Anda di halaman 1dari 11

Penghargaan

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, berkat usaha yang dilakukan dan juga atas keizinan-Nya,


tugasan ini dapat disempurnakan tepat pada waktunya. Dengan izin-Nya juga
saya beroleh maklumat bagi menghasilkan hasil ‘karya’ indah ini. Jutaan
penghargaan juga saya lontarkan kepada kedua ibu dan ayah yang tercinta
kerana merekalah, saya masih lagi mampu menarikan jemari halus ini menekan
satu persatu papan kekunci ini. Tidak dapat dan pastinya tidak dilupakan,
penghargaan ini saya gubahkan menjadi jambangan bunga untuk diserahkan
kepada guru saya, Dr Roshani Abdullah kerana beliaulah, segala tunjuk ajar dan
ilmu yang berguna yang beliau sampaikan, saya simpankan di dalam RAM diri
ini.
Tanpa bimbingan serta nasihat beliau, tugasan ini mungkin tidak dapat
disiapkan sesempurna ini. Bukan untuk mengambil hati Dr tetapi itulah
hakikatnya bahawa beliaulah yang menjadi inspirasi penghasilan ‘karya’ ini.
Tidak dinafikan, tugasan ini sedikit mengelirukan namun, segalanya berjalan
lancar setakat huruf ini ditaip. Buat kawan-kawan, aku tabik kat kamu semua
sebab tolong beri kata-kata semangat kat aku walaupun aku tak pasti apa la
hajat kamu semua sebenarnya. Apa-apa pun, aku bangga ada sahabat seperti
kamu semua.
Ucapan penghargaan ini akhir sekali ikhlas dianugerahkan kepada semua
yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung. Saya berharap dengan
sokongan anda semua, Tuhan menghadiahkan pembalasan yang hasanah di
sana nanti.
Sekian, terima kasih.
Pendahuluan
Dialek sebenarnya bermaksud variasi atau kelainan daripada satu bahasa
yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam sesuatu masyarakat atau
komuniti bahasa. Istilah dialek berasal daripada perkataan Greek, dialektos yang
merujuk kepada kepelbagaian bahasa yang dituturkan oleh sekumpulan
pengguna atau penutur sesuatu bahasa. Dialek bolehlah dibahagikan kepada
dua iaitu dialek daerah dan dialek sosial. Dialek daerah berlaku apabila
terdapatnya perbezaan kata-kata yang digunakan oleh seseorang penutur.
Dialek sosial pula terjadi apabila ada faktor-faktor tang menentukannya. Dialek
ini juga lebih dikenali sebagai laras bahasa ataupun register iaitu kepelbagaian
bahasa yang digunakan dalam bahasa berkenaan. Antara faktor-faktor yang
jelas ialah faktor pendidikan. Taraf pendidikan yang berbeza akan membezakan
sesuatu pengucapan seseorang antara pendidikan tinggi ataupun pendidikan
rendah. Ini membuktukan laras bahasa yang berbeza antara seseorang itu
dengan yang lain.
Faktor yang seterusnya ialah sikap penutur tersebut. Hal ini dapat
menghasilkan laras bahasa yang berbeza. Kita dapat melihat peribadi seseorng
itu dengan gaya perucapannya. Sebagai contoh, seseorang yang pendiam dan
jarang berkata-kata apabila bersuara, lain bentuknya berbanding seseorang
yang kerap bercakap. Seseorang yang sombong juga agak berlaianan
bahasanya berbanding seseorang yang peramah. Faktor ketiga pula ialah cara
penyampaian yakni perbezaan situasi boleh membezakan laras bahasa yang
digunakan. Seseorang itu mungkin menggunakan bahasa standart apabila beliau
bekerja dalam firma gauaman tetapi apabila bersama keluarga dan anak-anak,
laras bahasa yang sesuai akan digunakan. Gangguan juga merupakan faktor
berlakunya dialek sosial.ia bermaksud terdapatnya gangguan ketika penutur
menuturkan bahasa ibunda ataupun dialek daerah. Sebagai contoh, kaum Cina
dan India menggunakan pelat bahasa ibunda mereka ketika bertutur. Ada juga
laras bahasa standard yang berlainan antara negeri sebagai contoh penutur dari
Kedah dan Perak yang berlainan.
Faktor latar belakang keluarga dan tempat tinggal juga mempengaruhi
cara pertuturannya. Misalnya pertuturan orang kaya berbeza dengan pertuturan
orang miskin. Antara lain ialah pertuturan an antara keluarga yang tingal
dikawasan pesat membangun dengan kawasan pendalaman. Di situ,
terdapatnya perbezaan laras bahasa yag digunakan. Faktor seterusnya ialah
fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa yang mana dalam tiap-tiap situasi sosial
terdapat penggunaan bahasa yang berlainan hasil interaksi orang-orang yang
terlibat dalam perbualan dan peranan situasi-situasi tersebut dalam masyarakat.
Faktor ketujuh pula ialah hubungan sosial dan peribadi yang wujud antara
penuturnya. Kita dapat lihat bahawa penutur seorang kekasih kepada buah
hatinya berbeza dengan menuturkan kata-kata dengan orang lain. Kemesraan
yang terjalin menghasilkan satu laras bahasa yang lain.
Faktor yang kelapan adalah aspek linguistik seperti tatabahasa dan kosa
kata. Walaupun begitu, perbezaan antara laras bahasa itu tidak terlalu jauh
hingga menimbulkan ketidakfahaman antara penuturnya. Faktor yang terakhir
adalah bahan yang diperkatakan iaitu setiap bahan yang hendak diperkatakan
menggunakan bahasa yang berlainan bergantung kepada isi yang hendak
disampaikan. Untuk lebih difahami, apabila berbicara tentang agama, isi yang
disampaikan perlulah jelas agar kekeliruan tidak berlaku. Penggunaan laras
bahasa yang sesuai akan menyelesaikan masah ini.
Petikan novel pilihan

Bintang-bintang ke Syurga-Xarine

“ Dato’ kenapa tak ajak Datin datang sama?”


Kaki masih melangkah.
“ Alah. Tak payah berdato-dato dengan uncle la. Panggil uncle. Auntie
tidak sihat semenjak semalam. Pening-pening kepala katanya.
Aku mengangguk kecil.
“Suzila banyak bercerita tentang Imran”.
“Dia kagum dengan kamu. Semua cerpen kamu disimpannya. Dia juga
banyak belajar daripada arwah Sofia dan semua yang telah berlaku. Dari situ dia
banyak berubah. Cakapnya makin kurang, diamnya makin banyak. Mungkin apa
yang diterimanya sukar diterima akal logik. Buat dia kembali berfikir. Obviously,
she did a lot of thinking lately. Sedikit sebanyak urusan business ditangannya
terbelangkai sebelum semua priority hidupnya kembali seimbang. Alhamdulillah,
uncle tengok sekarang dia makin matang dan bersedia.
Xarine(2009).bintang-bintang ke Syurga:JemariSeniPublishing(m/s 336)

“Lain kali cakap biar guna otak Rizal!” Suzila mendengus hebat,
“berseronok apa sampai mengupah pelacur? Apa kau sudah gila?
“Ehem.”Dato’ Husin berdeham.
“Su, jangan panggil Najmah pelacur. Saya tak suka.” Entah kenapa aku
tidak suka Najmah dihina sebegitu. Aku tahu sememangnya dia begitu namun
pelbagai kisah ada dalam perwatakannya. Harus kita sesama saudara menutup
aib yang lain dan melayannya dengan baik saat dia tidak hadir atau absen.
Suzila menjelingku seperti tidak puas hati saja, ketika itu aku turut membalas
jelingannya dan dapat kulihat warna merah mukanya memundar seperti mengerti
keseriusanku.
Xarine(2009).bintang-bintang ke Syurga:JemariSeniPublishing(m/s 446)

