Anda di halaman 1dari 3

MENGATUR WAWANCARA DENGAN BAIK

Kejayaan sesuatu projek dokumentasi bergantung kepada sejauhmana seseorang


itu berjaya mendapatkan kerjasama interviewee. Seseorang itu tidak mungkin mudah untuk
meruangkan masa memberi keterangan kepada orang yang baru dikenali. Apatah lagi
sekiranya perkara yang berkaitan merupakan sesuatu yang sensitif. Untuk mendapatkan
keyakinan interviewee bukanlah suatu perkara yang mudah sebab ia berkaitan dengan
hubungan manusia. Pada kebiasaannya keyakinan ini memerlukan proses perhubungan
yang agak lama, ia juga bergantung kepada kekerapan pertemuan antara dua pihak. Tugas
interviewer adalah mewujudkan suasana di aman aia dapat menimbulkan keyakinan
interviewee demi untuk mendapatkan kerjasama sepenuhnya dalam jangkamasa yang
singkat.
Terdapat beberapa kaedah bagi mendapatkan kerjasama interviewee, cara mana
yang sesuai adalah terpulang kepada kebijaksanaan dan pertimbangan interviewer. Dari
kajian yang dibuat keyakinan berkenaan dapat diwujudkan melalui seseorang yang dikenali
oleh interviewee. Perkenalan melalui orang tengah berkenaan lebih memudahkan tugas
seseorang interviewer. Dalam keadaan tertentu orang kedua ini merupakan insuran kepada
pihak interviewee baginya menaruh kepercayaan. Tidak semua orang mahu memberikan
kerjasama mereka untuk menjadi interviewee namun demikian melalui orang yang
dikenalinya itu interviewee akhirnya mahu memberikan kerjasama yang diperlukan. Maka itu
dalam mengatur pertemuan dengan interviewee sebaiknya adalah melalui seorang yang
dikenali mungkin seorang kawan lama, anggota keluarganya atau melalui seorang yang
berpengaruh di dalam kawasan yang berkaitan. Peranan orang kedua itu bukan saja akan
menyenangkan tugas interviewee bahkan antara faktor yang akan menentukan darjah
kerjasama yang diperolehi.
Pengalaman penulis dalam beberapa situasi yang berkaitan menjelaskan keterangan
berkenaan. Dalam situasi yang pertama penulis adalah interviewer dalam projek Asian
American Exprience in California dilaksanakan dalam tahuna 1980. Interviewee ialah
seorang lelaki tua keturtunan imigran Cina. Interviewee diminta mengkisahkan tentang
pengalamannya sebagai pendudukan Asian American. Interviewee enggan diwawancara
semasa dihubungi. Namun dengan kerjasama seorang pegawai perpusatakaan juga
seorang anggota komuniti Asian American tempatan interviewee akhirnya mahu
diwawancara walaupun dengan syarat supaya wawancara berkenaan tidak dirakamkan.
Dalam situasi kedua, semasa di England penulis mendapat kerjasama sepenuhnya
dari interviewee Colonel Roberts seorang bekas pegawai Gurkha Rifes melalui seorang
kenalan lama interviewee juga seorang bekas pegawai tentera yang secara kebetulan

bersama menuntut dengan penulis. Walaupun interviewee berkemungkinan memberikan


kerjasama tanpa melalui orang kedua namun peranan orang kedua berkenaan
menghasilkan kerjasama yang lebih dari jangkaan.
Situasi ketiga ialah pengalaman dalam Projek Sejarah Lisan Rejimen Kesepuluh
Parti Komunis Malaya. Melalui kenalan penduduk tempatan di Temerloh penulis telah
diperkenalkan kepada seorang bekas anggota yang aktif yang kemudiannya menjadi
penghubung kepada interviewee lain. Kejayaan projek ini sebahagian besarnya adalah
peranan orang kedua yang membolehkan interviewer mendpaat kerjasama sebilangan
besar interviewee yang terdiri daripada bekas anggota Rejimen berkenaan.
Seandainya tiada perkhidmatan orang kedua yang boleh didapati maka seorang
interviewer itu perlu mengadakan perhubungan secara sendiri. Langkah pertama adalah
menghubungi melalui surat rasmi atau melalui telefon atau juga mengadakan pertemuan
terus. Perlu dijelaskan kepadanya tentang projek yang dikaji, tentang kepentingannya dan
tentang minat interviewer terhadap kenangan kembali interviewee terhadap peristiwa yang
telah dilalui atau yang telah disaksikannya. Interviewee hendaklah juga menerangkan
kepadanya bagaimana dokumentasi akan dilakukan khasnya tentang penggunaan alat pita
perakam. Interviewer harus jgua tidak menjanjikan untuk menghantar salinan soalan
wawancara kepada interviewee.
Ada baiknya jika boleh mengadakan pra pertemuan dengan interviewee. Pertemuan
ini akan memberikan maklumat yang berguna dan akan membantu kedua-dua pihak
membuat persediaan yang diperlukan. Pertemuan ini penting bagi membolehkan interviewer
membuat pemerhatian ke atas interviewee serta melihat keadaan suasana supaya
mendapat gambaran sesi wawancara yang akan dijalankan. Seperkara yagn perlu diingat
semasa pera pertemuan itu ialah mengelakkan dari mengadakan perbicangan tentang
perkara yang dikaji. Lazimnya interviewee akan mula memberi penerangan dengan panjang
lebar sekrianya interviewer tidak mengalih pandangan interviewee. Sekiranya ini berlaku
interviewee tidak akan mengulangi lagi keterangan berkenaan dengan mendalam semasa
sesi rakaman dibuat kerana pada pendapatnya itu suatu ulangan saja.
Pra

pertemuan

ini

sebaiknya

berlangsung

seminggu

sebelum

sesi

pengdokumentasian berlaku. Pentingnya pra pertemuan ini juga adalah untuk mewujudkan
rapport yang merupakan kunci kepada sejauhmana kerjasama yang akan diberikan oleh
interviewee dalam menjayakan projek dokuentasi sejarah lisan itu. Pada kebiasaannya
kerjasama berkenaan menjadi semakin baik apabila perhubungan semakin kerap dan
semakin erat. Dari pengalaman membimbing pelajar membuat projek dokumentasi Sejarah
Lisan Peristiwa Memali interviewer yang tinggal beberapa hari bersama anggota

masyarakat yagn terlibat dapat menghasilkan dokumen lisan yang jauh lebih baik dari
interviewer yang hanya berpeluang bertemu dengan interviewee sepanjang dua sesi
wawancara. Walaupun banyak faktor yang menentukan sesuatu kejayaan projek
dokumentasi sejarah lisan itu namun rapport yang dapat diwujudkan itu adalah pengukuh
kepada kerjasama interviewee yang menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu projek
dokumentasi yang dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai