Anda di halaman 1dari 8

1.

PENGENALAN Bahasa adalah sistem lambang bunyi yang digunakan oleh anggota kelompok sosial untuk bekerjasama, berkomunikasi dan mengidentifikasikan diri.Bahasa terdiri daripada unsur fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Dalam bahasa, terdapat peraturanperaturan yang menyeragamkan penggunaannya seperti sebutan yang dapat difahami, makna yang disepakati bersama, istilah yang digunakan hendaklah sesuai dengan konsep yang didukungnya, ungkapan yang dibentuk, kosa kata yang digunakan ,laras dan juga wacana. Menurut Ferdinand de Saussaure ( 1857 1913 ), bahasa ialah pola-pola umum dalam pertuturan sesuatu komuniti dan sebagai kegiatan bercakap atau bertutur seseorang individu dalam sesuatu suasana. Edward Sapir ( 1884 1939 ) pula menyatakan bahawa bahasa ialah manusiawi sematamata dan kaedah tidak instingtif dalam menyampaikan gagasan, perasaan dan kehendak dengan saranan-saranan sesuatu sistem simbol yang dikeluarkan secara voluntari. Jadi, bahasa bolehlah dikatakan sebagai suatu elemen yang penting dalam kehidupan. Manusia menggunakan bahasa sebagai medium untuk berkomunikasi sama ada secara langsung atau tidak langsung. Percakapan atau tulisan yang menggunakan bahasa yang baik dan teratur akan memberi makna mendalam dan juga mampu menyentuh perasaan. Dengan bahasa juga konflik boleh tercipta dan berakhir. Maka dengan bahasa yang kita gunakan itu boleh mengambarkan keperibadian, asal usul, sosiobudaya, pendidikan kita dan banyak hal yang berkaitan dengan kita, sama ada ia sesuatu yang baik atau sebaliknya. Namun dapat diperhatikan scnario pada hari ini , penggunaan bahasa yang semakin kasar dan kadang kala boleh menggugat kesabaran. Ia terserlah dalam penggunaan bahasa dalam kalangan muda-mudi termasuk remaja, dalam blog penulisan, bait lagu dan puisi serta dalam rancangan televisyen dan radio. Penggunaan bahasa kasar sememangnya kurang enak didengar. Namun, itulah realiti yang terpaksa didepani hari ini. 2. DEFINISI Menurut Kamus Dewan, edisi ketiga, bahasa kasar ialah bahasa yang tidak sopan atau tidak manis dituturkan atau digunakan Bahasa kasar lazimnya digunakan apabila berhubung dengan rakan-rakan yang karib dan setaraf serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dalam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga.

Bahasa kasar terbahagi kepada 2 kategori iaitu : i. bahasa kasar kesat ii. bahasa kasar biasa Kata-kata kesat adalah contoh bahasa kasar. Misalnya, perkataan `bangang`, bodoh` , ` tak berotak ` dan sebagainya. Perkataan ` jantan` atau ` betina `yang ditujukan kepada manusia juga tergolongkan dalam bahasa kasar. Kesan bahasa kasar ini kepada orang lain adalah subjektif kerana ada kalanya bahasa yang dianggap kasar di kawasan tertentu, diterima sebagai gurauan atau bahasa cakap mulut di kawasan yang lain. Misalnya ,perkataan `celaka` dianggap kesat di negeri Selangor tetapi dianggap biasa sahaja di negeri Melaka. Dalam bahasa Melayu, terdapat sistem sapaan yang tersendiri. Sistem sapaan ini menunjukkan rasa hormat terhadap seseorang individu itu. Dalam majlis rasmi ada adab dan cara nya. Sayangnya,generasi hari ini seperti tidak tahu adab berbahasa dalam sesuatu majlis. Golongan ini tidak tahu menggunakan bahasa yang sesuai berdasarkan sesuatu majlis.Pilihan kata yang sesuai haruslah diajar supaya kesantunan bahasa Melayu terus terjaga Contoh : Orang yang disapa Perdana menteri, Menteri Besar Ketua Hakim Negara Mufti dan pemimpin Islam Ketua jabatan tanpa gelaran Rujukan hormat Yang Berhormat Yang Amat Arif Sahibul Samahah Yang Berusaha

Menurut buku Siri Pendidikan Guru, tulisan Siti Hajar Abdul Aziz ,kesantunan berbahasa merujuk kepada cara penggunaan kata dan ujaran secara sopan dan beradab. Kehalusan budi bahasa seseorang dapat dilihat ketika dia menggunakan bahasa. Fenomena kesantunan berbahasa bergantung pada budaya masyarakat yang mengamalkannya dan boleh berbeza antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Justeru, bahasa yang dianggap santun dan beradab bagi sesuatu masyarakat mungkin dianggap biadab atau asing bagi masyarakat yang lain.Dengan kata lain, kesantunan berbahasa yang diamalkan dapat mengelakkan salah satu pihak berasa tersinggung, dimalukan dan terpinggir.

Ciri-ciri bahasa halus dan bahasa kasar : Bahasa Halus Diucapkan dengan nada yang lembut dan rendah diri. Pemilihan diksi yang memperlihatkan kesopanan Menggunakan tatabahasa yang teratur dan lengkap. Menggunakan kata ganti nama diri yang lengkap dan sopan Menggunakan peribahasa dan kiasan Contoh bahasa kasar biasa : Bahasa halus Buang air kecil Buang air besar Berbadan dua / hamil Menghembuskan nafas terakhir Bahasa kasar Kencing Berak Mengandung / bunting mati Bahasa Kasar Penggunaan kata yang kesat dan kurang menyenangkan Menggunakan kata sindiran Tidak menggunakan peraturan tatabahasa yang lengkap Penggunaan kata ganti diri yang tidak sopan. Penggunaan dalam emosi yang negatif.

3. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI BAHASA KASAR Banyak faktor yang mempengaruhi seseorang individu menggunakan bahasa yang kurang sopan dalam pertuturan seharian. 3.1 Faktor Emosi Ketika berada dalam suasana atau keadaan yang tidak terkawal oleh emosi, perasaan ketika bercakap menjadi penentu bentuk bahasa yang dipilih. Lazimnya, dalam keadaan marah, kita hilang pertimbangan dalam berbahasa. Kita menjadi orang yang tidak tahu bahasa atau kurang bahasa , lalu kita menggunakan bahasa kasar, bahasa yang dianggap bahasa yang tidak sopan dan tidak manis untuk dipertuturkan. Kadang kala, apabila rasa amarah memuncak kita menggunakan bahasa kesat yang lebih rendah tarafnya daripada bahasa kasar. Bentuk bahasa ini mengandungi kata maki hamun yang boleh menyakitkan hati orang lain. Maka, kita akan dianggap orang yang tidak berbahasa lantaran bicara tanpa budi bicara. Seseorang yang sering menggunakan bahasa kasar merupakan gambaran situasi jiwanya yang resah, kusut dan memberontak. Hal ini mungkin disengajakan ketika menuturkan kata-kata sedemikian untuk melepaskan perasaan marah atau kekusutan fikiran dan mungkin juga tidak disengajakan kerana sedang alpa atau lalai dipengaruhi perasaan emosi tersebut. Secara tidak langsung, penggunaan bahasa sebegitu hanya menaikkan ego mereka

dan menunjukkan percubaan untuk menguasai emosi orang yang dimarahi. 3.2 Faktor Keluarga Menurut petikan dalam The Brunei Times, 30 April 2011, ada sesetengah ibu bapa yang berbahasa dengan kasar dan tidak berlemah lembut sehingga menggunakan perkataan-perkataan yang tidak sesuai ketika berkomunikasi dengan anak-anak. Ibu bapa adalah orang yang paling hampir dengan anak-anak dan menjadi role model kepada mereka. Mereka mudah meniru pelakuan ibu bapa dan tidak mustahil mereka menjadikan bahasa kasar sebagai sesuatu yang biasa dan dapat diterima. Selain itu, latar belakang keluarga yang tidak stabil turut menjadikan anak-anak tadi mangsa keadaan. Ibu bapa yang selalu bertelagah di hadapan anak-anak cenderung untuk menggunakan bahasa yang tidak sopan dengan nada yang kurang baik sehingga meninggalkan kesan yang negatif dalam diri anak-anak. Emosi mereka akan terganggu serta jiwa mereka memberontak dan ketika berinteraksi , komunikasi mereka akan disulami kata-kata kurang sopan sebagaimana yang biasa didengarnya dan telah menjadi kebiasaan dalam keluarga. Sebenarnya, apabila kita sentiasa bertutur dengan bahasa kasar, kita sebenarnya telah memprogramkan minda kita ke arah pemikiran negatif. Kesannya kita akan membentuk pelakuan dan emosi yang negatif juga. 3.3 Faktor Persekitaran. Faktor rakan sebaya dan persekitaran adalah salah satu faktor yang menyebabkan nilai kesantunan bahasa itu semakin berkurangan. Individu yang disukai atau dianggap dominan dalam sesuatu kumpulan tersebut biasanya dijadikan idola dan ahli kumpulan tersebut akan terikut-ikut dengan sikap serta sifat individu yang dominan tersebut. Apabila kanak-kanak mula bersosial dan berkawan, mereka lebih percaya kepada rakan-rakan mereka . Sesetengah remaja pula cenderung menggunakan bahasa kasar dalam pergaulan seharian .Keadaan ini sangat jelas terutamanya apabila mereka bergaul dengan rakan-rakan sebaya.Misalnya, perkataan sial sering diucapkan oleh sesetengah remaja bagi mengungkapkan rasa tidak puas hati atau memberi kritikan terhadap sesuatu. Sebenarnya perkataan sebegitu amat tidak manis didengar walaupun diungkapkan sesama rakan sebaya.Mungkin mereka tidak mengerti maksud perkataan yang dilafazkan itu serta kesannya terhadap kesantunan diri dan sensitiviti orang lain.

Jika sudah lazim digunakan dengan rakan sebaya, tidak mustahil untuk mereka menuturkannya pula apabila berbicara dengan orang lain. 3.3 Penggunaan Bahasa dalam Media Massa Kebanyakan media cetak dan media elektronik kurang menitik beratkan penggunaan bahasa yang betul untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Penggunaan bahasa yang tidak sesuai ditonjolkan dalam drama, filem, lagulagu, komik serta majalah sedikit sebanyak menjadi ikutan masyarakat khasnya remaja masa kini. Dalam artikel yang diterbitkan oleh The Brunei Times yang bertajuk Bahasa Jiwa Bangsa, Bahasa Remaja Bagaimanadinyatakan bahawa ada yang berpendapat bahawa bahasa yang digunakan dalam majalah dan komik yang seringkali menggunakan bahasa yang kurang elok seperti kau dah gila?, bodoh betullah kau ni, dan sebagainya hanyalah hiburan dan jenaka semata-mata. Akibatnya, mereka terbawa-bawa dalam kehidupan seharian, bukan sahaja dalam bentuk lisan malahan menular dalam bentuk tulisan juga. Dalam sebuah artikel majalah Bahasa Melayu Titian Ilmu, bahagian ke-4, sasterawan dan penyair tersohor, Prof Madya Dr Lim Swee Tin menyatakan bahawa banyak majalah hiburan dan komik yang sangat digemari oleh remaja dan kanak-kanak memaparkan bahasa yang sangat teruk. Jika bahasa yang salah dan bahasa yang kasar disebarkan dan disumbatkan setiap hari, maka lama kelamaan ia menjadi kebiasaan. 3.4 Kemajuan Teknologi Komunikasi Dewasa ini, masyarakat khasnya remaja juga dipengaruhi oleh laras bahasa SMS ( Khidmat pesanan Ringkas ) dan laras internet seperti bahasa yang digunakan semasa bersembang dalam laman sesawang yang menjadi kegemaran iaitu facebook, twitter dan sebagainya. Remaja sudah tidak mengambil berat kepentingan untuk berbahasa secara sopan dan santun, malah beranggapan bahawa asal sahaja ia dapat difahami sesama mereka, itu sudah memadai.Akibat mengambil mudah akan hal ini sensitiviti orang lain tidak dijaga.

4.

CARA-CARA MENGATASI MASALAH PENGGUNAAN BAHASA KASAR. 4.1 Peranan Keluarga

Kanak-kanak sememangnya mudah mempelajari ungkapan baru daripada orang di sekeliling mereka. Kemudian mereka akan menggunakan perkataan tersebut dalam pergaulan seharian walaupun pada dasarnya mereka tidak memahami apa yang dipertuturkan.Ibu bapa adalah orang pertama yang harus bertanggungjawab mendidik anak untuk bersopan santun ketika berbicara. Ibu bapa harus berusaha menyelesaikan masalah serta menghindari pengucapan kata-kata kasar, mengumpat dan mengejek di hadapan anak-anak. Amalkan komunikasi yang positif dalam aktiviti seharian dengan mengucapkan kata-kata yang positif dalam komunikasi sehari-hari dan mengajar anak anak melahirkan idea dan perasaan dengan kata-kata yang positif.

Di samping itu, ibu bapa harus peka terhadap kondisi anak-anak iaitu faham akan apa yang menyebabkan anak mengungkapkan kata-kata yang kasar, pada situasi apa anak mengungkapkannya, sama ada semasa maarah, kesal terhadap orang lain ataupun ketika berada dalam situasi keletihan. Ibu bapa juga harus mengetahui sejauh mana pemahaman anak terhadap kata-kata kasar yang diucapkannya. Tanyakan kepada anak, adakah dia memahami erti kata tersebut. Kemudian jelaskan erti kata tersebut dengan bahasa yang mudah untuk mereka fahami.Maka ketika berdepan dengan anak yang berbahasa kasar, ibu bapa harus bertenang dan tidak memarahi anak tanpa memberi penjelasan yang dapat diterima oleh mereka. Pergaulan yang terlalu bebas terutamanya dalam kalangan remaja haruslah dielakkan bagi menjaga kesantunan berbahasa kita kerana seringkali kita melihat anak-anak remaja yang berada dalam satu kumpulan menegur orang dengan cara yang begitu kasar sekali. Oleh itu, ibu bapa perlu memantau pergaulan anak-anak agar kesantunan bahasa sentiasa terpelihara demi maruah keluarga dan bangsa. Selanjutnya, ibu bapa juga perlu berperanan membimbing anak-anak membentuk gaya pertuturan yang sopan dan teratur. Ketegasan ibu bapa diperlukan agar anak-anak terbiasa dalam disiplin pertuturan yang terdidik walau dimana mereka berada 4.2 Peranan Sekolah

Generasi hari ini haruslah dididik menggunakan bahasa yang betul apabila berbicara ,terutamanya dengan orang tua. Mereka sepatutnya belajar menguasai bahasa dengan

menghormati orang tua apabila berbahasa seperti menggunakan panggilan pakcik, makcik dan sebagainya. Mereka juga sepatutnya tahu susunan hormat serta panggilan seperti Yang Berusaha , Tuan Pengetua dan sebagainya. Menegur murid yang suka berbicara kurang sopan agar murid terbiasa dan merasa bersalah apabila berbicara dengan bahasa yang kasar. Dengan perasaan bersalah tersebut, murid yang terbiasa kurang santun akan mendapat impak psikologi sehingga mengubah sifat yang kurang santun menjadi lebih santun. Kebiasaan berbahasa santun ketika di sekolah dapat melatih merid mengaplikasikannya dalam kehidupan selanjutnya. Dalam hal ini, guru harus mampu membimbing murid dalam berbahasa. Murid harus diingatkan supaya mampu berbahasa dengan baik agar dapat lebih diterima di mana-mana juga. 4.3 Peranan Media Massa

Media massa juga memainkan peranan penting dalam pembentukan kesantunan bahasa. Melalui media massa, generasi hari ini belajar menggunakan bahasa rojak, bercakap kasar dan sebagainya.Maka, apa yang disiarkan perlulah ditapis terlebih dahulu ,seiring dengan kehendak kesantunan bahasa dalam masyarakat.Maka kita harus tegaskan bahawa kesantunan bahasa memainkan peranan penting dalamkehidupan seharian kerana bahasa menunjukkan bangsa. 4.4 Seminar dan bengkel

Pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam bidang bahasa ini haruslah memainkan peranan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat peri pentingnya penggunaan bahasa yang betul dan sopan. Mereka haruslah sentiasa mengadakan dan menganjurkan seminar, bengkel, ceramah dan forum kepada masyarakat dan pelajar khususnya agar kesedaran dan tanggungjawab sentiasa tertanam dalam setiap anggota masyarakat. Seminar ataupun bengkel-bengkel tersebut haruslah mengandungi pengisian untuk mendedahkan masyarakat dengan contoh-contoh kesalahan bahasa yang sering dilakukan dengaan harapan agar kesalahan-kesalahan bahasa itu dapaat dielakkan dan seterusnya membuka mata dan ruang mindaa masyarakat untuk lebih mencintai bahasa kita. 5. Rumusan.

Setelah diperbincangkan dengan meluas, jelaslah bahawa kesantunan bahasa dan penggunaan bahasa kasar memang amat banyak meninggalkan kesan terhadap masyarakat. Penggunaan bahaasa kasar akan merosakkan keindahan bahasa kita dan menjatuhkan martabat bahasa itu sendiri. Sekiranya keadaan ini berterusan dan tidak dibendung, tidak mustahil suatu hari nanti berlaku kekeliruan bahasa kepada generasi yang akan dating. Mereka akan terkeliru untuk mempraktikkan bahasa yang sesuai diguna pakai dalam kehidupan seharian. Jika generasi yang

akan datang mengikut trend yang ada pada masa sekarang, sudah tentu kesantunan bahasa hanya tinggal sejarah.Selain itu ,persepsi buruk masyarakat luar terhadap masyarakat negara ini akan timbul.Mereka akan mempertikaikan, mengapa bahasa yang digunakan oleh masyarakat Negara ini tidak sama dengan yang mereka pelajari secara formal.

Anda mungkin juga menyukai