Anda di halaman 1dari 19

Sejarah Perkembangan Semantik dalam Kajian

Bahasa Melayu di Malaysia

1
Pengenalan
Penelitian terhadap bahasa Melayu khususnya linguistik bahasa
Melayu telah bermula sebelum zaman merdeka lagi.
Antaranya ialah Winstedt dan Wilkinson (1959), Raja Haji Ali (1847)
dan Za’ba (1941).
Selepas merdeka, penelitian terhadap tatabahasa bahasa Melayu d
lebih berstruktur dan mengikut acuan kerangka teori linguistik yang
bersistematik terutamanya dalam bidang sintaksis dan morfologi.
Diterajui oleh Arbak Othman (1981), Nik Safiah Karim dan rakan-rakan
(1986), Asmah Haji Omar (1986) serta Abdullah Hassan dan Liaw Yock
Fang (1994) .

2
Sambungan

Namun, perkembangan semantik di Malaysia bermula agak lewat kerana ilmu


semantik hanya menjadi jelas di Nice pada tahun 1951.
Sarjana bahasa di Perancis membuat keputusan untuk menempatkan semantik
di bawah ilmu disiplin lingusitik dan bukan lagi di bawah bidang falsafah.
Syaratnya ialah semantik harus mengehadkan perbincangan kepada makna
tersurat sahaja
Lahirnya buku Componential Analysis of Meaning (Nida, 1975) merupakan
sumbangan terbesar kajian makna di peringkat kataterutamanya dalam
mendefinisikan kata masukan dalam kamus (Nor Hashimah, 2007).
Perintis bidang semantik di Malaysia pada ketika itu ialah Awang Had Salleh
(1959), Ainon Mohamad (1979) dan Zaharah Kasim (1986).

3
Tahap Perkembangan Semantik
Di Malaysia
Terbahagi kepada 3 tahap iaitu

Semantik Skrip

Semantik Resonans

Semantik Inkuisitif

4
Semantik Skrip/Semantik Falsafah

Pada awalnya semua tokoh sarjana membincangkan semantik dalam acuan falsafah bermula
dari zaman Yunani hingga ke Wittgenstein dan Ogden dan Richard (1969) menurut Brown
(1974). Hal ini kerana, pada asasnya semantik falsafah melihat hubungan bahasa, makna dan
pemikiran. Perkara inilah juga menjadi acuan kepada kelompok semantik skrip.
Konsep skrip daripada Wierzbicka (1994) seterusnya dikembangkan oleh Goddard (1997)
berasaskan teori Natural Semantik Marker (NSM).
Dalam teori ini, semantik skrip ini dapat difahami dengan cara makna diolah dan diberikan
tafsiran mengenai perkara yang hendak disampaikan. Tafsiran pula dapat dilakukan dengan
mudah. Pendek kata, walaupun dengan maklumat yang sedikit beserta dengan pemerhatian,
satu tafsiran makna dapat dibuat.
Secara umumnya, semantik skrip ini selalunya berkaitan dengan lakuan bahasa yang bertujuan
mencari suatu generalisasi tentang wacana dengan memfokuskan kepada kekhususan sesuatu
budaya berdasarkan teori. Sungguhpun begitu, walaupun tafsiran berdasarkan pengamatan
dikira baik, tetapi tafsiran yang dibuat juga mungkin boleh bersifat peribadi dan tidak
menyeluruh. Tafsiran mungkin berbeza pada kelompok dan individu yang lain.

5
Sambungan
Pada tahap ini rata-rata perbincangan semantik terutamanya di Malaysia
hanyalah berkisarkan tentang makna yang dihuraikan secara mudah dan
ringkas contohnya penghuraian semantik dalam nahu. Pada tahap ini, penahu-
penahu Melayu didapati menggunakan intuisi sebagai penutur natif dalam
menghuraikan fungsi imbuhan dan aspek kenahuan yang lain.
Asmah (1986) misalnya dalam membicarakan aspek imbuhan bahasa Melayu,
beliau memberikan makna meN- sebagai ‘menjadi seperti’, ‘menggunakan alat’,
‘menuju’ dan lain-lain lagi. Perkara yang sama turut didapati dalam buku-buku
nahu yang dihasilkan oleh Nik Safiah dan rakan-rakan (1993), Abdullah Hassan
dan Liaw Yock Fang (1994) dan Arbak Othman (1981).
Situasi ini secara tidak langsung menggambarkan bahawa penahu-penahu
pada waktu itu akur tentang perlunya makna kepada imbuhan ini walaupun
fokus huraian lebih tertumpu pada struktur kata dan binaan ayat.

