Anda di halaman 1dari 1

MERAKAMKAN WAWANCARA DENGAN BAIK

Hasil sesuatu perojek itu adalah dalam dua bentuk iaitu rakaman dan transkrip akhir. Transkrip yang
baik adalah bergantung pada hasil rakaman yang baik. Untuk menghasilkan rakaman yang baik
interviewer perlulah memberi perhatian kepada beberapa cadangan berikut:

Penggunaan Alat Yang Baik

Pengkaji perlu memastikan semua barang dan peralatan rakaman yang akan
digunakan tersedia dengan baik.
Latihan Menggunakan Alat Perakam

Walaupun cara penggunaan alat perakam itu suatu yang mudah namun seorang interviewer mestilah
membuat latihan merakam sebelum wawancara. Sering berlaku di mana rakaman tidak terhasil
dengan baik kerana kesilapan interviewer yang kurang memberikan perhatian kepada alat yang
digunakannya. Pernah berlaku di mana seorang interviewer yang terlalu yakin telah menghasilkan
rakaman yang tidak memuaskan selepas suatu sesi wawancara yang panjang. Oleh yang demikian,
seorang itu perlulah membiasakan dengan tingkat volume yang sesuai dengan mesin perakam yang
digunakan. Ini bergantung kepada jenis alat dan situasi tempat rakaman wawancara akan
berlangsung. Situasi yang kurang baik memerlukan tingkat volume yang lebih tinggi dari situasi yang
terselamat dari sebarang gangguan bising. Seorang interviewer perlu juga membiasakan penggunakan
alat yang berkaitan, serta pengenalan butang dan kedudukan ‘monitor switch’ alat yang akan
digunakan.

Suasana Tempat

Rakaman yang baik juga bergantung kepada suasana tempat yang bebas dari gangguan. Interviewer
adalah bertanggungjawab untuk menentukan suasana tempat yagn terbaik. Sebaiknya rakaman
wawancara itu berlangsung di tempat yang sunyi dan bebas daripada sebarang gangguan seperti
bunyi telefon, kenderaan dan sebagainya. Sekiranya sesi itu dihadiri oleh pembantu atau mungkin
isteri interviewee, interviewer perlu memberi penjelasan kepada mereka bahawa rakaman perlu
dibuat dalam suasana yang terbaik. Kehadiran orang yang tiada berkaitan kadangkala boleh
menjejaskan hasil rakaman. Begitu juga dengan bunyi radio, televisyen, kenderaan dan sebagainya
boleh menjejaskan hasil rakaman.

Mengekalkan Kualiti Rakaman Yang Baik

Disimpan dengan sempurna tanpa ada fakta yang tertinggal.


Rakaman tidak hilang
Buat salinan pendua.

Anda mungkin juga menyukai