Anda di halaman 1dari 10

NOTA LARAS BAHASA KLASIK

PENGENALAN

Merurut Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Za’ba(1962),


laras ialah rupa susuk bahasa yang dipakai apabila bercakap atau
mengarang, iaitu tentang perkataannya, ikatan ayatnya, jalan
bahasanya, cara susunannya, atau bentuk peribahasanya. Brian
Seaton (1982) pula mendefinisikan laras bahasa sebagai satu variasi
bahasa yang wujud daripada situasi yang berlainan seperti umur,
jantina dan tajuk percakapan. Pendek kata, laras bahasa dapat
diterangkan sebagai cara penggunaan sesuatu bahasa.

Terdapat juga tokoh-tokoh lain yang memberi definisi yang berbeza


tentang maksud sebenar laras bahasa. Ferguson (1968),
berpendapat bahawa laras bahasa merupakan satu ukuran bagi
menentukan taraf kemajuan sesuatu bahasa itu. Ure dan Ellis(1977)
pula mendefinisikan laras bahasa sebagai “ language patterning
regularly used in a certain kind of situation,” iaitu pola-pola
penggunaan bahasa yang lazim digunakan dalam keadaan-keadaan
yang tertentu.

Nuwairi (1988), berpendapat bahawa laras bahasa mempunyai


beberapa ciri khusus dan ini dapat diteliti pada perbendaharaan kata,
susunan ayat dan frasa. .  Faktor-faktor penentu laras bahasa ialah
seperti peranan pembicara, bilangan orang yang terlibat, status
penutur dan pendengar dan latar pertuturan atau tajuk. Daripada satu
segi, dapat dikatakan bahawa dengan memilih laras yang tidak sama
untuk situasi-situasi yang berlainan, anggota masyarakat dapat
menunjukkan bahawa mereka sedar akan situasi-situasi social yang
berlainan wujud di sekitar mereka. (Astera, 2011)

Terdapat banyak jenis laras bahasa yang ada seperti laras bahasa
iklan, laras bahasa sukan, laras bahasa teknikal, laras bahasa
undang-undang dan laras bahasa kreatif. Dalam kerja khusus kursus
Bahasa Melayu Kontekstual (GBM 1103), pelajar dikehendaki
membuat satu kertas kerja mengenai satu jenis laras bahasa. Kertas
kerja ini akan menerangkan laras bahasa klasik, ciri-ciri laras bahasa
klasik, perbezaan laras bahasa lasik dengan laras bahasa moden,
kepentingan dan kegunaan laras bahasa klasik, contoh laras bahasa
klasik dan sebagainya.
 ISI 1: CIRI-CIRI LARAS BAHASA KLASIK

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, laras bahasa adalah variasi


bahasa berdasarkan penggunaannya.  Perkataan klasik pula
bermaksud lama atau mempunyai sifat-sifat yang tidak terpakai serta
tinggi atau abadi nilainya. Pendek kata, bahasa Melayu klasik
merupakan sesuatu yang diakui penggunaannya pada suatu zaman
dahulu. Laras bahasa ini mempunyai beberapa ciri yang
membezakannya dengan laras bahasa yang lain.

Salah satu ciri laras bahasa klasik ialah laras bahasa klasik banyak
menggunakan struktur ayat pasif atau ayat songsang dengan
pendepanan predikat dan diikuti dengan subjek di belakangnya. Ayat-
ayat di bawah ini dapat membuktikan kenyataan tersebut.

Setelah dilihat oleh Mansur Syah perihal itu, maka baginda


pun…..

(Sulalatus Salatin, halaman 139)

Shahadan apabila di-dengar oleh Tuan Raffles akan segala hal-


ehwal Itu…

(Hikayat Abdullah, halaman 106)

Ciri lain laras bahasa klasik ialah laras bahasa klasik juga
memperlihatkan penggunaan bahasa istana.  Sebagai contohnya,
perkataan-perkataan kata ganti nama seperti ‘patik’, ‘hamba’, ‘tuanku’
dan sebagainya digunakan. Perkataan kata kerja seperti ‘titah’ dan
‘sembah’ turut digunakan. Di samping itu, nama-nama jawatan seperti
‘laksamana’, ‘bendahara’ dan ‘hululabang’ turut diselitkan dalam laras
bahasa klasik. Contoh teks laras bahasa klasik yang mempunyai
bahasa istana adalah seperti yang di bawah.

Maka Sultan Mansur Syah pun semayam  di balai kecil


menghadap orang mengepung Hang Jebat itu.

(Sulalatus Salatin, halaman 139)

Maka kata Bendahara Seri Maharaja “Apa kehendak hati tuanku,


katakanlah kepada patik.”

(Sulalatus Salatin, halaman 251)


Ciri seterusnya laras bahasa klasik ialah ayat yang digunakan dalam
laras bahasa ini biasanya panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit.
Ayat yang dipersembahkan dalam cara ini mentebabkan pembaca
sukar atau keliru dalam memahami maksud sebenar ayat tersebut
ataupun mesej yang ingin disampaikan (Cikgu Bahri, 2015). Ayat di
bawah ini merupakan contoh ayat laras bahasa klasik yang berbelit-
belit dan sukar difahami.

Adapun hikayatnya terlalu amat lanjut; jika kami hikayatkan


semuanya; jemu orang yang mendengar dia; maka kami
simpankan juga, kerana perkataan yang amat lanjut itu tiada
gemar bagi orang yang berakal adanya.

(Sulalatus Salatin, halaman 18)

Seperti yang dapat dilihat di atas, ayat yang panjang dan berbelit itu
menyebabkan pembaca sukar memahami maksud sebenar ayat
tersebut. Pembaca perlu membaca ayat tersebut beberapa kali untuk
mendapatkan mesej yang ingin disampaikan. Tambahan pula,
pengulangan perkataan yang mempunyai maksud yang sama juga
wujud iaitu ‘terlalu’ dan ‘amat.’

Selain ciri-ciri di atas, laras bahasa klasik juga sering memperlihatkan


penggunaan kata pangkal ayat. Contoh kata pangkal ayat ataupun
praklausa yang sering digunakan ialah ‘maka,’ ‘hatta’, ‘alkisah’ dan
sebagainya.  Perkataan-perkataan seperti ini sering digunakan di
pangkal atau perdu ayat yang menggunakan laras bahasa klasik. Ciri
ini dapat dilihat dalam ayat di bawah.

Syahadan datanglah ke Teluk Belang, maka kenaikan itu tiadalah


tertimba lagi, lalu akan tenggelam.

(Sulalatus Salatin, halaman 39)

Sebagai intihanya, ada beberapa ciri yang dapat membezakan laras


Bahasa klasik dengan laras bahasa yang lain. ‘Sudah terang, lagi
bersuluh’ bahawa ciri-ciri ini menjadikan laras bahasa klasik satu laras
bahasa yang unik dan harus dikekalkan sampai bila-bila.

 
 ISI 2: PERBEZAAN LARAS BAHASA KLASIK DAN LARAS
BAHASA MODEN

Laras bahasa klasik merupakan laras bahasa yang digunakan


bermula dari awal abad ke-14 Masihi hingga ke akhir abad ke-18
Masihi (Abdul Rashid Melebek, Amat Juhari Moain, 2006).
Sememangnya, terdapat beberapa perbezaan ketara yang dapat
dilihat antara laras bahasa klasik yang telah digunakan pada zaman
tersebut dengan laras bahasa moden yang menjadi cerah mencecah
abad ke-20.

Salah satu perbezaan antara laras bahasa klasik dan laras bahasa
moden ialah laras bahasa klasik lebih menggunakan ayat pasif.
Penggunaan ayat pasif dalam laras bahasa klasik adalah disebabkan
oleh pengaruh bahasa Arab yang meluas pada zaman dulu.
Penggunaan ayat songsang dengan pendepanan predikat adalah
disebabkan oleh pengaruh bahasa Arab dan ragam ayat pasif (Goay
Teck, Choo Say Tee, Zainuddin Ahmad, 2007). Para pedagang dari
negara Arab telah berdagang di samping menyebarkan agama Islam
di seluruh nusantara termasuklah di negara kita. Mereka
menggunakan bahasa Arab ketika bertutur dan keadaan ini telah
menyebabkan Bahasa Melayu mengalami perubahan khususnya
dalam penggunaan ayat pasif ini (Cikgu Bahri, 2015)

