Anda di halaman 1dari 10

KHUTBAH JUMAAT

“AKIDAH TERPELIHARA UMMAH SEJAHTERA”


(17 Mac 2023M/ 24 Syaaban 1444H)

ُُ‫ ُ َوأَ ْش َه ُُد ُأَ ُْن َُُل ُإِلَـُّٰوَ ُإَُِل ُالـ ّٰلُّو‬،‫ن ُاُلْـ َح ِمْي ِد‬ ُ‫ـح ْم ُُد ُلِـ ّٰلُِّو ُاُلْغَِ ي‬ ِ ّ‫اَلْـحم ُُد ُلِـ ّٰل‬
___________________________________________________________________________________________________________________________

َ ‫ل‬
َْ‫ا‬ُ ، ُ
‫و‬ َْ
ُ.ُ‫ُ َوأَ ْش َه ُُدُأَ َُنُ َسي َدنَاُ ُُمـ َح َم ًداُ َعْب ُدُهُُ َوَر ُس ْولُُو‬،ُُ‫كُلَُو‬ َُ ْ‫َو ْح َدُهَُُُلُ َش ِري‬
ُ.‫ص ْحبُِِوُ َو َسلي ُْمُتَ ْسلِْي ًماُُ َُكثِْيـًرا‬ ََ ‫و‬ ُ ُ
‫و‬ِِ‫اَلـ ّٰلّه َُمُص يُلُعلَىُسي ِدنَاُ ُمـح َم ٍُدُوعلَىُآل‬
ََ َ ُ َ َ َ ُ
ُ‫ ُاتَـ ُق ْوا ُالـ ّٰلُّوَ ُ َح َُق ُتُـ َقاتُِِو ُ َوَُل ُُتَـ ُم ْوتُ َُن ُإَُِل ُ َوأَنْـتُ ُْم‬،‫اد ُالـ ّٰلُِّو‬َُ َ‫ ُفَـيَا ُ ِعب‬،‫أََما ُبَـ ْع ُد‬
.‫ُم ْسلِ ُم ْو َُن‬
Kaum muslimin yang dirahmati Allah,
Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kepada Allah
subhanahu wata’ala dengan menunaikan segala perintah-Nya dan
meninggalkan segala larangan-Nya. Semoga kita beroleh kejayaan,
kebahagiaan dan keselamatan di dunia dan di akhirat. Khatib
mengingatkan para jemaah agar memberi sepenuh perhatian
kepada khutbah yang akan disampaikan dan tidak melakukan
perkara-perkara yang lagha (sia-sia) seperti berbual-bual atau
menggunakan telefon. Marilah kita bersama-sama mendengar dan
menghayati khutbah yang bertajuk : “Akidah Terpelihara Ummah
Sejahtera”.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,


Baru-baru ini, telah tular sebuah filem yang didapati bertentangan
dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia.
Kebebasan bersuara tidak boleh didorong dengan keghairahan
1
berkarya yang sewenang-wenangnya hingga melanggar batas-
batas dan sempadan iman dan kufur boleh mengundang kesesatan
dan merosakkan akidah umat Islam. Perkara ini telah seringkali
diperingatkan sama ada dalam al-Quran mahupun hadis-hadis
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Justeru, kita mesti berhati-hati
dalam setiap tindakan dan ucapan supaya tidak melanggar batas
sempadan kekufuran yang menjerumuskan seseorang itu ke
lembah penyesalan.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,


Peristiwa yang berlaku ini menunjukkan betapa perlunya kita
semua sentiasa berusaha memantapkan pegangan akidah dan
berpegang teguh dengan al-Quran dan al-Sunnah seperti yang
telah diperintahkan oleh Allah subhanahu wata'ala. Inilah yang
disebut oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bahawa umatnya
tidak akan sesat jika berpegang teguh pada keduanya umpama
menggigit sesuatu dengan gigi geraham.

