Anda di halaman 1dari 8

SISTEM REPRODUKTIF

Sistem Reproduktif merupakan sistem pembiakan lelaki dan wanita. Pembiakan membawa maksud satu mekanisme bagi manusia untuk mengembangkan zuriat. Melalui pembiakan, genetik diturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi dan dalam masa yang sama generasi keturunan dapat memberi kesinambungan seterusnya. Fungsi utama menghasilkan zuriat bagi manusia. Organ pembiakan lelaki Testis > menghasilkan sperma dan hormon seks bagi lelaki. Duktus dan kelenjar > membantu menyalurkan sperma ke trek reproduktif wanita. Organ pembiakan wanita Ovari > menghasilkan telur dan hormon seks wanita.

Uterus > lokasi persenyawaan antara sperma dan ovum dalam perkembangan janin semasa proses kehamilan berlaku.

APA ITU AKIL BALIGH


Fungsi utama menghasilkan zuriat bagi manusia. Organ pembiakan lelaki Testis > menghasilkan sperma dan hormon seks bagi lelaki. Duktus dan kelenjar > membantu menyalurkan sperma ke trek reproduktif wanita. Organ pembiakan wanita Ovari > menghasilkan telur dan hormon seks wanita.

Uterus > lokasi persenyawaan antara sperma dan ovum dalam perkembangan janin semasa proses kehamilan berlaku.

TANDA
Akil baligh akan dialami apabila seseorang itu meningkat dewasa. Kebiasaannya di antara umur 10 hingga 16 tahun, di mana lelaki dan perempuan mengalami banyak perubahan fizikal dan emosi. Akil baligh merupakan tanda keupayaan seseorang untuk mempunyai anak. Ianya juga dikenali sebagai kematangan seksual TERUNA Ciri primer -Perubahan pada zakar (penis) dan buah zakar (testis) Ciri sekunder Suara menjadi garau, bulu ketiak dan bulu pada kemaluan serta misai dan janggut mula tumbuh. Bahu dan dada menjadi bidang, jerawat mula tumbuh. Mengalami mimpi yang menghairahkan sehingga mengeluarkan air mani. Pengalaman inilah menunjukkan anda telah akhil baligh. GADIS Ciri primer -Perubahan pada faraj (vagina) dan ovari Ciri sekunder perubahan pada payudara dan punggung membesar/melebar menunjukkan ciri-ciri kewanitaan. Bulu tumbuh di celah ketiak dan bahagian ari-ari. Jerawat mula tumbuh. Mula didatangi haid Suara mungkin berubah dari suara keanak-anakan kepada suara yang lebih matang.

PERUBAHAN FIZIKAL
MENGENALI PERUBAHAN FIZIKAL ALAM REMAJA PEREMPUAN

Semasa menjalani alam gadis, semua wanita akan mangalami perubahan fizikal yang berbeza mengikut peringkat umur. 9 10 tahun

Putting payudara mula ketara Tulang punggung mula melebar. Lemak akan tersimpan di bahagian punggung dan peha Ini memberikan ciri-ciri kewanitaan

10 11 tahun

Saiz puting payudara mula melebar Bulu ari-ari mula tumbuh

11 13 tahun

Bulatan areolar payudara semakin membesar Organ reproduktif bertambah matang dan nyata

13 15 tahun

Bulu ari-ari menjadi lebat Bulu mula tumbuh di bawah ketiak Kedatangan haid

15 18 tahun

Gadis akan mencapai ketinggian maksima

Pada usia ini kesemua perubahan ciri seksual sekunder menghampiri saiz wanita dewasa

MENGENALI PERUBAHAN FIZIKAL ALAM REMAJA LELAKI

Mengetahui perubahan-perubahan yang berlaku akan menjadikan anda lebih yakin dan selsesa dengan diri anda yang baru. Perubahan ini berbeza antara individu. 10 13 tahun

Badan bertambah gagah Otot-otot membesar Bahu melebar Dada menjadi bidang Suara menjadi garau Skrotum membesar Kulit skrotum bertambah kasar dan berwarna gelap Saiz zakar membesar

14 17 tahun

Tubuh bertambah tinggi Bulu ari-ari tumbuh dan bertambah lebat Skrotum semakin membesar Kulit zakar semakin membesar Jerawat mula tumbuh Mengalami mimpi ghairah (wet dream)

18 19 tahun

Ketinggian bertambah Bulu tumbuh di ketiak dan mungkin di bahagian dada Misai dan janggut mula tumbuh

Warna kulit skrotum bertambah gelap Saiz zakar semakin membesar

PERUBAHAN EMOSI
Perkembangan emosi remaja Secara umumnya, apabila seseorang memasuki usia remaja iaitu bermula dari 11 tahun mereka akan mengalami perkembangan dan perubahan emosi. Keadaan ini disebabkan oleh beberapa perkara antaranya :

Hormon - Perubahan hormone pada zaman remaja secara lansungnya mempengaruhi emosi remaja. Kebimbangan pada perubahan fizikal - Perubahana fizikal yang nyata pada zaman remaja. Contohnya pada saiz dan bentuk badan. Tabiat pemakanan - Tabiat pemakanan yang tidak seimbang sentiasa digemari oleh remaja yang inginkan tubuhnya sentiasa slim. Hal ini seterusnya menyebabkan ketidak seimbangan emosi remaja akibat kekurangan zat makanan yang berkhasiat. Kekurangan masa rehat - Pembelajaran dan kehidupan tertekan remaja menyebabkan waktu rehat remaja tidak tetap pempengaruhi emosi remaja. Peningkatan pengeluaran hormon mengakibatkan khayalan di kalangan kebanyakan remaja

- Nocturnal emission atau mimpi basah kerap berlaku ketika ini. Remaja lelaki dan perempuan mengalami kebangkitan syahwat Fantasi atau khayalan seksual selalu berlaku. Perasaan meminati antara satu sama lain.

Akil baligh merupakan masa mood berubah-ubah bagi kebanyakan remaja

Keadaan tidak selesa (stres/tekanan). Mood cepat berubah dan tidak dapat diramal. Menangis kerana perkara kecil kerap berlaku Peningkatan perasaan untuk bebas merupakan sebahagian dari perkembangan normal peringkat remaja Perasaan ingin mencari identiti diri. Ingin berdikari dan memikul tanggungjawab sendiri. Ingin mencuba perkara-perkara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Persenyawaan adalah hasil percantuman antara benihbenih lelaki dan perempuan. Benih lelaki digelar spermatozoa dan benih perempuan digelar ovum. Proses percantuman yang digelar persenyawaan (fertilization) menghasilkan satu embrio yang kemudian tumbuh dan membesar untuk menjadi bayi.

A- Sperma

B-Sperma menembusi ovum

Maksud firman Allah dala surah al-Insan : 2 " Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "

Bilangan benih-benih lelaki itu perlu mencukupi dan mempunyai kemampuan bergerak untuk bercantum dengan ovum.

Saluran peranakan mestilah tidak ada sekatan atau rintangan yang memungkinkan menjadi halangan perjalanan benih-benih lelaki. Persetubuhan mestilah dilakukan pada waktu tertentu, iaitu pada waktu kesuburan isteri, kerana pada ketika itu ovum dikeluarkan oleh ovari. Persetubuhan yang disertai kemuncak kepuasan adalah penting bagi memudahkan perjalanan benih-benih lelaki melalui saluran rahim Kehamilan merupakan proses membawa satu atau lebih embrio atau fetus oleh mamalia oleh mamalia betina, termasuk manusiamanusia, dalam tubuh mereka. Kehamilan manusia berlangsung sekitar 9 bulan antara tarikh kitaran haid terakhir dan kelahiran (38 minggu dari tempoh persenyawaan). Wanita hamil dibahagikan kepada 3 peringkat : 1) permulaan kehamilan (embrio) 2) pertengahan kehamilan (fetus) 3) kelahiran (bayi) Embrio terkandung di dalam pundi yang berisi bendalir amnion yang melindungi embrio daripada sebarang renjatan Selepas lapan minggu embrio berkembang, embrio mempunyai struktur utama badan yang lengkap. Pada peringkat ini embrio dikenali sebagai fetus. Keseluruhan tempoh perkembangan zigot mengambil masa selama 40 minggu dan tempoh ini dikenali sebagai tempoh kehamilan.

KELAHIRAN BERLAKU DLM PERINGKAT BERIKUT


>> PERINGKAT PERTAMA

Pengecutan dinding uterus secara perlahan dan berima.

Pengecutan dinding uterus lebih kerap dan kuat bagi merangsang pemecahan pundi amnion.

>> PERINGKAT KEDUA


Melibatkan pengembangan dan pembukaan serviks. Pengecutan otot-otot abdomen dan diafragma bagi membolehkan bayi ditolak keluar dari uterus melalui serviks dan faraj.

>> PERINGKAT KETIGA Penanggalan plasenta dari dinding uterus dan penanggalan ini disempurnakan oleh uterus.

TANDA2 KEHAMILAN

Tidak datang haid pada waktu yang dijangka. Rasa loya dan muntah-muntah pada awal pagi. Rasa pening kepala Kerap kali membuang air kencing. Payudara membesar, sengal-sengal dan berasa sakit.

Anda mungkin juga menyukai