Ada juga beberapa pendapat lain tentang sebab ayat pasif kerap
digunakan dalam laras bahasa klasik. Prof. St. Takdir Alisjahbana
berpendapat bahawa kejadian itu disebabkan oleh cara hidup atau
sikap pasif orang Melayu pada zaman silam. Bagaimanapun, ahli
bahasa Awang Sariyan tidak bersetuju dengan pendapat itu, dan
berasa bahawa pemilihan ayat pasif itu sebenarnya “mencerminkan
budi dan peribadi orang Melayu yang tidak menekankan ego individu”.
Menurutnya, “barangkali dengan perubahan nilai hidup moden,
penulis sekarang lebih banyak menggunakan ayat aktif yang
menekankan pelaku”.

Bahasa melayu klasik juga lebih banyak menggunakan kiasan dan


perbandingan serta penggunaan laras bahasa puisi, seperti pantun,
syair, seloka dan gurindam dalam karya prosa. Terdapat banyak
kiasan dan penggunaan gaya bahasa puisi dalam hikayat-hikayat
Melayu lama. Sifat sastera Melayu klasik itu sendiri pada asalnya
dalam bentuk lisan dan penggunaan unsur-unsur tersebut dikatakan
dapat menghidupkan suasana penceritaan.
Laras bahasa Melayu klasik juga sering menggunakan kata pangkal
ayat atau praklausa seperti ‘hatta’, ‘alkisah’ dan sebagainya. Kata-
kata seperti itu bukan sahaja digunakan untuk memulakan sesuatu
perenggan, malah digunakan juga pada awal ayat-ayat dalam
perenggan (Zaitul Azma, 2016). Perkataan-perkataan ini boleh
dianggap sebagai pembuka bicara dalam ayat-ayat bahasa Melayu
klasik. Hal ini dapat memperlihatkan nilai estetika atau keindahan
dalam bahasa Melayu klasik yang pernah menjadi bahasa lingua
franca pada suatu zaman dahulu (Cikgu Bahri, 2015).
Walaubagaimanapun, laras bahasa moden pada hari ini tidak lagi
menggunakan perkataan-perkataan pangkal ayat tersebut lagi. Hal ini
demikian kerana perkataan-perkataan pangkal ayat ini
dianggap klise atau usang (Zaitul Azma, 2016).

 Seterusnya, ciri laras bahasa klasik yang panjang, berulang-ulang


dan berbelit-belit menyukarkan pembaca memahami maksud sebenar
sesuatu ayat tersebut. Kadang-kala, laras bahasa klasik juga
memperlihatkan gabungan beberapa ayat tunggal yang dicantumkan
dengan menggunakan kata-kata hubung yang tertentu, terutamanya
“dan” dan “atau” ataupun dengan menggunakan tanda koma dan
tanda koma bertitik sahaja. Hal ini telah menyebabkan pembaca perlu
membaca ayat tersebut beberapa kali untuk memahami ayat tersebut.
Dalam konteks bahasa Melayu moden, ayat yang digunakan lebih
ringkas, padat dan tepat. Ciri ini menyebabkan laras bahasa moden
menjadi sesuai dengan fungsinya untuk mengungkapkan konsep,
idea, dan buah fikiran yang abstrak dan kompleks, yang melibatkan
pelbagai bidang ilmu pengetahuan moden (Zaitul Azma, 2016).

Laras Bahasa klasik juga banyak memperlihatkan kosa kata bahasa


Arab, Sanskrit dan klasik. Hal ini disebabkan oleh bahasa Melayu
klasik yang menerima pengaruh bahasa Sanskrit dan bahasa Arab
yang kukuh bertapak di kepulauan Melayu pada waktu itu. Antara
perkataan-perkataan bahasa Melayu klasik yang menerima pengaruh
bahasa Arab ialah ‘Allah Taala’, ‘makhdum’, ‘daulat’, ‘wallahualam’
dan ‘takzim.’ Di samping itu, antara perkataan yang menerima
pengaruh bahasa Sanskrit ialah ‘dosa,’ ‘pahala’ dan ‘raja.’ Bahasa
Melayu klasik juga menerima fonem Arab seperti ‘kh’, ‘dz’ dan ‘sy.’
Sebagai contohnya, perkataan-perkataan yang menggunakan fonem
tersebut ialah ‘khamis,’ ‘zakat’ dan ‘syarat.’

Dalam konteks bahasa Melayu moden pula, pengaruh kedua-dua


bahasa tersebut masih lagi wujud, terutamanya dari segi kosa
katanya. Walau bagaimanapun, pengaruh bahasa Inggeris kini lebih
dominan iaitu meliputi pelbagai aspek, seperti perbendaharaan kata
umum, istilah, sistem morfologi dan struktur ayat. (Zaitul Azma, 2016).

Laras bahasa Melayu klasik juga kerap mempraktikkan penggunaan


bahasa istana. Hal ini demikian kerana kebanyakan hasil penulisan
bahasa Melayu klasik menceritakan kisah dan peristiwa yang dialami
oleh kalangan raja di istana dalam bentuk karya sastera. Keadaan ini
berbeza dengan bahasa Melayu moden yang berfungsi sebagai
bahasa ilmu dan lebih banyak memperlihatkan penggunaan bahasa
Melayu biasa yang mempunyai pelbagai laras.

Terdapat juga beberapa istilah yang digunakan dalam laras bahasa


klasik yang digantikan dengan perkataan lain dalam laras bahasa
moden. Contoh perkataan-perkataan tersebut terdapat dalam jadual
di bawah.
Bil Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Moden

1. Berahi Cinta

2. Gharib Ganjil

3. Ratna mutu manikam Batu permata

4. Masygul Dukacita, Sedih

5. Amarah Marah

6. Ceritera Cerita

Kesimpulannya, terdapat beberapa perbezaan antara laras bahasa


klasik dengan laras bahasa moden. Hal ini disebabkan oleh beberapa
faktor seperti pengaruh luar yang berbeza, fungsi laras yang berbeza,
perubahan zaman dan sebagainya. Walaubagaimanapun, tidak dapat
dinafikan bahawa perubahan yang berlaku ini membawa kebaikan 
Dalam konteks Malaysia, tempoh kira-kira setengah abad
perancangan bahasa Melayu berlangsung, bahasa tersebut telah
membuktikan kemampuannya sebagai bahasa moden yang duduk
sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bahasa-bahasa moden
yang lain. Segala ilmu moden dapat diungkapkan dan dikembangkan
dalam bahasa Melayu, dengan tergubalnya kira-kira satu juta istilah
dalam ratusan bidang ilmu dan professional pada hari ini (Awang
Sariyan, 2005) Walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa
bahasa Melayu klasik masih tidak dilupakan dan masih diajar kepada
generasi muda dalam bentuk prosa tradisional dan puisi sebagai
komponen sastera (KOMSAS) di sekolah.

ISI 3: KEPENTINGAN DAN PERANAN LARAS BAHASA KLASIK

Bahasa Melayu klasik muncul dan terpisah daripada bahasa Melayu


kuno apabila mula wujud penggunaan tulisan Jawi, iaitu tulisan Arab
berbahasa Melayu pada awal abad ke-14 (Abdul Rashid Melebek,
Amat Juhari Moain, 2005) Terdapat beberapa definisi yang diberi oleh
pengkaji bahasa tentang maksud laras bahasa klasik. Asmah Hj.
Omar (1993) menyatakan bahawa ‘bahasa abad ketiga belas dan
ketujuh belas itu dinamakan bahasa Melayu klasik. Ismail Husein
(1966) pula berpendapat bahawa ‘pembahagian bahasa Melayu
klasik dibuat mengikut zaman politik iaitu zaman Srivijaya, Majapahit,
Melaka dan sebagainya.’

Bahasa Melayu klasik tersebar luas di beberapa bahagian dunia


timur. Bahasa Melayu klasik bukan sahaja digunakan oleh orang
Melayu tetapi juga oleh orang bukan Melayu terutamanya di Asia
Tenggara. Bahasa Melayu klasik telah menjadi bahasa lingua franca
di Asia Tenggara pada masa itu.

Di samping digunakan sebagai bahasa lingua franca, bahasa Melayu


klasik juga menjadi bahasa yang penting untuk menyebarkan agama
Islam di Asia Tenggara ini. Sebagai buktinya, kitab-kitab yang
dikarang oleh ulama-ulama Asia Tenggara seperti Sahib-al-
Muhtadin oleh Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dan Furu’ al-
Masa’il oleh Syeikh Muhammad Daud al-Fatani ditulis dalam Bahasa
Melayu. Selain tentang agama seperti fiqh, al-hadith, tafsir al-Quran,
tasawuf dan lain-lain lagi, kitab dan buku tersebut juga ditulis
mengenai bidang yang lain seperti sejarah, hikayat, hal-ehwal haiwan,
perdukunan dan perubatan Melayu, falsafah dan lain-lain lagi.

Pada zaman bahasa Melayu klasik, bahasa Melayu banyak dipelajari


oleh orang bukan Melayu seperti orang Cina, India, Arab dan juga
orang dari Barat seperti Portugis, Itali, Belanda, Inggeris, Perancis
dan Sepanyol. Bahasa Melayu pada masa itu digunakan untuk tujuan
perniagaan, perhubungan antara negara dan raja dan pengembangan
ajaran agama terutama Islam dan Kristian. Hal ini telah membawa
kepada kemunculan banyak buku dalam bentuk daftar kata seperti
Cina-Melayu, Itali-Melayu, Melayu-Belanda, Melayu-Inggeris, kamus,
buku tatabahasa dan hasil karya sastera Melayu.

Zaman bahasa Melayu klasik juga memperlihatkan berdirinya banyak


kerajaan Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pemerintahan seperti kerajaan Pasai-Samudera, Melaka, Johor-
Lama, Johor-Pahang-Riau-Lingga, empayar Brunei, Patani, Ligor,
Palembang, Kelantan, Terengganu dan lain-lain lagi. Tambahan lagi,
ada empayar atau kerajaan bukan Melayu yang menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa pemerintahan. Sebagai contohnya,
kerajaan Aceh di utara Sumatera menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa pemerintahan.

Berbanding dengan zaman bahasa Melayu kuno, zaman bahasa


Melayu klasik menempuh kemajuan yang pesat. Perkembangan ilmu
pengetahuan dan kegiatan intelektual dalam bahasa Melayu
mencapai tahap yang tinggi pada masa itu. Pada akhir abad ke-16
Masihi, sudah ada hasil karya falsafah tawasuf dalam bahasa Melayu.
Di samping itu, polemik ilmiah tentang falsafah, tawasuf dan ilmu
agama telah berlaku pada awal abad ke-17. Hasil karya bersifat
intelektual telah lahir akibat pengaruh Islam yang meresap masuk ke
dalam bahasa dan budaya Melayu. Hasilnya, bahasa Melayu telah
menjadi bahasa utama di Asia Tenggara untuk urusan
pengembangan agama Islam dan juga menjadi antara enam bahasa
dunia Islam, selain Arab, Farsi, Turki, Inggeris dan Hindi.

Penggunaan bahasa Melayu menjadi pesat pada zaman bahasa


Melayu klasik. Hal ini demikian kerana pada masa itu, bahasa Melayu
sudah berkemampuan berbanding bahasa lain dalam mengatasi
masalah berkaitan dengan perhubungan antara negara dengan
negara di Asia Tenggara sebagai alat perhubungan, perniagaan dan
perdagangan, sebagai bahasa untuk pentadbiran dan pemerintahan
serta untuk penyebaran agama. Bahasa Melayu klasik sampai di
puncak keagungannya pada kira-kira 1750 Masihi.

 PENUTUP

Sejak laras bahasa klasik diperkenalkan pada awal abad ke-14


Masihi, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa
kata, struktur ayat dan bentuk tulisan. Bukti kewujudan bahasa
Melayu klasik dapat dilihat melalui peninggalan tiga buah batu
bersurat iaitu batu bersurat di Pagar Ruyung, Meningkabau bertarikh
1356 Masihi, batu bersurat di Minye Tujuh, Aceh bertarikh 1380
Masihi dan batu bersurat di Kuala Berang, Teregganu yang bertarikh
1303-1387 Masihi.  Ketiga-tiga batu bersurat ini penting dan
merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu
kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam
bentuk tulisan (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011)

Bahasa Melayu klasik dapat dikatakan sebagai bahasa yang penting


dan utama di rauntau Asia Tenggara pada zaman bahasa Melayu
klasik. Bahasa Melayu klasik telah menjadi bahasa yang utama dan
mencapai zaman kegemilangnya pada zaman tersebut. Bahasa
Melayu klasik telah memainkan pelbagai peranan pada masa itu
seperti sebagai bahasa lingua franca, bahasa untuk tujuan
perniagaan, penyebaran agama, pemerintahan dan sebagainya.

Kesimpulannya, laras bahasa klasik merupakan salah satu laras


bahasa yang penting dan tidak wajar dilupakan. Bahasa ini pernah
menjadi bahasa utama suatu zaman dahulu dan masih diajar hingga
ke hari ini kepada generasi muda. Dalam kertas kerja ini, definisi laras
bahasa dan laras bahasa klasik, ciri-ciri laras bahasa klasik,
perbezaan laras bahasa klasik dengan laras bahasa moden serta
kepentingan dan peranan laras bahasa klasik telah diterangkan.
Selain itu, contoh teks laras bahasa klasik telah disediakan untuk
lebih pemahaman. Pendek kata, dapat dikatakan bahawa objektif
kerja khusus ini telah dicapai. Melalui kerja khusus ini, banyak
pengetahuan yang telah saya timba. Saya ingin mengucapkan terima
kasih kepada pensyarah saya, Dr Siti Hajar Abdul Aziz atas
bimbingan dan tunjuk ajar yang diberi oleh beliau. Saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah
membantu saya sepanjang perlaksanaan kerja khusus ini.

 
 RUJUKAN
Abdul Aziz, S. (2016). Bahasa Melayu 1 (2nd ed.). Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

 Abdul Rashid Melebek, & Amat Juhari Moain.,. (2006). Sejarah bahasa Melayu. Cheras,
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Azman, M. (2013). Laras bahasa. Slideshare.net. Retrieved 24 January 2016,


from http://www.slideshare.net/marzieta/laras-bahasa-29240922

 Bahri, C. (2016). LAMAN CIKGU BAHRI: CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KLASIK


(SULALATUS SALATIN & HIKAYAT ABDULLAH). Lamancikgubahri.blogspot.my. Retrieved
30 January 2016, from http://lamancikgubahri.blogspot.my/2014/10/ciri-ciri-bahasa-melayu-
klasik-dalam.html

 Documents.tips,. (2015). laras bahasa – Documents. Retrieved 25 January 2016,


from http://documents.tips/documents/laras-bahasa-55a0cec328e5b.html

 Nua, C. (2010). Bahan Penulisan Cikgu Nua: LARAS


BAHASA. Bahanpenulisancikgunua.blogspot.my. Retrieved 24 January 2016,
from http://bahanpenulisancikgunua.blogspot.my/2011/12/pengenalan-laras-bahasa-laras-
bahasa.html

 profile, V. (2012). pejuang: Perkembangan Bahasa Klasik (Kajian Lapangan). Azhar-


pejuang.blogspot.my. Retrieved 30 January 2016, from http://azhar-
pejuang.blogspot.my/2012/05/perkembangan-bahasa-klasik-kajian.html

 Nathesan.,. (1995). Laras bahasa ilmiah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kementerian Pendidikan.

 Silv, V. (2014). LARAS BAHASA. My Blog – Viani Silv. Retrieved 24 January 2016,


from    https://vianisilv.wordpress.com/2014/10/17/laras-bahasa-2/

 Zainon Hamzah, Z. (2016). Google.com.my. Retrieved 30 January 2016,


from https://www.google.com.my/url?
sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=4&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEwiKoK2u0NfKAh
WDSo4KHcaIAt4QFgg4MAM&url=http%3A%2F%2Fwww.vodppl.upm.edu.my%2Fuploads
%2Fdocs%2Fbbm3104_1291175922..Ciri%2520BMK
%2520ppt.ppt&usg=AFQjCNFq6LRIPb7DP6k5gPYdIuPMpC7kNg&sig2=TxEs9tS6QpbFRZd
KwA_XFA

Anda mungkin juga menyukai