Dalam sebuah hadis daripada Yahya bin Abi al-Mutha‟ beliau


berkata; aku mendengar „Irbadh bin Sariyah berkata; “Pada suatu
hari Rasulullah sallallahu alaihi wasallam berdiri di tengah-tengah
kami. Baginda memberi nasihat yang sangat menyentuh hati,
membuatkan hati menjadi gemetar, dan berlinangan air mata. Lalu
dikatakan; “Wahai Rasulullah! Engkau telah memberikan nasihat
kepada kami satu nasihat perpisahan, maka berilah kami satu
wasiat”. Baginda bersabda: ((Hendaklah kamu bertakwa kepada
Allah, mendengar dan taat meskipun kepada seorang hamba

2
Habasyi. Dan sepeninggalanku nanti, kamu akan melihat
perselisihan yang sangat dahsyat, maka hendaklah kamu
berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa' ar-
rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah sunnah itu dengan gigi
geraham (iaitu berpegang teguh dengannya), dan jangan sampai
kamu mengikuti perkara-perkara (bid’ah) yang dibuat-buat, kerana
sesungguhnya semua bid’ah itu adalah sesat”.
(Hadis riwayat Imam Ibnu Majah)

Sesungguhnya, segala perkara berkaitan urusan agama tidak boleh


dibahaskan berdasarkan logik akal semata-mata. Ia memerlukan
kepada disiplin ilmu yang benar dan pemahaman yang jelas
terhadap nas-nas berkaitan. Bahkan bagi orang awam, mereka
perlu merujuk hal-hal berkaitan agama kepada pihak-pihak yang
berautoriti. Firman Allah subhanahu wata'ala dalam Surah al-Nahl
ayat 43:

              

 

Maksudnya: Dan tidaklah Kami mengutus rasul-rasul sebelummu


(wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang lelaki, yang
Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai
golongan musyrik) kepada orang yang berpengetahuan agama jika
kamu tidak mengetahui.

Selain itu juga, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam telah memberi


amaran bahawa jika orang jahil berbicara tentang hukum-hakam
3
agama, mereka telah sesat bahkan menyesatkan orang lain pula.
Daripada Abdullah bin Amru radiallahu anhuma daripada
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam:

ُ‫ض‬ ِ
‫ب‬‫ق‬ْ ‫ـ‬ ‫ي‬ُ ‫ن‬‫ك‬ِ ّٰ‫ ُولَـ‬،‫(( ُإِ َن ُاهلل َُل ُيـ ْقبِض ُالْعِْلم ُانْتِزاعا ُيـْنتَ ِزعو ُِمن ُالْعِب ِاد‬
ُ َ ْ َ َ َ ُُ َ ً َ َ ُ َ َ
ُ‫وسا‬‫ؤ‬ ‫ُر‬ ‫َاس‬ ‫ن‬ ‫ُال‬ ‫ذ‬
َ ‫ـخ‬ َ
‫ت‬ ‫ُا‬ ‫ا‬ ِ‫ ُح ََّت ُإِ َذا ُلَـم ُيـب ِق ُعال‬،‫اء‬
‫ـم‬ ِ ‫م‬ ‫ل‬
َ ‫ع‬ ‫ل‬
ْ ‫ُا‬ ‫ض‬ِ ‫ب‬‫ق‬َ ِ
‫ب‬ ُ ‫م‬‫ل‬ْ ِ‫الْع‬
ُ
ً ُ ُ َ ً َ ُْ ْ َ َُ ْ َ
ُ))ُ‫َضلُّوا‬ ‫أ‬
‫اُو‬ ‫و‬ ُّ
‫ل‬ ‫ض‬ ‫ف‬ ُ، ٍ
‫م‬ ‫ل‬ ِ ‫ُفَسئِلُواُفَأَفْـتَـواُبِغَ ِْي‬،‫ال‬
‫ُع‬
َ َ َ َ ْ ْ ْ ُ ًُ ‫ُج َه‬
Maksudnya: Sesungguhnya Allah subhanahu wata'ala tidak
menghapus ilmu pengetahuan dengan cara mengambil sekaligus
daripada hamba-hamba-Nya. Tetapi Allah subhanahu wata'ala
menghapus ilmu pengetahuan itu dengan kematian ulama sehingga
tiada lagi orang yang alim. Ketika itu orang ramai melantik ketua-
ketua mereka dari kalangan orang yang jahil dan apabila mereka
ditanya mereka memberi fatwa dengan sewenang-wenangnya
tanpa berpandukan ilmu pengetahuan. Maka mereka sesat lagi
menyesatkan orang lain.
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,


Apa jua perkara yang hendak kita lakukan dan usahakan, aspek
pemantapan akidah mestilah menjadi keutamaan. Akidah yang
mantap akan mendorong kita melakukan kebaikan dan
menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan syirik. Ia juga
membantu kita untuk membina kekuatan rohani dan jasmani dalam
menghadapi apa jua cabaran dan dugaan kehidupan.

