Anda di halaman 1dari 8

1.

PENGENALAN
Bahasa adalah sistem lambang bunyi yang digunakan oleh anggota kelompok sosial
untuk bekerjasama, berkomunikasi dan mengidentifikasikan diri.Bahasa terdiri daripada
unsur fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Dalam bahasa, terdapat peraturan-
peraturan yang menyeragamkan penggunaannya seperti sebutan yang dapat difahami,
makna yang disepakati bersama, istilah yang digunakan hendaklah sesuai dengan konsep
yang didukungnya, ungkapan yang dibentuk, kosa kata yang digunakan ,laras dan juga
wacana.

Menurut Ferdinand de Saussaure ( 1857 – 1913 ), bahasa ialah pola-pola umum dalam
pertuturan sesuatu komuniti dan sebagai kegiatan bercakap atau bertutur seseorang
individu dalam sesuatu suasana.

Edward Sapir ( 1884 – 1939 ) pula menyatakan bahawa bahasa ialah manusiawi semata-
mata dan kaedah tidak instingtif dalam menyampaikan gagasan, perasaan dan kehendak
dengan saranan-saranan sesuatu sistem simbol yang dikeluarkan secara voluntari.

Jadi, bahasa bolehlah dikatakan sebagai suatu elemen yang penting dalam kehidupan.
Manusia menggunakan bahasa sebagai medium untuk berkomunikasi sama ada secara
langsung atau tidak langsung. Percakapan atau tulisan yang menggunakan bahasa yang
baik dan teratur akan memberi makna mendalam dan juga mampu menyentuh perasaan.

Dengan bahasa juga konflik boleh tercipta dan berakhir. Maka dengan bahasa yang kita
gunakan itu boleh mengambarkan keperibadian, asal usul, sosiobudaya, pendidikan kita
dan banyak hal yang berkaitan dengan kita, sama ada ia sesuatu yang baik atau
sebaliknya.

Namun dapat diperhatikan scnario pada hari ini , penggunaan bahasa yang semakin kasar
dan kadang kala boleh menggugat kesabaran. Ia terserlah dalam penggunaan bahasa
dalam kalangan muda-mudi termasuk remaja, dalam blog penulisan, bait lagu dan puisi
serta dalam rancangan televisyen dan radio. Penggunaan bahasa kasar sememangnya
kurang enak didengar. Namun, itulah realiti yang terpaksa didepani hari ini.

2. DEFINISI
Menurut Kamus Dewan, edisi ketiga, bahasa kasar ialah bahasa yang tidak sopan atau
tidak manis dituturkan atau digunakan

Bahasa kasar lazimnya digunakan apabila berhubung dengan rakan-rakan yang karib dan
setaraf serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dalam suasana yang
bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga.
Bahasa kasar terbahagi kepada 2 kategori iaitu :
i. bahasa kasar kesat
ii. bahasa kasar biasa

Kata-kata kesat adalah contoh bahasa kasar. Misalnya, perkataan `bangang`, bodoh` , `
tak berotak ` dan sebagainya. Perkataan ` jantan` atau ` betina `yang ditujukan kepada
manusia juga tergolongkan dalam bahasa kasar.

Kesan bahasa kasar ini kepada orang lain adalah subjektif kerana ada kalanya bahasa
yang dianggap kasar di kawasan tertentu, diterima sebagai gurauan atau bahasa cakap
mulut di kawasan yang lain. Misalnya ,perkataan `celaka` dianggap kesat di negeri
Selangor tetapi dianggap biasa sahaja di negeri Melaka.

Dalam bahasa Melayu, terdapat sistem sapaan yang tersendiri. Sistem sapaan ini
menunjukkan rasa hormat terhadap seseorang individu itu. Dalam majlis rasmi ada adab
dan cara nya. Sayangnya,generasi hari ini seperti tidak tahu adab berbahasa dalam
sesuatu majlis. Golongan ini tidak tahu menggunakan bahasa yang sesuai berdasarkan
sesuatu majlis.Pilihan kata yang sesuai haruslah diajar supaya kesantunan bahasa Melayu
terus terjaga

Contoh :

Orang yang disapa Rujukan hormat


Perdana menteri, Menteri Besar Yang Berhormat
Ketua Hakim Negara Yang Amat Arif
Mufti dan pemimpin Islam Sahibul Samahah
Ketua jabatan tanpa gelaran Yang Berusaha

Menurut buku Siri Pendidikan Guru, tulisan Siti Hajar Abdul Aziz ,kesantunan berbahasa
merujuk kepada cara penggunaan kata dan ujaran secara sopan dan beradab. Kehalusan
budi bahasa seseorang dapat dilihat ketika dia menggunakan bahasa. Fenomena
kesantunan berbahasa bergantung pada budaya masyarakat yang mengamalkannya dan
boleh berbeza antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Justeru, bahasa yang
dianggap santun dan beradab bagi sesuatu masyarakat mungkin dianggap biadab atau
asing bagi masyarakat yang lain.Dengan kata lain, kesantunan berbahasa yang diamalkan
dapat mengelakkan salah satu pihak berasa tersinggung, dimalukan dan terpinggir.
Ciri-ciri bahasa halus dan bahasa kasar :

Bahasa Halus Bahasa Kasar


Diucapkan dengan nada yang lembut dan Penggunaan kata yang kesat dan kurang
rendah diri. menyenangkan
Pemilihan diksi yang memperlihatkan Menggunakan kata sindiran
kesopanan
Menggunakan tatabahasa yang teratur dan Tidak menggunakan peraturan tatabahasa
lengkap. yang lengkap
Menggunakan kata ganti nama diri yang Penggunaan kata ganti diri yang tidak
lengkap dan sopan sopan.
Menggunakan peribahasa dan kiasan Penggunaan dalam emosi yang negatif.

Contoh bahasa kasar biasa :

Bahasa halus Bahasa kasar


Buang air kecil Kencing
Buang air besar Berak
Berbadan dua / hamil Mengandung / bunting
Menghembuskan nafas terakhir mati

3. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI BAHASA KASAR


Banyak faktor yang mempengaruhi seseorang individu menggunakan bahasa yang kurang
sopan dalam pertuturan seharian.

3.1 Faktor Emosi


Ketika berada dalam suasana atau keadaan yang tidak terkawal oleh emosi,
perasaan ketika bercakap menjadi penentu bentuk bahasa yang dipilih. Lazimnya,
dalam keadaan marah, kita hilang pertimbangan dalam berbahasa. Kita menjadi
orang yang tidak tahu bahasa atau kurang bahasa , lalu kita menggunakan bahasa
kasar, bahasa yang dianggap bahasa yang tidak sopan dan tidak manis untuk
dipertuturkan. Kadang kala, apabila rasa amarah memuncak kita menggunakan
bahasa kesat yang lebih rendah tarafnya daripada bahasa kasar. Bentuk bahasa ini
mengandungi kata maki hamun yang boleh menyakitkan hati orang lain. Maka, kita
akan dianggap orang yang tidak berbahasa lantaran bicara tanpa budi bicara.
Seseorang yang sering menggunakan bahasa kasar merupakan gambaran situasi
jiwanya yang resah, kusut dan memberontak.

Hal ini mungkin disengajakan ketika menuturkan kata-kata sedemikian untuk


melepaskan perasaan marah atau kekusutan fikiran dan mungkin juga tidak
disengajakan kerana sedang alpa atau lalai dipengaruhi perasaan emosi tersebut.
Secara tidak langsung, penggunaan bahasa sebegitu hanya menaikkan ego mereka
dan menunjukkan percubaan untuk menguasai emosi orang yang dimarahi.

3.2 Faktor Keluarga

Menurut petikan dalam The Brunei Times, 30 April 2011, ada sesetengah ibu bapa
yang berbahasa dengan kasar dan tidak berlemah lembut sehingga menggunakan
perkataan-perkataan yang tidak sesuai ketika berkomunikasi dengan anak-anak.
Ibu bapa adalah orang yang paling hampir dengan anak-anak dan menjadi role
model kepada mereka. Mereka mudah meniru pelakuan ibu bapa dan tidak mustahil
mereka menjadikan bahasa kasar sebagai sesuatu yang biasa dan dapat diterima.

Selain itu, latar belakang keluarga yang tidak stabil turut menjadikan anak-anak tadi
mangsa keadaan. Ibu bapa yang selalu bertelagah di hadapan anak-anak cenderung
untuk menggunakan bahasa yang tidak sopan dengan nada yang kurang baik
sehingga meninggalkan kesan yang negatif dalam diri anak-anak.

Emosi mereka akan terganggu serta jiwa mereka memberontak dan ketika
berinteraksi , komunikasi mereka akan disulami kata-kata kurang sopan
sebagaimana yang biasa didengarnya dan telah menjadi kebiasaan dalam keluarga.
Sebenarnya, apabila kita sentiasa bertutur dengan bahasa kasar, kita sebenarnya
telah memprogramkan minda kita ke arah pemikiran negatif. Kesannya kita akan
membentuk pelakuan dan emosi yang negatif juga.

3.3 Faktor Persekitaran.

Faktor rakan sebaya dan persekitaran adalah salah satu faktor yang menyebabkan
nilai kesantunan bahasa itu semakin berkurangan. Individu yang disukai atau
dianggap dominan dalam sesuatu kumpulan tersebut biasanya dijadikan idola dan
ahli kumpulan tersebut akan terikut-ikut dengan sikap serta sifat individu yang
dominan tersebut. Apabila kanak-kanak mula bersosial dan berkawan, mereka lebih
percaya kepada rakan-rakan mereka .

Sesetengah remaja pula cenderung menggunakan bahasa kasar dalam pergaulan


seharian .Keadaan ini sangat jelas terutamanya apabila mereka bergaul dengan
rakan-rakan sebaya.Misalnya, perkataan “ sial “ sering diucapkan oleh sesetengah
remaja bagi mengungkapkan rasa tidak puas hati atau memberi kritikan terhadap
sesuatu. Sebenarnya perkataan sebegitu amat tidak manis didengar walaupun
diungkapkan sesama rakan sebaya.Mungkin mereka tidak mengerti maksud
perkataan yang dilafazkan itu serta kesannya terhadap kesantunan diri dan
sensitiviti orang lain.
Jika sudah lazim digunakan dengan rakan sebaya, tidak mustahil untuk mereka
menuturkannya pula apabila berbicara dengan orang lain.

3.3 Penggunaan Bahasa dalam Media Massa

Kebanyakan media cetak dan media elektronik kurang menitik beratkan


penggunaan bahasa yang betul untuk menyampaikan maklumat kepada orang
ramai. Penggunaan bahasa yang tidak sesuai ditonjolkan dalam drama, filem, lagu-
lagu, komik serta majalah sedikit sebanyak menjadi ikutan masyarakat khasnya
remaja masa kini.

Dalam artikel yang diterbitkan oleh The Brunei Times yang bertajuk “Bahasa Jiwa
Bangsa, Bahasa Remaja Bagaimana”dinyatakan bahawa ada yang berpendapat
bahawa bahasa yang digunakan dalam majalah dan komik yang seringkali
menggunakan bahasa yang kurang elok seperti “ kau dah gila?”, “ bodoh betullah
kau ni”, dan sebagainya hanyalah hiburan dan jenaka semata-mata. Akibatnya,
mereka terbawa-bawa dalam kehidupan seharian, bukan sahaja dalam bentuk lisan
malahan menular dalam bentuk tulisan juga.

Dalam sebuah artikel majalah Bahasa Melayu Titian Ilmu, bahagian ke-4,
sasterawan dan penyair tersohor, Prof Madya Dr Lim Swee Tin menyatakan
bahawa banyak majalah hiburan dan komik yang sangat digemari oleh remaja dan
kanak-kanak memaparkan bahasa yang sangat teruk. Jika bahasa yang salah dan
bahasa yang kasar disebarkan dan disumbatkan setiap hari, maka lama kelamaan ia
menjadi kebiasaan.

3.4 Kemajuan Teknologi Komunikasi

Dewasa ini, masyarakat khasnya remaja juga dipengaruhi oleh laras bahasa SMS
( Khidmat pesanan Ringkas ) dan laras internet seperti bahasa yang digunakan
semasa bersembang dalam laman sesawang yang menjadi kegemaran iaitu facebook,
twitter dan sebagainya. Remaja sudah tidak mengambil berat kepentingan untuk
berbahasa secara sopan dan santun, malah beranggapan bahawa asal sahaja ia dapat
difahami sesama mereka, itu sudah memadai.Akibat mengambil mudah akan hal ini
sensitiviti orang lain tidak dijaga.
4. CARA-CARA MENGATASI MASALAH PENGGUNAAN BAHASA KASAR.

4.1 Peranan Keluarga

Kanak-kanak sememangnya mudah mempelajari ungkapan baru daripada orang di


sekeliling mereka. Kemudian mereka akan menggunakan perkataan tersebut dalam
pergaulan seharian walaupun pada dasarnya mereka tidak memahami apa yang
dipertuturkan.Ibu bapa adalah orang pertama yang harus bertanggungjawab mendidik
anak untuk bersopan santun ketika berbicara. Ibu bapa harus berusaha menyelesaikan
masalah serta menghindari pengucapan kata-kata kasar, mengumpat dan mengejek di
hadapan anak-anak. Amalkan komunikasi yang positif dalam aktiviti seharian dengan
mengucapkan kata-kata yang positif dalam komunikasi sehari-hari dan mengajar anak
anak melahirkan idea dan perasaan dengan kata-kata yang positif.

Di samping itu, ibu bapa harus peka terhadap kondisi anak-anak iaitu faham akan apa
yang menyebabkan anak mengungkapkan kata-kata yang kasar, pada situasi apa anak
mengungkapkannya, sama ada semasa maarah, kesal terhadap orang lain ataupun ketika
berada dalam situasi keletihan.

Ibu bapa juga harus mengetahui sejauh mana pemahaman anak terhadap kata-kata kasar
yang diucapkannya. Tanyakan kepada anak, adakah dia memahami erti kata tersebut.
Kemudian jelaskan erti kata tersebut dengan bahasa yang mudah untuk mereka
fahami.Maka ketika berdepan dengan anak yang berbahasa kasar, ibu bapa harus
bertenang dan tidak memarahi anak tanpa memberi penjelasan yang dapat diterima oleh
mereka.

Pergaulan yang terlalu bebas terutamanya dalam kalangan remaja haruslah dielakkan bagi
menjaga kesantunan berbahasa kita kerana seringkali kita melihat anak-anak remaja yang
berada dalam satu kumpulan menegur orang dengan cara yang begitu kasar sekali. Oleh
itu, ibu bapa perlu memantau pergaulan anak-anak agar kesantunan bahasa sentiasa
terpelihara demi maruah keluarga dan bangsa.

Selanjutnya, ibu bapa juga perlu berperanan membimbing anak-anak membentuk gaya
pertuturan yang sopan dan teratur. Ketegasan ibu bapa diperlukan agar anak-anak terbiasa
dalam disiplin pertuturan yang terdidik walau dimana mereka berada

4.2 Peranan Sekolah

Generasi hari ini haruslah dididik menggunakan bahasa yang betul apabila berbicara
,terutamanya dengan orang tua. Mereka sepatutnya belajar menguasai bahasa dengan
menghormati orang tua apabila berbahasa seperti menggunakan panggilan pakcik,
makcik dan sebagainya. Mereka juga sepatutnya tahu susunan hormat serta panggilan
seperti „ Yang Berusaha , Tuan Pengetua dan sebagainya.

Menegur murid yang suka berbicara kurang sopan agar murid terbiasa dan merasa
bersalah apabila berbicara dengan bahasa yang kasar. Dengan perasaan bersalah tersebut,
murid yang terbiasa kurang santun akan mendapat impak psikologi sehingga mengubah
sifat yang kurang santun menjadi lebih santun. Kebiasaan berbahasa santun ketika di
sekolah dapat melatih merid mengaplikasikannya dalam kehidupan selanjutnya. Dalam
hal ini, guru harus mampu membimbing murid dalam berbahasa. Murid harus diingatkan
supaya mampu berbahasa dengan baik agar dapat lebih diterima di mana-mana juga.

4.3 Peranan Media Massa

Media massa juga memainkan peranan penting dalam pembentukan kesantunan bahasa.
Melalui media massa, generasi hari ini belajar menggunakan bahasa rojak, bercakap
kasar dan sebagainya.Maka, apa yang disiarkan perlulah ditapis terlebih dahulu ,seiring
dengan kehendak kesantunan bahasa dalam masyarakat.Maka kita harus tegaskan bahawa
kesantunan bahasa memainkan peranan penting dalamkehidupan seharian kerana bahasa
menunjukkan bangsa.

4.4 Seminar dan bengkel

Pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam bidang bahasa ini haruslah memainkan


peranan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat peri pentingnya penggunaan bahasa
yang betul dan sopan. Mereka haruslah sentiasa mengadakan dan menganjurkan seminar,
bengkel, ceramah dan forum kepada masyarakat dan pelajar khususnya agar kesedaran
dan tanggungjawab sentiasa tertanam dalam setiap anggota masyarakat. Seminar ataupun
bengkel-bengkel tersebut haruslah mengandungi pengisian untuk mendedahkan
masyarakat dengan contoh-contoh kesalahan bahasa yang sering dilakukan dengaan
harapan agar kesalahan-kesalahan bahasa itu dapaat dielakkan dan seterusnya membuka
mata dan ruang mindaa masyarakat untuk lebih mencintai bahasa kita.

5. Rumusan.

Setelah diperbincangkan dengan meluas, jelaslah bahawa kesantunan bahasa dan


penggunaan bahasa kasar memang amat banyak meninggalkan kesan terhadap masyarakat.
Penggunaan bahaasa kasar akan merosakkan keindahan bahasa kita dan menjatuhkan martabat
bahasa itu sendiri.

Sekiranya keadaan ini berterusan dan tidak dibendung, tidak mustahil suatu hari nanti berlaku
kekeliruan bahasa kepada generasi yang akan dating. Mereka akan terkeliru untuk
mempraktikkan bahasa yang sesuai diguna pakai dalam kehidupan seharian. Jika generasi yang
akan datang mengikut trend yang ada pada masa sekarang, sudah tentu kesantunan bahasa hanya
tinggal sejarah.Selain itu ,persepsi buruk masyarakat luar terhadap masyarakat negara ini akan
timbul.Mereka akan mempertikaikan, mengapa bahasa yang digunakan oleh masyarakat Negara
ini tidak sama dengan yang mereka pelajari secara formal.

Anda mungkin juga menyukai