Sinopsis petikan
Dalam petikan pertama, penulis, Xarine telah mempertemukan dua watak
yang terdapat dalam novel Bintang-bintang ke Syurga iaitu Dato’ Husin dan
Imran. Dalam petikan ini, Imran diberikan peluang untuk berbicara seorang tokoh
korporat merangkap bapa kepada kekasih hatinya. Dalam pertemuan itu, Imran
lebih banyak berdiam diri berbanding Dato’ Husin yang banyak menceritakan
tentang anak perempuannya. Dato’ Husin menceritakan bahawa Imran telah
dapat mengubah sekeping hati yang keras menjadi seorang yang lebih matang.
Dato Husin juga menceritakan bahawa anaknya sudah mampu berdiri dengan
teguh atas dorongan semangat yang cekal.
Petikan yang kedua pula menceritakan akan Suzila yang berasa tersangat
marah terhadap Rizal yang sanggup memfitnah kekasih hatinya, Imran
melakukan perbuatan terkutuk. Rizal telah mengupah seorang pelacur untuk
memerangkap Imran ke lorong kehinaan namun perkara tersebut telah gagal dan
diketahui ahli keluarga. Ini menyebabkan Suzila teramat marah terhadap Rizal.
Namun sikap Imran yang tenang lebih berfikiran terbuka dengan menengur sikap
Suzila yang agak keterlaluan. Imran yang berpendidikan agama kelihatan lebih
berhati-hati apabila bersuara.
Contoh-contoh dialek sosial dalam novel

Berdasarkan novel Bintang-Bintang ke Syurga yang dikarang oleh penulis


muda Xarine, saya telah mendapatkan dua petikan yang saya boleh jadikan
sebagai contoh penggunaan dialek sosial dalam novel ini. Petikan yang saya
ambil telah saya tunjukkan sebelum ini. Antara contoh-contoh dialek sosial ialah:

Taraf pendidikan
Dialek sosial ini dapat kita lihat pada Dato’ Husin. Dato’ Husin merupakan
salah seorang tokoh korporat yang disegani. Ketika berbicara dengan Imran,
kepetahan kata-kata yang diungkapkan menunjukkan beliau seorang yang
berpendidikan tinggi.
..... Obviously, she did a lot of thinking lately. Sedikit
sebanyak urusan business ditangannya terbelangkai sebelum
semua priority hidupnya kembali seimbang. Alhamdulillah, uncle
tengok sekarang dia makin matang dan bersedia.
Berdasarkan dialog ini, jelas menunjukkan Dato’ Husin seorang yang
memiliki taraf pendidikan yang tinggi. Beliau berkata-kata tidak menunjukkan
beliau seorang yang rendah taraf pendidikannya.

Hubungan sosial yang wujud antara penutur


Dato’ Husin dengan Imran adalah contoh yang baik dalam menjelaskan
dialek sosial ini. Walaupun Dato’ Husin merupakan golongan yang berjaya,
namun beliau merendahkan dirinya dengan Imran. Dato’ Husin cuba merapatkan
jurang mereka berdua untuk menjadikan sesi dialog itu berlaku dengan lebih
mesra.
“ Alah. Tak payah berdato-dato dengan uncle la. Panggil uncle.
Auntie tidak sihat semenjak semalam. Pening-pening kepala
katanya.

Hal ini telah mengakibatkan berlakunya dialek sosial sesama mereka.


Perkara ini tidak akan berlaku sekiranya Dato’ husin berkomunikasi dengan
Imran seperti bercakap dengan pekerjanya.

Cara penyampaian
Ketika marah, seseorang itu akan menunjukkan ekspresi marahnya.
Ketika Suzila marah, dia telah digambarkan oleh penulis bahawa dia
meninggikan suaranya.
....“Lain kali cakap biar guna otak Rizal!” Suzila mendengus
hebat, “berseronok apa sampai mengupah pelacur? Apa kau sudah
gila?”
Penulis telah menunjukkan kemarahan Suzila dengan meletakkan tanda
seru pada dialognya. Penulis tidak menuliskan dialog Suzila itu dengan lemah
lembut kerana amat tidak sesuai dengan situasi yang dihadapi. Ini menghasilkan
satu lagi dialk sosial iaitu cara penyampaian penutur.

Gangguan bahasa
Gangguan bahasa juga terdapat dalam petikan ini. Xarine telah
menerapkan dialek sosial ini di dalam novelnya.
.... Sedikit sebanyak urusan business ditangannya terbelangkai
sebelum semua priority hidupnya kembali seimbang. Alhamdulillah,
uncle tengok sekarang dia makin matang dan bersedia.
Terdapat gangguan bahasa yang dapat kita lihat di sini iaitu istilah business.
Sepatutnya istilah ini harus digantikan dengan perkataan perniagaan. Hal ini
telah menyebabkan gangguan bahasa berlaku.