6
Sambungan
Selain itu, semantik skrip ini juga terlihat pada huraian makna aspek nahu yang lain
misalnya mengenai kata ganda dan kata ganti nama.
 Misalnya, Nik Safiah dan rakan-rakan (1993) telah menghuraikan dengan ringkas
tentang makna dalam bentuk penggandaan. Mereka mengatakan bahawa perkataan
berganda mempunyai beberapa maksud antaranya ialah ‘bilangan’, perbuatan
berulang-ulang’, ‘berpanjangan’, ‘bersungguhan’, dan ‘berbalasan’ berdasarkan
pengalaman dan maklumat intuisi Melayu yang ada.
Bagi penetapan kata ganti nama diri bahasa Melayu pula, didapati mereka hanya
mampu menggolongkan kata ganti nama diri kepada tiga jenis iaitu kata ganti nama diri
pertama, kata ganti nama diri kedua, dan kata ganti nama diri ketiga. Ketiga-tiga jenis
ganti nama diri ini kemudiannya diberikan fungsi khusus berdasarkan status, usia dan
jantina.
Namun begitu, tiada perincian makna yang telah dibuat untuk kata ganti nama diri ini.

7
Semantik Resonans
Resonans itu merujuk kepada kajian yang mampu mengaitkan skrip dengan kognitif penutur menurut
Charteris-Black (2000). Pada tahap ini, kajian makna tidak terhenti pada pemerhatian semata-mata
tetapi dibekali pula dengan data yang sahih, dianalisis dengan teori yang berwibawa untuk
menjelaskan fenomena bahasa secara saintifik.
Kajian semantik resonans juga turut dilanjutkan dalam pengkajian terhadap makna imbuhan bahasa
Melayu. Jika dalam semantik skrip, imbuhan diberikan makna berdasarkan ayat tanpa konteks, tetapi
semantik resonans dapat menghuraikan imbuhan Melayu dengan lebih mendalam berdasarkan
konteks.
Contohnya dalam imbuhan meN-, konsep ad hoc yang memasukkan unsur penyempitan dan
peluasan makna telah digunakan bagi menjelaskan makna samar-samar beberapa kata adjektif yang
dikategorikan sebagai kata kerja.
Misalnya putih merupakan kata adjektif tetapi memutih dikategorikan sebagai kata kerja kesan
daripada pengimbuhan meN- dengan maksud menjadi. Hal ini dilihat seperti benar secara tersuratnya,
tetapi secara tersiratnya kata adjektif putih diangkat menjadi kata kerja dilihat agak mengelirukan.
Contohnya uban, menjadi putih kerana putaran masa dan secara semulajadi. Perkara yang sama juga
terjadi dengan pohon yang menghijau sebagaimana menghijau bukanlah melakukan sebarang kerja
tetapi terjadi kerana faktor semulajadi.

8
Sambungan
Charteris-Black (2002) juga telah membuat kajian terhadap simpulan bahasa Melayu dengan
tujuan mencungkil kognitif penutur Melayu. Perkara ini berlaku kerana, simpulan bahasa
Melayu selalunya tidak mungkin dapat diramal dengan makna luaran selapis sahaja misalnya
kaki perempuan, kaki botol yang merujuk kepada mereka yang ‘suka akan sesuatu’ secara
berkonotasi negatif.
Dalam kajian ini, Charteris-Black menggunakan pendekatan conceptual key berbanding
skema imej yang mendasari permukaan metafora.
Secara ringkasnya, conceptual key merujuk kepada perkongsian struktur semantik dan
konteks yang menjadi proposisi asas dalam menghubungkan bahasa dan pemikiran
berdasarkan pengalaman hidup seseorang individu atau sesuatu kelompok.
Conceptual key ini menjadi titik pertemuan bahasa dan budaya dan secara tidak
langsungnya menjadi alat dalam mewakili gaya pemikiran yang bersifat resonans dalam
budaya. Pengenalpastian conceptual key yang tepat sangat penting kerana perkara ini
menyediakan titik pencapaian kepada makna budaya yang mendasari pemikiran sesuatu
bangsa.

9
Sambungan
Misalnya, beliau mengambil contoh ‘kaki’ dan ‘mata’ dalam simpulan bahasa
Melayu. Beliau seterusnya menyimpulkan bahawa berasaskan ‘kaki’ dan ‘mata’,
ditemui banyak ciri resonans penting yang ditonjolkan oleh bangsa Melayu.
 Contohnya MELIHAT ITU MENGETAHUI/MERASAI (SEEING IS
KNOLEDGE/FEELING) seperti ‘mata kepala, menjolok mata, mata hati, buka
mata, mengabui mata, mata duitan, tanda mata’. Terdapat juga simpulan
bahasa yang menandakan ‘X menyerupai ini (X adalah rujukan) seperti ‘cahaya
mata, mata dunia, mata kasar, gelap mata’.
Semantik resonans seterusnya menglahirkan konsep: MATA MENGALIRKAN
MAKLUMAT RAHSIA MENGENAI PERASAAN seperti ‘mata merah, bermain mata,
mata keranjang, bertemu mata’. Mata juga dalam simpulan bahasa berfungsi
sebagai MATA SEBAGAI SUMBER seperti ‘mata air, mata pencarian, mata
gergaji’.

10
Semantik Inkuisitif
Inkuisitif itu sendiri bermaksud semangat ingin tahu mahupun
dorongan untuk terus meneroka mencari jawapan kepada makna
sebenar sesuatu ungkapan.
Pada tahap ini, kajian semantik bersifat inkuisitif itu sendiri
menekankan beberapa aspek penting misalnya yang melibatkan aspek
data autentik, semantik dan konteks, kognitif penutur, budaya dan turut
dikaitkan dengan akal budi sesuatu penutur bahasa.
Contohnya, kenapa dipilih ‘kaki botol’ sedangkan yang banyak minum
ialah mulut? Seharusnya simpulan bahasa yang lebih sesuai mungkin
‘mulut botol’.

11
Sambungan
Masyarakat Melayu merupakan pragmatis bahasa. Dalam situasi ungkapan ‘kaki botol’ dapat
dilihat perubahan kategori gramatikal daripada ‘kaki’ sebagai kata nama kepada kata sifat. Hal
ini secara tidak langsung telah menjelaskan proses kognitif yang berlaku dalam minda Melayu.
Sebenarnya domain fisiologi kaki yang mempunyai konsep ‘kuat’ dipindahkan kepada sifat
seperti ‘kuat berjudi’ dan ‘kuat mabuk’. Melihat dari sudut nahu pula,’kaki’ juga boleh menjadi
sifat seperti ungkapan ‘dia itu kaki’. Dalam ungkapan ini, ‘kaki’ disamakan dengan makna ‘kuat’
bergantung kepada konteks.
‘Dia itu kaki’ boleh merujuk kepada kaki botol yang sama maknanya dengan ‘dia kuat minum
arak’, kaki bola sama dengan ‘dia kuat menonton perlawanan bola’. Tetapi ‘dia itu kuat’ tidak
akan sama dengan ‘dia itu kaki’.
Makna ‘kuat’dilihat sebagai bersifat harfiah iaitu kuat dari segi tenaga manusia. Dengan
demikian, kategori makna ‘kaki’ diperluaskan kepada makna ‘kekuatan’ berdasarkan
pengalaman bahawa kaki manusia juga boleh digunakan sebagai rujukan alat kekuatan
misalnya untuk perbuatan menendang (Hassan, 2003).

12
Sambungan
perkara utama yang ditekankan dalam semantik inkuisitif ini ialah penerokaan makna
ujaran sesuatu bahasa tanpa membelakangkan falsafah dan akal budi sesuatu bangsa
itu sendiri. Pendekatan ini lebih sesuai dalam menjawab persoalan ‘kenapa’ dan
‘bagaimana’ khususnya terhadap permasalahan bahasa Melayu merangkumi aspek
tatabahasa, perlambangan atau metafora.
Dalam hal ini, semantik inkuisitif bukan sahaja menjelaskan fenomena bahasa pada
peringkat kognitif, malah turut menfokuskan penerokaan falsafah dan akal budi Melayu.
Melalui pndekatan ini juga, ilmu-ilmu dalam bidang yang lain juga dapat diterokai
walaupun hanya dimulai dengan sebaris ungkapan peribahasa. Rasa ingin tahu atau
inkuisitif ini merupakan faktor utama dalam pengembangan ilmu pengetahuan.
Perkara ini turut disokong oleh Ivano C., Jeroen G. & Floris R. (2012) yang menjelaskan
bahawa rasa ingin tahu sentiasa bersifat malar dan hal inilah yang mendorong kepada
pertanyaan dan pelbagai pemikiran yang lain (Junaini Kasdan et.al, 2016).

13
Sambungan
Penyelidikan bahasa bersandarkan teori semantik inkuisitif di Malaysia
telah dikembangkan oleh pengkaji-pengkaji seperti Nor Hashimah
Jalaluddin (2014), Junaini Kasdan (2015), Nur Afiqah dan Nor Hashimah
(2015), Mohd Zaki dan Suriati (2016), Suriati Zakaria dan Nor Hashimah
(2016), Junaini, Nor Hashimah dan Wan Nurasikin (2016), dan Junaini
dan Nor Hashimah (2016).
Pengkaji-pengkaji ini banyak meneroka unsur-unsur metafora dan
peribahasa dalam bahasa Melayu menggunakan pinsip semantik
inkuisitif ini. Antara unsur yang dipertengahkan ialah unsur asam dalam
kehidupan masyarakat Melayu, deria rasa dalam perspektif Melayu,
bahkan juga unsur ruang dalam hikayat teks klasik dan unsur flora dan
fauna turut diteroka bersandarkan semantik inkuisitif.

14
Sambungan
Nor Hashimah (2014) merupakan antara pelopor utama semantik inkuisitif di Malaysia.
Menerusi kajiannya dalam Semantik dan Akal Budi Melayu, beliau telah menghuraikan dengan
terperinci mengenai akal budi Melayu melalui pantun dan peribahasa melalui pendekatan
semantik inkuistif.
Seterusnya Junaini Kasdan (2015) telah menyerlahkan prinsip semantik inkuisitif ini dengan
meneroka unsur asam dalam perspektif kognitif bangsa Melayu. Menurut beliau, penggunaan
asam dalam peribahasa Melayu telah membuktikan ketajaman pemikiran orang Melayu pada
waktu itu.
Penggunaan asam dalam kehidupan harian orang Melayu bukanlah sekadar untuk
menyedapkan masakan, tetapi khasiat buah-buahan yang bersifat asam dalam kalangan orang
Melayu seperti Asam Jawa, Asam Gelugur dan Asam Kandis mempunyai khasiat dan manfaat
yang luar biasa bagi kesihatan manusia. Oleh itu, penggunaan asam dalam kehidupan harian
ini diterapkan dalam peribahasa seharian orang Melayu.
Hal ini membuktikan bahawa penciptaan peribahasa merupakan satu ketelitian hasil daripada
ketajaman minda dan pengalaman yang luas terhadap sesuatu perkara

15
Sambungan
Nur Afiqah dan Nor Hashimah (2015) pula mengenal pasti deria rasa yang
merangkumi manis, masam, masin dan pahit dalam kiasan Melayu dan
perkaitan dengan budaya dan akal budi penutur.
Seterusnya Mohd Zaki dan Suriati (2016) serta Suriati dan Nor Hashimah
(2016) mendalami unsur ruang dalam karya teks tradisional Cerita Anggun
Cik Tunggal. Mohd Zaki dan Suriati (2016) menerusi karya Cerita Anggun
Cik Tunggal misalnya meneliti konsep ruang khususnya ruang fizikal yang
turut mengaitkan ruang dengan kekuasaan, saiz fizikal, kekuatan dan jarak
secara jarak mengufuk dan juga menegak.
Manakala Suriati dan Nor Hashimah (2016) pula memfokuskan unsur
ruang jauh dan dekat yang menggunakan fauna dalam peribahasa Melayu
untuk menggambarkan konsep ruang dalam Cerita Anggun Cik Tunggal.

16
Sambungan
Selanjutnya, Junaini, Nor Hashimah dan Wan Nurasikin (2016) meneliti
konsep penggunaan ikan dalam peribahasa Melayu dalam
menggambarkan ketinggian daya fikir orang Melayu terhadap alam
kehidupan seharian.
Manakala Junaini dan Nor Hashimah (2016) pula meneliti konsep
dualisme dalam peribahasa Melayu seperti kombinasi ‘padi-lalang’,
‘cempedak-nangka’, dan ‘asam-garam’ sebagai cerminan akal budi
penutur Melayu bersandarkan pendekatan semantik inkuisitif.

17
Kesimpulan
Jika diamati dengan lebih mendalam, pada tahap semantik skrip,
penghuraian bidang semantik itu sendiri hanyalah terhad kepada pengamatan
dan dan andaian untuk membentuk tafsiran makna secara tersurat.
Manakala semantik resonans pula menambah baik aspek penghuraian
makna ini dengan mengambil kira aspek data, teori dan kognitif secara
tersirat.
Tetapi semantik inkuisitif telah mencapai peringkat yang lebih mendalam
dengan turut menyertakan akal budi sesuatu penutur bahasa itu sendiri.
Hal ini selanjutnya telah memperlihatkan ketinggian serta ketajaman
pemikiran sesuatu penutur bahasa dalam mengungkapkan prsoalan-
persoalan kehidupan harian berpandukan alam sekitar mereka.

18
Sekian, terima kasih.

19

Anda mungkin juga menyukai