4
Dunia tanpa sempadan pada hari ini semakin mencabar. Pelbagai
bentuk pemikiran, ideologi dan pegangan kepercayaan yang
bertentangan dengan Islam serta menyeleweng begitu mudah
disebarkan terutama di media-media sosial sehingga boleh
merosakkan akidah umat Islam.

Justeru, kita wajib berpegang teguh dengan akidah Islam bagi


menangkis pemikiran yang salah seperti liberalisme, pluralisme dan
sebagainya yang jelas menyeleweng dan sesat. Akidah yang
mantap dan terpelihara dapat menyelamatkan kita, keluarga dan
umat keseluruhannya daripada tersungkur ke lembah kemurkaan
dan kesesatan.

Marilah kita berdoa dan berusaha dengan sedaya upaya agar kita
sentiasa dibantu dan dipandu di atas landasan Islam yang lurus.
Semoga dengan kemantapan akidah hidup kita sentiasa mendapat
limpahan rahmat dan inayah Allah subhanahu wata'ala.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,


Pada kesempatan ini, bersempena dengan Ramadan yang bakal
tiba lebih kurang seminggu lagi, dan Majlis Tilawah Dan Menghafaz
Al-Quran Peringkat Sarawak yang sedang berlangsung di Dewan
Suarah, Bintulu sejak 15 hingga 18 Mac 2023, marilah kita
bersama-sama menyemarakkan amalan membaca dan
mempelajari al-Quran. Mudah-mudahan kita semua termasuk
dalam kalangan hamba-Nya yang diredhai dan diberkati.

5
Sebelum mengakhiri, marilah kita menghayati kesimpulan dari
khutbah hari ini iaitu:

Pertama: Umat Islam hendaklah sentiasa berusaha memelihara


dan memantapkan pegangan akidah serta berpegang teguh
dengan al-Quran dan al-Sunnah.

Kedua : Perkara berkaitan urusan agama tidak boleh dibahaskan


berdasarkan logik akal semata-mata kerana ia memerlukan kepada
disiplin ilmu yang benar dan pemahaman yang jelas terhadap nas-
nas berkaitan.

Ketiga : Umat Islam hendaklah merujuk hal-hal berkaitan Islam


kepada pihak-pihak yang berautoriti.

Marilah kita bersama-sama menghayati firman Allah subhanahu


wata’ala dalam surah Aali Imran, ayat 85:

ِ ‫الرِح‬
.‫يم‬ َّ ‫الر ْح َم ـٰ ِن‬ ِ ‫ بِس ِم‬.‫الرِج ْي ِم‬
َّ ‫اهلل‬ ْ َّ ِ َ‫الش ْيط‬
‫ان‬ َّ ‫ن‬
َ
ِ ‫اهلل‬
‫م‬ ِ ِ‫أَعُوذُ ب‬
ْ
             

Maksudnya : Dan sesiapa yang mencari agama selain agama


Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari
akhirat kelak dari orang yang rugi.

