Anda di halaman 1dari 8

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

TEKS KHUTBAH

Tajuk:

WASPADA JARUM BERACUN

Tarikh Dibaca:

13 SYAABAN 1445H /
23 FEBRUARI 2024

Disediakan oleh:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

*Tajuk cadangan
Khutbah Jumaat Waspada Jarum Beracun

WASPADA JARUM BERACUN


23 FEBRUARI 2024 / 13 SYAABAN 1445H

ِ ِ ‫ا َ ْلحم َْد ُ لِلّٰه ِ الْق َآئ‬


:‫ل‬

‫ن الرجِيم‬ ِ ‫ن الشيْطَا‬ َ ِ ‫أع ُوذ ُ ب ِالله ِ م‬


َ ٰ َ ُ ۡ َ ُ َّ ُ َّ ۡ ُ َّ َّ َ ٰ َّ َ ٰ َ ٰ َ َّ َ َ ُ ُ َ ۡ َ َ ٰ َ ۡ َ َ َ
‫ىۗۡ َولئ ِ ِن‬ ‫َّت تتب ِ َع مِل َت ُه ۡمۗۡ قل إِن ه َدى ٱّلل ِ هو ٱلهد‬ ‫ولن ترَض عنك ٱۡلهود وَل ٱنلصرى ح‬

َ ََ ‫َ ي‬ َّ َ َ َ َ ۡ ۡ َ َ َ ٓ َ َّ َ ۡ َ ُ َ ٓ َ ۡ َ َ ۡ َ َّ
‫ (سورة‬١٢٠ ‫ري‬
ٍ ‫ص‬ِ ‫ل وَل ن‬
ّٖ ِ ‫ٱتبعت أهواءهم بعد ٱَّلِي جاءك مِن ٱلعِل ِم ما لك مِن ٱّلل ِ مِن و‬

)‫البقرة‬

‫َل‬
ِ ‫ الله ُم ص‬.ُ ‫ و َأشْهَد ُ أن مُحَمدًا ع َبْدُه ُ وَرَسُولُه‬،ُ ‫ك لَه‬
َ ‫أشْهَد ُ أ ْن لا ِإله َ ِإلا َ الله ُ وَحْد َه ُ ل َا شَر ِي‬

َ ‫ فَيَا عِبَاد‬،ُ ‫ أما بَعْد‬.ِ‫وَسَل ِ ْم عَلَى نَب ِي ِنَا مُحَمدٍ و َعَلَى آلِه ِ و َصَ ح ْبِه ِ وَم َنْ د َعَا بِدَعْوَتِه ِ ِإلَى يَو ْ ِم الدِين‬

.َ‫ ُأوصِيك ُ ْم و َن َ ْفس ِي بتَِقْو َى الله ِ وَطَاع َتِه ِ لَعَل ك ُ ْم تُفْلِحُون‬،َ‫ اتق ُوا الله‬،ِ‫الله‬

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Bertakwalah kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan
meninggalkan segala larangan-Nya. Perbanyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad
SAW. Semoga kita termasuk dalam kalangan umatnya yang mendapat syafaat. Berikan
sepenuh perhatian kepada khutbah yang akan disampaikan dan janganlah melakukan
perkara-perkara yang lagha seperti berbual-bual. Saya juga mendapati bahawa masih ada
segelintir jemaah yang leka menggunakan telefon bimbit ketika khutbah sedang
disampaikan. Tinggalkanlah sejenak urusan duniawi dan dengarkan baik-baik khutbah
yang akan disampaikan. Mudah-mudahan khutbah ini akan memberi banyak pengajaran
kepada kita semua.
1
Khutbah Jumaat Waspada Jarum Beracun

Pada hari ini saya akan membicarakan khutbah bertajuk: “Waspada Jarum Beracun”.

Sebelum itu, saya ingin mengingatkan seluruh umat Islam untuk terus mendoakan
penduduk Palestin yang semakin teruk ditindas oleh rejim zionis Israel yang serangannya
kini telah pun sampai ke Rafah yang merupakan tempat perlindungan penduduk Palestin.
Jelas dan nyata bahawa Israel memang berniat melakukan genosid terhadap rakyat
Palestin dan seterusnya merampas keseluruhan bumi Palestin untuk mereka. Maka
teruslah bermunajat kepada Allah SWT memohon pertolongan buat mereka dan
janganlah lupakan mereka. Semoga mereka semua diberi kekuatan, kesabaran, dan
kemenangan dalam mematahkan segala muslihat dan tipu daya rejim zionis laknatullahi
‘alaihim.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Dunia Islam hari ini berhadapan dengan “perang saraf” atau serangan pemikiran yang
meliputi fahaman sekularisme, liberalisme, pluralisme, hedonisme dan bermacam lagi
yang memberi impak sangat besar terhadap umat Islam dari aspek kepercayaan mahupun
amalan dalam beragama. Idealisme-idealisme ini sudah tentunya berasal dari Barat yang
semakin hari semakin berkembang ke seluruh pelusuk dunia melalui jarum-jarum halus
beracun yang dimasukkan perlahan-lahan dalam urusan kehidupan manusia.

Perkembangan ideologi dan fahaman Barat ini begitu meresahkan kerana kita dapat
melihat perubahan yang sangat ketara terhadap cara hidup masyarakat Melayu dan umat
Islam hari ini terutamanya yang telah pun diracuni sedikit demi sedikit dengan fahaman-
fahaman ini. Serangan ideologi ini juga telah menyebabkan manusia semakin ketandusan
akhlak mulia dan nilai-nilai pekerti sama ada terhadap ibu bapa, ahli keluarga, guru, rakan-
rakan dan masyarakat umumnya.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,


Saya ingin menjelaskan secara ringkas berkenaan fahaman-fahaman yang telah dan
sedang menyerang masyarakat hari ini.

Pertama: Pluralisme iaitu fahaman yang mengajar bahawa semua agama adalah sama.
Pemeluk agama tidak boleh mendakwa hanya agamanya sahaja yang benar manakala
agama lain salah. Bagi kita umat Islam, ia bertentangan dengan al-Quran yang
2
Khutbah Jumaat Waspada Jarum Beracun

menyatakan dengan jelas sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah ali Imraan ayat
19:
َ ٰ‫ِين أُوتُوا ْ ٱلۡك َِت‬
ُ‫ب إ ََّل مِ ۢن َب ۡع ِد َما َجا ٓ َء ُه ُم ٱلۡعِلۡم‬ َ ‫ِين عِن َد ٱ َّّلل ِ ٱ ۡۡل ۡس َل ٰ ُمۗۡ َو َما ٱ ۡخ َتلَ َف ٱ ََّّل‬
َ ‫إ َّن ٱ يل‬
ِ ِ ِ

َ ۡ ُ َ َ َّ َّ َ َّ َ ۡ ُ ۡ َ َ َ ۡ ُ َ ۡ َ َۢ ۡ َ
١٩ ‫اب‬
ِ ‫ِس‬ ‫ۡل‬‫ٱ‬ ‫يع‬‫َس‬
ِ ‫ّلل‬ ‫ٱ‬ ‫ن‬ِ ‫إ‬‫ف‬ ِ ‫ّلل‬ ‫ٱ‬ ‫ت‬
ِ ٰ ‫ي‬‫بغيا بينهمۗۡ ومن يكفر أَ‍ِب‬

Maksudnya: “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam.
Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai
agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka
pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana
hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar
akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan
hisabNya”.

Kedua: Liberalisme iaitu fahaman yang memperjuangkan masyarakat yang bebas


bersuara, berfikir dan menolak pembatasan terutamanya daripada pemerintah dan
agama. Fahaman ini juga mengajarkan bahawa masalah hubungan antara makhluk
dengan penciptanya merupakan masalah peribadi. Mereka didoktrin dengan kebebasan
menjalankan ajaran agama mengikut tafsiran mereka sendiri, atau kebebasan untuk tidak
memilih agama.

Ketiga: Sekularisme iaitu mengajarkan pengasingan agama dengan urusan-urusan


dunia. Fahaman ini tidak lain bertujuan menjauhkan manusia dari kehidupan akhirat demi
mencapai kehendak sendiri yang berorientasikan dunia semata-mata tanpa mengambil
kira halal dan haram sesuatu perkara. Sayid Qutb mendefinisikan sekularisme sebagai
“pembangunan struktur kehidupan tanpa dasar agama dan menganggap bahawa
fahaman ini jelas bertentangan dengan Islam bahkan merupakan musuh Islam yang paling
berbahaya”. Ia bertentangan dengan konsep kesyumulan Islam bahkan bagi kaum
Muslimin, agama itulah yang menjadi pengawal kepada setiap urusan kehidupan manusia
agar manusia tidak bertindak sesuka hati dan melampaui batas.

Keempat: Hedonisme iaitu fahaman yang menyeru manusia untuk mengejar


keseronokan dan kenikmatan material sebagai tujuan utama hidup. Dalam lingkungan

3
Khutbah Jumaat Waspada Jarum Beracun

penganut fahaman ini, hidup dilaksanakan dengan sebebas-bebasnya tanpa batas demi
memenuhi hawa nafsu melalui pesta-pesta hiburan dan seumpamanya. Dari fahaman ini,
ia tidak lain mewujudkan kesan negatif lain. Bermula dengan sikap ego yang menjadi
pangkal kepada hasrat mengejar keduniaan seterusnya membentuk peribadi yang
mementingkan diri dan keghairahan terhadap kemewahan lalu kemudiannya mula
menindas orang lain demi mencapai matlamatnya itu. Ibn Khaldun pernah
mengungkapkan: “Sejauh mana sesebuah masyarakat tenggelam dalam hedonisme,
sejauh itulah mereka akan mendekati batas kehancuran. Proses kehancuran akan terjadi
kerana hedonisme secara perlahan akan menyebabkan kemiskinan masyarakat dan
negara. Sejauh mana hedonisme mewabak, sejauh itu jugalah kemiskinan akan tersebar
di tengah masyarakat. Di pihak lain, membuang-buang harta untuk membeli barang-
barang mahal yang hanya dimaksudkan untuk berbangga-bangga, perlahan-lahan akan
mengheret sesebuah negara kepada pihak asing”.

Begitulah sebenarnya keadaan umat akhir zaman sebagaimana yang telah disabdakan
oleh Nabi Muhammad SAW:

‫َب‬ ٍ ‫شبْر ًا ب ِ ِشبْرٍ وَذِر َاعًا بِذِر‬


ٍ ‫ حَتى لَو ْ دَخ َلُوا فِي جُ حْرِ ض‬،‫َاع‬ ِ ،ْ‫ن م ِنْ قَب ْل ِكُم‬
َ ‫لَتَتب ِع ُن سَنَنَ الذ ِي‬

ْ‫ فَم َن‬:َ‫ل الله ِ الْيَه ُود َ و َالنصَار َى؟ قَال‬


َ ‫ ي َا رَسُو‬:‫ل َاتبَعْتُم ُوه ُ ْم قُل ْنَا‬

Maksudnya: “Sesungguhnya kamu akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kamu


sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sampai jika orang-orang yang kamu
ikuti itu masuk ke lubang dhab (yang sempit sekalipun), pasti kamu pun akan
mengikutinya”. Kami (para sahabat) berkata, “Wahai Rasulullah! Apakah yang diikuti itu
ialah Yahudi dan Nasrani?” Baginda menjawab, “Lantas siapa lagi?”. (Hadis riwayat
Imam Muslim)

SIDANG JEMAAH YANG DIKASIHI SEKALIAN,


Semua fahaman yang disebutkan tadi menyerang masuk melalui pelbagai cara antaranya
seperti drama, filem, media sosial, sukan, lagu dan segala bentuk kesenangan dan
keseronokan yang disukai oleh fitrah manusia. Ada sebahagian filem dan karya seni pula
yang dihasilkan pada hari ini semakin berani menyinggung kesucian Islam dan
mempersendakan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Ia nampak kecil pada

4
Khutbah Jumaat Waspada Jarum Beracun

zahirnya atas alasan sekadar hiburan namun hakikatnya ia memakan kesan yang sangat
besar terhadap pemikiran dan cara hidup masyarakat terutamanya pada golongan muda.
Ada sebahagiannya pula masuk melalui persatuan-persatuan dan badan-badan bukan
kerajaan (NGO). Mereka cukup lantang mempersoalkan dan mencabar hukum-hakam
Islam malah mentafsir ajaran Islam mengikut logik akal mereka sendiri. Maka umat Islam
hendaklah sentiasa berhati-hati dengan dakyah dan tipu daya hiasan iblis melalui
golongan ingkar yang sentiasa berusaha memadam cahaya kebenaran (Islam) walaupun
Allah SWT telah menjamin keselamatan dan pemeliharaan cahaya Islam di muka bumi
ini. Justeru, mengakhiri khutbah pada hari ini, saya ingin membuat beberapa rumusan:

Pertama: Dunia hari ini berhadapan dengan “perang saraf” yang bergerak secara halus
melalui pelbagai ideologi songsang yang dibawa oleh Barat.
Kedua: Idealisme yang dibawa oleh Barat berteraskan keduniaan dan kebebasan hidup
semata-mata dan bertujuan menjauhkan manusia dari Penciptanya.
Ketiga: Umat Islam perlu sentiasa berhati-hati dengan dakyah yang dibuat oleh pihak
yang memusuhi Islam dengan cuba memadamkan cahaya Islam melalui pelbagai cara
dari bersinar di muka bumi ini.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Taubah ayat 32:


َ ُ ٰ َ ۡ َ َ ۡ َ َ ُ َ ُ َّ ُ َ ٓ َّ ُ َّ َ ۡ َ َ ۡ ٰ َ ۡ َ َّ َ ُ ْ ُ ۡ ُ َ َ ُ ُ
٣٢ ‫ي ِريدون أن يط ِفوا نور ٱّللِ بِأفوهِ ِهم ويأَب ٱّلل إَِل أن يتِم نورهۥ ولو ك ِره ٱلكفِرون‬

Maksudnya: “Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut
mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahaya-Nya,
sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)”.

،‫كي ِْم‬
ِ َ ‫ات و َالذِكْر ِ الْح‬ َ ِ ‫ و َنَفَعَن ِ ْي و َِإياك ُ ْم بِمَا ف ِيْه ِ م‬،‫ن الْعَظِي ِْم‬
ِ َ ‫ن الْآي‬ ِ ‫بَارَك َ الله ُ ل ِ ْي و َل َك ُ ْم ب ِالْقُر ْآ‬
‫ل قَو ْل ِ ْي هَذ َا و َأسْ تَغْف ِر ُ الله َ الْعَظِي ْم َ ل ِ ْي‬
ُ ْ ‫ أقُو‬.ُ ‫ل م ِن ِ ْي وَم ِنْك ُ ْم تِلَاو َتَه ُ ِإنه ُ ه ُو َ السمِي ْ ُع ال ْعَلِي ْم‬
َ ‫و َتَق َب‬
،‫ات‬ ِ َ ‫ات الْأحْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم و َالْأمْو‬ ِ َ ‫ات و َال ْمُؤْم ِنِيْنَ و َال ْمُؤْم ِن‬ِ َ ‫و َل َك ُ ْم و َلِسَائِر ِ ال ْمُسْل ِمِيْنَ و َال ْمُسْل ِم‬
.ُ ‫حي ْم‬
ِ ‫فَاسْ تَغْف ِرُوْه ُ ِإنه ُ ه ُو َ ال ْغَفُوْر ُ الر‬

5
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Waspada Jarum Beracun‬‬

‫‪KHUTBAH KEDUA‬‬

‫َب الْع َالم َي ِنَ‪ ،‬و َالصلَاة ُ و َالسلَام ُ عَلى َ سَيِدِن َا مُحَمدِ ِن النب ِ ِي الْأم ِينِ‪ ،‬و َعَلَى آلِه ِ‬ ‫اَلْحم َْد ُ لِله ِ ر ِ‬
‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِينِ‪.‬‬
‫ن وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬
‫صحَابِه ِ الطاهِرِي َ‬
‫و َأ ْ‬
‫ك لَه ُ‪ ،‬و َأشْهَد ُ أن سَيِد َنَا مُحَمدًا ع َبْدُه ُ وَرَسُولُه ُ‪.‬‬
‫أشْهَد ُ أ ْن لا ِإله َ ِإلا الله ُ وَحْد َه ُ لا َ شَر ِي ْ َ‬
‫أما بَعْد ُ‪ ،‬فَيَا عِبَاد َ اللهِ‪ ،‬اِتق ُوا الله َ حَق تُق َاتِه ِ و َاع ْلَم ُوا أن الله َ أم َرَك ُ ْم ب ِأ ْمر ٍ عَظ ٍِيم‪ ،‬أم َرَك ُ ْم‬
‫َّ َّ َ َ َ َ َٰٓ َ َ ُ ُ َ ُّ َ َ َ‬
‫ل الله ُ تَع َالَى‪ :‬إِن ٱّلل وملئِكتهۥ يصلون لَع‬ ‫ب ِالصلَاة ِ و َالتسْل ِِيم عَلَى نَب ِيِه ِ ال ْكَر ِي ِم‪ ،‬فَق َا َ‬
‫ً‬ ‫ۡ‬ ‫َّ ي ََٰٓ َ ُّ َ َّ َ َ َ ُ ْ َ ُّ ْ َ َ ۡ َ َ ي ُ ْ َ‬
‫ب ِّۚ يأيها ٱَّلِين ءامنوا صلوا عليهِ وسلِموا تسلِيما ‪٥٦‬‬ ‫ٱنل ِ ِ‬
‫ل‬
‫ل سَي ِدِن َا مُحَمدٍ كَمَا صَلي ْتَ عَلَى سَي ِدِنَا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َعَلَى آ ِ‬
‫ل عَلَى سَي ِدِن َا مُحَمدٍ و َعَلَى آ ِ‬
‫ص ِ‬
‫اَلله ُم َ‬
‫ل سَي ِدِن َا مُحَمدٍ كَمَا بَارَكْ تَ عَلَى سَي ِدِنَا‬
‫ك عَلَى سَي ِدِن َا مُحَمدٍ و َعَلَى آ ِ‬
‫سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َب َارِ ْ‬
‫مج ِيْدٌ‪.‬‬
‫ك حَمِيْدٌ َ‬
‫ل سَي ِدِنَا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ فِي ال ْع َالم َي ِْنَ ِإن َ‬ ‫ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َعَلَى آ ِ‬
‫ن التاب ِع ِينَ و َتَابِع ِي‬
‫ن و َع َنْ ب َق ِية ِ الصح َابَة ِ أجْم َع ِينَ‪ ،‬وَع َ ِ‬ ‫ن الْخل ُُف َاء ِ الرا ِ‬
‫شدِي َ‬ ‫ْض الله ُم ع َ ِ‬ ‫و َار َ‬
‫ْض ع َنا م َعَه ُ ْم ي َا أك ْرَم َ الْأك ْرَم ِينَ‪.‬‬ ‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِي ْ ِن و َار َ‬ ‫التاب ِع ِينَ وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬
‫ات‪.‬‬ ‫ات الْأحْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم و َالْأمْو َ ِ‬‫ات و َال ْمُؤْم ِنِينَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬
‫الله ُم اغْفِر ْ لِل ْمُسْل ِمِينَ و َال ْمُسْل ِم َ ِ‬
‫َالصحة ِ و َالسلَامَة ِ ج َلَالَة َ م َل ِكَ نَا ك باوه دولي يڠ مها‬
‫ق و َال ْهِد َايَة ِ و ِ‬
‫الله ُم أي ِ ْد بِدَو َا ِم التو ْف ِي ْ ِ‬
‫موليا سري ڤدوك بڬيندا يڠ د‪-‬ڤرتوان اڬوڠ سُلْطَان ِإ ب ْر َاه ِيم‪.‬‬
‫ك ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ‪ ،‬راج‬
‫وَك َذل ِ َ‬
‫ِيث صُوف ِيَاهْ‪.‬‬
‫ز َار ْ‬
‫ك‬
‫ات ب ِر َ ْحمَت ِ َ‬
‫ن ال ْمُؤْم ِنِينَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬
‫الله ُم احْ ف َْظ عُلَمَاءَه ُ وَوُزَر َاءَه ُ و َقُضَاتَه ُ و َع ُمالَه ُ وَر َعَاي َاه ُ م ِ َ‬
‫حم َ الرا ِحم ِينَ‪.‬‬
‫يَا أ ْر َ‬
‫ن و َأم َانٍ‪،‬‬ ‫الله ُم اجْ ع َلْ بلََد َن َا م َالِيز ِي َا آم ِنا ً م ُ ْطم َئ ًِّنا‪ ،‬سَ خَاء ً رَخ َاءً‪ ،‬د َار َ ع َ ْد ٍ‬
‫ل و َِإيمَانٍ‪ ،‬و َأ ْم ٍ‬
‫وَسَائ ِر َ بِلَادِ ال ْ مُسْل ِمِينَ‪.‬‬

‫‪6‬‬
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Waspada Jarum Beracun‬‬

‫الله ُم أعِز ال ِْإسْ لَام َ و َال ْمُسْل ِمِيْنَ ‪ ،‬وَد َم ِْر أعْد َاءَك َ أعْد َاء َ الدِي ِن وان ْصُرْ م َنْ نَصَر َ الدِينَ‪،‬‬
‫ك ِإلَى يَو ْ ِم الد ِيْنِ‪.‬‬
‫ل كَل ِمَت َ َ‬
‫ل ال ْمُسْل ِمِيْنَ‪ ،‬و َأع ْ ِ‬
‫و َاخْذ ُلْ م َنْ خَذ َ َ‬
‫ك‬
‫سط ِينَ‪ ،‬اَلله ُم عَلَي ْ َ‬
‫ن قَتَلُوا ِإخْ وَانَنَا ال ْمُسْل ِمِينَ فِي فل َ ْ‬
‫ك ب ِالْيَه ُودِ ال ْمُعْتَدِينَ‪ ،‬ال َذ ِي َ‬
‫اَلله ُم عَلَي ْ َ‬
‫ل الدائ ِرَة َ عَلَيْهِمْ‪،‬‬
‫بِهِمْ‪ ،‬ف َِإنه ُ ْم ل َا يُعْجِز ُونَكَ‪ ،‬ألله ُم شَت ِْت شَم ْلَه ُ ْم و َف َر ِْق جَم ْعَه ُ ْم و َاجْ ع َ ِ‬
‫اَلله ُم اَحْ صِه ِ ْم عَدَد ًا‪ ،‬و َاق ْتُلْه ُ ْم بَدَد ًا‪ ،‬وَل َا تُغ َادِ ْر مِنْه ُ ْم أحَدًا‪ ،‬اَلله ُم أنْز ِلْ عَلَيه ِ ْم و َعَلَى م َنْ‬
‫طيْر ًا أبَابيِلَ‪،‬‬ ‫ك الذ ِي ل َا ي ُر َُد ع َ ِ‬
‫ن الْقَو ْ ِم الظالِمِينَ‪ .‬اَلله ُم أ ْرسِلْ عَلَيْه ِ ْم َ‬ ‫س َ‬
‫عَاو َنَهُمْ‪ ،‬ب َأ َ‬
‫ف مأكُول‪.‬‬ ‫تَرْم ِيه ِ ْم بِ ح ِج َارَة ٍ م ِنْ سِ ج ِي ٍ‬
‫ل‪ ،‬فَجَعَلَه ُ ْم كَع َصْ ٍ‬
‫سط ِينَ‪.‬‬ ‫ن و َال ْمُسْت َضْ ع َف ِينَ فِي فَل َ ْ‬
‫اَلله ُم ان ْص ُرْ ِإخْ وَانَنَا ال ْمُسْل ِمِينَ و َال ْم ُج َاهِدِي َ‬
‫ك م ِنْ ش ُر ُورِهِمْ‪ .‬اَلله ُم بَدِ ْد شَم ْلَهُمْ‪ ،‬و َف َرِ ْق‬ ‫ك فِي نُح ُورِ أعْد َاءِن َا‪ ،‬و َنَع ُوذ ُب ِ َ‬ ‫نج ْع َل ُ َ‬
‫اَلله ُم ِإنا َ‬
‫جَم ْعَه ُ ْم وَشَت ِْت كَل ِمَتَهُمْ‪ ،‬وَز َلْز ِلْ أقْد َامَهُمْ‪ ،‬وَسَل ِْط عَلَيْه ِ ْم ك َل ْبًا م ِنْ كِلَابِكَ‪ ،‬يَا ق َهار ٌ‪ ،‬ي َا‬
‫َاب‪،‬‬
‫حز ِ‬‫َاب‪ ،‬يَا ه َازِم َ الْأ ْ‬
‫اب‪ ،‬ي َا مُجْرِىَ السح ِ‬
‫ل الْكِت َ ِ‬
‫جَبار ٌ‪ ،‬ي َا م ُن ْت َقِم ُ ي َا اللهُ‪ .‬اَلله ُم ي َا مُنْز ِ َ‬
‫اِهْزِ ْم أعْد َاء َ ال ْمُسْل ِمِينَ‪ ،‬اِهْزِمْهُمْ! اِهْزِمْهُمْ! و َان ْصُر ِ ال ْم ُسْل ِمِينَ عَلَيهِمْ‪.‬‬
‫ظه َر َ مِنْهَا‬
‫ن و َال ْف ِتَنَ‪ ،‬م َا َ‬
‫الله ُم ادْف َعْ ع َنا ال ْبَلَاء َ و َال ْغ َلاَء َ و َال ْو َباَء َ و َالْف َحْ شَاء َ و َال ْمُن ْك َر َ و َالْمِح َ َ‬
‫ك ع َلَى ك ُِل شَيْء ٍ قَدِيْر ٌ‪.‬‬ ‫ن اْلمُسْل ِمِيْنَ عَامة ً‪ِ ،‬إن َ‬ ‫وَم َا بَطَنَ‪ ،‬م ِنْ بلََد ِن َا هَذ َا خ َاصة ً‪ ،‬وَم ِنْ بل ُ ْد َا ِ‬
‫حم َ‬
‫ن الب َرَصِ‪ ،‬و َالْجن ُ ُونِ‪ ،‬و َالْجُذ َا ِم‪ ،‬وَم ِنْ س َِي ِئ الْأسْ ق َا ِم‪ ،‬يَا أ ْر َ‬
‫ك مِ َ‬
‫الله ُم ِإنا نَع ُوذ ُ ب ِ َ‬
‫الرا ِحم ِيْنَ‪.‬‬
‫حسَن َة ً و َق ِنَا عَذ َابَ النارِ‪.‬‬
‫خرَة ِ َ‬
‫حسَن َة ً و َفِي الْآ ِ‬ ‫ر َبنَا آتنَِا فِي ُ‬
‫الدن ْيَا َ‬
‫عِبَاد َ اللهِ‪،‬‬
‫ۡ ُ ۡ َٰ َ َ ۡ َ ٰ َ ۡ َ ۡ َ ٓ َ ُۡ َ َ َۡ ۡ‬ ‫َٓ‬ ‫َ‬ ‫ۡ‬ ‫َّ َّ َ َ ۡ ُ ُ ۡ َ ۡ َ ۡ‬
‫غ‬ ‫ٰ‬
‫ٱۡلحس ِن ِإَويتا ِٕي ذِي ٱلقرَب وينَه ع ِن ٱلفحشاءِ وٱلمنك ِر وٱۡل ِ ِۚ‬ ‫۞إِن ٱّلل يأمر بِٱلعد ِل و ِ‬
‫ُ ُ َ َّ ُ َ َ َّ َ‬
‫يَعِظك ۡم ل َعلك ۡم تذك ُرون ‪٩٠‬‬
‫فَا ْذك ُر ُوا الله َ ال ْعَظِي ْم َ ي َ ْذكُر ْكُمْ‪ ،‬و َاشْ ك ُر ُوه ُ عَلَى ن ِعَمِه ِ يَزِدْكُمْ‪ ،‬و َاسْ ألُوه ُ م ِنْ ف َضْ لِه ِ يُعْطِك ُ ْم‬
‫وَلَذِك ْر ُ الله ِ أكْ ب َر ُ‪ ،‬و َالله ُ يَعْلَم ُ م َا تَصْ ن َع ُونَ‪.‬‬
‫‪7‬‬

Anda mungkin juga menyukai