Anda di halaman 1dari 11

Laras Bahasa Klasik

CIRI-CIRI LARAS BAHASA KLASIK

 Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, laras bahasa adalah variasi bahasa
berdasarkan penggunaannya. Perkataan klasik pula bermaksud lama atau mempunyai
sifat-sifat yang tidak terpakai serta tinggi atau abadi nilainya. Pendek kata, bahasa
Melayu klasik merupakan sesuatu yang diakui penggunaannya pada suatu zaman
dahulu. Laras bahasa ini mempunyai beberapa ciri yang membezakannya dengan laras
bahasa yang lain.

 Salah satu ciri laras bahasa klasik ialah laras bahasa klasik banyak menggunakan
struktur ayat pasif atau ayat songsang dengan pendepanan predikat dan diikuti dengan
subjek di belakangnya. Ayat-ayat di bawah ini dapat membuktikan kenyataan tersebut.

 Setelah dilihat oleh Mansur Syah perihal itu, maka baginda pun…..(Sulalatus Salatin,
halaman 139)

 Shahadan apabila di-dengar oleh Tuan Raffles akan segala hal-ehwal Itu… (Hikayat
Abdullah, halaman 106)
 Ciri lain laras bahasa klasik ialah laras bahasa klasik juga
memperlihatkan penggunaan bahasa istana. Sebagai contohnya,
perkataan-perkataan kata ganti nama seperti ‘patik’, ‘hamba’, ‘tuanku’
dan sebagainya digunakan. Perkataan kata kerja seperti ‘titah’ dan
‘sembah’ turut digunakan. Di samping itu, nama-nama jawatan seperti
‘laksamana’, ‘bendahara’ dan ‘hululabang’ turut diselitkan dalam laras
bahasa klasik. Contoh teks laras bahasa klasik yang mempunyai bahasa
istana adalah seperti yang di bawah.

 Maka Sultan Mansur Syah pun semayam di balai kecil menghadap


orang mengepung Hang Jebat itu. (Sulalatus Salatin, halaman 139)

 Maka kata Bendahara Seri Maharaja “Apa kehendak hati tuanku,


katakanlah kepada patik.” (Sulalatus Salatin, halaman 251)
 Ciri seterusnya laras bahasa klasik ialah ayat yang digunakan dalam laras bahasa ini
biasanya panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit. Ayat yang dipersembahkan
dalam cara ini mentebabkan pembaca sukar atau keliru dalam memahami maksud
sebenar ayat tersebut ataupun mesej yang ingin disampaikan (Cikgu Bahri, 2015).
Ayat di bawah ini merupakan contoh ayat laras bahasa klasik yang berbelit-belit dan
sukar difahami.

 Adapun hikayatnya terlalu amat lanjut; jika kami hikayatkan semuanya; jemu orang
yang mendengar dia; maka kami simpankan juga, kerana perkataan yang amat lanjut
itu tiada gemar bagi orang yang berakal adanya.(Sulalatus Salatin, halaman 18)

 Seperti yang dapat dilihat di atas, ayat yang panjang dan berbelit itu menyebabkan
pembaca sukar memahami maksud sebenar ayat tersebut. Pembaca perlu membaca
ayat tersebut beberapa kali untuk mendapatkan mesej yang ingin disampaikan.
Tambahan pula, pengulangan perkataan yang mempunyai maksud yang sama juga
wujud iaitu ‘terlalu’ dan ‘amat.’
 Selain ciri-ciri di atas, laras bahasa klasik juga sering
memperlihatkan penggunaan kata pangkal ayat. Contoh kata pangkal
ayat ataupun praklausa yang sering digunakan ialah ‘maka,’ ‘hatta’,
‘alkisah’ dan sebagainya. Perkataan-perkataan seperti ini sering
digunakan di pangkal atau perdu ayat yang menggunakan laras
bahasa klasik. Ciri ini dapat dilihat dalam ayat di bawah.

 Syahadan datanglah ke Teluk Belang, maka kenaikan itu tiadalah


tertimba lagi, lalu akan tenggelam.(Sulalatus Salatin, halaman 39)

 Sebagai intihanya, ada beberapa ciri yang dapat membezakan laras


Bahasa klasik dengan laras bahasa yang lain. ‘Sudah terang, lagi
bersuluh’ bahawa ciri-ciri ini menjadikan laras bahasa klasik satu
laras bahasa yang unik dan harus dikekalkan sampai bila-bila.
 Salah satu perbezaan antara laras bahasa klasik dan laras
bahasa moden ialah laras bahasa klasik lebih menggunakan
ayat pasif. Penggunaan ayat pasif dalam laras bahasa klasik
adalah disebabkan oleh pengaruh bahasa Arab yang meluas
pada zaman dulu. Penggunaan ayat songsang dengan
pendepanan predikat adalah disebabkan oleh pengaruh
bahasa Arab dan ragam ayat pasif (Goay Teck, Choo Say Tee,
Zainuddin Ahmad, 2007). Para pedagang dari negara Arab
telah berdagang di samping menyebarkan agama Islam di
seluruh nusantara termasuklah di negara kita. Mereka
menggunakan bahasa Arab ketika bertutur dan keadaan ini
telah menyebabkan Bahasa Melayu mengalami perubahan
khususnya dalam penggunaan ayat pasif ini (Cikgu Bahri,
2015)
 Ada juga beberapa pendapat lain tentang sebab ayat pasif kerap
digunakan dalam laras bahasa klasik. Prof. St. Takdir Alisjahbana
berpendapat bahawa kejadian itu disebabkan oleh cara hidup atau
sikap pasif orang Melayu pada zaman silam. Bagaimanapun, ahli
bahasa Awang Sariyan tidak bersetuju dengan pendapat itu, dan
berasa bahawa pemilihan ayat pasif itu sebenarnya “mencerminkan
budi dan peribadi orang Melayu yang tidak menekankan ego
individu”. Menurutnya, “barangkali dengan perubahan nilai hidup
moden, penulis sekarang lebih banyak menggunakan ayat aktif yang
menekankan pelaku”.

 Bahasa melayu klasik juga lebih banyak menggunakan kiasan dan


perbandingan serta penggunaan laras bahasa puisi, seperti pantun,
syair, seloka dan gurindam dalam karya prosa. Terdapat banyak
kiasan dan penggunaan gaya bahasa puisi dalam hikayat-hikayat
Melayu lama. Sifat sastera Melayu klasik itu sendiri pada asalnya
dalam bentuk lisan dan penggunaan unsur-unsur tersebut dikatakan
dapat menghidupkan suasana penceritaan.
 Seterusnya, ciri laras bahasa klasik yang panjang, berulang-ulang
dan berbelit-belit menyukarkan pembaca memahami maksud
sebenar sesuatu ayat tersebut. Kadang-kala, laras bahasa klasik juga
memperlihatkan gabungan beberapa ayat tunggal yang dicantumkan
dengan menggunakan kata-kata hubung yang tertentu, terutamanya
“dan” dan “atau” ataupun dengan menggunakan tanda koma dan
tanda koma bertitik sahaja. Hal ini telah menyebabkan pembaca
perlu membaca ayat tersebut beberapa kali untuk memahami ayat
tersebut. Dalam konteks bahasa Melayu moden, ayat yang
digunakan lebih ringkas, padat dan tepat. Ciri ini menyebabkan
laras bahasa moden menjadi sesuai dengan fungsinya untuk
mengungkapkan konsep, idea, dan buah fikiran yang abstrak dan
kompleks, yang melibatkan pelbagai bidang ilmu pengetahuan
moden (Zaitul Azma, 2016).
 Laras Bahasa klasik juga banyak memperlihatkan kosa
kata bahasa Arab, Sanskrit dan klasik. Hal ini disebabkan
oleh bahasa Melayu klasik yang menerima pengaruh
bahasa Sanskrit dan bahasa Arab yang kukuh bertapak di
kepulauan Melayu pada waktu itu. Antara perkataan-
perkataan bahasa Melayu klasik yang menerima pengaruh
bahasa Arab ialah ‘Allah Taala’, ‘makhdum’, ‘daulat’,
‘wallahualam’ dan ‘takzim.’ Di samping itu, antara
perkataan yang menerima pengaruh bahasa Sanskrit ialah
‘dosa,’ ‘pahala’ dan ‘raja.’ Bahasa Melayu klasik juga
menerima fonem Arab seperti ‘kh’, ‘dz’ dan ‘sy.’ Sebagai
contohnya, perkataan-perkataan yang menggunakan
fonem tersebut ialah ‘khamis,’ ‘zakat’ dan ‘syarat.’
 Laras bahasa Melayu klasik juga kerap mempraktikkan
penggunaan bahasa istana. Hal ini demikian kerana
kebanyakan hasil penulisan bahasa Melayu klasik
menceritakan kisah dan peristiwa yang dialami oleh kalangan
raja di istana dalam bentuk karya sastera. Keadaan ini berbeza
dengan bahasa Melayu moden yang berfungsi sebagai bahasa
ilmu dan lebih banyak memperlihatkan penggunaan bahasa
Melayu biasa yang mempunyai pelbagai laras.

 Terdapat juga beberapa istilah yang digunakan dalam laras


bahasa klasik yang digantikan dengan perkataan lain dalam
laras bahasa moden. Contoh perkataan-perkataan tersebut
terdapat dalam jadual di bawah.
Bi
Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Moden
l
1. Berahi Cinta
2. Gharib Ganjil
3. Ratna mutu manikam Batu permata
4. Masygul Dukacita, Sedih
5. Amarah Marah
6. Ceritera Cerita

Anda mungkin juga menyukai