Anda di halaman 1dari 9

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

TEKS KHUTBAH

Tajuk:

MENURUTI KESEMPURNAAN ISLAM

Tarikh Dibaca:

10 SYAWAL 1445H /
19 APRIL 2024

Disediakan oleh:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

*Tajuk cadangan
Khutbah Jumaat Menuruti Kesempurnaan Islam

MENURUTI KESEMPURNAAN ISLAM


19 APRIL 2024 / 10 SYAWAL 1445H

ِ ِ ‫ا َ ْلحم َْد ُ لِلّٰه ِ الْق َآئ‬


:‫ل‬
َّ ‫ن‬
‫الرجِيم‬ َّ ‫ن‬
ِ ‫الشيْطَا‬ َ ِ ‫أَ ع ُوذ ُ ب ِالله ِ م‬
َ ََُۡ َ َ َ َٓ ۡ َ ۡ َ ََ َ ۡ َ َۡ ۡ َ َٰ َ َ ‫ك‬
َ ‫لَع ََش‬ َ َٰ َ ۡ َ َ ُ
١٨ ‫يعةٖ مِن ٱۡلمرِ فٱتبِعها وَل تتبِع أهواء ٱَّلِين َل يعلمون‬ ِ ‫ثم جعلن‬
)‫(سورة الجاثية‬

ِ ‫الله َُّم ص‬
‫َل‬ َّ .ُ ‫ و َأَ شْهَد ُ أَ َّن مُح ََّمدًا ع َبْدُه ُ وَرَسُولُه‬،ُ ‫ك لَه‬
َ ‫أَ شْهَد ُ أَ ْن َّلا ِإله َ ِإلا َ الله ُ وَحْد َه ُ ل َا شَر ِي‬

َ ‫ فَيَا عِبَاد‬،ُ ‫ أَ َّما بَعْد‬.ِ‫وَسَل ِ ْم عَلَى نَب ِي ِنَا مُح ََّمدٍ و َعَلَى آلِه ِ و َصَ ح ْبِه ِ وَم َنْ د َعَا بِدَعْوَتِه ِ ِإلَى يَو ْ ِم الدِين‬

.َ‫ ُأوصِيك ُ ْم و َن َ ْفس ِي بتَِقْو َى الله ِ وَطَاع َتِه ِ لَع َ َّل ك ُ ْم تُفْلِحُون‬،َ‫ َّاتق ُوا الله‬،ِ‫الله‬

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Bertakwalah kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan
meninggalkan segala larangan-Nya. Perbanyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad
SAW. Mudah-mudahan kehidupan kita sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Berikan
sepenuh perhatian kepada khutbah yang akan disampaikan dan janganlah melakukan
perkara-perkara yang lagha seperti berbual-bual dan bermain telefon bimbit. Mudah-
mudahan khutbah ini akan memberi banyak pengajaran kepada kita semua.

Pada hari ini saya akan membicarakan khutbah bertajuk: “Menuruti Kesempurnaan
Islam”.

1
Khutbah Jumaat Menuruti Kesempurnaan Islam

Sebelum itu, saya ingin mengajak seluruh kaum muslimin dan muslimat untuk terus
mendoakan keselamatan penduduk Palestin yang sedang ditindas teruk di tanah air
mereka sendiri. Semoga mereka semua segera bebas dari cengkaman rejim zionis Israel
laknatullah alaihim. Saya juga ingin menyeru kepada semua untuk mendoakan
kesejahteraan dan keselamatan negara kita khususnya dan seluruh dunia umumnya dari
sebarang bentuk malapetaka, kekacauan dan huru-hara serta dijauhkan dari sebarang
bentuk pertelingkahan atau peperangan.

SIDANG JEMAAH YANG DIKASIHI SEKALIAN,


Bulan Syawal merupakan suatu peluang untuk kita meneruskan amal ibadah dan
melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT menurut segala yang telah diperintahkan
melalui al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

Setelah sebulan kita menjalani tarbiyah di Bulan Ramadan, kini kita harus menilai diri
sendiri sama ada kita berjaya membentuk peribadi mukmin bertakwa yang mampu
menjalankan perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-larangan-Nya atau malah
sebaliknya kita kembali kepada perilaku buruk dan ingkar kepada perintah Allah SWT.

Ajaran Islam cukup sempurna melengkapi keperluan manusiawi sesuai fitrahnya sama
ada ketika gembira, sedih, diuji dan sebagainya. Inilah jalan yang dihamparkan bagi Nabi
Muhammad SAW dan seluruh umatnya untuk dituruti dan bukan menurut kehendak hawa
nafsu semata-mata. Firman Allah SWT dalam Surah al-Jaathiyaah ayat 18 yang
dibacakan pada awal khutbah tadi bermaksud:

“Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau)


menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama; maka turutlah
Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak
mengetahui (perkara yang benar)”.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Syawal merupakan detik kita meraikan kegembiraan dan kita menggembirakan orang lain
dengan apa-apa jua cara yang dibenarkan oleh Syarak. Namun begitu, dalam kita
menzahirkan kegembiraan itu, janganlah pula kita terikut-ikut dengan cara dan gaya yang
boleh menjatuhkan maruah diri, keluarga dan agama apatah lagi bergembira dengan cara
2
Khutbah Jumaat Menuruti Kesempurnaan Islam

yang bertentangan dengan ajaran Islam dengan bercampur lelaki dan perempuan tanpa
menghiraukan batas pergaulan dan soal aurat. Tidak salah untuk kita meniru perkara yang
baik walaupun ia datang dari kalangan bukan Muslim apatah lagi ia memberi manfaat
yang sangat besar kepada manusia. Namun sangat menyedihkan apabila melihat kaum
Muslimin tidak kira tua dan muda berlumba-lumba meniru perbuatan yang tidak memberi
manfaat pun kepada dirinya sendiri mahupun orang lain.

Rasulullah SAW telah memberikan peringatan melalui hadis:

ُ ‫َب لَسَل َكْتُم ُوه‬ ٍ ‫شبْر ًا ب ِ ِشبْرٍ وَذِر َاعًا بِذِر‬


ٍ ‫َاع ح ََّتى لَو ْ سَل َكُوا جُ ح ْر َ ض‬ ِ ‫لَت ََّتب ِع َُّن سَنَنَ م َنْ قَب ْل َك ُ ْم‬

َ ‫ الْيَه ُود َ و ََّالنصَار َى؟ قَا‬،ِ‫ل الله‬


‫ل فَم َنْ ؟‬ َ ‫ يَا رَسُو‬:‫قُل ْنَا‬

Maksudnya: “Sungguh, kamu akan mengikuti langkah orang-orang sebelum kamu


sejengkal demi sejengkal, dan sehasta demi sehasta. Kalaupun mereka menempuh
masuk lubang dhab (biawak), nescaya kamu akan mengikutinya”. Kami mengatakan,
“Wahai Rasulullah! Apakah itu jalan orang-orang Yahudi dan Nasrani?” Baginda
menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka?”.1

SIDANG JEMAAH YANG DIKASIHI SEKALIAN,


Kemuliaan Syawal tidak wajar dicemari dengan perkara-perkara dosa dan mungkar.
Rugilah sekiranya selepas selesai Ramadan kita tidak mencapai matlamat takwa
sepertimana yang disebut sebagai matlamat puasa itu. Abu Darda’ RA menghuraikan
maksud takwa dengan katanya: “Kesempurnaan takwa itu ialah apabila seorang hamba
takutkan Allah sehinggakan dalam sekecil-kecil perkara (sebesar zarah) dan juga dia
meninggalkan perkara yang dilihatnya halal kerana takut terjebak kepada yang haram,
sebagai penghalang antara dirinya dengan perkara yang haram”.2

Realiti hari ini begitu membimbangkan apabila melihat manusia sangat mudah terikut-ikut
dengan cara dan gaya semasa yang semuanya dibuat demi konten media sosial.
Perasaan malu seakan-akan kian hilang dalam diri apabila umat Islam sama ada kaum
lelaki mahupun wanita semakin berani menari dan menyanyi di khalayak ramai tanpa

1
Hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari sahabat Abu Sa’id al-Khudri RA
2
Fathu al-Bari libni Rejab (1/16)
3
Khutbah Jumaat Menuruti Kesempurnaan Islam

mengambil kira persoalan aurat antara lelaki dan wanita yang ajnabi. Bukan setakat itu
sahaja, malah dirakam dan disebar pula di media-media sosial untuk tatapan awam.
Pedoman dari Surah al-Nur ayat 30 dan 31 wajar menjadi ingatan buat kita semua supaya
tidak menzahirkan apa-apa jua perhiasan diri yang menjadi tarikan ajnabi.