Bahan yang diperkatakan


Salah satu dialek sosial yang terdapat dalam novel ini adalah bahan yang
dikatakan. Contoh yang jelas ialah Dato’ Husin memuji Imran kerananya, Suzila
berubah kearah yang lebih positif.
“Dia kagum dengan kamu. Semua cerpen kamu
disimpannya. Dia juga banyak belajar daripada arwah Sofia dan
semua yang telah berlaku. Dari situ dia banyak berubah. Cakapnya
makin kurang, diamnya makin banyak. Mungkin apa yang
diterimanya sukar diterima akal logik. Buat dia kembali berfikir.
Ini menunjukkan bahawa Dato’ mempunyai isi untuk bercakap dengan
Imran. Bahan yang diperkatakan ini menjadi dialek sosial dalam novel ini.
Bibliografi

Buku

Raminah Hj Sabran , Rahim Syam . Kajian Bahasa untuk pelatih maktab


perguruan.Kursus Bahasa Fajar Bakti .

Wan Malini Ahmad, Nik Safiah Karim. Bahasa Melayu STPM. Selangor:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim dan Norlidza Shamsuddin, 2008 Bahasa Malaysia Kertas 1
dan Kertas 2. Selangor. Penerbit Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Laman Web

http://www.tutor.com.my/tutor/stpm/variasi_bahasa.htm Accessed on 18
August 2008
Refleksi

Perjalanan seorang musafir di padang pasir sangat dahagakan air untuk


meneruskan langkahannya tetapi pejalanan insan ini pula dahagakan ilmu untuk
menyambung sebuah hikayat baru. Hikayat ini bermula apabila satu perutusan
mengenai tugasan diterima. Walaupun tugasan yang diterima agak kurang
difahami, namun semangat yang ada digunakan untuk menghasilkan tugasan ini.
Tidak dinafikan bahawa terdapat pelbagai masalah seperti sumber yang terhad,
namun akhirnya ianya dapat disiapkan.
Pencarian sebuah novel merupakan salah satu rintangan yang agak
mencabar bagi seorang yang jarang sesekali menyelami alam imaginasi ini.
Masakan tidak, jikalau bukan kerana novel yang wajib dipelajari semasa
peringkat sekolah menengah, rasanya ‘zero’ novel yang dibaca. Tapi kekusutan
ini hanya sementara kerana apa? Kerana akhirnya insan ini memilih sebuah
novel cinta yang digarap baik mengikut cinta yang digariskan oleh Islam.
Bintang-bintang ke Syurga karya Xarine telah menimbulkan minat makhluk Allah
ini untuk menghabiskan hikayat ini lantas meneruskan pengembaraan
menyiapkan tugasan seterusnya.
Dunia maya, kitab-kitab di gudang ilmu serta informasi dari pensyarah dan
notanya menjadi inspirasi perjalanan tugasan ini. Ya! Halangan yang berbagai
memantapkan lagi tugasan ini. Bayangkan, sebuah bukit(Bukit Pantai) didaki,
dituruni bagi mendapatkan sedikit informasi yang amat-amat berguna. Inilah
kehidupan. Jikalau ingin mendapatkan madu, janganlah takut menghadapi
kawanan lebah. Bersusah-susah dahulu, insyaallah, kita beroleh kesenangan.
Masalah menaip juga ingin diri ini menceritakan perihalnya. Msakan tidak, mata
memerlukan penglihatan yang tajam untuk mencari huruf-huruf pada papan
kekunci ini. Ah! Kalaulah hanya perlu menyebut sudah tertulis perkatannya di
paparan gajet hebat ini, mudah sahaja tugasannya. Tidak mengapalah. Usain
Bolt sewaktu bayi, belum pasti mampu berlari sepantas 9.64s dalam trek 100
meter.
Inilah hasilnya yang dapat insan lemah ini hasilkan. Bukanlah merendah
diri tapi rasanya, ia belum cukup sempurna kerana tidak ada yang sempurna
dalam hidup ini. Diharap hasil tugasan ini memenuhi apa yang telah ditetapkan.
Sebarang kekurangan adalah dari insan yang lemah ini dan segala kelebihan itu
datangnya dari Maha Pencipta.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai