Anda di halaman 1dari 34

KEMAHIRAN ASAS PRS

ASMA BINTI MUHD. ALI BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAWAU

CIRI-CIRI PENOLONG

Corey (1991), Gladding (1996), Thompson & Rudolph (2000) terdapat ciri bagi membina hubungan kaunseling yang efektif.
Aziz (1993), Noraini (2003)- turut memasukkan sifat-sifat kenabian.

Ciri-ciri penolong ialah : MESRA DAN MUDAH DIDAMPINGI BERSIKAP DAN BERFIKIRAN TERBUKA IKHLAS MENOLONG DAN TIDAK BERPURA-PURA (TIDAK HIPOKRIT)

SEDAR NILAI DAN KEPERCAYAAN YANG DIMILIKI OLEHNYA


BERSEDIA MENGAMBIL RISIKO BERUPAYA MENJALIN HUBUNGAN BAIK DENGAN ORANG LAIN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SETIAP TINDAKAN YANG DI AMBIL BOLEH BERJENAKA (KECINDAN)

MEMILIKI ILMU PENGETAHUAN BERKAITAN PSIKOLOGI MANUSIA DAN KEMAHIRAN MENOLONG ( sekurang-kurangnya setingkat lebih tinggi daripada orang yang ditolong )

PANDAI DAN MAHIR BERKOMUNIKASI MEMPUNYAI NILAI ETIKA DAN MORAL YANG TINGGI

BOLEH DIPERCAYAI
MEMILIKI KEKUATAN MENTAL BERTENAGA DAN MEMILIKI MOTIVASI YANG TINGGI

MEMILIKI SIFAT-SIFAT KENABIAN; SIDDIQ (sifat benar dalam pertuturan), AMANAH (jujur dan dipercayai), TABLIGH (menyampaikan yang hak), FATONAH (kebijaksanaan)

KEMAHIRAN MENOLONG

GEORGE & CRISTIANI (1990) - Hubungan menolong adalah proses yang unik dan dinamik di mana melaluinya individu dibantu oleh individu lain (memiliki kemahiran menolong) menggunakan sumber dalamannya bagi bergerak ke arah yang positif dan merealisasikan potensi individu bagi memperoleh kehidupan bermakna.

Persediaan Menolong
1. Cara mendapatkan orang yang ditolong a. suka rela ( walk in ) b. dirujuk c. diperolehi melalui ujian psikologikal dan sebagainya

2. Mewujudkan suasana yang terapeutik a. suasana persekitaran yang tenang dan selesa b. keselesaan tempat duduk c. tempatpertemuan yang memiliki ciri-ciri kebersendirian (privacy) d. perbincangan tertutup (tidak didengari oleh orang lain)
3. Mewujudkan rasa diterima (penglibatan) a. layanan pertama kepada orang yang ditolong perlu membuatkannya rasa diterima, selamat dan orang yang menolong dipercayai.

KEMAHIRAN MEMBUAT PENSTRUKTURAN


Penstrukturan bermatlamat memberi tempo dan garis panduan semasa berbincang. Perkara yang perlu distrukturkan adalah : 1. Pastikan orang yang ditolong tahu tempoh masa sesi temubual dijalankan. 2. Peranan penolong adalah menggunakan kemahiran menolong; mendengar, memahami, memimpin dan memberi pertolongan.

3. Peranan orang yang ditolong pula adalah bercerita apa sahaja yang ingin dikongsi bersama (perkara yang menggangu hidupnya) dengan penolong.
4. Segala apa yang diceritakan kepada penolong dirahsiakan kecuali dengan kebenaran orang yang ditolong ataupun sekiranya terdapat unsur berisiko tinggi. Ini dikatakan sebagai etika kerahsiaan.

KEMAHIRAN MELAYAN

Ekspresi wajah dan muka Dorongan minima Tahap tenaga

Nada suara

ADA 7

Kedudukan dan jarak

Pergerakan kaki dan tangan

Gaya duduk dan postur badan

Kontak mata: Penolong memandang ke arah mata orang yang ditolong (dalam budaya, sosial dan sistem kepercayaan orang Melayu beragama Islam, kontak mata berlainan jantina perlu mengikut lunas-lunas yang dibenarkan).

Senyum, ceria dan mesra.

Pandangan yang membantu.

jujur iaitu menerima tanpa syarat dan sedia

Mengesan mimik muka seperti berkerut, merah padam, masam ataupun pucat tidak bermaya.

Apabila tenaga penolong rendah, mood sesi menjadi rendah, orang yang ditolong berasa curiga dengan keupayaan penolong.

Apabila tenaga tinggi, orang yang ditolong semakin yakin dengan kebolehan penolong.

Jarak yang dianggap sesuai adalah kira-kira dua ataupun tiga kaki (bergantung pada jantina, umur dan budaya).

Terlalu dekat melemaskan dan merimaskan orang yang ditolong dengan bau badan ataupun nafas yang boleh mengganggu perasaan orang yang ditolong.

Jarak yang terlalu jauh antara penolong dan orang yang ditolong menyebabkan masalah kejelasan dari segi suaa dan intonasi.

Kedudukan badan condong ke arah orang yang ditolong.

Bersandar ataupun badan menghala ke arah yang lain mungkin ditafsirkan oleh orang yang ditolong, penolong kurang berminat.

Tunjukkan bahasa badan yang sesuai dan meyakinkan.

Pergerakan kaki dan tangan yang sesuai.

Gerakan yang keterlaluan boleh mengganggu orang yang ditolong.

Berpeluk tubuh menunjukkan orang yang ditolong atau penolong enggan atau tidak mahu mengambil bahagian.

Nada tinggi ataupun rendah menentukan mood atau emosi kepada perhubungan.

Beri respon dengan nada yang sesuai.

Usaha penolong menimbulkan rasa klien didengar dan diterima.

Merangsang orang yang ditolong supaya terus bercerita atau bercakap.

Menunjukkan penolong faham dan dapat mengikuti apa yang diceritakan oleh orang ditolong.

Ditunjukkan melalui tingkah laku bukan lisan dan lisan seperti kata-kata separa bahasa. Contohnya seperti hmmmya..ya..lagi.

KEMAHIRAN MENDENGAR

MENDENGAR ISI

MENDENGAR MAKNA ATAU PENGALAMAN

MENDENGAR PERASAAN

a. Penolong memahami pokok persoalan.


b. Menyatakan semula isi yang didengar oleh penolong.

a. Perasaan adalah elemen yang mengiringi perkataan, makna bagi perkataan atau katakata yang berkait rapat dengan emosi atau perasaan yang mengiringinya.
a. Membantu orang yang ditolong memahami dan melihat perasaan yang sedang dialami pada ketika itu.

a. Penolong memahami makna ataupun pengalaman dengan tepat. b. Makna ataupun pengalaman adalah unsur penting yang sering menimbulkan salah faham atau permasalahan kepada individu. c. Kebolehan penolong memasuki ruang rujuk orang yang ditolong membantu orang yang ditolong memahami apa yang dirasai dan dialaminya.

KEMAHIRAN MEMBALAS

KEMAHIRAN PARAFRASA KEMAHIRAN EMPATI KEMAHIRAN KONFRONTASI KEMAHIRAN PENJELASAN KEMAHIRAN MEMBUAT REFLEKSI KEMAHIRAN MENYOAL

KEMAHIRAN MERUMUS

Parafrasa ialah dorongan dari penolong kepada orang yang ditolong. Ia adalah ulangan ayat yang pendek (perkataan penolong sendiri) tentang apa-apa yang difahami oleh penolong tetapi maknanya tetap tidak terkeluar dari apa yang diperkatakan oleh orang yang ditolong.

Ia bertujuan memberi peluang kepada orang yang ditolong mendengar kembali apa yang diperkatakannya selain dari meyakinkan kepada orang yang ditolong bahawa penolong sedang mendengar secara aktif dan sentiasa memberikan perhatian. Contoh : Orang ditolong : Lama saya menunggu peluang mahu berjumpa awak. Penolong : Sudah lama menunggu ya. Orang ditolong : Macam-macam saya fikirkan. Adakah saya difahami, diterima dengan baik dan macam-macam lagi. Orang ditolong : macam-macam Ali fikirkan sebelum berjumpa saya.

Refleksi isi : bertujuan memfokus isi percakapan orang yang ditolong dan menyatakan semula dengan perkataan penolong sendiri.

Orang yang ditolong : Sudah puas saya meminta wang yang dipinjam oleh Abu. Setiap kali saya minta, macam-macam alasan diberi. Penolong : Awak rasa Abu tidak mahu membayar balik wang awak?

Refleksi perasaan : memberi tumpuan kepada perasaan yang sedang dialami oleh orang yang ditolong (lisan atau bukan lisan).

Orang yang ditolong : Apabila saya balik lewat, ibu tiri saya selalu berleter yang bukan-bukan dan ini menyakitkan telinga yang mendengar. Penolong : Awak merasa sakit hati dengan leteran ibu tiri awak?

Refleksi makna ataupun pengalaman : mengambil kira isi dan perasaan orang yang ditolong bagi membantu orang yang ditolong melihat perkaitan, sebab akibat insiden ataupun peristiwa yang berlaku pada dirinya.

Orang yang ditolong : Sejak kena marah depan kawankawan, saya berasa sangat malu. Saya rasa semua orang di sekolah ini mempermainkan-main dan mentertawakan saya. Itulah yang membuat saya tidak sanggup hendak ke sekolah sekarang. Saya rasa hendak tukar ke sekolah lain. Penolong : Sejak kena marah awak rasa sungguh malu seolah-olah semua orang sudah tahu. Jadi bagi mengatasinya awak merancang mahu bertukar sekolah, di mana tiada siapa kenal awak.

Kebolehan penolong mendapatkan maklumat lebih lanjut dan tepat daripada orang yang ditolong. Soalan tertutup memerlukan jawapan yang pendek sama ada satu ataupun dua patah perkataan bagi mendapatkan maklumat khusus ataupun kepastian dan digunakan sesekali sahaja. Contoh : Bila kejadian itu berlaku? (semalam, hari Sabtu) Apa yang awak nampak? (hantu, lembaga putih.) Benarkah yang awak nampak itu hantu? (saya pasti, ya..) Soalan terbuka pula memberi ruang kepada orang yang ditolong supaya terus bercerita tentang pengalaman mengikut perspektif diri sendiri tanpa panduan khusus dari penolong (penolong tidak digalakkan memberi contoh). Contoh : Cuba ceritakan apa yang awak buat sepanjang malan itu? Boleh terangkan bagaimanakah perasaan awak ketika itu?

Mengulang semula dan menjelaskan lagi apa yang diperkatakan oleh orang yang ditolong.

Rumusan kecil dibuat beberapa kali dalam sesi menyemak persepsi orang yang ditolong dan memfokuskan kepada perbincangan yang dijalankan.

Rumusan besar pula dibuat sekali di akhir sesi bagi mengingatkan kembali apa yang berlaku dalam sesi.

Penolong tidak dapat memahami apa yang diperkatakan oleh orang yang ditolong seperti maklumat, fakta, slanga, maksud perkataan yang digunakan, maksud tersirat perbuatan yang ditunjukkan dan sebagainya supaya penolong berupaya memahami dengan lebih berkesan .

Penolong : Setiap kali awak sebut perkataan fruit awak mengangkat bahu. Agaknya apa maksud perbuatan itu?. Penolong : Boleh awak jelaskan apakah kaitan antara jiran di sebelah rumah yang sering bergaduh seperti yang awak ceritakan dengan diri awak sendiri?

Usaha penolong secara diplomasi bagi membetulkan pandangan ataupun menyelaraskan tingkah laku dan perasaan orang yang ditolong.

Situasi yang membolehkan penolong membuat konfrontasi.

Tingkah laku orang yang ditolong tidak secocok dengan apa yang diperkatakannya. Contoh : Penolong : Tadi awak kata awak pemalas. Apa yang saya tahu dan dapat perhatikan, awak pelajar yang rajin dalam kelas awak.

Perasaan yang dilahirkan tidakk selari ataupun sama dengan fakta yang diperkatakan. Contoh : Penolong : saya jadi keliru. Awak kata awak sedih sebab emak awak baru saja meninggal dunia tetapi sejak dari tadi saya perhati awak sentiasa senyum-senyum. Apa sebenarnya yang awak rasa.

Fakta mula, fakta berikut ataupun fakta yang akhir tidak sama ataupun bercanggah. Contoh : Penolong : Tadi saya dengar awak tidak pernah ke kompleks membelah-belah itu tetapi sekarang seolah-olah awak seperti sudah biasa dengan tempat itu.

Empati bukannya simpati. Simpati adalah berkaitan dengan perasaan belas kasihan dan sifat bertimbang rasa.
Empati ialah kebolehan penolong merasai dengan betul dan tepat sebagaimana yang sedang dialami ataupun dirasai oleh orang yang ditolong. Proses empati adalah teras kepada hubungan psikoterapi dan menjadi asas kepada semua hubungan manusia. Meador & Rogers (1979) pemahaman empati adalah usaha penolong masuk ke dalam kasut klien ataupun menyusup masuk ke bawah kulitnya supaya penolong dapat memahami ruang rujuk dan dunia subjektif orang yang ditolong.

Contoh :
Orang yang ditolong : Saya tidak ada masa hendak belajar. Keluarga saya miskin. Setiap petang saya terpaksa membantu ibu menjual kuih. Pendapatan ibu sangat kecil. Kadang-kadang kami anak beranak tidak cukup makan. Saya hendak berhenti sekolah supaya dapat mengurangkan beban ibu. Penolong : Awak tidak dapat belajar dengan teratur kerana awak juga turut sama bertanggungjawab membantu keluarga kerana keluarga awak miskin. Niat awak sungguh murni kerana awak tidak mahu menyusahkan ibu dan keluarga awak.

Persahabatan umpama satu jiwa yang lahir di dalam dua jasad yang berbeza. - Aristotle

Seorang kawan adalah hadiah yang anda berikan kepada diri anda sendiri. - Robert Louis Stevenson

Seseorang yang tidak pernah belajar untuk mematuhi perintah, tidak akan menjadi seorang komander (pemimpin) yang baik. - Aristotle

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai