Anda di halaman 1dari 10

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

TEKS KHUTBAH

Tajuk:

ISLAM DAN TOLERANSI BERAGAMA

Tarikh Dibaca:

19 REJAB 1444H/
10 FEBRUARI 2023M

Disediakan oleh:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

*Tajuk cadangan
Khutbah Jumaat Islam Dan Toleransi Beragama

ISLAM DAN TOLERANSI BERAGAMA


10 FEBRUARI 2023 / 19 REJAB 1444H

ِ ِ ‫ا َ ْلحم َْد ُ لِلّٰه ِ الْق َآئ‬


:‫ل‬

﴾‫الرجِيم‬ َّ ‫ن‬
ِ ‫الشيْطَا‬َّ ‫ن‬ َ ِ ‫﴿أَ ع ُوذ ُ ب ِالله ِ م‬
َ ُ َ َ ْ ُ َۡ ُۡ ۡ ٰ َ ‫نك ۡمۖۡ َو ََل يَ ۡر‬
ُ َ ٌّ َ َ َّ َّ َ ْ ُ ُ ۡ َ
‫َض لِعِ َبادِه ِ ٱلكف َر ۖۡ ِإَون تشك ُروا يَ ۡرض ُه لك ۡمۗۡ َوَل‬ ‫إِن تكفروا فإِن ٱّلل غ ِِن ع‬

ُ‫ون إنَّ ُهۥ َعلِيم‬َ ُ َ ۡ َ ۡ ُ ُ َ ُ ُ َ ُ َ ۡ ُ ُ ۡ َّ ُ َ ٰ َ َّ ُ ٰ َ ۡ ُ َ ۡ ٞ َ َ ُ َ


ِ ٰۚ ‫جعكم فينبِئكم بِما كنتم تعمل‬ ِ ‫ى ثم إَِل ربِكم مر‬
ٰۚ ‫ت ِزر وازِرة وِزر أخر‬

ُ ُّ َ
)7 ‫ (الزمر‬٧ ِ‫ات ٱلصدور‬
ِ ‫بِذ‬

ِ ‫الله َُّم ص‬
‫َل‬ َّ .ُ ‫ و َأَ شْهَد ُ أَ َّن مُح ََّمدًا ع َبْد ُه ُ وَرَسُولُه‬،ُ ‫ك لَه‬
َ ‫أَ شْهَد ُ أَ ْن َّلا ِإله َ ِإلا َ الله ُ وَحْد َه ُ ل َا شَر ِي‬

َ ‫ فَيَا عِبَاد‬،ُ ‫ أَ َّما بَعْد‬.ِ‫وَسَل ِ ْم عَلَى نَب ِي ِنَا مُح ََّمدٍ و َعَلَى آلِه ِ و َصَ ح ْبِه ِ وَم َنْ د َعَا بِدَعْوَتِه ِ ِإلَى يَو ْ ِم الدِين‬

.َ‫ ُأوصِيك ُ ْم و َن َ ْفس ِي بتَِقْو َى الله ِ وَطَاع َتِه ِ لَع ََّل ك ُ ْم تُفْلِحُون‬،َ‫ َّاتق ُوا الله‬،ِ‫الله‬

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Bertakwalah kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan
meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan kita sentiasa dalam
naungan Allah SWT. Khatib mengingatkan para jemaah agar memberi sepenuh perhatian
kepada khutbah yang akan disampaikan dan tidak melakukan perkara-perkara yang lagha
seperti berbual-bual atau menggunakan telefon. Alangkah ruginya jika kita sudah berada
dalam masjid ini tetapi kita tidak mendapat sebarang bahagian pun manfaat daripadanya.
Rasulullah SAW telah mengingatkan kita:

‫ك ش َئ‬
َ ْ ‫ْس لَه ُ ف ِ ْي جُم ُع َتِه ِ تِل‬
َ ‫وم َنْ لَغ َا فَلَي‬
1
Khutbah Jumaat Islam Dan Toleransi Beragama

Maksudnya: “Dan sesiapa yang melakukan sesuatu yang lagha, dia tidak mendapat
bahagian daripada Jumaatnya itu”. (Hadis riwayat Abu Daud)

Pada hari ini, khatib akan menyampaikan khutbah yang bertajuk: “Islam Dan Toleransi
Beragama”.

Sebelum itu, khatib juga ingin mengingatkan sidang jemaah sekalian agar terus istiqamah
mengimarahkan masjid, surau dan majlis-majlis ilmu, serta saling berpesan antara satu
sama lain dalam usaha menyeru melakukan kebaikan dan memberi peringatan dalam
mencegah sebarang bentuk kemungkaran. Kita telah pun berada di pertengahan Bulan
Rejab dan lebih kurang 40 hari sahaja lagi akan tibanya Ramadhan al-Mubarak. Maka
marilah kita gigih meningkatkan amal ibadah dan sentiasa bertaubat memohon
keampunan dari Allah SWT. Mudah-mudahan kita semua termasuk dalam kalangan
hamba-Nya yang diredhai dan diberkati.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Negara kita merupakan sebuah negara yang terdiri dari pelbagai latar belakang agama
dan budaya. Kemajmukan ini menuntut kita untuk saling menghormati dan berbuat baik
antara satu dengan yang lain dalam memastikan keharmonian masyarakat itu terus
terpelihara. Berdasarkan Perlembagaan Malaysia Perkara 3 (1), Islam merupakan agama
bagi Persekutuan namun begitu, agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan
damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Islam merupakan ajaran yang mengamalkan toleransi yang sangat tinggi walaupun
terhadap penganut agama lain. Namun begitu, Islam tetap memiliki batas sempadan yang
mesti dijaga dan dipelihara agar umatnya tidak tergelincir ke lembah dosa lebih-lebih lagi
berkaitan akidah.

SIDANG JEMAAH YANG DIKASIHI SEKALIAN,


Para ulama, sama ada ulama terdahulu mahupun ulama kontemporari telah pun
membahaskan isu umat Islam mengikuti upacara agama lain sejak berzaman. Perayaan
masyarakat bukan Islam boleh dipecahkan kepada dua kategori iaitu perayaan yang
melibatkan agama dan perayaan yang tidak melibatkan agama tetapi hanya sekadar adat
dan tradisi sahaja.
2
Khutbah Jumaat Islam Dan Toleransi Beragama

Orang-orang Islam tidak dibenarkan sama sekali melibatkan diri untuk menyambut
perayaan-perayaan agama lain dengan cara mengunjungi rumah-rumah ibadah mereka,
memakai pakaian yang memiliki simbol agama mereka dan seumpamanya. Perbuatan-
perbuatan ini dianggap meredhai agama yang kufur dan ia merupakan perbuatan yang
ditegah oleh Allah SWT. Dalam Surah al-Zumar ayat 7 yang dibacakan pada awal khutbah
tadi, Allah SWT berfirman:

“Kalaulah kamu kufur ingkar (tidak bersyukur) akan nikmat-nikmat-Nya itu, maka
ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak berhajatkan (iman dan kesyukuran) kamu
(untuk kesempurnaan-Nya); dan Dia tidak redhakan hamba-hamba-Nya berkeadaan
kufur; dan jika kamu bersyukur, Dia meredhainya menjadi sifat dan amalan kamu. Dan
(ingatlah) seseorang yang memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain
(bahkan dosa usahanya sahaja). Kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kembalinya
kamu, maka Dia akan memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu telah kerjakan.
Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam
dada”.

Selain itu, ia bermaksud menyerupai golongan kafir yang turut diberi peringatan oleh
Rasulullah SAW:

‫م َنْ تَش ََّبه َ بِقَو ْ ٍم فَه ُو َ مِنْه ُ ْم‬

Maksudnya: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, dia termasuk dalam


golongan kaum itu”. (Hadis riwayat Abu Daud)

SIDANG JEMAAH YANG DIKASIHI SEKALIAN,


Para ulama Islam menegah orang-orang Islam menghadiri upacara perayaan agama
bukan Islam dan menyambut perayaan mereka. Antara tokoh ulama yang melarang ialah
Imam Malik yang turut berpendapat bahawa para pemerintah perlu menegah orang-orang
Islam daripada menghadiri perayaan bukan Islam. Begitu juga dengan Imam Ahmad,
Imam al-Tabari, Imam al-Baihaqi, dan Imam al-Suyuti.

3
Khutbah Jumaat Islam Dan Toleransi Beragama

Dalam isu ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa (Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam Malaysia) Kali Ke-68 yang bersidang pada 12 April 2005 telah mengeluarkan
beberapa kriteria yang perlu dijadikan garis panduan kepada umat Islam.

1. Majlis-majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan


dengan akidah Islam seperti simbol agama lain, lagu-lagu berciri agama,
meletakkan apa-apa tanda agama pada tubuh badan, isyarat atau ucapan kepada
orang bukan Islam.
2. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan
syarak seperti memakai pakaian yang melambangkan agama lain, mengadakan
bunyi-bunyian yang melambangkan agama lain.
3. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bercanggah dengan
pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam di negara ini seperti percampuran
bebas antara lelaki dan perempuan, pendedahan aurat, perjudian dan sebagainya.
4. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh menyentuh sensitiviti
masyarakat Islam seperti ucapan-ucapan yang menghina agama Islam dan
umatnya, ucapan-ucapan yang berbentuk dakyah keagamaan bukan Islam dan
sebagainya.

Dalam hal ini juga, pihak terbabit semestinya mendapatkan nasihat daripada pihak
berkuasa agama sama ada di peringkat persekutuan mahupun di negeri-negeri sebelum
menghadiri mana-mana majlis perayaan bukan Islam.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Sebelum mengakhiri khutbah pada hari ini, khatib ingin mengajak sidang Jemaah sekalian
untuk menginsafi kejadian gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria baru-baru ini.
Gempa dengan kekuatan 7.8 skala richter dan diikuti dengan beberapa gempa susulan
menjadi bukti dan petunjuk betapa lemahnya manusia dan agungnya kekuasaan Allah
SWT. Lebih 12,000* orang telah terkorban, manakala banyak bangunan dan kemudahan
yang runtuh dan musnah. Ucapan takziah kita ucapkan kepada Negara Turkiye dan Syria.
Sesungguhnya kita semua milik Allah SWT dan akan dikembalikan pula kepada Allah
SWT. Pastinya ia ujian yang sangat besar buat saudara-saudara kita di sana. Bayangkan,
gegaran sebegitu sahaja boleh membawa kemusnahan yang sangat besar apatah lagi
keadaannya hari kiamat dan huru-haranya kelak yang dijanjikan lebih dahsyat lagi. Allah
4
Khutbah Jumaat Islam Dan Toleransi Beragama

al-Musta’an. Justeru, marilah kita bermuhasabah dan mendoakan kesejahteraan,


keselamatan serta perlindungan buat mereka dan juga untuk kita semua agar Allah SWT
melindungi dan memelihara kita dari sebarang bentuk kemudaratan dan musibah yang
dahsyat. Saudara-saudara boleh memberikan sumbangan kewangan melalui Tiga Masjid
Utama JAKIM iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
dan kutipan-kutipan tabung pada 10, 17 dan 24 Februari ini akan disumbangkan kepada
Tabung Musaadah untuk mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.

Mengakhiri khutbah pada hari ini, khatib ingin menyimpulkan beberapa intipati;
Pertama: Ajaran Islam sangat memelihara dan menjunjung tinggi toleransi terhadap
agama lain namun ia tetap memiliki batas dan garis sempadan yang mesti dicermati.
Kedua: Redha dengan kekufuran merupakan suatu perbuatan yang sangat ditegah dalam
Islam.
Ketiga: Masyarakat perlu sentiasa merujuk kepada pihak berkuasa agama sama ada di
peringkat persekutuan mahupun di peringkat negeri sebelum menganjurkan sambutan
atau menghadiri mana-mana majlis perayaan.

Renungkan firman Allah SWT:


ۡ‫وهم‬ُ ُّ َ َ َ ۡ ُ ٰ َ ُ ُ ُۡ ََۡ ۡ ُ ُ ٰ َ ُ ۡ َ َ َّ َ ُ َّ ُ ُ ٰ َ ۡ َ َّ
‫ِين ولم ُي ِرجوكم مِن دِي ِركم أن تَب‬ ِ ‫َل ينهىكم ٱّلل ع ِن ٱَّلِين لم يقتِلوكم ِِف ٱل‬
ۡ ُ ُ َ ٰ َ َ َّ َ ُ َّ ُ ُ ٰ َ ۡ َ َ َّ َ ۡ ُ ۡ ُّ ُ َ َّ َّ ۡ ۡ َ ْ ٓ ُ ۡ ُ َ
‫ِين‬
ِ ‫ إِنما ينهىكم ٱّلل ع ِن ٱَّلِين قتلوكم ِِف ٱل‬٨ ‫س ِطي‬ ِ ‫سطوا إَِل ِه ٰۚم إِن ٱّلل ُيِب ٱلمق‬ ِ ‫و تق‬
ُ َ
َ ُ ٰ َّ ُ ُ َ ٰٓ َ ْ َ ۡ ُ َّ َ َ َ َ َ ۡ ُ ۡ َّ َ َ ۡ ُ ۡ ٰٓ َ َ ْ ُ َ ٰ َ َ ۡ ُ ٰ َ ُ ُ َ ۡ ََ
َ
‫جكم أن تولوه ٰۚم ومن يتولهم فأولئِك هم ٱلظلِمون‬ ِ ‫وأخرجوكم ِمن دِي ِركم وظهروا لَع إِخرا‬
٩
Maksudnya: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada
orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan
kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang
berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman
rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan
kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu.
Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-
orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahanah ayat 8-9)

5
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Islam Dan Toleransi Beragama‬‬

‫كي ِْم‪،‬‬
‫َات و َالذِكْر ِ الْح َ ِ‬ ‫ن ال ْعَظِي ِْم‪ ،‬و َنَف َعَن ِ ْي و َِإ َّياك ُ ْم بِمَا ف ِيْه ِ م ِ َ‬
‫ن الْآي ِ‬ ‫بَارَك َ الله ُ ل ِ ْي و َل َك ُ ْم ب ِالْقُر ْآ ِ‬
‫ل قَو ْل ِ ْي هَذ َا و َأَ سْ تَغْف ِر ُ الله َ الْعَظِي ْم َ ل ِ ْي‬ ‫ل م ِن ِ ْي وَم ِن ْك ُ ْم تِلَاو َتَه ُ ِإ َّنه ُ ه ُو َ َّ‬
‫السمِي ْ ُع ال ْعَلِي ْم ُ‪ .‬أَ قُو ْ ُ‬ ‫و َتَق ََّب َ‬
‫ات‪،‬‬ ‫ات الْأَ حْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم و َالْأَ مْو َ ِ‬ ‫ات و َال ْمُؤْم ِنِيْنَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬ ‫و َل َك ُ ْم و َلِسَائِر ِ ال ْمُسْل ِمِيْنَ و َال ْمُسْل ِم َ ِ‬
‫حي ْم ُ‪.‬‬ ‫فَاسْ تَغْف ِرُوْه ُ ِإ َّنه ُ ه ُو َ ال ْغَفُوْر ُ َّ‬
‫الر ِ‬

‫‪6‬‬
Khutbah Jumaat Islam Dan Toleransi Beragama

KHUTBAH KEDUA

َّ ‫َالسلَام ُ عَلى َ سَيِدِن َا مُح ََّمدِ ِن‬


ِ ‫ و َعَلَى آلِه‬،ِ‫النب ِ ِي الْأَ م ِين‬ َّ ‫َالصلَاة ُ و‬ َّ ‫ و‬،َ‫َب الْع َالم َي ِن‬ِ ‫ا َ ْلحم َْد ُ ل َِّله ِ ر‬
.ِ‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِين‬
ٍ ‫ن وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا‬ َّ ِ ‫صحَابِه‬
َ ‫الطاهِرِي‬ ْ َ‫و َأ‬
.ُ ‫أن سَيِد َن َا مُح ََّمدًا ع َبْد ُه ُ وَرَسُولُه‬
َّ ُ ‫ و َأَ شْهَد‬،ُ ‫ك لَه‬ َّ ‫أَ شْهَد ُ أَ ْن َّلا ِإله َ ِإ‬
َ ْ ‫لا الله ُ وَحْد َه ُ لا َ شَر ِي‬
.َ‫ ا َِّتق ُوا الله َ ُأوصِيك ُ ْم و َن َ ْفس ِي بتَِقْو َى الله ِ وَطَاع َتِه ِ فَق َد فَاز َ ال ْم َُّتقون‬،ِ‫ فَيَا عِبَاد َ الله‬،ُ ‫أَ َّما بَعْد‬
SIDANG JEMAAH YANG DIKASIHI SEKALIAN,
Bertakwalah kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa supaya kita mendapat
keredhaan-Nya. Khatib juga ingin menyeru kepada seluruh umat Islam di negara ini
supaya kekal bersatu padu atas dasar Islam. Sesungguhnya persaudaraan Islam itu
sangat mahal harganya dan sentiasa menjadi sasaran para musuh Islam untuk
menghancurkannya. Hentikanlah segala percakaran dan tinggalkanlah segala
perselisihan kerana ia hanya merugikan agama, bangsa dan negara. Walau apa jua
perbezaan yang ada, Islam menuntut kepada kesatuan ummah dan bukan alasan untuk
saling bermusuhan.

Pada hari yang mulia ini juga, marilah kita memperbanyakkan berselawat ke atas Nabi

َ
Muhammad SAW sebagaimana perintah Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 56:

َ ‫لَع ٱنلَّب يَٰٓأ ُّي َها ٱ ََّّل‬


ً‫ِين َء َام ُنوا ْ َص ُّلوا ْ َعلَ ۡيهِ َو َسل ِ ُموا ْ ت َ ۡسلِيما‬ َ َ َ ُّ َ ُ ُ َ َ ٰٓ َ َ َ َ َّ َّ
‫إِن ٱّلل وملئِكتهۥ يصلون‬
ٰۚ ِ ِ
٥٦
ِ ‫ل سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ كَمَا ص ََّلي ْتَ عَلَى سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َعَلَى آ‬
‫ل‬ ِ ‫ل عَلَى سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ و َعَلَى آ‬ َ ‫ا َ َّلله َُّم‬
ِ ‫ص‬
‫ل سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ كَمَا ب َارَكْ تَ عَلَى سَي ِدِنَا‬
ِ ‫ك عَلَى سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ و َعَلَى آ‬
ْ ِ‫سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َب َار‬
.ٌ‫مج ِيْد‬
َ ٌ‫ك حَمِيْد‬َ ‫ل سَي ِدِنَا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ فِي ال ْع َالم َي ِْنَ ِإ َّن‬ ِ ‫ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َعَلَى آ‬
‫ن ا َّلتاب ِع ِينَ و َتَابِع ِي‬ َّ ِ ‫ن و َع َنْ بَق َِّية‬
ِ َ ‫ وَع‬،َ‫الصح َابَة ِ أَ جْم َع ِين‬ َ ‫شدِي‬
ِ ‫الرا‬ َّ ِ ‫ن الْخل ُُف َاء‬ ِ َ ‫الله َُّم ع‬
َّ ‫ْض‬ َ ‫و َار‬
.َ‫ْض ع ََّنا م َعَه ُ ْم ي َا أَ ك ْرَم َ الْأَ ك ْرَم ِين‬ َ ‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِي ْ ِن و َار‬ ٍ ‫التاب ِع ِينَ وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا‬ َّ
.‫ات‬ ِ َ ‫ات الْأَ حْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم و َالْأَ مْو‬ ِ َ ‫الله َُّم اغْفِر ْ لِل ْمُسْل ِمِينَ و َال ْمُسْل ِم‬
ِ َ ‫ات و َال ْمُؤْم ِنِينَ و َال ْمُؤْم ِن‬ َّ

7
Khutbah Jumaat Islam Dan Toleransi Beragama

َّ ‫َالص َّحة ِ و‬
‫َالسلَامَة ِ ج َلَالَة َ م َل ِكَ نَا ك باوه دولي يڠ مها‬ ِ ‫ق و َال ْهِد َايَة ِ و‬ َّ ‫الله َُّم أَ ي ِ ْد بِدَو َا ِم‬
ِ ْ ‫التو ْف ِي‬ َّ
‫ الس ُلطَان عبد الله رِعَايَة ُ الدِي ْن ال م ُصْ طَفَى‬،‫موليا سري ڤدوك بڬيندا يڠ دڤرتوان اڬوڠ‬
.‫سلْطَان حاج أحمد شاه ال مُسْت َع ِي ْن بالله‬
ُ ‫ب ِالله شاه ابن المرحوم‬
‫ تونكو‬،‫ك ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ‬
َ ِ ‫وَك َذل‬
‫حاجه عزيزه أمينه ميمونه إسكندر يه بنت ال مرحوم ال م ُت َوَك ِلْ عَلَى الله سُلْطَان‬
.‫إسكندر الحَاج‬
‫ك‬
َ ِ ‫ات ب ِرَحْمَت‬ َ ِ ‫الله َُّم احْ ف َْظ عُلَمَاءَه ُ وَوُزَر َاءَه ُ و َقُضَاتَه ُ و َع َُّمالَه ُ وَر َعَاي َاه ُ م‬
ِ َ ‫ن ال ْمُؤْم ِنِينَ و َال ْمُؤْم ِن‬ َّ
َّ َ ‫حم‬
.َ‫الرا ِحم ِين‬ َ ‫يَا أَ ْر‬
،ٍ‫ن و َأَ م َان‬ ٍ ‫ د َار َ ع َ ْد‬،ً‫ سَ خَاء ً رَخ َاء‬،‫الله َُّم اجْ ع َلْ بلََد َن َا م َالِيز ِي َا آم ِنا ً م ُ ْطم َئ ًِّنا‬
ٍ ‫ و َأَ ْم‬،ٍ‫ل و َِإيمَان‬ َّ
.َ‫وَسَائ ِر َ بِلَادِ ال ْ مُسْل ِمِين‬
،َ‫ وَد َم ِْر أَ عْد َاءَك َ أَ عْد َاء َ الد ِي ِن وان ْصُرْ م َنْ نَصَر َ الدِين‬، َ‫الله َُّم أَ ع َِّز ال ِْإسْ لَام َ و َال ْمُسْل ِمِيْن‬
َّ
.ِ‫ك ِإلَى يَو ْ ِم الد ِيْن‬َ َ ‫ل كَل ِمَت‬ِ ْ ‫ و َأَ ع‬،َ‫ل ال ْمُسْل ِمِيْن‬
َ َ ‫و َاخْذ ُلْ م َنْ خَذ‬
‫ظه َر َ مِنْهَا‬ َ َ ‫الله َُّم ا ْدف َعْ ع ََّنا ال ْبَلَاء َ و َال ْغ َلاَء َ و َال ْو َباَء َ و َالْف َحْ شَاء َ و َال ْمُن ْك َر َ و َالْمِح‬
َ ‫ م َا‬،َ‫ن و َال ْف ِتَن‬ َّ
.ٌ ‫ك عَلَى ك ُِل شَيْء ٍ قَدِيْر‬ َ ‫ ِإ َّن‬،ً ‫ن اْلمُسْل ِمِيْنَ ع َ َّامة‬ ِ ‫ وَم ِنْ بل ُ ْد َا‬،ً ‫َاصة‬ َّ ‫ م ِنْ بلََد ِن َا هَذ َا خ‬،َ‫وَم َا بَطَن‬
َ ‫حم‬
َ ‫ يَا أَ ْر‬،‫ وَم ِنْ س َِي ِئ الْأَ سْ ق َا ِم‬،‫ و َالْجُذ َا ِم‬،ِ‫ و َالْجن ُ ُون‬،ِ‫ن الب َرَص‬ َ ِ ‫الله َُّم ِإ َّنا نَع ُوذ ُ ب‬
َ ِ‫ك م‬ َّ
َّ
.َ‫الرا ِحم ِيْن‬

