Anda di halaman 1dari 12

Pengertian Muamalat

Muamalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan


urusan dunia,dengan memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti jual-
beli, tukar-menukar, pinjam-meminjam dan sebagainya.

Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan dalam perhubungan


manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang
berlandaskan syariat Allah s.w.t yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial
Islam .

Muamalat yang dimaksudkan ialah dalam bidang ekonomi yang menjadi


tumpuan semua orang bagi memperoleh kesenangan hidup di dunia dan
kebahagian di akhirat.

Segala harta yang ada di alam ini samada di muka bumi, dilaut atau di
dasar adalah milik Allah s.w.t secara mutlak. Manusia disuruh memiliki harta
yang di sediakan oleh Allah s.w.t melalui ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
di anugerahkan kepadanya. Mereka yang memiliki harta kekayaan di dunia
adalah sebagai pemegang amanat Allah s.w.t dan bertanggungjawab terhadap
harta-harta tersebut.

Firman Allah S.W.T :

‫شوُر‬
ُ ‫ن ِرْزِقِه َوِإَلْيِه الّن‬
ْ ‫شوا ِفي َمَناِكِبَها َوُكُلوا ِم‬
ُ ‫ض َذُلول َفاْم‬
َ ‫ل َلُكُم الْر‬
َ ‫جَع‬
َ ‫ُهَو اّلِذي‬

Maksudnya : Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah


digunakan,maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantau dan makanlah
daripada rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t dan ingatlah kepada
Allah s.w.t jualah (tempat kembali kamu) di bangkitkan (maka hargailah
nikmatnya dan takutilah kemurkaannya)

(Surah Al-Mulk Ayat 15)

Mencari harta kekayaan amat di galakkan oleh Islam,kerana harta


merupakan alat bagi mencapai kesenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di
akhirat. Dengan harta tersebut seseorang itu dapat memenuhi keperluan
hidupnya di samping dapat menunaikan tanggungjawabnya terhadap agama.

Dalam mencari harta kekayaan,umat Islam di kehendaki menggunakan


sebahagian daripada hartanya pada jalan kebaikan dan kebajikan untuk faedah
bersama.
Bagi memastikan kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh manusia
dilaksanakan dengan baik dan mencapai keredhaan Allah s.w.t. Islam telah
menggariskan beberapa peraturan bagi mencapai matlamat tersebut.

1. Mencari harta kekayaan dengan cara yang baik dan diredhai oleh Allah s..w.t

2. Mengamalkan akhlak-akhlak yang mulia dalam menjalankan urusan ekonomi


dengan pihak yang lain seperti amanah, adil, jujur, tidak menipu dan lain-lain.

3. Menjalankan sesuatu kegiatan ekonomi yang dapat memberi faedah kepada


seluruh manusia.

4. Semua kegiatan yang dijalankan hendaklah berteraskan keimanan dan


ketakwaan kepada Allah dan syariat Islam. Keimanan kepada Allah merupakan
benteng untuk menghalang seseorang daripada melakukan perkara-perkara
yang tidak di ingini.

5. Semua kegiatan yang dijalankan bertujuan menjalinkan hubungan baik


sesama manusia. Kebaikan-kebaikan yang dilakukan semasa menjalankan
kegiatan ekonomi secara tidak langsung akan memupuk semangat perpaduan
dan persaudaraan sesama Islam dan yang bukan Islam.
Tujuan Muamalat
Muamalat bertujuan supaya di dalam kehidupan manusia tidak akan
berlaku sesuatu kecurangan seperti rampas-merampas,ceroboh-menceroboh
pada pemilikan serta tipudaya dan sebagainya. Selain itu juga kehendak
manusia itu sendiri ialah meletakkan manusia nilai dan taraf yang tinggi sehingga
beroleh keredhaan Allah di dunia dan di akhirat.

Muamalat juga menentukan peraturan-peraturan berusaha dan bekerja


untuk manusia dengan jalan yang halal.

Sabda Rasulullah s.a.w : maksudnya :

“Daripada Abdullah bin An – Nukman bin Basyir r.anhuma katanya :" Aku
telah mendengar Rasullullah s.a.w bersabda : Sesungguhnya yang halal
itu telah nyata (jelas hukumnya) dan yang haram itu juga telah nyata
(jelas hukumnya) dan di antara kedua-duanya (halal dan haram) itu
terdapat perkara-perkara syubhah (yang tidak jelas akan kehalalan dan
keharamannya) yang tidak di ketahui oleh ramai manusia, maka
barangsiapa yang berjaga-jaga dari perkara-perkara yang syubhah
sesungguhnya ia telah membebaskan dirinya dengan agama dan
kehormatannya dan barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara
yang syubhah maka sesungguhnya ia telah terjatuh ke dalam perkara-
perkara yang haram, seumpama pengembala yang mengembala di
sekitar padang rumput yang berpagar hampir- hampir binatang
gembalaannya masuk dan memakan rumput-rampai yang berpagar ini .
Maka ketahuilah sesungguhnya bagi setiap raja itu ada padanya kawasan
larangan dan ketahuilah bahawa sesungguhnya kawasan larangan Allah
adalah perkara - perkara yang telah di haramkannya . Dan ketahuilah
sesungguhnya di dalam tubuh itu terdapat satu ketul daging, jika ia baik
maka baiklah keseluruhan tubuh dan sekiranya ia rosak maka rosak
pulalah keseluruhan jasad, sesungguhnya ia adalah hati."

(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)


Peranan Muamalat
Muamalat berperanan mewujudkan masyarakat yang aman dan sejahtera.
Muamalat yang di jalankan berlandaskan syariat Islam akan melahirkan
masyarakat yang aman dan jauh daripada sebarang
penipuan,pemerasan,ketidakadilan,memonopoli harta dan sebagainya,inilah
matlamat muamalat dalam Islam demi kesejahteraan umat manusia. Sistem ini
juga dalam Islam bertujuan menghindarkan berlakunya sebarang penindasan
sesama manusia. Islam menegah umatnya melakukan perbuatan-perbuatan
yang tidak baik yang akan menyusahkan pihak yang di tindas.

Muamalat juga berperanan supaya semua kegiatan ekonomi yang


dijalankan bersih daripada sebarang perbuatan yang dilarang oleh Allah
s.w.t,kita hendaklah meninggalkan perkara-perkara yang keji seperti
riba’,rasuah,menipu atau sebagainya yang dilarang oleh Allah s.w.t.

Sabda Rasulullah s.a.w : Maksudnya :


Daripada Abu Hurairah r.a. katanya : Sabda Rasulullah s.a.w “Sesiapa
yang mengumpulkan harta daripada punca haram kemudian dia
sedekahkan harta itu,dia tidak akan mendapat pahala,bahkan dosa yang
akan menimpanya”

(Riwayat Ibnu Khuzaimah,Ibnu Hibban dan Al-Halim)

Bermuafakat secara Islam ini juga melahirkan manusia yang berakhlak


mulia dalam menjalankan suatu amanat Allah s.w.t. Ia dapat memudahkan
manusia untuk merasai kurniaan Allah s.w.t dengan cara yang betul dan
diredhainya. Sekiranya tiada peraturan bermuamalat,manusia akan melakukan
apa saja untuk memperoleh harta yang banyak,mereka juga akan mengunakan
harta mengikut nafsu tanpa memikirkan kepentingan orang lain. Akhir sekali, ia
mengalakkan manusia supaya rajin bekerja untuk meningkatkan taraf ekonomi
keluarga,masyarakat dan negara.
Fadhilat Muamalat
Fadhilat system ini ialah dapat memperolehi harta kekayaan dengan cara
yang diredhai oleh Allah s.w.t. Seseorang itu juga dapat menggunakan
sebahagian daripada hartanya pada jalan kebajikan. Antara fadhilat lain ialah
seseorang yang menggunakan hartanya untuk faedah orang lain akan beroleh
pahala daripada Allah s.w.t.

Orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah akan mendapat


keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

Firman Allah s.w.t:

‫جٌر َكِبيٌر‬
ْ ‫ن آَمُنوا ِمْنُكْم َوَأْنَفُقوا َلُهْم َأ‬
َ ‫ن ِفيِه َفاّلِذي‬
َ ‫خَلِفي‬
ْ ‫سَت‬
ْ ‫جَعَلُكْم ُم‬
َ ‫سوِلِه َوَأْنِفُقوا ِمّما‬
ُ ‫ل َوَر‬
ِّ ‫آِمُنوا ِبا‬

Maksudnya :Berimanlah kamu kepada Allah dan rasulnya dan


belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian daripada harta benda
(pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil,maka
orang yang beriman antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian
daripada harta itu pada jalan Allah) maka tetap beroleh pahala yang besar .

(Surah Al-Hadid Ayat 7 )

Peraturan-peraturan dalam bermuamalat mengikut Islam secara tidak


langsung melahirkan manusia yang berakhlak mulia. Ia juga mewujudkan
masyarakat yang adil,bertanggungjawab,amanah,jujur dan terhindar daripada
melakukan perbuatan yang tidak baik.

Antara kesan-kesan yang timbul sekiranya muamalat yang dijalankan


tidak mengikut syariat Islam termasuklah :

a) Membawa kepada pergaduhan dan permusuhan


b) Melahirkan sebuah masyarakat yang tidak aman.
c) Melahirkan individu yang bersikap mementingkan diri sendiri.
d) Mendapat harta dengan cara yang tidak halal.
e) Menggunakan harta pada perkara-perkara yang tidak diredhai oleh
Allah dan membazir.
f) Melahirkan manusia yang bersifat tamak, kedekut, haloba dan sanggup
menindas orang lain demi kepentingan diri sendiri.
Perkara Berhubung Muamalat

MURABAHAH (JUALAN PENAMBAHAN UNTUNG)

Iaitu menyebutkan harga modal barang-barang yang dibeli kepada orang


yang akan membeli dengan memberi syarat,supaya barang itu diberi untung.

Contoh 1: Umpamanya seseorang berkata : "Barangku ini aku beli


berharga RM100,sekarang berilah aku keuntungan 10%" lalu diterima
oleh orang yang akan membeli .

-Maka penjual diatas mendapat untung RM10 dari modal belian beharga
RM100.

Contoh 2: Umpamanya seseorang berkata :"Saya jual rumah ini dengan


harga yang saya beli dengan tambahan untung 10%".

Contoh 3: Umpamanya seseorang berkata :"Saya jual kepada anda


sebagaimana saya beli serta untung satu dirham pada tiap-tiap sepuluh
dirham" jawab pembeli itu,saya terima.

-Maka sahlah jualan itu.

Contoh 4: Umpamanya seseorang berkata :"Aku hendak menjual barang-


barangku yang telah kubeli, bila engkau mahu membeli barangku itu
semua maka tiap-tiap 10 buah, engkau aku beri sebuah. Jadi yang dibeli
adalah 9, sedangkan yang satu lagi adalah hadiah."

WADI’AH (SIMPANAN)

Ertinya barang yang diserahkan (diamanatkan) kepada seseorang supaya


barang itu dijaga dengna baik. Jadi barang Wadiah itu beerti barang amanat
yang harus dikembalikan kepada orang yang empunya,bila ia datang meminta.

Firman Allah S.W.T.

