Anda di halaman 1dari 12

KURSUS

METODOLOGI PENYELIDIKAN ISLAM


(IIX2001)

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN


“KAEDAH TRADISIONAL FALAK DALAM MENENTUKAN ARAH KIBLAT”

DISEDIAKAN OLEH:

BIL NAMA NO. MATRIK


1. SUKANYA MATCHA IIH 160701
2. NURUL SYAKIRAH BINTI RAHIMAN IIH 160017

NAMA PENSYARAH:
DR WAN ADLI BIN WAN RAMLI

SEMESTER 2 SESI 2017/2018


Isi Kandungan

1. Kertas Cadangan Penyelidikan

1.1. Tajuk Kajian 2

1.2. Latar Belakang Isu 2

1.3. Pernyataan Masalah 4

1.4. Soalan Kajian 6

1.5. Objektif Kajian 6

1.6. Kepentingan Kajian 6

1.7. Ulasan Kepustakaan 7

1.8. Metodologi Kajian 9

1.9. Rujukan 12

2
1.1. Tajuk

Kaedah Tradisional Falak Dalam Menentukan Arah Kiblat

1.2. Latar Belakang Isu

Penentuan arah kiblat adalah penting dalam pelaksanaan solat sebagaimana yang

telah disepakati oleh para fuqaha’ bahawa menghadap ke arah Kaabah merupakan syarat

sah solat bagi yang berkemampuan1. Allah SWT telah berfirman dalam Al-Qurān al-

Karīm:

ْ ‫واِّو ُجو َه ُك ْمِّش‬


ُ‫َط َر ِّه‬ ُ ُّ‫ْثِّ َماِّ ُك ْنت ُ ْمِّ َف َول‬
ُ ‫ِّو َحي‬ ْ ‫ِّال َمسْجد‬
َ ‫ِّال َح َرام‬ ْ ‫َط َر‬
ْ ‫فَ َولِِّّ َو ْج َه َكِّش‬

Al-Baqarah 2:144

Terjemahan : Maka hadapkanlah wajahmu ke arah Masjid al-Harām, dan

di mana saja kamu berada, hadapakanlah wajahmu ke arah itu.

Isu penentuan arah kiblat adalah merupakan perkara ijtihādiyyah dan bersifat

ẓanniy sahaja2. Arah kiblat yang ditentukan oleh pasukan falak syar´iy adalah berdasarkan

kaedah-kaedah teknologi moden iaitu dengan menggunakan instrumen astronomi. Satu

inisiatif telah dilakukan oleh beberapa pihak dengan mencipta aplikasi untuk telefon bimbit

bagi memudahkan mereka menentukan arah kiblat solat.

Namun apabila diselidik, ternyata banyak aplikasi yang didapati tidak menunjukkan

arah kiblat yang tepat, bahkan jauh berbeza daripada arah kiblat yang sebenar. Maka

1
Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 32/302
2
http://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/802-bayan-linnas-siri-ke-96-isu-kesalahan-penentuan-
qiblat-dalam-solat
3
persoalan samada solat yang dilakukan berdasarkan arah kiblat yang dientukan aplikasi

tersebut sah ataupun tidak, dan adakah perlu qadha solat tersebut.

Oleh yang demikian, penulis terpanggil untuk menyatakan kepentingan dan

keperluan kaedah tradisional falak dalam menentukan arah kiblat. Terdapat beberapa

kaedah yang telah dilakukan sejak zaman dahulu dalam penetapan arah kiblat ini seperti

kaedah tongkat istiwa’, buruj bintang sebagai panduan, matahari terbenam dan lintasan

harian matahari3. Kaedah-kaedah ini dinamakan sebagai kaedah tradisional kerana sering

digunapakai oleh umat islam di seluruh dunia sejak dahulu sehingga kini.

Bagi tempat yang jauh seperti di Malaysia, ijtihad arah kiblat boleh ditentukan

melalui perhitungan falak atau astronomi dengan menggunakan peralatan yang bersesuaian

seperti kompas, teodolit dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kaedah berdasarkan

perhitungan falak dengan dibantu peralatan teodolit adalah lebih seragam dan kaedah ini

diguna pakai secara rasmi bagi penandaan arah kiblat di Malaysia.

1.3. Pernyataan Masalah

Apabila kaedah menentukan kiblat dengan menggunakan kompas tidak sesuai

digunakan maka penentuan arah iblat berpandukan kedudukan matahari lebih boleh

dipercayai ketepatannya. Kaedah ini telah diamalkan sejak berkurun dahulu dana

didatatkan dalam kitab-kitab nukilan ilmuwan Islam seluruh dunia, Juga dicatatkan bahawa

matahari berada tepat di atas Kaabah sebanyak dua kali dalam setahun. Fakta ini telah

digunakan sejak berkurun dahulu untuk menentukan kedudukan tepat arah kiblat daripada

tempat-tempat orang Islam yang berada jauh daripada Mekah. Tarikh-tarikh berkenaan

telah dikenalpasti berlaku pada 28 Mei dan 15 Julai setiap tahun.

3
Mahruzaman Misran, “Konsep dan Penentuan Arah Kiblat” (Kursus Asas Falak Syarie, Institut Tanah dan
Ukur Negara (INSTUN), 19 September 2006.
4
Penggunaan kompas bagi menentukan arah kiblat telah lama digunakan tetapi ramai

yang tidak menyedari bahawa terdapat unsur kesilapan pada kaedah ini. Kompas adalah

sejenis alat bermagnet dan dipengaruhi oleh bahan-bahan logam yang berada di

persekitarannya sama dalam perabut, dalam bahan binaan bangunan ataupun yang tertanam

dalam tanah. Ini menyebabkan kompas yang diletakkan di kedudukan yang berlainan

dalam ruang yang sama boleh menunjukkan arah kiblat yang tidak tepat dan berbeza.

Sejarah telah merakamkan kesulitan yang dialami oleh pembina masjid pada masa

lampau untuk menetukan arah kiblat yang tepat. Keadaan ini menyebabkan terdapat

sebilangan masjid yang dibina pada masa tersebut mempunyai arah kiblat yang

menyimpang sehingga melebihi 30 darjah daripada yang sebenarnya dan ini tidak dapat

diterima dari segi hukum syariah. Pada masa yang sama, telah tular melalui laporan media

berkenaan isu kesalahan arah kiblat yang dikesan melalui penggunaan sebahagian aplikasi

telefon bimbit.

Isu ini telah merisaukan banyak pihak berkenaan taraf sah atau tidak solat mereka dan

adakah perlu qaḍa’ solat tersebut mahupun sebaliknya. Oleh yang demikian, penulis

berhasrat untuk memberi pendedahan kepada masyarakat awam berkenaan kaedah

tradisional falak dalam menentukan arah kiblat bagi mengatasi kerisauan tersebut di

samping mempraktikkan ilmu falak yang sedia ada.

5
1.4. Soalan Kajian

1. Apakah sumbangan kaedah tradisional falak dalam menentukan arah kiblat?

2. Apakah sumber yang diambil kira dalam penentuan arah kiblat berdasarkan

kaedah-kaedah tradisional falak?

3. Adakah kaedah tradisional falak mampu memberikan hasil yang jitu sebagaimana

penentuan arah kiblat menggunakan instrument astronomi moden?

1.5. Objektif Kajian

1. Merumuskan teori pengaplikasian kaedah-kaedah tradisional falak dalam

penentuan arah kiblat kepada masyarakat awam.

2. Menghuraikan sejarah masyarakat zaman dahulu menentukan arah kiblat.

3. Membuat perbandingan kejituan arah kiblat yang ditentukan menggunakan kaedah

tradisional falak dan instrumen astronomi moden.

1.6. Kepentingan Kajian

Kajian ini menjadi kepentingan buat institusi yang menjaga pengurusan islam

seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Seperti yang diketahui, pada zaman dahulu ilmu

falak didominasi oleh golongan kadi, mufti dan ulama. Ini kerana mereka terlebih dahulu

mempunyai ilmu dan kemahiran ilmu falak yang mereka pelajari sama ada dalam Negara

atau luar Negara. Ini menunjukkan bahawa aktiviti pengukuran kibkat yang mana ia

merupakan sebahagian daripada elemen dalam ilmu falak telah lama dipraktikan. Sekitar

tahun 1990, sub-unit falak ditubuhkan di Pusat Penyelidikan Islam, BAHIES (Bahagian

Hal Ehwal Agama Islam). Seiring perkembangan Negara, maka Bahagian Hal Ehwal

Agama Islam dinaik taraf menjadi sebuah jabatan sekitar tahun 1997 tidak terkecuali juga

6
bagi falak, daripada Sub-Unit Falak menjadi Unit Falak dan diletakkan di bawah

Cawangan Syariah, Bahagian Penyelidikan, JAKIM. Tugas Unit Falak JAKIM tidak hanya

menumpukan kepada penentuan arah kiblat sahaja tetapi juga berperanan dalam

menyediakan Tawim Islam dan juga Waktu Solat. Terdapat 2 jawatankuasa yang

ditubuhkan di peringkat JAKIM bertujuan sebagai platform bagi menunjukkan komitmen

JAKIM terhadap Ilmu falak yang merupakan sebagian daripada ilmu fiqih dan

berkewajipan untuk menguasainya. Jawatankuasa tersebut adalah jawatankuasa teknikal

kalendar islam dan jawatankuasa kecil analisis rekod cerapan hilal seluruh Malaysia4.

Selain itu, kajian ini turut menjadi kepentingan kepada Jabatan Ukur dan Pemetaan

Malaysia (JUPEM) yang berperanan sebagai penyedia maklumat tentang arah kiblat.

Sepertimana yang dimuatkan dalam laman web rasmi JUPEM, institusi ini turut

menjalankan aktiviti-aktiviti cerapan astronomi serta menyediakan rujukan berkenaan

waktu solat, takwim serta penentuan arah kiblat. Oleh itu, kajian ini pastinya dapat

menyumbang kepada kelangsungan gerak kerja pihak JUPEM dalam mendapatkan

kejituan yang tinggi dalam penentuan arah kiblat.

1.7. Ulasan Kepustakaan

Alat dan kaedah mengukur dan mengira hala tuju kiblat dari alat mudah kompas ke

peralatan pengukuran kedudukan teknologi GNSS (Global Sistem Satelit Navigasi) yang

mempunyai ketepatan yang lebih baik. Kaedah pengiraan juga dibangunkan yang pada

asalnya menggunakan sfera sebagai model bumi penghitungan sekarang dengan

penggunaan teknologi GNSS harus menggunakan ellipsoid (Abidin, 2007).

4
Fara Nur Wahidah Suria, Nurulhuda Ahmad Zaki & Saadan Man, Peranan Institusi JAKIM Dalam
Menentukan Arah Kiblat Di Malaysia Dari Perspektif Maqasid Syariah, h. 140.
7
Selain itu, konstelasi adalah kumpulan bintang yang berada di kawasan langit dan

mempunyai bentuk yang hampir sama dan kelihatan dekat dengan satu sama lain. Menurut

Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU), kubah langit terbahagi kepada lapan puluh lapan

(88) konstelasi. Bintang-bintang yang berada di kawasan yang sama berada dalam satu

konstelasi. Orang purba telah menubuhkan sebuah buruj mengikut bentuk yang mereka

tahu dengan mudah sebagai binatang dan benda. Dengan mengenali bentuk konstelasi

tertentu, arah angin dan arah kiblat dari tempat dapat ditentukan (Rukyatul Hilal

Indonesia).

Menurut (Dr. H. Abd. Salam, 2007) dalam ILMU FALAK PRAKTIS (Waktu Salat,

Arah Kiblat, dan Kalender Hijriah) perbahasan tentang penentuan arah kiblat ini terdiri

daripada tiga tunjang utama, iaitu pertama, penentuan titik utara sejati (TUS) dengan

Kompas, Tongkat Istiwa’, dan bayang-bayang Azimuth; kedua, penentuan arah ke kiblat

dengan Busur Derajat dan Segitiga Siku-Siku; ketiga, Penentuan arah ke kiblat dengan

bayang-bayang matahari5.

Seterusnya, dapatan daripada prosiding “Metode Penentuan Arah Kiblat Dan

Akurasinya” (Dr. H. Ahmad Izzuddin, 2012) menyatakan bahawa telah muncul berbagai

metode penentuan arah kiblat dengan memanfaatkan benda-benda langit yaitu posisi

Matahari ketika berada di atas Ka’bah yang disebut dengan yaumu rashdil qiblat. Peristiwa

ini hanya terjadi dua kali dalam setahun yaitu pada tanggal 27/28 Mei dan tanggal 15/16

Julai bergantung pada kerangka teoritikal yang digunakan, apakah memakai data geografik

atau geosentris. Selanjutnya berkembang metode penentuan arah kiblat dengan

menggunakan rubu’ mujayyab atau yang biasa dinamakan kuadrant, (Howard R. Turner,

2004: 79) iaitu sebuah alat tradisional yang digunakan untuk mengukur sudut arah kiblat.

5
Dr. H. Abd. Salam, ILMU FALAK PRAKTIS (Waktu Salat, Arah Kiblat, dan Kalender Hijriah), (Indonesia:
UIN Sunan Ampel, 2007), 126.
8
Kemudian alat penunjuk arah yaitu kompas untuk menunjukkan arah mata angin yang

dapat digunakan juga untuk menunjukkan arah kiblat suatu tempat dengan perkiraan.

Seiring perkembangan teknologi, GPS (Global Positioning System) untuk menunjukkan

titik koordinat di permukaan Bumi secara akurat dan theodolite digital sebagai alat ukur

sudut dapat digunakan untuk menunjukkan arah kiblat yang akurat. Beberapa software

penentuan arah kiblat, seperti google earth, qibla locator, qibla direction dapat

dimanfaatkan pula untuk mengecek arah kiblat bangunan Masjid atau Mushala dilihat dari

atas permukaan Bumi6.

1.8. Metodologi Kajian

1.8.1. Kaedah dan Reka Bentuk Penyelidikan

Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif, kerana data yang

dikumpulkan adalah data mengenai pemahaman masyarakat yang berkaitan dengan

penentuan dan pengukuran arah kiblat. Penyelidikan kualitatif atau siasatan semula jadi

sebagai suatu aktiviti yang secara semulajadi dilakukan oleh para penyelidik (Lincoln dan

Guba, 1985: 8 dan Moleong, 1990: 3), untuk mendedahkan keadaan holistik alam dan

kajian - dalam konteks budaya - yang menggambarkan objek penyelidikan seperti yang

ada. Sebelum penyelidikan berlaku penulis mencipta reka bentuk yang tidak lengkap.

Dalam proses penyelidikan, penulis melengkapi dan memperbaiki, bahkan mengubah dan

menyesuaikan diri dengan apa yang diperoleh dan juga menyesuaikan diri dengan

pengetahuan baru yang ditemui penyelidik (Moleong, 1990: 20).

6
Dr. H. Ahmad Izzuddin, “Metode Penentuan Arah Kiblat Dan Akurasinya” (Annual International
Conference on Islamic Studies, IAIN Sunan Ampel, 2012), 763.
9
1.8.2. Situasi Sosial dan Teknik Pensampelan.