Ya Allah! Dengan sifat-Mu Yang Maha Pemurah dan Maha Mendengar! Engkaulah yang
Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Kami hamba-Mu yang lemah, merayu agar Engkau
ampunkan segala dosa yang telah kami lakukan. Ya Allah! Cukupkanlah kami dengan
rezeki yang halal dan jauhkanlah kami dari rezeki yang haram. Cukupkanlah kami dengan
kurniaan-Mu dari bergantung kepada selain-Mu. Hindarkanlah kami dari sebarang fitnah,
bala bencana, waba' penyakit, perbuatan-perbuatan keji dan munkar, seperti rasuah,
salah guna kuasa dan hiburan yang melalaikan. Hanya kepada-Mu jua Ya Allah, tempat
kami mengadu dan memohon pertolongan.

Ya Allah! Satukanlah kami atas agama-Mu dan hindarkan kami dari perselisihan serta
perpecahan yang berpanjangan. Ya Allah! Tunjukkanlah kebenaran itu sebagai
kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya),
dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk
8
Khutbah Jumaat Islam Dan Toleransi Beragama

menjauhinya serta menghapuskannya. Jangan jadikan yang benar dan batil itu samar-
samar bagi kami, yang akan menyebabkan kami sesat. Dan jadikanlah kami pemimpin
bagi orang-orang yang bertakwa. Jadikanlah kami dan keturunan kami orang-orang yang
istiqamah mendirikan solat secara berjemaah serta tekun mengimarahkan masjid.
Sesungguhnya hanya kepada-Mu jua Ya Allah, doa kami mohon diperkenan dan diterima.

َّ َ‫حسَن َة ً و َق ِنَا عَذ َاب‬


.ِ‫النار‬ َ ِ ‫خرَة‬
ِ ‫حسَن َة ً و َفِي الْآ‬ ُ ‫ر ََّبنَا آتنَِا فِي‬
َ ‫الدن ْيَا‬
،ِ‫عِبَاد َ الله‬
ۡ َۡ َ َ ُۡ َ ٓ َ ۡ َ ۡ َ ٰ َ ۡ َ َ َٰ ۡ ُ ۡ َٓ َ ۡ ۡ َ ۡ َ ۡ ُ ُ ۡ َ َ َّ َّ
ٰ
‫۞إِن ٱّلل يأمر ب ِٱلعد ِل وٱ ِۡلحس ِن ِإَويتا ِٕي ذِي ٱلقرب وينَه ع ِن ٱلفحشاءِ وٱلمنك ِر وٱۡل ِ ي‬
‫غ‬
َ َّ َ َ ُ َّ َ ُ ُ
٩٠ ‫يَعِظك ۡم ل َعلك ۡم تذك ُرون‬
‫ و َاسْ أَ لُوه ُ م ِنْ ف َضْ لِه ِ يُعْطِك ُ ْم‬،ْ‫ و َاشْ ك ُر ُوه ُ عَلَى ن ِعَمِه ِ يَزِدْكُم‬،ْ‫فَا ْذك ُر ُوا الله َ ال ْعَظِي ْم َ ي َ ْذكُر ْكُم‬

.َ‫ و َالله ُ يَعْلَم ُ م َا تَصْ ن َع ُون‬،ُ ‫وَلَذِك ْر ُ الله ِ أَ كْ ب َر‬

Anda mungkin juga menyukai