6
‫آن ُالْ َع ِظْي ِم‪َُ ،‬ونَـ َف َع ِن َُوإِيَا ُك ْم ُُبِـ َما ُفِْي ِو ُِم َنُ‬
‫ُاهللُِِل ُولَ ُكم ُِِف ُالْ ُقرء ِ‬
‫َْ‬ ‫بَ َارَك ُ َ ْ‬
‫ُى َو ُال َس ِمْي ُعُ‬ ‫و‬ ‫َ‬
‫ُ‬
‫ن‬ ‫ِ‬
‫إ‬‫‪ُ،‬‬ ‫و‬ ‫ت‬
‫َ‬‫و‬ ‫ُ‬
‫ل‬ ‫َ‬ ‫ات ُوال يذ ْك ِر ُاُلْـح ِكي ِم‪ُ،‬وتَُـ َقبَل ُِم ين ُوِمْن ُكم ُتِ‬ ‫اآلي ِ‬
‫َ ْ َ َ ْ َ ْ َُ ُ ُ‬ ‫َ َ‬
‫َستَـ ْغ ِفُر ُاهللَ ُالْ َع ِظْي َم ُِِل َُولَ ُك ْم‪َُ ،‬ولِ َسائِِرُ‬ ‫ُو‬ ‫ا‪،‬‬ ‫ذ‬‫َ‬ ‫ُى‬ ‫ِل‬‫ِ‬
‫الْ َعلْ ُ ُ ْ َ ْ َ َ ْ‬
‫أ‬ ‫و‬ ‫ـ‬ ‫ق‬ ‫ُ‬ ‫ل‬‫ُ‬ ‫و‬ ‫ـ‬ ‫ق‬‫َ‬‫أ‬ ‫ُ‬ ‫‪.‬‬ ‫ُ‬
‫م‬ ‫ي‬‫ِ‬
‫ُى َوُ‬ ‫و‬‫َ‬‫ن‬‫ِ‬
‫إ‬‫ُ‬ ‫ه‬‫و‬ ‫ر‬ ‫ات‪ُ ،‬فَاستـ ْغ ِ‬
‫ف‬ ‫ات‪ُ ،‬والْمؤِمنِْي ُوالْمؤِمنَ ِ‬ ‫الْمسلِ ِمْي ُوالْمسلِم ِ‬
‫ْ َ ُْ ُ ُ ُ‬ ‫َ ُْ َْ َ ُْ‬ ‫ُ ْ َْ َ ُ ْ َ‬
‫الْغَ ُف ْوُرُالَرِحْي ُُم‪.‬‬

‫‪7‬‬
KHUTBAH JUMAAT KEDUA
______________________________________________________________________________________________________________________

ُُ‫ُأَ ْش َه ُد ُأَ ْن َُل ُإِلَُـّٰـوَ ُإَِل ُاهلل‬.‫َُحْ ًداُ َكثِ ًْياُ َك َماُأ ََمَُر‬ َ ‫ـح ْم ُد ُلِّٰلّ ِو‬َ ‫ل‬
َْ‫ا‬ ُ. ِ ّ‫اَلْـحم ُد ُلِّٰل‬
ُ
‫و‬ َْ
ُ‫ُاَل ّٰلّ ُه َم‬.ُ‫اُعْب ُدهُ َُوَر ُس ْولُُو‬
َ ‫اُمـ َح َم ًد‬ ُُ َ‫ُسي َُدن‬َ ‫ن‬َ َ
‫أ‬ ُ ‫د‬ُ ‫ه‬ ‫ش‬
ْ
َ َ َ‫أ‬
‫ُو‬، ‫و‬
ُ ‫ل‬
َ ُ ‫ك‬َ ‫ي‬
ْ‫ر‬ِ ‫ُش‬
َ ‫َو ْح َدهُ َُل‬
ُ‫ُأََما‬.‫ْي‬ َُ ْ ِ‫َْجَع‬
ْ ‫َص َحابِِوُأ‬ ‫أ‬‫ُو‬ ‫و‬ِِ‫اُمـح َم ٍدُوعلَىُأّٰل‬ ُ ‫ن‬
َ ِ ‫صلُوسليمُوبا ِرُْكُعلَىُسي‬
‫د‬
ْ َ ّٰ َ َ َ ُ َ ّٰ َ َ َ ْ َ َ ‫َ ي‬
ُ.‫ُح َقُتُـ َقاتِِوُلَ َعلَ ُك ْمُتُـ ْفلِ ُح ْو َُن‬ ‫اُاهلل‬‫و‬ ‫ق‬ َ
‫ـ‬ ‫ت‬ِ‫ُا‬،‫ُاهلل‬
ِ ‫اُعباد‬ ِ ‫ُفَـي‬،‫بـع ُد‬
َ َ ُ َ َ َ َْ
Kaum Muslimin yang dirahmati Allah,
Pada musim tengkujuh ini, mimbar menyeru agar kita sentiasa
berwaspada dan mengikuti nasihat yang diberikan oleh pihak
berkuasa dari masa ke masa sama ada yang berkaitan dengan
kemungkinan banjir mahupun keadaan perairan untuk apa sahaja
aktiviti. Pada masa yang sama, kita hendaklah sentiasa melakukan
kawalan kendiri dengan sebaik-baiknya bagi mengelakkan terdedah
kepada bahaya wabak penyakit. Teruskanlah memohon
keampunan dan bermunajat kepada Allah subhanahu wata’ala agar
diangkat segala wabak dan musibah daripada kita dan dikurniakan
keselamatan dan kesejahteraan buat diri, keluarga, masyarakat,
negeri dan negara.

ُ:‫ال‬
َُّٰ ‫قَ َالُاهللُُتَـ َع‬
           

  

8
ُ‫ت‬ ‫ي‬ َ
‫ل‬ ‫اُص‬ ‫م‬ ‫ك‬َ ُ، ٍ ‫اَل ّٰلّه َم ُصل ُعلَ ُى سي ِدنَاُمـح َم ٍد ُوعلَى ُأّٰ ُِل سي ِدنَاُمـح َم‬
‫د‬
َ َْ َ َُ َ ّٰ َ َ َ ُ َ ّٰ َ ‫ُ َ ي‬
ُ‫ُعلَ ُّٰى َسي ِدنَا‬ ‫ك‬ ْ ِ
‫ر‬ ‫ا‬
َ َ َ َ ْ َْ ‫ب‬‫ُو‬ ، ‫م‬ ‫ي‬ ِ ‫علَ ُى سي ِدنَا ُإِبـر ِاىيم ُوعلَى ُأّٰ ُِل سي ِدنَا ُإِبـر‬
‫اى‬ َ ّٰ َ َ َ ْ َ ْ َ ّٰ َ
ُ‫ت ُ َعلَىٰ ُ َسي ِدنَا ُإِبْـَر ِاىْي َم‬ ‫ك‬‫ار‬
ْ ‫ُب‬ ‫ا‬ ‫م‬
َ ََ ََ ََ ُ َ َ ‫ك‬ ُ ، ٍ
‫د‬ ‫م‬ ‫ح‬ ‫ـ‬ ‫م‬ ُ ‫ا‬ ‫ن‬‫د‬ِ ‫ي‬‫س‬ ُ
‫ل‬ِ ّٰ
‫أ‬ ُ ُ
‫ى‬ ٍ
ّٰ َ َ ‫ُمـ َح َم‬
َ‫ل‬‫ع‬ ‫ُو‬ ‫د‬
.‫َُحْي ٌدُ َمـ ِجْي ٌُد‬
َِ ‫ك‬ َ‫ن‬ِ
‫إ‬ُ، ‫ْي‬ ‫م‬ِ ‫ل‬
َ ‫ا‬ ‫ع‬ْ‫ل‬
َ َ ْ َ ْ َ ْ َ ْ َ ّٰ َ َ ‫ُا‬ ‫ُِف‬،ِ ‫م‬ ‫ي‬ ِ ‫وعلَىُأّٰ ُِل سي ِدنَاُإِبـر‬
‫اى‬
ِ ‫ات ُُاْألَحي‬
ُ‫آء‬ ِ َ‫ات ُوالْمؤِمنِْي ُوالْمؤِمن‬ ِ ‫اَل ّٰلّه َم ُا ْغ ِفر ُلِْلمسلِ ِمْي ُوالْمسلِم‬
َْ ُْ َ َْ ُْ َ َ ْ ُ َ َْ ْ ُ ْ ُ
ُ‫اض َي‬ِ َ‫ات ُويا ُق‬ ِ ‫َُسيع ُقَ ِريب ُم ِـجيب ُالدَعو‬ َِ ‫ك‬ َ
‫ن‬ ِ
‫إ‬ ُ . ُ
‫ات‬ ِ ‫و‬ ‫م‬ ُ
‫األ‬
َ ْ ‫ُو‬ ‫م‬‫ه‬ ‫ـ‬ ‫ن‬
ْ ِ
‫م‬
ََ ََ ُ ْ ُ ٌ ْ ٌ ْ َ َْ َ ْ ُ
ُِ ‫اج‬
.‫ات‬ َ ‫اُلْـ َح‬
Ya Allah, ampunilah dosa-dosa dan kesalahan kami, ibubapa kami,
ahli keluarga dan guru-guru kami. Limpahkanlah kesejahteraan,
kedamaian dan kebahagiaan kepada kami semua dalam kehidupan
di dunia dan di akhirat.