َ ‫ضا َفْلُيَؤّد اّلِذي اْؤُتِم‬


‫ن‬ ً ‫ضُكْم َبْع‬
ُ ْ‫ن َبع‬ َ ‫ن َأِم‬ْ ‫ضٌة َفِإ‬َ ‫ن َمْقُبو‬ ٌ ‫جُدوا َكاِتًبا َفِرَها‬
ِ ‫سَفٍر َوَلْم َت‬
َ ‫عَلى‬ َ ‫ن ُكْنُتْم‬ ْ ‫َوِإ‬
‫عِليٌم‬
َ ‫ن‬
َ ‫ل ِبَما َتْعَمُلو‬
ُّ ‫ن َيْكُتْمَها َفِإّنُه آِثٌم َقْلُبُه َوا‬
ْ ‫شَهاَدَة َوَم‬ّ ‫ل َرّبُه َول َتْكُتُموا ال‬ َّ ‫ق ا‬
ِ ‫َأَماَنَتُه َوْلَيّت‬
Riba
1. Maksud Riba’.

- Pada bahasa ialah bertambah atau subur.


- Pada Syarak ialah aqad bagi sesuatu pertukaran barang-barang yang tertentu
tetapi tidak diketahui persamaannya menurut kiraan syarak ketika aqad atau
diketahui persamaannya dengan menggunakan kedua-dua pertukaran itu atau
salah satu dari keduanya.

2. Riba’ terbahagi kepada tiga bahagian :-

a) Riba’ Al-Fadhl – riba yang dibayar lebih pada satu pihak yang menukarkan
barang.
Contohnya : Satu kilo beras mahsuri ditukar dengan satu kilo beras yang lain
( berlainan kualiti dan jenis ).

b) Riba’ Al-Yad - riba’ yang dibayar lebih kerana tidak diterima dalam majlis aqad
jualbeli.
Contohnya : Seseorang yang beraqad sebanyak RM 100.00 tetapi
apabila diluar aqad dibayar RM 105.00.

c) Riba’ Al-Nasi’ah – riba’ yang dibayar lebih kerana dilewatkan pembayarannya.


Contohnya : Pinjaman sebanyak RM 100.00 maka dibayar balik
RM 120.00

3. Dalil-dalil pengharaman riba’

- Firman Allah s.w.t yang bermaksud :


“Allah telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba’. ”
( Surah Al – Baqarah – Ayat 275 )

- Firman Allah s.w.t yang bermaksud :


“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu makan riba’ yang berganda-
ganda dan takutlah kamu kepada Allah s.w.t mudah-mudahan kamu mendapat
kemenangan.”
(Surah Ali Imran – Ayat 130)

- Sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud :


“Allah s.w.t telah melaknatkan orang yang makan riba’ orang yang berwakil
padanya dan jurutulisnya dan saksi-saksinya dan mereka berkata mereka itu
sama sahaja. “
(Riwayat Muslim)

4. Hikmah diharamkan riba’

- Riba adalah merupakan satu penindasan dan pemerasan terhadap orang-


orang miskin kerana yang miskin bertambah miskin, fikirannya bertambah
bimbang kerana memikirkan tentang bagaimana hendak membayar hutangnya
yang sentiasa bertambah bunganya bila lambat dibayar.
- Pihak yang memakan riba’ akan bertambah kaya dan senang.
- Riba’ akan mendorong pemakannya hidup senang-lenang tanpa bekerja dan
berusaha sedangkan Islam menggalakkan umatnya untuk berusaha dan bekerja.
- Riba boleh merenggangkan merosakkan perhubungan di antara orang kaya
pemakan riba’ dengan orang miskin seterusnya akan menimbulkan kekacauan di
dalam masyarakat dan negara timbullah di sana-sini rompakan, pembunuhan
dan sebagainya.

5. Syarat-syarat penjualan barang-barang untuk mengelakkan riba’ :-

- Barang yang sama jenis:-

a) Hendaklah sama sukatan atau timbangan keduanya.


b) Hendaklah sama dengan tunai.
c) Hendaklah berterimaan di dalam majlis aqad.

- Barang yang tidak sama jenis:-

a) hendaklah dengan tunai.


b) hendaklah berterimaan di dalam majlis aqad.

6. Jika barang pertukaran itu berlainan jenis seperti beras dan wang dan
sebagainya tidak dikenakan apa-apa syarat dan boleh dijualbeli sebagaimana
dalam persetujuan antara kedua pihak.

( Rujukan Kitab - Kitab Matla’al Badrain – Syeikh Daud Fattani )


Jual Beli
Bab Jualbeli :-

1. Jualbeli dari istilah bahasa ialah menukar sesuatu dengan sesuatu yang lain.
Dari istilah syarak ialah menukar harta dengan harta mengikut cara-cara yang
tertentu.

2. Dalil-dalil harus dan halal jualbeli:

1) Firman Allah s.w.t yang bermaksud :-


"Dan Allah s.w.t telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba." (Surah Al-
Baqarah : ayat 275)

2) Firman Allah s.w.t yang bermaksud :-


" Janganlah kamu makan harta yang ada di antara kamu dengan jalan batil
melainkan dengan jalan jualbeli secara redha daripada engkau." (Surah An-
Nisaa' : Ayat 29)

3) Sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud :-


"Sesungguhnya jualbeli itu adalah lahir dari redha-meredhai."
(Riwayat Ibnu Hibban)

3. Hikmah diharuskan jualbeli :-

1. Allah s.w.t telah menjadikan sifat semulajadi manusia yang memerlukan


pertukaran faedah harta di antara sesama manusia samada menerusi jualbeli,
sewa-menyewa dan sebagainya.

2. Dengan adanya peraturan jualbeli ini maja akan terhindarlah kejadian rampas-
merampas atau rompakan yang mana manusia ingin memiliki harta benda yang
tiada padanya.

3. Berjualbeli adalah mengajar manusia supaya hidup bersatupadu dan hidup


mengikut lunas undang-undang.

4. Rukun jualbeli terbahagi kepada enam :-

1. Penjual
2. Pembeli
3. Harga yang dibeli
4. Barang yang dijual
5. Sighah (lafaz penjual)
6. Qabul (lafaz pembeli)

5. Syarat-syarat penjual dan pembeli :-

1. Baliqh dan berakal


2. Tidak bankrap atau bodoh
3. Tidak dipaksa
4. Beragama Islam
5. Merdeka
6. Bukan berurusan dengan Musuh Islam.

6. Syarat-syarat harga dan barang yang dijual:-

1. Barang-barang itu mestilah suci dan bersih.


2. barang itu kepunyaan penjual itu sendiri ayau wakil penjual
3. Menyerahkan barang kepada pembeli ketika melakukan akad jualbeli.

Sebagaimana sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud :-


"Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasullah s.a.w telah melarang dari menjual
jualan secara tipu daya."

4. Penjual dan pembeli mesti tahu tentang jenis, kadar dan sifat barang yang
dijual.

7. Syarat-syarat Ijab (lafaz Penjual) dan Qabul (lafaz Pembeli)

1. Tidak diselangi oleh perkataan yang lain ketika akad jualbeli.


2. Tidak diselangi oleh diam yang lama di antar ijab dan Qabul
3. Bersamaan Ijab dan Qabul dari segi maknanya walaupun berlainan dari segi
lafaznya.
4. Tidak boleh dihadkan waktunya.
5. Tidak boleh bertakliq.

8. Apabila tidak cukup rukun dan syaratnya maka jualbeli tersebut adalah tidak
sah.

9. Syarat membeli kitab suci Al-Quran dan kitab Al-Hadith itu hendaklah ia
beragama Islam.

10. Beberapa persoalan yang melibatkan jualbeli :-

1. Tidak sah menjual binatang buas.


2. Tidak sah menjual sesuatu yang najis yang tidak dapat disucikan.
3. Tidak sah menjual harta benda yang telah digadaikan kepada orang lain
melainkan dengan keizinan daripada orang yang memegang gadaian.