َ ۡ َ َ َٰ َ ۡ ُ َ ُ ُ ْ ُ َ ۡ َ َ ۡ َٰ َ ۡ َ ۡ ْ ُّ ُ َ َ ۡ ُ ۡ ُ
Firman Allah SWT dalam Surah al-Nuur ayat 30:

ُۢ ‫ي‬ َ ‫َك ل َ ُه ۡم إن ٱ‬
ُ ‫ّلل َخب‬ َٰ ‫قل ل ِلمؤ ِمنِني يغضوا مِن أبص ِرهِم ويحفظوا فروجه ۚۡم ذل ِك أز‬
ِ ِ ۡۚ
َ
٣٠ ‫ب ِ َما يَ ۡص َن ُعون‬
Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman
supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan
memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka;
sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka
kerjakan”.

ََٰ ۡ َ ۡ َ ۡ ُ ۡ َ َٰ َ ۡ ُ ۡ ُ َ
Manakala dalam ayat 31 pula, Allah SWT berfirman:

ُ َ َ َ ُۡ ََ ُ َ ُُ َ ۡ َ ۡ ََ
‫ت يغضضن مِن أبص ِرهِن ويحفظن فروجهن وَل يب ِدين زِينتهن إَِل‬ ِ ‫وقل ل ِلمؤمِن‬
ۡ َ
‫َما ظ َه َر مِن َها‬
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat
pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan
mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang
zahir daripadanya”.

SIDANG JEMAAH YANG DIKASIHI SEKALIAN,


Saya menegur kerana saya sayangkan saudara-saudara sekalian kerana Allah SWT.
Kehidupan ini sangatlah singkat dan kita harus menjalani kehidupan tanpa mengetahui
titik noktah masing-masing. Maka, bersedialah setiap masa dengan kematian yang sangat
hampir dan usahlah bebankan diri kita dengan dosa dan kemurkaan Allah SWT.
Peliharalah diri dan keluarga dari perkara-perkara yang ditegah oleh Allah SWT dan
perkara-perkara yang terdedah kepada sangkaan buruk orang ramai. Imam al-Ghazali
menjelaskan bahawa seseorang Muslim seharusnya menjaga dirinya dari berada di ruang

4
Khutbah Jumaat Menuruti Kesempurnaan Islam

yang boleh membawa tohmahan buat dirinya. Atas sebab itu Saidina Zaid bin Thabit
pernah menegaskan:

‫الظ ُن‬ ٍ ‫ِإنِي ل َأَ ك ْر َه ُ أَ ْن ُأر َى فِي مَك َا‬


َّ َ ‫ن يُس َاء بِي‬
ُ
“Aku benci untuk duduk di tempat yang kalau manusia melihatku, mereka akan berburuk
sangka terhadapku”.3

Justeru, mengakhiri khutbah pada hari ini, saya ingin meninggalkan beberapa pesanan;

Pertama: Teruskanlah melaksanakan ketaatan, menjauhi kemungkaran dan


meningkatkan amal ibadah dalam Bulan Syawal.
Kedua: Bergembiralah sesuai menurut garis panduan syarak dan janganlah mengikut
secara membuta tuli setiap perkara yang menjadi kegilaan dan tidak diketahui asal-
usulnya apatah lagi perkara yang bertentangan dengan prinsip Islam.
Ketiga: Jauhkan diri dan keluarga dari perkara-perkara yang boleh menyebabkan
cemuhan dan buruk sangka orang ramai serta perkara-perkara mungkar yang boleh
mendatangkan kemurkaan Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Hadid ayat 16:


ُ َ َ َ َۡ َ َ َ َ َ َ ۡ ۡ ُُ ُُ َ َ َۡ َ ْٓ ُ َ َ َ َۡ ََۡ
َ‫كونُوا ْ َكٱَّلِين‬ ‫۞ألم يأ ِن ل َِّلِين ءامنوا أن َتشع قلوبهم َِّلِكرِ ٱّللِ وما نزل مِن ٱۡل ِق وَل ي‬

َ ُ َٰ َ ۡ ُ ۡ ٞ َ َ ۡ ُ ُ ُ ُ ۡ َ َ َ ُ َ َ ۡ ُ ۡ َ َ َ َ َ ُ ۡ َ َ َٰ َ ۡ ْ ُ ُ
١٦ ‫سقون‬
ِ ‫أوتوا ٱلكِتب مِن قبل فطال علي ِهم ٱۡلمد فقست قلوبهم وكثِي مِنهم ف‬

Maksudnya: “Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk
khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi
kebenaran (al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka
menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-
orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di
antaranya orang-orang yang fasik - derhaka”.

3
Syu’ab al-Iman, no: 6383
5
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Menuruti Kesempurnaan Islam‬‬

‫كي ِْم‪،‬‬
‫ات و َالذِكْر ِ الْح َ ِ‬ ‫ن الْعَظِي ِْم‪ ،‬و َنَفَعَن ِ ْي و َِإ َّياك ُ ْم بِمَا ف ِيْه ِ م ِ َ‬
‫ن الْآي َ ِ‬ ‫بَارَك َ الله ُ ل ِ ْي و َل َك ُ ْم ب ِالْقُر ْآ ِ‬
‫ل قَو ْل ِ ْي هَذ َا و َأَ سْ تَغْف ِر ُ الله َ الْعَظِي ْم َ ل ِ ْي‬ ‫ل م ِن ِ ْي وَم ِنْك ُ ْم تِلَاو َتَه ُ ِإ َّنه ُ ه ُو َ َّ‬
‫السمِي ْ ُع ال ْعَلِي ْم ُ‪ .‬أَ قُو ْ ُ‬ ‫و َتَق ََّب َ‬
‫ات‪،‬‬ ‫ات الْأَ حْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم و َالْأَ مْو َ ِ‬ ‫ات و َال ْمُؤْم ِنِيْنَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬ ‫و َل َك ُ ْم و َلِسَائِر ِ ال ْمُسْل ِمِيْنَ و َال ْمُسْل ِم َ ِ‬
‫حي ْم ُ‪.‬‬ ‫فَاسْ تَغْف ِرُوْه ُ ِإ َّنه ُ ه ُو َ ال ْغَفُوْر ُ َّ‬
‫الر ِ‬

‫‪6‬‬
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Menuruti Kesempurnaan Islam‬‬

‫‪KHUTBAH KEDUA‬‬

‫َالسلَام ُ عَلى َ سَيِدِن َا مُح ََّمدِ ِن َّ‬


‫النب ِ ِي الْأَ م ِينِ‪ ،‬و َعَلَى آلِه ِ‬ ‫َالصلَاة ُ و َّ‬ ‫َب الْع َالم َي ِنَ‪ ،‬و َّ‬‫اَلْحم َْد ُ ل َِّله ِ ر ِ‬
‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِينِ‪.‬‬
‫ن وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬ ‫صحَابِه ِ َّ‬
‫الطاهِرِي َ‬ ‫و َأَ ْ‬
‫أن سَيِد َنَا مُح ََّمدًا ع َبْدُه ُ وَرَسُولُه ُ‪.‬‬
‫ك لَه ُ‪ ،‬و َأَ شْهَد ُ َّ‬ ‫أَ شْهَد ُ أَ ْن َّلا ِإله َ ِإ َّ‬
‫لا الله ُ وَحْد َه ُ لا َ شَر ِي ْ َ‬
‫أَ َّما بَعْد ُ‪ ،‬فَيَا عِبَاد َ اللهِ‪ ،‬ا َِّتق ُوا الله َ ح ََّق تُق َاتِه ِ و َاع ْلَم ُوا أَ َّن الله َ أَ م َرَك ُ ْم ب ِأَ ْمر ٍ عَظ ٍِيم‪ ،‬أَ م َرَك ُ ْم‬
‫َ َ َ َ َٰٓ َ َ ُ ُ َ ُّ َ َ َ‬
‫ل الله ُ تَع َالَى‪ :‬إِن ٱّلل وملئِكتهۥ يصلون لَع‬ ‫ِالصلَاة ِ و ََّالتسْل ِِيم عَلَى نَب ِيِه ِ ال ْكَر ِي ِم‪ ،‬فَق َا َ‬
‫ب َّ‬
‫ۡ‬ ‫َ َ َ ُ ْ َ ُّ ْ َ َ ۡ َ َ ُ ْ َ‬ ‫َ‬ ‫ُّ‬ ‫ََ‬
‫ً‬
‫ب ۚۡ يَٰٓأيها ٱَّلِين ءامنوا صلوا عليهِ وسلِموا تسلِيما ‪٥٦‬‬
‫ٱنل ِ ِ‬
‫ل سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ كَمَا ص ََّلي ْتَ عَلَى سَي ِدِنَا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َعَلَى آ ِ‬
‫ل‬ ‫ل عَلَى سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ و َعَلَى آ ِ‬ ‫ا َ َّلله َُّم َ‬
‫ص ِ‬
‫ل سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ كَمَا بَارَكْ تَ عَلَى سَي ِدِنَا‬
‫ك عَلَى سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ و َعَلَى آ ِ‬
‫سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َب َارِ ْ‬
‫مج ِيْدٌ‪.‬‬
‫ك حَمِيْدٌ َ‬‫ل سَي ِدِنَا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ فِي ال ْع َالم َي ِْنَ ِإ َّن َ‬ ‫ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َعَلَى آ ِ‬
‫ن َّ‬
‫التاب ِع ِينَ و َتَابِع ِي‬ ‫ن و َع َنْ بَق َِّية ِ َّ‬
‫الصح َابَة ِ أَ جْم َع ِينَ‪ ،‬وَع َ ِ‬ ‫شدِي َ‬
‫الرا ِ‬ ‫ن الْخل ُُف َاء ِ َّ‬ ‫الله َُّم ع َ ِ‬
‫ْض َّ‬ ‫و َار َ‬
‫ْض ع ََّنا م َعَه ُ ْم ي َا أَ ك ْرَم َ الْأَ ك ْرَم ِينَ‪.‬‬ ‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِي ْ ِن و َار َ‬ ‫التاب ِع ِينَ وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬ ‫َّ‬
‫ات‪.‬‬ ‫ات الْأَ حْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم و َالْأَ مْو َ ِ‬ ‫الله َُّم اغْفِر ْ لِل ْمُسْل ِمِينَ و َال ْمُسْل ِم َ ِ‬
‫ات و َال ْمُؤْم ِنِينَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬ ‫َّ‬
‫َالص َّحة ِ و َّ‬
‫َالسلَامَة ِ ج َلَالَة َ م َل ِكَ نَا ك باوه دولي يڠ مها‬ ‫ق و َال ْهِد َايَة ِ و ِ‬ ‫الله َُّم أَ ي ِ ْد بِدَو َا ِم َّ‬
‫التو ْف ِي ْ ِ‬ ‫َّ‬
‫موليا سري ڤدوك بڬيندا يڠ د‪-‬ڤرتوان اڬوڠ سُلْطَان ِإ ب ْر َاه ِيم‪.‬‬
‫ك ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ‪ ،‬راج‬
‫وَك َذل ِ َ‬
‫ِيث صُوف ِيَاهْ‪.‬‬
‫ز َار ْ‬
‫ك‬
‫ات ب ِر َ ْحمَت ِ َ‬ ‫الله َُّم احْ ف َْظ عُلَمَاءَه ُ وَوُزَر َاءَه ُ و َقُضَاتَه ُ و َع َُّمالَه ُ وَر َعَاي َاه ُ م ِ َ‬
‫ن ال ْمُؤْم ِنِينَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬ ‫َّ‬
‫حم َ َّ‬
‫الرا ِحم ِينَ‪.‬‬ ‫يَا أَ ْر َ‬
‫ن و َأَ م َانٍ‪،‬‬ ‫الله َُّم اجْ ع َلْ بلََد َن َا م َالِيز ِي َا آم ِنا ً م ُ ْطم َئ ًِّنا‪ ،‬سَ خَاء ً رَخ َاءً‪ ،‬د َار َ ع َ ْد ٍ‬
‫ل و َِإيمَانٍ‪ ،‬و َأَ ْم ٍ‬ ‫َّ‬
‫وَسَائ ِر َ بِلَادِ ال ْ مُسْل ِمِينَ‪.‬‬

‫‪7‬‬
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Menuruti Kesempurnaan Islam‬‬

‫الله َُّم أَ ع َِّز ال ِْإسْ لَام َ و َال ْمُسْل ِمِيْنَ‪ ،‬وَد َم ِْر أَ عْد َاءَك َ أَ عْد َاء َ الد ِي ِن وان ْصُرْ م َنْ نَصَر َ الد ِينَ‪،‬‬
‫َّ‬
‫ك ِإلَى يَو ْ ِم الد ِيْنِ‪.‬‬
‫ل كَل ِمَت َ َ‬‫ل ال ْمُسْل ِمِيْنَ‪ ،‬و َأَ ع ْ ِ‬
‫و َاخْذ ُلْ م َنْ خَذ َ َ‬
‫سط ِينَ‪ ،‬ا َ َّلله َُّم عَلَي ْ َ‬
‫ك‬ ‫ك ب ِالْيَه ُودِ ال ْمُعْتَدِينَ‪ ،‬ال ََّذ ِي َ‬
‫ن قَتَلُوا ِإخْ وَانَنَا ال ْمُسْل ِمِينَ فِي فل َ ْ‬ ‫ا َ َّلله َُّم عَلَي ْ َ‬
‫ل َّ‬
‫الدائ ِرَة َ عَلَيْهِمْ‪،‬‬ ‫بِهِمْ‪ ،‬ف َِإ َّنه ُ ْم ل َا يُعْجِز ُونَكَ‪ ،‬أَ َّلله َُّم شَت ِْت شَم ْلَه ُ ْم و َف َر ِْق جَم ْعَه ُ ْم و َاجْ ع َ ِ‬
‫ا َ َّلله َُّم اَحْ صِه ِ ْم عَدَد ًا‪ ،‬و َاق ْتُلْه ُ ْم بَدَد ًا‪ ،‬وَل َا تُغ َادِ ْر مِنْه ُ ْم أَ حَدًا‪ ،‬ا َ َّلله ُ َّم أَ نْز ِلْ عَلَيه ِ ْم و َعَلَى م َنْ‬
‫الظالِمِينَ‪.‬‬ ‫ك الَّذ ِي ل َا ي ُر َُد ع َ ِ‬
‫ن الْقَو ْ ِم َّ‬ ‫س َ‬
‫عَاوَنَهُمْ‪ ،‬ب َأ َ‬
‫سط ِينَ‪.‬‬ ‫ا َ َّلله َُّم ان ْص ُرْ ِإخْ وَانَنَا ال ْمُسْل ِمِينَ و َال ْم ُج َاهِدِي َ‬
‫ن و َال ْمُسْت َضْ ع َف ِينَ فِي فَل َ ْ‬
‫ل مَك َانٍ‪ .‬اَللّٰه َُّم ا ْر َ‬
‫ح ِم ال ْمُسْت َضْ عَف ِيْنَ م ِنْ عِبَادِك َ‪.‬‬ ‫اَللّٰه َُّم ان ْصُر ِ ال ْمُسْل ِمِيْنَ ال ْمُسْت َضْ ع َف ِيْنَ فِي ك ُ ِ‬
‫ِف الغ َُّمة َ ع َنْ ُأ َّمت ِنَا‪ .‬اَللّٰه َُّم َّإنا نَسْأَ ل ُ َ‬
‫ك أَ ْن تَرْف َ َع ال ْبَلَاء َ ع َنْ غ ََّزة َ و َأَ ه ْلِه َا‪ ،‬و َأَ ْن‬ ‫اَللّٰه َُّم اكْ ش ْ‬
‫ِف ال ْغ َُّمة َ ع َنْ‬ ‫حم َ ال ْمُسْت َضْ ع َف ِيْنَ م ِنْ عِبَادِك َ‪ ،‬و َأَ ْن ت َ ْكش َ‬ ‫ت َن ْصُر َه ُ ْم عَلَى عَدُوِهِمْ‪ ،‬و َأَ ْن تَرْ َ‬
‫ُأ َّمت ِنَا‪ .‬اَللّٰه َُّم عَاف ِنَا و َالْط ُْف بنَِا و َاحْ فَظْنَا و َان ْصُرْن َا و َفَرِجْ ع ََّنا و َال ْمُسْل ِمِيْنَ‪ .‬اَللّٰه َُّم اكْ ف ِنَا‬
‫و َِإ َّياه ُ ْم جَم ِيْع ًا ش ََّر مَصَائ ِِب ُ‬
‫الدن ْيَا و َالد ِي ْ ِن‪.‬‬
‫ظه َر َ مِنْهَا‬ ‫الله َُّم ادْف َعْ ع ََّنا ال ْبَلَاء َ و َال ْغ َلاَء َ و َال ْو َباَء َ و َالْف َحْ شَاء َ و َال ْمُن ْك َر َ و َالْمِح َ َ‬
‫ن و َال ْف ِتَنَ‪ ،‬م َا َ‬ ‫َّ‬
‫ك عَلَى ك ُِل شَيْء ٍ قَدِيْر ٌ‪.‬‬ ‫ن اْلم ُسْل ِمِيْنَ ع َ َّامة ً‪ِ ،‬إ َّن َ‬ ‫َاصة ً‪ ،‬وَم ِنْ بل ُ ْد َا ِ‬ ‫وَم َا بَطَنَ‪ ،‬م ِنْ بلََد ِن َا هَذ َا خ َّ‬
‫حم َ‬
‫ن الب َرَصِ‪ ،‬و َالْجن ُ ُونِ‪ ،‬و َالْجُذ َا ِم‪ ،‬وَم ِنْ س َِي ِئ الْأَ سْ ق َا ِم‪ ،‬يَا أَ ْر َ‬ ‫الله َُّم ِإ َّنا نَع ُوذ ُ ب ِ َ‬
‫ك مِ َ‬ ‫َّ‬
‫َّ‬
‫الرا ِحم ِيْنَ‪.‬‬
‫حسَن َة ً و َق ِنَا عَذ َابَ َّ‬
‫النارِ‪.‬‬ ‫خرَة ِ َ‬
‫حسَن َة ً و َفِي الْآ ِ‬ ‫ر ََّبنَا آتنَِا فِي ُ‬
‫الدن ْيَا َ‬
‫عِبَاد َ اللهِ‪،‬‬
‫ۡ ُ ۡ َ َٰ َ َ ۡ َ َٰ َ ۡ َ ۡ َ ٓ َ ۡ ُ َ َ ۡ َ ۡ‬ ‫َٓ‬ ‫َ‬ ‫ۡ‬ ‫َ َُۡ ُ َۡ ۡ َ ۡ‬
‫غ‬ ‫َٰ‬
‫ٱۡلحس ِن ِإَويتا ِٕي ذِي ٱلقرَب وينَه ع ِن ٱلفحشاءِ وٱلمنك ِر وٱۡل ِ ِۚ‬ ‫۞إِن ٱّلل يأمر بِٱلعد ِل و ِ‬
‫َ‬ ‫ُ ََ‬ ‫ُ ُ َ‬
‫يَعِظك ۡم ل َعلك ۡم تذك ُرون ‪٩٠‬‬
‫فَا ْذك ُر ُوا الله َ ال ْعَظِي ْم َ ي َ ْذكُر ْكُمْ‪ ،‬و َاشْ ك ُر ُوه ُ عَلَى ن ِعَمِه ِ يَزِدْكُمْ‪ ،‬و َاسْ أَ لُوه ُ م ِنْ ف َضْ لِه ِ يُعْطِك ُ ْم‬
‫وَلَذِك ْر ُ الله ِ أَ كْ ب َر ُ‪ ،‬و َالله ُ يَعْلَم ُ م َا تَصْ ن َع ُونَ‪.‬‬
‫‪8‬‬

Anda mungkin juga menyukai