahawa zakat itu adalah suatu ibadah penyerahan kepada Allah SWT.

Menunaikan puasa selama sebulan di Bulan Ramadhan - Puasa adalah satu amalan yang dapat menguatkan keimanan kepada Allah dan menyebabkan dapat menahan diri daripada segala keinginan nafsu syahwat pada siang hari. - Implikasi daripada keyakinan syahadah ini dapat melahirkan insan yang menunaikan amalan puasa ini dengan sempurna.

Menunaikan haji - Firman Allah yang bermaksud Allah mewajibkan manusia mengerjakan haji di Baitullah iaitu bagi sesiapa yang berkuasa pergi kepadanya(Surah Al-Imran,Ayat 97) - Haji juga adalah simbol penyerahan diri manusia kepada Allah. - Ia bertepatan dengan tuntutan syahadah yang menerima dengan sepenuh hati segala syariat Allah.

Zuhud dan Taqwa - Kezuhudan di dunia dengan meninggalkan dosa-dosa besar daripada perbuatan maksiat dan perbuatan mungkar yang di haram dan dilarang oleh Allah dan RasulNya. - Seseorang yang meyakini dan menerima untuk menyerah diri kepada Allah telah dipersaksikan oleh syahadah yang telah diucapkan. - Hal ini dapat melahirkan implikasi yang dapat dibuktikan dengan lima ciri amalan fardhu yang telah ditetapkan oleh Islam.

Rujukan:

Syarah Arbain An Nawawiyah, Syaikh Shalih bin Abdil Aziiz Alu Syaikh Taisir Wushul Ilaa Nailil Mamul bi Syarhi Tsalatsatil Ushul, Syaikh Numan bin Abdil Kariim Al Watr Al Wajiiz fii Fiqhis Sunnah wal Kitaabil Aziiz Syaikh Abdul azhim Badawi Syarah Aqidah al Wasithiyyah (Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin) http://muslim.or.id/aqidah/penjelasan-rukun-islam-3.html

Anda mungkin juga menyukai