Anda di halaman 1dari 1

MENGGUNAKAN TEKNIK

WAWANCARA YANG BAIK


Sebelum wawancara berjalan interviewer perlu membuat pemerhatian bahawa interviewee adalah
dalam keadaan yang cukup sihat. Sekiranya didapati kesihatannya terganggu seperti batuk, sakit
kepala, stress dan sebagainya, wawancara itu perlulah ditangguhkan kepada suatu masa yang sesuai.
Sekiranya interviewee kelihatan cukup bersedia, interviewer hendaklah memulakan sesi itu tanpa
melengahkan masa. Masa yang teruang begitu penting khasnya kepada seorang yang terlalu sibuk
dengan profesion sebagai ahli perniagaan, ahli politik atau pegawai kerajaan. Masa yang mereka
luangkan itu haruslah digunakan sepenuhnya untuk wawancara berkenaan. Ketika wawancara itu
hendak bermula interviewer perlu elakkan dari membuang masa seperti melihat gambar, dan bahan-
bahan yang dibawa bersama oleh interviewee melainkan terpaksa atau desakan interviewee. Meneliti
bahan-bahan berkenaan boleh dilakukan pada akhir sesi.
Pastikan juga interviewee tidak mula memberikan keterangan yang perlu dirakamkan sebelum alat
perakam itu sedia terpasang. Sebaik saja kedua-dua pihak bersedia, interviewer hendaklah membuat
pengenalan yang berakam tentang, projek, interviewee, tarikh dan lokasi di mana sesi itu
berlangsung.
Mulakan wawancara itu dengan soalan terbuka ‘open-ended question’ yang mana interviewee dapat
memberi keterangan yang panjang lebar dengan mudah. Ini adalah penting untuk menimbulkan
keyakinan interviewee terhadap dirinya khasnya terhadap projek ya ng disertai bersama. Interviewee
yang belum pernah diwawancara dan tiada mempunyai pengalaman bercakap di khalayak ramai akan
mempunyai perasaan yang kurang selesa pada peringkat awal sesi itu. Cara terbaik membantu
interviewee menghilangkan perasaan tersebut adalah dengan memintanya membuat pengenalan
biodata diri iatu latarbelakang keluarga, pendidikan, kerjaya dan sebagainya dengan mudah. Ini akan
menimbulkan keyakinan terhadap dirinya. Dengan keyakinan ini interviewee akan mempunyai minat
untuk memberi kerjasama yang sebaik mungkin samada dari segi memberi keterangan atau
memberikan apa-apa sumber sokongan yang berkaitan seperti gambar, potongan akhbar, surat-surat
dan catatan hariannya.

Anda mungkin juga menyukai