Anda di halaman 1dari 8

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

TEKS KHUTBAH

Tajuk:
Percukaian Dalam Islam

Tarikh Dibaca:

5 REJAB 1444H/
27 JANUARI 2023M

Disediakan oleh:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

*Tajuk cadangan
Khutbah Jumaat Percukaian Dalam Islam

PERCUKAIAN DALAM ISLAM


27 JANUARI 2023 / 28 JAMADILAWAL 1444H

ِ ِ ‫ا َ ْلحم َْد ُ لِلّٰه ِ الْق َآئ‬


:‫ل‬

َّ ‫ن‬
﴾‫الرجِيم‬ َّ ‫ن‬
ِ ‫الشيْطَا‬ َ ِ ‫﴿أَ ع ُوذ ُ ب ِالله ِ م‬

‫الله ِ ۚ ذََٰل ِك ُ ْم خَيْر ٌ َّل ك ُ ْم إن‬


َّ ‫ل‬ِ ‫سك ُ ْم فِي سَب ِي‬
ِ ُ ‫خف َافًا و َثِق َال ًا وَج َاهِد ُوا ب ِأَ مْوَال ِك ُ ْم و َأَ نف‬
ِ ‫انف ِر ُوا‬

(41)1َ‫كُنتُم ْ تَعْلَم ُون‬

‫ل‬ َ ‫الله َُّم‬


ِ ‫ص‬ َّ .ُ ‫ و َأَ شْهَد ُ أَ َّن مُح ََّمدًا ع َبْد ُه ُ وَرَسُولُه‬،ُ ‫ك لَه‬
َ ‫أَ شْهَد ُ أَ ْن َّلا ِإله َ ِإلا َ اللّٰه ُ وَحْد َه ُ ل َا شَر ِي‬

َ ‫ فَيَا عِبَاد‬،ُ ‫ أَ َّما بَعْد‬.ِ‫وَسَل ِ ْم عَلَى نَب ِي ِنَا مُح ََّمدٍ و َعَلَى آلِه ِ و َصَ ح ْبِه ِ وَم َنْ د َعَا بِدَعْوَتِه ِ ِإلَى يَو ْ ِم الدِين‬

.َ‫ ُأوصِيك ُ ْم و َن َ ْفس ِي بتَِقْو َى اللّٰه ِ وَطَاع َتِه ِ لَع ََّل ك ُ ْم تُفْلِحُون‬،َ‫ َّاتق ُوا اللّٰه‬،ِ‫اللّٰه‬

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Bertakwalah kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan
meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan kita sentiasa dalam
naungan Allah SWT. Khatib mengingatkan para jemaah agar memberi sepenuh perhatian
kepada khutbah yang akan disampaikan dan tidak melakukan perkara-perkara yang lagha
seperti berbual-bual atau menggunakan telefon. Alangkah ruginya jika kita sudah berada
dalam masjid ini tetapi kita tidak mendapat sebarang bahagian pun manfaat daripadanya.
Rasulullah SAW telah mengingatkan kita:

1
Surah al-Taubah ayat 41
2
Khutbah Jumaat Percukaian Dalam Islam

‫ك ش َئ‬
َ ْ ‫ْس لَه ُ ف ِ ْي جُم ُع َتِه ِ تِل‬
َ ‫وم َنْ لَغ َا فَلَي‬

Maksudnya: “Dan sesiapa yang melakukan sesuatu yang lagha, dia tidak mendapat
bahagian daripada Jumaatnya itu”. (Hadis riwayat Abu Daud)

Pada hari ini, khatib akan menyampaikan khutbah yang bertajuk: “Percukaian Dalam
Islam”.

Sebelum itu, khatib juga ingin mengingatkan sidang jemaah sekalian agar terus istiqamah
mengimarahkan masjid, surau dan majlis-majlis ilmu, serta saling berpesan antara satu
sama lain dalam usaha menyeru melakukan kebaikan dan memberi peringatan dalam
mencegah sebarang bentuk kemungkaran. Kita telah pun memasuki Bulan Rejab dan lebih
kurang 54 hari sahaja lagi akan tibanya Ramadhan al-Mubarak. Maka marilah kita gigih
meningkatkan amal ibadah dan sentiasa bertaubat memohon keampunan dari Allah SWT.
Mudah-mudahan kita semua termasuk dalam kalangan hamba-Nya yang diredhai dan
diberkati.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Dalam Islam, istilah cukai lebih sinonim dengan lafaz al-kharaj yang membawa maksud
cukai, perolehan, perolehan yang diambil daripada harta atau pendapatan seseorang,
pendapatan harta awam, sewaan, perolehan daripada orang perseorangan atau tanah dan
juga membawa maksud kadar-kadar tertentu yang dikenakan. Pada asalnya, sebahagian
besar konsep al-kharaj merujuk kepada cukai tanah dan akhirnya diguna pakai sehingga
membawa kepada kewujudan jenis-jenis cukai yang lain dalam Islam.

Cukai dapat dikelaskan kepada tiga bahagian iaitu,


Bahagian pertama; cukai yang telah disyariatkan oleh Islam ke atas umatnya iaitu disebut
zakat.
Bahagian kedua, cukai dari kategori al-fai’ yang dikenakan ke atas golongan bukan Islam
yang menetap di bawah pemerintahan Islam. Dari al-fai’ ini pula ia dipecahkan kepada tiga
jenis lain lagi iaitu al-kharaj, al-jizyah dan al-‘usyur.
Bahagian ketiga pula ialah cukai dari kategori al-khumus yang terdiri daripada al-ghanimah,
al-rikaz dan harta daripada lautan dan sungai.

3
Khutbah Jumaat Percukaian Dalam Islam

Pensyariatan cukai dikategorikan kepada dua pandangan iaitu pandangan golongan yang
cenderung untuk menolak pelaksanaan cukai seperti Ibn Muflih dan al-Hijawi dari Mazhab
Hanbali, Ibn al-Azraq dan Ibn Hajar al-Haithami dan ulama lain. Golongan kedua yang
mengharuskannya pula terdiri daripada ulama seperti Ibn Hazm, Ibn Taimiyah, al-Syatibi,
juga ulama-ulama terkini seperti Syaikh Mahmud Syaltut dan Syaikh Ahmad al-Raysuni yang
bersetuju kerajaan diberi kebenaran untuk mengenakan cukai kepada rakyat sekadar untuk
membantu memenuhi tuntutan maslahah umum dalam pentadbiran sesebuah negara.
Keharusan ini juga diambil kira atas dasar bahawa cukai merupakan salah satu
tanggungjawab sosial yang mesti dilakukan selain membayar zakat sebagaimana persoalan
yang dibangkitkan kepada Ibnu Umar berkaitan tanggungjawab terhadap harta.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Hukum pelaksanaan cukai perlu dilihat kepada keadaan sesebuah negara apatah lagi
wujudnya perbezaan pandangan dalam kalangan fuqaha bagi menetapkan hukum
pelaksanaan cukai. Setiap pandangan yang dikemukakan mempunyai sebab dan alasan
yang kukuh sama ada yang menolak mahupun yang menerima pelaksanaannya dengan
melihatkan kepada keadaan dan keperluan semasa ekonomi yang dihadapi oleh setiap
individu dan juga negara. Maka pandangan-pandangan ini wajar dijadikan panduan agar kita
lebih berlapang dada dan melihat sesuatu dasar itu dengan lebih tuntas.

Perlembagaan negara kita juga menjunjung tinggi Islam sebagai agama rasmi persekutuan
yang pastinya menjadikan hukum-hakam syariah sebagai sumber perundangan negara
dengan rujukan dari al-Quran dan al-Sunnah, ijma’ dan qias.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Sejarah juga telah membuktikan bahawa sistem percukaian merupakan antara medium
ekonomi yang penting dalam menjana kelangsungan pendapatan sesebuah negara. Ia
bukanlah sebuah amalan baharu dalam negara ini bahkan sistem-sistem percukaian ini telah
wujud sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka pada kurun yang ke-15 lagi. Pada ketika itu,
telah wujud perundangan yang berkait dengan struktur percukaian dan ditadbir oleh
Penghulu Bendahari dibantu oleh Shahbandar yang berfungsi menguatkuasakan peraturan
bagi perihal perkastaman dan percukaian, khususnya di kawasan pelabuhan.

4
Khutbah Jumaat Percukaian Dalam Islam

Merentasi zaman, fungsi dan peranan Shahbandar kini telah dimainkan secara signifikan
oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang bertindak selaku agensi pemungut cukai,
sekaligus menjadi antara penyumbang hasil terbesar buat negara. Justeru, khutbah pada
hari ini ingin menzahirkan apresiasi kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia bersempena
dengan Sambutan Hari Kastam Sedunia Ke-41 yang disambut pada tanggal 26 Januari
setiap tahun. Semoga setiap tanggungjawab yang telah diamanahkan, dapat dilaksana
dengan penuh integriti dalam menjamin kestabilan dan kesejahteran negara terutama dari
sudut ekonomi dan akhirnya akan menatijahkan kebaikan buat seluruh rakyat. Khatib juga
ingin mengajak seluruh masyarakat agar bersama-sama memberikan komitmen sebaik
mungkin untuk membangunkan dan menjana ekonomi negara dalam memacu pertumbuhan
positif ke arah kemakmuran negara.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Qasas ayat 77:


ّ ٓ ۡ ‫ّه‬ ّ ٓ
َ‫لدنياَ َوأ ۡحسنَكما َأ ۡحسن َٱ ه‬
َ‫لل‬ ّ ‫لل َٱ‬
‫لدارَ َٱٓأۡلخرةَ َولاَتنس َنصيبك َمن َٱ‬ َ‫وَٱ ۡبتغَ َفيما َءاتىٰك َٱ ه‬

ۡ ۡ ‫ه ّه‬ ّ ّ ۡ ۡ
َ َ٧٧ََ‫بَٱل همفسدين‬ َ ‫إل ۡيكَولاَت ۡبغَٱلفسادََفيَٱلأۡرضََإنَٱ‬
‫للَلاَيح‬

Maksudnya: “Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan
Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuatlah baik
(kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu
berbuat kerosakan di bumi. Sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang yang membuat
kerosakan”.

،‫كي ِْم‬
ِ َ ‫َات و َالذِكْر ِ الْح‬ َ ِ ‫ و َنَف َعَن ِ ْي و َِإ َّياك ُ ْم بِمَا ف ِيْه ِ م‬،‫ن ال ْعَظِي ِْم‬
ِ ‫ن الْآي‬ ِ ‫بَارَك َ اللّٰه ُ ل ِ ْي و َل َك ُ ْم ب ِالْقُر ْآ‬

‫ل قَو ْل ِ ْي هَذ َا و َأَ سْ تَغْف ِر ُ اللّٰه َ الْعَظِي ْم َ ل ِ ْي‬ َّ َ ‫ل م ِن ِ ْي وَم ِنْك ُ ْم تِلَاو َتَه ُ ِإ َّنه ُ ه ُو‬
ُ ْ ‫ أَ قُو‬.ُ ‫السمِي ْ ُع ال ْع َلِي ْم‬ َ ‫و َتَق ََّب‬

ِ َ ‫ات الْأَ حْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم و َالْأَ مْو‬


،‫ات‬ ِ َ ‫ات و َال ْمُؤْم ِنِيْنَ و َال ْمُؤْم ِن‬
ِ َ ‫و َل َك ُ ْم و َلِسَائِر ِ ال ْمُسْل ِمِيْنَ و َال ْمُسْل ِم‬

.ُ ‫حي ْم‬ َّ ُ ‫فَاسْ تَغْف ِرُوْه ُ ِإ َّنه ُ ه ُو َ ال ْغَفُوْر‬


ِ ‫الر‬

5
Khutbah Jumaat Percukaian Dalam Islam

KHUTBAH KEDUA

ِ ‫صحَابِه‬ َّ ‫َالسلَام ُ عَلى َ سَيِدِن َا مُح ََّمدِ ِن‬


ْ َ‫ و َعَلَى آلِه ِ و َأ‬،ِ‫النب ِ ِي الْأَ م ِين‬ َّ ‫َالصلَاة ُ و‬ ِ ‫ا َ ْلحم َْد ُ ل َِّله ِ ر‬
َّ ‫ و‬،َ‫َب الْع َالم َي ِن‬
.ِ‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِين‬
ٍ ‫ن وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا‬ َّ
َ ‫الطاهِرِي‬
.ُ ‫أن سَيِد َن َا مُح ََّمدًا ع َبْد ُه ُ وَرَسُولُه‬
َّ ُ ‫ و َأَ شْهَد‬،ُ ‫ك لَه‬ َّ ‫أَ شْهَد ُ أَ ْن َّلا ِإله َ ِإ‬
َ ْ ‫لا اللّٰه ُ وَحْد َه ُ لا َ شَر ِي‬
.َ‫ ا َِّتق ُوا اللّٰه َ ُأوصِيك ُ ْم و َن َ ْفس ِي بتَِقْو َى اللّٰه ِ وَطَاع َتِه ِ ف َق َد فَاَ َ ال ْم َُّتقون‬،ِ‫ فَيَا عِبَاد َ اللّٰه‬،ُ ‫أَ َّما بَعْد‬

SIDANG JEMAAH YANG DIKASIHI SEKALIAN,


Bertakwalah kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa supaya kita mendapat
keredhaan-Nya. Khatib juga ingin menyeru kepada seluruh umat Islam di negara ini supaya
kekal bersatu padu atas dasar Islam. Sesungguhnya persaudaraan Islam itu sangat mahal
harganya dan sentiasa menjadi sasaran para musuh Islam untuk menghancurkannya.
Hentikanlah segala percakaran dan tinggalkanlah segala perselisihan kerana ia hanya
merugikan agama, bangsa dan negara. Walau apa jua perbezaan yang ada, Islam menuntut
kepada kesatuan ummah dan bukan alasan untuk saling bermusuhan.

Pada hari yang mulia ini juga, marilah kita memperbanyakkan berselawat ke atas kekasih
kita, Nabi Muhammad SAW sebagaimana perintah Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat
56:

ً ۡ ْ ‫ّه‬ ۡ ْ ‫ه ْ ّه‬ ّ ‫ّ ّ ٓ ّه‬ ‫ه ه ّه‬ ٓ ّ ّ


َ‫يَيٰأيهاَٱلذينََءامنواَصلواَعليهَوسلمواَتسليما‬
َ ‫للَوملٰئكت َهۥَيصلونَعليَٱلنب‬
َ ‫إنَٱ‬
َ َ٦٥
ِ ‫ل سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ كَمَا ص ََّلي ْتَ عَلَى سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َع َلَى آ‬
‫ل‬ ِ ‫ل عَلَى سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ و َعَلَى آ‬ َ ‫ا َ َّلله َُّم‬
ِ ‫ص‬
َ ‫ل سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ كَمَا ب َارَكْ تَ عَلَى سَي ِدِنَا ِإ ب ْر َاهِي ْم‬
ِ ‫ك عَلَى سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ و َعَلَى آ‬
ْ ِ‫سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َب َار‬
.ٌ‫مج ِيْد‬ َ ‫ل سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ فِي ال ْع َالم َي ِْنَ ِإ َّن‬
َ ٌ‫ك حَم ِيْد‬ ِ ‫و َعَلَى آ‬
َّ ‫ن‬
ِ ِِ‫التاب ِع ِينَ و َََاب‬ َّ ِ ‫ن و َع َنْ بَق َِّية‬
ِ َ ‫ وَع‬،َ‫الصح َابَة ِ أَ جْم َع ِين‬ َ ‫شدِي‬ ِ ‫الرا‬ َّ ِ ‫ن الْخل ُُف َاء‬ ِ َ ‫الله َُّم ع‬ َّ ‫ْض‬ َ ‫و َار‬
.َ‫ْض ع ََّنا م َعَه ُ ْم ي َا أَ ك ْرَم َ الْأَ ك ْرَم ِين‬ َ ‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِي ْ ِن و َار‬ ٍ ‫التاب ِع ِينَ وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا‬ َّ
.‫ات‬ ِ َ ‫ات الْأَ حْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم و َالْأَ مْو‬ ِ َ ‫الله َُّم اغْفِر ْ لِل ْمُسْل ِمِينَ و َال ْمُسْل ِم‬
ِ َ ‫ات و َال ْمُؤْم ِنِينَ و َال ْمُؤْم ِن‬ َّ
6
Khutbah Jumaat Percukaian Dalam Islam

َّ ‫َالص َّحة ِ و‬
‫َالسلَامَة ِ ج َلَالَة َ م َل ِكَ نَا ك باوه دولي يڠ مها‬ ِ ‫ق و َال ْهِد َايَة ِ و‬ َّ ‫الله َُّم أَ ي ِ ْد بِدَو َا ِم‬
ِ ْ ‫التو ْف ِي‬ َّ
َََ‫ الس ُلطَان عبد اللّٰه رِعَايَة ُ الد ِي ْن ال م ُصْ ط‬،‫موليا سري ڤدوك بڬيندا يڠ دڤرتوان اڬوڠ‬
.‫ب ِاللّٰه شاه ابن المرحوم سُلْطَان حاج أحمد شاه ال مُسْت َع ِي ْن باللّٰه‬
‫ تونكو‬،‫ك ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ‬
َ ِ ‫وَك َذل‬
‫حاجه عزيزه أمينه ميمونه إسكندر يه بنت ال مرحوم ال م ُت َوَك ِلْ عَلَى اللّٰه سُلْطَان إسكندر‬
.‫الحَاج‬
‫ك يَا‬
َ ِ ‫ات ب ِر َ ْحمَت‬ َ ِ ‫الله َُّم احْ ف َْظ عُلَمَاءَه ُ وَوََُر َاءَه ُ و َقُضَاتَه ُ و َع َُّمالَه ُ وَر َعَاي َاه ُ م‬
ِ َ ‫ن ال ْمُؤْم ِنِينَ و َال ْمُؤْم ِن‬ َّ
َّ َ ‫حم‬
.َ‫الرا ِحم ِين‬ َ ‫أَ ْر‬
،ٍ‫ن و َأَ م َان‬ ٍ ‫ د َار َ ع َ ْد‬،ً‫ سَ خَاء ً رَخ َاء‬،‫الله َُّم اجْ ع َلْ بلََد َن َا م َالِيز ِي َا آم ِنا ً م ُ ْطم َئ ًِّنا‬
ٍ ‫ و َأَ ْم‬،ٍ‫ل و َِإيمَان‬ َّ
.َ‫وَسَائ ِر َ بِلَادِ ال ْ مُسْل ِمِين‬
،َ‫ وَد َم ِْر أَ عْد َاءَك َ أَ عْد َاء َ الد ِي ِن وان ْصُرْ م َنْ نَصَر َ الدِين‬، َ‫الله َُّم أَ ع َِّز ال ِْإسْ لَام َ و َال ْمُسْل ِمِيْن‬
َّ
.ِ‫ك ِإلَى يَو ْ ِم الد ِيْن‬
َ َ ‫ل كَل ِمَت‬ِ ْ ‫ و َأَ ع‬،َ‫ل ال ْمُسْل ِمِيْن‬
َ َ ‫و َاخْذ ُلْ م َنْ خَذ‬
‫ظه َر َ مِنْهَا وَم َا‬ َ َ ‫الله َُّم ادْف َعْ ع ََّنا ال ْبَلَاء َ و َال ْغ َلاَء َ و َال ْو َباَء َ و َالْف َحْ شَاء َ و َال ْمُن ْك َر َ و َالْمِح‬
َ ‫ م َا‬،َ‫ن و َال ْف ِتَن‬ َّ
َّ .ٌ ‫ك عَلَى ك ُِل شَيْء ٍ قَدِيْر‬
‫الله َُّم‬ َ ‫ ِإ َّن‬،ً ‫ن اْلمُسْل ِمِيْنَ ع َ َّامة‬ ِ ‫ وَم ِنْ بل ُ ْد َا‬،ً ‫َاصة‬ َّ ‫ م ِنْ بلََد ِن َا هَذ َا خ‬،َ‫بَطَن‬
َّ َ ‫حم‬
.َ‫الرا ِحم ِيْن‬ َ ‫ ي َا أَ ْر‬،‫ وَم ِنْ س َِي ِئ الْأَ سْ ق َا ِم‬،‫ و َالْجُذ َا ِم‬،ِ‫ و َالْجن ُ ُون‬،ِ‫ن الب َرَص‬ َ ِ ‫ِإ َّنا نَع ُوذ ُ ب‬
َ ِ‫ك م‬

Ya Allah! Dengan sifat-Mu Yang Maha Pemurah dan Maha Mendengar! Engkaulah yang
Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Kami hamba-Mu yang lemah, merayu agar Engkau
ampunkan segala dosa yang telah kami lakukan. Ya Allah! Cukupkanlah kami dengan rezeki
yang halal dan jauhkanlah kami dari rezeki yang haram. Cukupkanlah kami dengan
kurniaan-Mu dari bergantung kepada selain-Mu. Hindarkanlah kami dari sebarang fitnah,
bala bencana, waba' penyakit, perbuatan-perbuatan keji dan munkar, seperti rasuah, salah
guna kuasa dan hiburan yang melalaikan. Hanya kepada-Mu jua Ya Allah, tempat kami
mengadu dan memohon pertolongan.

Ya Allah! Satukanlah kami atas agama-Mu dan hindarkan kami dari perselisihan serta
perpecahan yang berpanjangan. Ya Allah! Tunjukkanlah kebenaran itu sebagai kebenaran,
dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan
tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya
serta menghapuskannya. Jangan jadikan yang benar dan batil itu samar-samar bagi kami,
yang akan menyebabkan kami sesat. Dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang
7
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Percukaian Dalam Islam‬‬

‫‪bertakwa. Jadikanlah kami dan keturunan kami orang-orang yang istiqamah mendirikan solat‬‬
‫‪secara berjemaah serta tekun mengimarahkan masjid. Sesungguhnya hanya kepada-Mu jua‬‬
‫‪Ya Allah, doa kami mohon diperkenan dan diterima.‬‬

‫حسَن َة ً و َق ِنَا عَذ َابَ َّ‬


‫النارِ‪.‬‬ ‫خرَة ِ َ‬
‫حسَن َة ً و َفِي الْآ ِ‬ ‫ر ََّبنَا آتنَِا فِي ُ‬
‫الدن ْيَا َ‬
‫عِبَاد َ اللّٰهِ‪،‬‬
‫ۡ ۡ‬ ‫ه‬ ‫ۡ ۡ ٓ ۡ‬ ‫ۡ‬ ‫ۡ‬ ‫ه‬ ‫ۡ‬ ‫ٓ‬ ‫ٰ‬ ‫ۡ‬ ‫ۡ‬ ‫ۡ‬ ‫ّ ّ ۡهه ۡ‬
‫لل َيأمر َبَٱلعدلَ َوَٱلإحسنَ َِإَويتاي َذيَٱلقر َٰ‬
‫ب َوينه ٰي َعن َٱلفحشاءَ َوَٱلمنكرَ َوَٱلبَۡغيََ‬ ‫۞إن َٱ َ‬
‫ّ‬ ‫ّ ه‬ ‫ه ه‬
‫يعظك ۡمَلعلك ۡمَتذك هرونَ‪َ َ٠٩‬‬
‫فَا ْذك ُر ُوا اللّٰه َ ال ْعَظِي ْم َ ي َ ْذكُر ْكُمْ‪ ،‬و َاشْ ك ُر ُوه ُ عَلَى نِعَمِه ِ يَزِدْكُمْ‪ ،‬و َاسْ أَ لُوه ُ م ِنْ ف َضْ لِه ِ يُعْطِك ُ ْم وَلَذِك ْر ُ‬

‫اللّٰه ِ أَ كْ ب َر ُ‪ ،‬و َاللّٰه ُ يَعْلَم ُ م َا تَصْ ن َع ُونَ‪.‬‬

‫‪8‬‬

Anda mungkin juga menyukai