Ya Allah ! Ya Rahman ! Ya Rahim! Berikanlah taufiq dan hidayat-


Mu kepada kami semua dan juga kepada pemimpin-pemimpin
Negara kami, khasnya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong Malaysia, dan juga pemimpin-pemimpin negeri
kami, khususnya Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri
Sarawak.

9
Ya Allah! Kurniakanlah kami rezeki yang halal lagi diberkati,
hindarilah kami dari sebarang bentuk gejala rasuah dan
perlanggaran kepada peraturan dan undang-undang. Kurniakanlah
keselamatan dan kesejahteraan, jadikanlah kami ummah yang
berkualiti dan berintegriti demi mencapai negara yang aman dan
makmur serta mendapat perlindungan-Mu, ya Allah.

Ya Allah, Ya Dzal Jalali Wal Ikram! Ya Allah, kukuhkanlah


perpaduan dan kesatuan kami dalam aqidah, ibadah dan akhlak di
bawah pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Limpahkanlah ke atas
kami nikmat keselamatan, kesihatan dan keafiatan. Kurniakanlah
kesembuhan kepada mereka yang diuji dengan penyakit-penyakit
dan bebaskanlah negara kami daripada segala perkara yang tidak
diingini dan wabak penyakit.

ُ،‫ُأّٰ ِم ْْي‬.‫اب ُالنَا ُِر‬ ‫ذ‬


َ ‫اُع‬ ‫ن‬ِ‫آلخرِة ُحسنةً ُوق‬ ِ ْ‫ُالدنْـياُحسنَةً ُوِِف ُا‬ ُّ ِ
‫اُِف‬ ‫ن‬ِ‫ربـَنَآُأّٰت‬
َ َ َ َ ََ ََ َ ََ َ َ َ
َُ ْ ‫بُالْ َعالَ ِم‬
.‫ْي‬ َ ‫اُر‬ ‫ُي‬ ‫ْي‬ ‫م‬ ِ ّٰ‫أ‬
َ َ ْ
ِ ‫آء‬ِ ‫ُوإِيت‬.‫ان‬ ُِ ‫ِعبَ َاد‬
ُ‫ُذيُالْ ُق ْرَ َّٰب َُويَـْنـ َه ّٰى‬ َ َ ُِ ‫ إِ َن ُاهللَ ُيَأْ ُمُر ُبِالْ َع ْد ِل َُواْ ِإل ْح َس‬.‫ُاهلل‬
َُ‫ُفَاذْ ُكُرواُاهلل‬.‫ُيَعِظُ ُك ْم ُلَ َعلَ ُك ْم ُتَ َذ َكُرْو َُن‬.‫آء َُوالْ ُمْن َك ِر َُوالْبَـ ْغ ُِي‬ ِ ‫ع ِن ُالْ َفحش‬
َْ َ
ُ‫ضلِ ِو‬ َ ِ
ْ ْ ُ ْ ْ َ ْ َ َ ‫ُعلَ ّٰى ُن‬
‫ف‬ ُ ‫ن‬ ‫ُم‬ ‫ه‬‫ـو‬ُ‫ل‬َ‫أ‬‫اس‬ ‫و‬ ُ . ُ
‫م‬ ‫ك‬
ُ ‫د‬
ْ‫ز‬ِ ‫ُي‬ ِ
‫و‬ ِ
‫م‬ ‫ع‬ِ ِ
َ ُ‫ ُ َوا ْش ُكُرْوه‬.‫الْ َعظْي َم ُيَ ْذ ُك ْرُك ُْم‬
َّ ‫ٰأَقِْي ُمو‬.‫صنَ عُو َٰن‬
.‫اٰالص ََلِٰة‬ ‫ت‬
َ ٰ‫ا‬ ‫ٰم‬ ‫م‬ ‫ل‬
َ ‫ع‬
ْ َ ُ ْ َ ُ َ َُ ‫ي‬ ٰ ُ
‫اهلل‬
‫و‬ ُ. ُ
‫ر‬ ‫ـ‬ ‫ب‬‫ك‬ْ َ‫أ‬ ُ ِ ‫ُولَ ِذ ْكر‬.‫يـع ِط ُك ُم‬
‫ُاهلل‬ ُ َ ْ ُْ

10

Anda mungkin juga menyukai