Penduduk dalam kajian ini adalah situasi sosial yang terdiri daripada tiga

komponen yang merupakan kegiatan, pelaku dan tempat berinteraksi secara sinergis. Ini

berdasarkan pendapat Spradley (Sugiyono, 2007: 49) yang menyatakan bahawa dalam

penyelidikan kualitatif tidak diketahui populasi istilah tetapi situasi sosial.

1.8.3. Pengumpulan Data

Pengumpulan data dalam kajian ini menggunakan teknik kajian temubual dan kajian

dokumentasi.

a. Kajian Temu Bual

Menurut Yin (2003) temu bual merupakan salah satu data yang paling penting untuk

kajian kualitatif. Merriam (1998) mengatakan temu bual penting kerana kita tidak dapat

mengetahui kelakuan, perasaan dan bagaimana seseorang menginterpretasikan dunia di

sekeliling mereka melalui pemerhatian. Tambahan, temubual dapat menjelaskan atau

menjadi bukti data yang didapati daripada pemerhatian kelas atau dokumen-dokumen

seperti jurnal peserta (Merriam, 1998). Bagi kajian ini, sesi temu bual akan diadakan

bersama Penyelaras Program Astronomi Islam di Akademi Pengajian Islam Universiti

Malaya iaitu Dr. Mohd Saiful Anwar bin Mohd Nawawi. Di samping itu, kami akan turut

menemu bual Encik Nor Nazmi bin Razali, Pegawai Falak di Jabatan Mufti Negeri Melaka

bagi mendapatkan informasi berkenaan isu ini.

10
b. Kajian Dokumentasi

Pengumpulan data melalui kajian dokumentasi ini bertujuan untuk mengumpul data

mengenai langkah atau cara tentukan arah kiblat yang dilakukan dengan kaedah tradisional

terkandung dalam dokumen itu. Dokumen tersebut adalah buku, penulisan kajian, artikel

dan sebagainya.

1.8.4. Analisis Data

Analisis data adalah proses penyusunan data supaya data dapat ditafsirkan. Proses

menganalisis data bermula dengan memeriksa semua data yang diperoleh dari pelbagai

sumber, wawancara, pemerhatian, dan analisis dokumentasi yang ditulis dalam nota

lapangan dokumen rasmi, dokumen peribadi, lukisan, gambar dan sebagainya. Seterusnya

lakukan pengurangan data dengan cara untuk membuat abstrak, bertujuan untuk

merumuskan teras, proses dan pernyataan yang perlu dikekalkan supaya mereka kekal di

dalamnya. Selepas data dikurangkan, data akan dipaparkan atau dibentangkan dengan

penerangan ringkas dan langkah seterusnya untuk mengkategorikan dan pengesahan /

lukisan kesimpulan terakhir (Nasution, 2003: 128-129).

11
1.9. Rujukan

2. Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 32/302

3. http://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/802-bayan-linnas-siri-ke-96-

isu-kesalahan-penentuan-qiblat-dalam-solat

4. Mahruzaman Misran, “Konsep dan Penentuan Arah Kiblat” (Kursus Asas Falak

Syarie, Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN), 19 September 2006).

5. Fara Nur Wahidah Suria, Nurulhuda Ahmad Zaki & Saadan Man, Peranan Institusi

JAKIM Dalam Menentukan Arah Kiblat Di Malaysia Dari Perspektif Maqasid

Syariah, h. 140.

6. Dr. H. Abd. Salam, ILMU FALAK PRAKTIS (Waktu Salat, Arah Kiblat, dan

Kalender Hijriah), (Indonesia: UIN Sunan Ampel, 2007), 126.

7. Dr. H. Ahmad Izzuddin, “Metode Penentuan Arah Kiblat Dan Akurasinya”

(Annual International Conference on Islamic Studies, IAIN Sunan Ampel, 2012),

763.

12

Anda mungkin juga menyukai