Jenis-jenis Harta
HARTA YANG BERHARGA (MUTAQAWWIM) DAN HARTA YANG TIDAK
BERHARGA (GHAYR MUTAQAWWIM)

• Harta yang berharga/bernilai ialah setiap harta yang disimpan oleh


seseorang dan syara` mengharuskan penggunaannya. Contohnya seperti
semua jenis harta tidak alih dan harta-harta alih juga makanan-makanan
atau seumpamanya.
• Harta yang tidak berharga/bernilai ialah harta yang tidak di dalam
simpanan atau dimiliki orang seperti ikan di dalam sungai, burung di udara
juga galian yang berada di dalam perut bumi atau harta yang tidak harus
digunakannya pada syara` seperti arak, babi, kedua-dua ini tidak harus
bagi orang Islam menggunakannya kecuali ketika darurat sahaja seperti
bersangatan dahaga atau bersangatan lapar yang boleh membawa mati
kalau tidak menggunakannya.

Tujuan pembahagian harta kepada harta yang berharga dan tidak berharga:

1. Harta yang berharga sah untuk semua urusan berakad dengannya seperti
berjual beli, hibah, meminjam, gadaian, wasiat dan bersyarikat.

2. Harta yang tidak berharga tidak sah berakad dalam semua urusan seperti
tidak sah menjual arak dan babi.

3. Wajib membayar ganti rugi oleh orang yang merosakkan harta yang berharga
sama ada ganti rugi barang yang serupa sekiranya ada atau membayar nilai
harganya.

4. Harta yang tidak berharga tidak wajib membayar ganti rugi orang yang
merosakkannya.

HARTA TIDAK ALIH (`IQAR) DAN HARTA ALIH (MANQUL)

• Harta tidak alih ialah harta yang tidak boleh dipindah atau diubah dari
tempat asalnya seperti bangunan dan bumi.
• Harta alih ialah harta yang boleh dipindah atau diubah dari tempatnya
sama ada bentuk dan keadaannya kekal dengan dipindahkan atau
berubah bentuknya seperti wang ringgit, barangan perniagaan, haiwan
dan lain-lain.
• Terkadang harta alih bertukar menjadi tidak alih dan sebaliknya.

Contohnya pintu rumah, tingkap atau jendela akan menjadi tidak alih bila
dipasang di bangunan yang tetap buat selamanya, sebaliknya runtuhan rumah
atau bangunan, galian yang dikeluarkan dari perut bumi, batu dan tanah akan
bertukar menjadi harta alih bila sahaja bercerai dari bumi.

Faedah pembahagian harta kepada harta alih dan harta tidak alih adalah
mengikut perbezaan hukum-hukum fiqh seperti berikut:

1. Hukum as-syuf`ah adalah sabit pada harta tidak alih sahaja dan tidak sabit
pada harta alih.

2. Hukum jual janji adalah khusus bagi harta tidak alih sahaja. Erti jual janji ialah
seseorang yang perlu pada wang maka dia jual harta tidak alih dengan syarat
bila ia dapat wang maka akan diambil balik harta tidak alih yang telah dijual itu
dengan membelinya semula dari orang yang membelinya ketika ia terdesak.

3. Pemegang amanah harta anak yatim tidak boleh menjual harta tidak alih yang
dimiliki oleh anak-anak yatim melainkan dengan alasan yang dibenarkan oleh
syara` seperti membayar hutang atau sangat-sangat perlu kepada perbelanjaan
untuk anak yatim tetapi mesti mendapat kebenaran dari hakim atau qadhi.
Adapun harta alih, maka pemegang amanah harta anak yatim boleh menjualnya
bila ada sebarang maslahah pada jualan tersebut.

4. Segala hak yang berkaitan dengan jiran tetangga adalah bersangkut paut
dengan harta tidak alih sahaja.

Anda mungkin juga menyukai